32
1 TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERJUMPAAN KHAS BERSAMA-SAMA WARGA INSTITUSI PENDIDIKAN DI NEGERI SARAWAK 12 FEBRUARI 2015

TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

  • Upload
    others

  • View
    36

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

1

TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

TIMBALAN PERDANA MENTERI

MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

DI MAJLIS PERJUMPAAN KHAS BERSAMA-SAMA

WARGA INSTITUSI PENDIDIKAN DI NEGERI SARAWAK

12 FEBRUARI 2015

Page 2: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wa

barakatuh, salam sejahtera dan salam

1Malaysia.

Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi

Tan Sri (Dr) Hj. Adenan Bin Hj. Satem

Ketua Menteri Sarawak

dan YBhg. Datin Patinggi

Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah

Binti Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita

& Pembangunan Keluarga (Pendidikan)

Sarawak

Page 3: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

3

YB Tan Sri Datuk Amar Hj Mohamad

Morshidi Bin Abdul Ghani

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

YBhg. Datuk Hj Md. Yahaya Bin Basimin

Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak

YBhg. Tan Sri Dr. Madinah bt Mohamad

Ketua Setiausaha

Kementerian Pendidikan Malaysia

YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang

Ketua Setiausaha II

Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 4: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

4

YBhg. Dato' Sri Dr. Khair Bin Mohamad

Yusof

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

YBhg. Dato' Prof. Dr. Asma Binti Ismail

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi

Pn. Hjh Serina Binti Sauni

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha

dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah

Pelajaran Malaysia,

Ketua-ketua Pengarah dan Rektor IPGM,

Page 5: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

5

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian

Pelajaran Malaysia,

Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah,

Pengetua-Pengetua, Guru Besar- Guru

Besar

YBhg. Pengerusi Lembaga Pengarah

Universiti dan Naib Canselor,

YBhg. Tan Sri-Tan Sri/ Dato' Seri-

Dato'Seri/ Datuk-Datuk/ Dato'-Dato'/

Datin-Datin tuan-tuan/ puan-puan dan

hadirin yang dihormati sekalian.

Page 6: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

6

PENDAHULUAN

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke

hadrat Allah SWT kerana dengan

limpah izin dan kurniaNya jua kita

dapat bersama-sama dalam Majlis

Perjumpaan Khas Bersama-sama

Warga Institusi Pendidikan Negeri

Sarawak pada petang ini sempena

lawatan saya ke negeri sarawak pada

hari ini dan esok. Perjumpaan di awal

tahun dengan warga institusi

pendidikan di negeri Sarawak ini

adalah satu peluang yang amat baik

untuk saya berkongsi beberapa

perkara penting mengenai hala tuju

Page 7: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

7

dan misi Kementerian Pendidikan

pada tahun ini.

PPPM DAN PPPM (PENGAJIAN TINGGI)

2. Sepanjang tahun lalu, Kementerian

telah meneruskan usaha

melaksanakan inisiatif-inisiatif utama

yang telah ditetapkan untuk mencapai

matlamat Gelombang Pertama Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025. Kementerian juga sedang

giat menyediakan sebuah lagi pelan

pendidikan yang dikenali sebagai

Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-

2025, untuk menggantikan Pelan

Page 8: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

8

Strategik Pengajian Tinggi Negara

(PSPTN). Baru-baru ini sesi town hall

PPPM (PT) telah diadakan di empat

lokasi termasuk di Universiti Malaysia

Sarawak yang bertujuan untuk

berkongsi pandangan dengan

masyarakat awam tentang aspirasi

Kementerian untuk Pendidikan Tinggi.

3. Kedua-dua pelan ini mempunyai

matlamat yang jelas iaitu

menyediakan sistem pendidikan yang

terbaik untuk melahirkan pelajar yang

berpengetahuan, berkemahiran

berfikir, berkebolehan untuk

memimpin dan berkomunikasi dengan

baik, serta memiliki nilai kerohanian

Page 9: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

9

dan beridentiti nasional seperti yang

dinyatakan dalam enam aspirasi murid

dalam PPPM 2013-2025. Kesemua

aspirasi ini kemudiannya disambut

oleh aspirasi PPPM (Pengajian Tinggi)

yang bermatlamat untuk

menghasilkan Bakat Terpelajar

Dipancu Nilai (Learned Values-Driven

Talent) yang seimbang dan holistik

serta mempunyai minda

keusahawanan dan jatidiri nasional.

Warga Pendidikan Mendokong Dasar

Negara

4. Satu daripada peranan penting

yang dipertanggungjawabkan kepada

Page 10: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

10

Kementerian Pendidikan bagi kedua-

dua Sektor Pelajaran dan Pendidikan

Tinggi dalam RMK-11 nanti ialah

memastikan negara "Memanfaatkan

Bakat" iaitu menghasilkan Modal

Insan Minda Kelas Pertama yang

mampu menggunakan pengetahuan

secara proaktif, kreatif dan inovatif.

Modal insan atau bakat yang perlu

dibangunkan melalui sistem

pendidikan negara bukan sahaja boleh

memenuhi tuntutan pembangunan

ekonomi tetapi juga perlu disertai

dengan pengamalan dan penghayatan

nilai yang tinggi. Pembangunan

modal insan ini diperkukuh lagi

menerusi institusi pendidikan,

Page 11: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

11

bermula dengan pengambilan guru

baru yang berkualiti. Untuk itu, pihak

Kementerian melalui Institut

Pendidikan Guru sentiasa berusaha

mempromosi kerjaya guru kepada

pelajar cemerlang lepasan SPM

termasuk di Sarawak agar memilih

bidang perguruan sebagai kerjaya

pilihan.

5. Pada tahun 2014, sebanyak 5,293

permohonan untuk melanjutkan

pengajian ke IPGM diterima daripada

pemohon di negeri Sarawak. Seramai

1,713 pemohon melepasi tapisan awal

dan daripada jumlah tersebut 665

pemohon layak ditemuduga.

Page 12: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

12

Akhirnya, seramai 398 calon negeri

Sarawak telah ditawarkan untuk

mengikuti Program Ijazah Sarjana

Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun

2014 di IPG seluruh negara. Jika

dibandingkan bilangan calon yang

dipanggil temu duga dan bilangan

calon yang berjaya, sebanyak 59.85%

calon anak Negeri Sarawak telah

berjaya ditawarkan kemasukan

mengikuti pengajian Ijazah Sarjana

Muda Perguruan (PISMP) 2014.

Page 13: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

13

KEBAJIKAN GURU-GURU BERTUGAS DI

PEDALAMAN

6. Selain itu, kebajikan guru-guru

yang berkhidmat dengan penuh setia

dan dedikasi terutamanya di kawasan-

kawasan pedalaman tidak pernah

dipandang ringan. Kementerian

sentiasa merancang untuk

menambahbaik keperluan guru-guru

di kawasan berkenaan seperti

menyediakan kuarters yang selesa

dan kemudahan pengajaran yang

kondusif. Untuk itu, pihak

Kementerian telahpun mengambil

langkah untuk menyelesaikan isu

penyelenggaraan kuarters yang

Page 14: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

14

kurang memuaskan. Pada tahun 2014,

peruntukan sebanyak RM5.4 juta telah

diturunkan kepada JPN Sarawak

untuk kerja-kerja penyelenggaraan

Institusi Pendidikan dan Kuarters

Guru di negeri ini.

7. Kementerian juga amat mengambil

berat kebajikan semua Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)

di bawah KPM terutamanya yang

berkhidmat di sekolah-sekolah

pedalaman. Sejak tahun 2007, PPP

dan AKP di 872 buah sekolah di

Semenanjung, Sabah dan Sarawak

telah menerima Elaun Khas Mengikut

Page 15: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

15

Lokasi dan Tahap Kesusahan dan

pada tahun 2015, sebanyak 403 buah

sekolah merupakan sekolah di negeri

Sarawak.

Saudara dan saudari yang saya hormati

sekalian,

8. Antara isu yang sering menjadi

perhatian dalam kalangan guru dan

pegawai-pegawai pendidikan ialah

tentang kenaikan pangkat. Saya suka

untuk menyatakan di sini bahawa di

bawah syarat baharu Pengetua dan

Guru Besar, selaras dengan Anjakan

Page 16: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

16

ke 5 PPPM, kita telah melaksanakan

flexi grade di mana bagi jawatan Guru

Besar telah dijadikan fleksibel

daripada gred minima jawatan asal

sehingga Gred DG48 (Khas Untuk

Penyandang) manakala untuk

Pengetua daripada gred minima

jawatan asal sehingga PPP Gred DG54

(KUP).

9. Ini bermakna bahawa guru-guru

yang berkelayakan dengan gred DG41,

44 atau 48 boleh memohon untuk

jawatan Guru Besar dan untuk jawatan

Pengetua sehingga DG54. Dengan

pelaksanaan flexi grade ini, besar

harapan kita agar kualiti pendidik di

Page 17: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

17

negeri ini akan dapat dipertingkatkan

lagi, demi memastikan anak-anak kita

mendapat pendidikan yang terbaik

selaras dengan aspirasi Negara kita.

Merapatkan Jurang Pendidikan

10. Kerajaan juga sentiasa

berusaha untuk berlaku adil dalam

menyalurkan peruntukan belanja

mengurus, pembangunan dan

penyelenggaraan kepada semua jenis

sekolah termasuk di kawasan

pedalaman Sabah dan Sarawak. Untuk

itu, 25 jenis bantuan persekolahan

kepada murid telah disalurkan

meliputi Bantuan Geran Per kapita

Page 18: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

18

(PCG), Bantuan Kokurikulum, Bantuan

Sukan Sekolah, Bantuan Makanan dan

Yuran Khas Sekolah dan lain-lain

dengan bajet melebihi RM3.7 juta

setiap tahun.

11. Kementerian bukan sahaja

prihatin dari segi peruntukan

kewangan, malah sentiasa

memberikan perhatian khusus kepada

pendidikan di sekolah luar bandar dan

pedalaman melalui Pelan

Transformasi Pendidikan Sekolah

Pedalaman Sabah dan Sarawak yang

dilancarkan pada tahun 2013. Pelan ini

merupakan satu strategi untuk

merapatkan jurang pendidikan dalam

Page 19: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

19

kalangan masyarakat pelbagai etnik,

budaya dan sosio-ekonomi khusus

bagi negeri-negeri ini.

12. Pada tahun 2014, transisi

murid Iban, Kayan dan Kenyah ke

Tingkatan Satu mencatatkan kadar

yang tinggi iaitu antara 91 peratus

hingga 100 peratus, manakala bagi

kumpulan etnik seperti Kelabit,

Melanau, Murut dan Bumiputera Lain

di Sarawak ini adalah di antara 81

peratus hingga 89 peratus. Ini jelas

menunjukkan KPM sentiasa

menyediakan pendidikan yang

berkualiti kepada semua murid tanpa

mengira lokasi dan latar belakang

Page 20: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

20

ekonomi selaras dengan hasrat Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013-2025.

Pembangunan Infrastruktur

13. Sarawak merupakan antara

negeri yang sentiasa mendapat

peruntukan pembangunan yang tinggi

setiap tahun di bawah Rancangan

Malaysia Ke-10. Pada tahun 2014

sebanyak 22 buah projek merangkumi

projek pembinaan baharu, gantian

penuh dan ubah suai naik taraf

bangunan sekolah-sekolah telah

diluluskan oleh Unit Perancang

Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Di

Page 21: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

21

bawah RMKe-10, sehingga kini,

sebanyak 650 projek pembangunan

fizikal institusi pelajaran di Sarawak

telah disiapkan manakala sebanyak 83

buah projek pula sedang dalam

pembinaan. Bagi tahun 2015,

peruntukan pembangunan (DE) bagi

tahun 2015 khususnya bagi negeri

Sarawak ialah sejumlah RM235.2 juta.

14. Selain daripada peruntukan

yang telah diturunkan bagi

melaksanakan projek-projek fizikal di

bawah Belanja Pembangunan, KPM

juga turut menyediakan peruntukan

bagi pembinaan sekolah baharu,

terutama di kawasan pedalaman. Di

Page 22: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

22

bawah Pelan Transformasi Luar

Bandar, tiga sekolah baharu dibina

iaitu dua sekolah K9 iaitu Sekolah

Kebangsaan Tegulang, Belaga dan

Sekolah Kebangsaan Long Banga,

Baram; serta Sekolah Menengah

Kebangsaan Song. Kesemua sekolah

dilengkapi dengan kemudahan asrama

dan rumah guru. Jelas sekali,

kerajaan amat prihatin tentang

keperluan pendidikan di negeri

Sarawak dan akan meneruskan

komitmen untuk menjalankan

tanggungjawab seperti yang telah

dijanjikan.

Page 23: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

23

Saudara dan saudari yang saya hormati

sekalian,

Pasca Menengah dan Pendidikan Tinggi

15. Menjelang tahun 2020

permintaan terhadap tenaga mahir

adalah amat tinggi. Untuk itu, langkah-

langkah untuk mengarus perdana

bidang Pendidikan dan Latihan Teknik

dan Vokasional sedang giat

dilaksanakan oleh KPM. Pada tahun

2014, sebanyak RM2.1 bilion telah

diagihkan oleh kerajaan kepada

institusi awam untuk menawarkan

bidang TVET berbanding RM1.8 bilion

pada 2010. Di Negeri Sarawak,

Page 24: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

24

kerajaan sudahpun membina

beberapa institusi pendidikan dan

latihan teknik dan vokasional dan

institusi latihan kemahiran seperti

Politeknik, Kolej Komuniti, Institut

Latihan Kemahiran MARA, Pusat Giat

MARA dan Institut Latihan

Perindustrian. Kesemua institusi ini

bertujuan untuk memenuhi keperluan

akses kepada penduduk negeri

Sarawak bagi memenuhi keperluan

industri berkaitan.

16. Selain itu, agenda

memperkasakan kecemerlangan bakat

terus diperkukuhkan dengan

pelaksanaan autonomi di IPTA kerana

Page 25: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

25

autonomi merupakan elemen yang

amat penting untuk menjadikan

pengurusan IPTA lebih berdaya saing,

kreatif dan fleksibel, disamping

menggalakkan IPTA untuk terus

mebudayakan amalan-amalan terbaik.

PERPADUAN

17. Seperkara lagi yang penting ialah

perpaduan. Sistem pendidikan

memainkan peranan penting untuk

memupuk semangat perpaduan dalam

kalangan rakyat di negara kita,

terutamanya generasi muda. Untuk

mencapai hasrat murni ini, Rancangan

Integrasi Murid Untuk Perpaduan

Page 26: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

26

(RIMUP) telah diberikan nafas baharu.

Pada tahun 2014 seramai 2904 Guru

Besar, Pengetua dan Guru Penolong

Kanan Kokurikulum di negeri ini

menghadiri taklimat mengenai dasar dan

strategi pelaksanaan RIMUP yang

baharu. Sebanyak 432 sekolah di

Sarawak telah melaksanakan aktiviti

integrasi dan perpaduan di bawah RIMUP

di peringkat masing-masing dengan

menggabungkan SK, SJKC dan SJKT

dengan jumlah peruntukan sebanyak

RM861,779.00. Usaha ini adalah penting

untuk memastikan perpaduan dapat

dipupuk dalam kalangan rakyat berbilang

kaum di Negara ini.

Page 27: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

27

Saudara dan saudari yang saya hormati

sekalian,

Hala Tuju 2015

18. Pelancaran RMK 11 pada tahun

2015 dengan penekanan tema "capital

economy dan people economy" boleh

dijadikan sandaran sebagai tiang

sandaran utama dalam pelaksanaan

dasar, program dan aktiviti KPM.

Memandangkan KPM terdiri daripada

Sektor Pelajaran dan Sektor Pendidikan

Tinggi, dan mempunyai pegawai-pegawai

berkepakaran tinggi dalam bidang

Page 28: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

28

kebitaraan yang berlainan. Maka,

langkah- langkah meningkatkan

hubungan kolaboratif dan perkongsian

bersama mesti dilaksanakan secara

lebih agresif untuk menghasilkan output

yang bernilai tinggi. Dalam usaha

menghasilkan output terbaik, SP dan

SPT boleh memastikan akauntabiliti

bersama dengan menyediakan satu

kerangka kerja yang "seamless" antara

kedua-dua belah pihak.

19. Bagi memperluas dan

mempertingkatkan hubungan kolaboratif

dan perkongsian sumber, universiti,

politeknik, kolej komuniti dan kolej

vokasional boleh berkongsi kemudahan

Page 29: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

29

latihan praktikal yang terdapat di

institusi masing-masing terutama jika

lokasi mereka berdekatan. Di samping

itu, untuk memenuhi keperluan makmal

latihan sains amali di sekolah menengah,

disarankan agar pihak universiti atau

politeknik membenarkan penggunaan

makmal mereka kepada sekolah

menengah yang berdekatan semasa cuti

semester universiti.

PENUTUP

20. Saya menyeru warga pendidikan di

Sarawak untuk terus melipatganda usaha

bagi memastikan prestasi ini

ditingkatkan bagi menjulang

Page 30: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

30

kecemerlangan pendidikan Sarawak.

Saya amat faham dengan kekangan dan

cabaran yang dihadapi oleh Sarawak

dalam hal ini. Dengan keadaan geografi

yang serba mencabar dan infrastruktur

yang perlu dipertingkat, peningkatan

kualiti pendidikan bukan satu usaha

yang mudah.

21. Namun dengan semangat dan

kepakaran tempatan yang ada, dengan

sokongan yang diberikan oleh kerajaan

pusat dan negeri, saya yakin Sarawak

mampu untuk membuktikan kepada

negeri-negeri lain bahawa negeri ini

mampu untuk melangkah ke hadapan

dengan lebih cemerlang lagi

Page 31: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

31

22. Saya mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada semua anggota

perkhidmatan pendidikan, Jabatan dan

Pejabat Pendidikan, Institusi Pendidikan

Tinggi, warga pendidik, para guru dan

pensyarah di negeri Sarawak ini atas

komitmen dalam melaksanakan segala

tugas yang diamanahkan dan

pencapaian cemerlang yang dicatatkan

sepanjang tahun 2014. Saya berharap

semoga momentum ini dapat terus

dikekalkan dan dipertingkatkan serta

dapat memotivasikan kita ke arah

transformasi yang lebih gemilang pada

tahun 2015.

Page 32: TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD … · 1 teks ucapan yab tan sri dato' hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan perdana menteri merangkap menteri pendidikan malaysia

32

Agi Idup Agi Ngelaban,

Selagi Hidup Terus Berjuang.

Sekian terima kasih.