All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
...

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS sambutan hari raya 2015a.doc

by anonymous-yn3zthlbg

on

Report

Category:

Documents

Download: 0

Comment: 0

929

views

Comments

Description

Download TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS sambutan hari raya 2015a.doc

Transcript

Teks pengacara majlis sambutan hari raya ppki 2015 Teks pengacara majlis sambutan hari raya ppki 2015 Masa Perkara Teks 9.45 Ketibaan pengetua + pengerusi bakeb Mengumumkan Ketibaan bersama Pn Hjh Siti Liah Binti Che Muda, Pengetua Smk Seri Tasik dan En Yaakob Bin Jantan, Pengerusi Bakeb 2015,2016. Para Hadirin diminta berdiri. Para hadirin di persilakan duduk. 9.50 Ucapan aluan pengerusi majlis SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG, SIRIH DARI PULAU MUTIARA, PEMANIS KATA SELAMAT DATANG, AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA. YANG BERUSAHA  PUAN HAJAH SITI LIAH BT CHE MUDA PENGETUA SMK SERI TASIK YANG DIHORMATI  En Yaakob Bin Jantan PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN PPKI (BAKEB) YANG DIHORMATI ENCIK ROSLI BIN OMAR PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BARISAN GURU .PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) PARA IBU BAPA.. Serta anak-anak pelajar yang dikasihi SEKALIAN. ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SELAMAT SEJAHTERA salam lebaran DAN SALAM SATU MALAYSIA. Bersongkok bersampin segak berseri Berbaju kurung anggun jelita Majlis ramah mesra aidil fitri Bersamalah kita meraikannya Kuih bahulu tradisi kita Ketupat rendang pembuka selera Tangan dihulur maaf dipinta Agar ukhwah terjalin mesra Para hadirin, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di bilik hujrah tasik 2 yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri PPKI pada tahun ini. 9.55 Ucapan aluan pengerusi bakeb Bukan keris tanpa hulunya, Bukan majlis tanpa ucapannya. Tanpa membuang masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput En Yaakop Bin Jantan selaku pengerusi Bakeb untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan... Terima kasih diucapkan kepada En. Yaakob .. 10.00 Ucapan pengetua Menjemput PUAN untuk berdiri, Memberikan ucapan kepada kami Kepada PUAN ruang diberi, Mohon rasmikan majlis kami Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang BERUSAHA PUAN HAJAH SITI LIAH BT CHE MUDA PENGETUA SMK SERI TASIK bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan dan merasmikan majlis sambutan hari raya aidilfitri ppki pada tahun ini.. Dengan segala hormatnya, dipersilakan... Dengan Bismillah kita mulai tadi, Alhamdulillah wassola tannabi, Dengan takdir Ilahi Rabbi, Selesai sudah upacara merasmi.. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada puan pengetua di atas ucapan dan penyempurnaan perasmian itu tadi. 10.15 Penyampaian duit raya Datang ke sekolah seawal pagi Berbaju raya berseri seri Anak-anak sudah menanti Bila duit raya hendak diberi Dan sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan pelajar..iaitu slot penyampaian duit raya. Dengan itu majlis mempersilakan Pn Hjh Siti Liah Binti Che Muda diiringi En Rosli Bin Omar untuk upacara penyampaian duit raya kepada para pelajar.. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada puan pengetua dan encik rosli di atas penyampaian duit raya sebentar tadi. 10.45 Jamuan bermula Dengan sempurnanya penyampaian duit raya itu tadi maka majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Saya mewakili ahli jawatan kuasa majlis sambutan hari raya aidilfitri ppki 2015 ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu kami ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Semoga kita berjumpa lagi dalam majlis sambutan hari raya pada tahun hadapan. Para hadirin dipersilakan untuk menikmati juadah hari raya yang telah disediakan.
Fly UP