3
Teks ucapan minggu Bahasa Malaysia ( Tahap I) Yang berbahagia, Tn Haji Sahid Bin Selamat, Guru Besar SK Tanjong Karang. Pn Norana binti Idris, Penolong Kanan Pentadbiran En Assari bin Liwan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Hairul Nizam bin Mohd Kastor, Penolong Kanan Kokurikulum Guru-guru kanan, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru dan para yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat ilahi, Tuhan yang Maha Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan , dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal untuk kita sama-sama berkumpul di Pusat Sumber Sekolah ini bagi Pertandingan Cerita Peringkat Akhir Minggu Bahasa Malaysia Tahap 1. Bagi menyempurnakan majlis, hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah

Teks Ucapan Minggu Bahasa Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

m

Citation preview

Teks ucapan minggu Bahasa Malaysia ( Tahap I)Yang berbahagia, Tn Haji Sahid Bin Selamat, Guru Besar SK Tanjong Karang.Pn Norana binti Idris, Penolong Kanan PentadbiranEn Assari bin Liwan, Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Hairul Nizam bin Mohd Kastor, Penolong Kanan KokurikulumGuru-guru kanan, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru dan para yang dikasihi sekalian.Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.Alhamdulillah marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat ilahi, Tuhan yang Maha Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan , dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal untuk kita sama-sama berkumpul di Pusat Sumber Sekolah ini bagi Pertandingan Cerita Peringkat Akhir Minggu Bahasa Malaysia Tahap 1.Bagi menyempurnakan majlis, hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu SekolahHadirin diminta duduk.Minggu Bahasa Malaysia telah berlangsung selama 5 hari bermula pada tarikh 23 mac hingga 27 mac 2015. Ia dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia dengan bertemakan Bahasa Jiwa Bangsa

Selasih mekar di tengah desa,Mencelah sama kembang melati,Bahasa kebangsaan jiwa bangsa,Perpaduan disemai bersatu hati.

Melilit rotan didahan ara, Dicelah angsana mekar kata, Ucapan Aluan pembuka bicara, Tuan Guru Besar bermadah kata.

Rakan-rakan guru dan para pelajaryang dikasihi sekalian,Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Sahid bin Selamat untuk menyampaikan bingkisan kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian...satu penguecapan yang telus, percikan kata yang halus, membawa mesej dan makna yang kudus.

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Hj Sahid Bin Selamat atas ucapan yang telah disampaikan.

Kita teruskan majlis dengan mempersilakan adik .............................................. dari kelas................. untuk bercerita.

Demikian tadi persembahan bercerita. Terima kasih diucapkan kepada adik............

Burung serindit terbang melayang,Mari hinggap di ranting mati, Bukan ringgit pandangan orang, Pandangan atas bahasa budi

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu noktah, majlis mempersilakan ustaz Mohd Maarof bin Masnguti untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.Majlis merakamkan setulus ucapan terima kasih kepada Mohd Maarof bin Masnguti.