3
TEKS UCAPAN HARI GURU 2015 KETUA MURID "GURU: MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK" Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Hadirin sekalian, Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru: Membina ilmu menyempurnakan akhlak dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang berilmu dan berakhlak. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru. Rakan-rakan sekalian, 1

Teks Ucapan Hari Guru 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KPM

Citation preview

Page 1: Teks Ucapan Hari Guru 2015

TEKS UCAPAN HARI GURU 2015

KETUA MURID

"GURU: MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang

Berusaha Tuan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan

sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut

Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. 

Hadirin sekalian,

Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi

mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih

sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru: Membina ilmu menyempurnakan

akhlak dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan

dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang

berilmu dan berakhlak. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru.

Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,

Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat

mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka

mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang

hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca,

menulis dan mengira. 

1

Page 2: Teks Ucapan Hari Guru 2015

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah

menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan

patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka. 

Rakan sekalian, 

Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar

sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita

fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat

berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah. 

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana

tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada

kami semua. Terima kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan saya ini dengan fragmen

sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang. 

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sekian, terima kasih. 

2