42
TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATO’ MAHANI TAN ABDULLAH KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM PROGRAM MESRA RAKYAT TARIKH: 16 MEI 2015 (SABTU) TEMPAT: DEWAN SUARAH BAHAGIAN LIMBANG

TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

TEKS UCAPAN ALUAN

YBHG. DATO’ MAHANI TAN ABDULLAH KETUA PENGARAH

BIRO PENGADUAN AWAM

PROGRAM MESRA RAKYAT

TARIKH: 16 MEI 2015 (SABTU)

TEMPAT:

DEWAN SUARAH BAHAGIAN LIMBANG

Page 2: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan

Salam 1 Malaysia.

Saudari Pengacara Majlis;

YBhg. Datu Haji Misnu Bin Haji Taha

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

YBhg. Datuk Haji Md Yahaya Bin Basimin

Setiausaha Persekutuan Sarawak

Yang Berusaha

Tuan Maria Bin Hasman

Residen Bahagian Limbang

Page 3: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Yang Berusaha Puan Tan Lee Fong

Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak

Yang Dihormati

Ketua-ketua Jabatan peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah

Dif-dif jemputan

Pengerusi serta Ahli-ahli Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung

Pemimpin-pemimpin Masyarakat

Ketua-ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

1. Pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah

Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat

Page 4: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

hadir pada majlis di pagi yang berbahagia ini. Saya ingin mengalu-

alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih

kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang sudi meluangkan masa

untuk merasmikan program ini.

2. Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada YBhg. Datuk Haji Md

Yahaya Bin Basimin, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Ketua-

ketua Jabatan/Kementerian Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Sarawak yang sudi hadir dan mengambil bahagian untuk menjayakan

Program Mesra Rakyat (MESRA) yang diadakan di Bahagian

Limbang ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan

komitmen tinggi dan kesungguhan pihak agensi Persekutuan dan

Kerajaan Negeri Sarawak dalam mempertingkatkan mutu

penyampaian perkhidmatan Kerajaan demi kesejahteraan rakyat di

Negeri Sarawak secara khususnya.

Page 5: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Hadirin yang saya hormati,

3. Biro Pengaduan Awam (BPA) sebagai agensi pusat yang menyelaras

dan memantau pengurusan aduan awam sentiasa berusaha

meningkatkan produktiviti serta meneruskan penambahbaikan sistem

penyampaian Kerajaan. Ia adalah selaras dengan enam prinsip yang

digariskan oleh YAB Perdana Menteri, iaitu CTI (Cepat, Tepat,

Integriti) dan PCI (Produktiviti, Kreativiti, Inovasi). Program

seumpama ini yang bersifat ‘outreach’ atau turun padang

menyediakan perkhidmatan yang mempunyai titik sentuhan

langsung dengan rakyat, selaras dengan konsep “Merakyatkan

Perkhidmatan Awam”

Page 6: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

4. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, Program Mesra

Rakyat ini merupakan kali keenam diadakan di Bumi Kenyalang

bermula di Bandaraya Kuching Selatan pada tahun 2010, Bahagian

Sibu pada tahun 2011, seterusnya di Bintulu pada 2012, di Bahagian

Miri pada tahun 2013 dan Bahagian Mukah pada tahun 2014.

5. Program ini berkonsepkan sesi dialog di antara orang ramai dan

agensi-agensi Kerajaan dengan memberikan ruang kepada orang

ramai untuk mengajukan segala aduan, cadangan, pertanyaan

serta pandangan kepada agensi-agensi awam yang hadir pada hari

ini. Orang ramai juga mendapatkan maklum balas segera secara

langsung daripada barisan ahli panel melalui program ini.

Page 7: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

6. Aduan merupakan sumber maklum balas yang penting daripada

rakyat dan berperanan sebagai voice of customer. Justeru itu,

aduan boleh dijadikan satu indikator untuk menentukan tahap

prestasi penyampaian perkhidmatan agensi awam. Ia juga boleh

menjadi satu sistem amaran awal yang mengenal pasti peluang untuk

menangani isu-isu yang dapat menghindarkan rasa tidak puas hati

rakyat yang berterusan terhadap penyampaian perkhidmatan

Kerajaan.

7. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, selain program pada hari

ini, BPA mempunyai dua program proaktif yang bersifat turun padang

iaitu Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) yang

melibatkan pembukaan kaunter bersama oleh agensi-agensi awam

dan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) iaitu pembukaan

kaunter BPA secara bersendirian di lokasi-lokasi tumpuan orang

ramai terutamanya di kawasan pedalaman bagi memudahkan

Page 8: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

mereka membuat aduan di samping memperkenalkan fungsi BPA

kepada penduduk-penduduk tempatan..

8. Selain Program Pro-aktif, BPA turut menyediakan beberapa lagi

saluran kepada orang awam untuk mengemukakan aduan dan

maklum balas iaitu hadir terus ke mana-mana pejabat cawangan

BPA. membuat aduan melalui portal BPA iaitu sistem SISPAA, emel,

telefon, faks, SMS dan media sosial serta Borang Aduan BPA di

Pejabat Pos kawasan luar bandar dan pedalaman.

Page 9: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Tuan-tuan dan puan-puan,

9. Untuk makluman, dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2014, BPA

telah menerima sebanyak 7,199 aduan dan setakat 5 Februari 2015,

sebanyak 7,137 aduan (91.57%) daripadanya telah berjaya

diselesaikan. Mengikut pecahan dari aduan yang diterima oleh BPA

melalui saluran yang disediakan memperlihatkan saluran emel dan

portal lebih cenderung digunakan iaitu sebanyak 4,185 aduan

(58.13%) diterima diikuti aduan semasa penganjuran Program

Proaktif sama ada Kaunter Aduan Bergerak (KAB) mahupun Kaunter

Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) sebanyak 1,103 aduan

(15.32%) seterusnya hadir sendiri ke pejabat BPA mencapai 696

aduan (9.67%), saluran surat, faks dan Borang Kaunter Aduan

Jabatan sebanyak 609 aduan (8.46%) serta penggunaan telefon

sebanyak 419 aduan (5.82%).

Page 10: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

10. Dari pecahan yang disebutkan, pengadu lebih cenderung

menggunakan saluran elektronik yang lebih pantas dan efisien dan

ini memperjelaskan peredaran masa telah mengubah cara

pemikiran dan tuntutan masyarakat agar penyampaian

perkhidmatan awam hendaklah lebih responsif dan berkesan.

11. Perkhidmatan Awam Malaysia juga telah mengamalkan pendekatan

keseluruhan Kerajaan (whole of government) di mana pendekatan

ini merupakan pendekatan bersepadu yang memerlukan agensi

bekerja merentasi sempadan portfolio serta merentasi peringkat

Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan. Ianya adalah bagi

memastikan isu-isu ditangani dengan mengutamakan rakyat sebagai

pelanggan.

12. Peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan awam untuk

memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada orang ramai

Page 11: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

adalah berat dan ini tidak membenarkan pegawai awam setakat

menjalankan tugas atau melaksanakan dengan cara yang sedia

ada, sebaliknya perlu memikirkan cara-cara baru untuk

memperbaikinya. Pemikiran systems maintenance tidak lagi sesuai

dalam keadaan sekarang dan harus diubah kepada pemikiran

berbentuk kreatif dan inovatif yang bermakna pegawai awam patut

bersikap proaktif.

13. Sehubungan itu, penjawat awam yang boleh diibaratkan ‘Tiang Seri

Negara’ hendaklah juga dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan

kebolehan tertentu yang bertunjangkan kepada Lima prinsip/kriteria

(attributes) seperti berikut:

1. Berilmu – Penjawat awam hendaklah memastikan bahawa

mereka sentiasa berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif, dan

mampu menjadi ‘figura contoh’ kepada masyarakat;

Page 12: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

2. Kebolehpercayaan – Meliputi sifat jujur, amanah, integriti dan

diyakini serta mempunyai nilai-nilai murni sejagat yang

dipercayai oleh masyarakat;

3. Budaya Amalan Kerja Terbaik/‘Best Practice’ –

Mencerminkan kewibawaan penjawat awam dan dapat dilihat

sebagai satu kumpulan yang dinamik, progresif serta berupaya

mendepani keluk;

4. Semangat Patriotik – Mempunyai perasaan bangga kerana

kita memiliki sebuah Negara yang bernama Malaysia dan kita

jugalah pemunyanya; dan

5. Budaya Keberhasilan Yang Berteraskan ‘Outcome Based’ –

Ini penting bagi meningkatkan mutu dan kualiti kerja dengan

Page 13: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

bersandarkan kepada petunjuk prestasi utama (KPI) dalam

menghasilkan prestasi kerja yang unggul dan cemerlang.

14. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk penjawat awam

untuk terus memperkukuhkan perkhidmatan awam. Kita mestilah

melakukan yang terbaik untuk rakyat dengan memastikan sebuah

perkhidmatan yang menjanjikan perkhidmatan yang memudahkan,

cepat, lebih transparensi, dan lebih responsif kepada rakyat.

15. Akhir kata sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya ingin

merakamkan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin

Haji Taha, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan

agensi-agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak yang turut

hadir serta meninjau sendiri permasalahan rakyat setempat serta

kepada pihak yang memberikan kerjasama secara langsung dan

tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Page 14: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

16. Semoga kita semua sebagai penjawat awam dapat bekerjasama

untuk menjayakan agenda transformasi negara demi kesejahteraan

negara dan rakyat.

Sekian.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 15: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Maklumat Tambahan Saluran Penerimaan Aduan

Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Bil. Saluran Jumlah Aduan %

1. Elektronik (E-mel dan borang laman web)

4,185 58.13

2. Program Proaktif* 1,103 15.32

3. Hadir Sendiri 696 9.67

4. Surat, Faks & Borang Kaunter Aduan Jabatan 609 8.46

5. Telefon 419 5.82

6. Program Menangani Aduan Sebelum Menjadi Aduan (MASJA)

97 1.35

7. Pos Malaysia 30 0.42

8. Laman Sosial (Facebook,Twitter, Blog) 21 0.29

9. SMS 21 0.29

10. Pusat Transformasi Bandar (UTC) 7 0.10

11. 1MOCC 6 0.08

12. Lain-lain: - Pejabat Menteri - Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN)

3 0.04

13. Surat Khabar 2 0.03

Jumlah 7,199 100

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015 *Nota : Program Proaktif:- Program MESRA, Kaunter Aduan Bergerak dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu

Page 16: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Saluran Penerimaan Aduan

Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

4,185 (58.13%)1,103 (15.32%)

696 (9.67%)

609 (8.46%)

419 (5.82%)97 (1.35%)

30 (0.42%)

21 (0.29%)21 (0.29%)

7 (0.10%)

6 (0.08%)

3 (0.04%)

2 (0.03%)

Elektronik

Program Proaktif*

Hadir sendiri

Surat, Faks & Borang Kaunter AduanJabatan

Telefon

Menangani Aduan Sebelum Jadi Aduan(MASJA)

POS Malaysia

Laman Sosial (Facebook, Twitter, Blog)

SMS

Pusat Transformasi Bandar (UTC)

1MOCC

Lain-lain

Surat Khabar

Page 17: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Jumlah Aduan Yang Diterima Dan Diselesaikan

Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Agensi

Jumlah Aduan

Terima

Selesai (%)

Dalam

Tindakan (%)

Berasas (%)

Tidak Berasas

(%)

1st Tier (%)

Jumlah Selesai

(%)

Kementerian 4,518 2,970

(66.3%) 1,178

(26.3%) 333

(7.4%) 4,481

(99.2%) 37

(0.8%)

Negeri 2,681 2,269

(85.4%) 283

(10.7%) 104

(3.9%) 2,656

(99.1%) 25

(0.9%)

Jumlah 7,199 5,239

(73.4%) 1,461

(20.5%) 437

(6.1%) 7,137

(99.1%) 62

(0.9%)

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

Page 18: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Status Pengurusan Aduan Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

0

1,000

2,000

3,000

4,000

5,000

6,000

7,000

8,000

Terima Selesai Dalam Tindakan

7,199

7,137 (99.1%)

62 (0.9%)

Ju

mla

h A

du

an

Page 19: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Hasil Penyelesaian Aduan Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Bil. Hasil Penyelesaian Jumlah Aduan

Kem % KN % Jumlah %

1. Ulasan Diberikan Berpatutan 2,467 55.05 1,305 49.13 3,772 52.85

2. Diselesaikan Dengan Segera 1,510 33.70 1,137 42.81 2,647 37.09

3. Kesilapan Diakui 37 0.83 12 0.45 49 0.69

4. Permohonan Maaf Diberikan 32 0.71 4 0.15 36 0.50

5. Perubahan Keputusan 25 0.56 8 0.30 33 0.46

6. Perubahan Norma/Prosedur 10 0.22 11 0.41 21 0.29

7. Remedi Secara Kewangan/Pampasan

13 0.29 6 0.23 19 0.27

8. Perubahan Undang-Undang/Dasar

4 0.09 1 0.04 5 0.07

9. Belum Ditakrif/Agensi Perintis 383 8.55 172 6.48 555 7.78

Jumlah 4,481 100 2,656 100 7,137 100

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

Page 20: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Tahap Kesukaran Aduan Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Bil. Tahap Kesukaran Jumlah Aduan

Kem % KN % Jumlah %

1. Sederhana 3,064 67.8 1,446 53.9 4,510 62.6

2. Mudah 1,155 25.6 1,031 38.5 2,186 30.4

3. Kompleks 238 5.3 140 5.2 378 5.3

4. Belum Ditakrif/Agensi Perintis

61 1.4 64 2.4 125 1.7

Jumlah 4,518 100 2,681 100 7,199 100

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

Page 21: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Tempoh Penyelesaian Aduan

Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

*Nota: Jumlah Aduan yang telah diselesaikan seperti di m/s 3

Tempoh Penyelesaian

(Hari)

Jumlah Jumlah Kumulatif

Selesai % Selesai %

1 1,112 15.6 1,112 15.6

2-5 1,089 15.3 2,201 30.8

6-10 1,298 18.2 3,499 49.0

11-15 949 13.3 4,448 62.3

16-30 1,379 19.3 5,827 81.6

31-60 874 12.2 6,701 93.9

>60 436 6.1 7,137 100

Jumlah 7,137 100 - -

Page 22: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Tempoh Penyelesaian Aduan

Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

1,112 1,089 1,298 9491,379

874

436

4,448 (62.3%)

5,827 (81.6%)

7,137

0

1,000

2,000

3,000

4,000

5,000

6,000

7,000

8,000

1 2-5 6-10 11-15 16-30 31-60 >60

Ju

mla

h A

du

an

Se

les

ai

Tempoh Penyelesaian (Hari)

Selesai Selesai (Kumulatif)

Page 23: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Jumlah Penerimaan Dan Penyelesaian Aduan Mengikut Pejabat BPA Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Pejabat BPA

Agensi Persekutuan Agensi Negeri Jumlah

Terima Selesai Terima Selesai Terima Selesai Selesai

(%)

Ibu Pejabat 1,664 1,643 21 21 1,685 1,664 98.8

Melaka/Negeri Sembilan 383 383 400 400 783 783 100

Sarawak 359 358 393 393 752 751 99.9

Selangor 336 331 381 372 717 703 98.0

Pulau Pinang/ Perlis/Kedah

427 422 214 210 641 632 98.6

Terengganu/ Kelantan 327 324 266 266 593 590 99.5

Pahang 296 296 291 289 587 585 99.7

Johor 261 261 302 302 563 563 100

Sabah 323 323 239 239 562 562 100

Perak 142 140 174 164 316 304 96.2

Jumlah 4,518 4,481 2,681 2,656 7,199 7,137 99.1

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

Page 24: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Bilangan Aduan Yang Diterima Dan Diselesaikan mengikut Kementerian Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Bil. Kementerian

Jumlah Aduan

Terima Dalam

Tindakan (%)

Selesai (%)

Selesai Dalam Tempoh 15 Hari

(%)

1. Dalam Negeri 780 0 780

(100%) 455

(58.3%)

2. Jabatan Perdana Menteri 502 9

(1.8%) 493

(98.2%) 329

(66.7%)

3. Kesihatan 368 4

(1.1%) 364

(98.9%) 312

(85.7%)

4. Pendidikan (Sektor Pelajaran) 367 5

(1.4%) 362

(98%) 153

(42.3%)

5. Kewangan 298 0 298

(100%) 205

(68.8%)

6. Kerja Raya 296 6

(2.0%) 290

(98.0%) 161

(55.5%)

7. Komunikasi dan Multimedia 288 2

(0.7%) 286

(99.3%) 161

(56.3%)

8. Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

209 2

(1.0%) 207

(99.0%) 113

(54.6%)

9. Sumber Asli dan Alam Sekitar 187 0 187

(100%) 112

(59.9%)

Page 25: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Bil. Kementerian

Jumlah Aduan

Terima Dalam

Tindakan (%)

Selesai (%)

Selesai Dalam Tempoh 15 Hari

(%)

10. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

165 2

(1.2%) 163

(98.8%) 85

(52.1%)

11. Wilayah Persekutuan 147 1

(0.7%) 146

(99.3%) 79

(54.1%)

12. Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

147 4

(2.7%) 143

(97.3%) 91

(63.6%)

13. Pengangkutan 138 0 138

(100%) 109

(79.0%)

14. Sumber Manusia 133 1

(0.8%) 132

(99.2%) 68

(51.5%)

15. Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

129 0 129

(100%) 87

(67.4%)

16. Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

117 0 117

(100%) 77

(65.8%)

17. Pertanian dan Industri Asas Tani

97 1

(1.0%) 96

(99.0%) 68

(70.8%)

18. Pendidikan (Sektor Pengajian Tinggi)

86 0 86

(100%) 63

(73.3%)

Page 26: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Bil. Kementerian

Jumlah Aduan

Terima Dalam

Tindakan (%)

Selesai (%)

Selesai Dalam Tempoh 15 Hari

(%)

19. Pertahanan 27 0 27

(100%) 15

(55.6%)

20. Belia dan Sukan 13 0 13

(100%) 13

(100%)

21. Pelancongan dan Kebudayaan 9 0 9

(100%) 5

(55.6%)

22. Perdagangan Antarabangsa dan Industri

5 0 5

(100%) 5

(100%)

23. Perusahaan Perladangan dan Komoditi

5 0 5

(100%) 2

(40.0%)

24. Sains, Teknologi dan Inovasi 3 0 3

(100%) 2

(66.7%)

25. Luar Negeri 2 0 2

(100%) 2

(100%)

Jumlah 4,518 37

(0.8%) 4,481

(99.2%) 2,772

(61.9%)

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

Page 27: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Bilangan Program Proaktif

Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Program Bil. Program Dijalankan

Bil. Pengunjung

Bil. Khidmat Nasihat

Bil. Aduan

KAB 119 9,464 2,598 504

KABB 18 7,159 2,086 408

MESRA 9 4,535 768 191

Jumlah 146 21,158 5,452 1,103

Page 28: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Lokasi Program (Negeri)

Bilangan Program Proaktif Yang Diadakan

KAB KABB MESRA Jumlah

Pahang 15 2 1 18

Terengganu 14 2 - 16

Selangor 12 2 1 15

Negeri Sembilan 12 2 1 15

Johor 12 2 1 15

Sabah 12 2 1 15

Sarawak 12 2 1 15

Perak 10 1 1 12

Kelantan 7 1 1 9

Kedah 5 1 - 6

Pulau Pinang 4 - - 4

Perlis 1 1 1 3

Melaka 3 - - 3

Jumlah 119 18 9 146

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

Page 29: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Profil Pengadu

Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

(i) Profil Pengadu Mengikut Bangsa

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

3,566 (49.5%)

1,450 (20.1%)

917 (12.7%)

513 (7.1%)

399 (5.5%)

191 (2.7%) 157 (2.2%)

6 (0.1%)

Melayu

Tidak Dinyatakan

Cina

India

Bumiputera Sabah

Bumiputera Sarawak

Lain-lain

Banjar

Page 30: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

(ii) Profil Pengadu Mengikut Pekerjaan

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

2,007 (27.9%)

1,821 (25.3%)

1,139 (15.8%)

1,098 (15.3%)

1,044 (14.5%)

90 (1.3%)

0

500

1,000

1,500

2,000

2,500

Lain-lain SektorAwam

SektorSwasta

BekerjaSendiri

TidakDinyatakan

Pelajar

Ju

mla

h P

en

gad

u

Page 31: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Bilangan Aduan Yang Diterima Dan Diselesaikan mengikut Kerajaan Negeri Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Bil. Kerajaan Negeri

Jumlah Aduan

Terima Dalam

Tindakan (%)

Selesai (%)

Selesai Dalam Tempoh 15 Hari

(%)

1. Sarawak 393 0 393

(100%) 382

(97.2%)

2. Selangor 384 9

(2.3%) 375

(97.7%) 139

(37.1%)

3. Johor 311 0 311

(100%) 164

(52.7%)

4. Pahang 292 2

(0.7%) 290

(99.3%) 215

(74.1%)

5. Sabah 241 0 241

(100%) 240

(99.6%)

6. Melaka 212 0 212

(100%) 150

(70.8%)

7. Negeri Sembilan 188 0 188

(100%) 91

(48.4%)

8. Perak 173 10

(5.8%) 163

(94.2%) 47

(28.8%)

9. Terengganu 167 0 167

(100%) 110

(65.9%)

Page 32: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Bil. Kerajaan Negeri

Jumlah Aduan

Terima Dalam

Tindakan (%)

Selesai (%)

Selesai Dalam Tempoh 15 Hari

(%)

10. Pulau Pinang 103 1

(1.0%) 102

(99.0%) 26

(25.5%)

11. Kelantan 100 0 100

(100%) 70

(70.0%)

12. Kedah 78 2

(2.6%) 76

(97.4%) 25

(32.9%)

13. Perlis 39 1

(2.6%) 38

(97.4%) 17

(44.7%)

Jumlah 2,681 25

(0.9%) 2,656

(99.1%) 1,676

(63.1%)

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

Page 33: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Kategori Penyelesaian Aduan Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Bil. Kategori Penyelesaian Jumlah Aduan

Kem % KN % Jum. %

1.

Siasatan BPA mendapati agensi

yang diadu telah menjalankan

tugas dan tanggungjawab secara

adil, teratur dan mengikut undang-

undang atau peraturan semasa.

2,984 66.6 1,516 57.1 4,500 63.1

2.

Pengadu berpuas hati dengan

penjelasan yang diberikan atau

tindakan yang diambil oleh agensi

yang diadu.

786 17.5 308 11.6 1,094 15.3

3.

Aduan di luar bidang kuasa BPA

seperti perbicaraan mahkamah,

kes SPRM, di bawah

Jawatankuasa Kira-Kira Awam dan

kes antara pihak swasta yang

tiada kaitan dengan agensi

kerajaan.

118 2.6 608 22.9 726 10.2

Page 34: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Bil. Kategori Penyelesaian Jumlah Aduan

4.

Siasatan BPA mendapati aduan

yang dikemukakan adalah tidak

berasas seperti pengadu tidak

memenuhi syarat-syarat yang

ditetapkan/pengadu memberi

maklumat palsu.

213 4.8 58 2.2 271 3.8

5. Belum Ditakrif/Agensi Perintis 380 8.5 166 6.3 546 7.7

Jumlah 4,481 100 2,656 100 7,137 100

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

Page 35: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Jumlah Aduan Mengikut Kategori Bagi Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Bil. Kategori Jumlah*

Kem. % Neg. % Jumlah %

1. Kelewatan atau Tiada Tindakan

1,596 35.2 1,132 42.1 2,728 37.8

2. Pelbagai Aduan 520 11.5 357 13.3 877 12.2

3. Kegagalan Penguatkuasaan

450 9.9 407 15.1 857 11.9

4.

Kualiti Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan Termasuk Kaunter dan Telefon

644 14.2 172 6.4 816 11.3

5. Kegagalan Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan

380 8.4 165 6.1 545 7.6

6. Tindakan Tidak Adil 389 8.6 133 4.9 522 7.2

Page 36: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

7. Kekurangan Kemudahan Awam

220 4.9 227 8.4 447 6.2

8. Salah laku Anggota Awam 146 3.2 23 0.9 169 2.3

9. Salah Guna Kuasa/ Penyelewengan

110 2.4 40 1.5 150 2.1

10.

Kepincangan Pelaksanaan Dasar dan Kelemahan Undang-Undang

75 1.7 32 1.2 107 1.5

Jumlah 4,530 100 2,688 100 7,218 100

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

*Nota: Jumlah ini turut melibatkan aduan yang dikategori lebih daripada satu (multiple category).

Page 37: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Jumlah Aduan (Selesai) Berkaitan NKRA dan Bukan NKRA Dalam Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Kategori Jumlah Aduan Jumlah

(%) Kem KN

Aduan Berkaitan NKRA* 697 531 1,228

Aduan Bukan Berkaitan NKRA 3,436 1,999 5,435

Belum Ditakrif / Agensi Perintis 348 126 474

Jumlah 4,481 2,656 7,137

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015

Page 38: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Laporan Pengurusan Aduan (Selesai) Mengikut Kategori Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Dalam Tempoh 1 Januari – 31 Disember 2014

Bil. Bidang Sub-Bidang

Jumlah Aduan Jumlah

Kem KN

1.

Mengurangkan Jenayah

Mengurangkan Jenayah Jalanan

32 1 33

Mempertingkatkan Prestasi Sistem Keadilan Jenayah

21 2 23

Lain-lain 45 9 54

Tidak Dinyatakan 3 0 3

Jumlah Aduan Bidang Mengurangkan Jenayah 101 12 113

(1.6%)

2. Membanteras Rasuah

Keyakinan Terhadap Agensi Pengawalseliaan dan Penguatkuasaan

22 7 29

Mengurangkan Ketirisan Perolehan Kerajaan

1 3 4

Menangani Rasuah Besar

1 0 1

Page 39: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Bil. Bidang Sub-Bidang

Jumlah Aduan Jumlah

Kem KN

Lain-lain 4 0 4

Tidak Dinyatakan 1 0 1

Jumlah Aduan Bidang Membanteras Rasuah 29 10 39

(0.5%)

3.

Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar

Kualiti Pendidikan Prasekolah

2 0 2

Kemahiran Asas Literasi dan Numerasi

0 0 0

Pembangunan Sekolah Berprestasi Tinggi

1 0 1

Prestasi Guru Besar dan Pengetua

5 0 5

Lain-lain 13 1 14

Tidak Dinyatakan 3 1 4

Jumlah Bidang Mempertingkat Pencapaian Pelajar

24 2 26

(0.4%)

Page 40: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Bil. Bidang Sub-Bidang

Jumlah Aduan Jumlah*

(%) Kem KN

4.

Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah

Pemberian Bantuan 57 38 95

Peningkatan Produktiviti 3 0 3

Lain-lain 0 0 0

Tidak Dinyatakan 0 0 0

Jumlah Aduan Bidang Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah

60 38 98

(1.4%)

5. Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar

Jalan Raya 39 93 132

Perumahan 11 39 50

Elektrik 61 22 83

Air 14 86 100

Lain-lain 49 98 147

Page 41: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Bil. Bidang Sub-Bidang

Jumlah Aduan Jumlah*

(%) Kem KN

Tidak Dinyatakan 8 14 22

Jumlah Aduan Bidang Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar

182 352 534

(7.5%)

6.

Mempertingkatkan Pengangkutan Awam di Bandar

Kebolehcapaian dan Hubungan

238 104 342

Masa Perjalanan dan Kebolehpercayaan

4 2 6

Keselesaan dan Kemudahan

6 1 7

Kapasiti Tempat Duduk 1 0 1

Lain-lain 6 0 6

Tidak Dinyatakan 0 1 1

Jumlah Aduan Bidang Mempertingkatkan Pengangkutan Awam di Bandar

255 108 363

(5.1%)

7. Memerangi kos kehidupan yang kian meningkat 46 9 55

(0.8%)

Page 42: TEKS UCAPAN ALUAN - pcb.gov.my Limbang 2015 - Ucapan Aluan... · alukan kehadiran serta merakamkan penghargaan terima kasih kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan

Bil. Bidang Sub-Bidang

Jumlah Aduan Jumlah*

(%) Kem KN

Jumlah Aduan Berkaitan Semua Bidang NKRA 697 531 1,228

(17.2%)

Sumber: Cetakan Sistem SISPAA pada 5 Februari 2015 *Nota: Peratus dikira daripada jumlah aduan selesai (7,137)