4
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Satu laungan yang cukup untuk menggongcangkan hati pendekar-pendekar Melayu. Mereka pernah menitiskan air mata, mereka pernah mengalirkan darah dan mereka segelintirnya syahid mempertahankan bangsa dan agama. Melihatkan Malaysia pada hari ini, andai kata Tok Janggut masih hidup, adakah beliau mampu tersenyum. Fikir fikirkan… Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Aruf Lagi Bijaksana Barisan Hakim Yang Arif Dan Berpaksikan Keadilan Semestinya, Saudara Penjaga Masa Yang Setia Dengan Randiknya, Seterusnya mahasiswa-mahasiswi yang saya segani serta hormati sekelian. Assalamualaikum wrth Tanggal 31 Ogos 1957 masihi, detik jam 12 malam, turunya bendera Jack Union diiringi dengan laungan kemerdekaan oleh perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Al-Haj adalah detik bersejarah yang ditersemat kukuh dalam sanubari setiap warga Tanah Melayu ketika itu. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Justeru, bicara perdana saya pada petang ini atas persoalan Sejauh manakah pencapaian Malaysia Selepas Kemerdekaan. Saya kecilkan definisi dengan menumpukan sekitar persoalan pencapaian Malaysia selepas lebih 50 tahun kita merdeka. Frasa capai atau pencapaian mengikut kamus Dewan Edisi Terbaru adalah bermaksud prestasi. Tuntasnya, definisi pidato saya adalah tertumpu dalam skop prestasi Negara Malaysia selepas kemerdekaan pada tahun 1957. Sidang Pendengar Yang Setia, Atas kata bicara “ kestabilan ekonomi Negara yang jauh lebih baik berbanding 50 tahun yang lalu “ adalah hujah saya yang pertama.

teks pidato merdeka

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: teks pidato merdeka

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Satu laungan yang cukup untuk menggongcangkan hati pendekar-pendekar Melayu. Mereka

pernah menitiskan air mata, mereka pernah mengalirkan darah dan mereka segelintirnya

syahid mempertahankan bangsa dan agama. Melihatkan Malaysia pada hari ini, andai kata

Tok Janggut masih hidup, adakah beliau mampu tersenyum. Fikir fikirkan…

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Aruf Lagi Bijaksana Barisan Hakim Yang Arif Dan

Berpaksikan Keadilan Semestinya, Saudara Penjaga Masa Yang Setia Dengan Randiknya,

Seterusnya mahasiswa-mahasiswi yang saya segani serta hormati sekelian.

Assalamualaikum wrth

Tanggal 31 Ogos 1957 masihi, detik jam 12 malam, turunya bendera Jack Union diiringi

dengan laungan kemerdekaan oleh perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul

Rahman Al-Haj adalah detik bersejarah yang ditersemat kukuh dalam sanubari setiap warga

Tanah Melayu ketika itu. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Justeru, bicara perdana saya pada petang ini atas persoalan Sejauh manakah pencapaian

Malaysia Selepas Kemerdekaan. Saya kecilkan definisi dengan menumpukan sekitar

persoalan pencapaian Malaysia selepas lebih 50 tahun kita merdeka. Frasa capai atau

pencapaian mengikut kamus Dewan Edisi Terbaru adalah bermaksud prestasi. Tuntasnya,

definisi pidato saya adalah tertumpu dalam skop prestasi Negara Malaysia selepas

kemerdekaan pada tahun 1957.

Sidang Pendengar Yang Setia,

Atas kata bicara “ kestabilan ekonomi Negara yang jauh lebih baik berbanding 50 tahun

yang lalu “ adalah hujah saya yang pertama. Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru yang

diperkenalkan sekitar atahun 80-an mencatakan perkembangan positif yang dimangkinkan

dengan pertumbuhan sektor pembuatan telah menukar parameter makro ekonomi Negara.

Pertumbuhan yang pesat ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia telah mengalami

transformasi struktur iaitu daripada bentuk ekonomi yang berasaskan pertanian kepada satu

bentuk ekonomi yang pantas menuju ke taraf negara perindustrian. Misalnya, saya bawakan

perbandingan angka pengeluaran sektor pertanian yang telah meningkat daripada RM10.2

bilion pada tahun 1980 kepada RM17.9 bilion pada tahun 2001. Justeru peningkatan ini

menunjukkan bahawa negara kian menampakkan perkembangan yang positif.

Page 2: teks pidato merdeka

Hujah saya yang kedua adalah berpaksikan “ Integrasi masyarakat majmuk yang semakin

baik “. Justeru, dasar pecah dan perintah yang telah dilaksanakan oleh penjajah British telah

merosakkan kesatuan tiga kelompok bangsa yang mendiami Tanah Melayu ketika itu.

Justeru, pelbagai program dan dasar dirangka oleh pihak kerajaan dalam memastikan

integrasi kaum dapat dieratkan. Dasar Wawasan Negara, konsep sekolah integrasi dan

dasar pembawakan pimpinan hari ini adalah bertepatan dengan penyatuan masyarakat

majmuk dalam Negara pada hari ini. Orang Melayu misalnya bukan lagi penduduk tetap

desa dan orang India pula sudah keluar daripada kepompong estet dan ladang.

Sidang Dewan Yang budiman

Kata kunci saya yang ketiga “ Perkembangan sector pendidkan yang lebih baik berbanding

50 tahun yang lalu “ adalah merupakan hujah penting dalam menampakkan prestasi negara

Malaysia pada hari ini. Jika dulu kebanyakan rakyat Tanah Melayu buta huruf, namun pada

hari ini kita mampu berbangga dengan pencapaian rakyat Malaysia hingga mampu

mengharumkan nama Negara dalam bidang pendidikan. Contohnya kejayaan Saudara

Najmil Faiz Mohamed Aris, Pelajar PhD di bidang Nano Technology di Universiti Metropolitan

di Leeds yang sebelum ini mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan beliau

mengharumkan nama negara menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada

tahun 2005.

Isi saya yang keempat adalah bertitik tolak atas asas “ Kemampuan rakyat untuk berdikari

dan mengharaumkan nama Negara “. Saya bawakan nama-nama seperti Dato’ Azhar

Mansur, pelayar solo mengelilingi dunia, Dato’ Malik Maidin, Perenang yang mengharumkan

nama rakyat Malaysia ketika berenang merentasi selat Inggeris, Dr Syeikh Muzzaffar Shukor

Syeikh, selaku angkasawan pertama Malaysia dan ramai lagi wira kebanggaan yang telah

mengharumkan nama Negara dipersada anatarabangasa. Semua ini adalah menunujukkan

bahawa betapa rakyat Malaysia mampu berdikari diperingkat perdana.

Sidang audian yang dirahmati Allah

Prestasi pembangunan modal insan, atas kata bicara “ sirnanya budaya dan tatasusila timur

rakyat jika dibandingkan dengan zaman sebelum kemerdekaan “. Kebejatan social anak-

anak muda, runtuhnya social kemasyarakatan dan hilangnya keperkasaan institusi

kekeluargaan adalah bahana besar kepada rosaknya modal insan Negara. Dalam pidato

saya pada hari ini, suka saya cadangkan agar tindakan segera dan serius dibuat oleh pihak

berkuasa untuk memastikan generasi muda hari ini akan mampu mentadbir negara suatu

masa nanti dengan baik.

Page 3: teks pidato merdeka

Tuntasnya, Prestasi Malaysia adalah lebih baik jika dilihat dari sudut Ekonomi, Pendidikan,

Sosial dan kemampuan rakyat. Walaubagaimanapun saya agak mahu memberikan hujah

kontra berkenaan dengan kemerosotan tingkah laku anak-anak muda dan lunturnya

tatasusila budaya timur hari ini.

Dian tiga lilin pun tiga

Tanglung tergantung rumah laksamana

Diam juga sabar pun juga

Ada umur tidak ke mana

Tuan puteri pergi ke Rasah

Pulang semula sebelah pagi

Kita bertemu akhirnya berpisah

Diizin Tuhan bersua lagi