7
Teks Pengacaraan Majlis Khatam Al-Quran 2015 13 Julai 2015....... ن م ح ر ل له ا ل م ا س ب لام س ل م.ا ي ح ر ل ا م ك ي ل ع مه ح ور له ل ا ه ركات ب و. Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman, Tutor Fakulti Pengajian Al-Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Wan Ahmad Marzuki bin Wan Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Yang berusaha, Ayahanda Pengetua Tuan Hj. A. Bakar bin A. Rahim, TPHEP En. Nazrul Hisham bin Mohd Tahir, TPHEA Pn. Rahmatul Aida Binti AB Rahman, Pemangku TPHEKOK Cik Hariza Binti Halim, Guru- guru, seterusnya.. Yang dikasihi, rakan-rakan sekalian.. Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman dan Al-

teks pengerusi majlis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks pengerusi majlis

Citation preview

Page 1: teks pengerusi majlis

Teks Pengacaraan Majlis Khatam Al-Quran 2015

13 Julai 2015.......

الرحمن الله . بسم السالم بركاته  الله  ورحمة  عليكم  الرحيم و .Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman, Tutor Fakulti Pengajian Al-Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Wan Ahmad Marzuki bin Wan Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan Menengah MARA,

Yang  berusaha, Ayahanda Pengetua Tuan Hj. A. Bakar bin A. Rahim, TPHEP En. Nazrul Hisham bin Mohd Tahir, TPHEA Pn. Rahmatul Aida Binti AB Rahman, Pemangku TPHEKOK Cik Hariza Binti Halim, Guru-guru, seterusnya..

Yang dikasihi, rakan-rakan sekalian..

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman dan Al-Fadhil Ustaz Wan Ahmad Marzuki bin Wan Ahmad, atas kesudian menerima undangan ke Majlis  Khatam  Al-Qur’an  MRSM Bentong bagi tahun 2015.

مرحبا و سهال و .... ختم  مجليس  إلى  بكم  أهال القرءان

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan di Surau Al-Fateh ini, dalam  Majlis  Khatam  Al-Qur’an  dan Iftar Jamaie MRSM Bentong 2015. Sepanjang bulan Ramadan ini, unit Pendidikan Islam dan Badan

Page 2: teks pengerusi majlis

Kerohanian MRSM Bentong telah mengadakan program Tadarus al-Qur’an. Objektif program ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar membaca Al-Quran bukan sahaja pada bulan Ramadan malah pada bulan-bulan lain. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan Al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini. Program Tadarus Al-Quran ini dibahagikan kepada beberapa juzuk mengikut kelas dan tingkatan. Alhamdulillah sepanjang tempoh yang diberi para pelajar memberi kerjasama yang baik sterusnya melancarkan lagi program tadarus yang diadakan.

Zikir Munajat Pembersih jiwaDoa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada  tengahari  ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan saudara Hafiz Haziq bin Amizi untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan.

#########Amin..ya rabbal alaminMajlis mengucapkan ribuan  terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.

Hadirin  sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman, Tutor Fakulti Pengajian Al-Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), untuk memperdengar bacaan suci Al-Qur’an.....Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Page 3: teks pengerusi majlis

#########Majlis merakamkan ucapan  ribuan terima kasih  atas kepada Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman atas bacaan ayat suci Al-Qur’an sebentar tadi.

Hadirin  sekalian, Seterusnya  dipersilakan  sekali lagi Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman untuk memimpin majlis Khatam Al-Qur’an pada hari ini.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

######### 

Alhamdulillah, majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman atas pimpinan majlis khatam al-Quran sebentaas tadi.

Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput Al-Fadhil Ustaz Wan Ahmad Marzuki bin Wan Ahmad, Penolong Pengarah Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan Menengah MARA, untuk menyampaikan Tazkirah ringkas, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

#########

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Wan ahmad Marzuki bin Wan Ahmad atas penyampaian Tazkirah ringkas sebentaas tadi..

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Ayahanda Pengetua Tuan Hj. A. Bakar bin A. Rahim untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Page 4: teks pengerusi majlis

##########Terima kasih diucapkan kepada Ayahanda Pengetua, atas  ucapan sebentar  tadi..

Sebagai  tanda terima kasih  daripada  pihak  majlis, dipersilakan  Yang  berusaha  Ayanda Pengetua, Tuan Hj. A. Bakar bin A. Rahim untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu jemputan kita, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman, Tutor Fakulti Pengajian Al-Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Al-Fadhil Ustaz Wan Ahmad Marzuki bin Wan Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Dipersilakan…

#########  Terima kasih diucapkan kepada Ayahanda Pengetua, atas  kesudian  menyampaikan  cenderamata sebentar  tadi.

Alhamdulillah, majlis  kita  sudah  sampai  di penghujungnya. Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis  Khatam al-Qur’an MRSM Bentong, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Semoga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.Sekian, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

Page 5: teks pengerusi majlis

Pengumuman.

Untuk makluman hadirin, kita akan menunaikan solat Magrib terlebih dahulu sebelum minkmati juadah berbuka di Dewan Selera. Sebentar lagi pihak BADAR akan mengagihkan sebotol air mineral dan beberapa biji Tamar untuk berbuka di suarau terlebih dahulu.