4

Click here to load reader

Teks pengacara pibg

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks pengacara pibg

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RINGLETMESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-3 2008

(jika pengerusi PIBG tidak mengambil penuh perjalanan mesyuarat)

BIL AGENDA TINDAKAN/ UCAPAN/PENGUMUMAN CATATAN1. Ucapan Pengerusi Majlis Assalamualaikum dan selamat malam

Yang dihormati :1. En Ang Chee Meng, YDP PIBG2. En Azahar bin Azahari, GPK Pentadbiran3. Pn Noor Manisah bt Mohamed, GPK HEM4. Pn Nachammal a/p Nachimuthu, GPK Ko5. Tenaga pengajar SMKR6. Ibu bapa/ penjaga7. Sidang hadirin

Terima kasih di atas kesudian anda semua untuk turut hadir bagi merapatkan jalinan silaturrahim antara kita.

Sidang hadirin:

Hayati rangkai kata ini :

Ibu bapa, dengarlah luahan hati anak-anak anda, tetapi fahami jua tugas dan tanggungjawab seorang guru.

Ibu bapa, Guru-guru dan Pelajar-pelajar,Biar tidak sama tetapi boleh bersama-sama, biar tidak setuju tapi boleh bersatu.

Page 2: Teks pengacara pibg

Ibarat : Akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba.Oleh itu usaha meningkatkan akademik dan sahsiah pelajar perlu dilakukan berterusan.

2. Bacaan Doa Lebih berkat majlis pertemuan ini kita buka dengan bacaan doa. Dijemput En Wan Ahmad Humaizie untuk qiraat doa.

3. Ucapan Pengetua/ GPK Pentadbiran

Amin, amin barakallah fi a’malinaSeterusnya dipersilakan En Azahar bin Azhari memberikan ucapan.

4. Agenda 1Ucapan YDP PIBG

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Begitulah ucapan alu-aluan dari En Azahar. Sebelum kita teruskan agenda mesyuarat eloklah diperkenalkan AJK 2007/08.

Baca senarai......

Kini dijemput En Ang Chee Meng untuk memberikan ucapan beliau.

Pastikan AJK dijemput duduk di tempat yang ditetapkan.

Agenda 2Mengesahkan minit mesyuarat

Sekarang kita ke agenda 2, iaitu mengesahkan minit mesyuarat agung kali ke-2.Ibu bapa dan guru-guru boleh mencadangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. Majlis membuka peluang untuk berbuat demikian.

Pastikan pencadang dan penyokong menyebut nama.

Agenda 3Membentang dan menerimalaporan tahunan

Syukur minit mesyuarat telahpun disahkan, jadi majlis akan bergerak ke agenda 3 iaitu membentang dan menerima laporan tahunan.

Hadirin sekalian, saya dengan sukacitanya menjemput En Azahar bin Azahari sekali bagi kesempurnaan agenda ini.

Page 3: Teks pengacara pibg

Agenda 4Membentang dan menerima penyata kewangan yangberakhir pada 31.12.2007

Terima kasih En Azahar, sekarang dijemput pula En Hisham bagi membentang penyata kewangan yang berakhir pada 31.12.2007

Agenda 5Pembubaran AJK 2007/08

Berakhirlah pembentangan, terima kasih En Hisham. Dijemput sekali En Ang Chee Meng selaku YDP PIBG 2007 bagi mengumumkan secara rasmi pembubaran AJK PIBG 2007/08 bagi memberi laluan kepada perlantikan AJK baru. Dipersilakan

Sekarang majlis mempersilakan AJK 2007/08 meninggalkan tempat duduk dan jemputlah duduk di barisan yang disediakan. Terima kasih

Agenda 6 Pemilihan AJK 2008/09

Sidang hadirin , Itulah simbolik bermulanya pemilihan dan pencalonan AJK baru. Lakukan ikut senarai keutamaan

Agenda 7Pemilihan 2 orang pemeriksa kira-kira

Kerusi-kerusi yang ditinggalkan masih ada dua kekosongan. Jadi beralih kepada pemilihan 2 orang pemeriksa kira-kira. Seorang daripada pihak guru dan seorang daripada pihak ibu bapa.

Agenda 8Membahaskan usul dan pertanyaan

Hadirin yang dialukan,

Sempurnalah perlantikan barisan exco PIBG SMK Ringlet bagai belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai.Saya menjemput kembali En Azahar bagi sesi perbahasan usul dan sesi soal jawab.

Agenda 9Ucapan penangguhan YDP baru

Tamat sudah sesi perbahasan usul dan pertanyaan,Sebagai klimak majlis, saya menjemput YDP baru bagi membuat ucapan penangguhan.Terima kasih kepada YDP baru, Sidang hadirin tidak lengkap majlis ini kalau saya tidak menjemput semua sekali menjamu selera. Marilah semua kita ke kantin. Selamat

Page 4: Teks pengacara pibg

menjamu selera.