All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
...

Teks Pengacara Minggu Bahasa

by azlina-bt-azmi

on

Report

Category:

Documents

Download: 0

Comment: 0

35

views

Comments

Description

SEBAGAI RUJUKAN
Download Teks Pengacara Minggu Bahasa

Transcript

Assalamualaikum wrt Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Amanjaya Bismillah itu permulaan kalam, Dengan nama Allah Khalikul alam, Berkat Muhammad Sayid Al anam Memberi rahmat siang dan malam.’ Di sini kita bermadah, mengucap syukur, Alhamdulillah... Semoga majlis dilimpah barkah. Yang Berusaha Pn Norhayati binti Saad, Pengetua SMK ........., Tn. Hj. Samsudin bin yusof, Penolong Kanan, Pn. Zakiah binti Ariffin,Penolong Kanan HEM Pn. Rosni binti Ladin, PK Kokurikulum Pn. Norfarida binti Mohamed Sheraj, PK ting. 6 Barisan Guru Kanan Guru-guru,, dan para pelajar yang disayangi sekalian   2. KATA ALU-ALUAN Alhamdulillah, marilah sama-sama kita aturkan setinggi-tinggi syukur kita ke hadrat Illahi, Tuhan sekalian alam, Tuhan yang maha tinggi dan maha perkasa, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan da kesempatan untuk bersama-sama berhimpun di Dataran warga SMK Ghafar Baba ini dalam majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Tahun 2011. Syukur juga kerana dengan izin-Nya, kita dapat berteduh berbumbungkan redup langit dan damai rasa ceria suasana. 3. NYANYIAN Memulakan majlis kita, satu penghayatan bersama.. Semua guru dan pelajar diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan seterusnya memurnikan bibir dengan lagu tema sambutan, lagu Bahasa Jiwa Bangsa. XXXXXX Awan bersua citra berkisah Ukiran sukma kilauan kelisa Lagu Bahasa Jiwa Bangsa berkumandang sudah Bingkisan ucapan menyusul pula Kalungan penghargaan buat semua.  Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk. Guru-guru dan para pelajar yang dihormati, Bulan Bahasa Kebangsaan berlangsung sepanjang bulan Oktober di seluruh negara. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ini adalah merupakan suatu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu, bahasa sejagat wahana perpaduan rakyat. 4. DOA Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat, Angkat tangan jari sepuluh, Doa diminta biar selamat. Agar pertemuan ini diredai, majlis dirahmati, Pihak majlis mempersilakan Ustaz ................................................. untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.. XXXXXXX Terima kasih diucapkan kepada Ustaz .......................atas bacaan doa sebentar  tadi. 5. UCAPAN PERASMIAN Selasih mekar di tengah desa Mencelah sama kembang melati Bahasa kebangsaan jiwa bangsa Perpaduan disemai bersatu hati Melilit rotan di dahan Ara Di celah angsana mekar sekata Ucapan alu-aluan pembuka bicara Puan pengetua bermadah kata Rajan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi. Pihak majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Nohayati binti Saad, Pengetua SMK DHMT untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan SMK Dato’ Hj Mohd Taib tahun 2013.  Dipersilakan..  XXXXXXX Demikianlah ucapan telus membawa mesej kudus Pn Norhayati binti Saad. Pihak majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian yang telah disampaikan. Tingkap papan kayu bersegi Sampan sarat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Bermartabat bangsa kerana bahasa Pihak Panitia Bahasa Melayu telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ini. Para pelajar boleh merujuk maklumat berkaitan aktiviti di papan maklumat kelas dan papan kenyataan Panitia Bahasa Melayu. Diharapkan pelajar-pelajar memberi sokongan dan kerjasama bagi setiap aktiviti yang telah dirancang.  Cincin suasa tersemat di jari Hiasan tersohor Dato Bahaman Bahasa Kebangsaan indah terperi Menjulang martabat zaman berzaman 6. PERSEMBAHAN  Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu noktah, majlis akan diserikan dengan persembahan kebudayaan. XXXXXXXXX Pihak majlis merakam setinggi-tinggi penghargaan atas persmbahan yang telah disampaikan. Majlis kita sampai ke penghujungnya. Yang kurik itu kendi Yang merah itu saga Yang molek itu budi Yang indah itu bahasa Jejaran mengkudu bias kesuma Dicelah angsana di Kuala Sedeli Akhir di sini noktah bersama Di lain masa bersua kembali Sekian, Wassalamualaikum Wbt.
Fly UP