8
TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 SMK SERI TANJONG SESI 2014 ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN Ibu bapa dan pelajar mengambil tempat Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.k. dan salam sejahtera. Warga SERI dengan penuh rasa hormat dan berbesar hati menjemput para ibu bapa dan penjaga diiringi anak-anak didik sekalian mengambil tempat duduk di dewan untuk turut serta dalam majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Seri Tanjong kali ke- 44 tahun 2014, dipersilakan. (ibu bapa dan anak-anak mengambil tempat) Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 Jam sudahpun menunjukkan pukul .............. pagi. Semua AJK dan ahli PIBG SMK Seri Tanjong dipersila dengan penuh hormat ke meja utama untuk majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 tahun 2014. (AJK dan ahli bersiap sedia) Yang Berbahagia Encik Rahman bin Mat, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Seri Tanjong dan Ahli-ahli Jawatan kuasa PIBG, Yang Berusaha Cik Hajah Jamilah binti Ismail Pengetua SMK Seri Tanjong, Yang dihormati Encik Khalid bin Bujang

Teks Pengacara Majlis PIBG 2014 SMKST

Embed Size (px)

DESCRIPTION

2014

Citation preview

TEKS PENGACARA MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN 2012

TEKS PENGACARA

MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44SMK SERI TANJONGSESI 2014ATURCARASKRIP PENGACARACATATAN

Ibu bapa dan pelajar mengambil tempat

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.k. dan salam sejahtera.

Warga SERI dengan penuh rasa hormat dan berbesar hati menjemput para ibu bapa dan penjaga diiringi anak-anak didik sekalian mengambil tempat duduk di dewan untuk turut serta dalam majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Seri Tanjong kali ke-44 tahun 2014, dipersilakan.(ibu bapa dan anak-anak mengambil tempat)

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44

Jam sudahpun menunjukkan pukul .............. pagi. Semua AJK dan ahli PIBG SMK Seri Tanjong dipersila dengan penuh hormat ke meja utama untuk majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 tahun 2014.(AJK dan ahli bersiap sedia)

Yang Berbahagia Encik Rahman bin Mat,

Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Seri Tanjong dan Ahli-ahli Jawatan kuasa PIBG,

Yang Berusaha Cik Hajah Jamilah binti IsmailPengetua SMK Seri Tanjong,

Yang dihormati Encik Khalid bin BujangGuru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Encik Sahak bin Zainal AbdeenGuru Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Sahreah binti Md ZinGuru Penolong Kanan Kokurikulum,Tuan Haji Borhan bin Md Nor

Guru Penolong Kanan Program Persediaan Universiti,

Puan Sha Aida binti Ahad

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru, para ibu bapa dan penjaga, anak-anak didik, seterusnya kerabat keluarga SERI yang dikasihi sekaliannya.

Majlis Mesyuarat Agung kali ke-44 kini bermula dengan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Encik Rahman bin Mat, Yang Dipertua PIBG SMK Seri Tanjong, dipersilakan.(mesyuarat agung bermula..selesai).

Alhamdulillah, sempurna sudah Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 tahun 2014 dengan permuafakatan semua AJK dan ahli. Tahniah diucapkan kepada semua ahli yang dilantik untuk menerajui Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Seri Tanjong bagi sesi 2014/2015. Semoga pemuafakatan ini akan memberi impak yang lebih bermakna dalam menjayakan misi dan visi sekolah.

Selepas ini, kita akan beralih ke agenda Majlis Graduasi 2013 SMK Seri Tanjong.

(bergantung acara)

MAJLIS GRADUASI 2013

SMK SERI TANJONG

ATURCARASKRIP PENGACARACATATAN

Ketibaan Perasmi dan VIPMengumumkan ketibaan,

Yang Berhormat Datuk Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu,

diiringi barisan pentadbir dan AJK Tertinggi Persatuan Ibu bapa dan guru-guru SMK Seri Tanjong.(VIP dan tetamu kehormat mengambil tempat duduk)

Majlis Graduasi

bermulaBismillahirrahmanirrahim.

Puji-pujian ke hadrat Allah SWT, Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Dengan izin-Nya jua, hari penuh ceria ini diteruskan dengan Majlis Graduasi 2013 SMK Seri Tanjong.Yang Berhormat Datuk Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah,

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,

merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka,Yang Berbahagia ..Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan guru-guru SMK Seri Tanjong dan Ahli-ahli Jawatan kuasa PIBG,

Yang Berusaha Cik Hajah Jamilah binti IsmailPengetua SMK Seri Tanjong,

Yang dihormati Encik Khalid bin BujangGuru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Encik Sahak bin Zainal AbdeenGuru Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Sahreah binti Md ZinGuru Penolong Kanan Kokurikulum,Tuan Haji Borhan bin Md Nor

Guru Penolong Kanan Program Persediaan Universiti,

Puan Sha Aida binti Ahad

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru, para ibu bapa dan penjaga, anak-anak didik, seterusnya kerabat keluarga SERI yang dikasihi sekaliannya.

Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis penuh bersejarah dalam diari Seri Tanjong ini, khususnya Yang Berhormat Datuk Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka, yang sudi mencuri sedikit waktu kesibukan beliau untuk bersama kerabat keluarga Seri Tanjong.

Bacaan doa

Yang Berhormat tetamu kehormat, def-def jemputan dan hadirin bervisi cemerlang,Sabtu, 08 Februari 2014 bersamaan 07 Rabiulakhir 1435 Hijrah, bacaan doa pembuka tirai majlis Graduasi.

Majlis dengan sukacitanya mempersila Alfadhil Ustaz Zaidi bin Ibrahim, untuk memimpin upacara bacaan doa, dipersilakan ustaz.(bacaan doa..selesai)Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Ucapan Pengetua

Yang Berhormat tetamu kehormat, def-def jemputan dan hadirin bervisi gemilang,Majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berusaha Cik Hajah Jamilah binti Ismail, pengetua SMK Seri Tanjong menyampaikan ucapan.Dipersilakan.

(ucapanselesai)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Ucapan YDP PIBG

Yang Berhormat tetamu kehormat, def-def jemputan dan hadirin bervisi terbilang,Majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berbahagia,

., Yang Dipertua PIBG SMK Seri Tanjong menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.(ucapanselesai)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Ucapan Perasmian

Yang Berhormat tetamu kehormat, def-def jemputan dan hadirin bervisi nasional,

Ucapan perasmian menyusul kini.Majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berhormat Datuk Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka, menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi 2013 dan Mesyuarat Agung PIBG SMK Seri Tanjong kali ke-44.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(ucapan.selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Acara Penyampaian Anugerah

Yang Berhormat tetamu kehormat, def-def jemputan dan hadirin yang dirahmati Allah,Acara Penyampaian Anugerah Majlis Graduasi 2013 SMK Seri Tanjong kini diupacarakan. Bagi menyempurnakan upacara, majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berusaha Cik Hajah Jamilah binti Ismail, pengetua SMK Seri Tanjong menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Datuk Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka, mengambil tempat, dipersilakan.

(rujuk lampiran.selesai)

Penyampaian cenderamataSebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga, majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berusaha Puan Pengetua menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat tetamu kehormat, dipersilakan.

(penyampaian cenderamata ..selesai)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Penutup dan BersuraiMajlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, merangkap Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka, selaku tokoh perasmi, def-def jemputan, para ibu bapa dan penjaga serta kerabat SERI; tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.Sebelum bersurai, majlis dengan penuh takzim mempersila Yang Berusaha tuan pengetua menjemput dan mengiring def-def jemputan ke majlis jamuan, dipersilakan.

(VIP ke majlis jamuan)Sekian, kami majlis disudahi dengan kalimah wabillahitaufik walhidayah warahmatullahi wabarakatuh.

Selepas ini, kita akan beralih ke Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Seri Tanjong tahun 2014.

(bergantung acara)