10
TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN Bismillahirrahmanirrahim, Yg Berusaha, Tn. Hj. Mohd Harithuddin Bin Satari (Pengetua SMK Simpang) Yg Diraikan, Ucapan Aluan Pengacara Majlis Mengumumkan ketibaan Tuan pengetua SMK Simpang Tn Hj Mohd Harithudin Bin Satari, Guru –Guru yang diraikan Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin Penolong Kanan Ting 6 & En Ng Hung Meng Pen Kanan Hal Ehwal MuridPara hadirin diminta untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak. Penolong kanan- penolong kanan, Guru- guru cemerlang, Guru-guru, Serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Teks Pengacara Majlis perpisahan

  • Upload
    ariesya

  • View
    20.429

  • Download
    55

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Majlis perpisahan

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN

Bismillahirrahmanirrahim,Yg Berusaha,Tn. Hj. Mohd Harithuddin Bin Satari (Pengetua SMK Simpang)

Yg Diraikan,

Ucapan Aluan Pengacara Majlis

Mengumumkan ketibaan Tuan pengetua SMK SimpangTn Hj Mohd Harithudin Bin Satari,

Guru –Guru yang diraikan Pn Hjh Siti Sara Bt JamaluddinPenolong Kanan Ting 6 &En Ng Hung Meng

Pen Kanan Hal Ehwal MuridPara hadirin diminta untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak.

Penolong kanan- penolong kanan,Guru- guru cemerlang,Guru-guru,

Serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Page 2: Teks Pengacara Majlis perpisahan

Guru-guru Penolong Kanan,Guru-guru Cemerlang,Seterusnya barisan Guru, Serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamua’laikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia diucapkan.

Pagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermakna

Kita sama-sama meraikan Majlis Perpisahan sempena persaraan Guru-guru di SMK Simpang, Pn Hjh Siti Sara Bt JamaluddinPen Kanan Ting 6 &En Ng Hung MengPen Kanan Hal Ehwal Murid SMK SImpang.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh________________________________________________ Terima kasih diucapkan kepada _____________________

Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Guru-guru Yang Diraikan Pn Hjh Siti sarah Binti Jamaluddin & En Ng Hung Mengsepanjang perkhidmatan mereka di dalam dunia pendidikan yang masing-masing berakhir dengan memegang jawatan sebagai Pen. Kanan Ting 6 & Pen. Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Simpang.

2.0 Bacaan Doa Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datangAwal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Page 3: Teks Pengacara Majlis perpisahan

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan

Majlis diteruskan dengan menjemput yag diraikan

Pn. Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin, Pen. Kanan Tingkatan 6

Untuk menyampaikan sepatah dua kata.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepadaPn. Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin.

Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur jangan

Berani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Sebelum meneruskan lagi acara kita pada pagi ini, izinkan saya membacakan serba sedikit biodata guru-guru yang diraikan pada hari ini sebagai tanda penghargaan dan kenangan terindah buat kita semua.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada yg diraikanEn Ng Hung Meng, Pen Kanan HemDipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Ng Hung Meng,

Seterusnya,Majlis diteruskan lagi dengan menjemputYg berusaha,Tn. Hj. Mohd Harithuddin Bin Satari, Pengetua SMK Simpang

Untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Mohd Harithuddin Bin Satari.

Page 4: Teks Pengacara Majlis perpisahan

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Pn Hjh Siti Sarah Bt Jamaluddin dan En Ng Hung Meng.Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Hjh Siti Sarah Bt Jamaluddin dan En Ng Hung Meng untuk tampil ke hadapan pentas bagi menerima cenderamata. Dipersilakan.Penyampaian cenderamata dimulakan dengan wakil-wakil pelajar.

Dipersilakan wakil Majlis Ketua Tingkatan

Seterusnya majlis mempersilakan ...........................................................................................Guru Kanan ................................................................................

Bagi menyampaikan cenderamata daripada ...............................................................................................Seterusnya majlis mempersilakan ...........................................................................................Guru Kanan ................................................................................

Bagi menyampaikan cenderamata daripada ...............................................................................................

Seterusnya majlis mempersilakan ...........................................................................................Guru Kanan ................................................................................

Bagi menyampaikan cenderamata daripada..................................................................................................

Page 5: Teks Pengacara Majlis perpisahan

Seterusnya majlis mempersilakan ...........................................................................................Guru Kanan ................................................................................

Bagi menyampaikan cenderamata daripada ...............................................................................................

Seterusnya majlis mempersilakan ...........................................................................................Guru Kanan ................................................................................

Bagi menyampaikan cenderamata daripada ...............................................................................................

Seterusnya majlis mempersilakan ...........................................................................................Guru Kanan ................................................................................

Bagi menyampaikan cenderamata daripada ...............................................................................................

Seterusnya majlis mempersilakan ...........................................................................................Guru Kanan ................................................................................

Bagi menyampaikan cenderamata daripada ...............................................................................................

Page 6: Teks Pengacara Majlis perpisahan

Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin,

En. Ng Hung Meng,

Begitulah serba sedikit rentetan kisah dua orang guru yang telah banyak memberi sumbang bakti kepada SMK Simpang sehingga ke hari ini. Jasa cikgu berdua akan senantiasa terpahat di sanubari. InsyaALLAH.

Page 7: Teks Pengacara Majlis perpisahan

Hadirin sekalian,Begitulah tadi acara penyampaian cenderamata kepada guru-guru yang diraikan.Terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil yang terlibat dan terima kasih juga diucapkan kepada Pn Hjh Siti Sara dan En Ng Hung Meng.

Untuk pengetahuan para hadirin,

Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin akan bersara wajib pada 20 Disember 2010, manakala bagiEn Ng Hung Meng akan bersara opsyen(pilihan) pada jan 2011.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemputTn Pengetua SMK Simpang,Tn Hj Mohd Harithuddin B Satari untuk menyampaikan sijil penghargaan persaraan kepada Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin yang bersara wajib. Dipersilakan.

Dijemput Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin utk menerima Sijil persaraan ini.Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Mohd Harithuddin B Satari.

Hadirin yang dihormati,Ucapan sudah, penyampaian cenderamata juga telah selesai.Kini tibalah masanya untuk majlis menjemput guru-guru yang diraikan, bersama-sama dengan Tuan Pengetua, serta guru-guru penolong kanan untuk tampil ke hadapan bagi acara memotong kek.

Utk pengetahuan para hadirin kek ini adalah sumbangan daripada.....................................................................................................Terima kasih diucapkan.

Begitulah berakhirnya acara memotong kek sebentar tadi.Terima kasih diucapkan.

Page 8: Teks Pengacara Majlis perpisahan

Hadirin yg dihormati,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambanganTerima kasih daun keladi

Budimu tuan jadi kenangan

Budimu tuan jadi kenangan Jadi kenangan bertahun tahun

Kami di sini dilupa janganSalah dan silap harap diampun.

Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

Anak haruan lima-lima,Mati ditimpa punggur berdaun;Budimu tuan kami terimaJadi kenangan bertahun-tahun.

Akar keladi melilit kasih,Selasih tumbuh di hujung taman;Kalungan budi jambangan kasih,Mesra kenangan sepanjang zaman.

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, Saya bg pihak warga SMK Simpang, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hjh Siti Sara Bt Jamaluddin & En Ng Hung Meng kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar cikgu berdua bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian selepas ini. insyaALLAH.

Majlis juga turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Perpisahan pada pagi ini.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali

Page 9: Teks Pengacara Majlis perpisahan

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.