Teks Pengacara Majlis Penutup

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Majlis

Citation preview

Teks Pengacara Majlis Penutup Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon ara;Pemanis kalam selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.Yang Berusaha GBYang Berusaha PKP..........................,PKHEM..............,PKKO............................Barisan Jurulatih, guru-guru pengiring dan seterusnya rakan-rakan peserta perkhemahan unit beruniform yang dikasihi.Assalammualaikum wbh dan saalam sejahtera.Alhamdulillah.Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program perkhemahan kita telah pun sampai ke penghujung.Pastinya pada detik ini pelbagai perasaan berbaur-baur dalam sanubari masing-masing.Dan segala yang berbaur itu menjadi satu pengajaran dan kenangan yang akan terua dikenang selamanya dalai lipatan sejarah.Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dimuliakan;Tetak buluh kajang sepuluh,Laksana dititing kias ibarat;Angkat tangan jemari sepuluh,Doa di pohon biar selamat.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ..............................Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.(Selesai bacaan doa)Amin ya rabulalamin.Sepanjang 2 hari 1 malam di sini, pelbagai pendedahan aktiviti telah kami lakukan bersama.Banyakpengalaman yang kami peroleh.Untuk mendengar secara lebih menyeluruh rentetan pengalaman dan perasaan sepanjang kami di sini, dipersilakan .................................. penghulu kami sepanjang programn untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan.Demikian tadi ucapan dan sedikit luahan pengalaman sepanjang kami di sini.Majlis merakamkan ucpan terima kasih.Tuan-tuan dan puan-puan,Duduk sekawan si burung unta,Tepi keramat di waktu malam;Pada mu tuan kami meminta,Kata azimat penutup kalam.Terbang di awan burung jentayu,Batu diangkat bunyi meletup;;Kata azimat kami merayu,Sebagai ucapan kata penutup.Majlis menjemput dan mempersilakan Tuan .. diiringi ................................................. untuk menyampaikan hadiah dan sij-sijil penghargaan kepada para pemenang.Dipersilakan.Kategori .Nama / Kumpulan :Kategori .Nama / Kumpulan :Kategori Nama / Kumpulan :Majlis merakamkan ucapan terima kasih.Tuan-tuan dan puan-puan;Banyak keluk ke penarikKeluk tumbuh pohon kuini;Nan elok bawalah balik,Nan tak elok tinggallah di sini.Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.Sekian, terima kasih.