4
Semua murid diminta berdiri tegak. Luruskan barisan. 1. Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang dihormati guru besar, Puan Pauline Thomas, yang berusaha Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu Kumbang Timbang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Wong Sia Hui, Penolong kanan Kokurikulum, Cikgu Louis Anding, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. 2. Bersyukur kita kerana dengan izin_Nya kita dapat sama-sama berkumpul di sini pada hari ini bagi menjayakan hari yang amat bermakna ini. Dengan bertemakan Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, saya mewakili rakan-rakan yang lain mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru. 3. Bagi memulakan majlis sambutan hari guru kita pada hari ini, dijemput guru-guru bersama-sama berdiri bagi menghormati dan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku. Semua murid diminta berdiri tegak. 1..2..nyanyi. Hadirin dijemput duduk. 4. Hadirin dan hadirat sekalian, Tak molek alu tiada lesungnya, Tak berguna dayung tanpa sampannya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara, Bagi meneruskan pengisian hari guru kita pada hari ini, dijemput puan guru besar untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Teks Pengacara Majlis Hari Guru

  • Upload
    xueylla

  • View
    282

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengacara Majlis

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Majlis Hari Guru

Semua murid diminta berdiri tegak. Luruskan barisan.

1. Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang dihormati guru besar, Puan

Pauline Thomas, yang berusaha Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu Kumbang

Timbang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Wong Sia Hui, Penolong

kanan Kokurikulum, Cikgu Louis Anding, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

2. Bersyukur kita kerana dengan izin_Nya kita dapat sama-sama

berkumpul di sini pada hari ini bagi menjayakan hari yang amat bermakna ini.

Dengan bertemakan Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, saya mewakili

rakan-rakan yang lain mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru.

3. Bagi memulakan majlis sambutan hari guru kita pada hari ini, dijemput

guru-guru bersama-sama berdiri bagi menghormati dan menyanyikan lagu

Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku. Semua murid diminta berdiri tegak.

1..2..nyanyi.

Hadirin dijemput duduk.

4. Hadirin dan hadirat sekalian,

Tak molek alu tiada lesungnya,

Tak berguna dayung tanpa sampannya

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara,

Bagi meneruskan pengisian hari guru kita pada hari ini, dijemput puan

guru besar untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada puan guru besar di atas ucapan yang

disampaikan sebentar tadi.

5. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tidak sempurna rasanya andai

majlis kita tidak diserikan dengan persembahan. Bagi memeriahkan lagi majlis

ini, dijemput murid-murid tahun 1 dan 2 tampil menghiburkan kita dengan

persembahan mereka. Dipersilakan.

Page 2: Teks Pengacara Majlis Hari Guru

Terima kasih diucapkan atas hiburan yang diberikan.

6. Acara diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Lagu

Pendidik Bumi Kenyalang daripada barisan para guru.

Terima kasih diucapkan.

7. Seterusnya, sekali lagi kita akan dihiburkan dengan persembahan

deklamasi sajak daripada murid Tahun 4. Dipersilakan.

Sekali lagi majlis merakamkan ribuan terima kasih.

8. Sebelum terlewat, saya mewakili rakan-rakan murid SK Ulu Meradong ini

merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru di sini, di atas segala

tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami selama kami menimba ilmu di

sekolah ini.

9.Rakan-rakan serta guru-guru sekalian.

Acara yang dinanti telah tiba. Majlis diteruskan dengan acara memotong

kek Hari Guru. Dijemput guru besar diiringi ketiga-tiga Penolong Kanan tampil

ke hadapan untuk acara memotong kek Hari Guru.

Terima kasih guru besar dan Penolong kanan di atas acara sebentar tadi.

10. Tidak adil rasanya jika guru sahaja yang memotong kek. Sebagai

pengisian Program Guru Penyayang, majlis diteruskan dengan acara

memotong kek bagi murid-murid yang menyambut Hari Jadi pada bulan April,

Mei dan Jun ini. Nama yang akan dipanggil sebentar nanti diminta tampil ke

hadapan untuk acara meniup lilin dan memotong kek Hari Lahir.

Dominic Lijan, Brandly Salleh, Rovina Santa, Senorita Khelly, Andrian Daniel,

Izzami Irfan, Trinia Nyoh, Jasmine dan Prem Aliester.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Hari Guru

Sebelum itu marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi

untuk rakan-rakan kita. 1..2.. nyanyi.

Dengan terlaksananya acara itu tadi, maka berakhirlah sambutan hari guru

kita pada hari ini. Semoga pada masa akan datang, sambutan yang lebih

meriah dapat kita adakan.

Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan,

Andai ada tersilap bicara,

Kemaafan jua saya pohonkan

Sekian, terima kasih.