4
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SKADHAKH Mengumumkan........perarakan masuk guru-guru Para pelajar diminta memberikan tepukan yang bergemuruh kepada barisan guru kita yang dikasihi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Bunga tanjung di tengah pekan, Tiupan bayu mencelah suria, Kalimah nan agung saya mulakan, Salam sejahtera menambah ceria. ang berusaha, !adirin sekalian, "# Mei, tarikh keramat sambutan !ari $uru di seluruh negara telah berlalu meninggalkan kita. Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk menjayakan !ari $uru dengan cara kita. Awal Bismillah pembuka bicara Kata disusun untuk keberkatan, Semoga kebaikan datang jua, Doa tulus pinta dilafazkan Bagi memberkati majlis ini,dijemput %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%% untuk memimpin bacaan d&a. 'ipersilakan... Amin amin ya rabbal alamin. Sem&ga dengan bacaan d&a itu tadi, majlis ini akan berjalan dengan lancar. Acara diteruskan dengan nyanyian lagu (egaraku, diikuti &leh )agu Sek&lah. !adirin diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai lambang kecintaan kita kepada sek&lah dan negara. "

Teks Pengacara Majlis Hari Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

GUIDE

Citation preview

TEKS PENGACARA MAJLIS

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI GURU SKADHAKHMengumumkan........perarakan masuk guru-guru

Para pelajar diminta memberikan tepukan yang bergemuruh kepada barisan guru kita yang dikasihi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Bunga tanjung di tengah pekan,

Tiupan bayu mencelah suria,

Kalimah nan agung saya mulakan,

Salam sejahtera menambah ceria.

Yang berusaha,

Hadirin sekalian,

16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara telah berlalu meninggalkan kita. Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru dengan cara kita.

Awal Bismillah pembuka bicara Kata disusun untuk keberkatan,

Semoga kebaikan datang jua, Doa tulus pinta dilafazkanBagi memberkati majlis ini, dijemput __________________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan...

Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan dengan lancar.

Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti oleh Lagu Sekolah.

Hadirin diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai lambang kecintaan kita kepada sekolah dan negara.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pengawas SK(A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, iaitu _____________________________________.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pelajar kita.

Mekar melati diapit kejora,

Kuntuman tersemat, jadi pamitan,

Tersentuh hati mendengar bicara,

Ungkapan azimat jadi ingatan,

Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan keramat daripada Bonda Guru Besar kita yang dikasihi. Dengan ini dipersilakan Puan Hajah Yot Sli, Guru Besar SK(Agama) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan....

Tumbuh selirat bunga melati,

Mari direnjis dalam jambangan,

Ucapan tersirat seribu erti,

Semoga majls menjadi kenangan.

Semoga para guru akan terus berjuang mendidik kami dengan tekun dan sabar menghadapi karenah kami. Terimalah kami dengan seadanya dan usahlah dibandingkan dengan murid-murid yang bersekolah di sekolah yang bertaraf dunia.

Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak akan lengkap tanpa mendengar laungan Ikrar Guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Dengan ini, majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke atas pentas bagi menyampaikan Ikrar dan menyanyikan lagu Guru Malaysia yang akan diketuai oleh Ustaz Asyraf Bin Roslan.Menghilau laksana pokok kiambang

Di dalam kali tumbuh melata,

Setahun sekali nyanyian berkumandang,

Berbakat sekali guru-guru kita.

Guru,

Hadirmu sentiasa dinanti,

Sejak kecil kami diajar ABC,

Pelbagai ilmu kami pelajari,

Pelbagai bahasa kami kuasai,

Dunia sains diterokai, sejarah dikaji digali,

Kira mengira tak perlu lagi menggunakan jari..

Bidang teknikal tidak ketinggalan,

ICT pula melengkap pengetahuan

Disusul oleh pelbagai kemahiran

Melukis mewarna indah lakaran,

Agama dan akhlak paling ditutamakan,

Kami mengenal adab dan sopan,

Buat bekalan di masa depan.

Bagi menghargai jasa para guru sekalian, dipersilakan ketua-ketua kelas untuk menyampaikan cenderamata kepada guru kelas masing-masing. Dengan ini, diminta semua guru kelas Satu hingga enam bangun untuk memudahkan Ketua Kelas menyampaikan cenderamata.

Indah selendang kebaya nyonya,

Sekali imbas puteri kayangan,

Usah dipandang pada harganya,

Ingatan ikhlas tanda kenangan.

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intailah kami sementara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Batang selasih permainan budak,

Mari ditambat di hujung titi,

Bercerai kasih bukannya talak,

Kerana tamat tempoh berbakti.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan Acara Memotong Kek yang berupa kek hari jadi dan juga kek untuk sambutan hari guru. Sesungguhnya, inilah simbolik untuk melambangkan kerjasama saling memberi dan menerima, susah dan senang sama dirasa. Kek juga lambang kemanisan dan keindahan hidup bermasyarakat.

Dipersilakan kepada Guru Besar dan guru-guru penolong Kanan tampil ke atas pentas untuk memotong kek.

Mari kita nyanyikan lagu hari guru(irama lagu hari lahir)

Majlis diserikan lagi dengan persembahan istimewa daripada murid kepada para guru yang kami sayangi. Inilah satu medium untuk kami menunjukkan hasil didikan yang diperturunkan kepada kami oleh guru selama ini.

Seterusnya para guru akan diperdengarkan sebuah sajak khas. Sajak bertajuk Guru Oh Guru adalah hasil nukilan Usman Awang pada tahun 1979. Dengan segala hormatnya dijemput adik _________________________ bagi menyampaikan bacaan sajak.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Terima Kasih Cikgu oleh murid tahun __.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada murid yang telah mempersembahkan persembahan yang sangat istimewa. Semoga para guru terhibur dengan apa yang telah dipersembahkan.

Demikianlah tadi selesai sudah majlis perasmian sambutan hari guru. Seterusnya saya serahkan majlis ini kepada guru yang bertugas untuk pengumuman yang berikutnya.

Kalau ada jarum yang patah,

Jangan disimpan di bawah saji,

Kalau ada silap dan salah,

Jangan dikutuk diumpat keji.

Pohon kuini dahannya patah,

Di situ tempat bermain kenari,

Sampai di sini kata bernoktah,

Izinkan saya mengundur diri.

Sekian, wassalamualaikum wbt4