2
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BARU IPG KPM TARIKH : 24 JUN 2013 TEMPAT : DEWAN SERIKANDI BIL CUE TEKS Apabila Tuan Pengarah tiba di pintu utama Dewan Tun Fatimah Mengumumkan ketibaan Pn. Tumerah bt Rosmin Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu ke persada majlis. 1. Apabila VIP bersedia Protokol majlis Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum tirai disingkapkan, sebelum layar dilabuhkan, marilah sama-sama kita membaca surah Al-Fatihah bagi memohon keberkatan perjalanan majlis. Al Fatihah Yang Berbahagia,Pn Tumerah bt Rosmin, Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu. Yang Berbahagia, Tn Hj Hasan bin Pardi Timbalan Pengarah, IPG Kampus Perempuan Melayu Yang Berusaha, Dr. Hj. Mihat bin Hj Dolah, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG KPM ______________________________________________. Yang dihormati, para pensyarah, Yang dihormati,saudari Farahanis bt Mohamed Yusop, Yang dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu. Serta yang diraikan, pelajar baharu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2013. 2. Kata-kata aluan Dingin petang di atas buaian, Sambil makan buah berangan; Selamat datang saya ucapkan, Kepada semua hadirin sekalian Hadirin dan hadirat sekalian, Selamat Datang Ke Majlis Interaksi Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGK Perempuan Melayu bersama waris sempena Minggu pendaftaran pelajar baharu. 2. Nyanyian lagu Majlis pada pagi ini akan diteruskan dengan nyanyian lagu- lagu rasmi iaitu Lagu negaraku Lagu Melaka Maju Jaya dan Lagu IPGM. Hadirin dipersilakan berdiri. Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi

Teks Pengacara Majlis Formal

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Majlis Formal

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BARU IPG KPM

TARIKH : 24 JUN 2013TEMPAT : DEWAN SERIKANDI

BIL CUE TEKSApabila Tuan Pengarah tiba di pintu utama Dewan Tun Fatimah

Mengumumkan ketibaan Pn. Tumerah bt RosminPengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu ke persada majlis.

1. Apabila VIP bersedia

Protokol majlis

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.Sebelum tirai disingkapkan, sebelum layar dilabuhkan, marilah sama-sama kita membaca surah Al-Fatihah bagi memohon keberkatan perjalanan majlis. Al Fatihah

Yang Berbahagia,Pn Tumerah bt Rosmin, Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu.

Yang Berbahagia, Tn Hj Hasan bin PardiTimbalan Pengarah, IPG Kampus Perempuan Melayu

Yang Berusaha, Dr. Hj. Mihat bin Hj Dolah, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG KPM

______________________________________________.Yang dihormati, para pensyarah,

Yang dihormati,saudari Farahanis bt Mohamed Yusop, Yang dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu.

Serta yang diraikan, pelajar baharu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2013.

2. Kata-kata aluan Dingin petang di atas buaian,Sambil makan buah berangan;Selamat datang saya ucapkan,Kepada semua hadirin sekalian

Hadirin dan hadirat sekalian,

Selamat Datang Ke Majlis Interaksi Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGK

Perempuan Melayu bersama waris sempena Minggu pendaftaran

pelajar baharu.

2. Nyanyian lagu Majlis pada pagi ini akan diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu rasmi iaituLagu negarakuLagu Melaka Maju Jaya danLagu IPGM.

Hadirin dipersilakan berdiri.

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi

Page 2: Teks Pengacara Majlis Formal

3. Video perutusan rektor

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita

mendengar perutusan daripada Ybrs. Dr Lee Boon Hua, timbalan rektor

IPGM.

4. Ucapan Pengarah Begitulah tadi perutusan timbalan rektor IPGM.Hadirin sekalian,Majlis kita pada hari ini diteruskan dengan ucapan alu aluan Puan Tumerah bt Rosmin, Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu,

Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi pengghargaan kepada Puan Pengarah atas ucapan sebentar tadi.

5. Sesi dialog KJ HEP dengan ibu bapa Majlis kita pada pagi ini bertukar rentak. Daripada ucapan kepada sesi

dialog antara Dr Hj Mihat bDollahKetua jabatan, Jabatan hal ehwal pelajar bersama ibu bapa. Dipersilakan Dr Haji Mihat bin Dollah untuk memulakan sesi.

Begitulah tadi sesi dialog antara pihak HEP bersama waris. Diharap sesi yang telah dijalankan dapat memberi pencerahan kepada ibu bapa dan guru pelatih.

6. .Hadirin sekalian, majlis pada pagi ini telah sampai ke penghujungnya.

Mengharum wardah bingkisan puteri,Hiasan sanggul anggun melintang,Adunan indah jasa dan bakti,Guru Cemerlang, Negara Gemilang.

Songket biru tampak berseri,Tenunan indah buat arjuna,Tersilap bicara harap maafi,Ketemu lagi, di lain acara.

Majlis mengumumkan tetamu kehormat dan para pensyarah meninggalkan majlis.

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabila............

Majlis bersurai