9
Majlis penyampaian Sijil dan Anugerah SMK Agama Limbang 2014 14 November 2014 (Jumaat) QUE Perkara CATATAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT Mengumumkan ketibaan, Yang dihormati, En Mohamad bin Tangah, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Limbang Diiringi oleh dif-dif jemputan Masuk ke dewan… NYANYIAN LAGU NEGARAKU Hadirin sekalian, sebentar lagi akan dimainkan lagu kebangsaan negaraku. Dijemput tetamu kehormat dan hadirin untuk berdiri tegak dan sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan negaraku. Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk. BACAAN DOA Hadirin sekalian, Lebat kemiri pohonnya rendah Dahan terikat tali perkasa Sepuluh jari kami menadah Mohon berkat Yang Maha Esa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Maziz Bin Matusup. Dengan penuh takzimnya,dipersilakan. Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada al-fadhil ustaz atas bacaan doa sebentar tadi. BACAAN AL-QURAN Hadirin sekalian, Seterusnya Majlis dengan penuh takzim menjemput adik

Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teks untuk majlis kecemerlangan sekolah akhir tahun

Citation preview

Majlis penyampaian Sijil dan Anugerah SMK Agama Limbang 201414 November 2014 (Jumaat)

QUEPerkaraCATATAN

KETIBAAN TETAMU KEHORMATMengumumkan ketibaan,Yang dihormati, En Mohamad bin Tangah, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Limbang

Diiringi oleh dif-dif jemputan

Masuk ke dewan

NYANYIAN LAGU NEGARAKUHadirin sekalian, sebentar lagi akan dimainkan lagu kebangsaan negaraku. Dijemput tetamu kehormat dan hadirin untuk berdiri tegak dan sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan negaraku.Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

BACAAN DOAHadirin sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendahDahan terikat tali perkasaSepuluh jari kami menadahMohon berkat Yang Maha EsaBagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Maziz Bin Matusup.

Dengan penuh takzimnya,dipersilakan.

Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada al-fadhil ustaz atas bacaan doa sebentar tadi.

BACAAN AL-QURANHadirin sekalian, Seterusnya Majlis dengan penuh takzim menjemput adik MUHAMAD SHABRI BIN MOHIDI untuk memperdengarkan bacaan suci ayat al-quran dari surah _________________, ayat __________ hingga ___________

Dipersilakan.

Sadakallah hul azim,Terima kasih diucapkan atas bacaan al-quran sebentar tadi.

SALUTASIYang Dihormati En. Mohammad Bin Tangah*Pegawai Pelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Limbang

Yang Berusaha En Haji Jaffri bin Haji MailPenolong Kanan Pentadbiran SMK Agama LimbangYang Berusaha Ustaz Ahmad Bin RambliPenolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha En Ismail bin KedriPenolong Kanan Tingkatan 6Yang Dihormati En. Suhaini Bin Abdul RahmanYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SMK Agama LimbangDif-dif jemputan,

Seterusnya

Ibu bapa, Barisan guru, para pelajar yang dikasihi dan hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

UCAPAN ALU-ALUAN MC

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam akademik.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Dihormati En Mohamad Bin Tangah, kerana sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis kami. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin sekalian,Dari Dewan Utama As-syafie, mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian ke MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK AGAMA LIMBANG 2014.Majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang akademik dan ko-kurikulum. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar.Tak molek, jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicaraHadirin sekalian,Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,Yang Berusaha, Tuan Haji Jaffri Bin Haji Mail, Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limbang untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN PERASMIANHadirin sekalian,

Kalau tuan pikat kenariJangan patahkan batang jeramiKepada tuan mandat diberiMohon disempurnakan majlis kamiTidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk itu, majis menjemput dan mempersilakan,Yang Dihormati En Mohamad Bin Tangah Pegawai Pelajaran Pejabat Daerah Limbang untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK AGAMA LIMBANG 2014.Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia

PERSEMBAHAN KOIR Tingkatan 6Hadirin sekalian,

Majlis gilang gemilang ini akan diteruskan lagi dengan persembahan koir tingkatan 6. Untuk itu majlis mempersilakan.

(persembahan tamat)

Untuk makluman semua, persembahan koir itu tadi di bawah pimpinan, Encik Syahrizan bin Suif, Encik Ahmad Termizi Bin Jawawi dan Encik Nor Mizan bin Damit. Majlis mengucapkan terima kasih.

PENYAMPAIAN Anugerah Usaha Gigih:a) Lulus Semua Subjek

b) Murid mencapai Sasaran kelas

c) Murid mencapai sasaran sekolah

Anugerah Tiga tempat terbaik Setiap kelas

Anugerah subjek terbaik setiap tingkatan

Tokoh kurikulum

a) Menengah rendah

b) Menengah atas

Anugerah PIBG

a) Insentif Murid cemerlang setiap tingkatan

b) Insentif murid cemerlang PMR 2013

c) Insentif murid menyambung pelajaran ke IPTMelati kuntum rotan berhias,Tumbuh melata di tepi kaliAnugerah cemerlang 2014Murid cemerlang kita hargaiHadirin yang dihormati,Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK AGAMA LIMBANG 2014 pada hari ini akan kita mulakan dengan Penyampaian Anugerah Usaha GigihUntuk itu, majlis sukacitanya menjemput,Penyampai : Yang dihormati Encik Suharni bin Abdul rahman , Yang Dipertua PIBG SMK Agama LimbangDiiringi oleh: Yang berusaha Encik Ismail Bin Haji Kedri, Setiausaha PIBG SMK Agama Limbang.Untuk menyempurnakan acara penyampaian anugerah tersebut. Dipersilakan.(baca senarai nama)

PENYAMPAIAN

Anugerah Ko-kurikuluma) Unit beruniform

b) Kelab dan persatuan

c) Sukan dan permainan Tokoh Kokurilulum

a)Lelaki

b) Perempuan

Anugerah Sahsiah Terpuji

a)Menengah rendah (lelaki)

b) Menengah rendah (perempuan)

c) Menengah atas (lelaki)

d) Menengah atas (perempuan)

e) Pra U

Anugerah Merit Tertinggi

a) Lelaki

b) Perempuan

c) Pra U

Anugerah Pengawas (wakil)

Tokoh Badar

a) Lelaki

b) Perempuan

Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah Ko-kurikulum,

Penyampai : Yang Berusaha, Tuan Haji Jeffri bin Haji Mail, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Agama LimbangDiiringi oleh: Yang berusaha, Ustaz Ahmad Bin Rambli, Penolong Kanan Ko-kurikulum SMK Agama Limbang(baca senarai nama)

PENYAMPAIAN

Tokoh Ibnu Khaldun(cemerlang Akademik, Kokurikulum, sahsiah)Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian

Anugerah kepada Tokoh Ibnu Khaldun.Penyampai : Yang Dihormati Encik Mohammad Bin Tangah, Pegawai Pelajaran Pejabat Pendidikan Daerah LimbangDiiringi oleh: Semua tetamu kehormat

Graduasi Pelajar SPM dan STPMBersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah, bagi meraikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK Agama Limbang. Hari ini, tanggal 14 November 2014, warga dewan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah seterusnya.Bagi meneruskan majlis, tingkatan 5 dan Tingkatan 6 akan tampil ke atas pentas untuk menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu Majlis Graduasi Pelajar SPM dan STPM. Pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 yang telah berjaya menamatkan pengajian di SMK Agama Limbang ialah :

********(Lampiran) (2)***********(Mini Konvokesyen)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohamad Bin Tangah dan semua tetamu kehormat untuk penyampaian sijil itu tadi.

Penyampaian Cenderahati Tetamu KehormatHadirin yang dihormati,

Adat orang bertandang, kehadiran dialu-alukan, kepulangan diraikansebagai tanda kasih dan tanda penghargaan , majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Jafrri bin Haji Mail, PK 1 SMK Agama Limbang untuk menyampaikan tanda hati kepada tetamu jemputan kita pada pagi ini. Dipersilakan Yang Berusaha Encik Mohamad bin Tangah untuk menerima tanda hati daripada pihak sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan haji dan Yang Berbahagia ______________________.

JAMUAN & BERSURAIDengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur diri. Saya Lela Masomarto Norazahar Han dan Rapiah menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami berbicara.Terima kasih buat semua warga SMK Agama Limbang , rakan guru, orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK AGAMA LIMBANG 2014.Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran dan keberkatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah.Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari kami berduaPohon kenanga elok merimbunTersenyum si dara menyunting bunganyaKami menghimpun maaf dan ampunWacana hidup berkat selamanyaBurung tekukur terbang rendahTerbang bersama si burung muraiSaat ini saat penyudahTanda majlis melabuhkan tirai

Sekian wabillahitaufik wahidayah..wassalam..