7
Teks pengacara majlis ‘Jalinan Kasih Aidilfitri’ SMK YAM Tuan Radin 2015 1. Hadirin sekalian dimohon untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku. 2. Bismillahirrahmanirrahim YangBerusaha , Puan Saripah Binti Mohd Noor, Pengetua SMK YAM Tuan Radin Yang Dihormati, Encik Rosli Bin Nordin, Yang Dipertua PIBG SMK YAM Tuan Radin Yang Dihormati, Encik Paiman Bin Tumiran, Penolong Kanan Akademik & Pentadbiran Puan Hajah Fauziah Binti Ismail, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Puan Nadzida Binti Nadzim, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Roslina Binti Maskor, Penolong Kanan Petang Encik Iszam Bin Ismail, Penolong Kanan PPKI

Teks pengacara majlis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks

Citation preview

Page 1: Teks pengacara majlis

Teks pengacara majlis ‘Jalinan Kasih Aidilfitri’ SMK YAM Tuan Radin 2015

1. Hadirin sekalian dimohon untuk berdiri bagi menyanyikan

lagu Negaraku.

2. Bismillahirrahmanirrahim

YangBerusaha , Puan Saripah Binti Mohd Noor, Pengetua SMK YAM Tuan Radin

Yang Dihormati, Encik Rosli Bin Nordin, Yang Dipertua PIBG SMK YAM Tuan Radin

Yang Dihormati,

Encik Paiman Bin Tumiran, Penolong Kanan Akademik & Pentadbiran

Puan Hajah Fauziah Binti Ismail, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Nadzida Binti Nadzim, Penolong Kanan Kokurikulum,

Puan Roslina Binti Maskor, Penolong Kanan Petang

Encik Iszam Bin Ismail, Penolong Kanan PPKI

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah,

rakan-rakan guru, staf-staf dan para pelajar yang dikasihi

sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam

Page 2: Teks pengacara majlis

1Malaysia.

Bersongkok bersampin segak berseri

Berbaju kurung anggun jelita

Majlis ramah mesra aidil fitri

Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita

Ketupat rendang pembuka selera

Tangan dihulur maaf dipinta

Agar ukhwah terjalin mesra

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan

kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah

sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita

sama-sama dapat berkumpul di Dewan Budiman yang

ceria ini untuk meraikan majlis ‘Jalinan Kasih Aidilfitri’

peringkat sekolah bagi tahun 2015.

3. Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan

dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa.

Majlis mempersilakan Ustaz Mohd Yusof Bin Wahab

bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil

ustaz.

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan

pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan

berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

Page 3: Teks pengacara majlis

4. Hadirin sekalian,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang

Berusaha, Encik Rosli Bin Nordin, Yang Dipertua PIBG

SMK YAM Tuan Radin bagi menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

........................

Terima kasih diucapkan kepada Encik Rosli di atas

ucapan sebentar tadi.

5. Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya

Nasi arab pilihan kita

Bingkisan kata bingkisan raya

Tuan pengetua bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan

sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Saripah

Binti Mohd Noor, Pengetua SMK YAM Tuan Radin

untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

........................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Saripah di

atas ucapan sebentar tadi.

5.

Awan bersua citra berkisah

Ukiran sukma kilauan kelisa

Sambil berbual nikmati juadah

Persembahan pelajar ceria acara

Page 4: Teks pengacara majlis

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu

nasyid yang bertajuk ___________________________

yang akan didendangkan oleh Kumpulan _____________

yang terdiri daripada pelajar Aspuri SMK YAM Tuan

Radin,

..................................

Terima kasih diucapkan kepada

Kumpulan_____________________ di atas persembahan

sebentar tadi.

6. Forum ‘Masih Ada Yang Sayang’ (dikendalikan oleh

moderator forum.

Hadirin sekalian,

Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan Forum ‘

Masih Ada Yang Sayang’ yang akan dikendalikan oleh

moderator forum _______________________.

Dipersilakan.

............................

Terima kasih diucapakan kepada moderator forum dan

semua ahli panel yang terlibat.

7. Penyampaian Hadiah / Cenderamata

Hadirin sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah

dan cenderamata.

Majlis dengan segala hormatnya

menjemput_____________________________________

untuk mengiringi

_____________________________________________

bagi menyampaikan hadiah dan cederamata.

...............................................

Page 5: Teks pengacara majlis

Majlis mengucapkan terima kasih kepada

______________________________________________

di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

8. Hadirin sekalian,

Kita teruskan lagi kemeriahan majlis kita pada hari ini

dengan 2 persembahan dari pelajar-pelajar SMK YAM

Tuan Radin yang sememangnya berbakat besar.

Marilah sama-sama kita saksikan persembahan Nyanyian

Lagu Raya daripada pelajar-pelajar PPKI, dan diikuti oleh

kumpualan PD Rockers dengan persembahan Nyanyian

Lagu Raya mereka.

......................................

Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar PPKI dan

kumpulan PD Rockers di atas persembahan yang sangat

menghiburkan sebentar tadi.

9. Hadirin sekalian,

Ketupat lemang nasi impit laksa

Mi kuah bihun sup tidak dilupa

Kek dan biskut tersedia di meja

Tunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk

menikmati juadah yang disediakan oleh setiap kelas

selepas ini. Dengan itu semua pelajar-pelajar bolehlah

bergerak ke kelas masing-masing untuk bersedia

menerima tetamu yang akan datang beraya.