16
TEKS PENGACARAAN FESTIVAL NASYID DAN KHATAM AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 SMK TAMAN SETIAWANGSA Disediakan oleh, Tn. Hj. Ampandi bin Omar Pn. Sarah binti Ibrahim

Teks Pengacara Majlis 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengacaraan Majlis

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Majlis 2015

TEKS PENGACARAAN FESTIVAL NASYID DAN

KHATAM AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS

PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

SMK TAMAN SETIAWANGSA

Disediakan oleh,

Tn. Hj. Ampandi bin Omar

Pn. Sarah binti Ibrahim

Page 2: Teks Pengacara Majlis 2015

TEKS PENGACARA MAJLIS

FESTIVAL NASYID DAN KHATAM AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS

PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

EMCEE TEKS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum majlis dimulakan di sini ada beberapa pengumuman:

Bagi melicinkan dan mengurangkan gangguan semasa majlis berlangsung,

tuan-tuan dan puan-puan diminta supaya menukar mode telefon tangan

anda kepada mode senyap.

Para hadirin juga diminta berdiri semasa ketibaan VIP dan seterusnya

menyanyikan lagu Negaraku.

AG

Para hadirin dan hadirat dipohon berdiri.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datin Seri Utama Anggraini

Sentiyaki, isteri Menteri Wilayah Persekutuan, En. Shazali bin Ahmad,

Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Puan Foziah binti Buang, Pengarah

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta tetamu-

tetamu kehormat yang lain ke Majlis Penutupan Rasmi Festival Nasyid dan

Khatam Al-Quran Pendidikan Khas, Peringkat Kebangsaan 2015.

AG

** Jika tetamu duduk, umumkan:

Para hadirin dan hadirat dipersilakan berdiri untuk menyanyikan

Lagu Negaraku

*** Nyanyian Lagu Negaraku

2

Page 3: Teks Pengacara Majlis 2015

SPara hadirin dan hadirat dipersilakan duduk.

Daun layu di tengah gurun

Nampak jalur pohon cemara

Tradisi Melayu turun temurun

Pantun ditutur pembuka bicara

Melayang merbah di hujung muara

Bersama helang terbang ke pekan

Awal Bismillah pembuka bicara

Festival Nasyid dan Khatam Al-Quran Pendidikan Khas kita raikan

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki,

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan

Yang Berbahagia, Encik Shazali Bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan

khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Berusaha, Pn Foziah binti Buang, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur

Hj. Wan Muhamad Noor bin Wan Endut, Timbalan Pengarah Bahagian

Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

Pn Mahani Binti Kassim, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas,

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

En. Hamizar Bin Abdul Hadi, Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Timbalan-timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur

Ketua-ketua Sektor, Ketua-ketua Unit

Barisan pengetua dan guru besar

Tetamu-tetamu jemputan

Guru-guru, para ibu bapa

serta para peserta yang dihormati sekalian

3

Page 4: Teks Pengacara Majlis 2015

AG

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan kurniaan

rahmatnya, dapatlah kita bersama-sama pada hari yang berbahagia ini bagi

menjayakan; Festival Nasyid dan Khatam Al-Quran Pendidikan Khas,

Peringkat Kebangsaan 2015.

Para hadirin dan hadirat sekalian, majlis ini bertujuan untuk mewujudkan

semangat kerjasama dalam pasukan dan mengembangkan syiar Islam

melalui irama nasyid.

Dengan bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” objektif

diadakan Festival Nasyid dan Khatam Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat

Kebangsaan 2015 adalah untuk mencungkil dan mengembangkan bakat dan

menyerlahkan potensi di dalam usaha mempertingkatkan semangat ukhwah

serta menyampaikan mesej dan nilai murni kepada warga pendidikan khas

seiring dengan murid-murid di arus perdana.

Untuk makluman semua,

Festival Nasyid ini, melibatkan penyertaan 14 kontinjen dari seluruh

Malaysia

3 kategori pertandingan telah dijalankan pada 30 Julai 2015 iaitu

Bermasalah Pembelajaran (BP) Sekolah Rendah

Bermasalah Pembelajaran (BP) Sekolah Menengah

Bermasalah Penglihatan (BL) Terbuka

4

Page 5: Teks Pengacara Majlis 2015

S

Terang bulan cahaya bersuluh

Dilihat mari di tepi titi

Menadah tangan jari sepuluh

Doa dibaca berkat menanti

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,

marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan

dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Majdi bin Ismail

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***Bacaan Doa

AG Amin, Amin, Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Al-Fadhil Ustaz Majdi bin Ismail atas bacaan doa sebentar tadi.

S

Para hadirin yang dihormati,

Bagi memuliakan majlis, marilah kita sama-sama menghayati alunan ayat-

ayat suci Al-Quran yang akan diperdengarkan oleh 4 orang pelajar Sekolah

Menengah Pendidikan Khas Setapak dengan diiringi wakil bagi setiap

kontinjen yang mengambil bahagian. Majlis Khatam Al-Quran ini dipimpin

oleh Al Fadhil Ustaz Mohammad Nazri bin Musa.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

****Majlis Khatam Al-Quran****

5

Page 6: Teks Pengacara Majlis 2015

AG

Demikian berakhirnya Majlis Khatam Al-Quran kita pada malam ini.

Bersempena Festival Nasyid dan Khatam Al-Quran Peringkat Khas Peringkat

Kebangsaan 2015.

Sutera Cina kain sari

Digubah renda di dalam puan

Apa guna majlis berseri

Jika tiada ucapan alu-aluan

Hadirin dan hadirat yang dihormati.

Majlis dimulakan dengan mendengar ucapan alu-aluan daripada Yang

Berbahagia Encik Shazali bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas,

Kementerian Pendidikan Malaysia selaku Pengerusi Pengelola Festival

Nasyid dan Khatam Al-Quran Pendidikan Khas, Peringkat Kebangsaan 2015.

Dengan segala hormatnya dipersilakan. ***Ucapan Pengelola

S

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Shazali Bin Ahmad atas

ucapan beliau sebentar tadi.

Daun teratai daunnya kalis

Banyak ditanam di tapak semaian

Belum lengkap kiranya majlis

Jika tiada ucapan perasmian

Hadirin dan hadirat sekalian, seterusnya majlis dengan segala hormatnya

menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Datin Seri Utama

Anggraini Sentiyaki, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan

Majlis Penutupan Rasmi Festival Nasyid dan Khatam Al-Quran Pendidikan

Khas, Peringkat Kebangsaan 2015.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

***Ucapan Perasmian VIP

6

Page 7: Teks Pengacara Majlis 2015

AGMajlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datin Seri

Utama Anggraini Sentiyaki, atas kesudian beliau merasmikan Majlis

Penutupan Rasmi Festival Nasyid dan Khatam Al-Quran Pendidikan Khas,

Peringkat Kebangsaan 2015.

Bukan rumput sebarang rumput

Rumput penghias cantik pandangan

Bukan jemput sebarang jemput

Jemput juri berikan penerangan

Bagi meneruskan majlis, dipersilakan ..............................................selaku ketua

hakim untuk memberikan ulasan sepanjang festival ini berlangsung.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan *** Ulasan Ketua Hakim

S

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ..................................... atas

ulasan yang disampaikan sebentar tadi.

Di harapkan semoga dapat dijadikan panduan bagi semua kontinjen untuk

masa akan datang.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis yang berbahagia ini akan diteruskan dengan acara kemuncak iaitu

acara penyampaian cenderamata kepada wakil kontinjen yang mengambil

bahagian, para penaja dan seterusnya penyampaian hadiah kepada para

pemenang

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Shazali

bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Khas selaku Pengerusi Pengelola,

dan Puan Foziah binti Buang Pengarah Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur

untuk mengiringi Yang Berbahagia Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki,

bagi menyempurnakan majlis.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

7

Page 8: Teks Pengacara Majlis 2015

AG

*** Tunggu VIP naik pentas

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada kontinjen yang

bertanding.

Dimulakan dengan wakil dari

*** Rujuk Senarai

Seterusnya penyampaian cenderamata kepada penaja-penaja

*** Rujuk Senarai

Kini tibalah acara kemuncaknya penyampaian hadiah kepada para

pemenang

*** Rujuk Keputusan

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah menerima hadiah.

Semoga ini dapat dijadikan suntikan semangat untuk lebih berjaya pada

masa hadapan. InsyaAllah.

S Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Yang Berbahagia Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki, atas kesudian beliau

menyempurnakan majlis penyampaian hadiah sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan dijemput En. Shazali bin Ahmad untuk

menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datin Seri Utama

Anggraini Sentiyaki

Dipersilakan

“”” Penyampaian Cenderamata

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Shazali bin Ahmad dan

Yang Berbahagia Datin. di atas penyampaian cenderamata sebentar tadi

8

Page 9: Teks Pengacara Majlis 2015

AG Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Sementara itu, majlis pada hari ini akan diserikan lagi dengan persembahan

oleh kumpulan nasyid jemputan dari Sekolah Menengah Agama Kuala

Lumpur. Untuk makluman Pasukan nasyid ini merupakan Johan Festival

Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat

Kebangsaan baru-baru ini.

….Majlis dengan berbesar hatinya mempersilakan. ** Persembahan

STerima kasih atas persembahan nasyid itu tadi dari Sekolah Menengah

Agama Kuala Lumpur sebentar tadi.

Seterusnya, marilah sama-sama kita menikmati pula persembahan nasyid

yang bakal didendangan oleh Johan Kategori …………………………………………..

Festival Nasyid dan Khatam Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat

Kebangsaan 2015

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan……………………

AG Terima kasih diucapkan kepada Johan Kategori …………………………………………..

atas persembahan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dengan ini berakhirlah sudah Festival Nasyid dan Khatam Al-Quran

Pendidikan Khas, Peringkat Kebangsaan 2015.

Sekian dulu majlis kita pada hari ini dan kami sudahi dengan dua rangkap

pantun

Bersinar mentari memberi cahaya

Cahaya bersinar panas terasa

Adat majlis ada pincangnya

9

Page 10: Teks Pengacara Majlis 2015

Maafkan kami insan biasa

S Di atas bata burung kenari

Hinggap sekali di pokok kelapa

Mohon kami undurkan diri

Di lain masa kita berjumpa

Majlis dengan berbesar hatinya menjemput dan mempersilakan Encik

Shazali bin Ahmad mengiringi Yang Berbahagia Datin Seri Utama Anggraini

Sentiyaki dan tetamu kehormat untuk menikmati minum malam di Bilik

VVIP

...... Jamuan VIP

Hadirin hadirat sekalian, di jemput menikmati minum malam di Dewan

...................................................

Sekian dulu wabillahitaufik walhidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

10

Page 11: Teks Pengacara Majlis 2015

FESTIVAL NASYID DAN KHATAM AL-QURAN PENDIDIKAN KHASPERINGKAT KEBANGSAAN 2015

SENARAI KONTINJEN YANG BERTANDING

BIL NEGERI

1 PERLIS

2 KEDAH

3 PULAU PINANG

4 PERAK

5 SELANGOR

6 WILAYAH PERSEKUTUAN

7 NEGERI SEMBILAN

8 MELAKA

9 JOHOR

10 PAHANG

11 TERENGGANU

12 KELANTAN

13 SABAH

14 SARAWAK

Page 12: Teks Pengacara Majlis 2015

FESTIVAL NASYID DAN KHATAM AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

SENARAI NAMA PENAJA

BIL PENAJA PENERIMA

1KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

En. Wan Hazreek Putra Hussain Yusuf

2 JAKEL TRADING SDN BHD En. Azad Arif bin bin Mohd Ariffin

3 YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN En. Aznan Arif bin Mohd Ariffin

4 RAMLY BURGER En. Azuan Arif bin Mohd Ariffin

5 LEMBAGA TABUNG HAJI Dato' Hj. Shahidol Kofli bin Salim DIMP.,AMP

6 BAITULMAL  

7 YAYASAN PENDIDIKAN CHERAS  

8 VIKAS INTERNATIONAL  

9 KEDUTAAN INDONESIA  

10 99 SPEEDMART SDN BHD  

11 UNIVERSITY MALAYA  

Page 13: Teks Pengacara Majlis 2015

FESTIVAL NASYID DAN KHATAM AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

SENARAI KEPUTUSAN PERTANDINGAN NASYID MENGIKUT KATEGORI

KATEGORI PERKARA KEPUTUSAN

SEKOLAH MENENGAH

LIRIK TERBAIK  

LAGU TERBAIK  

PENYANYI SOLO TERBAIK  

TEMPAT KETIGA  

NAIB JOHAN  

JOHAN  

SEKOLAH RENDAH

LIRIK TERBAIK  

LAGU TERBAIK  

PENYANYI SOLO TERBAIK  

TEMPAT KETIGA  

NAIB JOHAN  

JOHAN  

MASALAH PENGLIHATAN

LIRIK TERBAIK  

LAGU TERBAIK  

PENYANYI SOLO TERBAIK  

TEMPAT KETIGA  

NAIB JOHAN  

JOHAN