All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
...

Teks Pengacara (Kot) 2014

by jonathan-barnes

on

Report

Category:

Documents

Download: 0

Comment: 0

3

views

Comments

Description

contoh membuat teks pengacara majlis
Download Teks Pengacara (Kot) 2014

Transcript

Logo SK IPGM Perlis TEKS PENGACARA KEJOHANAN OLAHRAGA 2014 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS DAN SK IPGM PERLIS (5 MAC 2014) MASA CUE ANN TURN 8.15 pagi Ketibaan Pengarah IPG Kampus Perlis dan Guru Besar SK IPGM Perlis Mengumumkan ketibaan, En. Tan Ying Kee Pengarah Institut Pendidikan Guru,Kampus Perlis , Dan En. Burhanudin bin Md. Ariff, Guru Besar SK IPGM Perlis, diringi oleh Tuan Haji Ideris bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Pn Noryati bt. Ismail, Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Perlis Seterusnya, ketua-ketua jabatan, para pensyarah, guru-guru kanan, dan guru-guru SK IPGM Perlis. Kata alu-aluan pengacara majlis Bissmillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam sukan. Yang Berbahagia, En. Tan Ying Kee, Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Perlis, Yang Berbahagia, En. Burhanudin bin Md. Ariff, Guru Besar SK IPGM Perlis, Yang Berusaha, Tuan Haji Ideris bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Perlis, Yang Berusaha, Pn. Noryati bt. Ismail Ketua Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Yang dihormati, pensyarah-pensyarah kanan, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah, guru-guru kanan, guru-guru, staf-staf sokongan seterusnya guru-guru pelatih sekalian. Selamat datang diucapkan ke Kejohanan Olahraga 2014 Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan SK IPGM Perlis. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Kejohanan Olahraga 2014 merupakan acara yang diadakan buat julung kalinya yang menggabungkan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan SK IPGM Perlis. Kejohanan Olahraga 2014 ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum IPG Kampus Perlis dengan Kerjasama Para pelajar semester 5 IPG Kampus Perlis dan guru-guru SK IPGM Perlis. Kejohanan ini juga bertujuan untuk mengenengahkan bakat terpendam dalam kalangan guru pelatih dan para pelajar sekaligus dapat menunjukkan keupayaan masing-masing sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 8.20 pagi Perarakan Masuk Kontijen Rumah Sukan Pengarah terima tabik hormat Hadirin sekalian, Kejohanan Olahraga 2014 diteruskan dengan perarakan masuk kontijen-kontijen rumah sukan. Untuk itu, dipersilakan Pn. Noryati bt. Ismail, Ketua Unit Kokurikulum untuk menjemput dan mengiringi En. Tan Ying Kee, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan En. Burhanudin bin Md. Ariff, Guru Besar SK IPGM Perlis bagi menerima tabik hormat. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Perarakan masuk Pembawa Bendera Kejohanan Perarakkan masuk kontinjen rumah sukan Mendahului perarakan masuk kontijen rumah sukan ialah pembawa bendera Kejohanan Olahraga 2014. Bendera kejohanan ini diarak masuk oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah yang diketuai oleh Kadet diikuti dengan Bendera Malaysia, Bendera Negeri Perlis, Bendera Instittut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Bendera SK IPGM Perlis dan diikuti pergerakan masuk bendera rumah sukan. Seterusnya, perarakan masuk kontijen rumah sukan Planet Marikh yang diketuai oleh saudara Ahmad Uzair B Zulkifli. Anak pokok ditapak semaian, Pokok yang elok jadi pilihan, Warna Merah penuh wawasan, Menungkah arus menuju kecemerlangan Perarakan masuk diikuti oleh kontijen rumah sukan Planet Pluto yang diketuai oleh saudara Muhamad Hazim B Abdul Rahman Pohon meranti banyak di Rasah, Bersarang tempua juga merpati, Berbaris megah mengatur langkah, Warna Biru tetap di hati. Melintasi kawasan tabik hormat ialah kontijen rumah sukan Planet Zuhal yang diketuai oleh saudara Mohammad Akmal B Mahadi Sungguh besar pohon cemara, Tegak merimbun di tengah kota, Warna Kuning sentiasa membara, Bergelar juara itulah cita-cita. Melintasi kawasan tabik hormat seterusnya ialah kontijen rumah sukan Planet Musytari yang diketui oleh saudara Wafi B Jalaludin Tumbuh merimbun pokok delima, Pokok delima di tanah rendah, Warna Hijau pilihan utama, Semangat membara onak diredah. Perarakan masuk Pasukan Unit Beruniform Seterusnya, Perarakan masuk Pasukan Unit Beruniform IPG Kampus Perlis dan SK IPGM. Melintasi kawasan tabik hormat ialah Pasukan Pengakap. Perarakan masuk diikuti oleh persatuan Pandu Puteri Kadet. Seterusnya, Perarakkan masuk Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Melintasi kawasan tabik hormat ialah Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Kontinjen yang terakhir melintasi kawasan tabik hormat ialah Pasukan Kadet Remaja Sekolah. Demikianlah tadi, perbarisan masuk kontijen-kontijen Kejohanan Olahraga 2014. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Tan Ying kee, En. Burhanudin bin Md. Ariff dan Pn. Noryati b. Ismail atas kesudian menerima tabik hormat sebentar tadi. Bacaan doa Ucapara menaikkan bendera kejohanan Hadirin yang dihormati sekalian, untuk mendapat barakah daripada Illahi majlis mempersilakan saudara Muhammad Hazran Bin Muhammad untuk memimpin lafaz bacaan doa. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan. Seterusnya, Upacara menaikkan bendera kejohanan oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah. Dipersilakan. Nyanyian lagu: · Negeri Perlis - Institut Para hadirin dipersilakan berdiri untuk menyanyikan lagu negeri Perlis, lagu Pendidikan Teras Kemajuan dan lagu SK IPGM Perlis. Bacaan ikrar Majlis diteruskan dengan mempersilakan saudara Muhammad Zulazim Bin Noordin untuk mengetuai bacaan ikrar kejohanan. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan. Ucapan Guru Besar SK IPGM Perlis Hadirin sekalian, Kini majlis menjemput dan mempersilakan pula En. Burhanudin bin Md Ariff, Guru Besar SK IPGM untuk menyampaikan ucapan, Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En. Burhanudin bin Md. Ariff, Guru Besar SK IPGM Perlis atas ucapan sebentar tadi. Ucapan perasmian Pengarah Terbang di awan burung jentayu, Kerana penat gugur ke bumi; Tampillah tuan kami merayu, Bersama amanat bekalan kami Seterusnya, Pihak majlis berbesar hati menjemput En. Tan Ying Kee, pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis untuk menyampaikan sepatah dua kata sekali gus merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan 2014 Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan SK IPGM Perlis. Dipersilakan Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Yang Berbahagia, En. Tan Ying Kee di atas ucapan dan perasmian pembukaan sebentar tadi. Upacara simbolik kejohanan Tuan-tuan dan puan-puan, sekarang kita akan saksikan upacara simbolik pembukaan Kejohanan Olahraga 2014 Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan SK IPGM Perlis. Dengan itu, majlis mempersilakan En. Tan Ying Kee sambil diiringi En. Burhanudin bin Md. Ariff untuk menyempurnakan upacara simbolik kejohanan. Dipersilakan (Semasa gimik berlangsung) Tema gimik Kejohanan Olahraga 2014 pada tahun ini adalah “Save the Earth”. Ini bertepatan dengan tema Kejohanan Sukan 2014 ini sendiri itu sendiri iaitu planet. Replika bumi telah dipilih sebagai simbolik kepada planet bumi yang manusia diami sekarang. Proses penyiraman air pada replika pokok di sekeliling bumi pula, adalah simbolik kepada tema gimik kita iaitu “Save the Earth,” di mana ia melambangkan bahawa kita perlu bersama menjaga alam semulajadi bumi ini. Sayangilah bumi yang kita diami kurniaan yang tiada ganti. (Gimik tamat) Terima kasih diucapkan kepada En. Tan Ying Kee dan En. Burhanudin bin Md. Ariff di atas diatas kesudian menyempurnakan upacara tersebut. 8.50 pagi Perarakan keluar perbarisan rumah sukan Seterusnya, perarakan keluar perbarisan rumah sukan. 9.00 pagi Persembahan selingan Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari 1)Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi IPG Kampus Perlis. 2)Pom-pom Girl daripada SK IPGM Perlis Dipersilakan. Menjemput Guru SK IPGM Perlis untuk mengambil alih acara sekolah Sidang hadirin, Ayuh kita berikan perhatian kepada acara yang bakal berlangsung sebentar lagi, iaitu acara prasekolah dan acara ibu bapa terbuka. Oleh itu, dipersilakan Puan Zeti Erne binti Abdul Hamid, guru SK IPGM Perlis untuk meneruskan acara tersebut. Dipersilakan. Guru SK IPGM Perlis mengacara acara sekolah Terima kasih pengemudi acara, Acara yang akan berlangsung kini merupakan acara prasekolah SK IPGM Perlis. Baiklah, untuk acara pertama ialah Acara lari Bawa Pundi Kacang. Kita teruskan lagi dengan acara kedua, Acara Lari Bawa Aiskrim Gergasi. Seterusnya, acara ketiga ialah Acara Isi Air Dalam Botol. Acara yang akan berlangsung kini merupakan acara ibu bapa terbuka SK IPGM Perlis. Oleh itu, dijemput para ibu bapa prasekolah SK IPGM Perlis untuk mengambil tempat di padang. Dipersilakan. Terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi mengambil bahagian dalam acara sebentar tadi. Tuan-tuan dan puan-puan, Dengan ini saya menyerahkan kembali majlis kepada pengemudi acara.. 9.30 pagi Acara Akhir KOT Tuan-tuan dan puan-puan, Kita berikan tumpuan kepada, Acara yang bakal berlangsung sebentar lagi ialah no acara 101 acara 200 meter, kategori wanita, peringkat separuh akhir pertama. Di lorong pertama.... Di lorong kedua ... Di lorong ketiga... Di lorong keempat.. Di lorong kelima.... Tuan-tuan Acara yang telah berlangsung sebentar tadi ialah acara 200 meter no acara 101 kategori wanita peringkat separuh akhir yang telah dimenangi oleh Tempat pertama........dengan catatan masa rasmi.... Acara pensyarah dan staf Sekarang, majlis diteruskan lagi dengan acara pegawai, iaitu khas buat para pensyarah dan guru, · Lari berganti-ganti · Jalan berganti-ganti Acara tarik tali Tuan-tuan dan puan-puan, Pada hari ini akan diadakan acara kemuncak iaitu acara tarik tali. Oleh itu dipersilakan saudara Muhamad Fuad A. Hamid untuk mengemudi acara tersebut. Dipersilakan. Acara lumba maskot 70m Sekarang, Majlis diserikan lagi dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu acara lumba maskot. Diminta semua maskot untuk bersedia di padang. 11.30 Pagi Acara tamat dan perarakan masuk semula perbarisan rumah sukan. Perhatian, Diminta semua ahli rumah sukan masuk ke padang dan beratur mengikut rumah sukan masing-masing. 11.45 pagi Penyampaian hadiah Sekarang, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah dan cenderamata. Untuk itu, dipersilakan _______________________ untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan. · Baca ikut turutan Johan Sukantara diungguli oleh __________________________ (ikut yang diberikan) 12.15 t/hari Ucapan penutupan Timbalan Pengarah Seterusnya, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Tuan Haji Ideris bin Abu Bakar Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis untuk memberikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan penutupan Kejohanan Olahraga 2014, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan SK IPGM Perlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 12.30 t/hari Upacara simbolik penurunan bendera keojanan Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Yang Berbahagia, Tuan Haji Ideris bin Abu Bakar di atas ucapan dan perasmian penutupan sebentar tadi. Seterusnya, Majlis diteruskan dengan upacara simbolik penurunan bendera kejohanan bagi menandakan penutupan Kejohanan Olahraga 2014, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan SK IPGM Perlis. Kita saksikan. Maka dengan itu, berakhirlah sudah Kejohanan Olahraga 2014, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan SK IPGM Perlis. Saya mewakili warga kerja kejohanan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Nyanyian lagu: · Negaraku Sebelum berakhir, hadirin dipersilakan berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku. Majlis bersurai. Kepada peserta yang telah berjaya tahniah dan syabas diucapkan dan kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa. Kita jumpa lagi di Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun hadapan. Bersama-samalah kita memartabatkan mutu sukan Institut kita. Sekian, Terima kasih
Fly UP