3
TEKS PENGACARAAN MAJLIS KHATAM QURAN PERINGKAT SEKOLAH 2014M / 1435H Aluan Bismillahhirrahmannirrahim Dimulakan majlis dengan menyebut nama Allah Yang Maha Esa, dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi. Diucapkan segala puji-pujian, kepada Allah RABBUL IZZATI dan diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi, Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda serta sahabat- sahabat baginda. Yang dialukan, 1. Yg Berusaha En Shahrom b. Husssien, Guru Besar SK Sentosa, Kampar. 2. Barisan Penolong Kanan, Guru-guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh. Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, dapat kita dipertemukan bersama pada dalam Majlis Khatam Quran Peringkat Sekolah Sempena Program Ihya’ Ramadhan Tahun 2014M bersamaan 1435H. Antara Objektif diadakan Majllis ini adalah bagi menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap Kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap yang lebih tinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. 1

Teks Pengacara Khatam Quran 2014

  • Upload
    rozziana

  • View
    3.779

  • Download
    322

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mc

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Khatam Quran 2014

TEKS PENGACARAANMAJLIS KHATAM QURAN

PERINGKAT SEKOLAH 2014M / 1435H

Aluan

Bismillahhirrahmannirrahim

Dimulakan majlis dengan menyebut nama Allah Yang Maha Esa, dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi.Diucapkan segala puji-pujian, kepada Allah RABBUL IZZATI dan diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi, Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.

Yang dialukan,

1.Yg Berusaha En Shahrom b. Husssien, Guru Besar SK

Sentosa, Kampar.

2.Barisan Penolong Kanan, Guru-guru dan seterusnya murid-

murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh.

Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t  kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, dapat kita dipertemukan bersama pada dalam Majlis Khatam Quran Peringkat Sekolah Sempena Program Ihya’ Ramadhan Tahun 2014M bersamaan 1435H.

Antara Objektif diadakan Majllis ini adalah bagi menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap Kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap yang lebih tinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

1

Page 2: Teks Pengacara Khatam Quran 2014

UCAPAN ALUAN

GB

Adat bahasa menyampaikan pesanAdat upacara menyampaikan ucapan

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Shahrom b. Hussein, Guru Besar SK Sentosa untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Untaian madah kata alaunUntaian ingatan sepanjang zaman

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

KhatamQuran

Para muslimin dan muslimat,

Bunga melur bunga kenanga Cantik disusun penyeri anjung Al-Quran bagaikan intan permata Al-Quran dijunjung umat disanjung

Bagi memulakan majlis Khatam kita, dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tn Hj Rosli b. Suhaime selaku Khalifah untuk meneruskan acara. Dipersilakan.

Anak kecil memotong kayu Kayu di potong dengan gergaji Seindah apapun suara lagu Lebih indah suara mengaji

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diatas kejayaan murid-murid dalam meneruskan tradisi memartabatkan Al-Quran. Semoga mendapat keberkatan dan pengajaran daripadanya.

Penyampaian

cenderahati &

Sumbangan

Para muslimin dan muslimat sekalian,

Majlis diteruskan lagi, dengan Penyampaian Sumbangan & Sijil Penyertaan Majlis Khatam ini pada tahun ini.

Bagi menyempurnakan majlis, Dengan sukacitanya dijemput Yg Berusaha Guru Besar SK Sentosa untuk menjemput dan mengiringi tetamu kita untuk naik ke pentas bagi menyampaikan sijil. Dipersilakan.

2

Page 3: Teks Pengacara Khatam Quran 2014

Penutup

Muslimin muslimat, hadirin hadirat,

Semoga Majlis yang diadakan pada pagi ini dapat memupuk ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim sesama kita dan mendapat rahmat dari-Nya.

Bunga mawar cantik berseri Mekar disirami si embun pagi Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Khatam Quran Peringkat Sekolah Tahun 2014. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri. Akhir kata, wabillahitaufik wahidayah, wassalamualaikum WB..

3