8
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015 TARIKH : 29 MEI 2015 (GELANGGARA IPG KAMPUS PULAU PINANG) CUE ANN MENGUMUMKAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Tuan Hj. Khalid bin Ahmad, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Diiringi oleh ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, dan para pensyarah. NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI PULAU PINANG (LAGU TERUS DIMAINKAN) Hadirin dipersilakan duduk. PROTOKOL MAJLIS Istana kota sebelas tingkat Tempat baharu nakhoda pekan Sama kata sama sepakat Hari guru kita raikan. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berusaha, Tuan Hj. Khalid bin Ahmad, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,

Teks Pengacara Hari Guru 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kerangka teks pengacara

Citation preview

TEKS PENGACARAMAJLIS SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015TARIKH : 29 MEI 2015(GELANGGARA IPG KAMPUS PULAU PINANG)

CUEANN

MENGUMUMKAN KETIBAANMengumumkan ketibaan Yang Berusaha,Tuan Hj. Khalid bin Ahmad,Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,Diiringi oleh ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, dan para pensyarah.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI PULAU PINANG(LAGU TERUS DIMAINKAN)

Hadirin dipersilakan duduk.

PROTOKOL MAJLISIstana kota sebelas tingkatTempat baharu nakhoda pekanSama kata sama sepakatHari guru kita raikan.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahteraYang Berusaha,Tuan Hj. Khalid bin Ahmad,Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,

Yang berusaha,Puan Hajah Suriah binti Abd ManapTimbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,

Yang dihormati,Dr Mohamad Fadzil bin Che AmatKetua Jabatan Hal Ehwal PelajarYang dihormati,Dr Parvinder Singh, Pensyarah Jabatan Sains,Merangkap Pengerusi Majlis Sambutan Hari Guru Tahun 2015,

Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah, serta hadirin yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat IPG Kampus Pulau Pinang Bagi Tahun 2015.

BACAAN DOAHinggap sang burung di ranting nan patah,Duduk berkicau menghilangkan lelah,Hanya padaNya tangan ditadah,Memohon redha, rahmat dan barakah.

Hadirin yang dihormati sekalian, Bagi memohon limpah rahmat daripada Ilahi, majlis mempersilakan saudara Muhammad Hilman bin Norman bagi memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(DOA)

Amin yarabbal a'lamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

BACAAN PERUTUSAN MENTERI PENDIDIKANBerhenti hujan terbit pelangiIndah dipandang tak mampu didekatiIkhlas ajarannya kami sanjungiBudimu guru di kenang sampai matiBagi meneruskan acara, majlis dengan ini menjemput _____________________________________________________bagi membacakan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia, _____________________________________________________ sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(BACAAN PERUTUSAN)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _____________________________________________________ atas kesudian menyampaikan perutusan tersebut.

BACAAN PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARANJalan ke darat berpilin-pilin,Cuaca redup menawan duka,Guru ibarat cahaya lilin,Menyuluh hidup tiap ketikaMajlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, _____________________________________________________. Dengan ini, majlis menjemput ____________________________________________________ bagi menyampaikan perutusan tersebut. Dipersilakan.(BACAAN PERUTUSAN)Majlis mengucapkan terima kasih kepada __________________________________________________ atas kesudian menyampaikan perutusan tersebut.

UCAPAN PENGARAHPutik baru mekar di laman,Kembang kudup kumbang terikat,Hargai guru sepanjang zaman,Agar hidup beroleh berkat.Hadirin sekalian, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Khalid bin Ahmad, Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang bagi menyampaikan ucapan sempena sambutan hari guru. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah atas ucapan yang cukup bermakna sebentar tadi.

GIMIK.

PENYAMPAIAN HADIAHHadirin sekalian, majlis diteruskan pula dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dalam pertandingan yang dijalankan sempena sambutan hari guru.Antara pertandingan yang telah dijalankan ialah Pertandingan Keceriaan, Pertandingan Kad Ucapan Hari Guru dan Pertandingan Running Teachers yang disertai oleh pensyarah-pensyarah dan juga pelajar guru.Majlis dengan ini menjemput Tuan Haji Khalid bin Ahmad diiringi _____________________________________________________ bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.(Senarai nama penerima hadiah)1) Bimbingan dan Kaunseling2) Sejarah3) Matematik

PERSEMBAHANAngin menderu dengan sepoinya,Di anak tangga duduk berperikan,Kasih guru akan muridnya,Masa dan tenaga rela korbankan.Hadirin sekalian,Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan oleh Pelajar DPLI Ambilan Januari 2014. Marilah sama-sama kita hayati pengajaran yang ingin disampaikan daripada persembahan mereka. (PERSEMBAHAN)Begitulah persembahan yang cukup menarik daripada pelajar DPLI. Majlis pasti tidak akan meriah tanpa persembahan oleh pensyarah-pensyarah kesayangan kita.Tanpa melengahkan masa, ayuh kita saksikan persembahan klasik oleh pensyarah IPG Kampus Pulau Pinang.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.(PERSEMBAHAN)Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah atas satu persembahan yang hebat sebentar tadi.

UCAPAN PENUTUPHadirin sekalian, Tak Molek jika ada alu, tiada lesungnyaTak Berguna jika ada dayung, tiada perahunya,Tak Berkat ilmu, tanpa amalnya,Tak lengkaplah majlis, tanpa nyanyian bersama.

Diminta semua pensyarah dan pelajar guru untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru dengan penuh bersemangat.

PENUTUPDengan berakhirnya nyanyian lagu sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah dan pelajar guru yang telah memeriahkan majlis sambutan hari guru pada pagi ini.Sebagai penutup bicara,Sisir pelepah meraut lidi,Menganyam daun atap jerami,Yang indah, yang berseri bawalah pergiYang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,Tambat perahu di muara Deli.Kalau ada umur yang panjang,InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Sekian. Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.