Teks Pengacara Forum

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tajuk gejala sosial

Citation preview

Bismillah Hirrahmanirrahim....Alhamdulillahhirabbilalamin...Wassolatuwassalamuala alihi wasohbihi ajmain.***Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;Assalammualaikum mulanya kata,Saya sembah pembuka bicara.***Melayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang,Awal BismilLah pembuka bicara.Dari Raub pergi ke Pontian,Terus pula ke Kuala Perlis,Harap semua berikan perhatian,Mohon saya mulakan Majlis.(KALAU ADA) Yang Berusaha PUAN ROSMAHWATI BINTI ABDUL HAMID, GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN KURIKULUM,merangkap Guru Besar SK KAJANG UTAMA

Yang berbahagia, ENCIK MOHD SYAHMI BIN ZAMRI, SELAKU MODERATOR FORUM TELADANI AKHLAK RASULULLAH S.A.W pada hari ini.

Yang berbahagia, AHLI-AHLI PANEL FORUM IAITU SAUDARI CHE NUR HIDAYAH BINTI SAUFI DAN NOR HASANAH BINTI REMELI,

(kalau ada) Yang dihormatiguru-guru PenolongKanan,

Para guru, serta semua murid-murid tahun 4 dan 5 sekolah kebangsaan kajang utama yang dikasihi sekalian.Assalamualaikum w.b.t.***Sarung ketupat berisi inti,Dibawa budak sambil berlari,Kehadiran semua sangat dihargai,Moga Majlis bertambah seri.Bunga mawar cantik tersemat,Dipetik gadis di tepi titi,Doa dibaca memohon Rahmat,Moga Majlis sentiasa diberkati.Oleh itu, bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput SAUDARA MOHAMAD FAIZUDIN BIN ABDUL LATIFuntuk membacakan doa. Dipersilakan.Aamiin2, ya robbal aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepadaSAUDARA MOHAMAD FAIZUDIN BIN ABDUL LATIF atas bacaan doaitu tadi.***Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, tujuan kita berhimpun di dewan ini pada pagi yang indah ini adalah untuk mendengar sebuah forum yang bertajuk Teladani Akhlak Rasulullah S.a.w. yang akan disampaikan oleh guru-guru pelatih sekolah kebangsaan kajang utama. Oleh itu, semua murid diminta menyediakan bahan catatan untuk mencatat segala ilmu yang akan disampaikan oleh ahli-ahli panel kerana pada akhir forum nanti akan diadakan satu kuiz spontan untuk semua murid tahun 4 dan 5.Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak berkat ilmu tanpa amalnyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Oleh itu, bagi tidak membuang masa, saya selaku pengacara majlis dengan ini menyerahkan majlis ini kepada saudara Mohd Syahmi Bin Zamri selaku moderator forum teladani Akhlak Rasulullah S.A.W. untuk memulakan forum.Majlis dengan tazimnya mempersilakan.Forum.

Alhamdulillah, Terima kasih diucapkan kepada saudara moderator dan kedua-dua ahli panelatas forum yang telah disampaikan sebentar tadi.InsyaAllah segala ilmu yang telah disampaikan dapat sama-sama kita amal dan sampaikan kepada orang lain.

KUIZ SPONTANBaiklah, sekarang kami akan mengadakan kuiz spontan kepada semua murid. Soalan yang diberikan adalah sebanyak 10 soalan sahaja. Mana-mana murid yang ingin menjawab, sila terus tampil ke hadapan.Soalan pertama: Soalan kedua hingga seterusnya,Tahniah kepada semua murid yang pantas tampil ke hadapan dan menjawab soalan kuiz dengan betul. Berikan tepukan yang gemuruh kepada diri masing-masing.PENUTUPHadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,Tuan puteri tersenyum-senyum,Melihat mempelai direnjis dipilis,Senyum-senyum jangan tak senyum,Sudah kita di penghujung Majlis.Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan forum kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada Allah SWT. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudian semua untuk hadir memeriahkan Forum Teladani Akhlak rasulullah saw ini.Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.Pergi ke dusun memetik kelapa,Kelapa muda si kelapa barli,Jari disusun maaf dipinta,Panjang usia bersua kembali.Marilah sama-sama kita akhiri majlis forum pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarahdan surah al Asr.Majlis bersurai.