All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
...

TEKS PENGACARA FORUM PENDIDIKAN

by hairi65

on

Report

Category:

Documents

Download: 0

Comment: 0

226

views

Comments

Description

TEKS PENGACARA FORUM PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2015
Download TEKS PENGACARA FORUM PENDIDIKAN

Transcript

14 TEKS PENGACARA MAJLIS FORUM PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2010 TARIKH : 15 MEI 2015 (JUMAAT) MASA : 3.00 PETANG TEMPAT : DEWAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH, KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, ALOR SETAR, KEDAH TEKS PENGACARAAN MAJLIS FORUM PENDIDIKAN 2015 AKTIVITI TEKS Pengacara majlis membuat pengumuman tatasusila majlis kepada hadirin Di sini ada beberapa pengumuman. Mohon kerjasama hadirin agar tidak membuat bising atau berbual-bual semasa majlis sedang berlangsung. Sila matikan telefon bimbit anda atau diletakkan dalam mod senyap. Pengumuman tentang Ujana Sebagai makluman jemputan budiman, di luar ini ada Ujana Buku DBP (Ujana merupakan perkataan Sasnkrit yang bermaksud Taman), iaitu Toyota Hilux yang telah diubah suai menjadi van istimewa untuk memasarkan buku-buku terbitan DBP. Kepada seluruh jemputan dipersilakan untuk mendapatkan buku-buku terbitan DBP melalui Ujana DBP yang menawarkan buku-buku dengan harga istimewa. Jangan lepaskan peluang keemasan ini Acara 1 Mengumumkan ketibaan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Mengumumkan ketibaan Ybhg. Dato’ Haji Ahmad Tajuddin bin Jab Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia. Diiringi oleh Ybhg. Professor Dr. Zaharani bin Ahmad Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Dewan Bahasa dan Pustaka Ybhg. Tuan Haji Mohd Mustafa bin Ahmad Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Ybhg. Tuan Haji Asmi bin Tajuddin Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Ke Forum Pendidikan Bersempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44 2015. (LAGU NEGARAKU) Para tetamu kehormat, dif-dif jemputan dan para hadirin dipersilakan duduk. Acara 2 Bacaan doa Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Tangan ditadah penuh inayah Majlis dibuka penuh rahmat Mohon keberkatan serta hidayah Moga majlis senantiasa selamat Untuk itu dijemput Al-fadhil Ustaz Tuan Haji Othman Azumi bin Ahmad Pensyarah, Jabatan Pengajian Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Amin-amin ya Robbal a’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Al-fadhil UstazTuan Haji Othman Azumi bin Ahmad atas pimpinan doa sebentar tadi Acara 3 Alu-aluan Pengacara Majlis Bismillah...... Assalamualaikum wbt Bermula majlis dengan basmalah Lambang berkat adat temurun Adat kita menyambut tetamu Salam dihulur mesra bertamu Hamparkan tikar lebarkan pintu Pemanis bicara aluan didahulu Ybhg. Dato’ Haji Ahmad Tajuddin bin Jab Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Bahagian Operasi) Kementerian Pendidikan Malaysia Ybhg. Professor Dr. Zaharani bin Ahmad Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Dewan Bahasa dan Pustaka Ybhg. Tuan Haji Mohd Mustafa bin Ahmad Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Ybg. Tuan Haji Asmi bin Tajuddin Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Yang berbahagia Pengarah-pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Yang dihormati, Ketua-ketua Jabatan Ahli-ahli Jawatankuasa Forum Pendidikan Bersempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44 2015 Kontinjen-kontinjen pendidikan dari seluruh negara Pengetua-pengetua, guru-guru besar, Guru-guru, pelajar-pelajar dan Hadirin hadirat yang dimuliakan Salam 1 Malaysia, Salam Kedah Aman Makmur dan Salam Sejahtera Terlebih dahulu sebagai mewakili Jawatankuasa Forum Pendidikan Bersempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44 2015, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudiaan Ybhg. Dato’ Ahmad Tajuddin bin Jab Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia Menghadiri Forum Pendidikan Bersempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44 2015 yang bertemakan “Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak” Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Penganjuran forum pendidikan ini bertujuan: 1. Untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tentang sumbangan dan cabaran guru dalam mendidik anak bangsa. 2. memberi kesedaran kepada masyaraakt bahawa pendidik merupakan pemacu pendidikan negara dan masyarakat wajar menghargai sumbangan murni guru ke arah pembangunan pendidikan negara. 3. Memberi pendedahan maklumat kepada masyarakat tentang hasrat kerajaan khususnya tentang fokus sambutan Perayaan Hari Guru Tahun 2015, iaitu Keberhasilan Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 hingga 2015 Untuk mengupas dengan lebih lanjut tentang perkara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ybhg. Tuan Haji Nadzri bin Kahar Penerbit Ekesekutif/ Editor/ Penyampai ASTRO Awani Yang akan bertindak sebagai moderator forum pada hari ini untuk menjemput serta mengiringi barisan ahli panel yang terdiri daripada 1. Ybhg. Professor Madya Dr. Nuraini binti Yusuff Ketua Penyelaras, Unit Bahasa Melayu, Jabatan Canselori, Universiti Utara Malaysia 2. Ybhg. Professor Madya Dr. Sivamurugan Pandian, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia 3. Ybhg. Encik Chai Loon Guan Mantan Pendidik di SMK Metodist Tanjong, Jurulatih Nilam Negeri Perak Untuk mengambil tempat di atas pentas. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Acara 4 Baca biodata moderator dan ahli2 panel Sebelum forum pendidikan dimulakan, izinkan saya membaca serba ringkas biodata moderator dan ahli-ahli panel forum 1. Moderator Ybhg. Tuan Haji Nadzri bin Kahar Merupakan seorang pengacara sering muncul di saluran ASTRO Awani untuk menyampaikan isu-isu semasa yang berlaku di negara kita dan juga di luar negeri. Beliau merupakan Penerbit Eksekutif, Editor dan Penyampai di saluran ASTRO Awani 2. Ybhg. Professor Madya Dr. Nuraini binti Yusuff dilahirkan di Cameron Highlands, Pahang. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru dan seterusnya bertugas sebagai pensyarah di Institut Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pada tahun 1987 beliau mula berkhidmat di Universiti Utara Malaysia hingga kini. Beliau berkelulusan B.A. (Hons), Dip. Ed, dan M.Ed daripada Universiti Malaya. Beliau kemudiannya berjaya memperoleh PhD daripada University of Hull. Beliau kini mengendalikan kursus dalam bidang pendidikan bahasa, Bahasa Melayu dan kesesuasteraan.Beliau boleh dihubungi melalui e-mel nuraini@uum.edu.my 3. Ybhg. Professor Dr. Sivamurugan Pandian Merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia. Beliau telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya (Antropologi & Sosiologi) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Aoyama Gakuin, Jepun (Politik Antarabangsa). Beliau kemudian kembali ke Universiti Malaya (Sosiologi Politik) untuk pengajian peringkat kedoktoran beliau. Penyelidikan beliau tertumpu dalam bidang kepimpinan, tingkah laku politik/pilihan raya, dan hubungan etnik. Antara buku penulisan beliau yang boleh ditemui di pasaran adalah buku Legasi Mahathir; buku Isu-Isu Sosial di Malaysia; buku Agenda Pembangunan Sosial Ke Arah Pembentukan Masyarakat Sejahtera dan Saksama; buku Abdullah Ahmad Badawi: Tiga Tahun di Putrajaya; Managing Success in Unity; Voting Behaviour In The Permatang Pauh Parliament Constituency; serta Kepimpinan Institusi Pengajian Tinggi dan Transformasi Kesejahteraan Sosial Negara. Buku suntingan Hubungan Etnik Di Malaysia: Warisan, Watan Dan Wawasan terbitan IKLIN, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional dilancarkan pada Isnin lalu. Beliau juga merupakan salah seorang peserta US Government International Visitor Leadership Program; penerima ASEAN – Republic Of Korea Academic Exchange Fellowship; Sumitomo Foundation, Japan Fellowship; Visiting Fellow di University of Tokyo, Jepun; Seoul National University dan SungKyunKwan University, Korea Selatan. Tahun 2014 beliau menerima JASSO fellowship dari kerajaan Jepun dan mulai Julai sehingga Ogos 2015, beliau akan berada di Tokyo di bawah Japan Foundation Fellowship. Beliau merupakan salah seorang penerima anugerah ‘Tokoh 1 Malaysia’ dari kerajaan Malaysia; menganggotai Panel Penasihat Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional; Panel Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan; Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia; dan kini adalah ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia; Ahli Jawatankuasa Think Tank Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan; Ahli Jawatankuasa Think Tank Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri dan ‘Karyawan Tamu’ Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia serta kolumnis ‘Pena Dr.Siva’ Utusan Malaysia. Beliau juga banyak menyumbang penulisan dalam akhbar tempatan dan majalah selain daripada jurnal-jurnal akademik tempatan dan antarabangsa. Beliau boleh dihubungi di psiva@usm.my 4. Ybhg. Encik Chai Loon Guan Beliau dilahirkan pada 9 Februari 1960 di Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan Memulakan kerjaya guru pada 4 Januari 1982 sehingga 1 Mac 2015. Beliau mendapat pendidikan daripada Maktab Perguruan Ilmu Khas, Maktab Perguruan Raja Melewar – Institut Aminudin Baki, Institut Bahasa dan Rancangan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2002, 2009 dan 2014), Anugerah Khas Hari Guru Daerah Batang Padang (2007) Munsyi Dewan (2008), Guru Cemerlang Bahasa Melayu (2008), dan Anugerah Pingat Penghormatan Guru Negeri Perak (2013). Beliau menekuni dalam bidang penulisan sajak, cerpen dan esei Bahasa Melayu yang termuat dalam beberapa akhbar dan majalah terkemuka di Malaysia. Beliau turut memenangi beberapa hadiah Sayembara Sastera. AntaranyaHadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008-2009 dan Hadiah Sastera Darul Ridzuan IV 2014 Karya-karya sastera telah diterbitkan dalam beberapa antologi, baik antologi individu mahupun antologi bersama. Acara 5 Forum Pendidikan Dengan ini, majlis menjemput Ybhg. Tuan Haji Nadzri bin Kahar untuk mengendalikan forum pendidikan kita pada hari ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan Acara 6 Selesai acara forum Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ybhg. Tuan Haji Nadzri bin Kahar, Ybhg. Professor Madya Dr. Nuraini binti Yusuff, Ybhg. Professor Madya Dr. Sivamurugan Pandian dan Ybhg. Encik Chai Loon Guan di atas kesudiaan menjayakan Forum Pendidikan Bersempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44 2015. Mawar putih mekar berseri Cantik terserlah penyeri laman Junjungan kasih kalungan budi Terpahat indah manis kenangan Tiada kata secantik bahasa Hendak diluah segala rasa Sempurna sudah majlis bermakna Pasti dikenang sepanjang masa Terima kasih yang tidak terhinggakepada semua warja kerja Forum Pendidikan Bersempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44 2015 Tersilap tersalah harap diampun Terkasar bahasa maaf dipohon Akhir kata Selamat Hari Guru dan Salam 1 Malaysia Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Acara 7 Jamuan ringan Majlis seterusnya mempersilakan Ybhg. Tuan Haji Mohd Mustafa bin Ahmad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman untuk menjemput serta mengiringi Ybhg. Dato’ Haji Ahmad Tajuddin bin Jab, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan tetamu kehormat lainnnya ke majlis jamuan ringan di Bilik Santapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan Pengumuman tentang Ujana Sekali lagi, sebagai makluman jemputan budiman, di luar ini ada Ujana Buku DBP (Ujana merupakan perkataan Sasnkrit yang bermaksud Taman), iaitu Toyota Hilux yang telah diubah suai menjadi van istimewa untuk memasarkan buku-buku terbitan DBP. Kepada seluruh jemputan dipersilakan untuk mendapatkan buku-buku terbitan DBP melalui Ujana DBP yang menawarkan buku-buku dengan harga istimewa. Jangan lepaskan peluang keemasan ini
Fly UP