4
TEKS PENGACARA SEMINAR KESIHATAN WANITA م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل له ا ل م اس ب ه ب ح ص له و ى ا عل و ن لي س ر م لء وا ا ي& ب( ن+ الأ( رف0 ش+ ى ا عل لأم س ل وا6 لأة ص ل وا ن مي ل عا ل ا له رب ل مد ح ل ا.... عد بما ي ل و6 ق ه6 ق( ف ب ي( ن سا ل ن م6 دة6 ق ع ل ل ح وا ري م ا ي ل ر س ب و صدري ي ل رح0 ش ا ال رب6 ن عي م ح+ اYang Dialu-alukan ………..…….penceramah jemputan kita pada hari ini, Yang Berusaha, saudara Mohamad Izzat bin Mhd Nasir, Yang DiPertua Persatuan Guru Pelatih Islam IPG Kampus Perlis, saudari Noorzilawaty binti Mansordin, ketua biro Hal Ehwal Wanita Islam (HELWANI), merangkap pengarah program Seminar Kesihatan Wanita serta para peserta program yang dihormati sekalian. ه6 ركات ب له و ل ا6 مه ح م ور ك ي ل ع لأم س ل اd d d d Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita berkumpul pada pagi yang penuh barakah ini bagi menjayakan satu program yang sangat bermanfaat iaitu Seminar Kesihatan Wanita. Semoga segala yang telah kita rancang dapat dilaksanakan dengan baik serta usaha-usaha kita ini akan beroleh keberkatan daripada Allah SWT. Bagi memberkati lagi program kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara Ashaari bin Selamat untuk memimpin lafaz bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Teks Pengacara

Embed Size (px)

DESCRIPTION

:)

Citation preview

TEKS PENGACARA SEMINAR KESIHATAN WANITA

TEKS PENGACARA SEMINAR KESIHATAN WANITA

. . ....

Yang Dialu-alukan ...penceramah jemputan kita pada hari ini, Yang Berusaha, saudara Mohamad Izzat bin Mhd Nasir, Yang DiPertua Persatuan Guru Pelatih Islam IPG Kampus Perlis, saudari Noorzilawaty binti Mansordin, ketua biro Hal Ehwal Wanita Islam (HELWANI), merangkap pengarah program Seminar Kesihatan Wanita serta para peserta program yang dihormati sekalian.

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita berkumpul pada pagi yang penuh barakah ini bagi menjayakan satu program yang sangat bermanfaat iaitu Seminar Kesihatan Wanita. Semoga segala yang telah kita rancang dapat dilaksanakan dengan baik serta usaha-usaha kita ini akan beroleh keberkatan daripada Allah SWT.

Bagi memberkati lagi program kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara Ashaari bin Selamat untuk memimpin lafaz bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Untuk pengetahuan semua, Seminar Kesihatan Wanita ini adalah anjuran Biro Hal Ehwal Wanita Islam (HELWANI) Persatuan Guru Pelatih Islam IPG kampus Perlis dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Semoga dengan adanya program ini akan dapat memberi pendedahan yang lebih khusus mengenai kesihatan wanita.

Sebelum kita teruskan program ceramah ini, elok kiranya kita berkenalan terlebih dahulu dengan penceramah jemputan pada hari ini. Beliau adalah

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan untuk memberi pengisian yang bertajuk .Dipersilakan..

...

*******(buka kepada persoalan kalau perlu)

Terima kasih diucapkan kepada .. atas pengisian yang begitu bermanfaat sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput saudari Munirah binti Mohamed Abdul Halim, Naib Yang Dipertua II PGPI bagi mengiringi Ustazah Saidah binti Haris untuk menyampaikan sedikit cenderamata kepada .

Terima kasih diucapkan.

Seterusnya, para hadirin dijemput untuk menjamu selera di bahagian luar dewan dan diminta masuk semula ke dalam dewan tepat jam pagi. Majlis ditangguhkan dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

SLOT 2

. . ........

Alhamdulillah dengan izin dan inayahNYA, kita masih lagi dapat bersama untuk meneruskan program pada hari ini. Terima kasih atas kerjasama dan komitmen para hadirin sekalian. Sebelum itu, majlis mengalu-alukan kehadiran penceramah jemputan kita pada pagi ini iaitu.

Seminar Kesihatan Wanita akan diteruskan lagi dengan slot ke-2 yang akan disampaikan oleh ..Sebelum kita teruskan kepada pengisian slot, saya ingin memperkenalkan serba ringkas berkenaan penceramah jemputan kita pada pagi ini. Beliau adalah

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis mempersilakan untuk menyampaikan pengisian yang bertajuk... Dipersilakan

...

*******(buka kepada persoalan kalau perlu)

Terima kasih diucapkan kepada .. atas pengisian yang begitu menarik sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan dan ingatan, majlis menjemput saudari Noorzilawaty binti Mansordin, ketua Biro Hal Ehwal Wanita Islam (HELWANI) bagi mengiringi Ustazah Raihaniah binti Zakaria untuk menyampaikan sedikit cenderamata kepada .

Terima kasih diucapkan.

Dijemput ..untuk menikmati sedikit jamuan ringan.

Alhamdulillah, dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu sebentar tadi, maka Seminar Kesihatan Wanita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya. Diharap agar program ini dapat memberi pelbagai input yang berguna kepada kita dalam hal-hal berkaitan kesihatan wanita. Saya mewakili pihak penganjur dan jawatankuasa kerja mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh hadirin sekalian. Ampun maaf dipinta atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang program ini berlangsung. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang tidak baik itu juga datangnya daripada Allah tetapi disandarkan kepada kelemahan diri kami. Saya akhiri majlis kita pada hari ini dengan lafaz yang mulia

Majlis ditutup dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.