9
TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-47 BIL PERKARA 1 Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Mohd Husnuz Zaim bin Dato Hj Mohd Padil, Pengerusi Majlis Belia Daerah merangkap Pengerusi Belia 4B Malaysia Kawasan Sg Siput sambil diiringi oleh Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Khori bin Kamarudin Guru Besar SK Sg Siput, Mejar Bersara Abu Bakar bin Naib Yang Dipertua PIBG, dan Tn Hj Ismail bin Abdul Karim Guru Penolong Kanan Kokurikulum. 2 Ucapan Alu-aluan Asal juragan mengail ikan, Sambil bersuka di tepi kuala, Masa jangan kita tangguhkan, Tirai dibuka majlis bermula. Assalamualaikum w.b.t, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Yang Berbahagia En Mohd Husnuz Zaim bin Dato Hj Mohd Padil Pengerusi Majlis Belia Daerah merangkap Pengerusi Belia 4B Malaysia Kawasan Sg Siput, Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Khori bin Kamarudin Guru Besar SK Sg Siput,Yang Dihormati Mejar Bersara Abu Bakar bin ___________ Naib Yang Dipertua PIBG SK Sg Siput, Pn Wansu bt Ismail Pen Kanan Pentadbiran, Tn Hj Ismail bin Abd Karim Pen Kanan Kokurikulum, AJK-AJK PIBG, barisan guru-guru, tetamu jemputan, para ibu bapa serta murid-murid yang dikasihi sekalian. SELAMAT DATANG KE MAJLIS KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 47 SK SG SIPUT TAHUN 2013. Saya bagi pihak warga Sek Keb Sg Siput mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dan dengan bangganya meluahkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi hadir memeriahkan majlis Kejohanan Balapan dan Padang ini. Sesungguhnya dengan adanya kejohanan ini ia dapat memupuk semangat kesukanan di kalangan murid seiring dengan matlamat Satu Murid, Satu Sukan.

Teks mc sukan 2013

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks mc sukan 2013

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-47

BIL PERKARA

1 Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Mohd Husnuz Zaim bin Dato Hj Mohd Padil, Pengerusi Majlis Belia Daerah merangkap Pengerusi Belia 4B Malaysia Kawasan Sg Siput sambil diiringi oleh Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Khori bin Kamarudin Guru Besar SK Sg Siput, Mejar Bersara Abu Bakar bin Naib Yang Dipertua PIBG, dan Tn Hj Ismail bin Abdul Karim Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

2 Ucapan Alu-aluan

Asal juragan mengail ikan,Sambil bersuka di tepi kuala,Masa jangan kita tangguhkan,Tirai dibuka majlis bermula.

Assalamualaikum w.b.t, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya. Yang Berbahagia En Mohd Husnuz Zaim bin Dato Hj Mohd Padil Pengerusi Majlis Belia Daerah merangkap Pengerusi Belia 4B Malaysia Kawasan Sg Siput, Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Khori bin Kamarudin Guru Besar SK Sg Siput,Yang Dihormati Mejar Bersara Abu Bakar bin ___________ Naib Yang Dipertua PIBG SK Sg Siput, Pn Wansu bt Ismail Pen Kanan Pentadbiran, Tn Hj Ismail bin Abd Karim Pen Kanan Kokurikulum, AJK-AJK PIBG, barisan guru-guru, tetamu jemputan, para ibu bapa serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 47 SK SG SIPUT TAHUN 2013.

Saya bagi pihak warga Sek Keb Sg Siput mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dan dengan bangganya meluahkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi hadir memeriahkan majlis Kejohanan Balapan dan Padang ini. Sesungguhnya dengan adanya kejohanan ini ia dapat memupuk semangat kesukanan di kalangan murid seiring dengan matlamat Satu Murid, Satu Sukan.

Page 2: Teks mc sukan 2013

3 Upacara Perarakan Rumah Sukan

Hadirin yang dihormati, Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan perarakan perbarisan masuk dan lintas hormat oleh kontinjen-kontinjen rumah sukan. Untuk itu majlis dengan sukacita dan rasa berbesar hati menjemput Yang Berbahagia, En Mohd Husnuz Zaim bin Dato Hj Mohd Padil Pengerusi Majlis Belia Daerah merangkap Pengerusi Belia 4B Malaysia Kawasan Sg Siput bagi menerima lintas hormat oleh para kontinjen rumah sukan sambil diiringi oleh Guru Besar,Tn Hj Ahmad Khori bin Kamarudin dan Naib Yang Dipertua PIBG, Mejar Bersara Abu Bakar bin Abd Kadir. Majlis mempersilakan.

1. Seperti yang anda semua saksikan sekarang ini, mendahului perarakan ialah Kontinjen Rumah Hijau atau Dato Sagor dengan slogan mereka “Hijau segar sentiasa mekar”. Kontinjen ini diketuai oleh Adik Mohd Aiman Hakim b. Mohd Nizam dan pembawa sepanduk adik Nazirah bt Khusyairi. Hijau melambangkan kedamaian dan ketenangan ahli-ahlinya. Hijau juga mewarnai alam sekeliling kita.

2. Kontinjen berikutnya segak serba biru itulah Rumah Biru Dato Bahaman yang diketuai oleh pembawa bendera Adik Abd Rahman b. Abd Rahim dan pembawa sepanduk Adik Nordiana bt Nordin dengan moto mereka, “Biru berombak, pantang berganjak”. Biru melambangkan perpaduan. Ini menunjukkan mereka bersatu padu untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap.

3. Kontinjen berikutnya ialah Rumah Kuning mewakili Mat Kilau. Slogan mereka Kuning Diraja, Bersemangat Waja. Begitulah bersemangat sekali rumah kuning. Rumah kuning diketuai oleh pembawa bendera Adik Aiman bin Aminuddin dan pembawa sepanduk Siti Sarah bt Abu Bakar. Kuning melambangkan warna diraja dan jelas menggambarkan keceriaan ahli-ahli kontinjennya.

3. Dan perbarisan terakhir tampil merah garang itulah kontinjen dari Rumah Merah Dato Maharajalela yang diketuai oleh pembawa bendera Adik Ahmad Fadzli bin Mohd Nazri dan pembawa sepanduk Irdina Hanani bt Mohd Jami. Slogan mereka “Merah membara pasti juara”. Sesungguhnya merah melambangkan keberanian dan kegagahan sesebuah pasukan.

4 Nyanyian “Negaraku”Demikianlah tadi lintas hormat oleh kontinjen-kontinjen rumah sukan SK Sg Siput dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En Mohd Husnuz Zaim bin Dato Hj Mohd Padil kerana sudi menerima lintas hormat ini.Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Negaraku.Hadirin sekalian diminta untuk berdiri dan sama-sama nyanyikan lagu Negaraku. Dipersilakan.Terima kasih atas nyanyian itu tadi.

5 Bacaan DoaTetak buluh kajang sepuluh,Laksana dititing kias ibarat,Angkat tangan jemari sepuluh,Doa dipohon biar selamat.

Hadirin sekalian,Bagi memberkati temasya Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-47 ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Omar Lutfi bin Hj Zainal Abidin untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Page 3: Teks mc sukan 2013

6 Bacaan Ikrar KejohananMajlis kita diteruskan lagi dengan lafaz ikrar Kejohanan Balapan dan Padang SK Sg Siput kali ke-47. Untuk itu majlis menjemput Ketua Murid, Ikhwan Nur Mawan bin Nur Azli untuk mengetuai bacaan ikrar kejohanan. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas lafaz ikrar itu tadi.

7 Ucapan Guru BesarSeterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Tn Hj Ahmad Khori bin Kamarudin untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 47 tahun 2013. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.

8 Ucapan Naib Yang Dipertua PIBGSeterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Naib Yang Dipertua PIBG SK Sg Siput, Mejar Bersara Abu Bakar bin ______________. Majlis mempersilakan.Terima kasih atas ucapan itu tadi.

9 Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami,Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.

Tanpa melengahkan masa, majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, En Mohd Husnuz Zaim bin Dato Hj Mohd Padil Pengerusi Majlis Belia Daerah merangkap Pengerusi Belia 4B Malaysia Kawasan Sg Siput bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan Dan Padang Kali Ke-47 SK Sg Siput tahun 2013. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Husnuz Zaim bin Dato Hj Mohd Padil kerana sudi merasmikan kejohanan kali ini.

Kuning emas masaknya padi,Mawar merah dalam jambangan,Terima kasih daun keladi,Budi tuan jadi kenangan.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada pihak sekolah, majlis menjemput guru besar, Tn Hj Ahmad Khori bin Kamaruddin untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia En Mohd Husnuz Zaim bin Dato Hj Mohd Padil. Majlis mempersilakan

9 Perarakan Keluar Kontinjen

Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-47.Sekarang dipersilakan semua kontinjen perbarisan untuk berdiri dan bergerak keluar ke perbarisan bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Majlis kita diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah bagi acara ___________Untuk itu, majlis dengan ini mempersilakan Tn Hj Ahmad Khori bin Kamaruddin Guru Besar SK Sg Siput bagi mengiringi Yang Berbahagia En Mohd Husnuz Zaim bin Dato Hj Mohd Padil untuk menyampaikan hadiah.

Page 4: Teks mc sukan 2013

11 ACARA SUKANHadirin sekalian,

Acara sukan kita yang pertama pada petang ini ialah acara pecut. ( Rujuk Buku Aturcara)

*setelah selesai acara pecut tahap 1, masuk ke upacara penyampaian hadiah sukantara.

12 Upacara Penyampaian Hadiah

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Majlis kita diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah bagi acara ___________Untuk itu, majlis dengan ini mempersilakan Tn Hj Ahmad Khori bin Kamaruddin Guru Besar SK Sg Siput bagi mengiringi Yang Berbahagia En Mohd Husnuz Zaim bin Dato Hj Mohd Padil untuk menyampaikan hadiah.

1. Bagi acara lari 100 meter (L), tempat ke-3 dimenangi oleh ………………………… dari rumah …………………Tempat ke-2 dimenangi oleh …………………………… dari rumah …………………..dan Johan bagi acara lari 100m (L) disandang oleh ………………………………. dari rumah ……………

Seterusnya bagi acara lari 100 meter (P), tempat ke-3 dimenangi oleh ………………………… dari rumah …………………Tempat ke-2 dimenangi oleh …………………………… dari rumah …………………..dan Johan bagi acara lari 100m (P) dimenangi oleh ………………………………. dari rumah ………………….

2. Bagi acara lari 200 meter (L), tempat ke-3 dimenangi oleh ………………………… dari rumah …………………Tempat ke-2 dimenangi oleh …………………………… dari rumah …………………..dan Johan bagi acara lari 200m (L) disandang oleh ………………………………. dari rumah………………….Seterusnya bagi acara lari 200 meter (P), tempat ke-3 dimenangi oleh ………………………… dari rumah …………………Tempat ke-2 dimenangi oleh …………………………… dari rumah …………………..dan Johan bagi acara lari 200m (P) dimenangi oleh ………………………………. dari rumah ………………….

Tahniah dan syabas kepada para pemenang. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Haji Dzulkifli bin Hj Haron kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Ahmad Khori bin Kamarudin Guru Besar SK Sg. Siput bagi menyampaikan cenderahati buat Yang Berbahagia Dato.

Terima kasih diucapkan.

Seterusnya majlis mempersilakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Tn Hj Ismail bin Abdul Karim bagi mengiringi Yang Dipertua PIBG En Wazir bin Hambali untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru.

Page 5: Teks mc sukan 2013

1. Bagi acara lompat tinggi (L), tempat ke-3 dimenangi oleh ………………………… dari rumah …………………Tempat ke-2 dimenangi oleh …………………………… dari rumah …………………..dan Johan lompat tinggi (L) disandang oleh ………………………………. dari rumah………………….

Bagi acara lompat tinggi (P) pula, tempat ke-3 dimenangi oleh ………………………… dari rumah …………………Tempat ke-2 dimenangi oleh …………………………… dari rumah …………………..dan Johan lompat tinggi disandang oleh ………………………… dari rumah……………

2. Seterusnya untuk acara lompat jauh (L), tempat ke-3 dimenangi oleh ………………………… dari rumah …………………Tempat ke-2 dimenangi oleh …………………………… dari rumah …………………..dan Johan lompat jauh dimenangi oleh ………………………………. dari rumah ………….

Bagi acara lompat jauh (P) pula, tempat ke-3 dimenangi oleh ………………………… dari rumah …………………Tempat ke-2 dimenangi oleh …………………………… dari rumah …………………..dan Johan lompat jauh dimenangi oleh ………………………… dari rumah……………

3. Untuk acara lontar peluru (L), tempat ke-3 dimenangi oleh ………………………… dari rumah …………………Tempat ke-2 dimenangi oleh …………………………… dari rumah …………………..dan Johan berjaya disandang oleh ………………………………. dari rumah………………….

Bagi acara lontar peluru (P) pula, tempat ke-3 dimenangi oleh ………………………… dari rumah …………………Tempat ke-2 dimenangi oleh …………………………… dari rumah ………….dan Johan dimenangi oleh ………………………… dari rumah……………

Terima kasih di atas penyampaian hadiah itu tadi.

13 PENYAMPAIAN HADIAH (ketika sedang berlangsung acara sukaneka pra sekolah)

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah. Untuk itu, majlis menjemput Tn Hj Ahmad Khori bin Kamarudin Guru Besar SK Sg. Siput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara lari pecut.

1. Bagi acara pecut 50m (P) Tahun 1: Tempat ketiga dimenangi oleh rumah ___________. Tempat kedua dimenangi oleh rumah ___________. dan Johan jatuh kepada rumah ____________.

Manakala acara pecut 50m (L) Tahun 1: Tempat ketiga dimenangi oleh rumah _________. Tempat kedua dimenangi rumah ____________. dan Johan dimenangi rumah ____________.

*teruskan hingga tahun 2(rujuk pada buku aturcara).

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian hadiah itu tadi.

*tahun 3&4 (jemput orang lain utk sampaikan hadiah)

Page 6: Teks mc sukan 2013

Seterusnya majlis menjemput Guru Besar Sek ______________________ untuk menyampaikan hadiah.

Bagi acara pecut 80m (P) Tahun 3: Tempat ketiga dimenangi oleh rumah ___________. Tempat kedua dimenangi rumah ___________. dan Johan dimenangi oleh rumah ____________.

Manakala acara pecut 80m (L) Tahun 3:Tempat ketiga dimenangi oleh rumah _________. Tempat kedua dimenangi rumah ____________. dan Johan dimenangi oleh rumah ____________.

*teruskan hingga habis tahun 6. (rujuk pada buku aturcara)

*Acara sukan terus berjalan seperti di dalam aturcara dan diselang seli dengan penyampaian hadiah.

14 Upacara Penutup (setelah tamat acara pegawai)

Sebentar lagi akan berlangsung upacara penutup Kejohanan Balapan dan Padang SK Sg Siput Kali Ke-46. Untuk itu, semua murid diminta berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing. Mohon kerjasama guru rumah sukan untuk memastikan murid berkumpul.

Hadirin sekalian,Sekarang tibalah masanya bagi upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Ismail bin Abdul Karim untuk mengiringi Guru Besar SK Sg Siput, Tn Hj Ahmad Khori bin Kamarudin bagi menyampaikan hadiah.

Seterusnya tibalah saat yang dinanti-nantikan. Dengan ini diumumkan Johan keseluruhan untuk Kejohanan Balapan dan Padang SK Sg Siput Kali Ke-46 bagi tahun 2012 telah berjaya dimenangi oleh rumah ……………. Tahniah dan syabas diucapkan.

Seterusnya diumumkan Perbarisan Terbaik pada tahun ini telah berjaya dimenangi oleh rumah ________.

Seterusnya dengan ini diumumkan Olahragawan bagi Kejohanan Balapan dan Padang SK Sg Siput tahun 2012 telah berjaya disandang oleh adik ……………………… dari rumah ……...

Manakala Olahragawati bagi Kejohanan Balapan dan Padang SK Sg Siput tahun 2012 telah berjaya disandang oleh adik ……………………… dari rumah ……....Tahniah diucapkan kepada olahragawan dan olahragawati sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar di atas penyampaian hadiah itu tadi.

Sekarang dijemput Ketua Murid untuk mengetuai sorakan. Semua murid diminta memberi tiga sorakan.HIP HIP……HOORAY (3X)

Dengan ini maka berakhirlah Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-46 Tahun 2012. Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua guru, ibu bapa, hadirin dan pihak-pihak yang terlibat atas kerjasama padu, sumbangan tenaga dan sokongan besar

Page 7: Teks mc sukan 2013

dalam memastikan acara kita dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Akhir kata dari kami berdua, maaf atas keterlanjuran kata dan bahasa dan terima kasih sekali lagi untuk semua. Semua murid diminta berkumpul di khemah masing-masing.