2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau. Salam Melaka 752 tahun . Yang Dihormati barisan Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Duyong, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira dan bersyukur, pada hari ini kita dapat sama-sama berkumpul sempena majlis pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2015. Bagi memberkati perjalanan majlis kita, majlis menjemput Ustaz Wan Tajudin bin Wan Ibrahim untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi. Ceria wajah dalam majlis, Hati berkobar semangat dibawa, Sambutan merdeka penyeri majlis, Sematkan gagah di dalam jiwa. Hadirin sekalian, majlis dengan ini menjemput Guru Penolong Kanan 1, Encik Mohd Noor bon Sulaiman bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi. Keris Melayu lambang pusaka, Tepak Sirih lambing sejahtera, Maruah kita hendaklah dijaga, Benteng kuat pertahankan Negara. Kini tibalah masanya untuk kita saksikan perarakan pelancaran bulan kemerdekaan dan seterusnya majlis menandatangani kad ucapan sebagai tanda perasmian. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan di atas gimik pelancaran itu tadi. Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu patriotik. Semua murid dan guru diminta berdiri. Tahniah dan terima kasih di atas nyanyian yang begitu bersemangat.

Teks Mc Pelancaran Merdeka

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengacara majlis

Citation preview

Page 1: Teks Mc Pelancaran Merdeka

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau. Salam Melaka 752 tahun .

Yang Dihormati barisan Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Duyong, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira dan bersyukur, pada hari ini kita dapat sama-sama berkumpul sempena majlis pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2015.

Bagi memberkati perjalanan majlis kita, majlis menjemput Ustaz Wan Tajudin bin Wan Ibrahim untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Ceria wajah dalam majlis,Hati berkobar semangat dibawa,Sambutan merdeka penyeri majlis,Sematkan gagah di dalam jiwa.

Hadirin sekalian, majlis dengan ini menjemput Guru Penolong Kanan 1, Encik Mohd Noor bon Sulaiman bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Keris Melayu lambang pusaka,Tepak Sirih lambing sejahtera,Maruah kita hendaklah dijaga, Benteng kuat pertahankan Negara.

Kini tibalah masanya untuk kita saksikan perarakan pelancaran bulan kemerdekaan dan seterusnya majlis menandatangani kad ucapan sebagai tanda perasmian. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan di atas gimik pelancaran itu tadi.

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu patriotik. Semua murid dan guru diminta berdiri.

Tahniah dan terima kasih di atas nyanyian yang begitu bersemangat.

Bagi memeriahkan lagi majlis, kita akan menyaksikan persembahan dari murid. Dipersilakan Khayrin Jazlina dari kelas 2 Jaya untuk membuat persembahan. Dipersilakan..

Terima kasih Khayrin di atas persembahan yang bertenaga tadi.

Dengan ini, berakhirlah majlis kita pada hari ini. Mohon maaf andai ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, terhindar dari segala keburukan, agar kita terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Sekian terima kasih