9
TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH 2010 SK PUNANG LAWAS No ATURCARA SKRIP PENGACARA 1. Ketibaan Tetamu Jemputan Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia En. Matzinan Bin Hj Wahit Pegawai Pelajaran Daerah Lawas 2. Nyanyian Majlis dengan segala hormatnya memohon semua hadirin berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku. Majlis mengucapkan terima kasih dan mempersilakan semua hadirin, duduk. 3. Kata-kata Aluan Bismillahirrahmannirahim. Assalamualaikum w.r.t dan salam satu Malaysia Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Berbahagia En. Matzinan Bin Hj Wahit Pegawai Pelajaran Daerah Lawas Yang Berusaha En. Othman Bin Adol Guru Besar SK Punang Yang Berusaha En. Awangku Kifni Bin Pengiran Matnor Yang Dipertua PIBG SK Punang Yang Dihormati Ayahanda Penghulu, En. Reduan Bin Tahir Penghulu Kampung Punang Penolong-penolong kanan Guru-guru, Ibubapa dan, murid-murid sekalian. Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat juga kita berhimpun bersama-sama dalam majlis yang bermakna ini, iaitu, Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah 2010 Sekolah kebangsaan Punang Lawas. Bagi pihak jawatan kuasa sambutan majlis anugerah dan seluruh warga SK Punang, kami mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibubapa dan murid- murid ke majlis ini. 4. Bacaan Doa Al-Quran diturunkan sebagai penyuluh, Membaca dikurnikan pahala dan juga rahmat;

Teks Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah SK Punang 2010

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah SK Punang 2010

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH 2010 SK PUNANG LAWAS

No ATURCARA SKRIP PENGACARA

1. Ketibaan Tetamu Jemputan

Mengumumkan Ketibaan Yang BerbahagiaEn. Matzinan Bin Hj WahitPegawai Pelajaran Daerah Lawas

2. Nyanyian Majlis dengan segala hormatnya memohon semua hadirinberdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih dan mempersilakansemua hadirin, duduk.

3. Kata-kata Aluan Bismillahirrahmannirahim.Assalamualaikum w.r.t dan salam satu Malaysia

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara;Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Yang BerbahagiaEn. Matzinan Bin Hj WahitPegawai Pelajaran Daerah Lawas

Yang BerusahaEn. Othman Bin AdolGuru Besar SK Punang

Yang BerusahaEn. Awangku Kifni Bin Pengiran MatnorYang Dipertua PIBG SK Punang

Yang Dihormati

Ayahanda Penghulu, En. Reduan Bin TahirPenghulu Kampung PunangPenolong-penolong kananGuru-guru, Ibubapadan, murid-murid sekalian.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat juga kita berhimpun bersama-sama dalam majlis yang bermakna ini, iaitu, Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah 2010 Sekolah kebangsaan Punang Lawas.

Page 2: Teks Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah SK Punang 2010

Bagi pihak jawatan kuasa sambutan majlis anugerah dan seluruh warga SK Punang, kami mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibubapa dan murid-murid ke majlis ini.

4. Bacaan Doa Al-Quran diturunkan sebagai penyuluh,Membaca dikurnikan pahala dan juga rahmat;Angkat tangan jemari sepuluh,Doa di pohon biar selamat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Wan Ahmad Nizam Bin Wan Mohammad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Wan Ahmad Nizam Bin Wan Mohammad atas bacaan doa itu tadi.

5. Ucapan Alu-Aluan

Para hadirin yang dihormati,

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah merupakan acara tahunan sekolah dengan tujuan untuk menyampaikan penghargaan kepada murid-murid yang berjaya di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Acara ini juga merupakan acara tradisi bagi setiap sekolah.

Para hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan menjemput adik Noor Ezzatie Khairunisa Bt Latip, wakil murid tahun 6 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Noor Ezzatie Khairunisa Bt Latip.

Para hadirin yang dihormati,

Adat berbahasa menyampaikan pesanAdat upacara menyampaikan ucapan aluan

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Othman Bin Adol, Guru Besar SK Punang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Untaian madah kata aluanUntaian ingatan sepanjang zaman

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Othman Bin Adol di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Para hadirin yang dihormati,

Doktor tersilap mengubati, seorang pesakit mati…

Page 3: Teks Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah SK Punang 2010

Jika guru tersilap mengajar, Musnah satu Generasi…

Majlis ini diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha En. Awangku Kifni Bin Pengiran Matnor, Yang Dipertua PIBG SK Punang untuk menyampaikan ucapan beliau sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Awangku Kifni Bin Pengiran Matnor, di atas ucapan beliau sebentar tadi.

6. Ucapan Perasmian

Terbang di awan burung jentayu,Di atas papan batang jerami;Tampillah tuan kami merayu,Bersama ucapan kata perasmi.

Majlis dengan rasa bangga dan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En. Matzinan Bin Hj Wahit, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Lawas, untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah 2010 Sekolah kebangsaan Punang Lawas.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Matzinan Bin Hj Wahit, Pegawai Pelajaran Daerah Lawas, di atas ucapan perasmian beliau tadi.

7. Persembahan Para hadirin yang dihormati,

Kita serikan lagi majlis kita pada pagi yang indah ini dengan persembahan daripada murid-murid SK Punang. Dipersilakan.

Terima kasih di ucapkan kepada para murid di atas persembahan yang sungguh menghiburkan kita tadi.

8. Penyampaian Sijil & Hadiah

(Pra Sekolah)

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Amanat sudah diterima, persembahan pun sudah ditonton, maka tibalah kita di acara yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian Sijil dan Hadiah bagi Tahun 2010 untuk anak-anak didik Sekolah Kebangsaan Punang.

Majlis kita pada hari ini dimulakan dengan Penyampaian Sijil dan Hadiah untuk pra sekolah.

Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini dijemput ................................................................................... untuk mengiringi ................................................................................................. untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada penerima.

Dipersilakan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Page 4: Teks Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah SK Punang 2010

Bagi kategori ………………………………………….. (RUJUK BUKU PROGRAM)Mendahului senarai, dipersilakan adik ……………………………….…………………

Tahniah diucapkan kepada penerima. Terima kasih diucapkan di atas kesudian ……………………..……………………………………………………………………. menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada penerima sebentar tadi.

9. Penyampaian Sijil

(Sijil Berhenti Sekolah Tahun 6)

Para hadirin yang dihormati,

Seterusnya adalah penyampaian Sijil Berhenti Sekolah Tahun Enam. Sijil ini dianugerahi kepada semua murid Tahun Enam yang menamatkan persekolahan mereka selama Enam tahun di SK Punang Lawas sebagai tanda tamatnya persekolahan peringkat Rendah dengan jayanya.

Untuk menyampaikan sijil bagi pelajar Tahun Enam, dijemput ................................................................. selaku Guru Kelas Tahun Enam.

Terima kasih diucapkan kepada ......................................................... atas penyampaian sijil sebentar tadi.

10. Persembahan Para hadirin yang dihormati,

Kita ceriakan lagi majlis kita pada pagi ini dengan persembahan daripada murid-murid SK Punang. Dipersilakan.

Terima kasih di ucapkan kepada para murid di atas persembahan yang sungguh menghiburkan kita tadi.

11. Penyampaian Hadiah

(Akademik)

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah akademik untuk Tahap 1 dan Tahap 2.

Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini dijemput ................................................................................... untuk mengiringi ................................................................................................. untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada penerima.

Dipersilakan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagi kategori ………………………………………….. (RUJUK BUKU PROGRAM)Mendahului senarai, dipersilakan adik ……………………………….…………………

Page 5: Teks Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah SK Punang 2010

Tahniah diucapkan kepada penerima. Terima kasih diucapkan di atas kesudian ……………………..……………………………………………………………………. menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada penerima sebentar tadi.

12. Penyampaian Sijil

(Pengawas, Ketua dan Penolong Ketua Kelas Sesi 2010 serta Sijil Khas Pengiktirafan Nilam)

Para hadirin yang dihormati,

Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Para Pengawas Sekolah, Ketua dan Penolong Ketua Kelas Sesi 2010 serta Sijil Khas Pengiktirafan Nilam.

Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini dijemput ................................................................................... untuk mengiringi ................................................................................................. untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada penerima.

Dipersilakan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Penyampaian Sijil Pengawas Sesi 2010. Sijil ini dianugerahi kepada pengawas sekolah atas kepimpinan mereka di dalam menjalankan tugas yang diberikan oleh pihak sekolah.

Untuk itu, dipersilakan adik ...................................... untuk menerima sijil penghargaan.

***RUJUK BUKU PROGRAM***

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seterusnya ialah penyampaian Sijil Penghargaan Ketua dan Penolong Ketua Kelas Sesi 2010. Sijil ini dianugerahi kepada Ketua dan Penolong Ketua Kelas atas kepimpinan mereka di dalam kelas masing-masing pada tahun ini. Untuk itu, dipersilakan adik ...................................... untuk menerima sijil penghargaan.

***RUJUK BUKU PROGRAM***

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Khas Pengiktirafan Nilam. Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang paling banyak membaca buku pada tahun ini dan telah mencapai tahap yang telah ditetapkan. Jumlah buku yang dibaca ialah sebanyak............... buah.

Page 6: Teks Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah SK Punang 2010

Penerima Anugerah Nilam bagi tahun 2010 ialah adik .............................................................

***RUJUK BUKU PROGRAM***

Tahniah diucapkan kepada penerima. Terima kasih diucapkan di atas kesudian ……………………..……………………………………………………………………. menyampaikan Sijil kepada penerima sebentar tadi.

13. Hadiah-Hadiah KAFA

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada para murid KAFA untuk Tahap 1 dan Tahap 2.

Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini dijemput ................................................................................... untuk mengiringi ................................................................................................. untuk menyampaikan Hadiah kepada penerima.

Dipersilakan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bagi kategori ………………………………………….. (RUJUK BUKU PROGRAM)Mendahului senarai, dipersilakan adik ……………………………….…………………

Tahniah diucapkan kepada penerima. Terima kasih diucapkan di atas kesudian ……………………..……………………………………………………………………. menyampaikan Hadiah kepada penerima sebentar tadi.

14. Penyampaian Sijil & Hadiah

(Sijil Dan Hadiah Khas: i) Akademik

ii) Ko-Kurikulum

Sijil Dan Anugerah Khas Pelajar

Para hadirin yang dihormati,

Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil dan Hadiah Khas Akademik dan Ko-kurikulum dan juga penyampaian Sijil dan Anugerah Khas Pelajar Terbaik Keseluruhan 2010.

Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini dijemput ................................................................................... untuk mengiringi ................................................................................................. untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada penerima.

Dipersilakan.

Page 7: Teks Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah SK Punang 2010

Terbaik Keseluruhan 2010)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Penyampaian Sijil dan Hadiah Khas Akademik dan Ko-kurikulum. Bagi Anugerah Akademik ini diberikan kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam Pembelajaran. Manakalah Anugerah kokurikulum pula diberikan kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum dan mewakili sekolah serta mengharumkan nama sekolah.

i) Bagi penerima Sijil dan Hadiah Khas Akademik diberikan kepada adik ...................................................................................

ii) Bagi penerima Sijil dan Hadiah Khas Ko-kurikulum diberikan kepada adik ....................................................................................

***RUJUK BUKU PROGRAM***

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Majlis kini telah tiba di kemuncaknya, iaitu penyampaian Sijil dan Anugerah Khas Pelajar Terbaik Keseluruhan 2010.Penerima untuk anugerah ini adalah adik ……………………………………………..

***RUJUK BUKU PROGRAM***

Tahniah diucapkan kepada penerima. Terima kasih diucapkan di atas kesudian ……………………..……………………………………………………………………. menyampaikan Hadiah kepada penerima sebentar tadi.

15. Cenderahati Sebagai tanda terima kasih kami diatas kesudian Yang Berbahagia merasmikan majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha En. Othman Bin Adol, Guru Besar SK Punang untuk menyampaikan Cenderahati kenang-kenangan kepada yang Berbahagia …………………………………………………..

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.16. Penutup Para hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi pihak JK Pelaksana Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah 2010 pada hari ini mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Para Hadirin sekalian memeriahkan majlis ini. Pihak majlis sekali lagi merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis pada pagi ini. Mohon kemaafan

Page 8: Teks Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah SK Punang 2010

sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang kami mengacarakan majlis ini. Akhir kata, terimalah beberapa rangkap pantun dari kami.

Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta

Bertemu berpisah resam kehidupan,Teruskan juang lakarkan kenangan,Berpisah di mata di hati jangan,Moga muhibbah terus berpanjangan.

Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi;Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.

Seni Gubah indah bermadah,Jambangan Bunga sedia harum;Rasmi sudah, sijil dan hadiah pun sudah,Bersurai sahaja kita yang belum.

Sekian, Sehingga kita bertemu lagi. Salam bahagia dan salam hormat dari kami. Assalamualaikum WBt....

Akhir sekali,

Dipersilakan Yang Berusaha En. Othman Bin Adol, untuk menjemput .................................................... dan tetamu jemputan ke bilik jamuan.

Para Hadirin dipersilakan menikmati jamuan yang telah disediakan.

Sekian, wassalam.