4
MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6 , 2013 MASA CUE(peristiwa) ANN (butiran penyampaian) 9.00 pg Pelajar dan guru tahun 6 berkumpul di dewan. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Yang Berusaha, ____________________________ , Guru Besar / GPK 1 SK Selancar 1. Barisan guru penolong kanan, guru – guru dan rakan seperjuangan yang dihormati sekalian. Pada majlis yang permai ini marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya , kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dan bersama – sama menjayakan Majlis Jamuan Perpisahan Tahun 6, 2013. Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita sama – sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Muhamad Mizarfikri b Mokhtar . Dipersilakan

Teks Jamuan Perpisahan Tahun 6 2013

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks ucapan

Citation preview

Page 1: Teks Jamuan Perpisahan Tahun 6 2013

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6 , 2013

MASA CUE(peristiwa) ANN (butiran penyampaian) 9.00 pg Pelajar dan guru

tahun 6 berkumpul di dewan.

Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon ara;Pemanis kalam selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirrahmanirrahim.Assalamualaikum wbt.

Yang Berusaha, ____________________________ , Guru Besar / GPK 1 SK Selancar 1.Barisan guru penolong kanan, guru – guru dan rakan seperjuangan yang dihormati sekalian.

Pada majlis yang permai ini marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya , kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dan bersama – sama menjayakan Majlis Jamuan Perpisahan Tahun 6, 2013.

Kalau pergi Tanjung Keramat,Anak manis jangan diangkat;Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita sama – sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Muhamad Mizarfikri b Mokhtar . Dipersilakan

( /membaca surah Al – Fatihah. …Al –Fatihah.) *pilihan.

Amin ya rabbal alamin.

Terima kasih diucapakan kepada saudara Muhamad Mizarfikri atas bacaan doa itu tadi.

Page 2: Teks Jamuan Perpisahan Tahun 6 2013

Ucapan Wakil Pelajar Sidang hadirin yang budiman , kini majlis dengan sukacita menjemput saudari Wan Nor Alia bt Wan Anuar selaku wakil pelajar tahun 6 untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Selesai ucapan wakil pelajar

Terima kasih diucapkan kepada saudara Wan Nor Alia bt Wan Anuar atas ucapan sebentar tadi .

Ucapan Penyelaras Tahun 6

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan En Muhammad Hamroh b Hamzah selaku penyelaras tahun 6 , untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Selesai ucapan Penyelaras Tahun 6

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Muhammad Hamroh b Hamzah atas ucapan itu tadi.

Ucapan Guru Besar / GPK 1

Tuan –tuan dan puan –puan yang dihormati,Majlis pada pagi ini diteruskan dengan mempersilakan___________________________, Guru Besar / GPK 1 SK SELANCAR 1, untuk menyampaikan ucapan . Dengan hormatnya dipersilakan.

Selesai Ucapan Guru Besar / GPK 1

Demikian tadi, ucapan oleh Puan Ramlah bt Suanda, Guru Besar SK SELANCAR 1. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Penyampaian Hadiah aktiviti selepas UPSR 2013.

Seterusnya , majlis menjemput ________________________bagi menyampaikan hadiah bagi pertandingan yang disertai pelajar untuk aktiviti selepas UPSR.

Page 3: Teks Jamuan Perpisahan Tahun 6 2013

Dipersilakan .

Bagi menerima hadiah diminta ketua setiap kumpulan tampil ke hadapan apabila nama kumpulan disebut.

Tempat Keempat jatuh kepada KUMPULAN __________________Tempat ketiga dimenangi oleh KUMPULAN __________________

Naib johan dimenangi oleh KUMPULAN ________________________ dan Johan tidak lain dan tidak bukan KUMPULAN ______________________.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada

________________________________, Guru Besar / GPK 1 SK Selancar 1 atas penyampaian hadiah itu tadi.

Seterusnya, marilah kita saksikan persembahan daripada wakil pelajar tahun 6 2013 .

Penutup Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Bagi meneruskan kemuncak majlis pada pagi ini dipersilakan saudara Mohd Luqman b Mohd Solah untuk membaca doa makan..

Selesai doa – Amin… Semua guru dan pelajar bolehlah menjamu selera .

Sekian terima kasih.