5
TEKS MC MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012 NUR AZIAH AZMI Page 1 MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN PENYAMPAI 8.30 pagi Ketibaan tetamu Yang berusaha, En Rolahi Bin Hj Shah, Guru Besar SK Kuala Matu, Puan Halina Binti Hj Abdullah, Penolong Kanan 1 SK Kuala Matu, En Zulkurnain Bin Abd Moid, Penolong Kanan HEM SK Kuala Matu, Cik Halimah Binti Hj Samuni, Penolong Kokurikulum SK Kuala Matu rakan-rakan guru yang dihormati serta murid-murid yang dikasihi sekalian. 8.35 pagi nyanyian lagu- lagu rasmi. Hadirin semua diminta bersedia untuk nyanyian lagu rasmi (Lagu: Negaraku) Hadirin dijemput duduk… 8.40 pagi Salutasi Dialah pemberi paling setia, Tiap akar ilmu miliknya, Pelita dan Lampu segala, Untuk manusia sebelum menjadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat, Alur kesetiaan mengalirkan nasihat, Pemimpin yang ditauliahkan segala umat, Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Sireh berlipat sireh pinang, Sireh dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim…. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berusaha, En Rolahi Bin Hj Shah, Guru Besar, SK Kuala Matu.

Teks hari guru 2012

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks hari guru 2012

TEKS MC MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012

NUR AZIAH AZMI Page 1

MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN PENYAMPAI

8.30 pagi Ketibaan tetamu Yang berusaha, En Rolahi Bin Hj Shah,

Guru Besar SK Kuala Matu,

Puan Halina Binti Hj Abdullah, Penolong

Kanan 1 SK Kuala Matu,

En Zulkurnain Bin Abd Moid, Penolong

Kanan HEM SK Kuala Matu,

Cik Halimah Binti Hj Samuni, Penolong

Kokurikulum SK Kuala Matu

rakan-rakan guru yang dihormati serta

murid-murid yang dikasihi sekalian.

8.35 pagi nyanyian lagu-lagu rasmi.

Hadirin semua diminta bersedia untuk nyanyian lagu rasmi (Lagu: Negaraku) Hadirin dijemput duduk…

8.40 pagi Salutasi Dialah pemberi paling setia, Tiap akar ilmu miliknya, Pelita dan Lampu segala, Untuk manusia sebelum menjadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat, Alur kesetiaan mengalirkan nasihat, Pemimpin yang ditauliahkan segala umat, Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Sireh berlipat sireh pinang, Sireh dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim…. Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berusaha,

En Rolahi Bin Hj Shah,

Guru Besar,

SK Kuala Matu.

Page 2: Teks hari guru 2012

TEKS MC MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012

NUR AZIAH AZMI Page 2

Yang Dihormati, Puan Halina Binti Hj Abdullah Penolong Kanan 1, SK Kuala Matu Yang Dihormati, En Zulkurnain Bin Abd Moid Penolong Kanan HEM, SK Kuala Matu

Yang Dihormati, Cik Halimah Binti Hj Samuni Penolong Kanan Kokurikulum SK Kuala Matu

rakan-rakan guru yang diraikan serta murid-

murid yang dikasihi sekalian

8.42 pagi Selamat datang Dengan nama ALLAH yang maha pemurah

lagi maha pengasih, Segala pujian bagi

Allah Tuhan pentadbir sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi

Muhammad s.a.w. ahli keluarga dan para

sahabat baginda sekalian.

Sayang melukut ditepi gantang

Himpunan tikar padian huma

Tuan dijemput sudahlah datang

Berbesar hati kami menerima.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari

Guru Peringkat Sekolah, Sekolah

Kebangsaan Kuala Matu bagi tahun 2012.

8.45 pagi

Bacaan Doa

Hadirin sekalian, Merdu teramat suara bergema, Dendangan puteri sungguh memikat, Mohon rahmat kita bersama, Moga majlis mendapat berkat.

Page 3: Teks hari guru 2012

TEKS MC MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012

NUR AZIAH AZMI Page 3

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dengan mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz Mazlan Bin Muhd Yusof. Majlis mempersilakan.

8.50 pagi Ucapan Aluan

Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi

Hadirat hadirat sekalian,

Kalau dilipat sebesar kuku

Kalau dibentang seluas alam

Yang jauh diimbau

Yang dekat digamit

Seuntai salam sejambak kata

Degup bicara, merisik rasa. Untuk makluman semua, tema Hari Guru

pada tahun ini ialah “Guru Inovatif

Melonjakkan Transformasi Pendidikan

Negara”.

Ini bermaksud, guru Inovatif adalah guru

yang mampu membuat transformasi

(perubahan), atau mencipta sesuatu yang

baru, samada dalam bentuk sumber atau

kaedah yang sesuai, dengan

perkembangan semasa, ke arah penjanaan

dan perkembangan minda yang lebih

dinamik.

Intipati tema hari guru akan lebih difahami kerana seterusnya.... adalah bacaan perutusan Hari Guru bagi tahun 2012 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang akan disampaikan oleh Encik Rolahi Bin Hj Shah, Guru Besar SK Kuala Matu. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan. Jutaan terima kasih diucapkan atas perutusan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Page 4: Teks hari guru 2012

TEKS MC MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012

NUR AZIAH AZMI Page 4

9.00pagi Bacaan Ikrar Mengajar mendidik penuh semangat, Tak kenal jemu mahupun penat, Biar cabaran datang mendekat, Keikhlasan guru mendapat berkat. Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang akan dipimpin oleh En Saiful Bin Abdul Rahman. Majlis mempersilakan. Terima kasih atas laungan ikrar yang penuh bersemangat itu tadi….

9.25 pagi

Persembahan

Tuan-tuan dan puan-puan, Harus beringat hidup di bumi, Kalau berhibur usah melalaikan, Tamatlah sudah majlis merasmi, Arena persembahan kami mulakan.

Persembahan pertama adalah nyanyian

lagu Guru Malaysia dan Guru Bumi

Kenyalang oleh semua guru-guru SK Kuala

Matu. Dipersilakan

Terima kasih atas nyanyian yang

bersemangat sebentar tadi.

Seterusnya ialah persembahan deklamasi

sajak yang akan disampaikan oleh adik

Amiratuz zafirah dari Tahun 3. Tajuk sajak

adalah Guruku. Dipersilakan

Terima kasih adik Zafirah atas

persembahan sebentar tadi.

Persembahan terakhir pada pagi ini ialah

persembahan koir yang terdiri daripada

murid-murid Tahun 6. Lagu yang akan

disampaikan bertajuk Terima Kasih Cikgu.

Dipersilakan

Terima kasih kepada pasukan koir atas

persembahan sebentar tadi.

Page 5: Teks hari guru 2012

TEKS MC MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2012

NUR AZIAH AZMI Page 5

10.00pagi Memotong kek Terima kasih atas semua persembahan yang telah dipersembahkan sebentar tadi. Hadirin sekalian, Dengan ini majlis menjemput En Rolahi Bin Hj Shah, Guru Besar SK Kuala Matu bersama-sama dengan barisan penolong kanan untuk upacara memotong kek sempena Sambutan Hari Guru 2012. Majlis mempersilakan

10.15pagi Nyanyian Lagu Pertiwiku dan penutup

Hadirin sekalian, Majlis kita pada hari ini telah sampai ke penghujungnya. Semoga inti pati majlis pada pagi ini menjadi ingatan buat kita bersama. Madah diungkap santun bitara Pantun dilantun mengusik hati Salah dan silap tutur bicara Pohon diampun seikhlas hati Tari beradat langkah bertingkah Kalung suasa menghias dada Dengan penuh rasa amanah Cemerlang ditingkat jemu tiada Majlis kita pada hari ini diakhiri dengan nyanyian lagu Ibu Pertiwiku. Hadirin dijemput berdiri.

11.00pagi Pengumuman Guru-guru dijemput untuk menghadiri jamuan di bilik mensyuarat