8
KURSUS KESIHATAN PERGIGIAN 2014 SELASA, 21 OKTOBER 2014 IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK TEKS PENGERUSI MAJLIS Pengerusi Majlis : Syakur Hakim Pauzi (PISMP SN 1111) Atika Hassan (PISMP BM 1111) ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN Peringatan Cue: Peringatan kepada semua hadirin Semua telefon bimbit hendaklah dimatikan ataupun menggunakan isyarat senyap atau getaran sepanjang berlangsungnya majlis ini bagi mengelakkan sebarang gangguan. Semua hadirin juga diminta berdiri sebaik sahaja Pengacara Majlis mengumumkan ketibaan para tetamu kehormat. Kerjasama sidang hadirin amat kami hargai. Terima kasih. Eqa/ Akim Ketibaan Tetamu kehormat Cue: Apabila cue diberikan tetamu masuk ke dewan. Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati, Encik Ahap bin Awal, Ketua Unit Khidmat Pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Diiringi oleh, Yang Berusaha, Puan Salmi binti Haji Lilek, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Yang Dihormati, Doktor Wan Nor Aini binti Wan Aziz, Wakil Klinik Pergigian Kota Samarahan Yang Dihormati, Puan Chandrawati binti Ibrahim, Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Eqa 1

Teks Emcee Penutupan Kursus Pergigian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jhgfd

Citation preview

KURSUS KESIHATAN PERGIGIAN 2014SELASA, 21 OKTOBER 2014IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

TEKS PENGERUSI MAJLISPengerusi Majlis : Syakur Hakim Pauzi (PISMP SN 1111)Atika Hassan (PISMP BM 1111)

ATURCARATEKS SAPAANCATATAN

Peringatan

Cue: Peringatan kepada semua hadirin

Semua telefon bimbit hendaklah dimatikan ataupun menggunakan isyarat senyap atau getaran sepanjang berlangsungnya majlis ini bagi mengelakkan sebarang gangguan.

Semua hadirin juga diminta berdiri sebaik sahaja Pengacara Majlis mengumumkan ketibaan para tetamu kehormat.

Kerjasama sidang hadirin amat kami hargai. Terima kasih.

Eqa/Akim

Ketibaan Tetamu kehormatCue: Apabila cue diberikan tetamu masuk ke dewan.

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati, Encik Ahap bin Awal, Ketua Unit Khidmat Pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Diiringi oleh,

Yang Berusaha, Puan Salmi binti Haji Lilek, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Yang Dihormati, Doktor Wan Nor Aini binti Wan Aziz, Wakil Klinik Pergigian Kota Samarahan

Yang Dihormati, Puan Chandrawati binti Ibrahim, Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Para Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, para tetamu jemputan, ahli-ahli jawatankuasa penganjur, PISMP Ambilan Januari 2011, dan sidang hadirin yang dikasihi sekalian.

Semua diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia dan lagu IPTARKU Gemilang.

Cue: Selepas habis nyanyian lagu Negaraku, lagu IPGM dan IPTARKU Gemilang

Sidang hadirin dipersilakan duduk.

Eqa

Akim

Kata-kata aluanCue: Selepas usher memberikan buku program kepada tetamu kehormat

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua;Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

Yang Dihormati, Encik Ahap bin Awal, Ketua Unit Khidmat Pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Yang Berusaha, Puan Salmi binti Haji Lilek, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Yang Dihormati, Doktor Wan Nor Aini binti Wan Aziz, Wakil Klinik Pergigian Kota Samarahan

Yang Dihormati, Puan Chandrawati binti Ibrahim, Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Para Pensyarah, para tetamu jemputan, ahli-ahli jawatankuasa penganjur, PISMP Ambilan Januari 2011, dan sidang hadirin yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Penutupan Kursus Kesihatan Pergigian 2014.

Untuk makluman semua, program ini adalah di bawah anjuran siswa pendidik PISMP Ambilan Januari 2011 bersama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Bahagian Kesihatan Pergigian Bahagian Kota Samarahan.

Eqa

Akim

Eqa/Akim

Eqa

Bacaan DoaCue : Setelah pembaca doa bersedia.

Menadah tangan tanda kerendahan,Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan;Doa dipohon penuh pengharapan,Agar majlis mendapat keberkatan.

Hadirin sekalian, bagi memohon keberkatan majlis kita pada petang ini, majlis dengan ini mempersilakan Ustaz Syawari bin Saufi dari kumpulan PISMP Pengajian Agama 1111 bagi mengetuai bacaan doa.

Majlis mempersilakan dengan penuh hormat dan takzimnya.

Cue: Setelah selesai bacaan doa.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Akim

Selayang Pandang

Cue: Setelah audio dan multimedia bersedia.

Warga dewan yang dihormati,

Seterusnya, kita akan disajikan dengan tayangan selayang pandang aktiviti sepanjang program Kursus Kesihatan Pergigian ini berlangsung.

Mari sama-sama kita saksikan.

Cue: Setelah selayang pandang selesai.

Terima kasih atas perhatian yang diberikan.

Cue: Setelah selayang pandang selesai.

Eqa

Ucapan Ketua JabatanHadirin yang dikasihi sekalian,

Sudilah tuan jalan berlapan,Jalan berlapan di malam kelam;Sudilah tuan beri ucapan,Kata aluan pemanis kalam.

Majlis menjemput Puan Salmi binti Haji Lilek, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk menyampaikan ucapan beliau.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Cue: Setelah ucapan selesai.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Akim

Ucapan Tetamu JemputanHadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Doktor Wan Nor Aini binti Wan Aziz, Wakil Klinik Pergigian Kota Samarahan untuk menyampaikan ucapan beliau.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Cue: Setelah ucapan selesai.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Eqa

Ucapan Wakil Bonda PengarahMajlis menjemput, Encik Ahap bin Awal , Ketua Unit Khidmat Pengurusan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Kursus Kesihatan Pergigian 2014.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Cue: Setelah ucapan selesai.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian penutupan yang telah disampaikan sebentar tadi.Akim

Selayang Pandang Video PemenangCue : Selepas audio dan multimedia bersedia.

Hadirin sekalian,

Mari kita bersama-sama mengalihkan tumpuan kita ke muka skrin untuk menyaksikan tayangan video tiga pemenang terbaik bagi pertandingan video pergigian yang bertemakan Gigi Sihat, Hidup Berkualiti.

Mari kita saksikan.

Cue: Setelah selayang pandang selesai.

Terima kasih atas perhatian yang diberikan dan tahniah diucapkan kepada pemenang video terbaik.

Eqa

Penyampaian HadiahCue : Setelah usher bersedia.

Hadirin dan hadirat,

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Keputusan pertandingan sepanjang program telah pun berada di tangan kami. Untuk makluman sidang hadirin, sebanyak 4 kategori pertandingan telah diadakan sepanjang program ini berlangsung.

Dengan ini, majlis menjemput :

Yang Dihormati, Doktor Wan Nor Aini binti Wan Aziz, Wakil Klinik Pergigian Kota Samarahan diiringi oleh Puan Chandrawati binti Ibrahim, Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan aturcara ini.

Tanpa melengahkan masa, kami akan mengumumkan pemenang bagi Pertandingan Kuiz.

Tempat ketiga telah disandang oleh :

Tempat kedua jatuh kepada :

Tempat pertama jatuh kepada :..

Seterusnya, bagi Pertandingan Model Gigi dan Berus Gigi.

*Rujuk teks sebelumnya

Bagi Pertandingan Video Kesihatan Gigi

*Rujuk teks sebelumnya

Seterusnya, untuk Pertandingan Melukis Poster,

*Rujuk teks sebelumnya

Cue : Setelah penyampaian hadiah selesai. Terima kasih diucapkan atas penyampaian hadiah kepada para pemenang sebentar tadi. Untuk makluman sidang hadirin, hadiah yang disampaikan tadi adalah tajaan khas daripada Bahagian Kesihatan Pergigian Bahagian Kota Samarahan.

Akim

Eqa

Akim

Eqa

Akim

Eqa

Akim

Penyampaian CenderahatiCue : Setelah usher bersedia.

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati. Dengan ini dijemput Encik Ahap bin Awal diiringi oleh Puan Salmi binti Haji Lilek untuk menyempurnakan aturcara ini.

Majlis dengan ini menjemput :

Doktor Wan Nor Aini binti Wan Aziz untuk menerima cenderahati daripada

Cue : Setelah penyampaian cenderahati selesai.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Ahap bin Awal dan Puan Salmi binti Haji Lilek atas penyampaian hadiah dan cenderahati sebentar tadi.

Eqa

Nyanyian LaguCue: Setelah audio dan multimedia bersedia.

Hadirin warga dewan yang dikasihi,

Majlis pada petang ini diteruskan dengan nyanyian lagu Ibu Pertiwiku. Oleh itu para hadirin dijemput berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.

Dengan berakhirnya nyanyian lagu itu tadi, maka berakhirlah majlis perhimpunan kita pada hari ini.

Bintang Barat terbit petangBintang Timur terbit pagiJika tidak melarat panjangAda umur ketemu lagi.

Bunga seroja di atas paraJatuh ditimpa buah beranganAndai kata tersilap bicaraKemaafan jua kami pohonkan

Sidang hadirin, sesungguhnya, semua yang baik datangnya dari Allah S.W.T, dan kelemahan itu datang daripada diri kami sendiri.Sekian,

Wabilahitaufikwalhidayah, Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh.

MAJLIS TAMAT

Dipersilakan, tetamu-tetamu jemputan untuk menikmati jamuan di kantin.

Akim

Eqa

Akim

Eqa/Akim

Akim

7