12
1 TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam muafakat Johor. A. PENDAHULUAN Bersyukur kita kepada Tuhan kerana kita masih dapat sama-sama menghadapi tahun baharu 2017 yang amat mencabar. SELAMAT TAHUN BAHARU diucapkan kepada seluruh warga pendidikan negeri Johor termasuk pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Johor, pejabat-pejabat pendidikan daerah negeri Johor dan sekolah-sekolah negeri Johor, guru, murid dan tidak lupa juga kepada para ibu-bapa di seluruh negeri Johor. Semoga kita semua diberkati dan dikurniakan kekuatan mental dan fizikal bagi menyempurnakan tanggungjawab dan amanah pada tahun 2017 ini. Saya ingin mengambil kesempatan di awal ucapan saya ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan sepanjang tahun lalu. Dengan ketibaan tahun baharu ini, maka bermulalah lembaran baharu dalam kehidupan kita, termasuk tugas-tugas yang perlu kita laksanakan dan sasaran-sasaran yang mesti kita capai. Besarlah harapan saya agar amanat ini memberi panduan kepada warga pendidikan untuk mengorak langkah dengan hala tuju yang lebih jelas ke arah mencapai aspirasi menjadikan pendidikan terbaik bagi rakyat Johor, khususnya dan lebih jelas dalam menjadikan modal insan Johor bersifat ‘Global Player’. Apatah lagi tahun ini kita masih lagi dalam gelombang ke-2 PPPM yang memerlukan segala kudrat dan fokus kita dikiblatkan untuk menjayakan perancangan dan tindakan kita dalam memacu sistem.

TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 PENGARAH … AMANAT... · 1 TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 ... KSSR dan KSSM semakan 2017, ... bahasa Inggeris di semua sekolah, bahasa Melayu di SJKC,

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 PENGARAH … AMANAT... · 1 TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 ... KSSR dan KSSM semakan 2017, ... bahasa Inggeris di semua sekolah, bahasa Melayu di SJKC,

1

TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017

PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam

muafakat Johor.

A. PENDAHULUAN

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana kita masih dapat sama-sama menghadapi

tahun baharu 2017 yang amat mencabar. SELAMAT TAHUN BAHARU diucapkan

kepada seluruh warga pendidikan negeri Johor termasuk pegawai-pegawai di

Jabatan Pendidikan Negeri Johor, pejabat-pejabat pendidikan daerah negeri Johor

dan sekolah-sekolah negeri Johor, guru, murid dan tidak lupa juga kepada para

ibu-bapa di seluruh negeri Johor. Semoga kita semua diberkati dan dikurniakan

kekuatan mental dan fizikal bagi menyempurnakan tanggungjawab dan amanah

pada tahun 2017 ini.

Saya ingin mengambil kesempatan di awal ucapan saya ini untuk mengucapkan

ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah berusaha dengan gigih dalam

melaksanakan segala tugas yang diamanahkan sepanjang tahun lalu. Dengan

ketibaan tahun baharu ini, maka bermulalah lembaran baharu dalam kehidupan

kita, termasuk tugas-tugas yang perlu kita laksanakan dan sasaran-sasaran yang

mesti kita capai.

Besarlah harapan saya agar amanat ini memberi panduan kepada warga

pendidikan untuk mengorak langkah dengan hala tuju yang lebih jelas ke arah

mencapai aspirasi menjadikan pendidikan terbaik bagi rakyat Johor, khususnya

dan lebih jelas dalam menjadikan modal insan Johor bersifat ‘Global Player’.

Apatah lagi tahun ini kita masih lagi dalam gelombang ke-2 PPPM yang

memerlukan segala kudrat dan fokus kita dikiblatkan untuk menjayakan

perancangan dan tindakan kita dalam memacu sistem.

Page 2: TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 PENGARAH … AMANAT... · 1 TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 ... KSSR dan KSSM semakan 2017, ... bahasa Inggeris di semua sekolah, bahasa Melayu di SJKC,

2

B. TEMA DAN KERANGKA KERJA

Tema amanat saya pada tahun ini ialah MEMACU TRANFORMASI PENDIDIKAN

JOHOR. Dalam konteks lanskap pendidikan negara yang berubah dengan pantas

dan terus berkembang, pemacuan transfomasi pendidikan Johor merupakan hala

tuju pendidikan negeri dan bermaksud memesatkan perubahan yang wajib

berlaku ke arah pendidikan berkualiti secara sistematik melalui strategi yang

berkesan. Dalam kata lain, pendidikan negeri Johor seharusnya berpendekatan

holistik, iaitu pendekatan bersepadu dan menyeluruh melibatkan semua aspek

pengurusan pendidikan bagi membangunkan seluruh potensi jasmani, rohani,

emosi dan intelektual murid.

Bagi merealisasikan matlamat MEMACU TRANFORMASI PENDIDIKAN JOHOR,

satu kerangka kerja yang holistik perlu kita terjemahkan dalam kerja buat warga

pendidikan negeri Johor.

“Kerja Berkualiti, Ibadah Dihayati” yang saya utarakan sebagai prinsip kerja

perlulah difahami dalam konteks kita meneruskan legasi kecekapan dan

kecemerlangan kerja buat kita di segenap peringkat. Kerja berkualiti boleh dicapai

dengan mengambil sikap cepat, tepat, intergriti (CTI) dalam melaksanakan tugas

harian dan disokong pula dengan produktiviti, kreativiti dan inovasi (PCI) supaya

kita tidak dilihat cepat berpuas hati dengan hasil kerja kita. Bagi mengukuhkan

kefahaman “Ibadah Dihayati” pula kerja yang kita lakukan hendaklah bermula

dengan niat yang betul, dilaksanakan mengikut peraturan yang digaris pandukan,

melaksanakan setiap kerja secara bersungguh-sungguh, mencapai keberhasilan

yang tinggi, mengamalkan budaya saling menasihati dan menjadikan kerja sebagai

satu ibadah. Sehubungan itu bertitik tolak daripada prinsip pertama Rukun

Negara; Kepercayaan kepada Tuhan telah menjelaskan kepada kita bahawa

anutan agama wajib menjadi pegangan setiap warga negara yang berdaulat ini.

Sudah semestinya kita akan terus meningkatkan kualiti kerja kita di samping

menerapkan nilai-nilai agama yang universal dan boleh diterima semua di dalam

setiap bidang kerja kita selain panduan yang telah jelas disuratkan dalam

perkhidmatan awam seperti etika kerja Kementerian Pendidikan Malaysia,

Tonggak 12 dan pelbagai pekeliling serta surat siaran yang berkaitan dengannya.

Sewajarnyalah setiap amalan kerja berkualiti kita sentiasa dimantapkan dan

ditambah baik pada setiap masa untuk menjana keberhasilan kerja yang tinggi.

Page 3: TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 PENGARAH … AMANAT... · 1 TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 ... KSSR dan KSSM semakan 2017, ... bahasa Inggeris di semua sekolah, bahasa Melayu di SJKC,

3

Konsep “Kerja Berkualiti Ibadah dihayati’ sekiranya benar-benar difahami

pasti akan mempengaruhi “Leadership Quotient” dalam kepimpinan pendidikan

dan operasi kerja kita. Hal ini dapat diterjemahkan melalui pelaksananaan Johor

Showcase (JSC) bertepatan dengan matlamat strategik pendidikan Johor dalam

kita merangka hala tuju pendidikan negeri Johor. Saya amat percaya, kompetensi

kepimpinan yang tinggi merupakan asas penting dalam melaksanakan JSC dengan

berkesan.

Kualiti kepimpinan akan mempengaruhi keseluruhan kerja buat kita,

termasuklah kualiti kerja melalui pendekatan proses yang menjadi elemen

penting sebelum keberhasilan murid (glober player) kita peroleh. Atas sebab

itulah kerja kualiti merupakan elemen dalam kerangka kerja yang perlu diberikan

perhatian. Penekanan ini selari dengan transformasi perkhidmatan awam yang

mementingkan budaya kerja berkualiti, iaitu cepat, tepat, intergriti, produktiviti,

kreativiti dan inovasi. Ini akan memberikan perhatian dan keperihatinan kita

terhadap pencapaian “standard practice”

sebagai indikator yang perlu kita capai. Untuk memastikan kawalan kualiti ini

mengikut standard yang ditetapkan maka Dialog Prestasi yang berkesan di

pelbagai peringkat merupakan salah satu alat yang penting bagi memastikan

keberhasilan akhir modal insan kita, iaitu “global player” tercapai.

C. SOROTAN

2012 merupakan tahun lahirnya JOHOR LEADS dengan bermulanya

Perancangan Strategik Fasa 3 (2012 – 2014). JOHOR LEADS bermaksud Lead

(mendahului perubahan), Enhance resilience (memperkuat daya tahan), Acclarate

(memacu kecemerlangan melalui inovasi), Develop first rate school culture

(membangun budaya sekolah kelas pertama), Sustain success, build legacy

(melestarikan kejayaan membina legasi). JOHOR LEADS telah diteruskan sehingga

2014.

Tahun 2015 JPN Johor telah memperkenalkan JOHOR SHOWCASE (JSC) yang

merupakan Perancangan Strategik Fasa 4. Fokus utama JOHOR SHOWCASE ialah

sekolah berkualiti (Pendidikan Abad ke-21), pendidikan berkualiti (Aspirasi

Sistem), dan global player (Aspirasi murid). Tahun 2016 JPN Johor meneruskan

Page 4: TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 PENGARAH … AMANAT... · 1 TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 ... KSSR dan KSSM semakan 2017, ... bahasa Inggeris di semua sekolah, bahasa Melayu di SJKC,

4

pemantapan JSC dengan pengisian Kokurikulum Berimpak Tinggi (KKIT) dan

Karektor Murid Johor (KMJ)

Penghujung 2016 merupakan satu titik tolak untuk pelaksanaan JSC 2017

dengan melakukan refleksi, fine tuning, dan realignment yang menjurus kepada

pemerkasaan strategi JSC.

D. MENGHADAPI ISU & CABARAN 2017

Izinkan saya menyentuh beberapa cabaran dan isu pada tahun bahariu ini yang

perlu diberikan perhatian dalam kita mengangkat JSC dan aspirasi pendidikan

negara sebagai matlamat kita bersama.

Cabaran pertama ialah kepimpinan yang kurang kompeten. Yang

dimaksudkan dengan kurang kompeten ialah sikap kurang profesional, kurang

pengetahuan dalam SEMBILAN bidang Standard Kompetensi Kepengetuaan

Sekolah Malaysia (SKKSM), dan kurang kemahiran kepimpinan PAK21 sebagai

peneraju, pendorong, dan pembimbing. Cabaran menjadi lebih besar sekiranya

kepimpinan sekolah tidak dapat menterjemahkan dasar-dasar baru seperti DTP,

KSSR dan KSSM semakan 2017, STEM, PIBK dan agenda pendidikan lain yang

penting.

Cabaran kedua yang kita hadapi ialah kemerosotan integriti. Kemerosotan

integriti diertikan sebagai karenah birokrasi, melanggar Prosedur Operasi

Standard (SOP), kurang efektif, kurang efisien, dan kurang akauntabiliti.

Ketampakan kurang integiriti dari dalam bilik darjah seperti tidak menanda buku

latihan murid, masuk lewat waktu PdP, tidak menghantar dan mengisi Buku

Rekod Mengajar sehinggalah kepada masalah keluar untuk urusan peribadi,

menggunakan peralatan pejabat untuk kegunaan peribadi, “punch card” untuk

orang lain dan pelbagai pelakuan tidak berintegriti lain akan menyumbang kepada

keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesion pekerjaan.

Cabaran ketiga ialah amalan budaya kerja “silo”. Budaya kerja “silo” dapat

diterjemahkan sebagai perlakuan kerja secara berseorangan dan kurang

kolaboratif. Ruang dan peluang untuk penglibatan serta kebersamaan amat

terhad. Budayakerja secara “silo” tidak dapat menghasilkan kualiti kerja yang

boleh mencakupi antara bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran personel ke

Page 5: TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 PENGARAH … AMANAT... · 1 TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 ... KSSR dan KSSM semakan 2017, ... bahasa Inggeris di semua sekolah, bahasa Melayu di SJKC,

5

tahap yang lebih maksimum. Budaya kerja secara “silo” juga mengakibatkan

personel kurang berkarya sekali gus organisasi kurang berdaya saing.

Cabaran keempat pula ialah sistem kawalan dan pemantauan kurang

berkesan. Sistem kawalan dan pemantauan kurang berkesan boleh kita takrifkan

sebagai tiadanya indikator piawai atau dapatan yang tidak berkredibiliti untuk

menentukan keberkesanan pelaksanaan. Disiplin dalam mengawal dan

menentukan pemantauan tidak dipatuhi secara sistematik. Data dan maklumat

tidak dianalisis serta tidak digunakan untuk usaha pembetulan atau

penambahbaikan. Contohnya, data pemantauan guru dalam Standard 4 SKPM

tidak dimanfaatkan untuk peningkatan kualiti PdP guru.

Program dan aktiviti yang menjadi fokus dalam pelaksanaan Pelan Tindakan

Strategik di sekolah tidak berasaskan kepada isu strategik. Situasi ini berlaku

apabila program yang dijalankan tidak berasaskan masalah di lokasi.

Pelaksanaannya juga tidak mengikut keutamaan dan gagal membezakan:

- Yang mana segera dan mustahak

- Yang mana segera tetapi tidak mustahak

- Yang mana mustahak tetapi tidak segera

- Yang mana tidak mustahak dan tidak segera

Cabaran kelima ialah pelaksanaan PAK21 yang kurang berkesan. Antara

punca yang dikenal pasti berlaku sedemikian ialah kefahaman konsep PAK21 yang

kurang jelas, pedagogi guru kurang dinamik (kurang bertenaga), capaian internet

kurang stabil, bilangan murid ramai dalam kelas, penyelenggaraan peralatan

TMK/ICT, kekurangan guru opsyen dan kekangan kewangan.

Cabaran keenam ialah Standard Pentaksiran Holistik yang dilakukantidak

menggambarkan kemenjadian murid sebenar. Hal ini disebabkan kurang

kepakaran dan pengetahuan yang mendalam dalam melaksanakan sesuatu tugas

bagi menghasilkan mutu kerja yang berkualiti tinggi. Lebih-lebih lagi dalam

menilai sesuatu yang subjektif seperti penilaian dalam aspek psikometrik, nilai

murni, PAJSK, pentaksiran sekolah, JQAF dan pentaksiran pusat.

Page 6: TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 PENGARAH … AMANAT... · 1 TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 ... KSSR dan KSSM semakan 2017, ... bahasa Inggeris di semua sekolah, bahasa Melayu di SJKC,

6

Cabaran ketujuh ialah Prestasi Akademik yang rendah. Pencapaian subjek

kritikal yang masih rendah sangat perlu diberi perhatian demi melahirkan murid-

murid cemerlang selari dengan aspirasi negara. Subjek yang dimaksudkan ialah

bahasa Inggeris di semua sekolah, bahasa Melayu di SJKC, matematik di SK, sains

di SK, dan STEM di semua sekolah menengah.

E. STRATEGI

Dalam mendepani isu dan cabaran tahun 2017 yang pasti mencabar, saya

menggariskan strategi umum dan strategi khusus bagi memastikan pemancuan

transformasi pendidikan Johor bergerak pantas.

Strategi pertama ialah kepimpinan Abad ke-21 yang berkualiti diwujudkan

supaya kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pemimpin-

pemimpin pendidikan yang hebat. Justeru, pemimpin pendidikan Johor perlu

dimantapkan dengan pengetahuan, kepakaran terkini dengan amalan-amalan

murni seperti dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

(SKPMg2). Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dijadikan sebagai suri teladan

dalam membangunkan pemimpin hari ini yang berlandaskan penguasaan yang

tinggi dalam aspek spritual, intelektual, emosi, dan jasmani.

Dengan wujudnya pemimpin yang berkompetensi, maka program bimbingan

dan coaching akan dapat dilakukan dengan berkesan dalam membentuk

pemimpin-pemimpin masa depan. Peranan SIP+ pula perlu diperkasa bagi

memastikan peranan pemimpin bagi memacu sistem dalam Gelombang 2 PPPM

dapat capai dalam semua peringkat.

Strategi kedua ialah pemantauan secara holistik. Pemantauan merupakan

satu elemen utama yang perlu dilaksanakan untuk memastikan proses mengecapi

kecemerlangan pendidikan berlaku mengikut perancangan yang sistematik.

Pemantauan holistik bermaksud pemantauan bersepadu dan menyeluruh

melibatkan semua aspek pengurusan pendidikan terhadap pelaksanaan sesuatu

program dilakukan untuk menentukan pencapaian yang dihasratkan tercapai. Ini

merupakan suatu proses mendapatkan maklumat dan data yang akan digunakan

untuk membuat pertimbangan, seterusnya digunakan dalam membuat keputusan

Page 7: TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 PENGARAH … AMANAT... · 1 TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 ... KSSR dan KSSM semakan 2017, ... bahasa Inggeris di semua sekolah, bahasa Melayu di SJKC,

7

terhadap penambahbaikan yang perlu dilakukan. Penggunaan instrumen

pemantauan dan perbincangan berasaskan data dapat dilakukan melalui dialog

prestasi yang berkesan bagi memastikan standard practice yang ditetapkan dapat

dicapai.

Strategi ketiga pula ialah pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) di

semua sekolah di negeri Johor. Sudah sampai masanya untuk kita warga

pendidikan Johor melangkah berani melakukan transformasi PdP di bilik darjah.

Hal ini sesuai dengan tuntutan dan kehendak generasi kini yang serba bergajet

moden berinformasi di hujung jari dan menjadikan dunia kini tanpa sempadan

serta bersifat global. Untuk itu, PAK21 dilaksanakan di semua sekolah negeri

Johor dengan beberapa fokus seperti pemantapan pedagogi abad 21,

mewujudkan standard practice sebagai indicator pencapaian, taggingguru,

konvensyen PAK21, Sekolah Showcase PAK21, Live Lab dan Pengajaran Modular.

Bagi sekolah-sekolah yang dijadikan sekolah rintis abad 21 seharusnya tahun 2017

sekolah-sekolah ini sudah berupaya untuk menjadi showcase yang boleh dijadikan

sekolah benchmark dan menjadi suri teladan kepada sekolah-sekolah lain dalam

amalan pembelajaran abad 21.

Strategi keempat ialah Mewujudkan Permuafakatan Strategik. Ini merupakan

satu gerakan menyatukan sumber komuniti dan sekolah untuk memenuhi

keperluan bersama. Hal ini bertujuan mewujudkan satu suasana, pengalaman dan

persekitaran belajar yang lebih sempurna. Permuafakatan strategik dengan

penglibatan PIBG, wakil rakyat, masyarakat, agensi kerajaan dan pihak swasta

bersama-sama berusaha untuk menjadikan sekolah sebagai institusi sosial yang

lebih bermakna bagi melahirkan murid sebagai sumber manusia yang akan

mensejahterakan negara . Inilah anjakan minda (mindshift) yang perlu dilakukan

di peringkat sekolah dan PPD supaya nilai kesepunyaan dan kebersamaan

melahirkan glober player dikongsi bersama.

Strategi kelima ialah sentiasa bersinergi dan kerja sepasukan. Dengan satu

budaya kerja sepasukan kita dapat mencapai tujuan-tujuan besar yang sangat

mustahil dicapai apabila dilakukan oleh masing-masing inidividu yang ada di

dalamnya. Teamwork adalah bekerjasama, bukan bekerja bersama-sama, juga

bukan sama-sama bekerja. Di dalam sebuah pasukan yang kuat, terdapat sebuah

kata yang sangat penting yang menjadi penentu apakah pasukan ini dapat

mencapai tujuan-tujuannya atau tidak. Kata itu tidak lain ialah sinergi.

Page 8: TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 PENGARAH … AMANAT... · 1 TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 ... KSSR dan KSSM semakan 2017, ... bahasa Inggeris di semua sekolah, bahasa Melayu di SJKC,

8

Sinergi adalah berfungsinya setiap bahagian dari organisasi secara profesional

dan seirama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkannya. Kita ibarat sebuah

orkestra dalam sebuah pasukan yang penuh dengan kepelbagian dan sifat. Sinergi

dalam kerja sepasukan orkestra dapat menghasilkan gabungan nada muzik yang

indah. Ini dilakukan dengan semua warga pendidikan harus melaksanakan tugas

dan tanggungjawab secara kebersamaan dalam mencapai visi dan misi, saling

melengkapi, kompeten dalam bidang masing-masing dan Rapid Execution dengan

pendekatan bersama yang holistik.

Strategi keenam ialah Transformasi Asrama Harian (TAH). Menyedari yang

asrama merupakan salah satu lokasi tumpuan murid-murid mencorakkan budaya

diri dan kerjaya, maka sewajarnya transformasi asrama harian diolah untuk

menentukan kemenjadian murid asrama sebagai tanggungjawab bersama

menjadi realiti. Justeru, empat fokus transformasi asrama harian digariskan:

Fokus pertama ialah pengurusan pentadbiran asrama bagi tujuan pemantapan

dan insiatif baharu bertujuan meningkatkan tahap pengurusan pentadbiran dan

kompetensi personel. Fokus kedua ialah penjanaan kejayaan akademik yang

bertunjangkan pemantapan pengurusan atau aktiviti akademik bagi

meningkatkan prestasi murid-murid asrama. Fokus ketiga pula ialah penjanaan

kejayaan sahsiah yang merujuk pada perancangan dan pelaksanaan aktiviti bagi

menjana pembangunan dan kecemerlangan sahsiah dan disiplin murid.Fokus

keempat ialah penjanaan kejayaan kokurikulum sukan melalui perancangan

pelaksanaan aktiviti yang sistematik agar aspek penjanaan kokurikulum dan sukan

tidak diabaikan.

Strategi ketujuh pula ialah Kokurikulum Impak Tinggi (KKIT). Aktiviti

kokurikulum dikenal pasti mampu menjana dan meningkatkan prestasi akademik

dan keterampilan murid di sesebuah sekolah.Oleh itu, Kokurikulum Berimpak

Tinggi (KKIT) dibangunkan dengan matlamat memeriahkan aktiviti kokurikulum di

peringkat akar umbi semua sekolah negeri Johor. KKIT juga diharapkan mampu

meningkatkan penguasaan bahasa kedua terutamanya Bahasa Inggeris seperti

yang tercatat dalam PPPM, Aspirasi Murid kelima iaitu penguasaan kemahiran

dwibahasa.Selain itu, KKIT juga mampu merapatkan jurang antara sekolah bandar

dan luar bandar dalam penglibatan aktiviti kokurikulum.

Page 9: TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 PENGARAH … AMANAT... · 1 TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 ... KSSR dan KSSM semakan 2017, ... bahasa Inggeris di semua sekolah, bahasa Melayu di SJKC,

9

Pelaksanaan KKIT boleh dimulakan dengan membina modul kembara ilmu

(stesen KBAT dan STEM). Seterusnya, diikuti dengan memartabatkan bahasa

Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris dalam aktiviti kokurikulum di

samping mewujudkan kolaboratif dengan pelbagai agensi berkepentingan.

Strategi kelapan ialah Kolaboratif Bola Sepak JDT. Dengan meletakkan sukan

bola sepak bertaraf dunia, kolaboratif bola sepak JDT dimartabatkan sebagai

strategi kelapan untuk memacu transformasi pendidikan Johor bagi melahirkan

pemain bola sepak setanding nama-nama besar di persada dunia.

Pelaksanaannya disusun rapi dengan mengekalkan pasukan akademik U13 dan

U15 di samping membentuk pasukan akademik U17 yang baharu.Penempatan

pelajar U12 seramai 16 orang dan U13 seramai 16 orang ditempatkan di Educity.

Mereka ini akan meneruskan persekolahan di SMK Medini. Manakala pelajar

U14, U15, U16, dan U17 ditempatkan di Apartment Prisma Lima Kedai. Mereka

ini akan menjalani pembelajaran di SMK Bukit Indah.

Tahun 2017akan bermulalah kolaboratif bersama barisan kejurulatihan dari

Kelab Valencia CF, Sepanyol. Hal ini bermakna struktur dan kandungan latihan

pasukan akademi JDT akan mengalami sedikit perubahan demi untuk peningkatan

berterusan anak-anak didik kita dalam pasukan ini.

Strategi kesembilan ialah Karektor Murid Johor (KrMJ). Bagi memastikan

murid-murid sekolah negeri Johor mempunyai jati diri yang utuh maka karektor

murid Johor diterampilkan dengan harapan murid-murid Johor mempunyai watak

yang terserlah disanjung, dipandang tinggi, dan dikenali bukan sahaja di peringkat

nasional malah di peringkat antarabangsa. Bagi memastikan hala tuju KrMJ

berada di landasan yang benar, LIMA objektif telah dirangka dengan rapi, iaitu:

- Melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor

- Membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi

- Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti

- Menjalinkan kerjasama, perpaduan, dan muafakat dalam kalangan murid

Johor

- Memupuk murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai budaya

tempatan.

Page 10: TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 PENGARAH … AMANAT... · 1 TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 ... KSSR dan KSSM semakan 2017, ... bahasa Inggeris di semua sekolah, bahasa Melayu di SJKC,

10

Untuk tujuan itu, LIMA ciri utama disasarkan, iaitu beridentiti dan

berpengetahuan,gaya kepimpinan tinggi, muafakat dan perpaduan, menghayati

sejarah bangsa danmengamalkan seni budaya.

F. PENUTUP

Saya menaruh harapan yang besar terhadap seluruh warga pendidikan negeri

Johor dalam menerajui kepimpinan pendidikan. Dengan meletakkan kata kunci

IBADAH DIHAYATI KERJA BERKUALITI, sekali lagi saya mengharapkan semua

pemimpin, warga pendidik, ibu bapa, dan anak-anak didik benar-benar ikhlas

dalam melaksanakan kerja buat yang telah diamanahkan sebaik-baiknya. Malah

indikator yang sangat penting dalam menentukan kejayaan apa yang kita rancang

dan ingin capai ialah sejauhmana kita berupaya melaksanakannya dalam konteks

solidariti yang ampuh, pasukan yang berkesan dan kerjasama yang mantap.

Justeru kebersamaan kita dalam memacu transformasi ini adalah amat dituntut.

Seorang pemimpin seharusnya mahir penguasaan dan bijak mengaplimentasi

elemen Leadership Quotient. Guru pula sebagai seorang pendidik

bertanggungjawab penuh merealisasikan aspirasi murid dan sewajarnya mahir

mengaplikasikan ilmu pedagogi Abad 21. Manakala ibu bapa perlu menyediakan

pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak. Pendidikan ini merangkumi

pendidikan formal mahupun tidak formal. Sehubungan itu, ibu bapa perlulah

memastikan anak-anak mereka menerima pendidikan sewajarnya baik yang

formal maupun tidak formal. Sebelum bertindak memberi dorongan dan belaian

kasih sayang,Ibu bapa juga harus bertindak sebagai suri teladan dalam banyak

aspek. Saya pasti dengan usaha meningkatkan kualiti guru dan pemimpin yang

sedang giat dijalankan, serta sokongan kuat daripada ibu bapa dalam membantu

pembelajaran anak-anak di rumah, kita mampu mendidik murid dengan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni sebelum mereka melanjutkan

pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Dalam usaha kita untuk memastikan institusi sekolah terus dipacu sesuai

dengan tuntutan pendidikan abad 21 ini, penglibatan ibu bapa dan komuniti

adalah pelengkap kepada keberkesanan kita membangunkan modal insan iaitu

anak-anak didik kita. Sehubungan itu saya menyeru agar pihak sekolah

berganding bahu dengan ibu bapa, komuniti dan pelbagai rakan strategik

pendidikan sama GO atau NGO dalam pelbagai program dan aktiviti yang boleh

Page 11: TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 PENGARAH … AMANAT... · 1 TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 ... KSSR dan KSSM semakan 2017, ... bahasa Inggeris di semua sekolah, bahasa Melayu di SJKC,

11

membawa manfaat dan sokongan kepada anak-anak kita. PIBG selaku organ kiri

sekolah seharusnya juga terus meningkatkan perkhidmatan dalam membantu

menyokong segala usaha membangunkan anak didik dalam apa juga bidang.

Melalui pendekatan PIBK dan sarana sekolah, sarana ibu bapa serta KSIB saya

yakin kita mampu untuk melonjakkan pendidikan kita ke tahap lebih gemilang.

Dalam konteks pendidikan masa hadapan, kita juga perlu mula berubah

kepada melihat kemenjadian anak-anak kita daripada orientasi peperiksaan

dengan indikator gred A sebagai keutamaan kepada melihat kemenjadian anak-

anak secara holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) melalui komponen

Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Psikometrik dan

Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kesihatan (PAJSK) yang sedang kita

laksanakan di sekolah pada masa ini adalah mekanisme untuk melihat nilai

sebenar kemenjadian anak-anak kita secara holistik yang perlu kita sokong dan

realisasikan. Ini juga bertepatan dengan hasrat dan semangat dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan 6 aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan malaysia (PPPM 2013-2015).

Kepada guru-guru, hayatilah Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita.

Sentiasalah ingatkan diri kita bahawa tugas sebagai pendidik adalah satu tugas

yang amat mulia. Menjadi pendidik bukanlah semata-mata suatu profesion, tetapi

suatu perjuangan untuk mendidik anak bangsa kita menjadi insan yang seimbang.

Saya percaya jika saudara dan saudari semua mengabdikan seluruh jiwa dan raga

kepada tugas yang paling mulia ini, maka kita akan berjaya mencapai matlamat

pendidikan yang paling asas, iaitu mendidik insan dengan adab dan pekerti yang

mulia

Kepada para pelajar, berikanlah tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran.

Manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengasah

bakat dengan sebaik mungkin supaya anda menjadi insan yang berjaya. Dalam

menghadapi persaingan global yang semakin sengit hari ini, banyak ilmu dan

kemahiran baharu yang perlu dikuasai sebelum anda melangkah ke alam

pekerjaan. Jadi, berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang

kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya. Only the best among you will

survive and thrive.

Andai segalanya berjalan seperti yang direncana, saya berkeyakinan tinggi

Johor Showcase yang dibangunkan dengan penuh strategi dan tersusun rapi

Page 12: TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 PENGARAH … AMANAT... · 1 TEKS AMANAT TAHUN BARU 2017 ... KSSR dan KSSM semakan 2017, ... bahasa Inggeris di semua sekolah, bahasa Melayu di SJKC,

12

secara holistik dan bersepadu mampu menjadi kenyataan. Percayalah, kita

mampu memacu pendidikan Johor untuk merealisasikan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) sekali gus menjadikan murid bangsa Johor sebagai

global player. Semoga amanat saya ini menjadi panduan dan pedoman dalam

Memacu Transformasi Pendidikan Johor yang dapat diterima pakai dengan hati

yang terbuka dan berlapang dada oleh semua lapisan kepimpinan pendidikan

negeri ini dan yang lebih penting mendapat keredaan Ilahi.

Saya percaya dengan usaha yang gigih dan komitmen yang tinggi, kita mampu

menggapai hasrat Memancu Tranformasi Pendidikan Johor. Semoga tahun 2017

merupakan tahun yang cemerlang buat kita semua.

Selamat menyambut Tahun Baharu 2017.

Sekian, wassalam dan terima kasih.

HAJI SHAHARUDIN SHARIF

Pengarah Pendidikan Negeri Johor

26 DISEMBER 2016.