14
DIPERSEMBAHKAN OLEH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHAMED AZNI MUHAMMAD HAFIZI BIN JAMALUDIN

TAUFAN NARGIS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

taugan nargis di myanmar................

Citation preview

Page 1: TAUFAN NARGIS

DIPERSEMBAHKAN OLEH:

• MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHAMED AZNI

• MUHAMMAD HAFIZI BIN JAMALUDIN

Page 2: TAUFAN NARGIS

Taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap. Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.

PERINGKAT TAUFAN:

Gangguan tropika - Sistem ribut petir yang tertumpu di kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j. Mata taufan tidak terbentuk pada peringkat ini.

Ribut tropika - Sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan angin maksimum antara 60-120 km/j. Bentuk siklon sudah mula terbentuk, tetapi mata taufan biasanya masih belum terbentuk.

Taufan - Ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Mata taufan mula terbentuk, memudahkan taufan dikesan melalui imej satelit.

Page 3: TAUFAN NARGIS

-Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.

-Di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda. Selain itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar.

-Sejak dua kurun yang lalu, taufan bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di seluruh dunia.

Page 4: TAUFAN NARGIS

JENIS-JENIS TAUFAN

• TAUFAN TINGTING(Ogasawara Islands,Japan)• TAUFAN MINDULLE(Taiwan, China)• TAUFAN KATRINA(New Orleans, AS)• TAUFAN NARGIS(Yangoon, Myanmar)• TAUFAN FENGSHEN(Manila, Philippines)• TAUFAN SHANXI YANGQUAN(China)• TAUFAN FUJIAN(China)

Page 5: TAUFAN NARGIS

BAGAIMANAKAH SIKLON TROPIKA TERJADI?

Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang suhu permukaannya 26˚C atau lebih. Di rantau Asia, siklon tropika selalunya dikenali sebagai taufan dan biasanya terjadi semasa musim panas Hemisfera Utara yang mana suhu di Lautan Pasifik adalah panas dan sesuai untuk aktiviti perolakan. Sistem tekanan rendah yang terbentuk di kawasan lautan tropika yang panas akan bergerak ke arah barat,berkembang daripada lekukan tropika kepada ribut tropika dan akhirnya menjadi taufan yang matang.

Page 6: TAUFAN NARGIS

BILAKAH TAUFAN BIASANYA BERLAKU?

Pada kebiasaannya, taufan mula muncul di sebelah barat Pasifik Utara pada awal bulan Mei. Bilangannya bertambah dan mencapai maksima disekitar bulan September. Kebanyakan taufan terbentuk di kawasan latitud 5˚U dan 20˚U dan longitud 130˚T dan 170˚T. Laluan biasa bagi taufan adalah bergerak menghala ke arah barat merentasi Filipina dan seterusnya membelok ke arah timur laut apabila menuju daratan Asia.

Page 7: TAUFAN NARGIS
Page 8: TAUFAN NARGIS
Page 9: TAUFAN NARGIS
Page 10: TAUFAN NARGIS

Dunia telah dikejutkan dengan bencana taufan yang telah melanda bandar Yangoon di Myanmar. Taufan Nargis yang bermula pada 2 Mei hingga kini telah mengakibatkan kematian berpuluh ribu dan yang lainnya hilang. Penderitaan mereka ini di tambah lagi dengan kurangnya bantuan luar yang tiba kerana pihak kerajaan masih belum membenarkan kemasukkan petugas kemanusiaan antarabangsa.Nargis ialah siklon bernama paling dahsyat di lembangan Lautan Hindi Utara, dan juga siklon bernama kedua paling besar sepanjang sejarah, mengekori taufan nina.

Page 11: TAUFAN NARGIS
Page 12: TAUFAN NARGIS
Page 13: TAUFAN NARGIS

RUMUSAN

Dalam kajian yang telah kami buat, taufan adalah suatu bencana alam yang sungguh dahsyat dan tragis. Ia mampu memusnahkan harta benda dan meragut banyak nyawa. Sebagai contoh, dunia telah dikejut dengan bencana Taufan Nargis yang melanda Bandar Yangoon di Myanmar. Dalam kejadian tersebut 22,500 rakyat Myanmar terkorban manakala lebih 41,000 lagi hilang. Ia bukanlah satu jumlah yang sedikit. Kita perlulah mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan kita juga perlu berjaga-jaga kerana ada kemungkinan ia boleh berlaku di negara kita. Kesimpulannya, bencana alam adalah perkara yang tidak boleh diperkecilkan.

Page 14: TAUFAN NARGIS