26
TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN

TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

  • Upload
    votu

  • View
    255

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

TATAKELAKUAN

DAN ETIKA PERNIAGAAN

Page 2: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

MESEJ DARIPADA NAIB PENGERUSI

EKSEKUTIF KITA

PENGENALAN

VISI KITA

MISI KITA

NILAI TERAS KITA

MENGENAI TATAKELAKUAN

APAKAH TATAKELAKUAN?

MENGAPA IA DIWUJUDKAN?

APAKAH YANG IA MELIPUTI?

SIAPAKAH YANG TERLIBAT?

APA AKAN BERLAKU SEKIRANYA IA

DILANGGAR?

BERSUARA

KEPATUHAN UNDANG-UNDANG

UNDANG-UNDANG ANTI-MONOPOLI

DAN UNDANG-UNDANG PERSAINGAN

UNDANG-UNDANG PERDAGANGAN

DOMESTIK DAN ANTARABANGSA

INTEGRITI KEWANGAN

MELINDUNGI ASET-ASET SYARIKAT

LAPORAN KEWANGAN

PENDEDAHAN UMUM

PELABURAN WANG HARAM

PERSEKITARAN TEMPAT KERJA

PELUANG-PELUANG SAMA-RATA

GANGGUAN DAN BULI

PENYALAHGUNAAN BAHAN

KESIHATAN, KESELAMATAN DAN

PERSEKITARAN

INFORMASI PENTADBIRAN

KERAHSIAAN

KEPERIBADIAN DAN

PERLINDUNGAN DATA

HARTA INTELEK

PENGURUSAN REKOD

KOMUNIKASI PERNIAGAAN

PENYATAAN UMUM

INTEGRITI PROFESIONAL

ANTI-RASUAH DAN KORUPSI

PENIPUAN

KONFLIK KEPENTINGAN

HADIAH DAN HIBURAN

PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN

URUSNIAGA DALAMAN

KEPATUHAN

AKIBAT SALAH-LAKU

MELAPORKAN PERBUATAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG DAN TIDAK BERETIKA

TIADA TINDAKAN BALAS

Page 3: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Rakan sekerja yang dikasihi,

Sejak 1994, Kumpulan Daya telah menjalankan visi

untuk membina sebuah syarikat Minyak dan Gas yang

berpangkalan di Malaysia dengan jangkauan global.

Kini kita merupakan pemain utama dalam industri

Minyak dan Gas serantau dengan operasi melangkaui

seluruh rantauan Asia Pasifik. Dengan fokus tumpuan

kita yang terus-menerus dalam menyampaikan produk-

produk dan perkhidmatan bertaraf dunia kepada

pelanggan-pelanggan kita, kita dikehendaki untuk

mengekalkan tahap kejujuran dan tingkah laku beretika

yang tertinggi. Untuk mencapai objektif tersebut,

Kumpulan Daya telah menghasilkan satu Tatakelakuan

dan Etika Perniagaan di mana ia meliputi kita semua

selaku pekerja-pekerja Kumpulan Daya.

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan kita amat penting

kepada cara kita menjalankan perniagaan dalam Kumpulan Daya. Ia mendefinisikan kita

dan dijadikan sebagai satu rujukan yang sama kepada semua pekerja dalam menangani

isu-isu yang sensitif dan kompleks.

Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai isu etika dan perundangan yang kebanyakan kita

menghadapi dalam urusan seharian. Ia merupakan tanggungjawab kita bersama untuk

membiasakan diri dengan Kod ini dan undang-undang serta polisi lain-lain yang berkenaan.

Kita semua bertanggungjawab atas tindakan dan tingkah laku kita. Kebolehan kita untuk

mecapai dan meneruskan keuntungan berkualiti dalam industri ini bergantung kepada

kepercayaan yang kita perolehi setiap hari daripada pelanggan-pelanggan, rakan-rakan

sekerja, komuniti serta pemegang-pemegang saham.

Anda memainkan peranan yang penting dalam mewakili organisasi kita semasa dalam dan

di luar kerja serta dalam meningkatkan reputasi kita di kalangan pelanggan dan warga

awam. Oleh itu, saya berharap agar setiap pekerja dapat menghayati kandungan ini

sepenuhnya. Dengan itu, kita boleh memastikan bahawa kita dapat membina sebuah

syarikat yang kita semua banggakan.

Nathan Tham Jooi Loon

Naib Pengerusi Eksekutif

Page 4: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Visi Kita

Kumpulan Daya teguh dalam membentukkan kita sebagai pembekal terpilih dalam

pasaran Minyak dan Gas antarabangsa serta domestik.

Misi Kita

Untuk menjadikan Kumpulan Daya sebagai salah satu daripada lima pembekal

servis Minyak dan Gas terbaik secara pemodalan pasaran dalam 2015.

Nilai Teras Kita

Kumpulan Daya mempercayai bahawa idea-idea dan usaha hari ini akan

membawakan perkembangan serta kejayaan di masa hadapan.

Nilai-nilai kejayaan kita merupakan “CARE” yang akan mengarahkan Kumpulan

Daya.

Komited (C)

•Kita komited terhadap tahap tingkah-laku dan amalan baik kita dalam meningkatkan kualiti servis kita dan membantu komuniti di mana kita berniaga.

Akauntabiliti (A)

•Kita bertanggungjawab secara bersendiri atas hasil kerja dan kerja dalam dan luar skop kepakaran kita untuk memastikan keputusan yang tepat dapat dibuat.

Keazaman (R)

•Kita membina matlamat yang sukar, memberikan tujuan dan hala, dan bertindak secara segera dalam pengecapaian visi kita, dan mencapai objektif-objektif kita.

Etika (E)

•Kita bertindak secara jujur, berintegriti, dan mengekalkan tahap etika semasa mengejar perkembangan dan keuntungan serta menyampaikan servis berkualiti kepada orang lain.

Page 5: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Apakah ia?

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan merupakan satu rangkaian tahap dan

peraturan asas yang memberikan panduan jelas kepada semua pekerja bagi

menghadapi situasi-situasi perniagaan harian yang spesifik.

Kod ini berfungsi sebagai titik rujukan yang terkandung dalam satu dokumen

untuk pekerja-pekerja yang kurang jelas tentang apa yang dijangkakan daripada

mereka semasa menghadapi risiko seluruh syarikat. Kandungan Kod ini

merumuskan syarat-syarat perundangan, kewangan dan polisi Kumpulan Daya.

Mengapa ia diwujudkan? Kod ini merupakan usaha kita untuk memasukan Nilai-nilai Teras Daya dalam

konteks harian dalam situasi perniagaan.

Kod ini tidak boleh merangkumi semua isu yang akan timbul, tetapi ia

menetapkan prinsip-prinsip asas dan polisi-polisi utama serta prosedur-prosedur

untuk membolehkan kita memahami tanggungjawab-tanggungjawab kita dalam

menjalankan perniagaan kita secara domestik serta antarabangsa, dengan

mengamalkan etika-etika perniagaan bertaraf tertinggi. Kod ini merupakan

sebahagian daripada usaha peningkatan Kumpulan Daya dalam tadbir urus

korporat yang efektif.

Kumpulan Daya percaya bahawa perniagaan kita mesti dijalankan secara

kepatuhan sepenuh segala undang-undang, peraturan-peraturan dan regulasi-

regulasi yang berkenaan.

Apakah yang ia meliputi?

Kod ini meliputi syarat-syarat kepatuhan umum yang dikehendaki daripada

warga pekerja Kumpulan Daya.

Kod ini tidak menyenaraikan setiap undang-undang, peraturan, polisi atau

prosedur yang akan melibatkan anda semasa perjalanan tugas-tugas dan

tanggungjawab-tanggungjawab yang berada dalam skop kerja anda. Anda

bertanggungjawab untuk mengetahui semua undang-undang, peraturan, polisi

dan prosedur, termasuk Polisi Kumpulan Daya yang lain yang melibatkan anda.

Anda dikehendaki untuk membuat pertimbangan yang baik dan bijak dengan

integriti.

Page 6: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Siapakah yang terlibat?

Semua pekerja, pegawai-pegawai,

pengarah-pengarah (eksekutif dan bukan

eksekutif) dalam semua Anak Syarikat

Kumpulan Daya adalah dituntut untuk

memahami, mengikuti, mematuhi dan

mengamalkan peruntukan-peruntukan

Kod ini dan tahap-tahap yang ditetapkan

di bawah semasa menjalankan tugas-

tugas serta peranan masing-masing.

Dalam situasi-situasi yang bersesuaian,

Kod ini juga harus diberikan dan diikuti

oleh mana-mana ejen dan wakil-wakil,

termasuk perunding, kontraktor, sub-

kontraktor dan lain-lain yang menjalankan

kerja bagi Kumpulan Daya dan

mewakilinya.

Syarikat-syarikat usahasama, di mana Anak Syarikat Kumpulan Daya

merupakan penguasa kepada pengusahasama dan syarikat-syarikat

berkaitan, juga harus mematuhi Kod tersebut.

Syarikat-syarikat usahasama, di mana Anak Syarikat Kumpulan Daya bukan

penguasa kepada pengusahasama dan syarikat-syarikat yang berkaitan,

adalah digalakkan untuk mematuhi Kod ini atau prinsip-prinsip dan tahap-tahap

yang serupa dengannya.

Apakah akan berlaku sekiranya ia dilanggar?

Pelanggaran Kod ini atau mana-mana undang-undang atau regulasi-regulasi

yang berkenaan boleh membawakan kesan-kesan yang serius kepada pekerja-

pekerja yang terlibat. Tindakan disiplin dalaman boleh diambil dan ia boleh

mengakibatkan penamatan perkhidmatan.

Rujukan kepada pihak-pihak penguatkuasa yang sesuai dan pendakwaan

jenayah boleh berlaku sekiranya pelanggaran Kod tersebut melibatkan tindakan

jenayah.

Melibatkan warga-

warga yang berikut:

Perkerja-pekerja

Pegawai-pegawai

Pengarah-

pengarah(eksekutif

dan bukan eksekutif)

Ejen-ejen

Wakil-wakil

Perunding-perunding

Kontraktor-

kontraktor

Sub-kontraktor

Page 7: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Bersuara

Sekiranya anda menghadapi

dilema etika, anda

bertanggungjawab untuk

mengambil tindakan.

Sekiranya anda mempercayai

bahawa sebahagian daripada Kod

ini atau mana-mana Polisi atau

Prosedur Kumpulan Daya telah

atau sedang atau disyaki bahawa

pelanggaran telah berlaku, ia

adalah tugas anda untuk

menyuarakan isu sedemikian

kepada orang yang sesuai. Anda

boleh memberitahu kepada

pegawai atasan yang anda

melaporkan diri, Ketua Jabatan,

Ketua Unit Operasi, Sumber

Manusia atau pihak undang-

undang.

Semua laporan akan

dipertimbangkan secara serius dan

akan disiasat dengan mengikuti

polisi-polisi dan prosedur-prosedur

Kumpulan Daya.

Laporan-laporan atau isu-isu yang

dibangkitkan akan kekal tanpa nama.

Anda tidak akan dikenakan tindakan

disiplin dalaman atau dihukum atas

pembangkitan isu-isu tersebut.

.

Bersuara. Adalah tugas

anda untuk melapor pada

bila-bila masa apabila anda

menyedari bahawa

pelanggaran telah berlaku.

Tiada tindakan balas.

Anda boleh melapor tanpa

nama dan dilindungi

daripada tindakan

sekiranya anda

menyuarakannya

berdasarkan niat yang baik.

Bersuara tidak

mengancamkan Kumpulan

Daya. Melaporkanisu-isu

akan mengekalkan

kekuatansyarikat kita

kerana ia membolehkan kita

menilai isu-isu tersebut

dengan segera dan

menyelesaikan masalah-

masalah secepat mungkin.

Page 8: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Anti-Monopoli dan Undang-undang Persaingan Anti-monopoli dan undang-undang

persaingan meliputi semua aspek

perniagaan di seluruh dunia. Undang-

undang ini meliputi Kumpulan Daya, serta

pesaing-pesaing, pembekal-pembekal dan

pelanggan-pelanggan Kumpulan Daya.

Adalah penting bagi anda untuk

membiasakan diri dengannya dan

memastikan ia tidak dilanggarkan.

Undang-undang anti-monopoli melarang

aktiviti-aktiviti yang meletakkan sekatan ke

atas perdagangan.

Undang-undang persaingan melarang

aktiviti-aktiviti yang meletakkan sekatan

atas persaingan yang saksama dan bebas.

Pelanggaran undang-undang tersebut boleh

mengakibatkan penalti kewangan yang

berat dikenakan ke atas syarikat-syarikat

dan hukuman penjara dikenakan ke atas

individu-individu.

Contoh-contoh aktivit

anti-monopoli yang biasa

wujud:

Persetujuan-

persetujuan dengan

pesaing untuk tidak

bersaing dalam

kawasan-kawasan

tertentu atau dengan

pelanggan-pelanggan

tertentu.

Berkongsi informasi

harga dengan pesaing-

pesaing untuk

menetapkan atau

meningkatkan harga

Pakatan dengan

pesaing-pesaing untuk

tidak bersaing dalam

tawaran tertentu

Berbincang dengan

wakil jualan untuk

menetapkan harga

jualan nilai semula

produk tertentu

Page 9: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Undang-undang perdagangan domestik dan

antarabangsa

Sekiranya anda berperanan dalam perdagangan antarabangsa bagi Kumpulan

Daya, anda mesti mengetahui tentang individu-individu, organisasi-organisasi atau

negara-negara yang diletakkan di bawah sekatan ekonomi di bawah undang-

undang berkenaan. Anda tidak boleh berbincang atau memasuki sebarang

perjanjian atau persefahaman dengan pesaing mengenai penetapan harga produk,

menyebelahi atau menangguhkan perdagangan dengan pelanggan atau penjual

tertentu, atau mana-mana aktiviti lain yang mempunyai implikasi anti-monopoli atau

anti-pesaingan.

Anda juga mesti mengetahui undang-undang pengawalan import atau eksport dan

sekatan yang akan menjejaskan perniagaan yang dijalankan oleh anda bagi

Kumpulan Daya. Di mana berkaitan, anda mesti memastikan kepatuhan peraturan-

peraturan yang berhubung dengan pembayaran duti, cukai, levi dan impos. Jika

anda mempunyai sebarang keraguan, sila mendapatkan nasihat daripada pihak

undang-undang.

Sebarang pertanyaan mengenai perdagangan atau undang-undang persaingan

atau penjejasan cara anda atau Kumpulan Daya menjalankan perniagaan harus

dilaporkan. Kegagalan untuk memerhatikan sekatan-sekatan sedemikian akan

mengakibatan penangguhan dalam operasi dan tindakan undang-undang seperti

denda dan hukuman penjara. Undang-undang dan regulasi-regulasi perdagangan

dalam Malaysia, United States, United Kingdom dan tempat-tempat lain di seluruh

dunia adalah digunakan untuk menggalakkan persaingan beretika dalam pasaran

dan mengehadkan aktiviti-aktiviti yang menyekat perdagangan.

Page 10: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Melindungi Aset-aset Syarikat

Anda bertanggungjawab untuk memastikan

anda melindungi dan menggunakan aset-

aset Kumpulan Daya yang diamanahkan

kepada anda dalam skop pekerjaan anda

untuk tujuan perniagaan sahaja.

Anda mesti memastikan bahawa aset-aset

Kumpulan Daya adalah digunakan dengan

cara yang bersesuaian dan dilindung

daripada kehilangan, kerosakan, kecurian,

salah guna, penggelapan atau pembaziran.

Sebuah akaun dan rekod yang tepat,

termasuk dokumentasi berkaitan yang

berkenaan dengan perbelanjaan oleh

pekerja-pekerja atas perwakilan Kumpulan

Daya, mesti disediakan tepat pada masanya

untuk memastikan kepatuhan undang-

undang , serta syarat-syarat kewangan,

perundangan, dan laporan Kumpulan Daya.

Sebarang penggambaran yang salah atau

pemalsuan rekod-rekod boleh dianggapkan

sebagai penipuan dan mengakibatkan

liabiliti jenayah dan sivil dikenakan di atas

pekerja secara individu dan Kumpulan Daya.

Adalah tanggungjawab anda untuk

memastikan semua rekod dan dokumen

perniagaan adalah benar dan tepat.

Anda tidak boleh menggunakan sistem-sistem komunikasi elektronik Kumpulan

Daya untuk membuat salinan fail-fail elektronik tanpa kebenaran, memuat turun

bahan yang memusnahkan atau ofensif, menerbit atau menerima informasi sulit

dan informasi hak milik kepada atau daripada pihak-pihak ketiga atau pekerja-

pekerja yang tanpa kebenaran, atau menerbitkan informasi yang berunsurkan

diskriminasi atau paksaan.

Anda dikehendaki untuk menghormati aset-aset fizikal dan intelek orang lain. Anda

tidak boleh secara sengaja mencuba atau melakukan kerosakan, mengubah,

mengusik, memusnahkan atau menggelapkan aset-aset fisikal atau intelek orang

lain.

Aset-aset Kumpulan Daya

merangkumi barang-barang

seperti:

Bangunan, alat-peralatan,

perkakas, perabot dan

bekalan

Wang tunai, instrumen,

pelaburan, informasi akaun

dan kewangan yang boleh

dirunding

Data komputer, teknologi,

perkakasan, perisian,

informasi dan rekod-rekod

Sistem perhubungan

elektronik Kumpulan Daya

Senarai pelanggan, kaji

selidik dan informasi

pemegang polisi dan

pemegang akaun

Dokumentasi, manual dan

laporan

Plan perniagaan, informasi

produk dan harga

Page 11: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Laporan Kewangan

Anda dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran bagi setiap transaksi sebelum

transaksi tersebut dimuktamadkan dan anda mesti memastikan semua akaun,

penyata kewangan, informasi dan dokumentasi semua transaksi memberikan rekod

yang benar dan tepat dan selaras dengan Polisi-polisi Kumpulan Daya yang

berkaitan.

Perlaksanaan semua transaksi untuk dan sebagai wakil kepada Kumpulan Daya

mesti selaras dengan kebenaran daripada pihak pengurusan dan bentuk kebenaran

yang berkaitan. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk melaporkan tepat pada

masa atas mana-mana penyelewengan yang berkaitan dengan audit, akaun atau

pengawalan dalaman.

Pekerja-pekerja yang bertanggungjawab atas laporan akaun atau kewangan mesti

memastikan semua buku, rekod, atau penyertaan akaun adalah saksama dan

mencerminkan kedudukan kewangan Anak Syarikat yang berkaitan kepada

Kumpulan Daya, dengan menggunakan prinsip-prinsip akaun yang diterima secara

umum dan kriteria lain yang ditetapkan oleh undang-undang.

Sebarang perbuatan yang berikut mesti dilaporkan dengan segera:

Pelanggaran polisi-polisi dan prosedur syarikat, atau sebarang polisi atau prosedur

syarikat yang lain yang diwujudkan untuk memastikan kelengkapan, kesaksamaan,

ketepatan masa dan pendedahan informasi kompeni yang mudah faham seperti yang

dikehendaki oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atau sebarang undang-

undang, peraturan atau regulasi kerajaan yang berkuatkuasa.

Kegagalan untuk mendedahkan mana-mana dan semua informasi yang berkaitan

dengan perniagaan, operasi, atau kedudukan kewangan syarikat yang perlu dilaporkan

atau didedahkan untuk MOF atau selaras dengan mana-mana undang-undang,

peraturan, regulasi kerajaan berkuatkuasa yang lain, secara menyeluruh, saksama,

tepat, mudah faham dan tepat pada masa, kepada individu yang bersesuaian dalam

syarikat.

Salah penggambaran, penyembunyian, pemalsuan, atau pemusnahan sebarang

dokumen atau informasi lain yang berkaitan kepada perniagaan, operasi atau

kedudukan kewangan kompeni yang perlu dilaporkan atau didedahkan, atau digunakan

untuk menyediakan dokumen-dokumen yang perlu dilaporkan atau didedahkan kepada

MOF atau selaras dengan sebarang undang-undang, peraturan atau regulasi kerajaan

lain yang berkuatkuasa.

Mana-mana aktiviti atau perbuatan yang boleh menyebabkan seseorang individu,

syarikat atau mana-mana pegawai atau pengarah untuk melanggarkan sebarang

undang-undang, peraturan atau regulasi kerajaan yang berkuatkuasa.

Page 12: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Pendedahan Umum

Oleh kerana Kumpulan Daya adalah syarikat yang tersenarai dalam Bursa

Malaysia Berhad, kita bertanggungjawab kepada pelabur di segi pendedahan

informasi yang berkaitan yang boleh menjejaskan keputusan-keputusan pasaran.

Kita mesti mematuhi semua undang-undang yang berkaitan dan syarat-syarat

Bursa Malaysia yang berkenaan dengan pendedahan informasi.

Kegagalan untuk mendedahkan bahan informasi atau acara-acara atau

pendedahan informasi yang tidak tepat boleh menjejaskan harga saham sekuriti

Daya dan boleh dijadikan sebagai satu kesalahan peraturan.

Sekiranya diperlukan untuk membantu dalam membuat pendedahan, anda mesti

memastikan semua informasi adalah tepat, betul dan lengkap. Pekerja-pekerja

mesti berwaspada untuk tidak mendedahkan informasi kecuali dibenarkan untuk

membuat demikian.

Page 13: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Pelaburan Wang Haram

Undang-undang, prosedur dan peruntukan-

peruntukan anti pelaburan wang haram adalah

digunakan untuk mencegah perniagaan daripada

digunakan untuk tujuan jenayah. Ia juga

membantu dalam mengesan dan mendapatkan

unsur jenayah.

Adalah tugas anda untuk bertanya mengenai asal

usul semua wang dan harta yang dibeli atau

diterima melalui sebarang transaksi yang

dijalankan untuk dan secara wakil bagi Kumpulan

Daya dan yang melibatkan diri anda.

Adalah tugas anda juga untuk mengenal pasti dan lapor kepada orang dalaman

yang sesuai atas mana-mana transaksi atau aktiviti yang disyaki melibatkan

pelaburan wang haram. Jangan sesekali bercuba untuk menyiasat kes pelaburan

wang haram secara sendiri.

Anda tidak sepatutnya memberikan nasihat atau bantuan yang lain kepada

individu-individu yang ingin melanggar atau mengelakkan undang-undang,

peraturan, dan regulasi pelaburan wang haram.

Contoh-contoh transaksi yang

mencurigakan:

Pertukaran wang tunai kepada mata wang

lain secara kerap tanpa Kebenaran Kawalan

Pertukaran.

Peningkatan ketara dalam deposit tunai oleh

seseorang individu atau syarikat dan

pengeluaran berturut-turut dalam jangka

masa pendek tanpa sebab ketara.

Jumlah deposit wang tunai yang besar dan

luar biasa oleh individu-individu atau sebuah

syarikat di mana aktiviti-aktiviti syarikat

biasanya dijana dengan instrumen-

instrumen yang boleh dirunding.

Pelanggan-pelanggan yang sentiasa

deposit tunai jika diminta untuk bayar secara

transfer kewangan atau instrumen-

instrumen yang boleh dirunding

Apakah Pelaburan

Wang Haram?

Sebuah instilah untuk

menghuraikan proses

menyembunyikan asal

usul wang atau aset-

aset yang diperolehi

dengan cara-cara

menlanggarkan

undang-undang atau

dengan aktiviti-aktiviti

jenayah.

Page 14: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Kumpulan Daya komited untuk memberikan peluang-peluang sama-rata kepada

semua pemohon-pemohon pekerjaan dan pekerja-pekerja. Kita tidak

membenarkan sebarang diskiriminasi pekerjaan yang melanggarkan undang-

undang dan kita komited untuk mematuhi semua undang-undang, polisi dan

prosedur pekerjaan yang sah serta polisi-polisi Sumber Manusia dalaman, dalam

semua aspek pekerjaan. Kita memastikan semua perkara-perkara yang berkaitan

dengan pekerjaan dan keputusan adalah ditetapkan berdasarkan pertimbangan

perniagaan, merit dan unsur-unsur lain yang berkaitan dengan pekerjaan.

Adalah tanggungjawab anda untuk menunjukkan hormat terhadap rakan sekerja

serta pihak-pihak luar semasa menjalankan perniagaan untuk dan atas pewakilan

untuk Kumpulan Daya. Anda mesti memastikan bahawa anda memahami adat-

adat dan budaya-budaya tempatan yang berkaitan yang boleh menjejaskan

perkara-perkara yang berhubung dengan pekerjaan dan keputusan perniagaan.

Laporan mengenai sebarang pertikaian yang berkenaan dengan peluang-peluang

sama-rata akan dikekalkan sebagai sulit dan anda tidak akan dihukum atau diambil

tindakan disiplin kerana membuat demikian.

Adalah penting bahawa kita perlu mewujudkan dan mengamalkan satu tempat

kerja yang positif dan bebas daripada semua jenis gangguan. Kita berhak untuk

mendapatkan satu tempat kerja yang bebas gangguan tanpa mengira perbezaan

kita dalam latar belakang, pengalaman atau budaya.

Gangguan merupakan sebarang perbuatan secara lisan, fizikal atau visual yang

menjadikan persekitaran kerja tempat yang bermusuhan atau ofensif atau secara

tidak wajarnya mengganggu keupayaan orang lain untuk menjalankan kerjanya.

Sebarang gangguan yang dilakukan oleh pekerja boleh mengakibatkan liabiliti

undang-undang dikenakan kepada Kumpulan Daya.

Sebarang aksi-aksi atau ancaman-ancaman terhadap orang lain atau harta milik

syarikat harus dilaporkan dengan segera. Aksi-aksi atau ancaman-ancaman yang

dilakukan oleh pekerja terhadap kehidupan, kesejahteraan, harta milik atau

keluarga kepada pekerja lain tidak akan dibenarkan oleh Kumpulan Daya. Kita

komited untuk mewujudkan satu persekitaran di mana semua orang berasa

selamat dan dilayan dengan sopan dan profesional pada bila-bila masa.

Page 15: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Anda patut melayan semua rakan sekerja, pekerja-pekerja, staf kontrak, pembekal,

ejen, pelanggan, pelawat dan mana-mana pihak ketiga yang lain dengan sopan

dan hormat. Anda mesti melaporkan sebarang perbuatan gangguan kepada

pegawai atasan yang anda laporkan diri, Jabatan Sumber Manusia dan pihak

perundangan.

Kumpulan Daya melarang penyalahgunaan ubat-ubatan atau bahan-bahan lain

yang sah, penggunaan ubat-ubatan tidak sah dan penyalahgunaan alkohol

mengikuti undang-undang, peraturan dan regulasi yang berkuatkuasa.

Kita komited untuk mengamalkan tempat kerja yang bebas daripada

penyalahgunaan bahan. Penghasilan, pengagihan, dispensasi, pemilikan atau

penggunaan bahan bawah kawalan yang tidak sah di sisi undang-undang adalah

dilarang sekaligus di mana-mana kemudahan-kemudahan dan premis-premis

Kumpulan Daya atau semasa menjalankan perniagaan untuk atau sebagai

pewakilan untuk syarikat.

Selain penggunaan alkohol secara sederhana dan bertanggungjawab semasa

menghadiri acara yang ditaja oleh Kumpulan Daya atau semasa menghadiri

keraian hiburan yang berkaitan dengan perniagaan, pekerja-pekerja tidak

dibenarkan untuk membeli, mengguna, memiliki, menjual atau mengagih alkohol

semasa menjalankan perniagaan bagi Kumpulan Daya. Di mana penggunaan

alkohol adalah dibenarkan, anda mesti mengamalkan daya pertimbangan yang

wajar dan mesti tidak minum secara berlebihan atau mengambil apa-apa tindakan

lain yang akan membahayakan diri sendiri atau orang lain.

Anda dikehendaki untuk menunjukkan tahap tingkah laku yang professional

semasa menjalankan tugas kerja pada bila-bila masa. Anda tidak boleh melapor

diri untuk kerja atau kekal bertugas sekiranya anda berada di bawah pengaruh atau

gangguan sebarang ubat-ubatan, alkohol atau bahan berkawal yang lain.

Sebagai seorang pekerja, anda dikehendaki untuk mendapatkan bantuan dan

rawatan pemulihan. Jika anda berasa risau kerana seseorang rakan sekerja yang

menyalahgunakan bahan berkawal semasa bekerja dan boleh membahayakan

keselamatan anda sendiri dan orang-orang lain dalam risiko, adalah merupakan

tugas anda untuk melapor kepada pegawai atasan yang anda laporkan diri atau

Jabatan Sumber Manusia. Semua laporan akan dikekalkan sulit.

Page 16: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Kita komited untuk memberikan sebuah persekitaran kerja yang selamat

kepada semua pekerja. Anda memainkan sebuah peranan yang penting untuk

membantu kami memenuhi komitmen ini. Adalah tugas anda untuk mematuhi

segala undang-undang, peraturan dan prosedur yang berkenaan serta

memerhatikan semua sistem pengurusan HSE di tempat kerja anda.

Kontraktor-kontraktor, ejen-ejen, wakil-wakil dan pihak-pihak lain yang bekerja

bagi Kumpulan Daya mesti juga mematuhi sistem-sistem pengurusan HSE

tersebut.

Anda patut membiasakan diri dan mengikuti semua garis panduan keselamatan

dan melaporkan mana-mana situasi yang membahayakan atau berlakunya

kemalangan. Kami berharap agar anda akan berhati-hati terhadap

keselamatan orang lain dan melaporkan kecederaan, kejadian, amalan atau

situasi yang tidak selamat, atau tingkah laku yang anda mempercaya akan

mengancam atau membahayakan anda atau orang lain.

Semua kemudahan yang dimiliki dan dioperasi oleh Kumpulan Daya mesti

mempunyai permit-permit yang berkenaan dan diperlukan, kebenaran-

kebenaran dan mengamalkan sistem-sistem pengurusan HSE.

Page 17: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Melindungi kerahsiaan informasi

sedemikian adalah penting kepada

reputasi bagi Kumpulan Daya.

Sekiranya informasi sulit adalah

diperlukan untuk didedahkan

mengikuti undang-undang, ia harus

didedahkan dengan kebenaran yang

sewajarnya. Kita patut hormati hak-

hak mutlak klien-klien dan pelanggan-

pelanggan atas kerahsiaan, kecuali

kebenaran nyata yang jelas diberikan

oleh klien atau pelanggan atau seperti

diperlukan oleh undang-undang.

Adalah tugas anda, semasa dan

selepas pekerjaan anda dengan

Kumpulan Daya untuk mengekalkan

kerahsiaan informasi sebegini kecuali

diberi kebenaran untuk mendedahkan

informasi sulit sedemikian.

Kerahsiaan

Contoh-contoh apakah

informasi sulit:

Dokumen-dokumen dan rekod-

rekod teknikal, kewangan,

perniagaan, perundangan,

kontrak, dan kakitangan yang

dimilik oleh Kumpulan Daya

Komunikasi perniagaan seperti

emel, surat, laporan dan

persetujuan

Perisian komputer, fail-fail dan

proses-proses milik kompeni

Senarai pelanggan dan

pembekal

Proses-proses pnghasilan

Rahsia-rahsia perdagangan

Page 18: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Keperibadian dan Perlindungan

Semasa menjalankan perniagaan, kita boleh

mengumpul, memakai atau mempunyai akses

kepada data yang dapat dikenalpasti secara

peribadi dan informasi yang dimiliki atau

berhubungkait dengan pelanggan-pelanggan,

pekerja-pekerja atau vendor-vendor pihak ketiga

kita. Sebagai seorang pekerja, anda mempunyai

hak untuk privasi data peribadi anda. Kita

komited untuk menghormati privasi data dan

informasi sedemikian dengan cara mengakses

dan berkongsi informasi dan data tersebut untuk

tujuan perniagaan yang sah sahaja, serta

dengan kebenaran yang bersesuaian dan

kaedah-kaedah sah dalam undang-undang.

Data peribadi harus dilindungi oleh pelindung-pelindung terhadap risiko

yang munasabah seperti kehilangan, kemusnahan, akses tanpa

kebenaran, atau penggunaan tanpa kebenaran, pengubahsuaian atau

pendedahan.

Harta Intelek Sebagai seorang pekerja

Kumpulan Daya, anda mesti

memastikan bahawa Harta Intelek

Kumpulan Daya ditangani secara

berhati-hati semasa mencipta,

melindung, mengurus dan

menggunakannya. Semua pekerja-

pekerja Kumpulan Daya, serta

ejen-ejen, perunding-perunding,

sub-kontraktor-sub-kontraktor,

wakil-wakil dan staf kontrak bukan

sahaja perlu berprihatin dalam

melindungi hak-hak harta intelek

milik Kumpulan Daya, malah

perlu juga menghormati hak-hak

harta intelek orang lain.

Contoh-contoh hakmilik intelek

termasuk:

Nama-nama yang dapat

dikenalpasti

Hak-hak paten

Hak-hak cipta

Cap-cap dagangan dan

tanda-tanda perkhidmatan

Logo-logo

Pengetahuan sulit

Hak-hak reka

Grafik dan Imej

Nama domain

Perisian

Bahan-bahan berhakcipta

yang lain yang di bawah

sebuah perjanjian yang

berkaitan dengan harta

intelek

Page 19: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

I

Adalah salahlaku mengikuti polisi kita untuk mengguna, menyalin,

mempamer, eksploit atau mengagihkan dokumentasi atau harta milik pihak

ketiga yang berhakcipta, atau bahan-bahan lain yang mempunyai paten atau

tanda dagangan tanpa kebenaran dan kebenaran pendahuluan oleh pihak

ketiga tersebut.

Pelanggaran hak harta intelek milik pihak ketiga atau pengabaian terhadap

mana-mana kewajipan kerahsiaan boleh mengakibat liabiliti perundangan

dikenakan di atas pekerja secara individu dan Kumpulan Daya.

Page 20: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Pengurusan Rekod

Semua rekod yang dicipta semasa perniagaan harian adalah dianggap

sebagai aset-aset syarikat yang penting dan mesti diuruskan dengan cara

bersesuaian supaya mematuhi undang-undang, regulasi-regulasi yang

berkuatkuasa, dan polisi-polisi dan syarat-syarat dalaman.

Rekod-rekod sedemikian termasuk emel dan mesej-mesej mel suara,

polisi-polisi dan prosedur-prosedur syarikat, minit mesyuarat, akaun-akaun

kewangan dan informasi produk.

Adalah tanggungjawab anda untuk mengurus rekod-rekod dan informasi

tersebut dengan baik untuk mengelakkan akses tanpa kebenaran. Pihak-

pihak yang bertindak mewakili Kumpulan Daya mesti memastikan rekod-

rekod diurus dengan baik juga.

Komunikasi Perniagaan

Semua komunikasi oleh seorang pekerja atau seseorang yang bertindak

bagi Kumpulan Daya adalah refleksi Kumpulan Daya serta reputasinya.

Anda harus memastikan sebarang komunikasi luaran dan dalaman semasa

penjalanan tugas anda adalah lengkap, saksama, tepat, menepati masa

dan dapat difahami. Anda juga mesti mengelak daripada perbuatan tokok

tambah, perkataan-perkataan menghina, spekulasi atau pencirian yang

tidak sesuai terhadap orang dan syarikat-syarikat. Anda juga mesti sensitif

terhadap bagaimana komunikasi secara menulis dan lisan yang boleh

ditafsirkan oleh orang lain.

Pastikan semua kebenaran yang berkenaan telah didapati sebelum

melepaskan informasi tertentu dan pastikan anda tidak dihadkan untuk

berkongsikan informasi tersebut.

Pernyataan Umum Anda tidak boleh membuat atau mengedarkan penyata-penyata umum atas keputusan, polisi, prosedur dan aktiviti seharian Kumpulan Daya secara lisan atau tulisan ataupun dalam sebarang format, kecuali anda dibenarkan atau dilantik untuk berbuat demikian atas pewakilan Kumpulan Daya. Penyata-penyata umum termasuk penyata-penyata yang dibuat bagi sidang akhbar atau media, majalah atau orang awam dalam sebarang ucapan dalam siaran media termasuk secara kaedah elektronik seperti emel, faks, mesej segera dan blog.

Page 21: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

.

Anti-rasuah dan Korupsi Kumpulan Daya melarang tawaran, pembayaran, kemudahan, permohonan atau penerimaan rasuah secara langsung dan tidak langsung oleh pekerja-pekerja, dalam apa-apa format. Polisi ini juga meliputi rakan-rakan niaga, ejen-ejen, subkontraktor, kontraktor, wakil-wakil, staf kontrak, pembekal dan syarikat-syarikat usahasama.

Kita sangat yakin dan mengambil

pendirian aktif bertentangan rasuah dan

korupsi dan mematuhi semua undang-

undang, peraturan dan regulasi

kebangsaan dan antarabangsa

berkenaan dengan pembayaran tidak

wajar yang dibuat kepada dan diterima

daripada pegawai-pegawai, individu-

individu atau kompeni-kompeni asing,

tempatan dan awam.

Sesiapa pekerja yang ditemui telah

menerima, menawar,

mempermudahkan, menerima atau

memberikan rasuah atau apa-apa

perbuatan korupsi yang lain, akan dan

mungkin dikenakan tindakan disiplin

dalaman dan mungkin dikenakan liabiliti

jenayah, tidak kira jangka masa servis

atau kedudukannya.

Apakah rasuah?

Rasuah adalah perbuatan memberi, mempermudahkan, menawarkan, mengambil atau menerima sebarang wang, pembayaran, hadiah, pinjaman, yuran atau ganjaran secara langsung atau tidak langsung, kepada atau daripada sesiapa untuk mempengaruhi mereka atau mendapatkan layanan yang menggalakkan sebagai pulangan.

Page 22: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Penipuan

Penipuan berlaku semasa seseorang

secara sengajanya menyalah nyata

informasi atau menyembunyikan fakta-

fakta bahan untuk tujuan menggalakkan

orang lain untuk bertindak atasnya untuk

kecederaan atau kerugian kewangannya.

Penipuan dapat dilakukan dengan

beberapa cara dan oleh beberapa orang

yang berlainan, termasuk pelanggan,

pekerja, ejen atau pihak ketiga yang lain.

Walaupun kebanyakan orang mempunyai

niat-niat yang jujur, adalah paling baik

sekiranya kita kekal berhati-hati dan bantu

mencegah penipuan dengan memahami

tanda-tanda biasa penipuan. Sebarang

penipuan yang dikesan atau disyaki mesti

dilaporkan dengan segera kepada

pasukan pengurusan termasuk Pengerusi

Jawatankuasa Audit, ahli-ahli EXCO,

Ketua Kumpulan Pegawai Kewangan,

Pengurus Audit Dalaman dan Ketua Anak-

anak Syarikat. Kegagalan untuk membuat

laporan mungkin mengakibatkan tindakan

disiplin dalaman.

Konflik Kepentingan

Konflik kepentingan berpotensi timbul apabila aktiviti-aktiviti peribadi, sosial,

kewangan atau politik, atau hubungan-hubungan perniagaan mengganggu dengan

objektiviti seseorang pekerja berkenaan dengan tugasannya.

Konflik-konflik sebenar, serta konflik-konflik berpotensi, mesti dielakkan atau

diisytiharkan dan diselesaikan. Berhati-hati dalam mempertimbangkan sama ada

wujudnya apa-apa konflik kepentingan sebenar atau ketara bagi diri sendiri.

Sekiranya anda mempercayai anda mempunyai konflik kepentingan, anda mesti

mendedahkannya.

Contoh-contoh penipuan:

Sebarang tindakan yang

tidak jujur atau menipu

Laporan perbelanjaan

pekerja yang dipalsukan

atau sengaja dibuat

kurang tepat

Pemalsuan atau

pindaan terhadap

sebarang dokumen atau

akaun yang dimiliki oleh

syarikat

Pencurian dana,

sekuriti, bekalan atau

aset-aset lain

Kesalahan dalam

menangani atau

melaporkan wang dalam

transaksi kewangan.

Page 23: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Hadiah dan Hiburan

Peraturan-peraturan mengenai bantuan, hadiah dan hiburan adalah sangat

penting. Kita ingin menggalakkan hubungan kerja yang berjaya dan muhibah,

tetapi kita mesti berhati-hati tidak menghasilkan situasi-situasi yang akan

membawakan konflik kepentingan, kesetiaan berbahagi, atau wujudnya cubaan

yang tidak wajar untuk mempengaruhi keputusan-keputusan perniagaan.

Kumpulan Daya bersetuju bahawa tawaran atau penerimaan hadiah secara

sederhana untuk sekali-sekala dan hospitaliti merupakan sebahagian daripada

membangunkan dan mengekalkan hubungan perniagaan yang baik. Anda

seharusnya menggunakan penilaian yang masuk akal semasa memutuskan apa

adalah munasabah.

Kita mahu memastikan bahawa perniagaan kita menang atau rugi berdasarkan

merit-merit daripada produk dan servis. Hubungan perniagaan kita mesti

berdasarkan sepenuhnya atas keputusan-keputusan perniagaan yang wajar,

urusan-urusan yang saksama serta undang-undang berkuatkuasa.

Laporkan sebarang resit atau tawaran hadiah atau hospitaliti dalam apa-apa

jumlah kepada pegawai atasan yang anda laporkan diri, dan mengambil

pertimbangan sebarang undang-undang, peraturan dan prosedur yang

berkenaan.

Pegawai-pegawai Kerajaan

Anda mesti prihatin bahawa tawaran yang kecil seperti membelikan makanan atau

minuman, memberikan hadiah atau membayar untuk hiburan kepada mana-mana

pegawai kerajaan atau pekerja kerajaan berkemungkinan adalah bertentangan

dengan undang-undang.

Setiap bidang kuasa di mana Kumpulan Daya menjalankan perniagaan

mempunyai undang-undang, sekatan-sekatan, regulasi-regulasi tertentu dan

syarat-syarat laporan mengenai aktiviti-aktiviti sedemikian, oleh itu, pastikan anda

biasakan diri dan mematuhi peraturan-peraturan tersebut.

Kumpulan Daya tidak membuat sebarang sumbangan politik atau terlibat dalam

aktiviti politik. Sekiranya seseorang pekerja berhasrat untuk mengambil bahagian

dalam aktiviti politik, ia mesti dilakukan dalam kapasiti peribadi di mana ia tidak

akan berkonfik dengan mana-mana tugasan atau tanggungjawab pekerjaan dan

memastikan bahawa ia tidak dilakukan atas pewakilan Kumpulan Daya tetapi

dalam kapasiti peribadi sendirinya. Anda mesti memaklumkan pegawai atasan

yang anda laporkan diri serta pasukan pengurusan sekiranya anda

mempertimbangkan atau telah menerima jawatan awam.

Page 24: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Urus Niaga Dalaman

Adalah merupakan sesebuah kesalahan

jenayah untuk mengurus dengan sekuriti

Kumpulan Daya dengan informasi dalaman.

Sekuriti-sekuriti termasuk saham, bon, hutang,

pilihan, pelaburan, masa hadapan, derivatif dan

nota di mana nilainya ditetapkan oleh harganya.

Adalah salah di sisi undang-undang untuk

menyebarkan informasi salah untuk tujuan

manipulasikan harga sekuriti-sekuriti yang

disenarai awam. Tiada sesiapa pekerja harus

menggunakan apa-apa informasi dalaman yang

didapati melalui pekerjaan dengan Kumpulan

Daya untuk keuntungan diri sendiri atau rakan

atau relatif atau syarikat lain atau individu lain

atau entiti lain. Ini termasuk membuat cadangan

untuk membeli sekuriti-sekuriti Kumpulan Daya

berdasarkan informasi dalaman.

Kumpulan Daya, pekerja-pekerja dan wakil-wakilnya adalah diperlukan untuk

mematuhi semua undang-undang, peraturan, dan regulasi yang berkenaan

dengan informasi dalaman. Kegagalan untuk mematuhi peraturan-peraturan

sedemikian akan mengakibatkan tindakan disiplin dalaman, liabiliti jenayah dan

denda untuk individu tersebut dan Kumpulan Daya.

Apakah informasi

dalaman?

Informasi yang tidak

diumumkan kepada

orang awam secara am

yang boleh

menjejaskan harga

pasaran sekuriti-

sekuriti Kumpulan

Daya atau

mempengaruhi

keputusan pelabur-

pelabur dalam

membeli, menjual atau

mengekalkan sekuriti-

sekuriti sedemikian.

Page 25: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

Pelanggaran mana-mana bahagian dalam Kod ini boleh mengakibatkan tindakan

disiplin dalaman dan sekiranya ditemui sebagai pelanggaran yang serius,

pekerjaan akan ditamatkan.

Jikalau pelanggaran melibatkan aktiviti jenayah, ia boleh mengakibatkan liabiliti

jenayah, termasuk hukuman penjara atas individu-individu dan denda-denda

dikenakan ke atas Kumpulan Daya.

Kumpulan Daya mengalu-alukan dan menggalakkan sesiapa yang melibat diri

dengan Kumpulan Daya untuk bersuara dan melaporkan apa-apa isu mengenai

perbuatan menyalahi undang-undang atau tingkah laku atau aktiviti yang tidak

beretika.

Sebarang pelanggaran yang disyaki atau pelanggaran sebenar Kod ini mesti

dilaporkan kepada pegawai atasan yang anda laporkan diri, Ketua Jabatan,

Ketua Unit Operasi, Sumber Manusia atau pihak perundangan dengan segera.

Tiada Tindakan Balas

Jika anda membuat laporan, ia akan ditangani secara sulit dan disiasat dengan

segera. Kita melindungi sesiapa yang memberikan laporan yang berniat baik

mengenai pelanggaran Kod.

Syarikat tidak akan mengambil tindakan balas terhadap anda kerana membuat

laporan atas niat baik mengenai sebuah amalan, aktiviti atau tingkah laku

perniagaan yang mencurigakan.

Kumpulan Daya tidak bertolak ansur terhadap sesiapa yang mengambil tindakan

balas ke atas mereka yang menyuarakan isu-isu dan akan mengambil tindakan

terhadap orang yang membuat demikian, melanggar kesulitan atau cuba

mengelak daripada apa-apa siasatan. JIka anda atau orang lain mengalami atau

telah mengalami tindakan balas, maklum kepada pegawai atasan yang anda

laporkan diri, Sumber Manusia atau pihak perundangan, di mana mereka dapat

membantu anda.

Akibat Salah-laku

Melaporkan Perbuatan Menyalahi Undang-undang dan Tidak Beretika

Page 26: TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN - …dayagroup.com.my/.../2014/07/DAYA-Code-of-Conduct-update-BM-25.… · berpangkalan di Malaysia dengan ... Kod ini meliputi secara luasnya pelbagai

Tatakelakuan dan Etika Perniagaan

TATAKELAKUAN DAN ETIKA PERNIAGAAN RESIT DAN PERAKUAN

Saya, ...................................................................................., No. Pekerja ......................... (jika berkenaan), memperakui bahawa saya dikehendaki membaca dan mematuhi Tatakelakuan dan Etika Perniagaan Kumpulan Daya (the “Code”) dan dengan itu mengesahkan resit untuk salinan Kod tersebut. Tandatangan: ....................................... Anak Syarikat : ……………………………………………….. Tarikh: ...............................................