58
2.0 KONSEP FRASA, KLAUSA DAN AYAT KONSEP Frasa Menurut Abdullah Hassan (2002) menyatakan bahawa frasa sebagai sekumpulan ayat. Asraf pula (1988) memerihal bahawa frasa boleh terdiri daripada hanya sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek atau predikat atau objek dan ada pula yang tidak boleh tidak terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), frasa ialah unit yang boleh berdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang- kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Merupakan binaan yang boleh terdiri daripada satu patah perkataan atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FS). 2

Tatabahasa Dewan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kerja kursus

Citation preview

2.0KONSEP FRASA, KLAUSA DAN AYATKONSEP

Frasa Menurut Abdullah Hassan (2002) menyatakan bahawa frasa sebagai sekumpulan ayat. Asraf pula (1988) memerihal bahawa frasa boleh terdiri daripada hanya sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek atau predikat atau objek dan ada pula yang tidak boleh tidak terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), frasa ialah unit yang boleh berdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang- kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

Merupakan binaan yang boleh terdiri daripada satu patah perkataan atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan.

Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.

Terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FS).

Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.- Frasa endosentrik mempunyai satu unsur inti yang menjadi wakil bagi frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya, frasa nama mempunyai kata nama sebagai unsur inti- Frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama iaitu tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasa.

Klausa Klausa ialah satu unit rangkaian kata yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat.

Dalam binaan ayat, klausa merupakan ayat yang membentuk ayat majmuk.

Terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.- Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri. Apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna, ia akan menjadi ayat yang lengkap.- Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat majmuk, ia dipancangkan ke dalam klausa utama.

Ayat Menurut Asmah Haji Omar (1993) berpendapat ayat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu. Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap.

Merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mempunyai makna yang lengkap.

Boleh terbentuk daripada satu patah kata atau susunan beberapa patah kata. Pengucapan dimulakan dengan kesenyapan, dan diakhiri dengan kesenyapan apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna.

Terbina daripada unsur-unsur frasa, klausa dan kata.

Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad tetapi dapat digolongkan kepada ayat dasar (ayat inti) dan ayat terbitan (ayat transformatif)

3.0 JENIS-JENIS FRASA DAN KLAUSA3.1 Jenis-jenis FrasaFrasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu:

Frasa Endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti . Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. Antara frasa endosentrik ialah frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Frasa Eksosentrik ialah frasa yang tidak mempunyai unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung kepada suatu unsur luaran. Frasa sendi nama merupakan jenis frasa eksosentrik.

3.1.1 Binaan Frasa NamaBinaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan atau perkataan yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya. Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Contohnya, dalam frasa nama bapa budak itu, intinya ialah bapa, sementara budak dan itu ialah penerang-penerang yang menerangkan bapa. Contoh-contoh bagi frasa nama mengandungi binaan inti + penerang adalah seperti berikut:Perbuatan makan suap akan menjejaskan ekonomi negara. Inti Penerang PredikatFN Subjek

Kelakuan baik selalu mendapat pujian. Inti Penerang Predikat FN Subjek Contoh- contoh frasa nama yang mengandungi binaan inti + inti adalah seperti berikut : Ibu bapa tidak perlu datang Inti Inti Predikat FN Subjek

Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti + penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan berikut :> Inti + penerang nama> Inti + penerang bukan nama

1) Inti + Penerang namaDalam binaan frasa nama jenis inti + penerang nama, semua konstituen terdiri daripada kata nama; intinya terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga kata nama. Kata nama yang mengisi unsur penerang ialah:a) Penerang nama keturunan.b) Penerang nama jenis.c) Penerang nama penyambut.d) Penerang nama kegunaan.e) Penerang nama kelamin.f) Penerang nama tempat.g) Penerang nama arah.h) Penerang nama anggota badan.i) Penerang nama tenaga penggerak.j) Penerang nama hal atau perkara.k) Penerang nama milik.l) Penerang nama khas.m) Penerang nama panggilan atau gelaran.Penerang-penerang nama di atas sebenarnya memberikan keterangan lanjut tentang aspek-aspek tertentu pada inti kata nama.

a) Inti + Penerang kata nama keturunan Frasa nama Orang Melayu Inti Suku bangsa Kadazan Penerang Nama Keturunan

b) Inti + Penerang nama jenis Frasa nama Harimau bintang Inti Gelang emas Penerang Nama Jenisc) Inti + Penerang nama penyambut Frasa nama Penyendal pintu Inti Pemandu teksi Penerang Nama Penyambut(Alat atau pelaku) Pengarang cerpen d) Inti + penerang nama gunaan Frasa nama Alat pemadam Inti batu penanda Penerang Nama Gunaan Kayu pemukul

e) Inti + penerang nama kelamin Frasa nama Orang lelaki Inti Ayam jantan Penerang Nama Kelamin Anak perempuan

f) Inti + penerang nama tempat Frasa nama Penduduk bandar Inti Cina Melaka Penerang Nama Tempat

g) Inti + penerang nama arah Frasa nama Tingkat atas Inti pintu hadapan Penerang Nama Arah Bangunan balakangh) Inti + penerang nama anggota badan Frasa nama Rantai leher Inti Sarung kaki Penerang Nama Anggota Kepala lutut Badani) Inti + penerang nama tenaga penggerak Frasa nama Kapal api Inti Mesin kaki Penerang Nama Tenaga Perahu galah Penggerakj) Inti + penerang nama perihal atau perkara Frasa nama Garis permulaan Inti surat perjanjian Penerang Perihalk) Inti + penerang nama milik Frasa nama pekerjaan mereka Inti Bumbung sekolah Penerang Nama Milik Kawasan Jerman

l) Inti + penerang nama khas Frasa nama Teluk Siam Inti Kerajaan Malaysia Penerang Nama Khas Gunung Jerai

m) Inti + penerang nama panggilan atau gelaran Frasa nama Haji Othman Inti YB Senator Fatimah Penerang Nama Panggilan Sang Arnab atau Gelaran

2) Inti + Penerang Bukan Namafrasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama, iaitu:a) Inti + penerang penentuPenerang penentu ialah unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama dan kedudukannya yang boleh di hadapan atau di belakang inti. Ada dua golongan penerang penentu kata nama, iaitu : Penentu hadapan Penentu belakangPenentu hadapanPenentu hadapan ialah unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan, seperti yang terdapat dalam contoh berikut: Frasa Nama Penentu hadapan Inti Beberapa pucuk senapang Bilangan Penjodoh bilangan Namun, kata abstrak tidak boleh menerima penjodoh bilangan, misalnya *sebuah keberanian. Demikian juga, beberapa kata bilangan jenis tak tentu, misalnya semua, segala, sedikit, dan selainnya tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan, umpamanya *semua batang sungai, *segala orang manusia, dan *sedikit helai kertas. Penentu belakangPenentu belakang ialah unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata penentu itu dan ini, seperti yang terdapat dalam contoh berikut: Frasa Nama Inti Penentu belakang Pemenang Bangunan itu inib) Penerang kata kerja atau akar kata kerjaPenerang kata kerja atau akar kerja umumnya menerangkan perlakuan kepada inti. Contohnya tempat menari; menari ialah perlakuan yang berkaitan dengan tempat itu. Contoh lain adalah seperti berikut: Frasa Nama Inti Penerang kata kerja Majlis Meja bahas tulisc) Penerang kata adjektifPenerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti. Contohnya : Frasa Nama Inti Penerang Kata Adjektif Rumah Sekolah haram rendahd) Penerang kata adverbaPenerang kata adverba ialah unsur yang menerangkan cara atau masa bagi kata nama inti. Contohnya : Frasa Nama Inti Penerang Kata Adverba lawatan jawapan julung kali sekali gus e) Penerang frasa sendi nama Penerang frasa sendi nama ialah unsur-unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung antaranya makna tempat, waktu, bahan asal, dan matlamat.Contohnya adalah seperti berikut ; Frasa Nama Inti Penerang frasa sendi nama hadiah untuk abang Sendi nama Nama f) Penerang bilangan ordinalPenerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan , misalnya pertama, kedua, kesepuluh, keseratus dan sebagainya. Unsur-unsur demikian hadir sesudah inti. Contohnya adalah seperti berikut Frasa Nama Inti Penerang Bilangan Ordinal lawatan cucu ketiga kesebelas 3) Binaan Frasa Nama : Inti + IntiBinaan frasa nama inti + inti tidak mempunyai unsur penerang, kerana makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Oleh itu, binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang. Terdapat dua golongan frasa nama dari jenis inti + inti, iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh perkataan-perkataan :a) Inti + inti dengan maksud sama ertib) Inti + inti dengan maksud lawan ertiInti + inti dengan maksud sama ertiPerkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama demikian membawa sama erti, iaitu merupakan semacam ulangan. Contohnya ; Frasa Nama Inti Inti tubuh hutan badan rimba inti + inti dengan maksud lawan ertiPerkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis ini membawa makna yang berlawanan .Contohnya adalah seperti berikut : Frasa Nama Inti Inti jantan saudara betina saudari

3.1.2 Binaann Frasa KerjaBinaan Frasa Kerja Tanpa ObjekFrasa kerja yang tidak mempunyai frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif, dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif. 0ika sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka itu bererti kata kerja dalam ayat tersebut bukan kata kerja transitif. Oleh itu, tidak berobjek. Terdapat tiga jenis kata kerja tak transitif, iaitu: Kata kerja tak transitif yang tidak menerima unsur pelengkap. Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap sesudahnya. Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.Kata Kerja Tak Transitif Tanpa PelengkapKata kerja tak transitif jenis ini adalah kata kerja yang tidak memerlukan perkataan lain berlaku selepasnya bagi melengkapkannya. Kata kerja ini dapat berdiri dengan sendiri tanpa ada perkataan lain melengkapkan maknanya. Contohnya:1. Siti Salina pulang.2. Dia tidur.3. Padi akan luruh.

Kata Kerja Tak Transitif dengan PelengkapKata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Namun, unsur-unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Antara contoh kata kerja tak transitif termasuklah beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan, dan sebagainya. unsur-unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Kata adjektif sebagai pelengkap Frasa sendi nama sebagai pelengkap Kata nama sebagai pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama Sebagai Penerang

Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. 6ata nama tersebut hanya menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata kerja demikianContohnya:SubjekFrasa Kerja

Kata KerjaPenerang

Lelaki ituPeladang ituMerekaberseluarberkebunbelajarjean.kelapa.bahasa Melayu.

Binaan Frasa Kerja dengan ObjekFrasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah frasa yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikut kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya. Ayat-ayat yang mengandungi frasa nama sebagai objek itu boleh dipasifkan.BilContoh AyatAyat yang Dipasifkan

12

3Kami makan ayam goreng.Dia menjalankan tugas dengan baik.Budak itu membaca buku.Ayam goreng itu kami makan.Tugasnya dijalankan olehnya dengan baik.Buku dibaca oleh budak itu.

Perkataan-perkataan yang condong dalam ayat di atas menjadi subjek atau unsur yang diterangkan dalam ayat yang telah dipasifkan. Jenis-jenis frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek:a) Frasa kerja yang mengandungi satu objek.b) Frasa kerja yang mengandungi dua objek.Frasa Kerja dengan Satu ObjekFrasa kerja dengan satu objek adalah seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah:1) Saya menjawab surat itu.2) Mesin itu mengepam air.3) Letupan bom itu mengacau-bilaukan keadaan.4) Kami menghampiri budak yang sedang terhenda-hendap itu.Terdapat sejumlah perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang mengikutinya boleh digugurkan.

Contohnya:SubjekKata PenguatMakna Adjektif

Filem ituKejadian ituKeputusannyasungguhsungguhamatmenyeramkan (kami).menyedihkan (kita).menggembirakan (saya).

Frasa Kerja dengan Dua ObjekFrasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya boleh mengandungi dua frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja itu. Objek-objek ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Objek-objek tersebut adalah objek tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya, sementara objek sipi ialah objek yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya. Contoh ayat :1) Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.2) Wanita itu membelikan baju untuk anaknya.

Ayat-ayat di atas boleh diubah menjadi ayat berikut:

a) Ahmad menghadiahi menghadiahi Ali buku.b) Wanita itu membelikan anaknya baju.

Dalam kedua-dua ayat di atas, terdapat frasa nama yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja, iaitu Ali dan buku dalam ayat a) dan anaknya dan baju dalam ayat b). Dalam binaan di atas, frasa nama yang mengikuti secara langsung kata kerja ialah objek tepat kepada kata kerja, iaitu dalam ayat a) dan anaknya dalam ayat b), manakala frasa nama yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi. Apabila ayat-ayat sedemikian dipasifkan hanya frasa nama yang menjadi objek tepat akan mengambil penjudulan, iaitu menjadi subjek atau unsur yang diterangkan.

Seterusnya, berikut adalah contoh-contoh ayat yang mengandungi frasa kerja dengan dua objek; bentuk-bentuk yang condong ialah objek tepat.

1) Dia mencarikan isterinya buah nangka.2) Ibu memasakkan tetamu makanan tengah hari.3) Ayah menghadiahi ibu sejambak bunga ros.

Ayat-ayat di atas jelas mengandungi binaan yang meletakkan objek tepat sesudah kata kerja dan objek sipi mengikuti objek tepat. Apabila ayat-ayat di atas diubah susunannya, iaitu objek tepat asal diletakkan di bahagian belakang ayat dengan didahului oleh kata sendi nama untuk atau kepada, dan menjadikannya frasa sendi nama, maka ayat-ayat yang terhasil akan hanya mengandungi satu objek. Contohnya:

a) Dia mencari buah nangka untuk isterinya.b) Ibu memasak makanan untuk tetamu.c) Ayah menghadiahkan sejambak bunga ros kepada ibu.

Ada juga frasa kerja yang seolah-olah mengandungi dua objek, seperti ayat berikut:

a) Sultan menamai tempat itu Melakab) Dia menjadikan budak itu anak angkatnya.

Sebenarnya, contoh-contoh ayat di atas mengandungi hanya satu objek sahaja, iaitu frasa nama yang mengikuti kata kerja secara langsung, manakala perkataan Melaka dan anak angkatnya hanya berfungsi sebagai penerang kepada objek dan tidak boleh dijadikan objek tepat seperti dalam contoh di bawah:

1) Sultan menamakan Melaka untuk tempat itu.2) Dia menjadikan budak itu sebagai anak angkatnya. Untuk menjelaskan lagi ayat 1) dan 2), perkataan sebagai boleh diletakkan di hadapan unsur-unsur penerang itu.1) Sultan menamai tempat itu sebagai Melaka2) Dia menjadikan budak itu sebagai anak angkatnya.3.2.3 Binaan Frasa Adjektif Binaan frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa AdjektifFrasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan kata penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:Kata BantuPenguatKata AdjektifPenguat

--sudah-belum-masihmasih--terlalu----agak--pandainakalbesartuamasakjahatkecilkecilcantik---sekalisangatbetul-amatsungguh

Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, mengikut binaannya:i. binaan satu perkataanii. binaan dua perkataanBinaan Satu PerkataanBinaan ini terdiri daripada satu kata adjektif, seperti rajin, tinggi, nakal, baik, pucat, kosong, sederhana, cemas, dan sebagainya, seperti contoh-contoh di bawah: Pelayan kedai Pak Ali sangat rajin Kawan-kawan Ahmad sangat cerdik. Adiknya sangat cergas. Warna kereta saya merah Wanita itu baik sungguh.Contoh-contoh di atas ialah contoh kata adjektif yang terdiri daripada satu kata dasar, iaitu perkataan tanpa imbuhan. Kata adjektif ini juga terdiri daripada perkataan berimbuhan, misalnya: sepandai, kemerah-merahan, terbaik, setinggi, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:a) Aminah tidak sepandai adiknya.b) Dalam darjah ini markah Hamid yang terbaik.c) Langit kemerah-merahan pada waktu senja.d) Bangunan ini tidak setinggi bangunan itu.Binaan Dua PerkataanBinaan jenis ini terdiri daripada dua perkataan iaitu:a) Kata Adjektif + Kata Adjektifb) Kata Adjektif + Kata NamaCantuman kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen baharu dengan makna baharu. Di bawah ini dibincangkan binaan adjektif yang terdiri daripada dua perkataan.a) Binaan Kata Adjektif + Kata AdjektifBinaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata adjektif boleh terdiri daripada:

Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna, contohnya: riang gembira letih lesu cantik molek lemak manis gagah berani penat lelah kurus kering Dua kata adjektif yang maknanya berlawanan. Contohnya: tinggi rendah pahit manis baik buruk tua muda kecil besar miskin kaya Deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contohnya: tinggi lampai gemuk gedempol kaya raya lemah gemalai kering kontangBinaan Kata Adjektif + Kata NamaBinaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama mengandungi kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerangannya. Binaan kata adjektif ini boleh terdiri daripada: Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan: merah jambu hijau daun muda remaja Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan: Panjang tangan Besar kepala Ringan tulang Rabun ayamUnsur Penguat dalam Frasa AdjektifFrasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif dan boleh juga terdiri daripada kata adjektif yang disertai unsur penguatnya. Ada tiga jenis unsur penguat:i. Penguat hadapan.ii. Penguat belakang.iii. Penguat bebas.

Penguat hadapan ialah perkataan yang terletak di hadapan kata adjektif.Contohnya, terlalu nakal, paling sedap, sangat cantik, dan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah:

Anak kecil itu terlalu nakal. Masakan Mak Limah paling sedap. Pemandangan matahari terbenam sangat indah.

Penguat belakang ialah perkataan yang terletak di bahagian belakang kata adjektif. Contohnya, baik sekali, lambat benar, indah nian, dan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah: Perangai anak Pak Ali baik sekali. Kereta api itu lambat benar. Rumah di atas bukit itu indah nian.

Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya, amat indah dan indah amat, sungguh berani dan berani sungguh, dan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah: Pemandangan di pantai itu amat indah. Pemandangan di pantai itu indah amat. Pahlawan itu sungguh berani. Pahlawan itu berani sungguh.Dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sangat kurang sopan, terlalu amat pedih, dan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah: Suara Siti Nur Haliza sungguh amat merdu. Perangainya sangat kurang sopan. Bisanya terlalu amat pedih.

Kata Bantu dalam Frasa Adjektif.Frasa adjektif boleh juga terdiri daripada kata adjektif yang disertai oleh kata bantu, misalnya, sudah besar, belum cerdik, masih kecil, dan harus pandai. Contoh ayat-ayat di bawah: Anak itu sudah besar. Dia belum cerdik lagi. Anak kucingnya masih kecil.Ada juga kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya: masih amat kecil, belum terlalu jauh, belum sangat pandai, sungguh masih letih, tentu sudah masak, dan benar telah pandai. Contoh ayat adalah seperti di bawah: Anak-anak jiran saya belum bersekolah kerana masih amat kecil. Pihak dapat mengesan jejak pencuri itu kerana dia belum terlalu jauh. Buah cempedak yang diperam itu sudah terlalu masak.

3.1.4 Binaan Frasa Sendi NamaFrasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:a) Kata Sendi Nama + Frasa Namab) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Namac) Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangand) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan

Kata Sendi Nama + Frasa NamaKata sendi nama dalam frasa sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu frasa nama. Contohnya:Kata Sendi Nama

Kata Sendi NamaFrasa Nama

dikedarijambatan sekolah rendahJohor Bahru

Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa NamaKata sendi nama dalam frasa sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului oleh kata arah. Walau bagaimanapun, frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa kata arah. Contohnya:Frasa Sendi Nama

Kata Sendi NamaFrasa Nama

Kata ArahFrasa Nama

dike daribelakangdalam hujungrumah bilik umum kampung

Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa KeteranganSatu lagi binaan frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan, sebagai unsur frasa pilihan.Frasa Sendi Nama

Kata Sendi NamaFrasa Nama

Kata ArahFrasa Keterangan

kedaridalamnegara JepunSabah perlawananpada tahun laludengan bapanyadi sekolah kami

Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa KeteranganFrasa sendi nama boleh juga dibentuk daripada kata sendi nama diikuti oleh kata arah, frasa nama, dan frasa keterangan. Contohnya:Frasa Sendi Nama

Kata SendiNamaKata ArahFrasa NamaFrasa Nama Keterangan

kedari dipadaselatan belakang atas hujungnegara Perancis rumah pangkuan ibu minggupada musim sejukdengan segerasepanjang masauntuk bergotong-royong

3.2Jenis-jenis KlausaKlausa ialah deretan kata yang mempunyai subjek dan predikat, yang menjadi konstituen ayat. Dari segi struktur, klausa sama dengan ayat kerana mempunyai subjek dan predikat. Dari segi fungsi, klausa sama dengan frasa kerana berfungsi pada frasa tertentu dalam ayat. Klausa terbahagi dua, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas tidak memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat dan diucapkan dengan intonasi yang sempurna, tetapi klausa tak bebas, memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat dan tidak ditandai intonasi yang lengkap.Seperti yang diterangkan di atas, ada dua jenis klausa iaitu:

4.0 KONSEP AYAT 4.1Ayat Dasar dan Ayat TerbitanAyat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.Ayat terbitan boleh didefinisikan sebagai ayat yang mengalami proses perubahan atau tranformasi daripada ayat dasar. Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang serupa. Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Proses transformasi mengakibatkan pengguguran, penyusunan dan perluasan.Ayat dasar mewujudkan pola daripada pola itulah terbit ayat yang lain, sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.

SubjekPredikatJenis Pola

Pola 1AliguruFrasa Nama + Frasa Nama

Pola 2Adikkusedang tidurFrasa Nama + Frasa Kerja

Pola 3Pegawai ituamat rajinFrasa Nama + Frasa Adjektif

Pola 4Rumahnyadi PenchalaFrasa Nama + Frasa Sendi Nama

Daripada ayat dasar kita dapat membina ayat-ayat yang lebih panjang atau lebih kompleks, yang kita namai ayat terbitan. Ayat terbitan terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur perkataan mahupun unsur frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar. Misalnya, bentuk ayat dasar bahasa Melayu, seperti yang diberikan di atas, dapat diperkembang menjadi ayat terbitan seperti berikut:SubjekPredikat

Ayat 1Aliguru sementara di sekolah itu.

Ayat 2Adik bongsukusedang tidur di serambi rumah.

Ayat 3Pegawai kanan pejabat ituamat rajin dan cekap pula.

Ayat 4Rumah kediamannyadi Penchala dalam Wilayah Persekutuan.

4.2Subjek dan PredikatSubjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan manakala predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Berikut merupakan contoh ayat:a) Petani itu membajak sawahnya setiap hari.Subjek : Petani ituPredikat : membajak sawahnya setiap hari

b) Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.Subjek : SamsulPredikat : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.c) Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.Subjek : Anak Pak Hashim yang tampan ituPredikat : menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.Pembahagian atau pemenggalan kepada frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat tidak boleh dilakukan tanpa peraturan. Dalam ayat (a) di atas, unsur itu membajak, misalnya tidak boleh digabungkan untuk menjadi binaan sebab bentuk itu dan membajak termasuk ke dalam kelompok unsur berasingan. Oleh itu, ayat (a) tidak mungkin boleh dipenggal dengan memisahkan petani sahaja sebagai frasa subjek, dan itu membajak sawahnya setiap hari sebagai frasa predikat.4.3Bentuk AyatSecara amnya, bentuk ayat terbahagi kepada dua iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Nik Safiah Karim et al (2008), ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.

4.3.1 Ayat Majmuk GabunganAyat majmuk gabungan terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya seperti contoh yang berikut:i. Murid-murid bernyanyi dan menari.ii. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.iii. Encik hendak ke pejabat atau hendak ke sekolah?

Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan ayat yang lain wujud disebabkan disusun berturut-turut. Malah, ayat ini juga boleh disambungkan tanpa kata hubung; apabila berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan penyataan. Sebagai contoh:Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri merekaBagi pembentukkan ayat majmuk gabungan kata hubung seperti dan, lalu, lagi dan serta digunakan dalam ayat. Sebagai contoh:i. Mina minum kopi dan Amin minum teh.ii. Mereka bangun lalu turun ke serambi.iii. Datuknya banyak pengalaman lagi besar pengaruhnya. iv. Dia bercakap dengan kuat serta menepu-nepuk dadanya.Perkaitan antara ayat antara ayat majmuk jenis ini dapat digambarkan secara gambar rajah seperti berikut:Ayat

Ayat 2Kata HubungAyat 1

Rajah di atas menunjukkan ayat majmuk gabungan (Ayat 1) terdiri daripada gabungan Ayat 2 dengan Ayat 3 melalui kata hubung. Dari segi teori ayat majmuk jenis ini terdiri daripada cantuman beberapa ayat tunggal seperti gamabar rajah yang berikut: Ayat

Ayat 4Ayat 3Ayat 2Ayat 1

...........

Bagi menerangkan dengan lebih lanjut, sila perhatikan rajah di bawah.Ayat

Ayat 2Kata HubungAyat 1

Amin minum tehMina minum kopidan

Menerusi contoh di atas, kata hubung diletakkan di tengah-tengah ayat atau antara dua ayat yang dihubungkan dan tidak berpihak kepada mana-mana ayat. Kata hubung berperanan untuk menghubungkan ayat-ayat dan menjadikannya ayat yang lebih besar. Dalam penyambungan ayat, terdapat beberapa perkara dapat berlaku pada bahagian-bahagian ayat yang terlibat. Contoh di bawah menunjukkan kesemua bahagian ayat yang digabungkan dikekalkan. Kata HubungAyat 1Ayat 2Ayat Majmuk

danMina minum kopiAmin minum tehMina minum kopi dan Amin minum teh.

tetapiAiman kurusAdiknya gemukAiman kurus tetapi adiknya gemuk.

Jika, ayat-ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur yang sama dan diulang, maka bahagian yang sama itu boleh digugurkan. Misalnya, daripada ayat:Kata HubungAyat 1Ayat 2Ayat Majmuk

DanAli pandai bermain bolaAli pandai bermain hokiAli pandai bermain bola dan hoki.

LaluTetamu undangan itu tibaTetamu undangan itu naik ke pentasTetamu itu tiba lalu naik ke pentas.

Ayat-ayat yang digabungkan adalah daripada jenis yang sama dan boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah atau ayat tanya tetapi biasanya ayat-ayat tersebut tidak boleh dicampuradukkan jenisnya. Selain itu, ayat terbitan yang yang merupakan ayat-ayat yang digabungkan dengan kata hubung dan perlu mempunyai hubungan makna bagi menjadikan ayat tersebut gramatis seperti ayat berikut:Ali bermain bola dan adiknya bermain guli. Proses penggabungan ayat boleh digunakan untuk deretan beberapa ayat. Lihat contoh yang berikut:Pada cuti sekolah yang lalu saya melawat datuk, nenek, pak cik, mak cik dan saudara-mara di kampung. Ayat di atas menunjukkan bahawa terdapat lima ayat tunggal yang telah dijadikan satu ayat majmuk dengan menggugurkan empat frasa yang berulang-ulang iaitu pada cuti sekolah yang lalu saya melawat. Malah kehadiran dan yang berulang-ulang boleh dihilangkan kecuali yang akhir, seperti contoh berikut:Ibu memasak, ayah membaca buku dan abang mendengar radio. Asalnya ayat di atas adalah seperti di bawah:Ibu memasak dan ayah membaca buku dan abang mendengar radio.

Kadangkala penggunaan kata hubung dihilangkan sama sekali misalnya dalam ayat di bawah dan tidak menerima tekanan, maka dan boleh di gugurkan. Adik ke sekolah dan ayah ke hospital. Adik ke sekolah, ayah ke hospital.Ayat gabungan dibentuk dengan menggunakan beberapa kata hubung. Penggunaan kata hubung yang berlainan dapat menghasilkan sekurang-kurangnya tiga jenis gabungan utama, iaitu:a) Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, lalu, lagi, serta dan sambil. Contohnya:i. Penduduk Taman Mewah rajin dan bersatu padu.ii. Aiman berehat sambil berzikir.

b) Gabungan yang susunannya yang memberikan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan, contohnya:i. Sungai itu cetek tetapi arusnya deras.ii. Majalah itu mahal padahal kualitinya rendah.c) Gabungan yang susunannya yang menggabungkan dua ayat atau lebih, menggunakan kata hubung yang berpasangan lebih seperti lebih baik...daripada, apakah...ataupun, adakah...atau(pun), sama ada...atau, dan sebagainya. Contohnya:i. Daripada makan gaji lebih baik bekerja sendiri.ii. Lebih baik mereka pergi dengan motosikal daripada memandu kereta.

4.3.2 Ayat Majmuk Pancangan.Ayat majmuk pancangan merupakan gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak setara membentuk satu ayat baru. Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau induk (klausa utama) dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk itu. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu iaitu: 4.3.2.1 Ayat Majmuk Pancangan RelatifAyat majmuk relatif ialah ayat-ayat yang menggunakan kata relatif yang dalam binaannya. Contoh ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang, ialah :i. Kucing Siam yang berwarna putih itu mengandung lagi.ii. Mereka tersesat di dalam hutan yang didiami binatang buas.4.3.2.2 Ayat Majmuk Pancangan KomplemenAyat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata komplemen bahawa dan untuk dalam binaannya. Ayat majmuk pancangan komplemen terbahagi kepada empat jenis iaitu:

Berikut merupakan contoh bagi jenis-jenis ayat majmuk pancangan komplemen:

i. Ayat komplemen frasa nama subjek, misalnya: Sungguh sukar untuk saya untuk melupakan peristiwa tersebut. Bahawa penyanyi itu telah menyalahgunakan dadah adalah benar.

ii. Ayat komplemen frasa nama objek tepat, misalnya: Ketua Pengarah itu mengesahkan bahawa beliau akan bersara awal. Suspek pertama menafikan bahawa dia telah merompak bank itu.

iii. Ayat komplemen frasa kerja Mereka berfahaman bahawa keuntungan syarikat semakin meningkat. Kenyataan itu bermaksud bahawa beliau akan berhjrah ke sektor swasta.

iv. Ayat komplemen frasa adjektif Jurulatih Malaysia begitu yakin bahawa kejohanan All England tahun ini akan dikuasai oleh pemain Asia. Jurulatih bola sepak Malaysia sedar benar bahawa para pemainnya banyak melakukan kesilapan dalam perlawanan itu.

4.3.2.3 Ayat Majmuk Pancangan KeteranganAyat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terbit daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat ayat induk. Ayat majmuk pancangan keterangan terbahagi kepada sembilan jenis iaitu:

i. Keterangan musababAyat majmuk pancangan keterangan musabab merupakan unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana, lantaran dan oleh sebab. Contohnya ialah : Aceh musnah kerana ditimpa bencana Tsunami. Oleh sebab salah faham mereka tidak bertegur sapa.

ii. Keterangan waktuAyat majmuk pancangan keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung pancangan keterangan ialah sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala dan ketika. Contohnya ialah : Dia hidup senang setelah menjalankan perniagaan sendiri. Ketika remaja lagi bakat kepimpinannya sudah terserlah.

iii. Keterangan syaratAyat majmuk pancangan keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau. Contoh-contoh ayat ialah : Sekiranya abang gagal dalam peperiksaan kali ini ayah akan merampas permainan videonya. Dia akan membotakkan kepala kalau mendapat anak lelaki.

iv. Keterangan caraAyat majmuk pancangan keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. Contohnya ; Adik pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. Mereka mengira dengan menggunakan kalkulator.

v. Keterangan tujuanAyat majmuk pancangan keterangan tujuan pula ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi dan bagi. Contohnya ialah;

Pertandingan mereka cipta diadakan untuk mencungkil bakat pelajar dalam menghasilkan ciptaan baharu. Bagi menggalakkan perpaduan antara kaum, kerajaan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara.

vi. Keterangan perbandinganAyat majmuk pancangan keterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan sesuatu kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak. Contohnya ialah ; Amir dan Aiman merupakan rakan karib, hubungan mereka ibarat isi dengan kuku. Suasana kehidupan penduduk desa itu amat harmoni lantaran mereka saling membantu bagaikan aur dengan tebing.

vii. Keterangan pertentangan Ayat majmuk pancangan keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walaubagaimanapun, namun, sekalipun dan sedangkan. Contohnya ; Walaupun malam sudah larut, Faizal masih terus mengulang kaji pelajarannya. Dia belum berkahwin meskipun umurnya telah mencecah 40 tahun.

viii. Keterangan akibat Ayat majmuk pancangan keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung pancangan akibat ialah hingga dan sehingga. Contoh-contoh ayat ialah ;

Kanak-kanak itu menjerit terlalu kuat hingga hilang suaranya. Angin bertiup kecang sehingga banyak pokok yang tumbang.

xi.Keterangan harapan Ayat majmuk pancangan keterangan harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan harapan ialah supaya, agar, semoga, moga-moga dan kalau-kalau. Contohnya ialah ; Amalan kitar semula perlu diamalkan agar alam tidak tercemar. Ahmad berkerja dengan gigih supaya dapat meringankan beban bapanya. 4.3.3 Ayat Majmuk CampuranAyat majmuk campuran merupakan ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung. Ayat sedemikian biasanya panjang, contohnya adalah seperti : Kawalan modal terpilih Malaysia selama ini telah menerima kritikan pihak asing yang mengatakan bahawa Malaysia telah menutup ekonominya daripada pemodal asing, tetapi tindakan mengenakan cukai keluar ini membuktikan kita masih mengamalkan sistem pasaran bebas dan menolak dakwaan mereka. Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa ayat bahasa Melayu sebenarnya boleh terdiri daripada berbagai-bagai bentuk. Di samping ayat tunggal, ayat dalam bahasa Melayu dibentuk melalui proses pemajmukan, mengikut cara yang dibincangkan dalam bab ini. Sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat tunggal, atau sederetan ayat yang dibina melalui proses gabungan, relatif, komplemen atau keterangan.

4.4Ragam AyatMerujuk Tatabahasa Dewan dalam bidang sintaksis, kejadian ayat aktif dan ayat pasif tergolong dalam huraian ragam ayat. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul, manakala ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.

a) Ayat Aktif TransitifSubjekPredikat

Kata Kerja TransitifObjek

PekerjaBudinAir matamembaikimembelimembasahijalan itu.buah durian.pipinya.

b) Ayat Aktif Tak TransitifSubjekPredikat

Kata Kerja Tak TransitifObjek

Kanak-kanakOmbakDianasedang mandimemutihmenangisdi kolam itu.di pantai Damai.sepanjang malam.

Ayat pasif ialah ayat yangasalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:

i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasifSubjekKata Kerja PasifOleh + Frasa NamaKeterangan

Kereta ituSemak samunsudah dibelidibersihkanoleh Aminoleh pekerjaminggu lepassetiap bulan.

ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan keduaSubjekFrasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau keduaKeterangan

Kereta ituKuih itusudah saya bersihkanbelum awak makanpagi tadi.lagi.

iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerjaSubjekKenaKata Kerja DasarOleh+Frasa Nama

Rusa ituBudak itukenakenatembakkejaroleh pemburu.oleh anjing.

4.5Jenis AyatAyat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

MaksudContoh

Ayat PenyataAyat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. Bapa saya wartawan di Utusan Melayu. Mereka meninggalkan kota raya itu semalam.

Ayat TanyaAyat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Anda sudah melabur dalam syarikat itu? Siapakah gurunya?

Ayat PerintahAyat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, dan ayat permintaan. Siapkan kerja itu dengan segera. (suruhan) Jangan berludah di sini. (larangan) Sila buat laporan di balai polis. (silaan) Tolong tutup pintu itu. (permintaan)

Ayat SeruanAyat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan Oh, Tuhanku! Amboi, garangnya! Cis, berani kamu mengganggu dia! Syabas, kamu telah menang!

4.6Susunan dalam AyatTerdapat dua bentuk susunan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Dalam susunan biasa, subjek terletak di hadapan ayat manakala predikat pula terletak di belakang ayat. Ayat songsang ialah ayat yang predikatnya di hadapan dan subjeknya di belakang.

Contoh ayat susunan biasa:SubjekPredikat

Ayat 1Aliguru sementara di sekolah itu.

Ayat 2Adik bongsukusedang tidur di serambi rumah.

Ayat 3Pegawai kanan pejabat ituamat rajin dan cekap pula.

Ayat 4Rumah kediamannyadi Penchala dalam Wilayah Persekutuan.

Contoh susunan ayat songsang:PredikatSubjek

Ayat 1Guru sementara di sekolah ituAli.

Ayat 2Sedang tidur di serambi rumahadik bongsuku.

Ayat 3Amat rajin dan cekap pulapegawai kanan pejabat itu.

Ayat 4Di Penchala dalam Wilayah Persekutuanrumah kediamannya.

21