23
KATA ADJEKTIF Pengertian Kata Adjektif Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat. Dari segi makna, kata adjektif menunjukkan sifat bagi kata nama. Ini bermakna bahawa perkataan yang menjelaskan sifat sesuatu kata nama diistilahkan sebagai kata adjektif. Contohnya: -budak kecil -baju baharu -kereta lama -pelari handal -bilik gelap -rumah besar -suara nyaring -bibir bundar -warna hijau Berdasarkan contoh di atas, perkataan yang dicondongkan itu ialah kata adjektif kerana perkataan tersebut menjelaskan sifat atau keadaan bagi sesuatu nama. Dalam Tatabahasa Dewan (2008), kata adjektif dijelaskan dengan melihat kata tersebut dalam binaan ayat. Kata adjektif dijelaskan dengan melihat kata tersebut dalam binaan ayat. Kata adjektif didefinisikan sebagai perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa addjektif. Dalam binaan frasa adjektif, kata adjektif boleh hadir secara sendirian, atau hadir bersama-sama perkataan lain, seperti hadir bersama-samakata bantu atau kata penguat. Contohnya: Subjek Predikat Frasa Adjektif Kata Bantu Kata Penguat Kata Adjektif Kata Penguat Suara penyanyi itu merdu merdu sekali sungguh merdu sekali masih sungguh merdu Dalam binaan frasa adjektif di atas, kata adjektif merdu menjadi unsur inti bagi frasa yang menjadi predikat ayat. Perkataan-perkataan lain merupakan unsur pilihan, iaitu boleh wujud dalam frasa tersebut atau boleh digugurkan. Terdapat juga kata adjektif yang berfungsi untuk menerangkan perkataan selain kata nama. Kata adjektif ini tidak lagi berfungsi sebagai kata adjektif tetapi sebagai kata adverb. Contohnya: berjalan pantas tidur nyenyak sampai lewat tinggi menjulang pulang segera kurang berhati-hati

Tatabahasa Asas

Embed Size (px)

Citation preview

KATA ADJEKTIF

Pengertian Kata Adjektif

Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat. Dari segi makna, kata adjektif menunjukkan sifat bagi kata nama. Ini bermakna bahawa perkataan yang menjelaskan sifat sesuatu kata nama diistilahkan sebagai kata adjektif. Contohnya:

-budak kecil

-baju baharu

-kereta lama

-pelari handal

-bilik gelap

-rumah besar

-suara nyaring

-bibir bundar

-warna hijau

Berdasarkan contoh di atas, perkataan yang dicondongkan itu ialah kata adjektif kerana perkataan tersebut menjelaskan sifat atau keadaan bagi sesuatu nama.

Dalam Tatabahasa Dewan (2008), kata adjektif dijelaskan dengan melihat kata tersebut dalam binaan ayat. Kata adjektif dijelaskan dengan melihat kata tersebut dalam binaan ayat. Kata adjektif didefinisikan sebagai perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa addjektif. Dalam binaan frasa adjektif, kata adjektif boleh hadir secara sendirian, atau hadir bersama-sama perkataan lain, seperti hadir bersama-samakata bantu atau kata penguat. Contohnya:

Subjek Predikat Frasa AdjektifKata Bantu Kata Penguat Kata Adjektif Kata Penguat

Suara penyanyi itu

merdumerdu sekali

sungguh merdu sekalimasih sungguh merdu

Dalam binaan frasa adjektif di atas, kata adjektif merdu menjadi unsur inti bagi frasa yang menjadi predikat ayat. Perkataan-perkataan lain merupakan unsur pilihan, iaitu boleh wujud dalam frasa tersebut atau boleh digugurkan.

Terdapat juga kata adjektif yang berfungsi untuk menerangkan perkataan selain kata nama. Kata adjektif ini tidak lagi berfungsi sebagai kata adjektif tetapi sebagai kata adverb. Contohnya:

berjalan pantas

tidur nyenyak

sampai lewat

tinggi menjulang

pulang segera

kurang berhati-hati

Ciri-ciri Kata Adjektif

Kata adjektif dapat dikenali melalui criteria yang berikut:

i. kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat

Kehadiran kata penguat boleh di hadapan kata adjektif, di belakang kata adjektif, atau hadir serentak di hadapan dan di belakang kata adjektif. Walaupun kata penguat boleh mendahului kata kerja tetapi bilangannya tidak banyak. Beberapa contoh kata penguat ialah amat, sangat, sekali, benar, betul, paling. Contohnya:

1. Budak itu amat cerdik. (kata penguat di hadapan)2. Orang itu sungguh dermawan. (kata penguat di hadapan)3. Abangnya kacak sekali. (kata penguat di belakang)4. Pembantunya sungguh rajin sekali. (kata penguat hadir serentak)

ii. kata adjektif boleh mengalami perbandingan.

Perbandingan bagi kata adjektif dapat dilakukan dengan beberapa cara, iaitu dengan (1) menggunakan kata pembanding seperti bagai, bak, seperti, laksana; (3) menggandingkan perkataan sama dengan kata adjektif; (4) menggunakan perkataan lebih atau kurang dengan kata adjektif; atau (5) menggandingkan imbuhan ter- bersama-sama kata adjektif. Contohnya:

5. Pemain bola keranjang itu tinggi seperti galah.6. Wajah Anis secantik kakaknya.7. Pengantin itu sama padan8. Harga barang di kedai itu lebih mahal.9. Keadaan bilik itu kurang selesa.10. Lelaki itu pemidato terkenal.

iii. kata adjektif boleh disertai oleh kata penegas, sama ada di hadapan atau di belakang. Contohnya:

11. Adiknya cerdik juga.12. Kek itu juga sedap13. Abang memang pandai14. Guru kami memang cekap.

iv. kata adjektif boleh menerima bentuk se-…-nya. Contohnya:

15. Berikan jawapan yang selengkapnya.16. Ikutilah cara yang sebenarnya.17. Baju itu semurahnya RM20.0018. Banglo itu sebesar-besarnya banglo di taman itu.

v. kata adjektif boleh didahului oleh kata makin atau semakin. Contohnya:

19. Budak itu makin pandai.20. Budak itu makin hari makin nakal.21. pokok iyu semakin tinggi.22. dia kini semakin kaya.

vi. kata adjektif boleh diletakkan selepas kata nama.

Dalam hal ini, kata adjektif berperanan sebagai penerang kata nama. Kata adjektif tersebut boleh hadir selepas kata nama inti, atau selepas kata hubung relative yang. Contohnya:

murid cerdaslelaki gagahbarang yang murahrumah yang besarbaju yang sudah lusuh

Jenis Kata Adjektif

Berdasarkan kriteria makna, kata adjektif dapat digolongkan kepada sembilan jenis. Penjenisan kata adjektif ini dapat digambarkan melalui rajah yang berikut:

Kata Adjektif

sifatan/keadaan

cara

warna

ukuran

jarak

bentuk

waktu

perasaan

pancaindera

Jenis Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan

Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang menerangkan perangai, tabiat atau keadaan bagi kata namaatau frasa nama. Contohnya:

23. Budak baik selalu disayangi.24. Orang itu sentiasa tenang.25. Negara aman kerap dikunjungi pelancong.26. Tubuh datuk semakin lemah.

Kata Adjektif Cara

Kata adjektif cara ialah kata adjektif yang menunjukkan kelakuan atau ragam bagi kata nama atau frasa nama. Contohnya:

27. Jaringan gol dilakukan selepas pergelutan sengit.28. Pengaliran air longkang itu sungguh deras.29. Adik selalu gopoh-gapah dalam pekerjaan.30. Taklimat pndaftaran itu jelas.

Kata adjektif jenis ini dapat disisipi oleh kata dengan atau secara.Misalnya, “pergelutan dengan / secara sengit, pengaliran air dengan / secara deras, pekerjaan dengan gopoh, taklimat dengan jelas.”

Kata Adjektif Warna

Kata adjektif warna ialah perkataan yang menerangkan warna sesuatu nama. Kata warna boleh diikuti oleh kata adjektif, dan boleh juga dibuat perbandingan dengan unsur-unsur alam, seperti nama buah atau tumbuhan. Contohnya:

31. Kulitnya putih.32. Kereta bahru abang saya kelabu.33. Tudung merah jambu itu tudung kakak.34. Baju gadis itu hijau daun.

Kata Adjektif Ukuran

Kata adjektif ukuran ialah perkataan yang mnerangkan saiz, berat atau ringan tentang benda yang bernyawa atau tidak bernyawa, konkrit atau abstrak. Contohnya:

35. Bibirnya tebal.36. Istana itu besar.37. Buku itu nipis sekali.38. Jambatan panjang itu sudah runtuh.

Kata Adjektif Jarak

Kata adjektif jarak ialah perkataan yang menerangkan jarak atau sesuatu yang dikaitkan dengan ruang antara dua benda, tempat atau keadaan. Contohnya:

39. Bangunan di situ sungguh rapat.40. Tempat tinggalnya jauh.41. Kawan rapat saya pegawai bank.42. Rumah Idris hampir dengan sekolah.

Kata Adjektif Bentuk

Kata adjektif bentuk ialah perkataan yang menerangkan bentuk atau rupa sesuatu. Contohnya:

43. Raga itu lonjong.44. Mukanya cengkung.45. Meja bulat itu untuk meletakkan kuih-muih.46. Jalan bengkok ke bandar itu sudah diluruskan.

Kata Adjektif Waktu

Kata adjektif waktu ialah perkataan yang menerangkan masa atau waktu. Contohnya:

47. Waktu pagi masih awal.48. Buku lama itu sudah hilang.49. Susu segera itu sudah basi.50. Pengantin baharu itu sedang berbulan madu.

Kata Adjektif Perasaan

Kata adjektif waktu perasaan ialah perkataan yang menerangkan rasa atau sesuatu yang berunsurkan emotif. Kata adjektif jenis ini harus diikuti oleh kata sendi nama akan, dengan atau terhadap apabila diperluas dengan frasa nama. Contohnya:

51. Perasaan ibu sungguh sedih.52. Saya segan sungguh dengan ulama itu.53. Ibu amat sayang akan abang.54. Dia masih ragu-ragu terhadap kejujuran saya.

Ketiadaan kata sendi nama menjadikan frasa adjektif tersebut menyalahi tatabahasa. Dalam penggunaan, sering berlaku kesalahan menggunakan akhiran –kan pada kata adjektif atas anggapan bahawa kata sendi akan dapat disingkatkan menjadi –kan. Contohnya:

benci dia (sepatutnya: benci akan dia) suka kucing (sepatutnya: suka akan kucing) sayangkan anak-anaknya (sepatutnya: sayang akan anak-anaknya) bencikan perangainya (sepatutnya: benci akan perangainya)

Kata Adjektif Pancaindera

Kata adjektif pancaindera ialah perkataan yang menerangkan sesuatu yang dapat dirasai atau dikesani oleh deria. Kata adjektif pancaindera ini menerangkan konsep rasa, dengar, bau, sentuh, pandangatau gabunngan bagi kelima-lima indera. Contohnya:

i. Deria rasa

55. Biji pinang itu kelat.56. Kuah itu masin.

ii. Deria dengar

57. Suara lelaki itu garau.58. Suasana di pasar malam sungguh bising.

iii. Deria sentuh

59. Permukaan papan meja itu licin.60. Pakaian di ampaian itu masih lembap.

iv. Deria pandang

61. Anak bongsu adik saya montel.62. Cahaya di dalam bilik itu terang.

v. Deria bau atau hidu

63. Kuih itu hangit.64. Ikan haruan itu hanyir.

vi. Gabungan dua deria

65. Kawasan pergunungan itu nyaman. (Gabungan rasa dan pandang)66. Ikan yang dibeli itu busuk. (Gabungan bau dan pandang)67. Kawasan tepi panatai itu tenteram. (Gabungan pandang dan dengar)68. Muka masam gadis itu merisaukan kami. (Gabungan pandang dan rasa)

Pembentukan Kata Adjektif

Kata adjektif terdiri daripada empat bentuk, iaitu:

(1) kata adjektif tunggal

(2) kata adjektif terbitan

(3) kata adjektif majmuk

(4) kata adjektif ganda

Kata Adjektif Tunggal

Kata adjektif bentuk tunggal ialah kata adjektif dalam bentuk dasar, iaitu yang tidak mengalami pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan. Contohnya:

tinggi

nyenyak

merdu

sombong

terang

popular

panas

aman

boros

sederhana

lazat

penting

kuning

bengkok

berat

Kata adjektif bentuk tunggal ini paling banyak digunakan dalam bahasa Melayu berbanding dengan bentuk-bentuk yang lain. Kata adjektif tunggal dapat berfungsi sebagai inti frasa adjektif, atau sebagai penerang kata nama. Yang berikut merupakan contoh kata adjektif tunggal yang hadir dalam frasa dan ayat.

Dalam frasa:

-warna kuning-rasa tawar-suara nyaring-masakan lazat

Dalam ayat:

69. Masakan ibu saya lazat. (sebagai inti frasa predikat)70. Cara hidup ustaz itu cukup sederhana . (sebagai inti frasa predikat)71. Bunyi bising dari bangunan itu. (sebagai penerang frasa nama subjek)72. Kain halus itu kepunyaan kakak. (sebagai penerang frasa nama subjek)

Kata Adjektif Terbitan

Pembentukan kata adjektif dapat dilakukan dengan menambahkan imbuhan tertentu pada kata dasar. Imbuhan tersebut ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Awalan Kata Adjektif

Awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah teR-, dan se-

Awalan teR-

I. Bentuk awalan teR-

Awalan teR- mempunyai dua bentuk, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang diimbuhkan dengannya, iaitu ter- dan te-. Awalan teR- menjadi ter- apabila bergabung dengan

kata dasar yang bermula dengan semua huruf kecualidengan kata dasar yang bermula dengan huruf r. Contohnya:

tercantik

terkecil

terpandai

teristimewa

terpanjang

terlebih

Awalan teR- menjad te- apabila diimbuhkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r. Contohnya:

terisau teramai terapi teriang

II. Fungsi dan Makna Awalan pro-

Awalan pro- berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar. Awalan pro- membawa pengertian ‘bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak.’ Contohnya:

Prokerajaan = memihak kepada kerajaan

Prokomunis = memihak kepada komunis

Proparti = memihak kepada parti

Awalan anti-

I. Bentuk Awalan anti-

Awalan anti- ialah awalan pinjaman daripada bahasa Inggeris. Bentuk awalan anti- tidak berubah apabila bergabung dengan sebarang huruf konsonan pada pangkal kata dasar. Contohnya:

antirasuah

antikerajaan

anti dadah

antisosial

antikomunis

antikemajuan

II. Funsi dan Makna Awalan anti-

Awalan anti- berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar. Awalan anti- membawa pengertian “menentang, melawan atau membantah.” Contohnya:

Antikerajaan = menetang kerajaan

Antisosial = menentang aktiviti social

Antikemajuan = menentang kemajuan

Awalan bi-

I. Bentuk Awalan bi-

Awalan bi- ialah awalan pinjaman daripada Arab-parsi. Bentuk awalan bi- tidak berubah apabila bergabung dengan sebarang huruf pada pangkal kata dasar. Contohnya:

bilazim binormal biadab

II. Fungsi dan Makna Awalan bi-

Awalan bi- berfungsiuntuk menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar. Awalan bi- membawa pengertian “tidak.” Contohnya:

Biadab = tidak ada adab

Bilazim = tidak lazim

Binormal = tidak normal

Akhiran Kata Adjektif

Akhiran ialah bentuk imbuhan yang digabungkan pada bahagian akhit kata dasar. Akhiran kata adjektif yang dipinjam daripada bahasa Arab-parsi, ialah -wi, -i, dan –iah, manakala daripada bahasa Inggeris ialah –is.

Akhiran –wi, -i, -iah dan –is

I. Bentuk akhiran –wi, -i, -iah dan –is

Akhiran –wi, -i, -iah, dan –is tidak berubah apabila bergabung dengan sebarang huruf pada akhir kata dasar. Contohnya:

sejarawi

insani

lahiriah

ekonomis

duniawi

abadi

ilmiah

puitis

Penggunaan akhiran –wi dan –i ditentukan oleh huruf akhir kata dasar yang menerima akhiran. Jika kata dasar itu berakhir dengan vokal, maka akhiran –wi digunakan. Misalnya, manusia menjadi manusiawi dan dunia menjadi duniawi. Sebaliknya, jika kata dasar berakhir dengan konsonan, misalnya abad dan insan, maka akhiran –i digunakan, menjadikannya abadi dan insani.

II. Fungsi dan Makna Akhiran –wi, -i, -iah dan –is

Akhiran –wi, -i, -iah dan –is berfungsi untuk menerbitkan kata adjektif, dan membawa pengertian “sifat atau ciri seperti maksud yang terkandung dalam kata dasar.” Contohnya:

duniawi

abadi

jahiliah

fonologis

romawi

alkali

alamiah

geogrofis

Apitan Kata Adjektif

Apitan ialah bentuk imbuhan yang digabungkan pada bahagian awal dan pada bahagian akhir kata dasar secara serentak. Apitan kata adjektif ialah ke-…-an.

I. Bentuk Apitan ke-…-an

Apitan ke-…-an mempunyai satu bentuk iaitu ke-…-an. Contohnya:

kebaratan

kearaban

keakuan

kecinaan

kemelayuan

kebendaan

II. Fungsi Apitan ke-…-an

Apitan ke-…-an berfungsi untuk membentuk kata adjektif. Apitan ke-…-an boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama dan kata adjektif. Contohnya:

Ke-…-an + arab (KN) = kearaban (KA)

Ke-…-an + melayu (KN) = kemelayuan (KA)

Ke-…-an + kuning (KN) = kekuningan (KA)

Ke-…-an + besar (KN) = kebesaran (KA)

III. Makna Apitan ke-…-an

Apitan ke-…-an menunjukkan “suatu keadaan atau sifat kata nama yang terkandung pada kata dasar.” Contohnya:

81. Perangainya sungguh kekampungan.82. Pakaian kebesaran kerajaan dibawa masuk.83. Anak kesayangan sering diberikan layanan yang baik.

84. Sifat kepahlawanannya begitu ketara.

Sisipan Kata Adjektif

I. Bentuk Sisipan Kata Adjektif

Sisipan merupakan imbuhan yang diimbuhkan ke dalam kata dasar selepas konsonan pertama kata dasar. Sisipan kata adjektif ialah –el-, -er-, -em-, dan –in-. Bentuk sisipan –el-, -er-, -em-, dan –in- adalah tetap, iaitu tidak berubah apabila bergabung dengan kata dasar yang dimulai oleh apa-apa juga huruf.

II. Fungsi Sisipan –el-, -er-, -em-, dan –in-

Semua bentuk sisipan ini berfungsi sebagai penetap dan pengubah golongan. Semua imbuhan sisipan menerbitkan kata adjektif yang menerangkan sifat kata nama. Contohnya:

-el- + serak (KA) = selerak (KA)

-er- + sabut (KN) = serabut (KA)

-em- + guruh (KN) = gemuruh (KA)

-in- + sambung (KK) = sinambung (KA)

III. Makna Sisipan –el-, -er-, -em-, dan –in-

Semua sisipan ini membawa “sifat yang dinyatakan oleh kata dasar.” Kata adjektif itu digunakan sebagai penerang kepada kata nama. Contohnya:

85. Jamuan selerak itu sempena hari jadi anaknya.86. Kapal layar nelayan itu kelebak kerana dipikul angin.87. Fikirannya serabut dengan masalah.88. Rumah Amir dihiasi dengan lampu kerlip menjelang hari Raya.89. Bau semerbak itu daripada minyak wangi.90. Pokoknya-pokoknya kementut kerana kurang baja.91. Bahasa dalam karya klasik sinambung dengan bahasa moden.

Kata Adjektif Ganda

I. Bentuk Kata Adjektif Ganda

Kata adjektif juga boleh dibentuk melalui proses penggandaan. Ada tiga jenis penggandaan bagi membentuk kata adjektif ganda, iaitu:

i. Pengggandaan penuhii. Penggandaan separa

iii. Penggandaan berentak

Penggandaan penuh

Penggandaan pebuh melibatkan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata dasar.

Contohnya:

Laju laju-laju

Kecil kecil-kecil

Bengis bengis-bengis

Hitam hitam-hitam

Penggandaan penuh kata adjektif dapat menerima apitan ke-…-an. Contohnya:

Merah-merah kemerah-merahan

Gila-gila kegila-gilaan

Gemuk-gemuk kegemuk-gemukan

Malu-malu kemalu-maluan

Penggandaan separa

Penggandaan separa melibatkan pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Bagi golongan kata adjektif, penggandaan separa berlaku pada kata adjektif berawalan dan kata adjektif berakhiran. Contohnya:

(a) penggandaan separa pada kata adjektif berawalan. Contohnya:

setinggi-tinggi

seluas-luas

sepandai-pandai

selapang-lapang

sebaik-baik

sepuas-puas

(b) penggandaan separa pada kata adjektif berakhiran. Contohnya:

besar-besaran kecil-kecilan gila-gilaan

Penggandaan berentak

Penggandaan berentak kata adjektif ialah penggandaan kata adjektif mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Terdapat tiga jenis penggandaan berentak kata adjektif, iaitu:

(a) Penggandaan berentak pengulangan vokal. Contohnya:

Hiruk-pikuk Karut-marut

(b) Penggandaan berentak pengulangan konsonan. Contohnya:

Kucar-kacir Lekak-lekuk Kontang-kanting

(c) Penggandaan berentak bebas. Contohnya:

Gelap-gelita Kusut-masai Titik-bengik

II. Fungsi Kata Adjektif Ganda

Proses penggandaan boleh menerbitkan kata adjektif. Penggandaan dapat berfungsi sebagai penetap atau pengubah golongan kata. Contohnya:

Barat (KN) kebarat-baratan (KA)

Simpang (KN) simpang-siur (KA)

Biru (KA) kebiru-biruan (KA)

Rindu (KA) rindu-rinduan (KA)

III. Makna Kata Adjektif Ganda

Gandaan pada kata adjektif menunjukkan atau membawa maksud:

(a) sifat jamak. Contohnya:

92. Pelajar di sekolah itu baik-baik.93. Gadis zaman dahulu malu-malu.94. Pokok kelapa di situ tinggi-tinggi,

(b) menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

95. Warna baju nenek itu kebiru-biruan.96. Perangai pemuda itu kebudak-budakan.97. Perniagaan kecil-kecilan menambahkan pendapatan.

(c) kesangatan. Contohnya:

98. Majlis perkahwinan artis itu gilang-gemilang.99. Buah di pasar itu segar-bugar.100.Keadaan bilik itu gelap gelita.101.Hanya buah manggis yang hitam-hitam diambilnya.

Perlu diketahui bahawa kata penguat tidak diperlukan apabila kata adjektif bentuk gandaan berentak tersebut membawa makna “sangat” atau “paling”. Contohnya:

102. *Jalan raya itu sangat licin–licau kerana hujan. Jalan raya itu licin-licau kerana hujan.

103. *Rambut budak itu sangat kusut-masai. Rambut budak itu kusut-masai.

Selain itu, apabila kata ganda penuh yang terdiri daripada kata adjektif yang mendukung makna “jamak” digunakan untuk menerangkan kata nama, kata nama yang diterangkan itu tidak perlu digandakan. Contohnya:

104.*Penduduk-penduduk di taman perumahan itu kaya-kaya. Penduduk di taman perumahan itu kaya-kaya.

105.*Anak-anak Pak Mat pandai-pandai belaka. Anak Pak Mat pandai-pandai belaka.

106.*Ayat-ayat yang mudah-mudah dibina oleh Sarah. Ayat yang mudah-mudah dibina oleh Sarah.

Kata Adjektif Majmuk

Kata adjektif majmuk terhasil daripada gabungan dua atau lebih kata dasar yang membawa makna tertentu dan kata inti bagi gabungan itu ialah kata adjektif.

I. Bentuk Kata Adjektif Majmuk

Bentuk kata adjektif majmuk ditulis terpisah. Contohnya:

Manis buah

Kuning langsat

Merah muda

Hitam legam

Muda remaja

Terang hati

Dari segi jenis, kata adjektif majmuk boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:

iii. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contohnya:

Biru laut

Manis buah

Hijau daun

Gemuk air

Merah hati

Hitam pekat

iv. Kata majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa. Contohnya:

Ringan tulang

Pekak badak

Terang hati

Besar kepala

Panjang tangan

Rabun ayam

Terdapat juga kata adjektif dalam bentuk rangkai kata yang kelihatan seperti kata adjektif majmuk. Sebenarnya,bentuk ini bukanlah kata majmuk kerana ia boleh menerima penyisipan. Contohnya:

Jimat cermat (jimat dan cermat)

Panas terik (panas yang terik)

Putih bersih (putih lagi bersih)

II. Makna Kata Adjektif Majmuk

Kata adjektif majmuk menerangkan sifat pada kata nama. Contohnya:

107.Rasa minuman itu manis buah.108.Badan lelaki itu besar tetapi hanya gemuk air.109.Punggung periuk itu hitam pekat.

Perbandingan Kata Adjektif

Salah satu ciri yang penting bagi menentukan suatu kata itu ialah kata adjektif atau bukan adalah melalui perbandingan. Kata adjektif dapat menunjukkan berbagai-bagai darjah atau tingkat. Perbandingan dapat dilakukan tanpa kata perbandingan, dengan kata perbandingan, atau dengan kata terbitan. Mengikut Tatabahasa Dewan (2008), ada tiga darjah bagi perbandingan kata adjektif, iaitu:

i. Darjah biasaii. Darjah perbandingan

iii. Darjah penghabisan

Perbandingan dengan Darjah Biasa

Perbandingan dengan darjah biasa tidak melibatkan perbandingan dengan apa-apa benda atau maujud yang lain. Perbandingan jenis ini tidak melibatkan kata perbandingan atau kata penguat. Contohnya:

110. Rumah saya besar.111.Tali itu panjang.112.Badan budak itu kurus.

Daripada ayat contoh di atas, kata adjektif besar, panjang dan kurus tidak dibandingkan dengan sesuatu yang lain. Perbandingan dengan darjah biasa dapat disertai dengan kata nafi tidak atau tak, dan kata agak. Contohnya:

113.Rumah saya tidak/tak/agak besar.114.Tali itu tidak/tak/agak panjang115.Badan budak itu tidak/ tak/agak kurus.

Perbandingan dengan Darjah Bandingan

Perbandingan jenis ini melibatkan bandingan antara sifat sesuatu benda dengan benda lain. Terdapat dua cara yang digunakan untuk menyatakan darjah bandingan, iaitu:

i. Bandingan yang samaii. Bandingan yang berbeza.

Bandingan yang sama

Bandingan jenis ini menggunakan kata djektif dengan awalan se-, sama + adjektif + dengan, dan kata perbandingan.

(a) bandingan dengan awalan se-. Contohnya:

116.Wajah Siti secantik kakaknya.117.Gunalan tidak seberani Maniam.118.Rumah Abdullah sebesar rumah Talib.

Awalan se- yang hadir bersama-sama kata adjektif dalam ayat-ayat di atas membawa makna “sama atau hampir sama.” Daripada contoh yang diberikan, kata adjektif secantik, seberani, dan sebesar menunjukkan perbandingan antara sifat sesuatu benda dengan benda yang lain.

(b) bandingan dengan sama + adjektif + dengan.

Bandingan dengan awalan se- ini dapat digantikan dengan penggunaan perkataan sama dalam binaan sama + adjektif + dengan. Contohnya:

119.Wajah Siti sama cantik dengan kakaknya.120.Gunalan tidak sama berani dengan Maniam.121.Rumah Abdullah sama besar dengan rumah Talib.

(c) bandingan dengan kata perbandingan.

Bandingan dapat juga diungkapkan dengan penggunaan kata perbandingan seperti bagai, bak, ibarat, seperti, umpama, laksana, dan sebagainya. Perbandingan jenis ini menggunakan kata perbandingan yang mempunyai erti “kesamaan atau kemiripan.” Contohnya:

122.Adik Samad mempunyai hati yang keras bagai batu.123.Lagaknya umpama orang kaya.124.Wajah Navin pucat seperti mayat.

Bandingan yang berbeza

Bandingan ini menggunakan kata penguat lebih atau kurang. Bandingan yang berbeza, sama ada untuk merujuk kepada yang lebih atau yang kurang dinyatakan dengan menggunakan rangkai kata lebih…daripada atau kurang…daripada. Contohnya:

125.Shamsudin lebih bijak daripada Daud.126.Pendapatan Azman lebih besar daripada pendapatan saya.127.Gerai itu kurang bersih daripada gerai ini.128.Perniagannya kurang maju daripada perniagaan adiknya.

Perbandingan dengan Darjah Penghabisan

Darjah penghabisan merujuk kepada pernyataan perbandingan yang paling tinggi. Tingkat kepalingan ini dinyatakan melalui:

i. se- + kata adjektif + gandaan + kata namaii. ter- + kata adjektif

iii. paling + kata adjektifiv. ter- + amat/sangat + kata adjektifv. amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali

vi. terlalu atau terlampuvii. maha

se- + kata adjektif + gandaan + kata nama. Contohnya:

129.Sesabar-sabar perempuan, jika marah berbahaya.130.Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.131.Seganas-ganas singa, masih boleh dijinakkan.

Ter- + kata adjektif. Contohnya:

132.Kain batik tulisan tanganlah yang termahal.133.Lukisan ini tercantik antara semua lukisan yang dijual.134.Zuralah yang terpandai daripada semua anaknya.

Dalam bahasa Melayu, darjah penghabisan dengan menggunakan awalan ter-, kata penguat sekali dan paling tidak boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila satu kata adjektif itu telah menggunakan awalan ter-, maka kata penguat paling dan sekali tidak perlu lagi. Jika digunakan, binaan tersebut menjadi lewah.

paling terbaik sekali (x)

paling tercantik (x)

terindah sekali (x)

paling termasyhur (x)

baik sekali, paling baik ( )

paling cantik, cantik sekali ( )

terindah, indah sekali ( )

paling masyhur, masyhur sekali ( )

paling + kata adjektif. Contohnya:

135.Rumah Mazlan paling besar di kampung saya.136.Bencana alam itulah yang paling dahsyat melanda Acheh.137.Muaz anak yang paling rajin daripada semua anaknya.

kata adjektif + sekali. Contohnya:

138.Baju budak itu kotor sekali.139.Bayi itu comel sekali.140.Bangunan baru itu tinggi sekali.

ter- + amat/sangat + kata adjektif. Contohnya:

141.Penerbangan ke Mesir teramat lama.142.Cincin itu teramat mahal.143.Bandar raya Tokyo tersangat padat.

amat/sunguh/sangat + kata adjektif + sekali. Contohnya:

144.Pokok di kawasan perumahan itu amat tinggi sekali.145.Lelaki tua itu sungguh baik sekali.146.Ruang tamu rumah Hajar sangat luas sekali.

Penggunaan dua kata penguat seperti dalam contoh ayat di atas bukan lewah. Hal ini demikian kerana penggunaan kedua-dua kata penguat itulah yang menunjukkan darjah penghabisan.

terlalu/terlampau. Contohnya:

147.Bapa Kam Wai terlalu garang.148.Penjahat itu terlalu bengis.149.Kehidupan rakyat Somalia terlampau susah.150.Kecurian di kawasan itu terlampau banyak.

maha. Contohnya:

Kata penguat ini merupakan kata perbandingan dengan maksud “keagungan.” Ia sering digunakan untuk Allah dan untuk raja yang memerintah. Contohnya:

151.Allahlah yang Maha Kaya.152.Allah Maha Besar153.Duli Yang Maha Mulia itu Sultan Perak.