Upload
pesona-algebra
View
1.077
Download
22
Embed Size (px)
DESCRIPTION
tata sajian melayu dan cina cara tatasajian meja cara melayu dan cina.makan besar cina.susunan meja melayu
Citation preview
Peranggu meja ialah susun atur meja hidangan
Ianya berbeza mengikut setiap bangsa dan kaum setempat
Terdapat pelbagai jenis peranggu meja yang melibatkan sajian melayu, sajian cina, sajian india, sajian barat.
Bagi orang bukan Cina, perkara utama perlu dipelajari sebelum boleh menikmati makanan Cina ialah cara menggunakan kayu sepit.
1. Berikut ialah panduan untuk membantu menggunakan kayu sepit:
2. Pegang kayu sepit dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu dengan lagi satu sepit (yang sebelah bawah) terletak di atas jari manis dan ruang di antara ibu jari dan jari hantu.
3. Tiga jari utama digunakan untuk mengawal pergerakan sepit pertama (yang di atas)
TATACARA MENGATUR ALAT-ALAT DI MEJA CARA CINA
Hujung kayu sepit mesti terletak di atas alasnya atau di atas pinggan atau sudu.
Jika tidak tahu menggunakan kayu sepit, mintalah sudu dan garfu.
Biasanya mengatur alat-alat di meja cara Cina memerlukan kayu sepit diletakkan di sebelah kanan.
Gelas teh Cina pula diletakkan di sebelah hadapan tetamu. Sementara mangkuk nasi dan sup diletakkan di sebelah piring.
Dua biji sudu makan diletakkan di bahagian tengah meja bulat yang boleh dipusing-pusingkan.
Biasanya meja hidangan berbentuk bulat digunakan.
Penyepit diletakkan di atas pengalas penyepit dan disusun di sebelah kanan pinggan / mangkuk.
Cawan teh diletakkan di sebelah kanan penyepit.
Dalam tatasajian Cina, tetamu biasanya menggunakan kayu sepit untuk makan.
b) Jenis hidangan yang dihidangkan mengikut susunan hidangan makanan dan
biasanya antara 5 atau lebih jenis makanan.
c) Pelayan akan melayan dan menyendukkan makanan ke dalam piring dan
mangkuk tetamu
d) Hidangan biasanya diletakkan di atas alat yang boleh dipusing-pusingkan
supaya senanag mengambil makanan.
e) Dessert juga dihidangkan dengan cara yang sama.
f) Minumannya adalah teh cina
g) Tetamu boleh meminta sudu atau garfu sekiranya tidak mahu menggunakan
kayu sepit.
h) Meja bulat biasanya digunakan dan setiap meja diperuntukkan seorang pelayan.
TIPS DI MEJA MAKAN:
1) Apabila menyedok sup, gunakan senduk sup yang disediakan. Jangan menggunakan sudu sup anda sendiri. Sudu sup dengan perlahan, bertertib dan tidak gelojoh.
2) Gunakan camca/sudu penghidang yang disediakan bagi setiap hidangan/makanan. Jangan sekali-kali menggunakan kayu penyepit atau garfu sendiri.
3) Lazimnya hidangan Cina diiringi dengan pelbagai sos. Pastikan anda mengambil sos ke dalam pinggan anda. Jangan sekali-kali mencelup makanan di bekas hidangan.
4) Tulang ayam/tulang ikan diletakkan di atas tepi pinggan anda atau di piring yang disediakan. Jangan sekali-kali meletakkannya di atas meja. 5) Jangan berebut-rebut. Tunggu giliran apabila memusing bulatan pemusing.6) Jika tempat penyepit disediakan, pastikan anda meletakkannya semula apabila habis hidangan.