Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

Citation preview

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    1/21

    P e r l a n s k a p a n |

    UNIT X

    TANAMAN HIASAN UNTUK LANSKAP

    HASILPEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda dapat:

    1. Mengetahui jenis dan contoh pokok naungan, renek, penutup bumi, turf dan palma.2. Mengenalpasti ciri fizikal pokok naungan, renek, penutup bumi, turf dan palma.3. Membezakan fungsi dan kegunaan pokok naungan, renek, penutup bumi, turf dan palm

    dalam lanskap.

    1.0 PENGENALANanaman hiasan merupakan elemen lanskap lembut (softscape) yang penting bagi mewujudka

    pemandangan yang indah. Biasanya tanaman hiasan digabungkan dengan elemen bukan hidupan ata

    lanskap kejur (hardscape) seperti batu, bangunan, serta struktur keras yang lain. Terdapat beberap

    kumpulan tanaman hiasan yang digunakan di dalam lanskap. Tanaman hiasan terbahagi kepada beberapa jen

    mengikut kegunaan, fungsi, tekstur, skala, warna, bentuk dan ciri pertumbuhannya.

    Tanaman hiasan boleh dibahagikan kepada 12 jenis tumbuhan iaitu pokok naungan atau saka, pokok palma

    pokok renek, kaktus dan lendair (sukulen), pokok orkid, rumput turf, tumbuhan memanjat dan menjalar, tanama

    hiasan dalaman, tanaman penutup bumi dan tanaman semusim, tumbuhan herba serta tumbuhan air (akuatik

    Bagi mendapatkan lanskap yang menarik dan kreatif, pemilihan dan gabungan tanaman hiasan perlu dibe

    perhatian.

    Terdapat pelbagai jenis tanaman yang dijadikan sebagai tanaman hiasan. Tiap-tiap jenis tumbuhan ini suka

    dikenali. Walaubagaimanapun, tumbuh-tumbuhan ini dapat dikenal pasti dengan lebih tepat denga

    menggunakan sistem tatanaman yang diterima seluruh dunia yang dipanggil sebagai Sistem Tatanama BinomiaIa diperkenalkan oleh Carolus Linneeus, seorang ahli Biologi. Dalam sistem ini, nama saintifik bagi tumbuha

    dinyatakan dalam dua nama iaitu nama genus dan nama spesies. Contohnya pokok kemuning, diberi nam

    Murraya exotica.

    Cara penulisan nama saintifik adalah samada:

    1. Murraya exotica (italik pada kedua-dua nama genus dan spesies)2. Murraya exotica (nama genus dan spesies digariskan berasingan)

    T

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    2/21

    P e r l a n s k a p a n |

    Berikan nama saintifik bagi tanaman hiasan lanskap di bawah dengan cara penulisan yang betul.

    1. Pokok kenanga: _________________________2. Pokok beringin: _________________________3.

    Pokok pinang merah: _______________________4. Pokok serunai laut: __________________________

    5. Pokok kemunting cina: _______________________2.0 POKOK NAUNGANPokok naungan ditanam untuk mendapatkan teduhan di kawasan tertentu. Ia juga boleh juga digunakan sebaga

    penahan angin. Biasanya terdiri dari jenis saka dan berbatang tunggal. Juga dikenali sebagai pokok pinggira

    jalan.Tumbuh rendang dan mempunyai kanopi yang padat, boleh mencapai 10 meter tinggi dan boleh hidu

    melebihi 50 tahun. Contohnya pokok semarak api (Delonix regia), tembusu (Fragea fragrans), bung

    (Lagerstroemia speciosa), bunga tanjung (Mimusop elengi) dan hujan-hujan(Enterolobium saman).

    2.1 CIRI-CIRI POKOK NAUNGAN1. Bentuk

    Pokok naungan mempunyai bentuk silara yang berbeza-beza. Secara umumnya, terdapat lapan jen

    bentuk silara:

    a. bujur telur (ovoid/oval)- Bentuk silaranya lebar di bahagian bawah.- Nisbah lebar silara dan ketinggian ialah 1:2.

    Contoh: Pokok merawan siput jantan (Hopea odorata), dikenali sebagai cengal pasir.

    Bentuk bujur Hopea odorata Biji Hopea odorata

    b. memanjang (columnar)- Bentuk silaranya adalah bujur memanjang.- Contoh: Pokok jelutong (Dyera costulata)

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    3/21

    P e r l a n s k a p a n |

    Bentuk memanjang Dyera costulata

    c. kun (cone/pyramidal)- Bentuk silaranya adalah segi tiga yang melebar di bahagian bawah dan menirus

    di bahagian atas.

    - Contohnya : Pokok tuja (Thuja orientalis)

    Bentuk kun Thuja orientalis

    d. piramid terbalik/terbuka (obovoid/vase)- Bentuk silaranya lebar di bahagian atas.- Nisbah ketinggian dan lebar silaranya ialah 2:1.- Contoh: Pokok mahogany (Swietenia macrophylla)

    Bentuk piramid terbalik

    e. mengurai (droopy/weeping)- Bentuk silaranya tidak menentu tetapi ranting dan daunnya akan tumbuh ke arah

    tanah.

    - Contoh: Pokok janda merana (Salix babylonica)

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    4/21

    P e r l a n s k a p a n |

    Bentuk mengurai Salix babylonica Daun Salix babylonica

    f. bulat (globular)- Bentuk silaranya bulat.- Contoh: Pokok tulang daing atau pokok kedang belum (Milletia atropurpurea)

    Bentuk bulat Milletia atropurpurea

    g. mendatar/pepayung (horizontal)- Bentuk silara tidak sekata.

    - Dahan akan membesar atau membuka secara mendatar.

    - Contoh: Pokok semarak api(Delonix regia)

    Bentuk mendatar Delonix regia

    h. rampak (irregular)- Bentuk silaranya tidak menentu- Contoh: Pokok batai laut (Peltophorum pterocarpum)

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    5/21

    P e r l a n s k a p a n |

    Bentuk rampak Peltophorum pterocarpum

    2. UkuranSaiz pokok naungan akan mempengaruhi skala ruang, keindahan komposisi, dan rangka keseluruha

    rekabentuk. Pokok naungan mempunyai saiz dan kadar tumbesaran yang berbeza:

    a. Cepat membesar (2.5 m setahun)- Contoh: angsana(Pterocarpus indicus)

    b. Sederhana membesar (1.52.5 m setahun)

    - Contoh: mahagony (Swietenia macrophylla)

    a. Lambat membesar (kurang 1.5 m setahun)- Contoh: tembusu(Fagraea fragrans)

    Pterocarpus indicus Swietenia macrophylla Fagraea fragrans

    Ketinggian pokok naungan dirujuk pada ketinggian semasa matang.

    a. Pokok rendah (410 m)- tapak kuda (Bauhinia purpurea)

    b. Pokok sederhana tinggi (1015 m)

    - kayu manis (Cinnamomum iners), pokok mempisang (Polyalthia longifolia)c. Pokok tinggi ( > 15 m)

    - jati (Tectona grandis)

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    6/21

    P e r l a n s k a p a n |

    Bauhinia purpurea Cinnamomum iners Polyalthia longifolia

    Pokok Bucida molinetiatau dikenali sebagai pokok doa atau Black olive tree ini dapat memberikan im

    yang cantik dan teratur menyebabkan pokok Bucida Molineti ini sangat sesuai ditanam di jalan-jala

    utama. Memiliki saiz yang sederhana besar, silara tegak dan batang lurus juga merupakan faktor utam

    mengapa pokok Bucida ini sangat sesuai ditanam untuk lanskap protokol selain dapat mewujudkan ime

    formal jalan protokol.

    Bucida Molineti

    3. TeksturTekstur merujuk pada saiz dan warna daun.

    a. Pokok berdaun besar bertekstur kasar.

    - pokok ketapang (Terminalia catappa)

    b. Pokok berdaun keciltekstur halus

    - pokok semarak api (Delonic regia)

    c. Daun berwarna hijau gelaptekstur kasar- pokok bunga tanjung (Mimusop elengi)

    d. Daun berwarna hijau mudatekstur halus

    - pokok rhu (Casuarina nobilis)

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    7/21

    P e r l a n s k a p a n |

    Mimusop elengi Casuarina nobilis

    4. WarnaKebanyakan pokok naungan berwarna hijau tetapi ada juga yang daunnya berwarna-warni ata

    mengalami perubahan warna pada masa-masa tertentu.

    Contoh: dedap batik (Erythrina variegata), daunnya padat dan akan gugur apabila berbunga.

    penaga lilin (Mesua ferrea) merupakan pokok kebangsaan Sri Lanka.

    Erythrina variegate Mesua ferrea

    5. Ciri-ciri pemilihanCiri-ciri pemilihan sebagai pokok naungan atau pinggiran jalan:

    a. Ketinggian melebihi 5 m

    b. Dahannya tidak mudah sekah.

    c. Kanopinya padat

    d. Pokoknya tegap dan kuat

    e. Tidak mempunyai akar banir yang boleh merosakkan jalanraya.

    f. Tidak mempunyai buah yang beracun serta daun yang besar dan mudah gugur.g. Kos penyenggaraannya rendah.

    Ciri-ciri lain:

    a. mempunyai bau- contoh: kemboja (Plumeria obtusa) dan cempaka kuning (Michelia champaca)

    b. mempunyai khasiat perubatan

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    8/21

    P e r l a n s k a p a n |

    - contoh: pala(Myristica fragrans)

    c. Boleh menjadi perasa atau rempah

    - contoh: kayu manis (Cinnamomun iners)

    d. Mempunyai bahagian yang beracun

    - contoh: kemboja merah (Plumeria rubra) dan dedap batik (Erythrina variegate)

    Plumeria rubra

    2.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN POKOK NAUNGAN Sebagai pokok naungan di kawasan tertentu Sebagai penahan dan penapis angin Sebagai latar belakang pemandangan Sebagai sempadan Untuk mengawal hakisan Untuk menceriakan landskap Untuk memberikan bauan Untuk mengawal iklim mikro dan makro.

    Bagi mendapatkan maklumat ringkas mengenai jenis tanaman hiasan, sila layarihttp://www.youtube.com/watch?v=H-NEbi4keYQhttp://www.youtube.com/watch?v=Fn5EFsogsbk

    3.0 POKOK RENEKPokok renek adalah pokok berbatang kayu yang mengeluarkan banyak dahan serta ranting dari bahagia

    pangkal. Ia mempunyai ketinggian kurang daripada lima meter. Sesetengah daripada tumbuhan rene

    mengeluarkan bunga yang menarik atau mempunyai daun yang pelbagai warna dan bentuk. Conto

    tumbuhan renek ialah: ekor kucing (Acalypha sp.), puding (Codiaeum sp.), bunga raya (Hibiscus ros

    sinensis), bunga kertas (Bougainvillea sp.) dan bunga siantan (Ixora sp.). Pokok-pokok ini amat sesu

    digunakan sebagai pokok hiasan dalam pasu atau secara berkumpulan di dalam satu kawasan. Selain it

    http://www.youtube.com/watch?v=H-NEbi4keYQhttp://www.youtube.com/watch?v=H-NEbi4keYQhttp://www.youtube.com/watch?v=Fn5EFsogsbkhttp://www.youtube.com/watch?v=Fn5EFsogsbkhttp://www.youtube.com/watch?v=Fn5EFsogsbkhttp://www.youtube.com/watch?v=H-NEbi4keYQ
  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    9/21

    P e r l a n s k a p a n |

    ada juga pokok renek yang mempunyai daun yang cantik dijadikan daun keratan untuk gubahan bung

    seperti buluh jepun (Dracaena godseffiana), pokok drasina, jenjuang dan puding.

    3.1 CIRI-CIRI POKOK RENEK1. Bentuk

    Pokok renek mempunyai berbagai bentuk, contohnya:

    a. BulatSiantan (Ixora javanica)

    b. MenguraiKasia(Cassia biflora)

    Pokok kasia juga sesuai dijadikan pokok penghadang, tanaman di kawasan cerun, tanama

    di tepi jalan dan sebagai pembahagi jalan.

    c. Rampaktekomaria (Tecomariasp.)

    Ixorasp. Cassia biflora Tecomariasp.

    2. UkuranMerujuk kepada ketinggian yang dicapai pada peringkat matang.

    a. Pokok renek tinggi (1.54 m)

    Callistemon viminalis(bottle brush)

    b. Pokok renek sederhana tinggi (11.5 m)

    Hibiscus rosa sinensis(bunga raya)

    c. Pokok renek rendah (< 0.5 m)

    Ixora sunkist(siantan)

    Kadar tumbesaran pokok renek boleh dikategorikan kepada cepat (612 bulan), sederhana (1 -2

    tahun) dan lambat (> 2 tahun).

    3. TeksturMempunyai pelbagai tekstur

    a. Tekstur kasarJejarum(Ixora javanica)

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    10/21

    P e r l a n s k a p a n | 1

    b. Tekstur halusRubia(Pentas coccinea)

    4. WarnaPokok renek paling banyak warna berbanding kumpulan tumbuhan lain. Sebab itu pokok renek banya

    digunakan untuk mewarnai landskap. Kebanyakan mempunyai daun berwarna hijau tetapi terdapajuga yang berwarna hijau putih dan pelbagai warna. Contohnya seperti pokok puding (Cadiaeu

    variegatum), jenjuang (Cordyline terminalis), drasina (Dracaena spp.) dan duranta (duranta repens

    Selain itu, pokok renek juga mempunyai warna bunga yang menarik seperti seperti pokok akali

    kuning (Acalypha wilkesiana), mengkudu siam (Pisonia alba), bunga kertas (Bougainvillea spectabil

    variegata), bunga tiga bulan atau hydrangea (Hydrangea macrophylla) dan bunga melati (Jasminu

    sambac). Perkataan hydrangea bermaksud bekas air kerana bunganya menyerupai bekas air. Namu

    pokok ini mengandungi racun pada bahagian mata tunas, daun dan dahannya. Pokok melati sanga

    digemari oleh kaum India untuk upacara keagamaan.

    Cordyline terminalis Dracaena spp. Hydrangea macrophylla

    5. BungaBunga pokok renek mempunyai pelbagai warna dan keunikannya. Contohnya: bunga raya(Hibiscus

    rosa sinensis), bunga kertas(Bougainvillea sp.), balung ayam (Celosia argentea) dan janda kaya

    (Mussaenda philippica).

    Bougainvillea sp. Mussaenda philippica Celosia argentea

    6. Ciri-ciri lainMempunyai banyak khasiat perubatan atau terapeutik. Contohnya seperti pokok kemunting cin

    (Catharanthus roseus) dan pokok kecubung kampong (Datura alba). Pokok kamunting cina dikataka

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    11/21

    P e r l a n s k a p a n | 1

    Kelopak bunga raya digunakan untuk mengilatkan kasut

    di negara India.

    mengandungi viblastinyang boleh mengubati penyakit tumor. Di India dan Filipina, ia dijadikan sebaga

    ubat kencing manis kerana pada daunnya mengandungi vindolin yang boleh mengurangkan gula

    dalam darah. Pokok D. Albaboleh mengubatai sengal tulang, sakit pada sendi, terseliuh dan sak

    telinga menggunakan daunnya. Namun, terdapat juga spesis lain seperti Datura suaveolen

    mengandungi racun yang berbahaya pada manusia terutama yang terdapat pada bahagian daucecair pokok dan biji benih.

    Selain itu, ciri memanjat dan menjalar juga antara faktor pemilihannya seperti pokok bunga kerta

    (Bougainvillea sp.) dan naga buana (Phyllanthus myrtifolius). Bunga yang tahan lama dan menarik jug

    antara ciri pemilihan pokok renek. Contohnya seperti pokok pepanggil atau bunga pagod

    (Clerodendrum paniculatum). Bunga pada pokok ini boleh bertahan selama beberapa minggu. D

    samping itu juga ia boleh menarik rama-rama untuk menghampirinya. Pokok ini boleh dijadika

    tanaman spesimen, tanaman tunggal di tepi jalan atau tanaman campuran dengan tanaman lain

    Faktor aroma juga turut menjadi pilihan seperti pokok bunga cina ( Gardenia jasminoides) dan poko

    melati (Jasminum sambac). Ia boleh ditanam sebagi pokok pagaran, tanaman berkelompok atatanaman tunggal.

    Catharanthus roseus Bougainvillea sp. Phyllanthus myrtifolius

    Clerodendrum paniculatum Gardenia jasminoides Jasminum sambac

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    12/21

    P e r l a n s k a p a n | 1

    3.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN POKOK RENEKPokok renek mempunyai pelbagai kegunaan dan fungsi antaranya ialah sebagai:

    a. Pagaran.Pokok pagaran biasanya ditanam rapat-rapat di dalam barisan. Pokok pagaran boleh dibiarkatumbuh secara semulajadi atau dipangkas kepada bentuk tertentu. Contohnya seperti pokok mel

    (Jasminum sambac), teh pagar (Acalypha siamensis), eritia (Ehretia microphylla) dan kuku gerod

    (Polyscias filicifolia).

    b. Pemisah kawasanPokok siantan (Ixora javanica)

    Pokok siantan sebagai pemisah kawasan

    c. Penanda dan penunjuk arah jalanPokok janda kaya (Mussaenda philippica)

    Pokok janda kaya sebagai penunjuk arah jalan

    d. Tanaman latar hadapanPokok bunga tahi ayam (Lantana camara)

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    13/21

    P e r l a n s k a p a n | 1

    Pokok bunga tahi ayam sebagai latar hadapan

    e. Penutup bumiPokok wedelia (Wedelia triloba)

    Pokok wedelia sebagai penutup bumi

    f. Titik tumpuanPokok berus botol (Callistemon viminalis)

    Pokok berus botol

    g. Tanaman bonsaiPokok bunga kertas (Bougainvillea sp.)

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    14/21

    P e r l a n s k a p a n | 1

    Permintaan terhadap pokok limau kasturi (pokok renek) pasti akan meningkat

    sempena tahuan baru Cina sebagai tanaman hiasasan kerana menurut kepercayaan

    mereka, limau melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

    Pokok bunga kertas sebagai tanaman bonsai

    h. Pintu gerbangPokok bunga kertas (Bougainvillea sp.) dan Pokok bunga loceng (Allamanda catharica)

    Pokok bunga kertas dijadikan pintu gerbang

    Pokok renek sering digunakan sebagai tulang belakang atau teras kerana kegunaannya yang fleksibe

    Pokok renek boleh dibentuk menggantikan pokok saka contohnya pokok bottle brush (Callistemo

    viminalis). Selain itu, ia juga boleh juga dipangkas pendek menjadi penutup bumi seperti Ixora sunkist.

    Yang manakah antara berikut tumbuhan renek?

    A. KaktusB. Pokok ekor kucingC. Pokok resam batuD. Pokok lidah jin

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    15/21

    P e r l a n s k a p a n | 1

    4.0 TANAMAN PENUTUP BUMITanaman penutup bumi ialah tumbuhan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 30 cm da

    permukaan tanah. Kebanyakannya terdiri daripada tumbuhan yang tumbuh secara melata atau menjalar

    permukaan tanah. Fungsinya untuk menutup permukaan bumi. Contohnya ros Jepun (Portulac

    grandiflora), pokok jejari hantu (Alternantherasp.) dan pokok sambang darah (Hemigraphissp.).

    Kenalpasti dan tuliskan nama saintifik bagi tanaman penutup bumi di bawah dengan cara penulisa

    yang betul.

    ________________________ _______________________ ________________________

    4.1 CIRI-CIRI POKOK PENUTUP BUMIi. Bentuk

    Mempunyai pelbagai bentuk.

    a. Bulat

    Contoh: honey suckle(Lonicera sp.)

    b. BerjuntaiContoh: pandan (Pandanus pygmaeus)

    c. Rampak

    Contoh: ophiopogon (Ophiopogon sp.)

    Pandanus pygmaeus

    ii. Ukuran

    a. Tumbesaran cepat

    Contoh: wedelia (Wedelia trilobata)

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    16/21

    P e r l a n s k a p a n | 1

    b. Tumbesaran lambat

    Contoh: zyphyranthes (Zyphyranthes sp.)

    Zyphyranthes sp.

    iii. Tekstur

    a. Tekstur kasarContoh: hemigrafis (Hemigraphis colorata)

    b. Tekstur halus

    Contoh: bambu halus (Bambusa ventricosa)

    Bambusa ventricosa

    iv. Warna

    Daun

    a. Berwarna hijauContoh: creeping charlie(Pilea nummulariifolia)

    b. Berwarna hijau merahContoh: alternantera(Alternanthera sp.) dan hemigrafis(Hemigraphis alternata)c. Berwarna hijau putih (variegated)

    Contoh: pilea perak(Pilea cadierei)

    Bunga

    a. Berwarna merah/putih/merah jambu

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    17/21

    P e r l a n s k a p a n | 1

    Contoh: rose jepun(Portulaca grandiflora)

    b. Berwarna kuningContoh: wedelia (Wedelia trilobata), pokok kacang kuning (Arachis pintoi)

    Arachis pintoi

    Ciri-ciri Pemilihan sebagai Tumbuhan Penutup Bumi

    a. Cepat melatab. Berdaun padatc. Tahan daripada serangan perosak

    4.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN TUMBUHAN PENUTUP BUMI

    Menghalang hakisan Menutup permukaan bumi di kawasan cerun Menarik kehadiran serangga dan unggas kecil. Memberi warna landskap Menggabungkan tumbuhan dalam rekabentuk landskap.

    5.0 RUMPUT TURF

    Rumput turf ialah sekumpulan rumput daripada keluarga Poaceae yang ditanam dan dijaga dengan rapi

    padang permainan, halaman rumah, padang lumba kuda, padang golf dan pinggiran jalan. Contoh rumput tu

    yang biasa ditanam ialah Broadleaf carpet grass (Axonopus compressus), rumput Serangoon (Digitar

    didactyla), rumput bermuda (Cynodon dactylon), Japanese Lawn Grass (Zoysia japonica), St.Augustine Gras

    (Stenotaphrum secundatum) dan rumput zoysia(Zoysia matrella).

    a. Axonopus compressusRumput ini dikenali sebagai rumput tikar, rumput parit atau Broadleaf crapet grass. Ia merupakan rump

    yang paling terkenal ditanam di Malaysia samada di kawasan halaman rumah, pinggir jalan, padan

    permainan dan cerun. Selain itu, rumput ini sesuai ditanam di atas pelbagai jenis tanah dan tahan lasa

    Penyelenggaraannya juga lebih mudah berbanding jenis rumput yang lain. Axonopus affinis adala

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    18/21

    P e r l a n s k a p a n | 1

    sejenis rumput yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan rumput jenis ini. Namun, bentukny

    lebih tirus dan kurang lasak berbanding rumput tikar.

    Axonopus compressus

    b. Cynodon dactylonRumput ini dikenali sebagai rumput bermuda dan kebanyakannya ditanam di kawasan padang golRumput ini mempunyai daun yang halus dan permukaan yang cantik. Namun, ia memerluka

    penyelenggaraan yang rapi. Rumput ini perlu dipotong secara berkala kerana pertumbuhannya aga

    agresif dan boleh mendatangkan persaingan pada tanaman hiasan berdekatan. Rumput ini memerluka

    cahaya matahari yang banyak dan tidak tahan kepada naungan. Antara kacukan lain rumput ini adala

    Tifgreen, Tifdwarfdan Tiflawn.

    Cynodon dactylon

    c. Digitaria didactylaRumput ini dikenali sebagai rumput Serangoon dan kebanyakannya juga ditanam di kawasan padan

    golf. Rumput ini mempuyai daun yang tirus dan berwarna hijau kebiruan. Pertumbuhan rumput jenis in

    lebih cepat di kawasan tanah yang subur dan saliran yang baik. Ia tidak sesuai ditanam di kawasa

    naungan.

    d. Zoysia matrellaRumput zoysia juga dikenali sebagai rumput Taiwan. Rumput ini mempunyai daun yang tirus da

    mencucuk sedikit apabila dipijak. Pertumbuhanya agak lambat namun padat jika dipotong secar

    berkala. Rumput ini tahan pada naungan, boleh ditanam pada tanah berasid dan sesuai untuk rumpu

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    19/21

    P e r l a n s k a p a n | 1

    hiasan halaman rumah. Rumput jenis ini agak keras dan liat serta lebih mudah dipotong menggunaka

    mesin jenis ril.

    e. Eremochloa ophiuroidesRumput ini juga dikenali sebagai rumput lipan. Ia mempunyai daun yang kasar serta mempunyapertumbuhan yang agak lambat. Rumput jenis ini mampu hidup dengan baik pada kawasan tanah yan

    kurang subur dan tahan pada naungan. Rumput lipan ini sesuai untuk menstabilkan tanah. Namun, i

    tidak begitu sesuai ditanam di padang permainan kerana tidak tahan pijakan.

    f. Stenotaphrum secundatumRumput ini juga dikenali sebagai rumput St. Augustine. Ia mempunyai tekstur yang kasar dan berwarn

    hijau muda serta tahan pada naungan dan semburan air laut. Rumput jenis ini mempunyai pertumbuha

    yang agresif dan boleh hidup pada pelbagai jenis tanah yang bersaliran baik.

    5.1 CIRI-CIRI POKOK PENUTUP BUMI

    i. BentukRumput turf tumbuh secara melata dan menjalar di permukaan tanah.Biasanya ia mempunyai samadatekstur kasar dan halus. Pemilihan tekstur daun adalah mengikut kegunaannya di sesuatu kawasan.

    ii. UkuranMempunyai ketinggian kurang daripada 15 cm dari permukaan tanah. Tumbesarannya berbeza antarsatu sama lain.

    iii. TeksturRumput turf mempunyai pelbagai tekstur mengikut saiz dan bentuk lai daun.

    a. Tekstur kasar dan berdaun lebarContoh: Broadleaf carpet grass(Axonopus compressus)

    b. Tekstur sederhanaContoh: Rumput zoysia(Zoysia matrella)

    c. Tekstur halusContoh: Rumput bermuda(Cynodon dactylon)

    iv. Warna

    - Berwarna hijau, hijau muda atau hijau kebiruan.- Warnanya juga dipengaruhi oleh cara pemotongan, jenis mesin pemotongan dan kekerapa

    pemotongan.

    v. Ciri-ciri pemilihan sebagai rumput turf

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    20/21

    P e r l a n s k a p a n | 2

    Teknik yang digunakan untuk menghasilkan manilagrass (Zoysia matrella) di

    Bangkok yang mengambil masa selama 30-40 hari selepas ditanam.

    Sila layari:http://www.youtube.com/watch?v=frUkAmBSKyg

    a. Cepat melata

    b. Tahan penyakit

    c. Berdaun padat

    d. Tahan dipijak

    e. Tahan kemarau

    5.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN RUMPUT TURF

    Melindungi dan menahan tanah daripada hakisan. Mengurangkan suhu persekitaran Menyerap debu dan asap kenderaan. Latar depan rekabentuk landskap. Penyambung susunan gabungan pokok dalam landskap. Penghubung antara landskap lembut dengan landskap kejur. Sebagai pelapik.

    6.0 POKOK PALMA

    Pokok Palma merupakan sekumpulan tumbuhan dalam famili Palmae. Ia merupakan tumbuha

    monokotiledon yang terbesar saiznya. Palma mempunyai batang yang tunggal, tidak bercabang da

    diakhiri dengan sejambak daun. Ia terbahagi kepada 2 kumpulan:

    a. Palma berbatang tunggalmempunyai satu batang yang tumbuh tegak dan lurus dalam

    pelbagai saiz dan ketinggian.

    Contoh: Veitchia merillii(pinang manila),Areca catechu(pinang makan), Borassus flabellifer(lontar).

    b. Palma berumpunmempunyai beberapa batang yang tumbuh daripada pangkalnya.

    Contoh: Raphis excelsa(Ladys palm), Chrysalidocarpus lutescens(pinang kuning), Cyrtostachys lakk

    (Pinang merah/raja).

    6.1 CIRI-CIRI POKOK PALMA

    i. BentukTumbuhan ini tumbuh tegak dan mempunyai bentuk yang pelbagai. Keunikan pokok-pokok palm

    terletak pada bentuk batang dan daunnya.

    Contoh: palma kubis(Roystonea oleareaceae)

  • 5/24/2018 Tanaman Hiasan Untuk Lanskap

    21/21

    P e r l a n s k a p a n | 2

    ii. Ukuran

    Boleh membesar dan meninggi dari 10 cm hingga 25 m. Ada yang cepat tumbesarannya.

    Contoh: Veitchia merillii. Antara yang lambat tumbesarannya ialah Hyophorbe lagenicaulis(palma botol)

    Biasanya tumbesaran palma berbatang tunggal setinggi 30 cm setahun.

    iii. Tekstur

    Mempunyai tekstur yang berbeza-beza mengikut saiz batang dan silara pokok.

    Contoh: Palma bertekstur kasar, Caryota mitis(tukas)

    Contoh: Palma bertekstur halus, Rhapis humilis(rapis kecil) dan Chamaedorea erumpens(palma buluh

    iv. Warna

    Sesetengahnya mempunyai pelepah yang berwarna seperti palma merah dan palma kuning. Buahny

    yang masak berwarna merah dan ini memberikan warna yang menarik.

    Contoh: Veitchia merillii

    6.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN POKOK PALMA

    Tanaman pinggiran jalan Pagaran atau sempadan Tanaman kelompok atau tunggal Tanaman hiasan dalam pasu Penapis angina Taman tema formal cth: landskap bercirikan Islam dan taman tropika.

    7.0 PENUTUP