136
Tanah Menyara Hidup Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Marcus Colchester, Wee Aik Pang, Wong Meng Chuo dan Thomas Jalong

Tanah Menyara Hidup · Tanah Menyara Hidup: Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak oleh Marcus Colchester, Wee Aik Pang, Wong Meng Chuo dan Thomas Jalong

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Tanah Menyara Hidup

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

Marcus Colchester, Wee Aik Pang,Wong Meng Chuo dan Thomas Jalong

Tanah Menyara Hidup: Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak oleh Marcus Colchester, Wee Aik Pang, Wong Meng Chuo dan Thomas Jalong. Edisi Bahasa Malaysia ini diterbitkan pertama kali pada tahun 2008 oleh Forest Peoples Programme

dan Perkumpulan Sawit Watch.

Buku ini merupakan terbitan keempat dari siri penerbitan oleh Forest Peoples Programme dan Perkumpulan Sawit Watch. Siri ini diterbitkan dengan tujuan mengkaji kesan sosial dan alam

sekitar akibat pengembangan perladangan kelapa sawit. Dua buku yang diterbitkan pada tahun 2006 berjudul, Tanah yang Dijanjikan: Minyak Sawit dan Pembebasan Tanah di Indonesia–

Implikasi terhadap Masyarakat Lokal dan Masyarakat Adat oleh Marcus Colchester, Norman Jiwan, Andiko, Martua Sirait, Asep Yunan Firdaus, A. Surambo dan Herbert Pane, oleh Forest

Peoples Programme, Perkumpulan Sawit Watch, HuMA dan ICRAF; dan Hantu Di Tanah Kami Sendiri: Petani Kelapa Sawit Indonesia dan Pertemuan tentang Minyak Sawit Berlanjutan

(RSPO) oleh Marcus Colchester dan Norman Jiwan diterbitkan oleh Forest Peoples Programme dan Perkumpulan Sawit Watch. Buku ketiga dalam siri ini adalah The Nagari Community,

Business and the State oleh Dr. Afrizal diterbitkan pertama kali pada tahun 2007 oleh Forest Peoples Programme, Perkumpulan Sawit Watch dan Universitas Andalas.

Hak Cipta Terpelihara@ FPP dan SW

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini dibenarkan mengeluar ulang oleh majalah mahupun suratkhabar, dengan terlebih dahulu diperakui para penulis serta penerbitnya

iaitu Forest Peoples Programme dan Perkumpulan Sawit Watch.

Forest Peoples Programme (FPP)1c Fosseway Business Centre

Stratford Road, Moreton-in-MarshGL56 9NQ, EnglandTel: 01608 652893

Faks: + 44 1608 652878E-mel: [email protected]

Laman web: www.forestpeoples.org

Perkumpulan Sawit Watch (SW)Jl. Sempur Kaler No. 28

16129 – Bogor, West Java Indonesia

Tel: +62-251-352171Faks: +62-251-352047

E-mel: [email protected] Laman web: www.sawitwatch.or.id

Buku ini juga diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, berjudul “Land is Life. Land Rights and Oil Palm Development in Sarawak” (2007).

Terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Carol Yong Ooi Lin.

Dalam menterjemahkan buku ini, unsur budaya tempatan/penutur telah diberi perhatian khusus terutama kata atau istilah yang biasa diguna untuk mendapat takrif kata yang seboleh-bolehnya tepat dan padat. Walau bagaimanapun, ciri-ciri perbezaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia

tidak dapat dielakkan, sekalipun maklumat yang terkandung dalam teks asal telah disemak dengan teliti buat beberapa kali.

ISBN: number needed

Foto muka kulit: Masyarakat Sungai Bawan memprotes terhadap SLDB. Kredit: Wong Meng Chuo

Tanah Menyara Hidup

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

Marcus Colchester, Wee Aik Pang,Wong Meng Chuo dan Thomas Jalong

Sudah berpuluh-puluh tahun masyarakat kami tinggal di kawasan ini dan bercucuk tanam, macam-macam tanaman di tanah itu termasuk padi, pokok buah-buahan dan tanaman kelapa sawit secara kecil-kecilan. Tapi sekarang, kami diberitahu bahawa kami tiada hak lagi mengelolah tanah ini lagi malah diarah supaya berhenti mengguna dan mengusaha tanah sendiri. Jika kerajaan mau ambil tanah kami untuk diberi kepada kompeni luar, mengapa kami tak diberitahu atau diumumkan terlebih dulu dan bayar pampasan yang sepatutnya? Tanah ini macam harta pusaka kami, sekarang dirampas di belakang kami dan diberi kepada pihak lain. Ini sudah macam mencuri, merampas hak orang tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Kerajaan dan pemimpin-pemimpin kita patut melindung hak-hak tanah kami, bukan beri kepada orang lain tanpa beritahu atau runding dengan kami dulu. Hanya untuk kepentingan beberapa orang saja dan beribu-ribu orang menjadi korban, miskin dan lapar hilang tempat mencari nafkah sehari-hari. Kami sudah upah seorang peguam untuk mewakili kami dan memohon supaya arahan ini dibatalkan.

Tuai Rumah Masyarakat Iban, Jupiter Anak Segaran,Rumah Jupiter, Sungai Gelesa, Lembong, Suai,

Sarawak

Kandungan:

1. Ringkasan Eksekutif ....................................................................... 12. Tanah, Penduduk dan Kekuasaan di Sarawak ................................. 53. Sistem Pemilikan Tanah dan Undang-Undang ............................ 104. Sektor Pengeluaran Minyak Sawit di Malaysia ............................ 255. Dasar Kerajaan Sarawak bagi Pembangunan Ladang Kelapa Sawit ............................................................................................. 306. Kes-kes Mahkamah Menyangkut Perladangan Kelapa Sawit ...... 417. Portret Kehidupan Masyarakat Adat Disikat Kelapa Sawit .......... 478. Negeri Sarawak dan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Berlanjutan .................................................................................... 919. Menuju Ke Arah Depan .............................................................. 106

Rujukan ........................................................................................... 110Lampiran 1 : Prinsip-Prinsip dan Kriteria Minyak Sawit Berlanjutan (RSPO) .................................................................... 114Lampiran 2 : Metod Kajian ............................................................... 121

Penghargaan:

Kajian ini telah dikoordinasi oleh Forest Peoples Programme yang bekerjasama-sepakat dengan Perkumpulan Sawit Watch dan rakan-rakan seperjuangan di Sarawak. Dananya dari Oxfam (UK) dan Global Green Grants. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat adat tempatan atas kesediaan mereka memberi sokongan terhadap kajian ini. Mereka memanfaatkan kesempatan ini untuk meluahkan kisah kehidupan dan perjuangan untuk hak-hak mereka. Moga-moga kami boleh menyampaikan pandangan mereka secara tepat. Terima kasih khusus kami kepada Harrison Ngau, Baru Bian, See Chee How, Dominique dan Paul Rajah, serta Nicholas Mujah yang membantu kami dalam pengumpulan maklumat. Buku ini mula-mula diterbitkan dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2007 dan kami ingin memberi penghargaan kepada Rebecca Whitby, Louise Henson dan Julia Overton di England yang telah menyemak manuskripnya. Kami juga ingin memberi penghargaan kepada Komeok yang telah membaca pruf draf Bahasa Malaysia supaya buku ini dapat dimurnikan lagi. Juga kepada Carol Yong kerana telah menterjehmahkan buku ini ke dalam Bahasa Malaysia dengan secara teliti dan terperinci. Yang terakhir, segala pandangan dan tafsiran yang dinyatakan dalam terbitan ini adalah tanggungjawab para penulis.

Saya amat khuatir tentang pembangunan ini sebab ia menjejaskan cara hidup masyarakat saya. Saya tidak setuju dengan pembangunan macam ini dan cara ianya dilaksanakan. Kalau pembangunan perladangan masuk kawasan ini, sudah tentu ada kerosakan dan kehilangan sumber-sumber atas tanah yang menyara hidup kami. Kompeni ini harus mengiktiraf kewujudan kami di sini. Dari zaman nenek moyang hingga sekarang, kami semua dilahirkan dan dibesarkan di sini. Kami mahu terus hidup di tanah ini dan hutan sekelilinginya.

Alung Ju, suku Penan, Ketua Kampung Long Singu, Peliran, Daerah Belaga, Bahagian Kapit, Sarawak

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

1

1. Ringkasan Eksekutif

Sarawak yang terletak di Pulau Borneo merupakan negeri terbesar di Malaysia. Perladangan kelapa sawit di Sarawak semakin pesat hari ini dan menimbulkan konflik dengan orang-orang asal. Menurut Perlembagaan Persekutuan, tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, dan di Sarawak ini boleh menghasilkan golongan elit politik yang berkuasa semata-mata kerana mempergunakan sumber-sumber alam untuk kepentingan atau keuntungan diri sendiri dan turut menguasai bidang ekonomi, terutamanya dalam tempoh 30 tahun yang lalu.

Orang-orang asal Sarawak termasuklah orang Dayak dan orang asal lain yang lazimnya tinggal di kawasan hutan pedalaman dan perbukitan. Walaupun mereka adalah golongan terbesar di Sarawak, namum begitu, laluan terhadap kuasa politik mereka terhad. Mengikut hukum adat, sebahagian besar pedalaman Broneo adalah di bawah kawalan dan jagaan orang-orang asal dengan peraturan-peraturan rumit yang menentukan siapa dan bagaimana tanah diperturunkan, dikerjakan dan dipindah milik.

Malaysia dikatakan mempunyai satu sistem undang-undang yang majmuk iaitu menerima pakai berbagai badan undang-undang yang nyata berjalan serentak dan adat resam diiktirafkan oleh Perlembagaan. Begitu juga kekuasaan dan Mahkamah Adat diiktirafkan di Sarawak. Sampai hari ini mereka mempunyai bidang kuasa mentadbir hal-ehwal masyarakat tempatan dan memutuskan pengadilan. Maka adat resam sesuatu yang benar-benar hidup dan sumber hak-hak di Sarawak, dari segi undang-undang dan amalannya.

Walau bagaimanapun, sejak zaman penjajahan sehingga kini, Kerajaan Negeri Sarawak melalui pelbagai undang-undang dan peraturan-peraturan telah cuba membatas kewujudan hak-hak tanah adat orang asal (NCR).

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

2

Sebagai contoh, membeku tempoh lanjutan dengan tiada permit dan memberi tafsiran bahawa orang-orang asal tidak ada jaminan hak gunapakai yang kukuh atas tanah kerajaan. Selalu juga kerajaan mengaku kawasan seluas 1.5 hingga 2.8 juta hektar telah dikhaskan sebagai tanah NCR, tetapi tidak sebutkan di manakah sebenar kedudukan tanah-tanah ini. Maka kebanyakan masyarakat asal tidak pasti kalau tanah-tanah mereka, atau mana-mana bahagiannya, sudah diiktiraf sebagai NCR dalam batasan tafsiran hak-hak yang kerajaan terangkan.

Kalau pembangunan berasaskan sumber-sumber alam menjadi teras utama dasar ekonomi Kerajaan, nyata pertikaian ke atas tanah berlaku. Terdapat beberapa kes-kes di Mahkamah Tinggi di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya di mana para hakimnya telah memutuskan bahawa tuntutan hak-hak tanah oleh orang-orang asal menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang adat. Termaklum dari kes-kes ini tafsiran ‘NCR’ oleh Kerajaan Sarawak adalah silap. Sebenarnya penghuraian mahkamah sejajar dengan undang-undang antarabangsa tentang hak asasi manusia yang menyatakan orang-orang asal mempunyai hak ke atas tanah mereka mengikut adat resam dan bukan geran yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Sektor penanaman kelapa sawit di Malaysia makin berkembang dengan anggaran jumlah ekspot melebihi RM35 bilion pada tahun 2007, didorong pula dengan permintaan dunia untuk ‘bahan bakar bio’ (bio-fuels). Jelaslah Sarawak menjadi sasaran untuk perluasan perladangan kelapa sawit yang dirancangkan kerana masalah kekurangan tanah di Semenanjung. Sejak 30 tahun yang lalu, Sarawak telah merintis tanaman kelapa sawit tetapi skim-skim yang dikendalikan oleh kerajaan kurang berjaya. Kerajaan Sarawak hari ini menggalakkan penyertaan pihak swasta dalam penanaman kelapa sawit termasuk di atas Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Lands) agar mencapai matlamat melipat-gandakan kawasan penanaman kelapa sawit hingga satu juta hektar dalam masa tiga tahun akan datang. Penanaman juga di atas tanah adat dalam kadar 60,000-100,000 hektar setahun.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

3

Dalam pembangunan Konsep Baru, pemilik-pemilik tanah adat perlu menyerahkan tanah mereka kepada pihak berkuasa selama 60 tahun untuk dibangunkan secara usahasama dengan syarikat-syarikat swasta, dengan pihak berkuasa sebagai pemegang amanah bagi pihak pemilik-pemilik tanah adat. Sebenarnya adalah tidak jelas bagaimana pemilik-pemilik tanah adat mendapat faedah-faedah dari skim-skim ini dan bagaimana mereka dapat menuntut semula tanah selepas tempoh pajak tamat.

Hal-hal lain ialah pertentangan tafsiran mengenai keluasan tanah NCR dan pampasan, proses sebagaimana patut dan faedah-faedah yang dijanjikan. Tidak hairanlah kalau hari ini terdapat lebih dari 100 kes-kes membabitkan pertikaian tanah difailkan di Mahkamah Negeri Sarawak oleh pendakwa orang-orang asal. Kajian ini telah mengenalpasti kira-kira 40 kes berkaitan dengan kelapa sawit.

Keterangan terperinci diperolehi daripada 12 masyarakat-masyarakat asal yang terjejas akibat perladangan kelapa sawit dan masalah-masalah utama yang dikemukakan termasuklah:Konflik-konflik dan pertikaian-pertikaian atas tanahGagal menghormati hak mereka ke atas tanah adatTiadanya ketelusan dalam makluman dan perundinganMelanggar prinsip mendapat persetujuan yang bebas, terdahulu dan

berpengetahuan (Free, prior and informed consent/FPIC)Menafikan hak penentuan perwakilian diri dalam memilih wakil

sendiriBayaran pampasan tidak mencukupi atau tidak dibayarKurang ketelusan dan penyertaan dalam Penilaian Kesan Ke Atas Alam

Sekitar, atau EIA (Environmental Impact Assessment)Kekurangan mekanisme-mekanisme untuk menangani rungutan-

rungutan

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

4

Usaha kerajaan untuk mempromosi sektor kelapa sawit di Sarawak memang tidak sejajar dengan prinsip-prinsip dan kriteria Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Berlanjutan (Roundtable on Sustainable Palm Oil, atau RSPO, sebuah inisiatif yang didorong oleh industri kelapa sawit), malahan didapati beberapa syarikat yang juga anggota RSPO sedang beroperasi di Sarawak.

Pematuhan kepada piawaian RSPO tidak mungkin tanpa pembaharuan dalam undang-undang dan tatacara-tatacaranya di Sarawak. Sistem yang wujud sekarang telah mengabaikan kepentingan para masyarakat dan mungkin tidak menggalakkan pelaburan dalam sektor yang berisiko dan berkonflik ini. Oleh itu, laporan ini mengesyorkan supaya kerajaan dan syarikat-syarikat menyemak semula dan membaiki undang-undang dan tatacara-tatacara mereka supaya seimbang dengan undang-undang antarabangsa dan amalan terbaik dalam industri ini.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

5

2. Tanah, Penduduk dan Kekuasaan di Sarawak

Malaysia terdiri dari 13 negeri-negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, dan tiga wilayah persekutuan. Menurut Perlembagaan Persekutuan, pemisahan antara bidang kuasa perundangan dan pemerintahan adalah jelas. Umpamanya, isu-isu tentang keselamatan negara, dasar luar negeri dan perdagangan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Manakala dasar-dasar dan undang-undang berkaitan dengan tanah dan hutan tertakluk kepada negeri masing-masing. Supaya peka terhadap perasaan rakyat Sarawak dan Sabah menyertai pembentukan Malaysia pada tahun 1963, kedua-dua negeri ini telah diberi hak mengawal kemasukan orang-orang dari Semenanjung melalui kawalan atas imigresen. Secara bertulis, Sarawak dan Sabah masih berhak mengawal kemasukan warga Semenanjung ke negeri masing-masing.

Sejak kemerdekaan sehingga ke hari ini, sistem politik Malaysia dikuasai oleh Barisan Nasional dengan kuasa terpusat di tangan Perdana Menteri.1 Jadi Kerajaan Persekutuan secara langsung dan tidak langsung mampu menegakan kuasa ke atas negeri-negeri. Umumnya Perdana Menteri yang menyetujui atau tidak perlantikan seseorang menjadi ketua menteri bagi negeri-negeri di Semenanjung, dan sejak kebelakangan ini bagi Sabah juga. Jelas sekali adanya pengaruh barisan pemimpin persekutuan ke atas kerajaan-kerajaan negeri. Tambahan lagi, Kerajaan Persekutuan menguatkan kawalan atas negeri-negeri melalui peruntukkan belanjawan tahunan dan garispanduan menggubal dasar-dasar, yang sepatutnya di bawah kerajaan-kerajaan negeri.

1 Pilihanraya umum 8 Mac 2008 lalu telah menyaksikan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga di parlimen buat kali keduaya sejak 50 tahun. BN juga telah hilang lima negeri-negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak kepada Pakatan Rakyat, iaitu gabungan tiga parti pembangkang terdiri dari Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) ) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Boleh dirujuk di laman web Malaysiakini http://www.malaysiakini.com dan banyak laman blog lainnya.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

6

Peta Malaysia�

Suatu ketika dahulu, keseluruhan Semenanjung Malaysia dan Pulau Borneo didiami oleh orang-orang asal yang mempunyai bahasa, adat resam, budaya dan identiti yang unik. Adat atau sistem tadbiran tradisional sudah wujud sebelum kedatangan mana-mana kuasa asing, yang mengiktiraf dan menjamin hak-hak masyarakat orang-orang asal ke atas tanah dan cara penggunaannya.

Berkurun dijajah oleh kuasa-kuasa asing kemudiannya kerajaan masyarakat majoritas dengan undang-undang berkanun telah mengundurkan undang-undang tradisional. Ketika pembangunan negara masih perlahan dan lebih tertumpu di pusat-pusat bandar, terwujud percanggahan antara undang-undang berlainan tetapi akibatnya tidak begitu ketara. Tetapi ketika kegiatan pembalakan yang mencerobohi kawasan tanah adat orang-orang asal berleluasa, turut diperkuatkan kuasa kerajaan negeri. Hari ini, perluasan penempatan, pembinaan infrastruktur, projek-projek empangan, skim-2 Sumber: Laman web Kerajaan Negeri Sarawak http://www.sarawak.gov.my/content/view/5/10/.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

7

skim pertanian komersial dan sebagainya semakin mencerobohi kawasan-kawasan tanah adat. Hutan rimba ditebang kemudian hutan sekunder diganti dengan tanaman ladang seperti getah, kelapa sawit dan pokok kayu komersial. Lama-kelamaan kedua-dua sistem undang-undang berkanun dan adat bercanggah dengan akibatnya semakin ketara dan kasar.

Dari segi ukuran, Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia. Luas tanah Sarawak adalah 124,449.51km persegi, jadi hampir sama saiz Semenanjung Malaysia sekitar 131,573km persegi. Sarawak dibahagikan kepada 11 buah bahagian pentadabiran, dengan Kuching sebagai ibu negeri dan pusat pemerintahan Negeri Sarawak. Bahagian-bahagian lain termasuk Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong.

Tanah-tanih Sarawak boleh dikatakan kurang subur dan tak sesuai untuk kegiatan pertanian. Hampir 70 peratus negeri ini dikelaskan sebagai ‘berbukit-bukau’. Cuma sekitar 3.5 juta hektar dari keseluruhan kawasan Sarawak yang secocok untuk pertanian. Namun, Sarawak telah mengutamakan dan mengembangkan perladangan kelapa sawit sejak awalan tahun 1990an,3 yakni isu yang menjadi tumpuan kajian ini.

Jadual 1: Penduduk Sarawak Mengikut Suku KaumSuku kaum % pendudukMelayu 23.0Iban 30.1Bidayuh 8.3Melanau 5.6Orang-orang asal lain (misalnya Orang Ulu) 5.9Cina 26.7Lain-lain 0.4

Sumber: Jomo et.al. 2004:8

3 Jomo et.al. 2004:149-150.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

8

Jumlah penduduk Sarawak pada tahun 2005 adalah 2.31 juta orang.4 Penduduknya terdiri daripada berbilang kaum terutama orang-orang asal yang bertaburan di keseluruhan Pulau Borneo. Masyarakat asal telah wujud sejak turun-temurun, masing-masing dengan adat resam, amalan tradisi, budaya, bahasa dan identiti tersendiri. Malangnya kuasa penjajah British dan Belanda muncul dan telah membahagi-bahagikan Pulau Borneo.

Secara rasmi dikatakan terdapat kira-kira 40 kelompok suku di Sarawak. Istilah umum Dayak digunakan untuk merujuk kepada suku kaum orang-orang asal Sarawak yang menurut tafsiran ini adalah masyarakat asal Sarawak. Kebanyakan mereka tinggal di luar bandar walaupun bilangan mereka sebagai penghuni bandar semakin meningkat.

Penduduk Sarawak mengikut suku kaum (%)

Melayuuuay Iban Bidayuh Melanau Orang-orang asal lain Cina

Lain-lain

Sumber: Jomo et al. 2004:8

Sungguhpun Sarawak tidak pernah mengalami rusuhan perkauman seperti yang telah berlaku di Semenanjung Malaysia pada tahun 1969, namun saingan kekuasaan di Sarawak, bak di Semenanjung, mengikut kaum dan terpengaruhi oleh gaya politik Parlimen Persekutuan.5 Usaha-4 Perangkaan Tahunan, 2005, Jabatan Perangkaan, Malaysia.5 Leigh 1974; Searle 1983; Wong 1983; Colchester 1992.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

9

usaha awal oleh orang Dayak untuk menegaskan suasana yang bebas dari kawalan pihak berkuasa persekutuan tidak diterima. Malahan Stephen Kalong Ningkan, satu-satunya Ketua Menteri Sarawak berbangsa Dayak telah dipecatkan daripada jawatannya pada tahun 1966 melalui pindaan retrospektif (tinjauan kebelakang) perlembagaan untuk pemecatannya.

Semenjak itu, politik Sarawak dikuasai oleh golongan elit Melanau Muslim yang kecenderungan mengagih keuntungan yang bersangkutan dengan tanah, konsesi hutan, kontrak projek-projek pembangunan dan skim-skim infrastruktur sesama orang-orang yang berkerabat dengan mereka. Mereka juga ada kemampuan untuk menawan dengan apa jua caranya ahli-ahli politik yang menentang Barisan Nasional. Kekuasaan mereka tidak diancam oleh pihak berkuasa persekutuan selagi mereka terus menyokong Barisan Nasional yang diketuai UMNO yang telah memerintah sejak merdeka hingga sekarang. Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud juga telah memegang jawatan secara berterusan melebihi 25 tahun walaupun sesekali beliau pernah menerima bantahan dan cabaran.6

Akibatnya golongan Dayak, yang merupakan suku kaum terbesar dan tertumpu di kawasan-kawasan luar bandar, tidak berdaya menguasai politik kebangsaan maupun membuat keputusan perihal tanah. Kewujudan parti politik Dayak yang bersemangat Dayak diserapkan dalam Barisan Nasional dan tidak lagi secara bebas memperjuangkan hak-hak tanah orang asal Dayak.

6 Yu 1987.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

10

3. Sistem Pemilikan Tanah dan Undang-Undang

Telah dikatakan bahawa masyarakat adat Dayak merupakan majoritas dari jumlah penduduk Sarawak. Kebanyakan mereka masih tinggal di kawasan-kawasan pedalaman dengan cara penggunaan wilayah dan hak tanah yang menjangkau ratusan tahun usianya. Sistem pentadbiran tradisi menurut adat dengan kepercayaan, petua sosial, undang-undang adat dan amalan-amalan tradisi. Pengekalan adat dari generasi ke generasi yang lain secara lisan pada masa yang sama peraturannya fleksibel yakni boleh diubah atau disesuaikan mengikut keadaan baru. Adat memberi hak kepada fahaman orang Dayak mengenai pemilikan dan kawalan ke atas tanah adat seperti terhadap sistem pembahagian, pewarisan dan pemindahmilikan tanah antara anggota-anggota masyarakat, juga terhadap cara mewujudkan hak dan siapa yang layak atau tidak layak menerimanya.

Sungguhpun butir-butir pemilikan tanah berbeza di antara suku kaum, wujud juga unsur-unsur persamaan. Umpamanya, sesebuah masyarakat adat dikatakan memiliki satu wilayah atau ‘menoa’ dalam sebutan Iban. Sempadan wilayah lazim dikaitkan dengan sebatang sungai dari hilir ke hulunya, dirunding bersama dan dipersetujui dalam mesyuarat maka rata-rata masyarakat adat mengetahui sempadan wilayah antara satu kelompok masyarakat dengan yang lain. Tanah wilayah ini tidak boleh dijadikan milik orang seorang tetapi pemilikan hak secara bersama, merangkumi kawasan hutan, sungai, anak sungai, tanah ladang dan sumber-sumber yang terdapat di dalamnya. Jadi, tanah wilayah bukan alam fizikal sahaja. Yang lebih penting berkait dengan tanah adalah pengalaman hidup di zaman silam hingga masakini disulami dengan pelbagai metos, cerita dongeng, sejarah kampung dan peristiwa-peristiwa. Maka tanah berkait rapat dengan kehidupan masyarakat adat, menjadikan mereka sebagai sebahagian

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

11

daripada alam. Dan daripada kaitan erat kehidupan masyarakat adat dengan tanah lahirlah pemikiran tanah hakmilik masyarakat adat. Mana-mana bahagian wilayah yang mewujudkan perselisihan atau memerlukan penentuan sempadan yang lebih jelas ada tanda batu kasar atau kesan pada pohon kayu. Umumnya, sempadan pembahagian dan penggunaan tanah diketahui dan tidak sembarang dituntut, disebabkan persetujuan sepakat terlebih dahulu.

Dalam lingkungan wilayah masyarakat, para individu dan keluarga dengan persetujuan sebulat suara kampung boleh perolehi hak peribadi dengan membuka hutan atau meneroka tanah berladang. Tanah itu kemudiannya boleh dianggap sebagai kepunyaan individu atau keluarga untuk mereka bercucuk tanam dan mencari pendapatan. Tanah ladang yang subur terutama di kawasan rendah lebih kurang berkekalan tetapi ladang di kawasan tinggi harus dibuat bergilir-gilir supaya daya hasilnya kekal. Hak peribadi masih sah walaupun kebun dibiarkan untuk permukaan dihutankan kembali dan zat bagi tanah membiak sebelum membuka semula hutan untuk bercucuk tanam giliran baru. Kawasan terbiar untuk dihutankan kembali diistilahkan sebagai ‘temuda’ dalam bahasa Iban dan adalah suatu kaedah pertanian amat penting. Ianya juga suatu sistem penggunaan tanah yang bijak dan cocok terutama di pedalaman Borneo kerana tanahnya tidak subur untuk bercucuk tanam. Di samping itu, peraturan-peraturan yang agak rumit menentukan siapa ada hak-hak pertama untuk meluaskan kawasan ladangnya dan menuju arah mana. Lazimnya, sipemilik diberi hak-hak pertama untuk meluaskan ladang berhala ke kawasan bukit dari sungai, tapi tidak termasuk kawasan hulu sungai di sepanjang tebing sungai. Sebabnya sungai sebagai jalan air yang utama adalah untuk kepentingan bersama dan bukan penguasaan oleh sekumpulan orang atau perkampungan sahaja. Sesetengah orang yang ladang terlalu jauh dari rumahnya boleh mengharapkan tanaman mereka dijaga oleh orang lain yang usahakan ladang dan tinggal di pondok ladang untuk tempoh yang lama. Bahkan rumah kecil yang agak tahan, atau ‘dampa’ dalam bahasa

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

12

Iban, didirikan di ladang yang jauh-jauh oleh mereka yang tinggal lama di sana untuk berladang, jadi tempat tidur lebih selesa.

Tanah milikan individu atau keluarga boleh diturunkan kepada waris yang jelas terputus dalam adat tetapi sistem warisan berbeza bagi berlainan orang. Hak terhadap tanah itu terjamin selagi keluarga atau ahli-ahlinya masih mengerjakan tanah itu atau masih duduk berdekatan jika tidak bersama masyarakat mereka. Bagi mengekalkan hak terhadap tanah, diwajibkan di bawah hukum adat bahawa pemilik-pemiliknya mengekalkan hubungan persaudaraan dengan masyarakat, misalnya, dengan bermalaman di rumah panjang untuk jumlah hari-hari tertentu dalam setahun. Sekiranya sesebuah keluarga dianggap sudah meninggalkan tanahnya, tanah tersebut berbalik kepada milikan bersama untuk pembahagian semula kepada keluarga baru atau anggota-anggota masyarakat yang lain. Prinsip seperti ini sangat penting, dan pada pokoknya, masyarakat yang menentukan hak atas tanah adat, sekalipun hak individu atau keluarga boleh diperolehi melalui warisan, pembukaan, penempatan dan penggunaan tanah tertentu. Peraturan-peraturan adat menentukan cara bagaimana tanah milikan peribadi atau keluarga boleh pindah milik di antara orang-orang tertentu dan ciri-ciri peraturannya pula berbeza. Kecuali pajakan dan pindah milik sementara dibenarkan, umumnya tanah adat tidak boleh dijual kepada orang luar.7

Sistem hak-hak adat nampaknya telah mengalami perubahan dalam tempoh 60 tahun yang lalu. Apabila jumlah penduduk bertambah dan pengaruh-pengaruh pasaran semakin kuat, sempadan-sempadan kampung juga memecah bahagi oleh kerana rumah panjang baru berpisah dari masyarakat-masyarakat induk. Sementara itu juga terdapat wilayah-wilayah yang pada suatu ketika dahulu merangkumi beberapa buah rumah-rumah panjang hari ini jelaslah seperti penempatan masing-masing. Oleh kerana penglibatan dalam ekonomi tunai semakin pesat, ladang-ladang milikan individu dan keluarga juga dibuat ladang getah, koko, lada dan beberapa tanaman lain untuk pasaran dan bukan penggunaan segera. Di sesetengah 7 Richards 1961; Sandin 1980; Hong 1987; Colchester 1992.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

13

tempat, tanah ‘menoa’ yang tidak dijamin dengan hak milikan persendirian hampir-hampir pupus, apatah lagi hampir keseluruhan wilayah masyarakat adat telah dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil menjadi kawasan-kawasan dengan hak sendiri. Jualbeli tanah mula beroperasi di beberapa kawasan. Walaupun ada pandangan yang mengatakan perubahan-perubahan ini menandakan adat sudah tidak berfungsi lagi, tidak salah dari pandangan lain mengatakan adat berdaya hidup dan membuat penyesuaian.

Adat Resam, Tanah dan Pentadbiran

Secara keseluruhannya, Malaysia mempunyai suatu sistem undang-undang yang majmuk. Maknanya, beberapa badan undang-undang diiktiraf sebagai sah di negara ini. Adat resam juga diiktiraf di bawah Perlembagaan Persekutuan. Pemimpin-pemimpin tradisional seperti ketua kampung, penghulu dan pemancha juga diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Malahan mereka diberi elaun kecil kerana menjalankan tugas-tugas menyokong kedaulatan undang-undang, dalam bidang kuasa pentadbiran dan adat. Nyata di Sarawak, seperti juga di Sabah, sebahagian besar urusan harian di bawah bidang kuasa adat. Mahkamah Adat yang secara rasmi diiktiraf juga mempunyai bidang kuasa menyelesaikan pertikaian, dan hari ini masih diguna-pakai dalam pentadbiran hal-ehwal tempatan termasuk pertikaian tanah di dalam dan antara kampung-kampung dan juga kadang-kala dengan pihak luar.8 Dengan demikian adat resam masih berjiwa dan merupakan sumber hak-hak yang cergas di Sarawak, baik dari segi amalan-amalan maupun undang-undang.

Bagaimanapun, dalam pentadbiran tanah, sejak dari zaman penjajah nyata terdapat percanggahan dalam hal ini. Dari satu segi, pihak berkuasa negeri menghormati adat resam, menyokong sistem hak adat dan melindungi tanah adat dari eksploitasi orang luar. Dari segi lain, pihak berkuasa negeri cuba membatas hak-hak adat dengan beberapa cara. Pertama ialah menghalang 8 Phelan 2003.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

14

amalan pertanian berpindah-randah yang dianggap membazirkan tanah, merosakkan alam sekitar dan melembabkan pembangunan ekonomi. Kedua ialah memujuk orang-orang Dayak supaya tinggal tetap di suatu perkampungan, menanam tanaman kekal yang boleh dipasarkan dan berhenti cara hidup suka berpindah-randah. Ketiga ialah pihak berkuasa negeri mengambil kawasan-kawasan ‘kosong’ atau ‘terbiar’ yang bersabit hak-hak adat, untuk diisytiharkan sebagai ‘tanah kerajaan’ (tanah awam tanpa pemilik peribadi atau masyarakat). Keempat ialah mewartakan sesetengah kawasan terutamanya hutan tanah tinggi sebagai Hutan Rezab dan Kawasan Terlindung dan tatacara-tatacaranya dibuat dan dikuatkuasakan secara unilateral, atau oleh sepihak sahaja, kemudian daripada itu membatasi atau menghapuskan hak-hak adat atas kawasan-kawasan tersebut. Yang terakhir, berkait dengan isu yang dibincang secara terperinci dalam laporan ini, pihak berkuasa negeri, melalui berbagai-bagai cara, mengambil tanah yang luas untuk dijadikan ladang-ladang. Kesemua strategi-strategi dengan matlamat membatasi hak-hak tanah orang-orang asal telah menimbulkan bantahan dan konflik.9

Bagi melindungi dan mengawal hal-hal berkaitan dengan tanah, dan menggalakkan peralihan ke satu sistem kegunaan tanah yang lebih ‘moden’, kerajaan penjajah telah mewujudkan sistem pengkelasan tanah mengikut kategori tertentu.10 Tanah terutamanya di kawasan pantai diwujudkan sebagai Tanah Zon Campuran (Mixed Zone Lands) yang boleh dijualbeli secara bebas dan surat hakmilik tanah individu melalui satu sistem pendaftaran tanah yang dinamakan Sistem Torrens dan juga kajian kadastra ke atas tanah. Sesiapa jua yang tinggal di Sarawak tidak kira orang asal atau bukan orang asal boleh memiliki tanah jenis ini. Tanah di kawasan Orang Asal (Native Area Lands), juga tanah terutamanya di kawasan pantai, khas untuk orang asal dan digalakkan pemilikan tanah melalui geran individu. Jualbeli tanah ini terhad, ertinya orang bukan asal tidak dibenarkan memiliki tanah di kawasan-kawasan ini bagi memastikan 9 Untuk bacaan lanjutan lihat Hong 1987; Colchester 1992.10 Ordinan (Pengkelasan) Tanah 1948.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

15

orang-orang asal tidak dipergunakan atau ditipu oleh pembeli-pembeli tanah yang serba tahu tentang pasaran. Kerajaan juga boleh mewartakan sesuatu kawasan sebagai Kawasan Rezab Masyarakat Adat (Native Communal Reserves) dan dikawal oleh undang-undang adat. Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Lands) merangkumi kawasan-kawasan di mana sistem pemilikan tanah mengikut adat tetapi cenderung kepada tafsiran hak adat asal (NCR) yang terbatas, seperti diterangkan di bawah. Satu kategori lain ialah Tanah di Kawasan Pedalaman (Interior Area Lands) tetapi hak-hak dan kegunaan di bawah kategori ini kurang jelas. Kategori terakhir ialah Tanah Rezab (Reserved Lands) merangkumi semua tanah-tanah digazetkan untuk kegunaan tertentu seperti hutan simpan, kawasan terlindung dan sebagainya. Sistem pengkelasan tanah penjajah ini dikekalkan oleh kerajaan yang dibentuk selepas kemerdekaan dan dipakai sehingga ke hari ini.

Kes-kes yang dibincangkan di Bab 5 dan Bab 6 berikutnya berkaitan dengan kawasan-kawasan dipertikaikan seperti dimasukkan dalam kategori-kategori tanah tersebut di atas. Contohnya, orang-orang asal menganggap kawasan-kawasan mereka sebagai Tanah Adat manakala kerajaan mengatakan ianya Tanah di Kawasan Pedalaman dan secara mungkir dianggap tanah kerajaan. Contoh lainnya ialah kerajaan mungkin menerima sesetengah kawasan termasuk dalam kategori Tanah Adat tetapi pada masa yang sama membangunkan kawasan-kawasan itu menjadi perladangan melalui ‘Penyatuan dan Pemulihan Tanah’ dengan matlamat jangka panjang mentakrifkan tanah tersebut sebagai Tanah di Kawasan Orang Asal di bawah geran peribadi.

Hak-hak Adat dan Kanun Tanah Sarawak

Raja Brooke memerintah Sarawak kira-kira seratus tahun (1840-1946). Apabila berkuasa, undang-undang diperkenalkan tetapi tentang hak-hak tanah tidak dengan jelas. Pada waktu itu Raja Brooke mengisytiharkan hak

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

16

milik ke atas wilayah mereka, yang mula menguasai di beberapa bahagian sekitar Kuching dan lama kelamaan menguasai seluruh Sarawak. Mereka juga ada niat melindungi hak-hak orang asal. Sedapat-dapatnya Pegawai-Pegawai Daerah membenarkan pihak berkuasa masyarakat adat dan Mahkamah Adat menyelesaikan pertikaian tanah, dan hanya campurtangan apabila bantuan mereka diperlukan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang lebih rumit. Apabila memutuskan perbicaraan di Mahkamah Adat, Pegawai-Pegawai Daerah ini merujuk kepada adat. Mereka mula menyimpan rekod-rekod tentang sempadan masyarakat adat di daerah masing-masing yang kemudian dijilid dan disimpan dalam pejabat daerah, dinamakan Boundary Book (Daftar Sempadan). Urusetia Pusat memberi arahan bagaimana menentukan sempadan-sempadan kesemua kampung, merangkumi juga kawasan-kawasan berladang dan kawasan-kawasan hutan asli untuk perluasan dan keperluan rezeki.11 Walaupun sesetengah Boundary Book terhapus dalam Perang Dunia Kedua, namun ianya berguna sehingga tahun 1950an dan khususnya di kawasan Baram masih dilengkapkan dan dirujukkan dalam penyelesaian pertikaian sehingga tahun 1970an. Buku-buku ini juga dipamerkan sebagai bukti dalam kes-kes mahkamah baru-baru ini.

Sarawak diserahkan kepada pihak British selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Dalam Instrument of Cession, atau Suratcara Penyerahan, terdapat satu fasal penting ‘savings clause’ memaklumkan pengalihan kuasa daripada Raja Brooke termasuk majlis dewan, pihak berkuasa negeri dan pemerintahan Sarawak kepada Mahkota British ‘tetapi tertakluk kepada hak-hak individu dan hak adat orang asal yang wujud’. Sungguhpun begitu, apabila pentadbiran pihak Inggeris berkuasa (1946-1963), pelbagai undang-undang diwujudkan demi untuk mengetatkan tafsiran hak-hak adat.12 Undang-undang ini disatukan sebagai Kanun Tanah 1958 dan hari ini merupakan undang-undang tanah yang utama di Sarawak termasuk pindaan-pindaannya dari semasa ke semasa.11 Sekretariat Raja Brooke telah mengeluarkan sepucuk surat yang dinamakan Circular No 12/1939 mengenai

hal ini dan perbincangan lanjutan boleh didapati dalam Colchester 1992:70-71.12 Porter 1968.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

17

Antara aspek-aspek yang termaktub dalam Kanun Tanah Negeri Sarawak termasuklah bagaimana Rezab Orang-Orang Asal mengikut undang-undang adat septatunya diwujudkan. Dikatakan rezab-rezab ini diwujudkan atas tanah kerajaan tetapi sebenarnya tidak terlaksana. Kanun Tanah juga mengiktiraf hak NCR. Seperti di bawah Seksyen 5(2), hak NCR diwujudkan secara sah dengan cara-cara berikut:

- menerokai hutan dara dan menduduki tanah yang sudah dibuka;- menanam pokok buah-buahan di atas tanah berkenaan;- menduduki tanah yang dikerjakan itu;- menggunakan tanah sebagai tapak perkuburan atau sembahyang;- menggunakan tanah sebagai hak laluan perjalanan; dan- mana-mana cara lain yang sah.

Asas andaian-andaian yang menyokong undang-undang penjajah ini dapat dipersoalkan. Pertamanya, undang-undang ini sengaja tidak menyebut atau mengecualikan kawasan wilayah yang lebih luas, yang melampaui had tanah ladang dan sebagainya, dimiliki menurut hukum adat dan diiktiraf dalam Boundary Book dan keputusan Mahkamah Adat. Tambahan lagi, di bawah Kanun Tanah 1958 dan akta sebelumnya iaitu Ordinan Pengkelasan Tanah 1948, andaiannya bahawa kerajaan penjajah ada hak pemilik atas tanah itu. Jadi, walaupun kerajaan membenarkan hak NCR diwujudkan atas Tanah di Kawasan Pedalaman, mereka menganggap hak ini sebagai hak gunapakai berlesen atas tanah kerajaan sahaja.

Selepas kemerdekaan, kerajaan negeri Sarawak membuat pindaan-pindaan dalam undang-undang tanah yang selanjutnya menyekat hak-hak adat. Misalnya, melalui pindaan 1994 Menteri yang bertanggungjawab atas hal-ehwal tanah mempunyai bidang kuasa menghapuskan hak NCR atas tanah.13 Selepas pindaan 1996, beban membukti menjadi tanggungjawab

13 Sebenarnya peruntukan ini terkandung dalam undang-undang dan sememangnya pihak berkuasa negeri mengiktiraf hak adat orang asal di mana hak ini belum dihapuskan sehingga saat berlakunya pindaan-pindaan menafikan hak-hak sedemikian (lihat perbincangan berikutnya).

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

18

pendakwa orang asal atas andaian bahawa tanah adalah milikan kerajaan. Pada tahun 2000, Kanun Tanah (Pindaan) membuang kata-kata ‘mana-mana cara lain yang sah’ pada Artikel 5.14 Undang-undang lain diwujudkan untuk mengetatkan tuntutan-tuntutan terhadap tanah adat. Contohnya pada tahun 1987, adalah menjadi kesalahan membuat benteng di jalanraya syarikat pembalakan dan perladangan, walaupun jalanraya-jalanraya tersebut menceroboi kawasan-kawasan yang dituntut oleh orang-orang asal sebagai tanah adat. Juga, pada 1997, ekoran dari keputusan kes mahkamah yang nyata berpihak kepada sebuah masyarakat adat dan tuntutan NCR mereka, Kerajaan Sarawak dengan segera telah meluluskan suatu undang-undang mengharamkan masyarakat-masyarakat adat membuat pemetaan tanah-tanah adat untuk kegunaan dalam mahkamah.

Kerajaan pihak penjajah atau kerajaan Sarawak selepas kemerdekaan telah mengetatkan dan menghadkan NCR secara beransur-ansur. Niat mereka jelas. Contoh yang baik ialah Kanun Tanah 1958 dengan peruntukan yang memperkatakan bahawa kesemua lanjutan tempoh hak NCR tanpa permit telah dibekukan selepas 1 Januari 1958.15 Kemudian kerajaan mengarahkan pegawai-pegawai daerah supaya berhenti mengeluarkan permit-permit tersebut. Pandangan kerajaan ialah masyarakat adat kehilangan hak NCR atas tanah-tanah ladang yang diwujudkan selepas 1 Januari 1958 melainkan dengan bukti permit telah diberikan secara sah selepas tarikh ini.

Kesimpulannya, undang-undang perihal tanah dan hak NCR diketatkan secara berperingkat-peringkat melalui definisi NCR dan peraturan-peraturan mewujudkannya yang terbatas. Ini termasuk memudahkan penghapusan hak NCR, memberi hak mutlak kepada kerajaan menentukan kadar pampasan, membatasi kebebasan bergerak orang-orang asal dan meningkatkan denda sekiranya gagal mematuhi undang-undang pihak berkuasa negeri.16

14 Tetapi Mahkamah telah memutuskan bahawa pemakaian undang-undang secara tinjauan kebelakang tidak boleh digunakan.

15 Sebenarnya sekatan-sekatan ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 1955 di bawah Ordinan (Pengkelasan) Tanah 1955 (Dengan Pindaan).

16 IDEAL 1999.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

19

Kerajaan Sarawak, dalam beberapa dokumen-dokumen dan kenyataan-kenyataan rasmi, pernah mengaku bahawa kawasan seluas 1.5 juta hingga 2.8 juta hektar dari keseluruhan Sarawak cenderung kepada hak-hak NCR. Tetapi kedudukan dan keluasan sebenar kawasan-kawasan yang dikatakan oleh kerajaan cenderung kepada NCR belum pernah dimaklumkan untuk pengetahuan umum. Jadi kebanyakan masyarakat-masyarakat adat tidak pasti kalau-kalau kawasan yang mereka anggap hakmilik mereka mengikut undang-undang adat diberi pengiktirafan oleh kerajaan sebagai kawasan NCR. Kekaburan inilah yang menyebabkan ramai orang-orang asal menganggap tanah-tanah adat mereka sebagai ‘Hak Adat Asal’ (NCR) atau ‘Tanah-Tanah dengan Hak Adat Asal’, sungguhpun istilah-istilah ini mengikut Kanun Tanah Negeri Sarawak sebenarnya lebih terbatas maknanya.

Kes-kes Menyangkut Hak Tanah di Mahkamah

Perbezaan tanggapan tentang hak-hak adat di antara orang-orang asal dan ‘hak adat orang asal’ mengikut tafsiran kerajaan di bawah Kanun Tanah telah menimbulkan banyak kes-kes pertikaian tanah. Banyak daripada kes-kes ini telah dibawa ke mahkamah. Bab-bab 5 dan 6 akan mengkaji beberapa kes bersangkut-paut dengan pengembangan perladangan kelapa sawit. Kita lihat sekarang secara ringkas beberapa rumusan utama dan hasil penenuan mahkamah tentang tanah amnya.

Ketika mengadili kes-kes pertikaian tanah baik di Sarawak atau di Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur, keputusan hakim-hakim bukan sahaja menimbangkan Kanun Tanah dan undang-undang tanah lain di Sarawak, bahkan juga Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara dan negeri yang lain. Mengikut Akta Tafsiran Undang-Undang 1957 dan 1958, ‘Undang-Undang’ di Malaysia ‘termasuklah undang-undang bertulis, undang-undang umum yang lazim digunakan di Persekutuan dan

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

20

mana-mana bahagiannya, dan apa-apa adat resam atau amalannya menurut undang-undang di Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.’ Begitu juga di Sarawak, selepas penyerahannya kepada pihak Inggeris pada tahun 1946, pihak berkuasa Sarawak turut meluluskan Application of Law Ordinance 1949 di mana undang-undang umum Inggeris diterima pakai di Sarawak ‘tertakluk kepada syarat ianya bersesuaian dengan keadaan tempatan dan adat resam orang-orang asal.’17 Ini bermakna mahkamah-mahkamah di Sarawak dan keseluruhan Malaysia boleh menimbang penemuan mahkamah-mahkamah lain yang merujuk kepada undang-undang umum Inggeris dan mengubahsuaikan kepada kenyataan dan undang-undang adat di Sarawak. Maka ini menunjukkan mereka menerima pakai badan-badan perundangan tentang hak-hak orang asal yang sempurna maju dari Nigeria, New Zealand, Australia, Kanada dan Afrika Selatan, serta juga penghakiman yang telah diputuskan di Majlis Privi di England.

Mahkamah-mahkamah di Sarawak dan Malaysia telahpun membuat keputusan dengan merujuk pada contoh undang-undang duluan, pemahaman para hakim sendiri tentang undang-undang adat, pendakwaan orang-orang asal sendiri dan sokongan peguam-peguam yang membuat rayuan bagi pihak orang-orang asal. Umpamanya kes mahkamah berkaitan dengan tanah NCR di Sarawak, Nor Ak Nyawai & Ors v Borneo Pulp Plantation Sdn Bhd & Ors [2001] 2 CLJ 769, Hakim perbicaraan telah merujuk pada kes Mabo v State of Queensland (1992) 66 ALJR 408. Bagi kes Adong bin Kuwau & 51 Ors v The Government of Johore [1997] 1 MLJ 418 di Semenanjung, juga turut merujuk pada kes Mabo. Yang Arif Tuan Hakim berkata:

This journey through history is necessary because, and it is common ground - arising from the decision in Mabo v State of Queensland (1992) 66 ALJR 408 which was followed in Adong bin Kuwau & 51 Ors v The Government of Johore [1997] 1 MLJ 418 and which decision was affirmed by the Court of Appeal

17 Dibincangkan dalam Bulan 2006:47.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

21

([1998] 2 MLJ 158) - the common law respects the pre-existing rights under native law or custom though such rights may be taken away by clear and unambiguous words in a legislation. I am of the view that is true also of the position in Sarawak.

[Perjalanan melalui sejarah ini berguna kerana, dan ini titik persamaannya – berbangkit dari keputusan dalam kes Mabo v State of Queensland (1992) 66 ALJR 408 kemudiannya kes Adong bin Kuwau & 51 Ors v The Government of Johore [1997] 1 MLJ 418 di mana keputusannya disahkan dalam Mahkamah Rayuan ([1998] 2 MLJ 158) – undang-undang umum menghormati hak-hak sudah diwujudkan terdahulu di bawah undang-undang adat atau adat resam walaupun hak-hak tersebut boleh dibatalkan dengan mudah oleh perkataan-perkataan yang jelas dan tepat dalam perundangan. Pada pandangan saya, adalah benar bahawa pendirian Sarawak sama seperti ini juga.]

Di dalam kes Adong bin Kuwau & 51 Ors v The Government of Johore [1997], Yang Arif Tuan Hakim, setelah merujuk kepada pelbagai kes dalam bidang kuasa perundangan lain yang menyokong hak-hak adat, merumuskan bahawa hak-hak ke atas tanah nenek moyang ‘Orang Asli’ memang dilindungi oleh undang-undang umum. Pada halaman 430 penghakimannya, Yang Arif berkata:

My view is that, and I get support from the decision of Calder’s Case and Mabo’s Case, the aboriginal peoples’ rights over the land include the right to move freely about their land, without any form of disturbance or interference and also to live from the produce of the land itself, but not to the land itself in the modern sense that the aborigines can convey, lease out, rent out the land or any produce therein since they have been in continuous and unbroken occupation and/or enjoyment of the rights of

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

22

the land from time immemorial. I believe this is a common law right which the natives have and which the Canadian and Australian Courts have described as native titles and particularly the judgment of Judson J in the Calder’s Case at page 156 where His Lordship said the rights and which rights include ‘... the right to live on their land as their forefathers had lived and that right has not been lawfully extinguished......’ I would agree with this ratio and rule that in Malaysia the aborigines common law rights include, inter alia, the right to live on their land as their forefathers had lived and this would mean that even the future generations of the aboriginal people would be entitled to this right of their forefathers.

[Pada pandangan saya, dan disokong oleh keputusan-keputusan kes Calder dan kes Mabo, hak-hak orang asli ke atas tanah termasuklah hak untuk bebas bergerak atas tanah berkenaan tanpa sebarang gangguan atau campurtangan dan juga perolehi sumber sarahidup dari hasil-hasil tanah, tetapi tidak dari tanah itu sendiri dalam ertikata moden di mana orang asli boleh memindahkan hak, memajak atau menyewa tanah atau hasil-hasil darinya oleh kerana mereka telah berterusan dan tak putus menduduki dan/atau menikmati hak-hak ke atas tanah semenjak zaman silam. Saya percayai bahawa ini ialah hak undang-undang umum yang orang asli terdapat dan yang Mahkamah-Mahkamah Kanada dan Australia memaklumkan sebagai hakmilik asli terutamanya penghakiman Judson J di dalam kes Calder di halaman 156 di mana Yang Arif Tuan Hakim berkata hak-hak dan jenis hak-hak termasuklah ‘... hak untuk menetap atas tanah mereka sebagaimana nenek moyang mereka menetap dan hak tersebut dari segi undang-undang tidak pernah dimansuhkan ...’ Saya memang bersetuju dengan perhitungan dan peraturan ini dan bahawasanya di Malaysia hak-hak hukum adat orang-orang asal termasuk, antaranya, hak untuk menetap atas tanah mereka sebagaimana nenek moyang mereka menetap memberikan

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

23

maksud bahawa generasi-generasi orang-orang asal masa depan juga berhak untuk memperolehi hak yang sama seperti nenek moyang mereka.]

Berkenaan dengan kes Kerajaan Negeri Selangor & Ors v Sagong Tasi & Ors [2005] 4 CLJ 169, Yang Arif Presiden Makhamah Rayuan Malaysia juga merujuk kepada Kes Adong dan Yang Arif berkata: ‘Sudah terlambat bagi pihak yang didakwa untuk melawan dan mengatakan undang-undang umum kita tidak memberi pengiktirafan kepada hakmilik adat orang asli’.

Penemuan-penemuan ini tidak menyenangkan Kerajaan Negeri Sarawak. Malahan Ketua Peguam Negeri, selaku peguambela bagi pihak Kerajaan Negeri yang didakwa dalam banyak kes-kes, masih guna-pakai tafsiran Hak Adat Orang-Orang Asal mengikut kerajaan penjajah kemudian kerajaan Sarawak yang terbatas ertinya. Beliau perdebatkan bahawa undang-undang bertulis diutamakan dari fahaman-fahaman undang-undang umum. Selain itu, pemerintah penjajah dan pihak berkuasa negeri sekarang, melalui peruntukan tanah untuk tujuan-tujuan lain secara berkesan telah menghapuskan hak-hak-adat, melainkan yang ditetapkan sebagai sah di bawah undang-undang negeri.18

Pihak mahkamah, bagaimanapun, terus memberi penghakiman sendiri. Misalnya penghakiman terbaru berkaitan kes Madeli Salleh v Penguasat of Lands & Surveys & Anor [2005] 3 CLJ 697 di Mahkamah Persekutuan pada bulan Oktober 2007 mengesahkan semula bahawa prinsip undang-undang umum berkuatkuasa di Sarawak. Ini bertentangan dengan hujah-hujah Ketua Peguam Negeri Sarawak. Mahkamah peringkat tertinggi di Malaysia juga mengesahkan bahawa di Sarawak, hak ke atas tanah kekal bagi masyarakat-masyarakat adat, sekalipun tanah itu telah direzab atau digazet di bawah arahan kerajaan untuk tujuan lain. Dari kes ini, didapati 18 Taklimat Peguam Besar Negeri Sarawak menerangkan kedudukan undang-undang diterima oleh

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) (Ketua Peguan Negeri 2007) dan laporan ini terkandung dalam laman web: http://www.rengah.c2o.org/assets/pdf/de0157a.pdf. Kedudukan Undang-Undang Peguam Besar Negeri Sarawak telah ditolak oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sarawak melalui suatu Kertas Kerja, dan teks penuhnya boleh didapati di <:http://www.rengah.c2o.org/assets/pdf/de0162a.pdf>.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

24

kerajaan tidak secara jelas menghapuskan hak-hak pemilik sebelumnya dan tidak membayar pampasan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Maka itu, Hak Adat Orang Asal (NCR) atas tanah tetap sah.

Perkembangan Perladangan dan Undang-Undang

Implikasi penghakiman ini dan yang lain bagi pengusaha-pengusaha tanah di Sarawak adalah bermacam-macam. Hal pertama, jelas bahawa hak-hak adat orang-orang asal adalah bebas dari sebarang tindakan atau geran diberi oleh pihak berkuasa negeri. Mereka menikmati hak ini terdahulu sebelum kewujudan Negeri Sarawak dan hak-hak ini terus wujud hingga sekarang. Keduanya, hak-hak ini kekal melainkan dan sehingga diserahkan atau dibatalkan dengan persetujuan tentang proses perundangan dan bayaran pampasan. Ketiganya, tanpa proses yang sepatutnya, kedua-dua pelabur dan syarikat yang berniat membangunkan tanah-tanah, misalnya untuk projek perladangan di Sarawak, tidak boleh menyangkal hal bahawa kawasan itu cenderung kepada hak adat orang asal. Biarpun ada lesen, suratpajak atau permit daripada kerajaan Sarawak untuk membuka projek perladangan, dari segi undang-undang ini tidak memberi jaminan bahawa tanah itu tidak terbabit dengan tuntutan-tuntuan lain.

Penghakiman-penghakiman ini mencerminkan bahawa Sarawak menuju ke arah yang sama dalam tafsiran tentang hak-hak orang-orang asal menurut Undang-Undang Antarabangsa. Sebagaimana dalam perbincangan Bab 8, peraturan-peraturan dalam undang-undang turut diterima oleh Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO), atau Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Berlanjutan yang mengalakkan amalan terbaik dalam industri ini mengikut peraturan-peraturan dan standard-standard antarabangsa. Syarikat-syarikat perladangan harus berurusan dengan orang-orang asal secara adil saksama dan menghormati hak-hak mereka. Kegagalan berbuat demikian membawa risiko kepada operasi dan pelaburan mereka.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

25

4. Sektor Pengeluaran Minyak Sawit di Malaysia

Pembangunan perladangan secara besar-besaran bermula di Semenanjung Malaysia (dulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Tanah Melayu) pada hujung abad ke-19. Menjelang tahun 1925 hampir satu juta hektar kawasan hutan dibersihkan dan ditanami dengan pokok getah.19 Kemudian penanaman kelapa sawit diperkenalkan, terutama selepas kemerdekaan di mana pengembangan perladangan secara besar-besaran menjadi teras pembangunan negara. Sejak itu, perladangan kelapa sawit meliputi hampir keseluruhan keluasan Semenanjung.

Sehingga tahun 2006, nilai ekspot dari industri minyak sawit di Malaysia mencapai rekod tertinggi dengan RM31,8 bilion,20 manakala pengeluaran minyak kelapa sawit mentah meningkat sebanyak 6.1% atau 15.9 juta tan. Industri ini telah menetapkan sasaran hasil pengeluaran sebanyak 16.5 juta tan bagi tahun 2007. Jumlah kawasan yang kini ditanami dengan kepala sawit sebanyak 4.2 juta hektar (berbanding dengan 2 juta hektar pada 2000), di mana 2.3 juta hektar di Semenanjung Malaysia, 1.24 juta hektar di Sabah dan 600,000 hektar di Sarawak.21

Perkembangan perladangan di Sabah dan Sarawak tidak secepat di Semenanjung. Namun begitu, kekurangan tanah di Semenanjung telah mengalihkan perhatian ke kedua-dua negeri ini untuk memajukan industri perladangan dan pelaburan dalam tanaman kelapa sawit. Pada tahun 2006, kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak mencatat kadar pengembangan perladangan sebanyak 4.5% berbanding dengan 1.6% di Semenanjung

19 Jomo et al. 2004:26.20 2006 ekspot minyak sawit mencatat rekod tertinggi sebanyak RM31.8 bn, The New Straits Times – Business

Times, 11th January 2007, boleh dirujuk di laman web: <http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Thursday/Frontpage/BT338868.txt/Article/>

21 ‘Kempen menentang sikap negatif terhadap minyak sawit’ 25 Julai 2007, The Star Online disemak pada 25 Julai 2007 <http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/6/25/nation/20070625184355&sec=nation>.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

26

Malaysia. Hari ini keluasan kawasan perladangan di kedua-dua negeri ini seluas 1.83 juta hektar atau 44% dari jumlah keluasan bagi seluruh Malaysia ditanam dengan tanaman kelapa sawit.

Dari segi pengeluaran minyak sawit mentah, Sabah dan Sarawak menghasilkan kira-kira 6.91 juta tan, atau 43% daripada jumlah keseluruhan 15.9 juta tan yang dikeluarkan oleh Malaysia pada tahun 2006.22 Kira-kira 12.6% daripada jumlah keseluruhan 33.01 juta hektar kawasan tanah di Malaysia ditanami dengan tanaman kelapa sawit. Daripada jumlah keluasan lebih kurang 600,000 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit sekarang, Sarawak berhasrat mencapai sasaran sebanyak 1 juta hektar pada tahun 2010 dengan sasaran sebanyak 400,000 hektar terdiri daripada tanah adat orang asal.23 Tanaman kelapa sawit dijangka meliputi hampir 2/3 daripada jumlah keluasan 6 juta hektar yang telah diperuntukkkan untuk pengembangan pertanian antara tahun 2000 dan 2010 di bawah Rancangan Pertanian Kebangsaan yang ketiga. Keluasan kawasan tanaman kelapa sawit didorong lagi oleh dasar-dasar negara dan antarabangsa untuk memajukan kelapa sawit sebagai ‘bahan bakar bio’. Dasar Biofuel Negara secara rasmi telah menetapkan sasaran dalam lima sektor terpengaruh untuk penggunaan bahan bakar iaitu pengangkutan, industri, teknologi, ekspot dan untuk mencapai alam sekitar yang dikatakan lebih murni. Pencampuran 5% minyak sawit yang diproses dengan setiap disel negara dijangka dapat mewujudkan pasaran tempatan baru untuk 500,000 tan minyak sawit setahun. Jumlah ini kira-kira 40%-50% daripada keseluruhan stok minyak sawit semasa di negara ini.24

22 ‘Sabah dan Sarawak bersiap sedia untuk pembangunan’ 3 Julai 2007, The Star Online, disemak pada 3 Julai 2007 <http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/7/3/business/18178105&sec=business>.

23 Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak. Laman web: http://www.mlds.sarawak.gov.my/background/b_1.htm

24 Kementerian Perindustrian Perladangan dan Komoditi, 21 Mac 2006, lihat <www.palmoil.com>.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

27

Rajah 1: Trend Ekspot Minyak Sawit Malaysia (�001–�007)�5

Sasaran yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah bagi kandungan bio diesel bercampur dengan bahan bakar adalah 5.75% bio diesel pada 2010 dan 10% menjelang tahun 2020.26 Ini dijangka melonjak ekspot minyak sawit dari Malaysia, di samping dari negara-negara pengeluar besar lain dan para pelanggan lama Kesatuan Eropah.27

25 ‘Ekspot minyak sawit tahun ini dijangka melebihi sasaran RM35 bilion’, 27 Julai 2007, New Straits Times – Business Times Online, disemak pada 27 Julai 2007

<http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Friday/Nation/35b.xml/Article/>.26 ‘Sweden: Kesatuan Eropah harus menghapuskan cukai impot bahan bakar bio’, 16 Julai 2007, The New

Straits Times – Business Times Online, disemak pada 16 Julai 2007 <http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Monday/Nation/rup14a.xml/Article/>.

27 Misalnya, Kerajaan Brazil bersetuju dengan penggunaan 2 peratus kandungan bio diesel (B2) dalam kesemua diesel pada 2008. Isu ini dilapurkan dalam New Straits Times – Business Times Online, ‘Brazil menambah pembelian minyak sawit dari Malaysia’, 10 April 2007, disemak pada 10 April 2007 <http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Tuesday/Frontpage/BT617039.txt/Article/>.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

28

Negara China merupakan pembeli utama barang buatan minyak sawit dari Malaysia pada tahun 2006, dengan jumlah belian sebanyak 3.58 juta tan bagi tahun tersebut. Negara Belanda menduduki tempat kedua dengan jumlah belian 1.67 juta tan, diikuti oleh Pakistan dengan 957,352 tan dan Amerika dengan 683,650 tan. Dalam tahun 2005, permintaan dari Amerika Syarikat meningkat sebanyak 65% selepas Kerajaan Amerika Syarikat mewajibkan penandaan kandungan translemak atas pemakanan bungkusan pada 1 January 2006.28

Pada 2007, Lembaga Minyak Sawit Malaysia dicatat mengatakan bahawa 10 negara pembeli terbesar minyak sawit dari Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama tahun pada tahun 2007 adalah China (1.6 juta tan dengan peningkatan sebanyak 14% bagi jangka masa sama tahun lepas), Belanda, Pakistan (peningkatan sebanyak 23%), Amerika Syarikat, Jepun, India (11% lebih), Singapura, Emiriah Arab Bersatu, Afrika Selatan dan Korea Selatan.29

Secara keseluruhan Kesatuan Eropah membeli 875,952 tan minyak sawit dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2007, tetapi menunjukkan penurunan sebanyak 17% dalam jangkamasa yang sama tahun lepas.30 Pada keseluruhannya, Kesatuan Eropah adalah pasaran penting bagi minyak sawit dan hasil-hasil lain dari Malaysia, menyumbang sebanyak 17.9%, atau 2.58 juta tan pada tahun 2007.31

28 ‘2006 Ekspot minyak sawit mencatatkan rekod paling tinggi iaitu sebanyak RM31.8 bilion’ 11 Januari 2007, The New Straits Times – Business Times Online, disemak pada 11 Januari 2007 <http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Thursday/Frontpage/BT338868.txt/Article/>.

29 ‘Ekspot minyak sawit tahun ini dijangka melebihi sasaran RM35 bilion’, 27 Julai 2007, New Straits Times – Business Times Online, disemak pada 27 Julai 2007

<http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Friday/Nation/35b.xml/Article/>.30 ‘Pengusaha minyak sawit Malaysia melawan melalui siaran radio dan televisyen’, 23 jun 2007, New

Straits Times Online, disemak pada 23 Jun 2007 <http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/National/20070623095518/Article/index_htm>

31 ‘Malaysia menenangkan kebimbangan Kesatuan Eropan tentang penanaman kelapa sawit’, 4 Jun 2007, New Straits Times - Business Times Online, disemak pada 4 Jun 2007 <http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Monday/Nation/BT625654.txt/Article/>.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

29

Dengan isu-isu alam sekitar seperti fenomena pemanasan dunia sudah diterima umum oleh seluruh dunia hari ini, industri-industri dunia juga turut menyebarkkan ‘jawapan-jawapan’ bagi masalah tersebut. Satu penyelesaiannya ialah industri bahan bakar, dan minyak sawit telah dimajukan sebagai ‘jawapan’ terpenting disebabkan kedudukannya dalam pasaran minyak dunia. Negara-negara industri kini bergogop-gapah menentukan sasaran masing-masing bagi mengurangkan bahan bakar fosil, dan sedapat-dapatnya, menggantikan dengan ‘bahan bakar bio’. Memang permintaan untuk minyak sawit akan melambung juga.

Jadi minat dipertingkatkan untuk memajukan ladang-ladang kelapa sawit di Sarawak. Tetapi pelbagai soal berbangkit. Misalnya, bagaimana perkembangan ini secocok dengan dasar-dasar pembangunan di Sarawak? Di mana sebenarnya tanah untuk pengembangan ladang-ladang kelapa sawit ini? Bagaimana undang-undang mengawal pengambilalihan tanah-tanah tersebut? Siapa yang sebenarnya memiliki tanah-tanah tersebut dan apakah jaminan-jaminannya untuk melindungi hak-hak masyarakat tempatan? Apakah pengalaman-pengalaman masyarakat-masyarakat yang terjejas akibat pengembangan perladangan kelapa sawit di Sarawak? Jawapan-jawapannya akan dikaji dalam bab-bab selepas ini.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

30

5. Dasar Kerajaan Sarawak bagi Pembangunan Ladang Kelapa Sawit

Semenjak kemerdekaan pada tahun 1963, Kerajaan Sarawak yang berturut-turut telah menyokong skim-skim perladangan dengan tujuan memajukan ‘pembangunan’ dan penggunaan tanah secara produktif. Skim-skim perladangan yang awal ditanami dengan tanaman getah dan koko. Skim perintis kelapa sawit yang pertama dibuka pada tahun 1966. Jenis tanaman dan teknik-tekniknya mungkin berbeza tetapi matlamat dasar pihak kerajaan masih sama, iaitu berikhtiar untuk mengambil tanah dan menyediakan modal untuk kegiatan perladangan. Pada peringkat awal, skim-skim dibuka dan dikendalikan oleh pihak berkuasa negeri atas tanah yang dianggap tanah kerajaan lagi terbiar selama ini. Kemudian kerajaan mengorak langkah mengambil tanah hak adat orang asal untuk pembangunan perladangan. Dalam usaha mempercepatkan pembangunan perladangan, kerajaan menggalakkan penyertaan sektor swasta membangunkan tanah tanpa mengambil kira sama ada tanah itu mempunyai hak terdahulu atau tidak. Usaha yang terkini adalah usahasama di antara pihak swasta, orang-orang asal dan pihak kerajaan, dengan kerajaan sebagai Pemegang Amanah tanah adat untuk dibangunkan secara besar-besaran oleh pihak swasta. Banyak masalah telah berbangkit dari konsep pembangunan tanah ini.

Skim-skim yang pertama

Skim penempatan tanah di Sarawak antara 1964 dan 1974 mengikut pendekatan pembangunan bersepadu seperti yang dijalankan di Semenanjung Malaysia oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam tahun 1950an. Skim-skim awal di Sarawak diusahakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sarawak dan kemudian antara 1968 hingga 1972 oleh Perbadanan Pembangunan Kewangan Sarawak. Dari 1972 hingga 1980 usaha pembangunan tanah diambilalih oleh Lembaga Pembangunan

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

31

Tanah Sarawak (SLDB), satu badan berkanun negeri. Pada tahun 1997 SLDB diswastakan atas nama Sarawak Plantation Sdn Bhd dan pada tahun 2000 telah bertukar nama kepada Plantation Berhad.

Mengikut Ramy Bulan, seorang pensyarah universiti tempatan dalam bidang undang-undang, skim-skim pertama ini melibatkan pembukaan tanah baru dan pemindahan masyarakat-masyarakat asal ke skim-skim penempatan yang telah diperuntukkan khas untuk penanaman tanaman jualan, termasuk kelapa sawit. Idea di sebalik pembangunan pertanian seperti ini ialah untuk membangunkan tanah yang terbiar. Tetapi nampaknya peserta-peserta skim dipindahkan ke kawasan-kawasan di mana sebenarnya dimiliki oleh masyarakat-masyarakat adat lain. Jadi ini timbul masalah antara peserta skim dan pemilik-pemilik tanah terbabit. Di samping itu, peserta-peserta skim dikehendaki menanggung sendiri bayaran untuk tanah, persediaan tanah, penanaman dan kos permulaan jagaan tanaman. Ini bermakna mereka dibebani hutang yang harus dibayar dengan pendapatan dari hasil tanaman. Tetapi hasil pertanian bergantung kepada harga yang turun naik di pasaran dunia dan ianya semakin menurun. Ini menjejaskan pendapatan mereka dan tak berdaya membayar balik hutang. Tambahan pula, masalah kekurangan tenaga pekerja dan kepakaran untuk menjayakan skim-skim tersebut mengakibatkan kebanyakan skim-skim terbengkalai disebabkan pengurusan yang lemah.32 Memang skim-skim terawal seperti skim penempatan Skrang didorong oleh faktor keselamatan negara. Justeru itu orang asal Dayak Iban yang berada di kawasan-kawasan sempadan kerusuhan terpaksa berpindah ke penempatan berkawal.33 Seperti kata Jitab dan Ritchie, ‘skim-skim tersebut ditakdir menemui kegagalan dari awal-awal lagi’.34

32 Bulan 2006, merujuk kepada King 1988:280 dan Ngidang 2001.33 Rusuhan kecil-kecilan di kawasan-kawasan sempadan disebabkan oleh beberapa faktor, tetmasuk

Presiden Sukarno dengan dasar konfrontasinya dengan Malaysia; gerila komunis; dan pejuang nasionalis di Sarawak. Orang-orang Dayak, dengan sejarah berperang untuk peluasan kuasa yang lama, dianggap mengugat kestabilan kerajaan yang baru wujud selepas kemerdekaan dan perlu dipindahkan (Colchester 1992:54-57).

34 Jitab dan Richie 1991:58.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

32

Konsep penyatuan tanah hak adat

Kerajaan Sarawak telah menyedari kelemahan mereka dan menerima hakikat bahawa sistem adat tentang pemilikan tanah perlu diberi perhatian. Maka, pada tahun 1976 ia mewujudkan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak, atau singkatannya SALCRA (Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority), untuk mengurus secara langsung penanaman tanaman ladang atas tanah masyarakat sasaran. Maknanya, SALCRA mewakili pihak kerajaan dalam usahasama dengan masyarakat-masyarakat asal untuk membangunkan tanah mereka. Hakmilikan tanah kononnya masih dipegang oleh keluarga-keluarga yang menyertai usahasama. Untuk melayakkan diri, para peserta harus ada tanah yang sesuai di tapak kawasan untuk skim yang dicadangkan, dan sebagai pemilik tanah tersebut mereka harus setuju secara bulat-bulat dengan skim itu. Sebaliknya, syarat begini tidak diwajibkan dalam skim penempatan SALCRA lain umpamanya untuk masyarakat Iban yang terpaksa dipindahkan akibat terjejas oleh projek hidro-eletrik Batang Ai dengan dana Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank, ADB).35

Fungsi SACLRA termasuk aktiviti penyatuan dan pemulihan tanah, menyediakan tenaga pengajar dan kemudahan-kemudahan latihan berkaitan dengan pertanian dan pengurusan tanah. SALCRA juga terlibat dalam membuka dan menjaga ladang-ladang baru, di samping mengurus, mengutip, memproses dan memasarkan hasil-hasil dari ladang-ladang tersebut. Andaiannya ialah apabila peserta-peserta skim sudah cukup kemahiran dalam mengurus tanah sendiri, ladang tersebut akan dibahagi-bahagikan dan setiap keluarga sertaan diberi sekeping tanah sendiri dengan geran tanah sekali. Akan tetapi proses membina kemahiran para peserta dan membahagi-bahagikan tanah tidak terlaksana. Jadi kebanyakkan skim-skim terus bergantung kepada dana kerajaan dan pengurusan SALCRA. Pertikaian tanah pula menjadi masalah berterusan di kawasan-kawasan di bawah SALCRA.36

35 Colchester 1992: 59-62.36 Jitab dan Ritchie 1991; Bulan 2006.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

33

Penyertaan pihak swasta

Agensi-agensi kerajaan seperti SLDB dan SALCRA selama ini menghadapi berbagai masalah, jadi pada tahun 198l, kerajaan Sarawak telah mendirikan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah, atau PELITA (Land Custody and Development Authority, LCDA) untuk mempercepatkan projek-projek pembangunan melalui penyertaan pihak swasta. Penubuhan PELITA adalah idea Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. PELITA diberikan mandat untuk mengambil tanah untuk pembangunan ladang-ladang persendirian, tanpa mengira ianya di bawah kawalan kerajaan negeri ataupun hak adat. Agensi ini juga bertindak sebagai perantaraan antara pihak pemilik-pemilik tanah dan syarikat swasta, di mana pihak swasta berpeluang mengikuti rancangan pembangunan tanah melalui peruntukan saham untuk syarikat-syarikat tertentu.37 Seperti SLDB sebelumnya, PELITA juga menghadapi masalah berkaitan dengan kawasan tanah berhak adat dengan akibatnya memakan masa yang lama untuk mengambil dan membuka ladang-ladang kelapa sawit baru. Pada tahun 1991, jumlah keluasan sebanyak 2.8 juta hektar dikategorikan sebagai ‘suited’ (sesuai) atau ‘marginally suited’ (kira-kira sesuai) untuk pembangunan pertanian. Daripada jumlah keluasan ini, sebanyak 300,000 hektar adalah tanah kerajaan yang kosong dan 2.5 juta hektar melibatkan hak NCR.38 Pada tahun 2006, kawasan-kawasan tersebut disemak semula. Selanjutnya Menteri Kemajuan Tanah Negeri Sarawak mendakwa bahawa jumlah keluasan sebanyak 3.9 juta hektar tanah telah dikenalpasti sebagai sesuai untuk dimajukan dengan tanaman kelapa sawit. Daripada jumlah tersebut, cuma 1.5 juta hektar sahaja yang cenderung kepada hak NCR.39

Skim perladangan pada peringkat awal di Sarawak mengikut modal pembangunan tanah yang digunakan oleh FELDA di Semenanjung Malaysia. Pendekatan ini memang tidak sesuai dengan keadaan di Sarawak.

37 Jitab dan Ritchie 1991; Bulan 2006.38 Jitab dan Ritchie 1991:66.39 Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak, tidak bertarikh.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

34

Tujuan skim-skim FELDA di Semenanjung adalah untuk menempatkan keluarga yang tiada tanah ke kawasan-kawasan kerajaan yang hutannya diterokai untuk membuka ladang getah dan kelapa sawit. Sebaliknya di Sarawak, kebanyakan tanah bukan tanah kosong tak dibebani dengan hak. Kebanyakan masyarakat tempatan Sarawak memiliki tanah, masih mengamalkan cara hidup dengan berbagai kaedah dan pilihan ekonomi, serta mempunyai pengalaman biarpun terhad, dan berkecimpung dalam pasaran. Tambahan lagi, ladang-ladang kelapa sawit bergantung kepada tenaga pekerja yang murah supaya menguntungkan apabila bersaing di pasaran dunia. Tetapi masyarakat-masyarakat tempatan di Sarawak tidak rela bekerja di ladang-ladang dengan gaji yang rendah terutama apabila terdapat kerja di kem pembalakan dengan gaji yang lebih lumayan.40 Maka itu, kebanyakan ladang-ladang kelapa sawit swasta bergantung kepada tenaga pekerja asing yang murah. Selain itu, wujud masalah kekurangan tanah kerajaan dan masalah dengan tanah-tanah berhak adat. Jadi kerajaan perlu mencari jalan untuk mendapatkan tanah-tanah adat untuk pembangunan perladangan.

Konsep baru pembangunan tanah

Pada tahun 1994, Ketua Menteri Sarawak memajukan konsep baru pembangunan tanah bagi melaksanakan pembangunan perladangan melalui ‘penyatuan para pemilik orang asal, dengan tanah-tanah mereka, bersama dengan pihak swasta, dengan modal dan kepakaran swasta’. Pendekatan baru ini mempunyai dua matlamat. Pertamanya, dengan menyeru pihak swasta melabur dalam konsep perladangan maka kerajaan tidak menanggung risikonya. Keduanya, dengan menghasilkan tatacara baru untuk mengambil tanah-tanah hak adat untuk dijadikan ladang secara komersial dengan keluasan 5,000 hektar ke atas, ini adalah menarik kepada pengusaha-pengusaha swasta.

40 Jitab dan Ritchie 1991:57-59.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

35

Dalam konsep baru ini, syarikat memegang 60% ekuiti, pemilik tanah 30% dan Kerajaan 10%. Oleh kerana pihak kerajaan bertindak sebagai agen yang bertanggungjawab untuk kedua-dua belah pihak, ia melantik agensinya seperti PELITA sebagai Pemegang Amanah bagi 30% ekuiti para pemilik tanah.41 Tanah mereka diberikan kepada Syarikat Usahasama (JVC) untuk satu tempoh selama 60 tahun, atau dua musim penanaman untuk pembangunan ladang kelapa sawit.42

Mengapa pihak kerajaan bertindak sebagai Pemegang Amanah bagi tanah masyarakat? Mengikut Kementerian Kemajuan Tanah yang ditugaskan untuk melaksanakan pembangunan Konsep Baru, tatacara untuk membangunkan tanah adat ini adalah cara yang terbaik lagi berkesan untuk ‘memberi hak mutlak kepada syarikat pelabur mewujudkan ladang secara besar-besaran TANPA sebarang campurtangan daripada para pemilik tanah untuk satu tempoh selama 60 tahun’.43 Selama tempoh 60 tahun, kepentingan para pemilik tanah dalam ladang ‘dijaga’ oleh agensi-agensi kerajaan yang bertindak sebagai Pemegang Amanah orang-orang asal.

Para petani yang menyertai skim-skim tidak ada hak suara dalam pengurusannya, tapi bagi penggunaan tanah yang terlibat, mereka berharap dibayar RM1,200 bagi setiap hektar tanah yang diserahkan kepada Kerajaan. Namun begitu, daripada jumlah ini, 60% digunakan untuk membeli saham dalam Syarikat Usahasama dan 30% lagi dipegang oleh wakil kerajaan melalui pelaburan dalam Saham Amanah. Jadi, sebenarnya cuma 10%, atau RM120 (kira-kira US$33) dibayar secara tunai kepada pemilik tanah. Tidak ada bayaran pampasan untuk tanaman, pokok buah-

41 Dirujukkan dalam laman web Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak: ‘Bagi memudahkan usahasama ini dan bagi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak, Pemilik Tanah dan Pelabur - maka Kerajaan Negeri akan melantik agensinya seperti LCDA atau SLDB sebagai Pemegang Amanah bagi menggariskan kepentingan para pemilik Tanah’. Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak, tidak bertarikh.

42 Majid Cooke 2002, 2006; Bulan 2006; Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh.43 Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh, dalam rujukan laman web fail pdf berjudul, ‘Isu-isu dan

Tindakbalas’ muka 1, penekanan dalam teks asal.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

36

buahan atau pembaikan tanah, tapi pemilik tanah yang menyertai skim berharap mendapat pulangan dividen tahunan bagi pemegang saham, setaraf dengan jumlah tanah yang diserahkan kepada skim. Sebenarnya, jika keseluruhan nilai tanah yang diserahkan kepada skim adalah lebih rendah daripada nilai 30% ekuiti masyarakat dalam Syarikat Usahasama, kos pengendalian ditolak daripada dividen pemilik tanah.44

Kementerian Kemajuan Tanah yang diketuai oleh seorang Dayak bernama James Masing adalah bertanggungjawab untuk berurusan dengan masyarakat tempatan bagi melaksanakan projek-projek. Melalui Kementerian ini, Kerajaan berhasrat mewujudkan Bank Tanah dengan sasaran seluas 1 juta hektar di seluruh Sarawak merangkumi juga 400,000 hektar tanah hak adat orang asal dan dijangka sejumlah 60,000 hektar ini akan diperolehi setahun.45 Objektif Kementerian ini adalah:

Untuk membangunkan tanah NCR yang terbiar dan tidak diusahakan sepenuhnya untuk dijadikan ladang kelapa sawit secara komersil yang akan menghasilkan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar dan memastikan sumber pendapatan yang stabil di kawasan luar bandar. Dengan demikian, pembangunan tanah, khususnya pembangunan tanah NCR, harus meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dan membasmi kemiskinan, mengurangkan penghijrahan dari luar bandar ke bandar dan menyumbang ke arah pembangunan yang lebih seimbang antara kawasan-kawasan luar bandar dan bandar.46

44 Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh, dalam rujukan laman web fail pdf berjudul, ‘Isu-isu dan Tindakbalas’ muka 3-4. Adalah tidak jelas bagaimana nila tanah dihitung, memandangkan kebanyakan kawasan-kawasan NCR tidak terlibat dengan pasaran jualbeli tanah.

45 Baru-baru ini dilaporkan bahawa untuk mencapai sasaran 1 juta hektar menjelang tahun 2010, kerajaan negeri menunjukkan komitmen terhadap penanaman kelapa sawit sekurang-kurangnya 100,000 hektar setahun, Borneo Post, Ogos 8, 2007, muka.8.

46 Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

37

Oleh kerana harga minyak sawit mentah telah melampung di pasaran antarabangsa, terdorong ke depan oleh spekulasi tentang bahan bakar bio dalam beberapa bulan terakhir ini, Konsep Baru berjaya menarik pelaburan pihak swasta dalam sektor perladangan kelapa sawit di Sarawak. Ini dilihat pada tahun 1991 hampir kesemua ladang menanam kelapa sawit diusahakan atau diuruskan oleh agensi-agensi kerajaan, tapi menjelang tahun 2002, hanya 17% ladang komersial adalah milik kerajaan dan selebihnya oleh syarikat swasta.47 Pada penghujung tahun 2005, mengikut Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak, sebanyak 31 projek-projek pembangunan tanah dalam pelbagai peringkat telah berjaya dilaksanakan atas tanah hak adat asal di bawah pembangunan Konsep Baru merangkumi 248,337 hektar. Daripada jumlah ini, sebanyak 543,339 hektar ditanam dengan tanaman kelapa sawit. Sebanyak 65 projek-projek baru di bawah Konsep Baru sedang dirancangkan.48

Di bawah Konsep Baru, perundingan secara langsung antara pihak pemilik tanah dan pihak pelabur tidak dibenarkan. Ini kononnya untuk mengelak sebarang kekeliruan terhadap tanah dan pemimpin-pemimpin tak mewakili masyarakat membuat perjanjian dengan pelabur. Jadi, agensi-agensi kerajaan yang dilantik sahaja yang berhak mengambil tanah dari pemilik tanah untuk diberi kepada syarikat-syarikat. Syarikat-syarikat yang berminat dengan pembangunan perladangan harus mengemukakan permohonan dengan sesalinan pelan terperinci mengenai cadangan pelaburan dan pembangunan tanah kepada Kementerian. Selanjutnya Jabatan Tanah dan Survei membuat survei atas kawasan tanah yang dimaksudkan untuk menentukan keluasan kawasan NCR. Kemudian Jabatan Tanah dan Survei membuat peta menandakan sempadan di luar kawasan NCR dan menyimpan rekod nama semua pemilik tanah dan keluasan tanah mereka yang termasuk dalam blok ladang. Peruntukan hak tanah dalam satu-satu blok kawasan diurus oleh Jawatankuasa Pembangunan Daerah yang terdiri daripada penghulu dan ketua kampung sebagai mewakili kampung-kampung yang menyertai skim. Sebarang pertikaian tanah yang timbul antara anggota-anggota masyarakat diselesaikan dalam Mahkamah Adat.47 Majid Cooke 2002.48 Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

38

Buat masa ini, skim masih mentah untuk menilai kesannya selepas habis tempoh pajak 60 tahun itu. Mengikut surat-surat rasmi, dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh pajak, kesemua tanah yang diserahkan kepada skim diberi satu geran dan disimpan oleh syarikat swasta sebagai pemegang saham majoriti. Tanah berkenaan hanya digunakan untuk tujuan pertanian perladangan. Sekiranya syarikat swasta mahu memindah milik kepada pihak lain, ianya mesti terlebih dahulu mendapat izin yang nyata daripada Menteri Kemajuan Tanah. Saham yang dipegang oleh anggota masyarakat (termasuk hak tanah yang akan dikembalikan kelak) hanya boleh dipindah milik kepada sanak saudara terdekat. Sungguhpun demikian, selepas habis tempoh pajak, pemilik tanah boleh melanjutkan tempoh pajak dengan syarikat yang sama atau yang lain, ataupun mengambil balik tanah itu menjadi milikan masyarakat. Tanah tersebut juga boleh dibahagi-bahagikan antara pemilik-pemilik asalnya dan masing-masing diberi geran persendirian.49

Beberapa kajian akademik tentang pelaksanaan Konsep Baru jelas menunjukkan kelemahan-kelemahan dalam skim. Kajian Majid Cooke yang diterbitkan pada 2002 jelas menunjukkan perbezaan tindakbalas masyarakat di satu kawasan dari yang lain. Misalnya, masyarakat di hilir sungai yang pernah menerima faedah projek pembangunan kerajaan seperti kemudahan jalanraya dan perkhidmatan lain lebih mempercayai peranan kerajaan dan mengalu-alukan konsep ini. Sebaliknya masyarakat di hulu sungai yang banyak merasai kesengsaraan akibat pembalakan yang mencerobohi tanah hak adat mereka lebih curiga tentang niat kerajaan dan faedah-faedah yang dijanjikan kepada mereka, dan cenderung menolak skim.

Mengikut kajian ini, kebanyakan masyarakat Dayak menghalang pengambilan tanah mereka untuk projek-projek Konsep Baru dengan sendiri menanam kelapa sawit atau tanaman lain di sepanjang sempadan-49 Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

39

sempadan tanah adat mereka. Dengan berbuat demikian, mereka telah menegakkan hak ke atas tanah mereka dan membuktikan tanah mereka sedia wujud berhasil. Orang Dayak yang ditemuramah untuk kajian ini rasa ragu-ragu tentang kejujuran kerajaan tidak memihak sesiapa sekalipun agensi-agensinya bertindak sebagai Pemegang Amanah untuk pihak masyarakat. Mereka rasa bimbang tentang kesan dari pasaran turun naik. Mereka juga tidak jelas tentang cara bagaimana tanah mereka tetap dikembalikan selepas habis tempoh pajak 60 tahun itu dan berkaitan dengan hal ini, apakah hak mereka dari segi undang-undang.50

Dalam kajian yang lain, Majid Cooke mentafsir Konsep Baru sebagai suatu skim untuk pihak kerajaan memperluaskan kuasa atas masyarakat Dayak yang diandaikan ‘mundur’. Beliau seterusnya menegaskan bahawa konsep ini adalah satu ‘kesilapan asas, berbangkit dari tafsiran yang salah tentang tanah kosong sebagai tanah ‘terbiar’ atau ‘tandus’.51 Orang-orang asal telah menyuarakan rasa bimbang mereka tentang skim-skim dalam bicara dengan SUHAKAM atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, pada tahun 2004 dan 2005. Merumuskan dari laporan akhbar, Majid Cooke menyatakan dalam bicara tersebut, orang-orang Dayak telah membangkitkan soal-soal tentang Konsep Baru. Aduan-aduan mereka termasuklah pencerobohan tanah yang kerap terjadi, perlaksanaan survei atas tanah mereka secara tidak kemas dan dengan perkakas yang rosak terutama selepas pindaan atas Kanun Tanah 2000, dan pengenaan had-had terhadap hak jual beli tanah mereka secara tak adil.52

Mengikut kajian yang lain, kebanyakan pegawai-pegawai yang melaksanakan skim-skim sendiri tidak betul-betul faham apakah kesan Konsep Baru dari segi undang-undang dan ekonomi.53 Mengikut Majid Cooke, apabila orang-orang Dayak mendesak penjelasan tentang kesan-kesan kepada mereka dari projek-projek yang kerajaan memberi galakan 50 Majid Cooke 2002.51 Majid Cooke 2006:27.52 Majid Cooke 2006:30.53 Majid Cooke 2002, merujuk kepada Ngidang 2002.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

40

untuk melibatkan diri, mereka telah dituduh sebagai ‘anti-pembangunan’. Selepas itu, mereka tidak lagi dijemput untuk mengikuti mesyuarat umum dan tidak terlibat dalam membuat keputusan selanjutnya. Dalam sesetengah kes, skim-skim terus berjalan atas tanah mereka tanpa persetujuan mereka dan secara langsung timbullah pertikaian terutama apabila jentolak dibawa masuk menghadapi pemilik-pemilik tanah yang menetang projek-projek tersebut.54

Mengikut ulasan oleh Bulan, kebanyakan orang yang menyertai projek perintis Konsep Baru di daerah-daerah Baram dan Kanowit berbuat demikian ‘tanpa fahaman yang mendalam tentang konsep-konsep asing seperti pemegang amanah, syarikat usahasama, atau pegangan saham-saham dalam syarikat’. Mengikut Bulan lagi, agensi-agensi kerajaan bertindak sebagai pemegang amanah dan apabila pertelingkahan berkepentingan berlaku, peranan mereka dipersoalkan kerana pada satu pihak mereka memajukan kepentingan sektor swasta dan pada pihak yang lain mereka menjaga kepentingan pemilik tanah orang asal. Tambahan lagi, mengikut undang-undang umum Inggeris, pemegang amanah tidak dibenarkan mempunyai kepentingan kewangan dalam aset-aset yang mereka mengurus bagi pihak jagaan mereka.55 Sebaliknya, di bawah Konsep Baru, kerajaan negeri memilik 10% saham, kakitangan agensi kerajaan dibayar untuk mengurus skim-skim dan 30% hasil kewangan yang diperolehi daripada penggunaan tanah berkenaan digunakan untuk pelaburan dalam Saham Amanah kerajaan. Dalam rumusannya, Bulan berkata perlindungan bagi hak-hak adat perlu diwujudkan untuk mengelak sebarang konflik. Contohnya, hak-hak pemilik tanah atas tanah mereka terdahulu diiktiraf dengan jelas melalui pemberian geran sebelum mereka memutuskan untuk melibatkan diri atau tidak dalam syarikat usahasama, dan bukan dijanjikan selepas habis tempoh pajak.56

54 Majid Cooke 2002: 40-41.55 Bulan 2006:53-54.56 Bulan 2006:45, 61.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

41

6. Kes-kes Mahkamah Menyangkut Perladangan Kelapa Sawit

Konflik tanah berhubungan dengan hak adat orang-orang asal dan skim-skim pembangunan secara paksa adalah suatu masalah yang berlarutan di Sarawak.57 Menurut laporan akhbar, sehingga kini, lebih kurang 150 kes berhubungan dengan konflik tanah telah dibawa ke mahkamah. Daripada jumlah kes-kes tersebut, kajian ini telah mengenal pasti sekitar 100 kes terdiri daripada pendakwa orang-orang asal di mana 40 kes melibatkan dakwaan terhadap pengusaha perladangan kelapa sawit. (Peta di bawah menunjukkan lokasi bagi satu pertiga daripada jumlah kes-kes tersebut).

Kes Mahkamah Menyangkut Tanah NCR di Sarawak/Malaysia

57 Hong 1987; Colchester 1992.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

42

Kes-kes yang dikenalpasti untuk kajian ini tersenarai dalam Jadual 1 di bawah. Semua kes-kes ini dari awal telah difailkan di mahkamah di Bahagian Kuching, Bintulu, Miri dan Sibu. Kes-kes bersangkut paut dengan pelbagai kesalahan termasuklah tidak ada pengiktirafan hak adat asal, tidak ada perundingan, tidak ada persetujuan yang berpengetahuan dan terdahulu, pencerobohan tanah NCR, dan membuat perjanjian dengan ketua-ketua kampung tanpa berunding dengan masyarakat. Terdapat banyak kes-kes yang menunggu perbicaraan. Ada kes yang tergantung untuk hampir 10 tahun, ada yang sedang berjalan. Beberapa kes telah dibicarakan dan beberapa kes menunggu untuk mendengar rayuan. Satu kes telah dibawa ke Mahkamah Atasan di Kuala Lumpur untuk rayuan semula.

Ternyata dari kes-kes ini pertelingkahan timbul oleh kerana kerajaan tidak memberi pengiktirafan jelas tentang had terhadap hak adat atas tanah dan tidak berunding dengan masyarakat sebelum keputusan melabur dibuat. Dalam kebanyakan kes, para peguam yang mewakili masyarakat telah mendakwa Jabatan Tanah dan Survei bersama-sama Kerajaan Negeri Sarawak atas kegagalan mengiktiraf kawasan-kawasan di bawah hak adat dan seterusnya diberimilik kepada syarikat-syarikat tanpa persetujuan masyarakat. Seperti tersebut di atas, hal ini berlaku oleh kerana terbatasnya pengikitirafan hak-hak adat oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

43

Ja

dual

1: K

es-k

es p

erla

dang

an k

elap

a sa

wit

di M

ahka

mah

Sar

awak

Tari

kh

difa

ilM

asya

raka

tSu

ku

kaum

Piha

k-pi

hak

yang

did

akw

aSt

atus

kes

26/0

7/20

01Se

lezu

, Set

ulai

dan

Sep

adok

Iban

Lada

ng S

awit

Bin

tulu

Sdn

Bhd

, Lem

baga

Ta

bung

Haj

i, Se

mai

Mek

ar S

dn B

hd, J

abat

an

Tana

h da

n Su

rvei

, Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

Seda

ng d

ibic

arak

an

22/1

2/20

06K

ampu

ng R

emun

Iban

DD

Pel

ita G

edon

g Pl

anta

tions

Sdn

Bhd

Kes

seda

ng

berla

ngsu

ng. P

erin

tah

mem

ihak

(Ex

-par

te

inju

nctio

n) d

imoh

on

oleh

pih

ak te

rtudu

h te

tapi

dito

lak

deng

an

baya

ran

kos d

itang

gung

ol

eh m

erek

a15

/10/

2004

Long

Ban

yok

Ken

yah

Bar

am T

radi

ng S

dn B

hdM

enun

ggu

perb

icar

aan

31/1

0/20

03K

enda

ie, P

asir

Hili

r dan

Pas

ir H

ilir T

enga

hB

iday

uhSy

arik

at L

adan

g D

afa

Sdn

Bhd

,K

eraj

aan

Neg

eri S

araw

akM

enun

ggu

perb

icar

aan

28/0

4/19

99B

unau

, Sek

aban

gIb

anK

anow

it O

il Pa

lm P

lant

atio

n Sd

n B

hd,

Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

Kes

dita

rik b

alik

7/04

/200

3Su

ngai

Pes

u, T

ubau

Kay

anTa

mex

Tim

ber S

dn B

hd, P

engu

asa

Jaba

tan

Tana

h da

n Su

rvei

, Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

25/0

2/20

04Lo

ng S

emut

ut, B

elag

aK

enya

hSh

in Y

ang

Fore

stry

Sdn

Bhd

, Ekr

an

Plan

tatio

ns S

dn B

hd, B

eluk

uk L

usat

, Pe

ngua

sa Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

ei,

Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

44

26/0

1/19

99Su

ngai

Sek

abai

, Sun

gai T

ajem

da

n Su

ngai

Ipuh

Iban

Bor

neo

Pulp

Pla

ntat

ions

Sdn

Bhd

,B

orne

o Pu

lp a

nd P

aper

Sdn

Bhd

, Pen

guas

a Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

ei

Bic

ara

perta

ma

deng

an

kepu

tusa

n m

emih

ak

pend

akw

a, k

es ra

yuan

de

ngan

kep

utus

an

mem

ihak

def

enda

n,

kini

men

ungg

u u

ntuk

m

ende

ngar

dan

m

enen

tuka

n ra

yuan

di

baw

ah M

ahka

mah

Pe

rsek

utua

n24

/11/

1998

Kam

pong

Leb

orIb

anLC

DA

, Nirw

ana

Muh

ibba

h Sd

n B

hd,

Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

M

enun

ggu

perb

icar

aan

28/1

0/20

04Su

ngai

Bon

gIb

anR

H P

lant

atio

n Sd

n B

hd, M

arab

ang

Lum

ber

Sdn

Bhd

, Pel

ita M

elor

Sdn

Bhd

, Pen

guas

a Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

ei

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

28/0

6/20

04Lo

ng Je

gan,

Lon

g Te

ran,

Lon

g Ta

bing

dan

Lon

g Ta

kong

Ber

awan

Rin

woo

d Pe

lita

Plan

tatio

n Sd

n B

hd,

Peng

uasa

Jaba

tan

Tana

h da

n Su

rvei

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

24/0

2/19

98Lo

ng L

apok

Kay

anR

inw

ood

Pelit

a Pl

anta

tion

Sdn

Bhd

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n6/

09/2

005

Kam

pong

Tub

ihB

iday

uhJa

ngka

r Pla

ntat

ion

Sdn

Bhd

, Pen

guas

a Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

ei, K

eraj

aan

Neg

eri

Sara

wak

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

5/12

/199

8Su

ngai

Lam

aus

Iban

Peng

uasa

Jaba

tan

Tana

h da

n Su

rvei

, K

eraj

aan

Neg

eri S

araw

ak, B

HB

Sdn

Bhd

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

15/1

0/20

04R

umah

Gal

in, R

umah

Tum

pa

dan

Rum

ah M

adel

Iban

Lada

ng S

elez

u Sd

n B

hd, B

BC

Est

ate

V S

dn

Bhd

, Pen

guas

a Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

eiM

enun

ggu

perb

icar

aan

16/0

4/19

99R

umah

Sid

u, S

unga

i Ent

ulan

gIb

anSa

raw

ak O

il Pa

lms B

erha

dM

enun

ggu

perb

icar

aan

12/0

7/20

03R

umah

Lam

poh

dan

Rum

ah

Kas

auIb

anPe

lita

Diw

angs

a B

hd, S

ri M

inah

Ent

erpr

ise

Sdn

Bhd

, Pen

guas

a Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

ei, K

eraj

aan

Neg

eri S

araw

ak

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

3/02

/200

5R

umah

Lam

poh

dan

Rum

ah

Kas

auIb

anPe

ngua

sa Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

ei,

Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

Terta

kluk

pad

a ul

asan

pe

ngha

kim

an

45

15/1

2/20

06R

umah

Una

ndIb

anK

eraj

aan

Mal

aysi

a, T

uan

Yang

Ter

utam

a Ya

ng d

pertu

an N

eger

i Sar

awak

(Pem

egan

g A

man

ah b

agi H

ak-H

ak A

dat),

Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

, Pen

guas

a Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

ei, G

rand

Per

fect

Sdn

Bhd

, H

ariw

ood

Sdn

Bhd

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

28/0

5/20

07R

umah

Giri

Iban

5 or

ang

indi

vidu

dan

Hui

You

ng S

dn B

hdM

enun

ggu

perb

icar

aan

22/0

5/20

04R

umah

Uta

t, R

umah

Muy

ang,

R

umah

Will

iam

Tin

gang

Iban

SOP

Plan

tatio

ns (S

UA

) Sdn

Bhd

, Pen

guas

a Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

ei, P

enga

rah

Jaba

tan

Tana

h da

n Su

rvei

, Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

Peng

adila

n aw

alan

da

n ki

ni te

rtakl

uk p

ada

rayu

an21

/04/

2001

Rum

ah A

njat

ana

k A

ndom

Iban

Peng

uasa

Jaba

tan

Tana

h da

n Su

rvei

, K

eraj

aan

Neg

eri S

araw

ak, M

edan

Mes

tika

Sdn

Bhd

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

00/0

8/19

97R

umah

Ban

gga,

Rum

ah

Peng

uan,

Rum

ah S

idu,

Rum

ah

Kia

i, R

umah

Jant

ing

Iban

Sega

raka

m S

dn B

hd, P

rana

Sdn

Bhd

, Em

pres

a (M

) Sdn

Bhd

, LC

DA

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

23/0

5/20

06K

ampu

ng B

ulau

, Kam

pung

B

ukit

Mel

anja

n, R

umah

G

enat

han,

Sun

gai K

enya

lang

Pi

dek,

Rum

ah K

unja

n

Iban

dan

M

elay

u-

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

09/1

1/20

05R

umah

Ray

ong,

Sun

gai B

ong,

Su

ngai

Am

pun

Iban

Peng

uasa

Jaba

tan

Tana

h da

n Su

rvei

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

22/1

2/19

98Su

ngai

Pel

ajau

Iban

LCD

A, L

oaga

n B

unut

Pla

ntat

ion

Sdn

Bhd

, K

eraj

aan

Neg

eri S

araw

akM

enun

ggu

perb

icar

aan

-K

ampo

ong

Tanj

ong

Tera

n da

n Su

ngai

Met

egai

Kay

an

dan

Ken

yah

LCD

A, R

inw

ood

Pelit

a Pl

anta

tion

Sdn

Bhd

, K

eraj

aan

Neg

eri S

araw

akM

enun

ggu

perb

icar

aan

07/0

5/20

03Lo

ng K

oyan

dan

Lon

g B

ala

Day

ak

Sepi

ngPe

ngua

sa Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

ei,

Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

46

05/0

5/20

02Lo

ng K

oyan

dan

Lon

g B

ala

Day

ak

Sepi

ngPe

ngua

sa Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

ei,

Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

, Sam

ling

Plan

tatio

n Sd

n B

hd

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

15/0

4/19

98R

umah

Las

an d

an R

umah

Ti

mbo

oIb

anPe

ngua

sa Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

ei,

Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

, Sar

awak

Oil

Palm

B

hd.

Kep

utus

an m

emih

ak

para

pen

dakw

a 13

/11/

2006

-R

umah

Ban

yang

, Rum

ah A

gam

, R

umah

Tum

paIb

anB

BC

Est

ate

VII

Sdn

Bhd

, Nai

m C

ebde

ra

Tuju

j Sdn

Bhd

, Pen

guas

a Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

ei, P

enga

rah

Jaba

tan

Tana

h da

n Su

rvei

, K

eraj

aan

Neg

eri S

araw

ak

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

07/0

5/20

03Lo

ng K

oyan

dan

Lon

g B

ala

Ken

yah

Peng

uasa

Jaba

tan

Tana

h da

n Su

rvei

, K

eraj

aan

Neg

eri S

araw

ak, S

iolid

Oil

Palm

Pl

anta

tion

Sdn

Bhd

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

16/0

6/20

02K

ampu

ng M

erak

aiIb

anPe

ngua

sa Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

ei,

Ker

ajaa

n N

eger

i Sar

awak

, LC

DA

, Nirw

ana

Muh

ibah

Sdn

Bhd

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

-K

ampu

ng S

unga

i Lim

au/ K

uali

Iban

dan

M

elay

uFE

LDA

, Pen

guas

a Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

eiM

enun

ggu

perb

icar

aan

-K

ampu

ng S

unga

i Lim

au/ K

uali

Iban

dan

M

elay

uFE

LDA

, Pen

guas

a Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

eiM

enun

ggu

perb

icar

aan

05/0

5/20

03K

ampu

ng S

ebak

o, Ju

din,

Se

map

u, S

aray

an, S

aray

an

Ulu

, Seb

iris,

Teba

ro, S

edai

ng,

Tanj

am, P

erun

dang

, Ope

k da

n Ja

ngka

r

Bid

ayuh

/ Se

lako

Peng

uasa

Jaba

tan

Tana

h da

n Su

rvei

, K

eraj

aan

Neg

eri S

araw

ak, S

ara-

HL

Plan

tatio

n Sd

n B

hd

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

20/0

3/20

03K

ampu

ng P

lam

an E

ngke

roh

Bid

ayuh

Teta

nga A

krab

Sdn

Bhd

, Ker

ajaa

n N

eger

i Sa

raw

akM

enun

ggu

perb

icar

aan

20/1

2/20

01K

ampu

ng M

entu

h Ta

puB

iday

uhTe

tang

a Akr

ab S

dn B

hd, K

eraj

aan

Neg

eri

Sara

wak

Men

ungg

u pe

rbic

araa

n

20/1

0/20

00K

ampu

ng S

unga

i Nia

ngIb

an d

an

Bid

ayuh

Teta

nga A

krab

Sdn

Bhd

, Pe

ngua

sa Ja

bata

n Ta

nah

dan

Surv

ei, K

eraj

aan

Neg

eri S

araw

akM

enun

ggu

peng

haki

man

30/0

3/20

05K

ampu

ng T

ekuy

ung,

Ape

ng d

an

Abo

k Ib

anLC

DA

, Pel

ita H

oldi

ngs S

dn B

hd, T

etan

ga

Akr

ab S

dn B

hd, K

eraj

aan

Neg

eri S

araw

akM

enun

ggu

perb

icar

aan

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

47

7. Portret Kehidupan Masyarakat Adat Disikat Kelapa Sawit

Bagi memahami dengan lebih mendalam tanggapan para anggota masyarakat tentang sektor perladangan kelapa sawit, salah satu kaedah kajian untuk terbitan ini adalah survei di 12 buah masyarakat terletak antara kawasan Baram di utara hingga kawasan-kawasan Bidayuh dan Selako di selatan.58

Masyarakat Penan di Long Singu

Kaum Penan telah mengamalkan cara hidup tradisional secara perpindah-randah memburu binatang dan memunggut hasil-hasil hutan di pedalaman Borneo. Mereka amat berpengetahuan dan berpengalaman tentang hutan sebagai jiwa dan sumber kehidupan. Walaupun penempatan mereka sentiasa berpindah, namun mereka tetap menjalin hubungan erat dengan tanah serta mengekalkan wilayah yang sama untuk generasi berturutan. Biasanya, makanan utama adalah pokok sago liar. Sejak akhir-akhir ini beberapa kelompok kaum Penan telah memilih cara hidup secara tetap dan bercucuk tanam. Sungguhpun begitu, mereka masih bergantung kepada hutan untuk mencari hasil buruan, bahan-bahan buat kraftangan dan lain-lain kegunaan.

Satu contohnya ialah masyarakat Penan di Long Singu yang telah mendiami kawasan Peliran di Hulu Sungai Rejang sejak banyak generasi dahulu. Hari ini, jumlah penduduk Penan yang tinggal di dalam kampung ini ialah seramai 200 orang. Mereka teringat pada waktu dulu mereka tinggal di kawasan Peliran, masa itu adalah zaman Jepun. Dan pada masa itu kampung mereka terletak di Long Lua menghala ke hilir tak jauh dari tapak penempatan sekarang. Mereka juga teringat seorang pegawai 58 Lihat Lampiran 2 untuk butir lanjutan mengenai metod dan soal selidik kajian.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

48

Inggeris digelar Tuan Arnold datang melawat mereka pada tahun 1955, masa itu mereka diami di Long Layan di sepanjang Sungai Lua di Peliran. Mereka tidak lupa pemimpin masyarakat Penan masa itu adalah Tingang Bajang.

Pada tahun 1970an, masyarakat Penan ini telah mengamalkan cara hidup secara tetap dan membelajari cara menanam ubi, pisang dan tembakau. Lama-kelamaan mereka juga belajar cara menanam padi. Namun begitu, mereka sangat bergantung kepada hasil-hasil hutan dan hidupan liar di dalam lingkungan hutan serta sungai dan anak sungai untuk keperluan harian mereka.

Apabila ditanya pendapatnya tentang pembangunan perladangan di sekelilingnya, Ketua Kampung Alung Ju berkata:

Pembangunan perladangan bermula di wilayah kami sejak tahun 2002. Saya dengar daripada pekerja-pekerja Shin Yang. Tak ada perundingan dengan kami di Long Singu sampai sekarang. Setengah kawasan temuda, pokok buah-buahan dan tapak perkuburan kami telah rosak dan musnah tapi tiada bayaran pampasan. Temuda kami di Sungai Laket, Sungai Sepet, Sungai Panga, Sungai Tiong, Sungai Mtem dan Sungai Tau (anak sungai Peliran) [juga terkena]. Kawasan hutan ditebang sehingga ke tebing sungai. Kami tak diberitahu maupun dibawa runding oleh pegawai-pegawai kerajaan sampai sekarang. Tak ada seorang pun dari kompeni yang datang untuk tanya kami, apa pendapat, kebimbangan dan minat kami dalam projek ladang-ladang sebelum ia dimulakan. Kami langsung tak ada perjanjian dengan kompeni. Tapi kompeni terus masuk dan buka kawasan kami, tak beritahu kami seluas mana kawasan yang mereka mau buka.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

49

Saya amat khuatir tentang pembangunan ini sebab ia menjejaskan cara hidup masyarakat saya. Saya tidak setuju dengan pembangunan macam ini dan carnya. Kalau pembangunan perladangan masuk kawasan ini, sudah tentu ada kerosakan dan kehilangan sumber-sumber alam atas tanah yang menyara hidup kami. Kompeni ini harus mengiktiraf kewujudan kami di sini. Dari zaman nenek moyang hingga sekarang, kami semua dilahirkan dan dibersarkan di sini. Kami mahu terus hidup di tanah ini dan hutan sekelilinginya.

Kami sudah mengadu kepada SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) tentang masalah-masalah kami. Seterusnya SUHAKAM hantar orang untuk melawat kami dan melihat keadaan dengan mata mereka sendiri. Tapi kami tak yakin apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk selesaikan masalah-masalah kami.

Bulan Usang, seorang perempuan berumur 33 tahun dari Long Singu, Peliran berkata:

Saya amat bimbang dan tak setuju dengan ladang kelapa sawit ini. Ia sudah rosak temuda dan tanaman-tanaman saya tapi pampasan tak ada. Kompeni ini tak mau kasi kemudahan pengangkutan. Pengurus kompeni juga tak mau kasi bantuan, mereka tak faham. Kami akan hadapi banyak masalah, sebab kami tak tau baca, tak tau tulis, tak ada sekolah. Tak dapat cari kerja dan duit untuk hidup. Kami tak ada IC atau surat lain untuk cari kerja.

Kerajaan patut tolong kami, membangun kehidupan dan taraf hidup kami. Bukan kasi kompeni halang atau musnah cara hidup kami. Sekarang kami tak dapat buat kraftangan sebab rotan tak ada, gaharu tak ada. Masalah ini jadi sebab banyak pembalakan di sini.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

50

Masyarakat Penan di Long Pelutan

Berdekatan dengan masyarakat Penan di Long Singu terdapat pula satu kelompok Penan yang terdiri daripada 200 orang lebih kurang yang tinggal di Long Pelutan, dan ada kalanya dikenali sebagai Long Menapa. Sebenarnya masyarakat ini dahulu sebahagian daripada masyarakat Penan di Long Lua yang juga terletak di kawasan Peliran. Tetapi mereka telah berpecah dan berpindah ke Long Menapa. Selepas beberapa tahun mereka berpindah lagi ke tapak rumah panjang sekarang di Long Pelutan yang terdiri daripada 28 pintu semuanya.

Ketua Kampung di Long Pelutan adalah Lian Bue’. Beliau menceritakan pengalaman mereka dengan syarikat-syarikat kelapa sawit.

Kompeni kelapa sawit di kawasan kami ialah Shin Yang Sdn Bhd. Mula-mula mereka membalak, lepas itu buka ladang kelapa sawit. Ladang kelapa sawit dibuka pada tahun 2005. Sebelum membuat kem di Lakin, Shin Yang bayar kami wang pemali sebanyak RM1,000. Mereka cakap kami tidak dibenarkan masuk ke dalam hutan simpan kami [dan berkata] kesemua kawasan tersebut mesti dibalak sebab mereka sudah ada lesen. Mereka cakap mereka mau masuk ke semua kawasan hutan simpan kampung kami dan membalak mulai bulan Julai 2007. [Untuk menahan bekalan air minum kami,] kami sudah tandakan sempadan kawasan tadahan air dengan cat untuk menghalang sebarang pencerobohan. Sampai sekarang kami belum lapor hal ini kepada mana-mana pihak kerajaan.

Kaum Dayak banyak mengalami kesan dari perladangan kelapa sawit yang biasanya dibuka selepas pembalakan tamat. Seperti orang Dayak, masyarakat Penan di Long Pelutan juga terasa hak adat ke atas tanah adat dan hutan mereka semakin dicabuli oleh kerajaan dan syarikat.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

51

Menurut Lian Bue’:

Bagi kami, kami tak sedar atau tak diberitahu kawasan kami telah diwartakan atau digazetkan untuk tujuan-tujuan lain. Ini bererti kami masih menganggap tanah kami sebagai tanah hak adat dan kami punya hak. Memang kompeni ada cakap kami tak ada hak atas tanah itu, tapi kami sudah berada di sini sejak banyak generasi dahulu.

Tentang soal perundingan, Lian Bue’ berkata:

Langusng tak ada bincang atau runding dengan kami tentang rancangan pembangunan di kawasan kami, baik jabatan kerajaan maupun pegawai kerajaan. Kami cuma dengar dari pihak-pihak lain kawasan kami akan digunakan untuk buka ladang kelapa sawit dan ladang pokok komersial.

Anggota masyarakat yang lain juga mengeluh bahawa syarikat ladang sawit terbabit tidak terfikir untuk bayar pampasan bagi kerugian yang ditanggung oleh masyarakat. Lian Bue’ berkata lagi:

Kebanyakan temuda dan tanaman kami sudah rosak dan tak ada bayaran ganti rugi. Ada setengah anak-anak buah saya sudah menunggu berbulan-bulan ada yang lebih satu tahun, tapi masih belum diberi apa-apa pampasan.

Rintihan yang disampaikan oleh Jalong Ugi, seorang petani dan pemburu dalam anggaran umur 40an dari masyarakat Long Pelutan, semasa ditemuramah:

Tapak penempatan lama kami di Sungai Biak, anak sungai Lua, yang telah dicerobohi dan habis dirosakkan oleh Shin Yang

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

52

pada tahun 2006. Tapak lama kami itu ditanami dengan pokok buah-buahan yang selalu ada buah. Mereka masuk kawasan itu tanpa minta izin dahulu daripada kami. Sampai sekarang, pampasan tak bayar. Kompeni-kompeni lain ada juga hormat kami punya hak atas tanah dan tanaman. Tapi Shin Yang lantak masuk dengan jentolak. Manajer Shin Yang di Ladang Lakin langsung tak hormat kami. Banyak anjing-anjing memburu kami dilanggar dan dibunuh oleh pekerja-pekerja Shin Yang tapi tak ada pampasannya.

Apek Udau adalah seorang perempuan Penan berumur lebih 60 tahun dan tinggal di Long Pelutan. Beliau amat bimbang tentang masa depan dan sumber mata pencarian cucu cicitnya, lalu berkata:

Saya bimbang apa kompeni ini buat di kawasan kami, ceroboh tanah keluarga saya dengan jentolak dan tolak semua tanaman-tanaman untuk buka ladang kelapa sawit. Tanah kami untuk bercucuk tanam lepas itu kami biar kosong. Sekarang sudah diganti dengan kelapa sawit. Tanah-tanah ini terletak di Sungai Biak, Sungai Lua, Sungai Pelutan, Sungai Menapa, dan Sungai Layun. Saya amat sedih, marah dan kecewa dengan kompeni ini kerana tak bayar pampasan untuk ganti rugi kerosakan dan kerugian kami. Kami sudah hilang tanah kami.

Masyarakat Penan di Long Jaik

Rombongan kajian juga telah menemui masyarakat Penan ketiga yang terletak di Long Jaik di Sungai Seping, Belaga di sekitar Ulu Rejang. Rumah panjang di Long Jaik ini terdapat 20 pintu dan didiami oleh 43 keluarga. Dari aspek tradisi mereka, masyarakat Penan ini telah menetap di kawasan Seping sudah hampir lapan generasi. Mereka diami kawasan ini untuk beberapa puluh tahun sebelum penjajahan Jepun dan masih teringat

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

53

lawatan-lawatan oleh pegawai penjajah Inggeris seperti Tuan Arnold, Tuan Urquhart dan Tuan Pikun. Seorang pengkaji Eropah juga datang melawat pada tahun 1980an dan kemudian tinggal di kampung tersebut untuk suatu waktu untuk mengkaji kebudayaan dan cara hidup orang Penan.

Mereka berpindah ke tapak rumah panjang kini pada tahun 1992. Sebelum itu mereka pernah tinggal di beberapa tempat di sepanjang Sungai Jaik. Matu Tugang, Ketua Kampung Long Jaik menceritakan pengalaman oleh masyarakatnya akibat kemasukan ladang kelapa sawit:

Pembangunan ladang-ladang kelapa sawit di kawasan saya oleh Shin Yang Sdn Bhd. Mereka mulai membuka tanah di kawasan kami sekitar Ba’ Milik Malat pada tahun 2005. Beberapa bahagian tanah NCR kami telah dicerobohi, dirosakkan dan diambil untuk tanaman kelapa sawit. Pengurus besar dan pengurus kompeni datang dan beritahu kami, mereka mau ambil tanah kami untuk ladang kelapa sawit. Mereka berdua kata kami tak boleh henti atau halang mereka. Itu salah kalau kami buat begitu. Mereka juga kata, kalau kami halang mereka mengguna tanah tersebut, di samping kami tak dapat apa-apa bayaran pampasan mereka boleh terus ambil tanah kami. Pengurus itu kata Towkay tak ragu-ragu main kasar dengan kami. Pengurus Besar itu kata kompeni mereka telah diberi lesen untuk ambil tanah itu dan orang Penan tak boleh halang mereka membuka tanah itu. Kompeni itu telah tetapkan kadar pampasan sebanyak RM300 bagi setiap hektar tanah NCR kami. Tak ada pampasan untuk tapak lama tanah NCR. Pokok buah-buahan seperti durian, dabai, alim, rambutan dll. dibayar RM10 setiap pokok. Ini memang tak cukup. Kalau di bandar harga sebiji durian pun sudah RM10 tapi sini kami hanya dibayar RM10 bagi satu pohon durian yang berhasil!

Walaupun pendekatan Konsep Baru dimaksudkan untuk mendapat persetujuan terdahulu dan berpengetahuan daripada masyarakat-masyarakat, sebenarnya ini tidak berlaku mengikut pengalaman Matu Tugang.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

54

Sampai sekarang, kita orang tak diberitahu, tak ada pengumuman bahawa tanah-tanah di kawasan kita sudah digazetkan untuk tujuan-tujuan lain atau digunakan untuk ladang kelapa sawit. Kita tak terima berita tentang hal ini, dari dulu hingga sekarang. Kita tak dijemput untuk berunding bersama, tak diberitahu oleh pegawai kerajaan atau wakil-wakil mereka tentang pembangunan terbaru atas tanah kita. Wakil-wakil kompeni dan Pengurus hanya cakap mereka sudah ada lesen yang meliputi keseluruhan kawasan ini. Tapi mereka tak tunjuk kita peta tentang kawasan-kawasan yang mereka mengaku sudah diluluskan lesen untuk mereka.

Anggota-anggota masyarakat amat gelisah bagaimana mereka mencari sumber kehidupan dengan perubahan-perubahan yang melanda mereka. Kata Matu Tugang:

Kita orang kampung tak senang hati dengan pembangunan sekarang, kompeni mau buka dan ambilalih banyak-banyak tanah, semua tanah kami untuk buka ladang. Orang-orang kami juga khuathir tentang akibatnya ke atas sumber-sumber, cara hidup dan alam sekitar. Sebabnya cara hidup kami sangat bergantung kepada sumber-sumber di sekeliling kami.

Seperti termaklum di atas, kes ini disoalsiasat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan laporan mengenainya dikeluarkan pada tahun 2007. Menurut laporan SUHAKAM, sebanyak tujuh perkampungan orang Penan - Long Singu, Long Jaik, Long Pelutan, Long Peran, Long Luar, Long Tangau, dan Long Wat – sudah dikeluarkan Planted Forest Licence merangkumi 156,000 hektar untuk tempoh pajak 60 tahun dan diberimilik kepada Shin Yang. Kawasan ini bertindih dengan Licence for Protected Forest (LPF/0018), atau Lesen untuk Hutan Terlindung yang telah dikeluarkan pada 19 November 1999 kepada Shin

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

55

Yang dan surat pajak sementara (Provisional Lease) bagi Lot 1 Kawasan Daerah Danum kepada Danum Sinar Sdn Bhd, salah satu anggota dalam Kumpulan Shin Yang. Pembangunan ini secara paksa dan membebankan masyarakat Penan. Jadi mereka telah mempertikaikan kemasukan syarikat tersebut.

Baru-baru ini pengurus kompeni datang lagi dan beritahu mereka mau buka lagi tanah kita yang kita sudah bercucuk tanam. Mereka mau mula kira-kira bulan Julai atau Ogos tahun 2007. Kita sudah membantah tapi mereka betul-betul mau mula kerja. Masyarakat kita dan tiga kampung Penan lain terjejas akibat kegiatan kompeni kelapa sawit ini. Kami telah setuju untuk membawa pertikaian ini ke mahkamah dan mendakwa kompeni dan pihak-pihak lain yang terlibat. Ini bukan sebab apa, kita lakukan ini untuk menegaskan dan melindungi hak-hak tanah kita.

Masyarakat Dayak Iban di Rumah Dunggat dan Rumah Lampoh

Kaum Iban adalah suku kaum etnik yang terbesar di Sarawak. Cara kehidupan tradisi mereka berpusat pada rumah panjang yang lazim terletak di tepi sungai dan sungai kecil. Ini adalah kerana sungai sebagai saluran pengangkutan mereka dan punca air untuk minum, masak, mandi dan cucian. Mereka mengamalkan ekonomi campuran, iaitu menanam padi bukit atau sawah bercampur dengan pertanian pindah, menternak, memburu, menangkap ikan dan memunggut hasil hutan. Mereka juga kerja bergaji dan berdagang di pasaran tempatan. Ramai orang Iban sudah majukan kebun getah sendiri untuk mendapat pendapatan yang boleh diharapkan dari tanah mereka. Banyak tanah ditanami dengan pokok buah-buahan, yang mampu memperkayakan tanah terbiar lama dan tapak perumahan terdahulu. Sama dengan kaum Dayak yang lain, mereka mengamalkan hukum adat yang terperinci untuk mengatur cara hidup kampung dan cara bagaimana tanah adat diwujudkan dan diwarisi.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

56

Berhampiran dengan Bintulu adalah dua masyarakat Iban iaitu Rumah Dunggat dan Rumah Lampoh. Kedua-dua masyarakat ini terjejas akibat kegiatan penanaman kelapa sawit secara komersial dan rombongan kajian telah menemui mereka. Masyarakat Iban tersebut mengatakan mereka telah menduduki kawasan yang sekarang ini jauh lebih awal daripada penjajahan Jepun. Apabila nenek moyang mereka mula-mula berpindah ke kawasan tersebut, ketua mereka masa itu adalah Tuai Rumah Gerinang. Beliau telah memohon tanah daripada Ketua Kampung Melayu Jepak, Datuk Abang Naga. Satu kawasan tanah dengan sempadan yang khusus telah diperuntukkan oleh Datuk Abang Naga dan berkuatkuasa hingga sekarang. Pada zaman penjajahan Inggeris, salinan peta menunjukkan kawasan yang telah diputuskan disimpan di pejabat Residen dan Pejabat Daerah. Jumlah keseluruhan wilayah tersebut dan sempadannya diiktirafkan dan dihormati oleh kedua-dua pihak Melayu dan Iban pada masa itu. Apabila pertikaian berlaku disebabkan kawasan itu dicerobohi atau diduduki oleh masyarakat Iban dari daerah lain, mereka merujuk kepada peta dan dokumen berkenaan. Pihak yang didakwa menceroboh mesti keluar dari kawasan tersebut dan balik ke kawasan asal mereka. Pada tahun 1970an, pertikaian atas tanah tersebut berlaku. Ekoran dari itu, satu surat persefahaman dibuat untuk menguatkuasakan semula tatacara perjanjian dahulu dan menyetujui penggarisan sempadan tanah. Hal ini dipersetujui oleh kedua-dua ketua masyarakat Melayu dan Iban, dan dimeterai oleh semua pihak terbabit. Masyarakat dari kedua-dua Rumah Dunggat dan Rumah Dampoh pada satu masa dahulu tinggal bersama di sebuah rumah panjang. Mereka berpisah pada tahun 1981, tetapi masih memiliki kawasan wilayah bersama.

Kini kedua-dua kampung ini menghadapi masalah pengambilalihan kawasan mereka untuk penanaman kelapa sawit secara besar-besaran oleh Pelita Holdings Sdn Bhd. Syarikat ini adalah syarikat usahasama di antara Pelita Holdings Sdn Bhd dan Golden Valley Golf Resorts Bhd. Menurut dokumen rasmi, Lot-Lot 356 dan 357 di Blok 35 Kawasan Daerah Kemena telah diberimilik kepada Pelita Diwangsa pada 6 February 2002 dengan

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

57

pajak sementara bagi tempoh selama 60 tahun. Lot 356 merangkumi 2,700 hektar manakala Lot 357 kira-kira 300 hektar. Tapi sebenarnya, dua surat pajak ini hanya dua bahagian dari skim yang lebih besar yang diberimilik kepada syarikat-syarikat tersebut di bawah lesen berlainan oleh PELITA. Mengikut penduduk tempatan di kawasan tersebut, ternyata 15 perkampungan lain akan terjejas sekiranya kegiatan perladangan dilaksanakan kelak.

Tuai Kampung Rumah Dunggat berkata,

Surat pajak atau lesen yang diberikan kepada syarikat berkenaan menjejaskan tanah NCR kami yang melebihi 3,000 hektar. Kira-kira 2,600 hektar telah dibuka dan ditanam dengan kelapa sawit. Tidak ada perundingan sebelum surat pajak sementara diluluskan untuk mengambilaih tanah NCR kami, atau sebelum ladang kelapa sawit dibuka atas tanah NCR kami. Juga tidak ada perundingan untuk tentukan syarat-syarat dan peraturan-peraturan bagi kompeni itu beroperasi atas tanah adat kami. Orang-orang kita semua meradang dan perasaan ini kekal hingga sekarang. Apabila kita tahu kompeni itu masuk tanah adat kami, kami semua terus membantah dan letak papan tanda untuk beri amaran kepada penceroboh. Kemudian kompeni itu masuk ikut jalan lain dan terus mengambilalih tanah adat kami. Kami berhadapan dengan mereka dan kenakan denda mengikut hukum adat dan amalan kami. Tetapi kompeni itu menceroboh lagi dan kata mereka cuma membangun kawasan merangkumi keluasan lesen mereka. Kami kenakan mereka denda sekali lagi dengan bayaran tiga kali ganda berbanding dengan denda pertama.

Tapi pampasan untuk tanah NCR dan tanaman-tamanan di atas tanah kami tak dibayar oleh kompeni itu. Kompeni itu enggan bayar sebab mereka kata tanah-tanah itu adalah tanah kerajaan,

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

58

jadi kami tak layak dapat pampasan. Walupun tanaman kita seperti nenas, kelapa dan lain-lain ditanam dengan bantuan dari Jabatan Pertanian. Lebih dari 300 batang pokok kelapa dan sago musnah sama sekali. Pokok-pokok ini dimiliki oleh beberapa keluarga. Semua tanaman-tanaman musnah jadi timbul masalah sumber makanan dan punca pendapatan mereka.

Dua batang sungai kami juga terjejas iaitu Sungai Lupak dan Sungai Mas. Kompeni itu buka tanah dan hutan sampai ke tebing sungai sekali, tak ada tinggal serantai pun untuk zon penampan. Bekalan ikan semakin susah untuk cari sebab air sungai dan mutunya sudah tercemar.

Masyarakat Iban dari Rumah Dunggat bersama masyarakat dari Rumah Lampoh, sebuah rumah panjang yang ada 86 pintu, telah menfail satu kes sivil terhadap Pelita Diwangsa dan tiga pihak yang lain termasuk Kerajaan Negeri Sarawak. Terdapat beberapa perkara yang mereka tuntut. Pertamanya, pengistiharan mahkamah bahawa merekalah yang terdahulu memperolehi dan mewujudkan hak-hak adat, baik hak individual maupun hak bersama, ke atas tanah yang dipertikaikan. Selanjutnya syarikat telah mengambilalih tanah tersebut yang merangkumi kawasan wilayah adat mereka walaupun mereka masih pemilik sahnya. Keduanya, pengistiharan mahkamah bahawa hak ini memadai bagi mereka menghalang mana-mana satu atau kesemua pihak yang didakwa daripada melemahkan atau mengurangkan hak-hak adat ke atas tanah adat mereka. Ketiganya, pengistiharan mahkamah bahawa setelah hak-hak adat atas tanah adat mereka dilemahkan dan dikurangkan akibatnya mereka mengalamai kerugian dan kerosakan. Akhirnya, pengistiharan mahkamah bahawa surat pajak sementara yang dikeluarkan untuk tanah tersebut telah mencabul Perkara 5(1), Perkara 8(1) dan Perkara 13(2) di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

59

Masyarakat Dayak Iban di Rumah Rayong

Rumah Rayong adalah penempatan Iban yang terdiri daripada 32 keluarga. Ia terletak di Sungai Bong, anak sungai Teru yang mengalir ke dalam Sungai Tinjar. Batang Tinjar pula adalah satu-satu sungai utama menyumbang kepada Sungai Baram di utara Sarawak. Mengimbas kembali, masyarakat ini berkata mereka telah tinggal di kawasan Sungai Bong sejak zaman Brooke (sebelum Perang Dunia Kedua). Mereka begitu lama telah mewujudkan dan menetapkan sempadan-sempadan dengan masyarakat-masyarakat berjiran yang hingga hari ini masih kekal dan dihormati. Mereka juga memiliki dokumen-dokumen daripada pejabat-pejabat kerajaan mengakui kebun getah mereka, di samping pajakan tanah daripada kerajaan masa dulu. Rayong Ak Lapik, bekas Tuai Rumah bagi masyarakat ini menceritakan kesusahan yang mereka hadapi sekarang:

Kes sivil kami terhadap LCDA, yang diberimilik pajak sementara untuk kawasan yang bertindih dengan tanah hak adat kami di Sungai Bong, dan Kerajaan Negeri Sarawak masih berlangsung. Kita tuntut supaya tanah-tanah NCR kami dikelurkan dari pajak itu. Orang-orang kita berhak untuk sendiri tentukan cara guna tanah, bukan sembarangan kasi kepada kompeni. Kami sudah usahakan tanah kami dengan sedikit tanaman jualan seperti pokok getah dan yang lainnya untuk tanaman padi dan tanaman jualan lain. Kami tak pernah dibawa runding sebelum surat pajak dikeluarkan atas tanah kami untuk tujuan membuka ladang dan kami pun tak minta tanah kami dimasukkan dalam kawasan perladangan. Lagi pun kami tak lantik atau benarkan mana-mana kompeni untuk masuk dan tukar tanah-tanah kami jadi ladang kelapa sawit. Itu sebab dari awal-awal lagi apabila kompeni-kompeni ini mahu masuk kononnya mau membangun tanah kami, kami telah membantah dan berhimpun secara aman. Tapi pihak kerajaan bertindak dengan menangkap, menahan dan mendakwa

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

60

orang-orang kami di mahkamah. Tapi kami tak putus asa. Sebagai Tuai Rumah masa itu, saya fikir adalah tanggungjawab saya untuk mendapat, dan bertindak mengikut persetujuan suara sebulat orang-orang saya dalam mempertahankan hak-hak atas tanah dan harta kepunyaan kami.

Oleh sebab saya gigih berjuang bersama masyarakat saya dalam melindungi tanah-tanah NCR kami, saya telah diberi surat melucutkan jawatan saya sebagai ketua kampung. Tapi orang-orang saya tetap kuat sokong saya. Saya tak boleh membelot kepercayaan, kepentingan dan masa depan orang-orang saya demi kepentingan atau kekayaan diri sendiri. Macam mana saya ada hati mau terima dan sokong kegiatan-kegiatan yang melanggar hak-hak tanah kita? Orang-orang saya tak tolak pembangunan yang betul-betul menjaga hak-hak dan kepentingan jangka panjang kita, jika ia betul-betul memberi manfaat kepada kami.

Masyarakat Dayak Iban di Sungai Apun

Sungai Apun adalah satu lagi perkampungan Iban di Sungai Bong yang telah terkena akibat dari skim pembangunan yang serupa. Rombongan kajian telah menemui Francis Ak Imban, Pengerusi Persatuan Masyarakat Iban. Beliau menjelaskan:

Kerajaan Sarawak telah keluarkan surat pajak sementara untuk LCDA (PELITA) merangkumi tanah-tanah hak adat kami di kawasan Sungai Bong, Teru, Tinjar. Sebanyak lima perkampungan Iban terjejas, di mana hak adat atas tanah mereka di kawasan Sungai Bong termasuk dalam pajak itu. Pajak-pajak itu untuk pembangunan perladangan kelapa sawit. Sekarang empat syarikat usahasama sedang beroperasi di dalam dan di sekeliling kawasan Bong dan Teru.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

61

Kebanyakan penduduk di kelima-lima perkampungan di Sungai Bong telah membantah tanah-tanah hak adat mereka termasuk dalam projek perladangan. Kami sudah memutuskan untuk fail satu kes sivil terhadap LCDA dan Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 2000 selepas mendapat tahu tanah-tanah hak adat kami terkena.

Walaupun dengan bantahan secara langsung terhadap penggunaan tanah-tanah hak adat kami, dan sambil menunggu kes sivil kami didengari di mahkamah, satu syarikat lain iaitu Boustead Sdn Bhd telah mula membuka dan menggunakan tanah-tanah kami untuk dijadikan ladang kelapa sawit. Tanah kami berjumlah kira-kira 450 hektar telah diambilalih dan ditanam dengan kelapa sawit oleh syarikat itu. Pokok getah dan pokok buah-buahan yang kami tanam di situ musnah sama sekali. Tapak perkuburan nenek moyang pun musnah. Dan kita tidak mendapat apa-apa pampasan pun.

Sementara itu, kami juga menfail satu tindakan mahkamah terhadap dua syarikat usahasama yang telah mulakan kegiatan-kegiatan perladangan kelapa sawit di kawasan kami.

Masyarakat Dayak Iban di Rumah Jupiter

Satu lagi kelompok perkampungan Iban yang terjejas oleh pembangunan perladangan kelapa sawit terletak di kawasan Suai di sepanjang empat sungai kecil iaitu Sungai Gelasa, Sungai Lembong, Sungai Selabi dan Sungai Tibus. Rumah Jupiter terdiri daripada 28 keluarga dan Tuai Rumahnya adalah Jupiter Anak Segaran. Tuai Rumah Jupiter bercerita tentang keadaan mereka:

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

62

Satu kompeni bernama Ta Ann Bhd telah diberimilik oleh pihak kerajaan untuk membangun tanah-tanah di kawasan kita. Pajak atau lesen itu meliputi kawasan yang amat luas dan menjejaskan tanah-tanah hak adat kepunyaan beberapa perkampungan. Kesemua kampung-kampung ini terletak di kawasan Suai termasuklah Rumah Meringai di Sungai Lembong, Rumah Senit di Sungai Selabi dan Rumah Libau di Sungai Tibus. Pajak itu dibahagikan kepada beberapa lot. Setiap lot dengan keluasan beberapa ratus atau ribu ekar. Tanah hak adat saya termasuk dalam Lot 96 dan sebanyak 2,700 ekar tanah-tanah kami terkena. Sekarang satu kontraktor bernama Butra Semari sedang beroperasi di kawasan ini membalak sumber-sumber hutan yang ada sebelum kawasan itu dibuka untuk dijadikan ladang-ladang kelapa sawit.

Sudah berpuluh-puluh tahun masyarakat kami tinggal di kawasan ini dan bercucuk tanam, macam-macam tanaman di tanah itu termasuk padi, pokok buah-buahan dan tanaman kelapa sawit secara kecil-kecilan. Tapi sekarang, kami diberitahu bahawa kami tiada hak lagi mengelolah tanah ini lagi malah diarah supaya berhenti mengguna dan mengusaha tanah sendiri. Jika kerajaan mau ambil tanah kami untuk diberi kepada kompeni luar, mengapa kami tak diberitahu atau diumumkan terlebih dulu dan bayar pampasan yang sepatutnya? Tanah ini macam harta pusaka kami, sekarang dirampas di belakang kami dan diberi kepada pihak lain. Ini sudah macam mencuri, merampas hak orang tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Kerajaan dan pemimpin-pemimpin kita patut melindung hak-hak tanah kami, bukan beri kepada orang lain tanpa beritahu atau runding dengan kami dulu. Hanya untuk kepentingan beberapa orang saja dan beribu-ribu orang menjadi korban, miskin dan lapar hilang tempat mencari nafkah sehari-hari. Kami sudah upah seorang

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

63

peguam untuk mewakili kami dan memohon supaya arahan ini dibatalkan.

Tuai Rumah Masyarakat Iban, Jupiter Anak Segaran, Rumah Jupiter, Sungai Gelesa, Lembong, Suai,Sarawak

Masyarakat Dayak Iban di Selezu, Sepadok dan Setulai

Masyarakat Iban di Selezu, Sepadok dan Setulai menjalin hubungan yang erat dengan tanah mereka, dan bercerita tentang sejarah bagaimana mereka mula sampai ke bahagian utara ke kawasan itu yang kemudiannya ditakluki oleh Raja Brooke pada tahun 1870. Pada hujung abad ke 19, peperangan antara perkampungan cukup hebat dan keadaan menjadi huru-hara. Selepas itu, antara tahun 1917 dan 1924 masyarakat-masyarakat mendiami di tapak yang ada sekarang. Hari ini tapak penempatan mereka berhampiran dengan jalanraya utama menghala ke pusat perindustrian di Bintulu. Seperti masyarakat Iban yang lain, mereka juga mengamalkan pertanian campuran dan hidup dengan bercucuk tanam, bertani pindah-randah dan bertanam sedikit-sedikit tanaman jualan seperti getah, buah-buahan dan lada hitam. Sekarang tanah-tanah mereka digugat oleh syarikat-syarikat kelapa sawit.

Menurut anak Tuai Kampung Agi Anak Bungkong bernama Beluka anak Agi yang juga pihak pendakwa dalam kes mahkamah mereka, tindakan mahkamah oleh penduduk-penduduk Selezu, Setulai dan Sepadok ini bukan satu kes biasa. Sebabnya pihak-pihak yang didakwa adalah Kerajaan Negeri Sarawak, yang telah keluarkan surat pajak sementara kepada syarikat-syarikat swasta, dan Lembaga Tabung Haji Malaysia, satu tabung dana diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia di bawah bidang kuasa dan pengelolaan Kerajaan Persekutuan.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

64

Para penduduk hanya sedar adanya skim kelapa sawit apabila pekerja-pekerja mula bekerja atas tanah mereka, membersih kawasan itu termasuk mencabut pokok-pokok getah dan buah-buahan kepunyaan orang kampung. Kerja membuka kawasan untuk dijadikan ladang kelapa sawit tidak berhenti-henti, dan sungai-sungai yang merupakan sumber air bagi orang-orang kampung dan bekalan ikan di dalamnya pun terkena. Semuanya musnah sama sekali, tanaman-tanaman, sungai, tapak perkuburan dan tanah ladang. Penduduk-penduduk tidak dapat mencari buruan lagi, yang juga satu sumber makanan yang penting bagi mereka. Sumber asli sepertri rotan yang berguna untuk membuat kraftangan juga telah pupus, dan masyarakat pun hilang pendapatan sampingan dari kegiatan ini. Makanan dari hasil hutan seperti sayaur-sayuran musnah sama sekali, menjadikan kehidupan penduduk-penduduk kampung bertambah susah.

Apabila penduduk kampung minta pampasan untuk mengganti rugi kerosakan tanamana-tanaman mereka, pihak syarikat menghiraukan tuntutan mereka. Pihak syarikat terus menghiraukan tuntutan orang-orang kampung dengan andaian orang-orang kampung tak ada tanah NCR di dalam kawasan yang dipertikaikan.

Kemudian para penduduk menemui pekerja-pekerjanya dan meminta mereka henti merosakan tanaman-tanaman mereka sebab syarikat belum lagi berbincang dengan penduduk kampung tentang tanah komunal mereka. Orang-orang kampung juga pernah melapor, beberapa kali, kepada polis tetapi pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan. Oleh itu, orang-orang kampung sendiri bertindak menghalang pekerja-pekerja dari merosakan tanaman-tanaman mereka.

Pertamanya, pihak syarikat tidak beritahu penduduk bila mereka telah mulakan kerja. Mereka juga tidak beritahu penduduk apa tanaman yang akan ditanam atas tanah-tanah mereka. Sebenarnya tidak ada apa-apa

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

65

maklumat yang disampaikan oleh pihak kerajaan maupun syarikat kepada penduduk yang terkena sebelum kerja membuka tanah dijalankan. Apabila penduduk kampung menghalang pekerja-pekerja dari meneruskan kerja dan berjumpa dengan pegawai-pegawai syarikat untuk membantah kegiatan-kegiatannya, mereka diberitahu oleh pihak syarikat bahawa mereka tak ada tanah-tanah NCR malah dituduh menduduki tanah-tanah kerajaan dan syarikat.

Kemudian, masyarakat Iban ini menghantar surat rayuan kepada semua menteri-menteri termasuk Ketua Menteri dan Menteri Tanah di pihak kerajaan negeri. Mereka juga membuat beberapa laporan polis dan menghantar salinan laporan polis kepada Ibupejabat Polis Malaysia di Kuala Lumpur dan ketua polis Sarawak di Kuching. Selain itu mereka telah menghantar surat rayuan kepada Pejabat Daerah, pejabat Residen dan penghulu kawasan, menyuarakan bantahan terhadap pengambilalihan tanah mereka dan pihak syarikat harus berbincang dengan penduduk kampung sebelum meneruskan kegiatan mereka. Bagaimanapun, hanya seorang Penolong Menteri sahaja yang membalas surat orang kampung. Beliau memberitahu orang-orang kampung tentang bayaran bagi hak-hak adat dan bahawa perkara ini telah dibawa ke pejabat daerah tempatan. Pihak-pihak yang lain tidak membalas kepada orang-orang kampung. Pejabat daerah juga tidak mengambil apa-apa tindakan.

Para penduduk tidak tahu bahawa pihak kerajaan atau syarikat telahpun menandai sempadan tanah masyarakat mereka untuk pengambilalihan. Apabila penduduk minta penjelasan daripada pihak syarikat, mereka ditunjukkan satu peta dan diberitahu keseluruhan kawasan itu adalah tanah milikan kerajaan, walaupun kawasan itu sudah ditanami dengan tanaman-tanaman orang kampung. Pihak syarikat buat seolah-olah kawasan itu langsung tak ada penempatan masyarakat.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

66

Apabila ditanya adakah masyarakat bersetuju dengan skim itu, Beluka menjawab:

Kita orang tak tau ada projek, meraka tak bincang dengan orang-orang kampung. Kalau begitu, macam mana mau setuju dengan skim itu? Lagi pun mereka ambil saja tanah-tanah masyarakat, secara percuma, daripada kami. Pihak kompeni kata kita tak ada geran tanah jadi bukan tanah masyarakat. Tapi kita orang menolak dakwaan ini sebab kita orang sudah mendiami dan mengusaha tanah-tanah ini sejak dari dulu lagi. Kompeni sudah janji mau sambung paip air dari saluran paip umum kepada masyarakat-masyarakat tapi mereka bohong.

Bekalan air masyarakat dari kawasan tadahan asal tidak sesuai untuk minum lagi setelah punca sungai-sungainya tercemar. Mereka terpaksa belanja wang sendiri untuk beli tangki air untuk menampung air hujan untuk kegunaan mereka. Mereka juga tidak boleh mandi dengan air sungai yang tercemar itu.

Segala langkah-langkah yang telah diambil oleh masyarakat tidak berhasil dan mereka terdesak untuk mengambil langkah terakhir mempertahankan tanah NCR mereka. Oleh itu mereka telah membuat rintangan secara aman di jalan masuk syarikat sawit untuk menahan kegiatan penanaman itu. Hanya selepas tindakan aman ini, pihak syarikat-syarikat setuju bayar pampasan pemali menuo dan untuk pokok-pokok, mereka bayar pampasan RM1-RM5 setiap pokok sahaja. Sesetengah masyarakat menerima pampasan itu, tapi yang lain seperti masyarakat dari kampung Agi menolaknya. Mereka mendapati pampasan itu terlalu rendah dan tak adil.

Orang-orang kampung selanjutnya membawa kes ini ke Mahkamah Adat. Perbicaraan dipengerusikan oleh Penghulu. Mahkamah telah putuskan bahawa pihak syarikat-syarikat patut bayar pampasan kepada orang-orang

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

67

kampung mengikut kadar bayaran Jabatan Kerja Raya (JKR), tapi mereka tidak menurut perintah Mahkamah Adat.

Seterusnya orang-orang kampung membawa hal ini ke peringkat tertinggi Mahkamah Adat iaitu Mahkamah Agong Tertinggi di mana Pemancha adalah Pengerusi perbicaraan. Mahkamah juga telah putuskan bahawa orang-orang kampung mempunyai hak NCR atas tanah-tanah yang dipertikaikan. Namun begitu, tak ada tindakan susulan selepas keputusan ini. Memang orang-orang kampung tidak setuju dengan skim kelapa sawit dan kerugian tanah mereka. Jadi, mereka pun membawa kes sivil terhadap pihak syarikat-syarikat dan kerajaan di Mahkamah Tinggi.

Sebaik saja kes mereka diumumkan untuk perbicaraan pertama pada bulan Mac 2007, pihak syarikat-syarikat hantar seorang wakil untuk menemui orang-orang kampung. Mereka menawarkan wang pampasan kepada orang-orang kampung yang terkena dan mahu menyelesaikan kes di luar mahkamah. Bagaimanapun, orang-orang kampung menolak tawaran itu kerana nilai pampasannya terlalu rendah. Serentak itu, penanaman kelapa sawit terus berjalan, biarpun ada laporan-laporan polis, perbicaraan di mahkamah adat dan kes sivil terhadap mereka. Pihak syarikat-syarikat tetap mahu menanam sampai meliputi keseluruhan kawasan pajak. Bagi Beluka, tanah-tanah NCR adalah tanah pusaka yang diwarisi daripada nenek moyang, jadi mereka tetap ada hak atasnya. Tapi yang paling menyedihkan orang-orang kampung ialah kehilangan tanah-tanah mereka dan cara bagaimana hak-hak atas tanah itu dicabuli.

Sekarang satu syarikat kelapa sawit baru telah mencerobohi sebahagian lain tanah-tanah NCR orang kampung. Serupa juga dengan gaya syarikat-syarikat lain yang sedang bertelingkah dengan orang-orang kampung, syarikat baru ini juga menghiraukan tanah NCR orang-orang kampung. Malahan mereka cuba menipu orang-orang kampung seperti yang

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

68

dilakukan oleh syarikat-syarikat lain. Mereka sudah menjalankan kegiatan mereka atas tanah NCR orang-orang kampung. Akibatnya orang-orang kampung kekurangan tanah untuk kegunaan sendiri seperti menanam padi dan tanaman-tanaman lain. Mereka juga tidak dapat menanam padi bukit sebab tanah sudah terganggu. ‘Kehidupan kita semakin susah dengan skim kelapa sawit ini,’ ujar Beluka.

Masyarakat Dayak Bidayuh di Kendaie, Pasir Hilir dan Pasir Hilir Tengah

Kaum Bidayuh, dari segi sejarah dikenali sebagai Dayak Darat, telah menduduki kawasan di bahagian selatan Sarawak lama sebelum tercatit dalam rekod-rekod bersejarah.59 Kawasan ini sudah lama didiami dan ditanami, di samping sudah bercampur dalam aktiviti pasaran serantau dan dunia terutamanya penanaman dan penjualan lada hitam. Kajian ini tertumpu kepada masyarakat-masyarakat di Kendaie, Pasir Hilir and Pasir Hilir Tengah yang terletak di hujung bahagian selatan dan barat Sarawak berhampiran dengan Kalimantan Barat.

Masyarakat-masyarakat ini penuh yakin mereka ada hak NCR terhadap tanah-tanah di dalam dan di sekeliling kampung masing-masing. Sebabnya mereka telah lama tinggal di kawasan yang sama, sejak bergenerasi dari nenek moyang, dan sejak dari itu telah mengerjakan dan menduduki tanah-tanah itu. Jadi mereka menganggap diri sebagai ‘pemegang lesen’ ke atas tanah tersebut menurut tafsiran dalam peruntukan-peruntukan Kanun Tanah Sarawak (Cap.81).

Satu lagi buktinya ialah tapak perkuburan, dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai Kadih, yang terletak di kawasan tanah hak adat mereka. Sebanyak enam keturunan nenek moyang di Pasir Hilir telah dikebumikan 59 Geddes 1954; King 1994.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

69

di Kadih, iaitu Abeng anak Sinsen, Noren anak Metu, Metu anak Gulang, Budang, Jarari anak Metu dan Mitir anak Juat.

Pengembangan ladang kelapa sawit bermula atas Lot 33 di Blok 11 Kawasan Daerah Tanah Gading Lundu melalui surat pajak sementara kepada Syarikat Ladang Dafa Sdn Bhd. Sebahagian besar kawasan pajak ini bertindih denrgan tanah hak adat orang-orang kampung maka timbullah pertikaian. Walaupun beberapa mesyuarat telah dipanggil oleh pihak atasan tertentu untuk menyelesaikan pertikaian ini, mereka gagal mencari penyelesaian yang disetujui oleh pihak-pihak yang terlibat. Orang-orang kampung tidak memberi persetujuan untuk tanah-tanah mereka dibangunkan menjadi ladang-ladang kelapa sawit oleh syarikat itu. Walupun masyarakat-masyarakat telah membantah, mulai tahun 1998 syarikat itu telah membuka dan/atau memusnahkan sebahagian besar tanah-tanah hak adat orang-orang kampung. Sekarang kawasan itu ditanam dengan kelapa sawit. Sebagai pihak mendakwa, masyarakat-masyarakat menegaskan hak atas tanah hak adat mereka yang juga sumber kehidupan mereka. Sekarang tanah masyarakat diancam oleh kegiatan ladang kelapa sawit dan mereka telah mengalami kerugian dan kerosakan.

Menurut orang-orang yang ditemuramah, latar belakang tentang perkembangan perladangan kelapa sawit atas tanah-tanah mereka sangat rumit. Setakat mana yang mereka tahu, tanah diberimilik oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada satu syarikat untuk menanam koko, tapi syarikat itu menjadi bangkrap dan diambilalih oleh pemilik baru yang kemudiannya menjual syarikat itu kepada seorang bekas ketua Menteri Sabah. Kawasan itu ditanam dengan pokok akasia tapi usaha ini tidak berkekalan. Akhirnya, syarikat itu dijual kepada seorang individu di Semenanjung Malaysia,60 yang memulakan skim kelapa sawit pada tahun 1997 hingga sekarang. Bak kata seorang yang ditemuramah: ‘Syarikat itu mengambil tanah seolah-olah dia telah mewarisi dari nenek moyangnya.’60 Ini cuma pandangan orang yang ditemuramah. Mungikin syarikat itu mempunyai lebih dari seorang

pemilik.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

70

Apabila pemilik baru skim kelapa sawit ini mengambilalih, mereka juga mengendahkan adat resam dan tradisi masyarakat adat. Orang-orang kampung tidak pernah diberitahu tentang skim-skim ini, dari saat pemilik pertama mula membuka tanah itu pada tahun 1982. Apabila tanah-tanah orang kampung mula-mula dicerobohi, mereka melaporkan peristiwa itu kepada polis. Polis datang untuk menyiasat tanaman-tanaman mereka yang musnah sahaja dan tidak mengambil tindakan lain. Mereka menasihati orang-orang kampung supaya berjumpa dengan pihak syarikat dan jangan menggunakan kekerasan. Sebenarnya, orang-orang kampung telah berjumpa dengan syarikat

baru itu sebanyak tiga kali tentang perkembangan skim-skim kelapa sawit. Akan tetapi pihak syarikat tidak dapat menjawab pertanyaan orang-orang kampung dan suruh orang-orang kampung berjumpa dengan pemilik lama. Syarikat itu kononnya mengatakan, ‘kami tak tahu apa-apa, kami cuma membeli tanah-tanah itu.’ Pihak syarikat berjanji untuk membina longkang, jambatan dan jalanraya tetapi mereka tidak menunaikan. Sebenarnya orang-orang kampung tidak pernah nampak pihak pengurus selama 2-3 tahun yang lalu.

Orang-orang kampung telah berjumpa dengan pegawai-pegawai di Pejabat Daerah, tapi mereka juga tak dapat meneyelesaikan masalah ini. Beberapa orang pegawai telah melawat kawasan berkenaan bersama dengan pihak syarikat, tapi mereka tidak berunding terlebih dahulu dengan orang-orang kampung. Pejabat Daerah menasihati orang-orang kampung supaya menjauhi dari pergaduhan. Untuk satu masa yang lama, orang-orang kampung tidak tahu ke mana mahu mengadu masalah mereka. Apabila tak ada balasan daripada syarikat atau pegawai-pegawai, mereka terus berdiam. Orang tua-tua yang terlibat sebagai ketua dalam pertelingkahan kesemuanya buta huruf dan mereka tidak faham dokumen-dokumen yang ditunjukkan kepada mereka.

Bakang anak Sair, Kampung Kendaie

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

71

Pihak kerajaan telah meninjau kawasan itu tetapi tak memberi apa-apa maklumat atau berunding dengan orang-orang kampung, dan orang-orang kampung pun tak pasti tentang butir-butir yang sudah tetap. Jadi, orang-orang kampung pun mengambil tindakan untuk buat survei sendiri dan menandakan sempadan kawasan-kawasan NCR mereka. Sebagaimana dengan adat resam mereka, sempadan-sempadan itu ditandakan dengan tapak perkuburan, pokok engkabang, pokok buah-buahan dan getah, yang sekarang hampir semua tanda-tanda itu telah ditolak oleh jentolak syarikat. Pejabat Daerah dan pihak kerajaan berkata mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu orang-orang kampung. Dengan ketabahan hati, orang-orang kampung mencari bantuan dan sokongan daripada seorang peguam untuk membawa kes mereka ke mahkamah.

Kini orang-orang kampung rasa mereka tidak lawan habis-habisan apabila pertikaian mula-mula timbul. Mereka mematuhi undang-undang dan rasa, akhirnya, mereka diperguna oleh pihak syarikat yang tidak berhenti mencerobohi tanah mereka. Sebenarnya syarikat itu berhenti kegiatan mereka apabila orang-orang kampung berhadapan secara langsung dengan mereka, tetapi sebaik saja orang-orang kampung mengundur, syarikat memulakan operasi mereka semula. Mustahil bagi orang-orang kampung mengawasi keadaan berterusan siang malam. ‘Mungkin masalah ini sudah selesai jika kerajaan campur tangan dari awal-awal lagi’, ujar Bakang anak Sair dari Kampung Kendaie, salah seorang pendakwa dalam kes mahkamah.

Masyarakat Dayak Bidayuh di Gumbang Asal Bau

Masyarakat Bidayuh di Gumbang Asal ada satu kes berpanjangan yang sedang menunggu keputusan mahkamah. Kes ini difail pada tahun 1995 dan mendakwa lima pihak. Empat pihak yang didakwa terdiri dari syarikat sektor swasta iaitu Rich Venture Sdn Bhd, Canto Resources Sdn Bhd, Dasaha Sdn Bhd dan Lucky Logging Contractor Co. Pihak kelima yang didakwa

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

72

ialah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA). Kes ini melibatkan tiga rumah panjang iaitu Kampung Gumbang Asal, Kampung Padang Pan dan Gumbang Redan.

Masyarakat-masyarakat ini menegaskan bahawa mereka mempunyai hak NCR atas tanah-tanah di sekeliling kampung masing-masing. Tanah wilayah ini merentang dari Plaman Turak di utara mengikut garisan lurus hingga ke muara Sungai Angkosong (di kuala Sungai Angkosong dan Sungai Pedi) di bahagian timur. Ianya bersambung ke Bukit Sekan menghala ke banjaran bukit Bungo dan dari situ ia mengalir di sepanjang kawasan legeh banjaran ini hingga ke sempadan Indonesia di selatan. Di sebelah barat, sempadannya merentang ke muara Sungai Mekih dan menyambung ke atas Sungai Mekih sampai ke garis sempadan Indonesia di barat dan selari dengan sempadan hingga ke Sungai Pan di barat, mengikut kemuncak Gunung Kisam dan balik ke Plaman Turak di utara. Keseluruhan tanah wilayah ini telahpun dimiliki oleh mereka sejak dahulu kala dan selepas hutan belantara dibersihkan, mereka membuka kebun untuk tanaman pokok buah-buahan dan tanaman lain di samping untuk tapak perkuburan. Jadi, mereka tuntut tanah-tanah ini adalah di bawah hak NCR lama sebelum Kanun Tanah mentakrifkan tanah NCR diwujudkan secara sah sebelum 1 Januari 1958, dan hak-hak ini tidak pernah dihapuskan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Berkaitan dengan kes mahkamah, masyarakat-masyarakat mendakwa bahawa pihak tertuduh pertama, kedua, ketiga dan keempat telah mencerobohi tanah mereka dengan pembinaan jalanraya pembalakan dan/atau cabang jalan, membalak dalam kawasan tadahan air dan/atau kawasan bukit dan gunung tanpa izin daripada pihak masyarakat. Itu mengakibatkan kerosakan tanah atau kawasan-kawasan keliling termasuk tanah temuda, kebun-kebun, pokok buah-buahan, sungai-sungai dan anak-anak sungai, kawasan perburuan, dan kawasan hutan amnya, yang merupakan sumber menyara hidup pihak-pihak pendakwa. Pihak tertuduh

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

73

kelima, iaitu SALCRA telah didakwa menjalankan skim pertaniannnya atas tanah yang sama tanpa izin masyarakat. Walaupun pihak pendakwa telah membantah beberapa kali, menghantar surat rayuan kepada pihak berkuasa berkaitan dan membuat benteng, syarikat-syarikat berkenaan enggan berhenti kegiatan-kegiatan mereka. Malah mereka tidak berhenti menceroboh tanah-tanah masyarakat. Pihak pendakwa berkata mereka telah mengalami kerugian dan kerosakan akibat perbuatan-perbuatan pihak-pihak yang didakwa.

Menurut Duek anak Atin, salah seorang daripada pihak pendakwa dalam kes mahkamah, memang Pegawai Daerah Bau bersama dengan agensi-agensi kerajaan ada memberitahu masyarakat tentang skim kelapa sawit itu. Mereka telah menjelaskan tentang kebaikan-kebaikan skim kelapa sawit termasuk faedah-faedah untuk orang kampung. Akan tetapi, jumlah bayaran tidak dijelaskan. Pertikaian bermula apabila SALCRA membuka tanah-tanah masyarakat tanpa makluman terdahulu dan tidak berunding dengan masyarakat tentang pemilikan tanah-tanah berkenaan.

Orang-orang kampung telah menentang skim kelapa sawit sebab kawasan yang SALCRA mahu tanam dengan kelapa sawit adalah kawasan hutan sekunder yang masih banyak kayu balak. Duek anak Atin berkata:

Apabila mereka buka tanah, mereka beritahu masyarakat, tapi sebenarnya mereka sudah tebang pokok-pokok kayu dan jual balaknya. Tak ada bincang pihak mana yang patut nikmati faedah dari balak-balak itu.

Duek anak Atin

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

74

Masyarakat kemudian membuat benteng. Duek sambung lagi:

Kompeni yang tebang kayu-kayu balak telah bayar kami RM20,000 untuk kegunaan tanah kami sebagai tapak simpanan balak (log pond). Tapi kompeni sawit belum bayar kami apa-apa.

Pihak kerajaan maupun syarikat swata tidak buat apa-apa untuk menyelesaikan masalah ini. ‘Dalam perbincangan, mereka mendengar pendapat kita tapi tidak ambil apa-apa tindakan selepas itu,’ ujar Duek. ‘Rintihan kami yang utama ialah tuntutan bertindih atas tanah. Rintihan yang lain ialah skim itu nampaknya lebih menguntungkan Indonesia daripada kita kerana kebanyakan pekerja-pekerjanya orang Indonesia.’ Mengenai peranan kerajaan dalam menyelesaikan pertikaian ini, Duet berkata, ‘Selain dari mesyuarat dan perbincangan, tiada lain usaha atau bantuan daripada kerajaan.’Penduduk-penduduk Kampung Gumbang memang teratur dan tersusun. Apabila ditanya bagaimana orang-orang kampung menarik perhatian pihak-pihak tertentu terhadap isu mereka, Duek jelaskan:

Kami sudah tubuhkan satu jawatankuasa kampung dan memilih wakil-wakil dari setiap masyarakat untuk berunding bagi pihak kami. Kami bincang di peringkat kampung kemudian wakil-wakil masyarakat ini akan mendampingi pihak-pihak tertentu.

Hal ini sudah dibawa ke mahkamah dan orang-orang kampung telah membuat tuntutan-tuntutan mereka dengan jelas melalui seorang peguam. Apakah yang dituntut oleh mereka sekarang? Jawab Duek dengan ringkas lagi padat,

Kami mahu tanah kami dikembalikan.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

75

Masyarakat Dayak Iban di Lebor

Penduduk di Kampung Lebor memanggil diri mereka sebagai ‘Remun’ dan memang dari sejarah mereka, suku kaum Dayak Laut Remin, Sebuyau dan Balau adalah penghijrah Iban paling awal dari Lembah Kapuas di Indonesia ke Sarawak. Mereka merujuk kepada empat titik bersejarah yang mengesahkan pendudukan mereka di kawasan semasa ini. Rujukan pertama, perpindahan mereka ke kawasan semasa mengandungi sejarah yang lama dan panjang. Keduanya, hubungan yang bersejarah dengan Sultan Brunei yang mereka membayarkan hasil cukai sebelum kedatangan Raja Brooke. Ketiganya, pelbagai dokumen-dokumen resmi yang mereka terima dari pihak pemerintahan penjajah dan pascapenjajah. Keempatnya, penggunaan tanah-tanah itu secara meluas untuk menyara hidup mereka.

Sejarah mereka panjang lebar. Dari Lembah Kapuas, Dayak Laut Remun mula-mula tinggal di Ulu Batang Ai di Lubuk Baya dan Tapang Peraja. Kemudian mereka berhijrah ke hilir dan tinggal di Bukit Temudok, menghala ke selatan yang hari ini ialah Sri Aman. Mereka tinggal di Temudok untuk banyak tahun sebelum ketua-ketua mereka iaitu Engkabi, Kekai, Bah dan Banteh memimpin mereka untuk berhijrah ke sebelah barat. Mereka yang tinggal di Bukit Temudok dan kawasan-kawasan sekeliling adalah suku kaum Iban yang hari ini digelar sebagai Dayak Laut Undup, Dau dan Balau.

Engkabi, Kekai, Bah, Banteh dan pengikut-pengikut mereka berhijrah lebih jauh dan berjalan di sepanjang kaki banjaran Klingkang hingga ke Sungai Krang. Dari Sungai Krang, Bah dan Banteh membawa pengikut-pengikut mereka dan mara ke pedalaman kawasan Melikin lalu membina rumah panjang mereka di Tembawai Munggang. Beberapa tahun kemudian, Kekai dan Engkabi dan pengikut-pengikut mereka menyertai rombongan di Tembawai Munggang.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

76

Selepas beberapa tahun tinggal bersama di Tembawai Munggang, salah faham berlaku antara kumpulan diketuai oleh Bah dan Banteh dengan kumpulan diketuai oleh Kekai dan Engkabi. Jadi mereka pun berpisah. Bah, Banteh dan anak-anak buah mereka membuat keputusan untuk menetap di Tembawai Munggang manakala kumpulan Kekai dan Engkabi membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan lain.

Kekai, Engkabi dan orang-orang mereka akhirnya sampai ke Nanga Kedup di mana mereka bertemu dengan Damu dan Panjang. Mereka diberitahu bahawa seorang pun tidak pernah berani mengembara ke bahagian negeri yang dinamakan Sadong sebelum mereka. Meninggalkan Damu dan Panjang, mereka meneruskan perjalanan berjalan kaki ke arah Bukit Simuja. Setibanya di Bukit Simuja, mereka dengar bunyi air terjun. Air terjun itu kemudian dipanggil Pancho Asu dan terletak di hulu Sungai Remun.

Mereka naik ke atas Bukit Remun dan sampai ke satu tempat dikenali sebagai Salapak yang ada banyak pokok buah-buahan. Kawasan itu ialah Durian Madu yang ada sekarang. Mereka membuat keputusan untuk menetap di situ tetapi telah pulang ke kampung di air terjun Pancho Asu. Kemudian, mereka memanggil satu mesyuarat di antara pengikut-pengikut dan kawan-kawan mereka. Mereka bersetuju untuk pindah ke kawasan lain yang tidak berapa jauh. Apabila semua persiapan beres, Kekai dan Engkabi membawa orang-orang mereka dengan perahu ke kawasan baru itu.

Mereka menghala ke bawah Sungai Krang dan tiba di kuala Sungai Engkuan, satu anak sungai Krang. Mereka ikut Sungai Engkuan dan akhirnya sampai di Nanga Remun. Mereka meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai di kaki bukit Bukit Remun (sebahagian dari Banjaran Ampungan) berhampiran dengan sungai. Setibanya di kaki bukit itu, mereka mendengar seekor burung berbunyi ‘remun, remun, remun’ di puncak sepohon pokok ganjil. Walaupun mereka telah menakutkan burung

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

77

itu tapi dengan segera ia kembali ke tempat sama itu. Semenjak itu, pokok itu dinamakan ‘remun’ dan anak sungai dinamakan ‘Sungai Remun’. Dari saat itu, para perintis-perintis pun memanggil diri mereka sebagai orang ‘Remun’ dan mendirikan rumah panjang mereka di situ. Selepas beberapa tahun, Kekai dan Engkabi mengembara ke arah kawasan Samarahan untuk memeriksa tanahnya. Dalam perjalanan balik, Kekai meninggal di atas sebuah bukit dan dikebumikan di situ. Kemudian bukit itu mengambil sempena namanya, Bukit Kekai, yang berhamapiran dengan Pasar Serian.

Dari rumah panjang asal di Kampung Remun, sesetengah penduduk berpindah dan membuka tanah lebih jauh di utara, barangkali seratus tahun dulu. Pada masa itulah orang Remun diserang oleh suku kaum Iban yang lain. Pada waktu serangan dilakukan, orang-orang lelaki berada di kebun, jauh dari kampung. Hanya orang-orang perempuan dan kanak-kanak tertinggal di kampung tanpa perlindungan. Kesemua mereka turut terbunuh. Serangan mengejut itu dicerminkan dalam nama kampung yang dibina semula iaitu Kampung Lebor (dibinasakan). Bagaimanapun, beberapa orang kampung membuat pilihan untuk tinggal di penempatan asal di Remun, iaitu kawasan kaki bukit di Bukit Remun dan kekalkan nama lamanya, Kampung Remun.

Pada waktu yang sama, satu lagi pisahan berlaku dan kampung baru diwujudkan bernama Kampung Triboh. Bagaimanapun, ketiga-tiga perkampungan ini adalah intisari kebudayaan masyarakat Remun hari ini. Selepas itu tiada lagi penempatan berlaku dalam sejarah yang masih diingat. Hari ini terdapat sekurang-kurangnya 13 perkampungan Remun yang tersebar sekitar jalanraya Serian-Sri Aman di antara Serian dan Balai Ringin.

Kemungkinan dari awal abad ke-19 apabila Sultan Brunei berkuasa hingga sekarang, orang-orang Remun diketuai oleh pemimpin-pemimpin berikut - – Orang Kaya Sajo; Orang Kaya Baga; Orang Kaya Daka; Orang Kaya

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

78

Nyaun; Orang Kaya Dipa; Orang Kaya Lidang anak Girang; Penghulu Chunda anak Genchang; Penghulu Paja anak Banyang; Penghulu Nyungan anak Tindin; Penghulu Sinja anak Beti; dan Penghulu Untulus anak Jangeh. Ketua Remun pertama hingga keenam diberi gelaran Orang Kaya oleh Sultan Brunei. Apabila Inggeris berkuasa, ketua kampung Dayak diberi gelaran Penghulu. Gelaran Penghulu masih digunakan oleh kerajaan sekarang. Daripada 11 Ketua-Ketua Remun, enam orang Orang Kaya dan dua orang Penghulu adalah bekas penduduk Kampung Lebor.

Menurut sejarah lisan Dayak Iban suku Remun, sejak awal abad ke-19 dan pada waktu pemerintahan Sultan Brunei, suku Remun atau Dayak Laut Melikin telah membayar hasil cukai tahunan kepada Sultan. Semasa Orang Kaya Sajo menjadi Ketua Dayak Remun, beliau telah mengunjungi Sultan Brunei untuk membayar hasil kepada beta dan sebagai balasannya Orang Kaya Sajo telah diberikan segenggam Tanah Keramat (Sacred Soil) oleh Sultan Brunei. Itu menandakan mereka adalah rakyat di bawah kedaulatan Sultan Brunei. Itu juga sebabnya mereka telah menciptakan Guna Gayau, bertempat kira-kira empat kilometer dari Kampung Lebor. Jantung Guna Gayau direka bentuk seperti buaya dan diperbuat dari Tanah Keramat yang diberikan oleh Sultan Brunei kepada Orang Kaya Sajo.

Pada masa lampau, hasil cukai tahunan yang dibayar oleh nenek moyang orang Remun kepada Sultan Brunei adalah air pinang yang diperah dari pati buah pinang muda. Dikatakan bahawa setiap tahun, rakyat masa itu telah mengisi satu mandoh air pinang yang manis dan dibawa kepada Sultan Brunei.

Selain itu, banyak geran seperti ‘Tiket Getah’ (Rubber Tickets), iaitu permit penanaman baru yang dikeluarkan oleh Jabatan Peraturan Getah Sarawak, telah dikeluarkan kepada penduduk-penduduk Kampung Lebor. Ini adalah bukti tambahan bahawa para penduduk telah memperolehi hak NCR terhadap tanah di sepanjang kedua tebing Sungei Tampoi, Sungei Krang dan Sungei Meringgang.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

79

Fakta-fakta asas mengenai rungutan masyarakat cukup ringkas. Pada pertengahan tahun 1996, PELITA (LCDA) dan Nirwana Muhibbah Sdn Bhd telah diberikan kepingan tanah yang bertindih dengan tanah hak adat masyarakat Dayak Remun. Pada pertengahan tahun 1997, PELITA dan syarikat dan/atau agen atau pekerja mereka telah menggunakan jentolak dan lori untuk memusnahkan dan merosakkan tanah-tanah masyarakat dekat Sungai Tampoi dan Sungai Krang. Kawasan-kawasan berkenaan ditandakan sebagai Lot

166, Blok 5 dan ditanam dengan bibit kelapa sawit. Para masyarakat mendakwa bahawa ini mengakibatkan pencemaran yang meluas dan Sungai Tampoi dipenuhi lumpur.Masyarakat-masyarakat Dayak Remun ini mendakwa bahawa hak-hak mereka telah dicabuli. Hak-hak NCR terhadap tanah mereka tidak pernah dihapuskan terlebih dahulu dan tidak ada bayaran pampasan. Mereka mendakwa bahawa mereka telah mengalami kerugian dan kerosakan akibat dari kemusnahan sumber penyara hidup mereka. Selain itu, tanah mereka mengalami hakisan dan kerosakan yang teruk dan sungai-sungai dicemari dan dipenuhi lumpur. Masyarakat ini telah menfail kes mahkamah terhadap syarikat terbabit, PELITA dan Kerajaan Negeri Sarawak pada 24 November 1998. Kes mereka akhirnya dibicarakan pada tahun 2006 dan sekarang menunggu keputusan hakim.

Menurut anggota-anggota masyarakat, butir-butir khusus tentang kejadian-kejadian yang membuat mereka bawa kes ke mahkamah adalah rumit. Yang mula-mula dan yang paling penting, fahaman orang-orang kampung tentang hak NCR adalah hak yang meliputi tanah ladang, temuda dan wilayah pemakai menoa yang kesemuanya berguna untuk memburu, mencari ikan, memunggut hasil, mendapat kayu balak dan bahan untuk pembinaan seperti rotan. Pemakai menoa lazimnya kawasan hutan rimba.

Jingga dari Kampung Lebor

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

80

Syarikat kelapa sawit ini mula-mula memasuki kawasan tanah NCR orang-orang kampung yang terkena pada tahun 1996 melalui lawatan dua orang wakil pihak kerajaan dan pengurus syarikat, untuk memberitahu masyarkat tentang skim kelapa sawit yang akan dibuka. Mereka memberitahu masyarakat bahawa setiap keluarga akan diperuntukkan satu hektar kawasan ditanami dengan kelapa sawit. Mereka kemudiannya tidak menunaikan janji ini. Sampai hari ini, tanah masyarakat belum lagi dikembalikan kepada mereka.

Tambahan lagi, semasa persiapan untuk menanam, pihak kerajaan atau syarikat tidak mengambil langkah-langkah untuk mengenal pastikan tanah-tanah NCR orang-orang kampung. Kononnya mereka mengakui orang-orang kampung mempunyai hak NCR di kawasan tesebut, berdasarkan janji mereka mahu memberi setiap keluarga satu hektar tanah ditanami dengan kelapa sawit. Pada hakikatnya, mereka tidak mengambil sebarang langkah untuk mengenal pasti pemilik-pemilik tanah dan keluasan milikan tanah NCR masing-masing sebelum mereka membuka kawasan itu. Di samping itu, mereka telah berjanji untuk membayar pampasan kepada orang-orang yang tanah mereka terkena serta untuk tanaman-tanaman dan pokok buah-buahan di kawasan itu. Skim kelapa sawit itu melibatkan kawasan NCR merangkumi 4,000 hektar yang dituntut oleh orang-orang kampung.

Semasa taklimat awal diberikan oleh wakil-wakil kerajaan dan syarikat itu, orang-orang kampung diberi ‘pilihan’ untuk menyertai atau tidak menyertai skim kelapa sawit itu. Sekiranya mereka enggan menyertai skim, tanah mereka tidak dibangunkan. Pada mula-mulanya, orang-orang kampung setuju dengan skim itu. Tetapi selepas mereka sedar bahawa syarikat itu tidak menunaikan janji-janjinya, orang-orang kampung pun menolak skim itu.

Apabila syarikat itu membuka ladang mereka dan menebang kesemua tanaman dan pokok buah-buahan, mereka tidak memberitahu orang-orang

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

81

kampung. Jadi orang-orang kampung tidak ada rekod tentang jumlah pokok-pokok yang terdapat di kawasan itu. Mereka juga tak pasti tentang saiz keluasan setiap milikan individu disebabkan sempadan-sempadan ditandakan dengan pokok-pokok, anak sungai dan sebagainya yang tiada rekod dalam hitam putih. Apabila masyarakat bertanya, syarikat itu berkata tanah berkenaan adalah kepunyaan mereka. Tidak ada bayaran pampasan untuk tanaman-tanaman yang termusnah. Imi membuat orang-orang kampung sedar bahawa janji-janji syarikat tidak ditunaikan. Jadi orang-orang kampung pun berunding dan bersetuju untuk membawa hal ini ke mahkamah.

Orang-orang kampung tahu bahawa skim kelapa sawit ini tidak mengikut undang-undang adat. ‘Mereka terus datang dan mengambil alih temuda kita’, mengeluh Jingga tentang pencerobohan syarikat itu atas tanah NCR mereka. Pada tahun 1997, syarikat itu diarahkan bayar denda kerana menceroboh, mengikut undang-undang adat, tetapi mereka tidak membayar denda dan tidak mengaku kesalahan mereka. Jingga berkata:

Undang-undang mengiktiraf hak NCR kami atas temuda kami, tapi kompeni saja ambilalih tanah kami. Mereka telah mencuri tanah kami, bohong kepada kami dan mungkir janji-janji mereka.

Dari awal-awal lagi orang-orang kampung telah melawan skim itu, sekitar tahun 1997 apabila syarikat itu memulakan kegiatan bertanam. Benteng dibuat oleh orang-orang kampung, seperti kata Jingga:

Kompeni itu enggan bekerjasama atau berunding, dan mereka telah mengupah samseng untuk menakut-nakutkan kami. Selepas kami melapor kepada polis, polis pun tak buat apa-apa. Jadi kami pun buat benteng. Polis kemudian panggil pihak kompeni dan orang-orang kampung untuk berbincang di balai polis. Pada

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

82

masa itu kompeni telah berjanji bayar tapi sebenarnya mereka tak bayar. Pejabat Daerah yang ada wakil dalam perbincangan juga setuju orang-orang kampung patut dibayar pampasan. Bagaimanapun, sebelum itu orang-orang kampung telah berjumpa dengan Pegawai Daerah tentang pertikaian hak-hak tanah itu, dan beliau beritahu kami, orang-orang kampung tak dapat melawan pihak kerajaan.

Segan anak Degon, seorang anggota Jawatankuasa Tindakan Kampung Tentang Hak-Hak Tanah, menjelaskan:

Kami sudah terangkan kepada mereka bahawa tanah-tanah itu telah diterokai oleh nenek moyang kami. Mereka kemudiannya menawar untuk beli tanah kami dengan nilai RM300 setiap ekar. Sebaliknya kami menjawab, jika nilai tanah itu RM300 seekar saja, kami pula yang mahu beli dari kompeni itu.

Pihak syarikat juga mahu kutip toll atau cukai jalanraya daripada orang-orang kampung yang mengguna jalanraya syarikat sawit itu untuk sampai ke tanah mereka. Hal ini dilaporkan kepada Pegawai Daerah yang menolak permintaan syarikat itu.

Orang-orang kampung rasa mereka tidak diberi maklumat yang lengkap oleh pihak syarikat atau kerajaan. Segan berkata:

Mereka tak beri penjelasan tentang jangkamasa skim kelapa sawit itu dan tak pernah beritahu orang-orang kampung tentang bahagian saham mereka. Setelah kita dapat tahu kompeni itu telah mungkir janji-janji mereka, kita hanya mahu bercakap dengan mereka di depan-depan Pejabat Daerah atau pihak polis.

Segan anak Degon

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

83

Apabila ditanya apakah yang mereka ingin sebagai penyelesaian masalah ini, Jingga menjawab:

Kami tak mahu pampasan. Kami cuma mahu tanah kami dikembalikan.

Segan pula berkata:

Tak ada harga bagi tanah-tanah NCR sebab tiada tanah-tanah lainnya.

Jingga membuat kesimpulan:

Kalau kita tahu hak-hak kita, tak apa-apa yang perlu ditakuti, [namun] sangatlah sukar untuk melindungi tanah-tanah kita.

Masyarakat Dayak Iban di Sungai Bawan

Kes terakhir yang dikaji adalah mengenai orang Iban di Sungai Bawan berhampiran Balingian di bahagian Mukah. Kes ini melibatkan banyak masyarakat yang terkena oleh skim-skim kelapa sawit pertama di negeri Sarawak. Masyarakat-masyarakatnya terdiri dari Rumah Ladon, Rumah Tangkun, Rumah Jabo, Rumah Atang, Rumah Nyaun, Rumah Budin, Rumah Madak, Rumah Malang, Rumah Enjan, Rumah Ketip, Rumah Muda, Rumah Langgi, Rumah Empaling, Rumah Nyamun, Rumah Mak, Rumah Jabdang, Rumah Lanyau, Rumah Munggang, Rumah Sebeli, Rumah Lamie, Rumah Jungan dan Rumah Selai.

Pada tahun 1973, pihak pendakwa-pendakwa serta ibubapa dan datuk nenek mereka telah diberitahu bahwa tanah hak adat mereka telah diperuntukkan untuk skim-skim perladangan kelapa sawit perintis yang dijalankan oleh

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

84

kerajaan. Mengikut fahaman masyarakat-masyarakat, mereka telah diberi jaminan bahawa pemilikan tanah hak adat NCR mereka tidak dicerobohi, dipendekkan atau dinafikan, dengan cara apa pun. Pada masa yang sama, tanah mereka dibangunkan untuk memberi kesejahteraan dan keuntungan kepada pemilik-pemiliknya.

Pada tahun 1975, bayaran RM50.00 setiap ekar sebagai wang tasih bagi kegunaan tanah NCR untuk tempoh selama 25 tahun diberi kepada setiap pemilik tanah. Bayaran tidak termasuk tanah yang dikira tak sesuai seperti kawasan paya rendah dan kawasan berkepentingan nilai ekonomi dan sosial yang tinggi seperti kebun getah, tapak kebudayaan dan sejarah, tembawai, pulau dan pulau buah (pelbagai jenis hutan semulajadi dan hutan yang ditanami yang bernilai tinggi). Tempoh pajak tasih sepatutnya luput pada tahun 2000 dan tanah NCR dikembalikan kepada pihak pendakwa-pendakwa.

Akan tetapi, pada tahun 1989, tanpa pengetahuan dan persetujuan orang-orang kampung, kerajaan telah keluarkan surat Pajak Sementara bagi Tanah Kerajaan (Provisional Lease of State Land) atas Lot 2 Kawasan Daerah Bawan untuk SLDB. Lot ini merangkumi rumah-rumah panjang penduduk, tapak rumah-rumah panjang lama, tapak perkuburan, tanah persendirian dan tanah masyarakat. Kawasan ini diluluskan tanpa perundingan dan perbincangan dengan orang-orang kampung tentang pampasan. Langkah-langkah juga tidak diambil untuk menghapuskan hak-hak itu sebagaimana diperuntukan dalam Kanun Tanah Sarawak. Pada bulan Mac 2006, kes mahkamah difail terhadap SLDB, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah dan Kerajaan Negeri Sarawak. Sekarang kes ini dalam peringkat berbicara.

Memang bagi masyarakat adat, unsur-unsur tradisi mereka diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui mulut, iaitu riwayat, sejarah utama, isu, watak dan sebagainya diceritakan berulang kali. Dengan cara

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

85

ini mereka mengenang kembali tradisi mereka. Orang Iban di Sungai Bawan masih meneruskan sejarah lisan mereka demi memastikan sejarah dan masa silam nenek moyang diwarisi kepada generasi akan datang.

Begitulah cara hidup masyarakat adat dan sistem kehidupan ini berkait rapat dengan tanah-tanah NCR yang antara lainnya ialah sumber menyara hidup dan peta pedoman hidup. Tapi peta-peta mereka bukanlah peta biasa dengan garisan lintang dan tegak, lapisan warna, simbol dan perkataan sahaja. Peta-peta masyarakat adat berisi dengan semangat generasi silam, generasi semasa dan generasi akan datang. Walaupun demikian, dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan bahawa penerusan generasi berturut-turut, hak-hak, sejarah, tradisi dan adat resam mereka tergugat dengan hanya satu tandatangan yang terpengaruh. Yang dimaksudkan ialah surat berimilik dikeluarkan kepada syarikat-syarikat yang kemudiannya memusnahkan apa-apa yang berada pada tanah itu untuk digantikan dengan tanaman kelapa sawit. Cerita-cerita masyarakat yang dinyatakan oleh Ambun juga mengesahkan hal ini.

Pada mula-mulanya, masyarakat-masyarakat yang terjelas telah melawan satu agensi kerajaan pembangunan tanah iaitu SLDB. Apabila skim pertama SLDB masuk ke kawasan masyarakat pada tahun 1970an, agensi ini menghormati hukum adat mereka dan mengadakan upacara mengikut hukum adat untuk mendapat kebenaran menggunakan tanah mereka. Orang-orang kampung pun setuju pihak skim menggunakan sebahagian daripada tanah masyarakat di kawasan tinggi. Tanah yang lebih rendah dan kawasan-kawasan lainnya disimpan oleh orang-orang kampung untuk bercucuk tanam dan kegiatan sara hidup yang lain.

Bagaimanapun, sebelum tamat tempoh perjanjian pertama antara SLDB dan orang-orang kampung, dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak telahpun luluskan surat pajak sementara baru pada tahun 1989, merangkumi keseluruhan kawasan tanah-tanah

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

86

NCR kepunyaan beberapa masyarakat termasuklah tapak-tapak perumahan mereka. Kali ini, tiada makluman diberikan kepada orang-orang kampung maupun rundingan dengan orang-orang yang terkena. Ambun anak Ladon, anak kepada ketua kampung Ladon anak Edieh menjelaskan apa yang berlaku:

Semasa skim baru masuk semula, kami semua tak tahu. Kami hanya tahu sebelum tamat tempoh perjanjian pertama bahawa tanah-tanah kami sudah ditanam dengan bibit kelapa sawit. Kami tak terima apa-apa pengumuman tentang skim baru ini. Kami pun tak tahu bahawa pemilik skim sudah bertukar tangan. Sebenarnya pemilik-pemilik skim baru ini cuba sembunyi identiti mereka. Kami sudah hantar tiga kali surat kepada kompeni tapi mereka tak balas. Kakitangan mereka di opis ladang tak mau jumpa dengan kami dan beri alasan mereka tak ada bidang kuasa. Hanya selepas kami buat benteng, pihak polis pada tahun 2006 telah mengatur satu mesyuarat antara kami dengan pengurus SPAD di sebuah hotel di Sibu, kira-kira 130km dari kampung kami.

Ambun mengulangi kenyataan bahawa untuk skim awal, sebelum kemasukan kali pertama, satu survei mengukur perimeter tanah dilakukan oleh SLDB dengan persetujuan orang-orang kampung. Sebenarnya tanah-tanah NCR orang-orang kampung diiktirafkan, kerana pihak skim telah beri bayaran sekaligus RM50 bagi setiap ekar tanah untuk satu tempoh selama 25 tahun. Pada amnya, orang-orang kampung bersetuju dengan sempadan-sempadan yang dikenalpastikan.

Kami membantah skim baru yang masuk semula tanpa persetujuan kami.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

87

Di bawah skim baru, syarikat baru yang bernama Sarawak Plantation Agriculture Development Sdn Bhd (SPAD) memegang lesen untuk meluaskan kawasan kelapa sawit awalan yang dibangunkan oleh SLDB. Orang-orang kampung ditunjukkan satu salinan lesen apabila mereka menentang syarikat baru itu. Selepas itu orang-orang kampung membuat keputusan untuk membantah pengambilan alih skim kelapa sawit oleh syarikat baru itu dan kegiatan penanaman semula olehnya. Ambun menjelaskan:

Kami pergi ke opis mereka di tapak ladang sebelum tamat tempoh perjanjian pertama dnegan kami dan minta supaya tanah-tanah kami dikembalikan. Hanya pada saat itu baru kita tau pihak skim telah tukar. Surat-surat kami dihiraukan kerana opis itu tak lagi mewakili kompeni lama. Kami kemudiannya membantah dengan membuat benteng di pintu masuk ladang sawit untuk halang kompeni dari angkut keluar buah sawit. Masa itu satu papan tanda dengan nama syarikat baru, SPAD, sudah didirikan.

Ambun ingat benteng bermula pada bulan November 2005 dan berakhir pada Mac 2007 apabila suatu perjanjian sementara tercapai dengan polis sebagai pengantara. Sepanjang benteng didirikan, polis muncul dua kali. Polis juga telah menempatkan anggota mereka di tapak benteng selama tiga bulan. Kemudiannya orang-orang kampung menfail satu kes sivil di mahkamah terhadap SLDB pada awal tahun 2006. Bagaimanapun, syarikat baru itu, SPAD timbal balas dengan menfail satu kes terhadap tindakan bantahan orang-orang kampung.

Orang-orang kampung terpaksa membantah penerusan dan perluasan kawasan skim kelapa sawit baru itu kerana ia mencerobohi tanah-tanah hak adat khususnya di bawah pemilikan 22 buah rumah panjang dan merangkumi 9,000 hektar.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

88

Anak-anak sungai yang kami guna sebagai jalan pengangkutan, cucian dan sumber air minuman dipenuhi lumpur, tersumbat dan tercemar. Skim baru itu telah masuk tanah ladang kami di bahagian tanah rendah yang kami guna untuk bercucuk tanam. Perkuburan-perkuburan kami juga tak dihormati dan sebaliknya dikelilingi oleh tanaman kelapa sawit.

Bagi pertanyaan tentang orang-orang kampung diberi pilihan bebas untuk terima atau tolak skim kelapa sawit, Ambun berkata:

Kami tak diberi pilihan sama ada di kalangan kita ada yang mahu tanahnya dikembalikan. Kami didesak secara tak terang-terang. Bahkan untuk skim pertama, sebab ia di bawah agensi kerajaan, kami rasa macam dipaksa tunduk kepada pihak berkuasa.

Bagi Ambun, yang dipentingkan oleh masyarakatnya ialah untuk mengambil balik tanah-tanah mereka untuk penggunaan dan kawalan sendiri.

Ditanya kalau syarikat kelapa sawit atau agen-agen/pekerja-pekerjanya berbincang dan/atau berunding dengan orang-orang kampung pasal skim itu, Ambun berkata:

Pada peringkat awal, iaitu antara 1975-1986, kami diambil bekerja di ladang-ladang kelapa sawit. Selepas itu pengurusan bertukar kepada Sime Darby dan kerja-kerja diberikan kepada orang asing dari Indonesia, terutama sejak 1992 apabila pemilik-pemilik tanah tak lagi diambil sebagai pekerja. Kemudian pada tahun 1994, kami mahu bincang tentang satu penilaian baru terhadap penggunaan tanah-tanah NCR kami mengikut amalan-amalan adat dengan matlamat mengambil balik tanah kami.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

89

Ambun menyatakan dengan jelas dalam temuramah bahawa tiada sebarang proses dimaklumkan kepada orang-orang kampung ataupun bagaimana aduan-aduan dan keluhan-keluhan mereka dilayani. Sebaliknya, orang-orang kampung terpaksa mengambil tindakan sendiri dan pergi ke pejabat tapak tapi sebenarnya mereka tidak tahu siapa yang memegang kuasa atau di mana terletak pejabat induk.

Selain dari ketiadaan maklumat, kerahsiaan dan tiada kebertanggungjawaban dalam cara syarikat baru terlibat dalam skim kelapa sawit, orang-orang kampung terpaksa mengambil tindakan sendiri dalam hal lainnya. Misalnya, meminta syarikat menilai semula sewa untuk kemasukan semula tapi ini diingkari.

Orang-orang kampung ada menyimpan rekod dan salinan surat mereka kepada pelbagai pihak dan akhirnya terdesak membuat benteng apabila pihak-pihak tersebut menghiraukan aduan-aduan mereka. Sebelum mengambil tindakan mahkamah, mereka juga telah membuat laporan polis. Polis menangkap beberapa orang kampung yang mengambil tindakan bantahan sendiri seperti memunggut buah-buah sawit dan menjualnya. Mereka yang ditangkap oleh polis kemudiannya dibebaskan tanpa syarat kerana tindakan mereka dianggap sebagai memunggut hasil di tanah sendiri.

Ambun ditanya tentang tindakan oleh Kerajaan Sarawak apabila orang-orang kampung menuntut hak-hak mereka dari syarikat swasta itu, dan beliau berkata:

Selepas kami buat benteng, pejabat daerah memang ada mengatur satu miting dengan wakil-wakil SPAD dengan kehadiran pemimpin-pemimpin masyarakat kawasan, Penghulu dan Pemancha. Pejabat daerah suruh kami jangan buat benteng lagi. Ada dua orang ahli politik kerajaan yang berjumpa dengan

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

90

kami semasa pilihanraya negeri tahun 2006. Kononnya mereka mahu selesaikan masalah itu tetapi sebenarnya mereka datang untuk pujuk kami supaya menerima skim sawit itu sebab ia memberi kami kerja. Mereka juga beritahu kami tak ada harapan mendapat balik tanah-tanah NCR kami.

Menyentuh soal terdapat atau tidak sebarang perbincangan mengenai pampasan untuk penggunaan tanah-tanah NCR, Ambun berkata:

Dalam miting yang diatur oleh polis dengan pengurus SPAD, mereka telah menawarkan kami satu perjanjian sementara untuk bayaran bulanan sebanyak RM17,000 mulai dari bulan Mac 2007 sehingga keputusan mahkamah.

Tapi Ambun dengan segera menambah bahawa jumlah ini bukannya pampasan yang adil bagi orang-orang kampung.

Sewa pertama adalah sebanyak RM50 seekar bagi satu tempoh selama 25 tahun. Maknanya hanya RM2 seekar setiap tahun. Bahkan mengikut perjanjian terbaru dengan nilai RM17,000 sebulan untuk kawasan seluas 9,000 ekar, jumlah pampasannya sangat sedikit, iaitu kurang dari RM2 seekar sebulan.

Ambun membuat kesimpulan tentang apakah yang orang-orang kampung mahukan:

Kami mahukan tanah kami dikembalikan di bawah kawalan kami sendiri. Kami mesti menyatukan orang-orang kami dan mengambil tindakan bersama supaya rundingan diadakan. Tak ada cara lainnya yang kami tau untuk pastikan rundingan yang adil diadakan.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

91

8. Negeri Sarawak dan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Berlanjutan

Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Berlanjutan atau ‘Roundtable on Sustainable Palm Oil’ (RSPO) adalah satu daya usaha antarabangsa bertujuan untuk mempromosi pengembangan dan perdagangan minyak sawit dengan standard amalan perniagaan diterima oleh masyarakat antarabangsa dan selaras dengan standard antarabangsa dan undang-undang. RSPO dimulakan oleh segolongan pengeluar, pengilang, pembeli dan pelabur utama di dunia dalam sektor minyak sawit. Walaupun begitu, ia melibatkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada kepakaran dalam bidang-bidang pemeliharaan, alam sekitar, pembangunan sosial, amalan-amalan buruh, pemilikan tanah dan hak asasi manusia sebagai sebahagian daripada ahli lembaga, keanggotaan dan jawatankuasa penetapan piawai.

RSPO telah dalam Persidangan Umum tiga tahun yang lepas meluluskan satu set Prinsip dan Kriteria berkenaan dengan pengeluaran minyak sawit, yang menghendaki syarikat-syarikat menghormati undang-undang nasional dan antarabangsa, berhenti membuka kawasan hutan primer dan kawasan pemuliharaan bernilai tinggi, menghormati hak-hak adat, mengambilalih tanah hanya dengan persetujuan yang bebas, terdahulu dan berpengetahuan daripada masyarakat tempatan dan masyarakat adat, amalan mengikut piawaian buruh antarabangsa, kawalan sisa dan pencemaran, dan membatasi penggunaan baja tani (lihat Lampiran 1 untuk teks penuh mengenai Prinsip dan Kriteria RSPO dan perbincangan yang berikutnya untuk kriteria utama mengenai pengambilalihan tanah).

RSPO juga telah pada tahun lepas meluluskan satu draf perjanjian pensijilan atau ‘protokol pensijilan’ yang mengariskan cara-cara bagaimana ladang-ladang dan kilang-kilang sawit harus dinilaikan bersetentang dengan

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

92

piawaian ini oleh penilai bebas pihak ketiga yang diperakui. Keanggotaan RSPO sudah termasuk syarikat-syarikat yang mewakili lebih satu pertiga daripada jumlah pasaran dunia minyak sawit dan cepat sudah diterima sebagai ukuran standard antarabangsa bagi industri sawit dari segi pengeluaran minyak sawit dengan penuh tanggungjawab. Minyak sawit yang diperakui oleh RSPO dijangka dapat dipasarkan secepat bulan April 2008.61

Adakah mana-mana jumlah minyak sawit dikatakan tadi dari Sarawak? Adakah kendalian ladang-ladang sawit di Sarawak selaras dengan piawai RSPO? Adalah kerajaan Sarawak cuba menyusun semula sektor kelapa sawit di Sarawak agar ianya meningkat ke tahap piawaian boleh diterima secara antarabangsa?

Penemuan-penemuan kajian ini tidak begitu menggalakkan.

Menghormati hak-hak adat

Piawai RSPO menghendaki ladang-ladang kelapa sawit menghormati hak-hak adat masyarakat asal dan agar lesen-lesen mereka tidak dituntut secara sah. Bagaimanapun, kerajaan Sarawak nampaknya menyokong suatu program pembangunan yang selanjutnya telah membatasi pengiktirafan terhadap hak-hak adat orang Dayak dan masyarakat lain di pedalaman. Jelas bahawa tafsiran undang-undang secara sempit memenuhi tujuan kerajaan menghadkan hak adat orang asal (NCR) pada kawasan-kawasan yang diwujudkan secara sah sebelum 1 Januari 1958, di mana tarikh penggalan ini ditentukan secara sewenang-wenang. Dari sudut yang lain, kerajaan tidak berusaha untuk memberitahu masyarakat-masyarakat atau syarikat-syarikat tentang kawasan-kawasan manakah yang sudah iktiraf sebagai tanah-tanah NCR di bawah tafsiran sempitnya (sila rujuk kepada Bab 3 di atas). Jadi, walaupun kebanyakan masyarakat-masyarakat pedalaman di Sarawak telah patuhi dan perolehi tanah-tanah mereka mengikut undang-61 Untuk keterangan lanjut, lihat www.rspo.org

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

93

undang adat, kerajaan Sarawak telah gagal selama 40 tahun lebih untuk memberi penjelasan atau jaminan bagi keluasan tanah dengan hak adat yang dikatakannya.

Tafsiran secara sempit mengenai keluasan tanah-tanah NCR oleh kerajaan Sarawak bertentangan dengan fahaman masyarakat-masyarakat asal sendiri. Bagi masyarakat-masyarakat adat, kawasan-kawasan di bawah hak adat merangkumi semua kawasan-kawasan di mana hak diperolehi mengikut undang-undang adat. Ianya termasuk tanah ladang dan kebun, tapak perkuburan, kawasan keramat moyang, hutan simpan masyarakat dan hutan sekeliling yang digunakan untuk kelanjutan kegiatan-kegiatan sara hidup dan perluasan masa depan. Tafsiran yang sempit mengenai hak-hak adat oleh kerajaan Sarawak juga bertentangan dengan keputusan berulang mahkamah-mahkamah di Sarawak dan Malaysia yang menyokong fahaman tentang hak-hak adat yang lebih luas, dan undang-undang antarabangsa dan piawai RSPO.

Prinsip-Prinsip Utama RSPO berkaitan dengan pengambilalihan tanah

Kriteria 2.1 Ada kepatuhan kepada semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang diterima pakai di peringkat tempatan, nasional dan termasuk peringkat antarabangsa yang telah ditandatangani.

Kriteria 2.2 Hak untuk menggunakan tanah dapat dibuktikan, dan tidak dituntut secara sah oleh masyarakat tempatan dengan hak-hak dapat dibuktikan

Kriteria 2.3 Kegunaan tanah untuk kelapa sawit tidak menghapuskan hak-hak dari segi undang-undang, atau hak-hak adat pengguna-pengguna lain, tanpa adanya persetujuan yang bebas, terdahulu dan berpengetahuan daripada mereka.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

94

Kriteria 6.2 Terdapat metod terbuka dan telus bagi makluman dan rundingan antara pengusaha dan/atau pengilang kelapa sawit, masyarakat-masyarakat tempatan, pihak tertentu yang terjejas akibatnya atau berkepentingan. Kriteria 6.3 Terdapat sistem yang disepakati dan didokumentasikan bersama untuk mengurus aduan-aduan dan rungutan-rungutan, yang boleh dilaksanakan dan diterima oleh semua pihak-pihak.

Kriteria 6.4 Sebarang perundingan tentang pampasan bagi kehilangan hak-hak dari segi undang-undang atau adat, dilakukan melalui sistem terdokumentasi yang membolehkan orang-orang asal, masyarakat-masyarakat tempatan dan pihak berkepentingan lain untuk memberi pandangan-pandangannya melalui institusi perwakilan mereka sendiri.

Kriteria 7.5 Tidak ada penanaman baru dilakukan atas tanah masyarakat-masyarakat tempatan tanpa persetujuan yang bebas, terdahulu dan berpengetahuan daripada mereka, dilakukan melalui suatu sistem terdokumentasi yang membolehkan orang-orang asal, masyarakat-masyarakat tempatan dan pihak berkepentingan lain untuk memberi pandangan-pandangannya melalui institusi perwakilan mereka sendiri.

Kriteria 7.6 Masyarakat tempatan diberikan pampasan untuk pengambilalihan tanah sudah disetujui dan dibebaskan dari haknya, dengan syarat ianya melalui proses mendapat persetujuan yang bebas, terdahulu dan berpengetahuan daripada mereka dan perjanjiannya dirundingkan terlebih dahulu.

Tidak dituntut secara sah

Oleh kerana tafsiran yang sempit mengenai keluasan tanah-tanah yang ada hak-hak adat, akibat langsungnya ialah syarikat-syarikat swasta telah diberimilik untuk menanam kelapa sawit atas tanah yang dianggapnya

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

95

‘kosong’ atau ‘terbiar’. Sebenarnya, tanah-tanah tersebut cenderung kepada hak adat dengan masyarakat tempatan di dalamnya. Jadi, kebanyakan projek-projek kelapa sawit dibantah oleh masyarakat-masyarakat tempatan. Lebih kurang 40 projek-projek kelapa sawit ini dicabar di mahkamah oleh masyarakat-masyarakat yang menuntut hak-hak mereka. Banyak lagi skim-skim lain dituntut di peringkat tempatan oleh masyarakat-masyarakat yang tidak ada kemampuan atau kontak untuk mencari perwakilan perundangan sendiri.

Kaedah terbuka dan telus bagi makluman dan rundingan

Kes-kes tersebut di atas, termasuk kes-kes tersebut dalam kajian-kajian akademik, telah mendedahkan suatu corak yang berulang berkaitan dengan kegagalan agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat untuk memberi maklumat yang jelas kepada masyarakat-masyarakat tempatan tentang projek-projek dirancangkan atas tanah-tanah mereka. Projek-projek bermula atas tanah-tanah masyarakat sebelum sebarang rundingkan dilakukan dengan ketua-ketua dan anggota-anggota masyarakat.

Kampung-kampung yang terkena akibatnya tidak mendapat apa-apa maklumat asas dan penting tentang projek-projek tersebut, misalnya peta kawasan yang dikatakan sudah berlesen, syarat-syarat dan peraturan-peraturan lesen atau pajak dan lain-lain maklumat berkaitan dengan projek-projek. Oleh itu, dalam kebanyakan kes-kes yang tersebut di atas, baik bagi orang-orang kampung maupun pemilik-pemilik tanah, mereka menjadi terperanjat apabila melihat jentolak-jentolak masuk. Surat pajak biasanya diperlanjutkan dan ditukar milik antara syarikat berlainan tanpa pihak-pihak terbabit iaitu syarikat-syarikat atau kerajaan memberitahu masyarakat-masyarakat tentang apa yang sedang berlaku.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

96

Persetujuan yang bebas, terdahulu dan berpengetahuan (FPIC)

Hak untuk persetujuan yang bebas, terdahulu dan berpengetahuan daripada orang-orang asal berkenaan dengan pembangunan atas tanah mereka adalah dibutuhkan oleh undang-undang antarabangsa.62 Pada bulan September 2007 Perhimpunan Agung PBB telah menerima pakai Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak-Hak Orang-Orang Asal, termasuk undian sokongan dari Malaysia, dan dinyatakan di bawah Perkara 32(2) Pengisytiharan ini:

Pihak Berkuasa Negeri harus dengan jujur berunding dan bekerjasama dengan orang-orang asal melalui institusi perwakilan mereka sendiri agar mendapat persetujuan yang bebas, terdahulu dan berpengetahuan daripada mereka sebelum apa-apa projek diluluskan atas tanah-tanah atau wilayah-wilayah adat mereka serta sumber-sumber alam lainnya, terutamanya mengenai pembangunan, penggunaan atau eksploitasi kekayaan mineral, air atau sumber-sumber lain.

Projek-projek pembangunan di bawah SALCRA dan Konsep Baru juga menyatakan tentang keperluan mendapat persetujuan. Tetapi berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman orang kampung yang terjejas akibat dari projek-projek, nyata prinsip ini tidak dipatuhi. Di samping tidak memaklumkan dengan penuh kepada orang-orang kampung tentang kegiatan-kegiatan yang dicadangkan, sesetengah kegiatan bermula tanpa sebarang rundingan. Walaupun masyarakat-masyarakat tempatan memprotes atau menghantar bantahan kepada pihak berkuasa tertentu dan mahkamah-mahkamah, skim-skim terus berjalan tanpa menghiraukan keluhan-keluhan masyarakat.

Bukan sahaja projek-projek berjalan tanpa persetujuan yang bebas, malahan ianya diluluskan dengan menggunakan ugutan dan lain-lain 62 Colchester dan MacKay 2004.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

97

bentuk paksaan. Ketua-ketua masyarakat atau ketua rumah panjang yang membangkang projek-projek diberitahu mereka akan dilucutkan daripada jawatan atau perlantikan mereka. Mereka juga digesa supaya memujuk anak-anak buah mereka untuk menyokong projek-projek itu.

Diwakili melalui institusi perwakilan mereka sendiri

Dalam usaha-usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak adat ke atas tanah-tanah dan harta, orang-orang kampung dan masyarakat-masyarakat rumah panjang masih bergantung kepada institusi-institusi tradisi yang lama lagi mantap. Misalnya, membuat keputusan melalui ketua kampung/rumah dan sistem masyarakat. Hari ini mereka juga mewujudkan badan-badan yang baru untuk menjaga kepentingan sendiri seperti persatuan-persatuan tanah atau rumah panjang serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan rumah panjang. Lazinmya pihak kerajaan dan syarikat-syarikat hanya berurusan dengan masyarakat-masyarakat melalui ketua kampung. Seperti tersebut di atas, dalam sesetengah kes, ketua-ketua masyarakat yang memihak dengan kepentingan masyarkat sendiri dan membangkang projek-projek yang dicadangkan, telah dilucutkan dari jawatannya.

Pampasan yang adil dan perjanjian-perjanjian dirundingkan terdahulu

Salah satu permasalahan yang berulang dikatakan dalam kes-kes yang dikaji adalah tentang kadar pampasan, baik untuk kerosakan dan kemusnahan terhadap tanah-tanah dan tumbuh-tumbuhan maupun pengambilalihan secara paksa dan penggunaan tanah-tanah dengan hak adat. Sebenarnya kadar ditentukan oleh syarikat-syarikat tanpa rujukan kepada pemilik-pemilik tanah. Dalam beberapa kes, pampasan untuk kerugian atau kerosakan langsung tidak dibayar. Dalam kes-kes lain, jumlah bayarannya tidak wajar dan menghinakan. Dalam kebanyakan kes, bayaran hanya dibuat selepas masyarakat-masyarakat tiada pilihan selain

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

98

daripada tindakan langsung, seperti membuat benteng. Namun ini suatu pendekatan yang pendek akal untuk mencari penyelesaian kerana dalam jangka panjang ia hanya menjadi konflik bertambah buruk.

Penilaian kesan sosial yang partisipatif

Di bawah undang-undang Sarawak, projek-projek pembangunan skel besar seperti ladang kelapa sawit perlu menjalankan Penilian Kesan atas Alam Sekitar, atau Environmental Impact Assessment (EIA). Walaupun demikian, perunding EIA yang terlibat dalam tinjauan awal EIA biasanya dilantik atau digaji oleh pengusaha-pengusaha kelapa sawit sendiri. Jadi, tidak hairanlah kalau laporan-laporannya mengesyorkan supaya projek dimajukan dan biasanya diluluskan oleh pihak berkuasa tanpa pengulasan atau penelitian awam.

Penilaian Kesan Sosial hanya dijalankan sebagai bahagian tambahan kepada EIA, jadi sebarang pandangan, kepentingan dan kebimbangan masyarakat-masyarakat tempatan tidak diambil kira dan tidak diberikan perhatian sewajarnya. Biasanya, yang ditekankan adalah faedah-faedah dan alasan-alasan untuk projek-projek dimajukan dan bukan akibat-akibat buruk projek, baik jangka pendek atau panjang, ke atas sumber makanan bagi masyarakat-masyarakat yang terjejas.

Sebenarnya kebolehpercayaan kajian-kajian EIA di Sarawak amat dipersoalkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Anggapan kerajaan negeri Sarawak, sebagaimana pernah dilaporkan, ialah bahawa EIA tidak harus didedahkan untuk ulasan awam kerana gambaran keseluruhan oleh Unit Perancangan Negeri dan Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak sudah ‘lengkap’. ‘Kalau kajian EIA diulas oleh pihak awam, ini mungkin timbul masalah-masalah untuk projek dimajukan’, hujah penguasa Lembaga Sumber Asli dan Persekitaran Sarawak. Beliau juga mengatakan orang-orang kampung di pedalaman tidak berpendidikan

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

99

tinggi dan mungkin senang diperguna oleh ‘pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan tertentu’.63

Terdapat cara terbuka untuk menebus rugi dan mengurus rungutan-rungutan

Nampaknya syarikat-syarikat kekurangan mekanisme yang mantap untuk mengurus aduan-aduan dan rungutan-rungutan masyarakat. Orang-orang kampung yang terkena projek-projek syarikat kelapa sawit atau yang terdengar kawasan-kawasan tertentu menjadi sasaran, biasanya membawa masalah-masalah mereka ke Pejabat Daerah dan Residen. Dalam beberapa kes, mereka terpaksa pergi ke Pejabat Tanah dan Survei untuk maklumat tentang keluasan kawasan diberi lesen. Ada kalanya Pejabat Daerah dan Residen memainkan peranan dalam menyelaras dialog-dialog atau mesyuarat-mesyuarat antara pelbagai pihak untuk berunding. Tapi disebabkan lesen-lesen dikeluarkan oleh Kementerian, perundingan kerap kali tidak memberi hasil yang positif dan/atau adil.

Di samping itu, beberapa kes pertikaian telah dibawa ke Mahkamah Adat sebagai satu jalan untuk menebus rugi. Walaupun mahkamah-mahkamah berkenaan memberi keputusan-keputusan yang memihak kepada masyarakat-masyarakat, ianya tidak mempengaruhi syarikat-syarikat terbabit untuk membetulkan kelakuan mereka. Jadi masyarakat membawa terpaksa membawa kes-kes ke mahkamah-mahkamah sivil.

Walaupun ini mungkin suatu perkembangan yang menggalakan bahawa masyarakat-masyarakat sendiri sedar mereka boleh mencari bantuan mahkamah-mahkamah untuk menebus rugi, langkah ini amatlah perlahan dan memakan masa yang lama sebelum kes-kes mereka mendapat pendengaran. Memang ini sesuatu yang merisaukan.

63 The Borneo Post Online, 9 Oktober 2007: http://www.theborneopost.com/?p=25904

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

100

Pengusaha-pengusaha kelapa sawit yang utama di Sarawak

Agensi-agensi utama yang bergiat dalam sektor penanaman kelapa sawit di negeri Sarawak, yang dikenal pasti dalam kajian ini, adalah seperti berikut:

Agensi-Agensi Kerajaan Negeri

1. Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) (45,229 hektar, sehingga Disember 2004).

• Bahagian Bau Lundu: Sebako Oil Palm Estate, Undan Oil Palm Estate, Jagoi Oil Palm Estate, Stenggang Oil Palm Estate, Bratak Oil Palm Estate (12,085 ha)

• Bahagian Serian: Taee Oil Palm Estate, Kedup 1 Oil Palm Estate, Kedup 2 Oil Palm Estate, Mongkos Oil Palm Estate, Melikin Oil Palm Estate (10,789 ha)

• Bahagian Aman: Pakit Oil Palm Estate, Sedarat Memaloi Oil Palm Estate, Lemanak Oil Palm Estate, Batu Kaya Oil Palm Estate (11,244 ha)

• Bahagian Saratok: Saribas Oil Palm Estate, Saratok Oil Palm Estate Roban South Oil Palm Estate, Roban North Oil Palm Estate (11,111 ha)

• Pemprosesan dan Penyimpanan: Lubuk Antu Palm Oil Mill, Buking Oil Installation, dan Saratok Palm Oil Mill (Usahasama dengan PPB Oil Palms Bhd)

2. Lembaga Pembangunan Tanah Sarawak (SLDB), diperbadankan sebagai suatu syarikat sendirian berhad pada tahun 1997 melalui Sarawak Plantation Berhad (SPB) dan kemudian menukar jadi syarikat awam pada tahun 2000 (13 ladang komersial kelapa sawit dengan keluasan konsesi 32,805 hektar)

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

101

• Wilayah Utara: Bukit Peninjau, Ladang Surea, Sungai Tangit, Ladand Tiga, Landang Kosa, Subis 2, Subis 3, Sawai – tanah-tanah NCR (18,986 ha)

• Wilayah Tengah: Mukah 1, Mukah 3, Sri Duan, Melugu, Tulai (13,819 ha)

• SPB memiliki dua buah kilang: Mukah Palm Oil Mill (60 metrik tan sejam) dan Niah Oil Palm Mill (120 metrik tan sejam)

3. Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah, PELITA (LCDA)/Pelita Holdings Sdn Bhd (65,527 hektar dalam pelbagai Syarikat Usahasama (JVC) sehingga Januari 2006) terlibat dalam membangunkan 27 projek-projek perladangan di atas tanah-tanah NCR dengan bank tanah seluas 189,000 hektar dan juga 25 projek-projek di atas tanah kerajaan dengan bank tanah seluas 222,000 hektar. Bilangan saham dalam Syarikat Usahasama antara LCDA dan pelabur (syarikat swasta) adalah 40:60 peratus mengikut syer masing-masing (lihat perbincangan Konsep Baru di atas).Agensi-agensi swasta – anggota-anggota RSPO

Boustead Plantation Berhad (dahulu dikenali sebagai Kuala Sidim Berhad, anak syarikat milikan Boustead Holdings Berhad) Loagan Bunut Plantation (10,000 ha, JVC, Miri, 1994)Boustead Pelita Tinjar Plantation (12,751 ha, Miri)Kanowit Oil Palm Plantation* (82,730 ha, NCR-JVC di Durin-Kanowit-Nanga Ngemah, Sibu)

Golden Hope (jumlah keluasan 190,000 ha)

PPB Oil Palm (13 ladang komersial kelapa sawit, 142,000 ha di Malaysia Timur dan Indonesia)

Sime Plantation

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

102

Agensi-agensi swasta – bukan anggota-anggota RSPO

Rinwood Oil Palm Plantation Sdn Bhd (ROPP) JVC dengan LCDARinwood Pelita Plantation (RP Miri), Tinjar dan Dulit, 9,000 ha Rinwood Pelita Mukah Plantation Sdn, Mukah 24,000 ha.

IOI Corporation Bhd (merancang untuk meluaskan kawasan hingga 1 juta hektar dalam tempoh lima tahun akan datang), 70% kepentingan saham dalam Rinwood Pelita Miri Plantation. IOI juga memiliki sebuah kilang minyak sawit dengan muatan 90 tan tandan buah sawit segar sejam.

Glenealy Plantation (Malaya) Bhd (4,078 ha, sehingga 2006, Lana estates)

Sarawak Oil Palms Berhad (SPO) (27,417 ha)Anak-anak syarikat SOP:Ebal Plantation Sdn. Bhd.SOP Plantations (Niah) Sdn.Bhd.SOP Plantations (Borneo) Sdn. Bhd.

(Pada bulan Disember 2005, membuat perjanjian syarikat usahasama dengan Shin Yang Holding Sdn. Bhd. Untuk membangunkan 10,387 hektar sebagai JVC melalui Danum Jaya Sdn Bhd, atau DJSB)

Lain-lain Syarikat Swasta dan Syarikat Usahasama (senarai tidak lengkap)

Wilayah Utara

• Austral - Ladang Baru*• Bakun Oil Palm Plantation*

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

103

• Beluru Oil Palm Plantation (Kina Juara Sdn Bhd)* (6,841 ha, Miri)• Grand Mutual Oil Palm Plantation*• LCDA

o Genaan Sebauh tanah NCR (13,000 ha) JVC dengan Mutiara Hartabumi

o Tutoh Apoh tanah NCR (16,000 ha)• Majrany Oil Palm Plantation*• Pelita Diwangso Oil Palm Plantation (3,000 ha, Bintulu)• Pelita Splendid Oil Palm Plantation (1,190 ha, Miri)• PJP Pelita Long Lama (5,000 ha, Miri)• Oxford Glory Oil Palm Plantation *• Samling Oil Palm Plantation*• Sarawak Oil Palm (43,673 ha, Miri)• Shin Yang Oil Palm Plantation*• Southwind Oil Palm Plantation*• Tapung Haji - Ladang Sawait Bintulu*• Tung Huat Pelita Sebakong (7,911 ha, Miri)• Tung Huat Pelita Tinjar Regalot (774 ha, Miri)

Wilayah Tengah

• Amalan Pelita Pasai Plantation (14,000 ha, Sibu)• BLD Oil Palm Plantation• Delta apelita Sebakong Plantation (7,000 ha, Mukah)• FELCRA Pelita Jemoreng Plantation (4,677 ha, Daro)• Hua Seng Oil Palm Plantation• Jaya Tiasa – Eastern Eden Sdn Bhd (10,000 ha, Kawasan Daerah Bruit,

Mukah)• Fame Majestic Sdn Bhd• KTS Agriculture Oil Palm Plantation• LCDA- Mato Daro Oil Palm Plantation (4,677 ha, tanih gambut

organik,cenderung dibalak oleh dua syarikat pembalakan, di Mato-Daro, Mukah)

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

104

• Lemasan Sdn Bhd• Lower Rajang Oil Palm Plantation• Majestic Vest Sdn Bhd• MPI Pelita Mukah Plantation (4,630 ha, Mukah)• MSB Pelita Mukah Plantation (2,300 ha, Daro)• Mukah-Balingian Oil Palm Plantation (5,160 hutan pernah dibalak di

Kawasan Daerah Boluh merangkumi Hutan Simpan Lemai, Mukah)• Multi Maximum Sdn Bhd• Palmcol Sdn Bhd (5,446 ha, hutan sekunder paya gambut, NCR-JVC,

Ladang 5 dan Ladang 6 di Jalan Mukah 35km dari Mukah) • Pelita Holdings Sdn Bhd

o Dalat & Sibu Plantation (11,980 ha, hutan paya gambut, tapak projek sebahagian dari hutan simpan dahulu, sekarang kawasan zon campuran milikan Pelita)

o Wak Pakan NCR Oil Palm Plantation (5,500 ha, Sarikei)• Retus Plantation Sdn Bhd*• RH Forest Corporation Sdn Bhd – Loba Kabang Oil Palm Plantation

(30,500 ha, hutan paya gambut pernah dibalak LPF/0029, di Batang Lassa, Sibu)

• Rosebay Enterprise Sdn Bhd (299615-D) (4,660 ha, konsesi balak pernah dibalak milikan Lien Ho Sawmill Bhd T4214, di Selangau, Sibu, terlibat dalam pertikaian dengan masyarakat tempatan terdiri dari 10 rumah panjang Iban di Pelugau)

• Saujaya Mahir Oil Palm Plantation*• Sinong Pelita Matu Plantation (4,267 ha, Daro)• Ta Ann Pelita Igan Plantation (9,200 ha, Sibu)• Tradewinds Plantation Services Sdn Bhd - Ladang Pasai Siong*

(11,500 ha, diberi lesen pembalakan berdasarkan kemasukan semula, kawasannya diliputi terutama oleh hutan paya, di Pasai Siong, Sibu)

• Ulu Selangan Oil Palm Plantation – Ladang Hijau (Sarawak) Sdn Bhd (1,000 ha, di Ulu Selangan, Batang Mukah)

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

105

• Wealth Houses Development Sdn Bhd – Lot 264 di Kawasan Daerah Bruit (6,000 ha, Mukah)

Wilayah Selatan

• DD Pelita Gedong Plantation (7,250 ha, Simujan)• DD Pelita Sadong Plantation (3,880 ha, Simujan)• PJP Pelita Biawak Plantation (3,933 ha, Lundu)• Raya Ceria Oil Palm Plantation*

* Syarikat-syarikat yang dilaporkan telah melanggar Undang-Undang Perlindungan Alam Sekitar dengan kegiatan pembakaran terbuka pada tahun 1999, sebagaimana didedahkan oleh teknologi satelit, Malaysia Daily 15/08/99.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

106

9. Menuju Ke Arah Depan

Pemberian geran terdahulu kepada pihak-pihak penuntut boleh menjaga kepentingan pemilik-pemilik yang mudah diserang, dan memberikan jaminan yang pasti mendorong partisipasi mereka.64

Laporan ini cuba menggambarkan kesukaran-kesukaran yang dialami oleh masyarakat-masyarakat Dayak di Sarawak dengan perkembangan perladangan kelapa sawit atas tanah-tanah mereka dan didorong oleh kerajaan negeri. Sebagaimana yang dirumuskan dalam kes-kes masyarakat, orang-orang Dayak tidak membangkang semua jenis pembangunan. Yang penting bagi mereka adalah pencarian suatu model pembangunan yang menghormati hak-hak mereka terhadap tanah dan mengasaskan dari warisan sejarah, budaya dan cara hidup mereka. Seboleh-bolehnya, memberi mereka hak untuk menentukan nasib atas tanah mereka sendiri.

Malangnya, undang-undang pemilikan tanah dan skim-skim pembangunan tanah semasa tidak menyediakan asas yang kukuh untuk pembangunan sebegitu. Melalui undang-undang yang ketat yang tidak kesinambungan dengan hak-hak masyarakat di bawah undang-undang adat, hak-hak masyarakat terbatas kepada ruang yang dibenarkan oleh kerajaan negeri sahaja. Selain itu, agensi-agensi kerajaan negeri membuka peluang untuk syarikat-syarikat swasta mengambilalih tanah-tanah hak adat. Ini sememangnya tidak diingini oleh masyarakat-masyarakat. Lagipun, tidak ada bayaran pampasan yang wajar maupun cara-cara sempurna untuk menebus rugi.

Dinafikan pilihan-pilihan untuk menebus rugi, masyarakat-masyarakat tiada pilihan selain daripada mendakwa Kerajaan dan syarikat-syarikat di mahkamah-mahkamah. Kajian ini telah mengenal pasti kira-kira 40 kes terhadap syarikat-syarikat swasta kelapa sawit, dan kes-kes baru masih 64 Bulan 2006:61.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

107

menunggu untuk penyerahannya. Sebenarnya, terdapat tunggakan kes-kes yang serius, dan, walaupun sejumlah besar kes-kes telah diselesaikan di luar mahkamah, kes-kes tertunda masih bertimbun. Ini membuang masa, tenaga sumber manusia, kewangan dan usaha anggota-anggota masyarakat.

Perkembangan yang menggalakkan adalah keputusan kes-kes terbaru telah menyokong undang-undang adat dan hak-hak adat orang-orang asal terhadap tanah dan jelas menunjukkan bahawa tafsiran undang-undang adat kerajaan Sarawak memang amat sempit. Perhatian segera mesti diberi oleh kerajaan untuk meminda Kanun Tanah dan undang-undang lain yang berkaitan supaya ianya selaras lagi mendukung tafsiran hak-hak adat orang-orang asal di bawah Mahkamah Persekutuan.

Kegagalan berbuat demikian hanya menjadikan pertikaian tanah yang sedang berlaku menjadi semakin buruk. Ini bererti masyarakat-masyarakat tempatan semakin mengalami penderitaan. Manakala bagi syarikat-syarikat dan pelabur-pelabur pula, risiko bertambah dan berpanjangan dengan kesan terhadap keuntungan dan berlanjutan skim-skim kepala sawit.

Penemuan-penemuan kajian ini tentu boleh menimbulkan kebimbangan pihak-pihak pelabur dan pembeli yang mementingkan standard diamalkan secara sukarela mengikut piawai RSPO. Telah diteliti dalam bab terdahulu bahawa kebanyakan skim-skim kelapa sawit diusahakan atas tanah-tanah hak adat di Sarawak dan tidak mematuhi prinsip-prinsip dan kriteria RSPO. Jadi, sudah pasti minyak sawit dari Sarawak tidak mungkin mendapat pengesahan penilai-peniliai bebas bahawa ianya selaras dengan piawai RSPO dan selanjutnya tidak mungkin dipasarkan sebagai ‘Minyak Sawit Berlanjutan.’

Syor-Syor

Tindakan segera yang harus dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak adalah pembaikan undang-undang berkaitan dengan pemilikan tanah untuk memberi pengiktirafan yang berkesan terhadap hak-hak adat sebagaimana dilindungi oleh Perlembagaan, difahami oleh masyarakat-masyarakat adat

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

108

sendiri dan didukung oleh mahkamah-mahkamah.

Kerajaan Sarawak juga harus mewujudkan jawatankuasa rasmi antara syarikat-syarikat dan masyarakat-masyarakat, di mana kesemua kelakuan disetujui dan tidak disetujui ternyata dengan jelas, terutamanya masyarakat-masyarakat menerima makluman penuh dan dalam kedudukan penyertaan yang samarata.

Kerajaan juga harus mewujudkan mekanisme-mekanise untuk memastikan pampasan, sesudah disetujui oleh anggota-anggota masyarakat sebagai prasyarat sebelum mana-mana skim kelapa sawit dimulakan, berdasarkan kepada kadar pasaran dan bukan kepada penentuan kerajaan. Suatu proses pengadilan juga diperlukan untuk menyelesaikan pertelingkahan secara timbangtara.

Disebabkan hal-ehwal tanah di bawah bidang kuasa Kerajaan-Kerajaan Negeri, syarikat-syarikat penanaman kelapa sawit harus menegaskan kerajaan boleh membuktikan bahawa persetujuan sudah diperolehi daripada pemilik-pemilik tanah adat dan boleh disahkan dengan mengadakan perundingan lanjutan dengan masyarakat-masyarakat sebelum skim bermula.

Tambahan lagi, syarikat-syarikat mesti memaklumkan pelan-pelan terperinci menggariskan bagaimana mereka bercadang untuk mendapat persetujuan daripada pemilik-pemilik tanah adat sebelum memulakan sebarang skim kelapa sawit.

Dicadangkan juga suatu daftar diwujudkan yang memaparkan kes-kes di mana syarikat-syarikat telah mengiktirafkan dan menghormati hak-hak tanah adat dan sebaliknya syarikat-syarikat yang telah mencabuli hak-hak tanah adat.

Masyarakat-masyarakat harus diperkuatkan untuk mencari penasihat-penasihat pihak ketiga yang mereka tentukan sendiri untuk membantu dan menyokong mereka dalam sebarang perundingan.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

109

Rujukan

Attorney General, 2007, Native Customary Laws and Native Rights over Land in Sarawak, Prepared by the State Attorney-General’s Chambers, Sarawak for Human Rights Commission in 2004. Updated on 15 January, 2007. [Laporan berhubung dengan Hak Adat Masyarakat Adat dan Hak Adat Tanah Adat di Sarawak disediakan oleh Ketua Hakim Jabatan Undang-Undang Negeri Sarawak dan disampaikan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(SUHAKAM) pada tahun 2004. Telah dikemaskinikan pada 15 Januari 2007]. Boleh didapati di http://www.rengah.c2o.org/assets/pdf/de0157a.pdf

Bulan, Ramy, 2006, Native Customary Land: The Trust as a Device for Land Development in Sarawak, in: Fadzilah Majid Cooke (ed.) State, Communities and Forests in Contemporary Borneo. Canberra, Australian National University epress:45-64 epress, boleh didapati di http://epress.anu.edu.au/titles

Colchester, Marcus, 1991, Pirates, Squatters and Poachers: the Political Ecology of Dispossession of the Native Peoples of Sarawak. Survival International and INSAN, Petaling Jaya, Edisi Kedua.

Colchester, Marcus and Fergus MacKay, 2004, In Search of Middle Ground: Indigenous Peoples, Collective Representation and the Right to Free, Prior and Informed Consent, Forest Peoples Programme, Moreton in Marsh.

Freeman, Derek, 1955, Iban Agriculture: a report on the shifting cultivation of hill rice by the Iban of Sarawak, HMSO, London.

Geddes, W.R., 1954, The Land Dayaks of Sarawak, HMSO, London.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

110

Hong, Evelyne, 1987, The Natives of Sarawak – Survival in Borneo’s vanishing forests, Institut Masyarakat, Penang.

IDEAL, 1999, Tanah Penghidup Kitai – Our Land is out Livelihood, Ideal, Sibu.

Jitab, Kris with James Ritchie, 1991, Sarawak Awakens: Taib Mahmuds’ Politics of Development, Pelanduk Publications, Petaling Jaya.

Jomo, K. S., Chang, Y. T., Khoo, K. J. et al., 2004, Deforesting Malaysia – The Political Economy and Social Ecology of Agricultural Expansion and Commercial Logging. Zed Books and UNRISD, London and Geneva.

King, Victor T., 1988, Models and Realities: Malaysian National Planning and East Malaysia’s Development Problems. Modern Asian Studies 22: 263-298.

Leigh, Michael, 1974, The Rising Moon: political change in Sarawak, Sydney University Press, Sydney.

Majid Cooke, Fadzilah, 2002, Vulnerability, Control and Oil Palm in Sarawak: Globalization and a New Era? Development and Change 33(2): 189-211.

Majid Cooke, Fadzilah, 2006, Expanding State Spaces Using ‘Idle’ Native Customary Land in Sarawak, in: Fadzilah Majid Cooke (ed.) State, Communities and Forests in Contemporary Borneo. Canberra, Australian National University epress:25-44, boleh didapati di http://epress.anu.edu.au/titles

Majid Cooke, Fadzilah (ed.), 2006, State, Communities and Forests in Contemporary Borneo. Canberra, Australian National University epress,

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

111

boleh didapati di http://epress.anu.edu.au/titles

Ministry of Land Development [Kementerian Kemajuan Tanah, Sarawak], tak bertarikh, maklumat laman web boleh didapati di http://www.mlds.sarawak.gov.my/background/b_1.htm, disemak pada 18 October 2007.

Ngidang, D., 2001, Key Issues and Challenges in Native Customary Land Development: the Sarawak Experiences. Paper presented at the Sabah Native Land Conference, 30 June- 1 July.

Ngidang, D., 2002, Contradictions in Land Development Schemes: the case of joint ventures in Sarawak, Malaysia. Asia Pacific Viewpoint 43(2):157-180.

Phelan, Peter R., 2003, The Traditional Legal System of Sabah, Pusat Kajian Borneo, Kota Kinabalu.

Porter, A.F., 1968, Land Administration in Sarawak, Government Printing

Richards, A.J.N., 1961, Sarawak Land Law and Adat. Government Printing Office, Kuching.

Sandin, Benedict, 1980, Iban Adat and Augury, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Penang.

Searle, Peter, 1983, Politics in Sarawak 1970-1976: the Iban Perspective, Oxford University Press, Singapore.

Thien, Tony, 2007, Federal Court’s NCR decision lauded, Oct 16th, 2007, 1.30pm malaysiakini.com, juga boleh didapati di http://www.malaysianbar.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

112

org.my/content/view/11682/2/

Wong, James, 1983, The Price of Loyalty, Summer Times, Singapore.

World Rainforest Movement and Forests Monitor, 1998, High Stakes: The Need to Control Transnational Logging Companies: a Malaysian Case Study, World Rainforest Movement and Forest Monitor, Montevideo and Ely..Yu Loon Ching, 1987, The Plot that Failed, Summer Times, Singapore.

Laman-laman web:

Rengah Sarawak (Sarawak News) – http://www.rengah.c2o.orgThe Star Online – http://www.thestar.com.myRSPO - http://www.rspo.comNew Straits Times/Business Times - http://www.nstp.com.myKementerian Kemajuan Tanah, Sarawak - http://www.mlds.sarawak.gov.myKerajaan Negeri Sarawak - http://www.sarawak.gov.myMalaysiakini – www.malaysiakini.com

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

113

Lampiran 1

Prinsip-Prinsip dan Kriteria Minyak Sawit Berlanjutan (RSPO)

Prinsip 1: Komitmen Terhadap Ketelusan

Kriteria 1.1 Pihak pengusaha dan pengilang kelapa sawit memberikan maklumat sepatutnya kepada para pihak lain tentang isu-isu alam sekitar, sosial dan hukum sejajar dengan kriteria RSPO, dalam bahasa dan bentuk yang memadai, untuk memungkinkan adanya partisipasi berkesan dalam membuat keputusan;

Kriteria 1.� Dokumen pengurusan mudah diperolehi oleh orang awam, kecuali jika dicegah oleh kerahasiaan komersial atau ketika keterbukaan maklumat akan membawa kesan negatif ke atas alam sekitar dan sosial.

Prinsip �: Kepatuhan kepada hukum dan peraturan

Kriteria �.1 Ada kepatuhan kepada semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang diterima pakai di peringkat tempatan, nasional dan termasuk peringkat antarabangsa yang telah ditandatangani.

Kriteria �.� Hak untuk menggunakan tanah dapat dibuktikan, dan tidak dituntut secara sah oleh masyarakat tempatan dengan hak-hak dapat dibuktikan

Kriteria �.3 Kegunaan tanah untuk kelapa sawit tidak menghapuskan hak-hak dari segi undang-undang, atau hak-hak adat pengguna-pengguna lain, tanpa adanya persetujuan yang bebas, terdahulu dan berpengetahuan daripada mereka.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

114

Prinsip 3: Komitment terhadap keberdayaan ekonomi dan kewangan jangka panjang

Kriteria 3.1 Terdapat pelan pengurusanan diimplementasikan bertujuan untuk mencapai keberdayaan ekonomi dan kewangan dalam jangka panjang

Prinsip 4: Pengunaan amalan-amalan teladan oleh pengusaha dan pengilang

Kriteria 4.1 Prosedur operasi didokumentasikan secara tepat dan secara konsisten diimplementasikan dan dipantau;

Kriteria 4.� Amalan-amalan yang digunakan harus mampu meningkatkan kesuburan tanah sampai pada suatu tingkat biasa memastikan hasil optimum dan berlanjutan.

Kriteria 4.3 Amalan-amalan mengurangkan dan mengawal hakisan dan kemerosotan tanah.

Kriteria 4.4 Amalan-amalan mempertahankan mutu dan ketersediaan air permukaan dan air tanah.

Kriteria 4.5 Perosak, penyakit, rumput rumpai dan spesies baru menyerang dikawal secara berkesan menggunakan teknik Pemberantasan Perosak Terpadu yang sesuai.

Kriteria 4.6 Bahan kimia pertanian digunakan dengan cara-cara tidak membahayakan kesihatan dan alam sekitar. Tidak ada penggunaan bahan prophylactic dan ketika bahan kimia pertanian dikategorikan sebagai Jenis 1A atau 1B Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau bahan-bahan termasuk dalam daftar Konvesyen Stockholm dan Rotterdam digunakan, maka

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

115

pihak pengusaha harus secara aktif melakukan upaya mengenal pasti bahan gantian dan proses ini harus didokumentasikan.

Kriteria 4.7 Pelan kesihatan dan keselamatan kerja didokumentasikan, disebar luaskan dan diimplemantasikan;

Kriteria 4.8 Seluruh kakitangan, pekerja, pekebun kecil, dan kontraktor haruslah dilatih secara tepat.

Prinsip 5: Tanggungjawab alam sekitar dan pemeliharaan kekayaan dan kepelbagaian alam

Kriteria 5.1 Aspek-aspek dari pengurusan pengusaha dan pengilang yang ada kesanya dikenalpasti dan rancangan-rancangan untuk mencegah kesan negatif dan mendorong kesan positif dibuat, diimplementasikan dan dipantau untuk menunjukkan pembaikan berterusan.

Kriteria 5.� Status spesies-spesies jarang atau terancam dan habitat memiliki nilai pemeliharaan tinggi, jika ada, yang terdapat di dalam ladang atau mungkin terjejas oleh pengurusan pengusaha atau pengilang haruslah diperhatikan, dikenalpasti dan pemeliharaanya diperhatikan dalam rancangan dan operasi pengurusan.

Kriteria 5.3 Buangan harus dikurangi, dikitar semula, digunakan semula, dan dibuang dengan cara-cara bertanggung jawab terhadap alam sekitar dan sosial.

Kriteria 5.4 Keefesienan/Kecekapan penggunaan tenaga dan penggunaan tenaga boleh barui dimaksimakan.

Kriteria 5.5 Penggunaan pembakaran untuk pembuangan sisa dan untuk penyiapan tanah untuk penanaman semula dicegah kecuali dalam situasi

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

116

khusus, sebagaimana disebutkan dalam garis-garis panduan ASEAN atau amalan teladan serantau yang berkaitan.

Kriteria 5.6 Pelan-pelan untuk mengurangi pencemaran dan pancaran/emisi, termasuk gas rumah kaca, dikembangkan, diimplementasikan dan dipantau.

Prinsip 6: Pertimbangan bertanggung jawab atas pekerja, individu, dan masyarakat terjejas oleh pengusaha dan pengilang

Kriteria 6.1 Aspek-aspek pengelolaan pengusaha dan pengilang yang memberi kesan sosial dikenalpasti secara partisipatif dan pelan-pelan untuk mencegah kesan negatif dan mendorong kesan positif dibuat, diimplementasikan dan dipantau untuk menunjukkan pembaikan berterusan.

Kriteria 6.� Terdapat metod terbuka dan telus bagi makluman dan rundingan antara pengusaha dan/atau pengilang kelapa sawit, masyarakat-masyarakat tempatan, pihak tertentu yang terjejas akibatnya atau berkepentingan.

Kriteria 6.3 Terdapat sistem yang disepakati dan didokumentasikan bersama untuk mengurus aduan-aduan dan rungutan-rungutan, yang boleh dilaksanakan dan diterima oleh semua pihak-pihak.

Kriteria 6.4 Sebarang perundingan tentang pampasan bagi kehilangan hak-hak dari segi undang-undang atau adat, dilakukan melalui sistem terdokumentasi yang membolehkan orang-orang asal, masyarakat-masyarakat tempatan dan pihak berkepentingan lain untuk memberi pandangan-pandangannya melalui institusi perwakilan mereka sendiri.

Kriteria 6.5 Upah dan syarat-syarat bagi pekerja dan pekerja penggajian kontraktor selalu dipenuhi paling tidak pada standard minimum industri dan

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

117

hukum, dan cukup untuk memenuhi keperluan asas dan untuk memberikan pendapatan tambahan.

Kriteria 6.6 Majikan menghormati hak-hak kakitangan untuk membentuk dan menjadi anggota persatuan pekerja sesuai dengan pilihan mereka dan untuk tawar-menawar kolektif. Ketika hak kebebasan berkumpul dan tawar-menawar kolektif dilarang oleh hukum, maka majikan berikhtiar mencari cara-cara lain yang bebas dan memberikan hak hak berpersatuan bagi seluruh kakitangan.

Kriteria 6.7 Buruh kanak-kanak tidak digunakan. Kanak-kanak tidak terdedah kepada keadaan kerja berbahaya. Kerja-kerja dilakukan oleh kanak-kanak boleh diterima di kebun keluarga, di bawah pengawasan orang dewasa dan tidak mengganggu program pendidikan mereka.

Kriteria 6.8 Majikan tidak boleh terlibat atau mendukung diskriminasi berdasarkan ras, kasta, negara asal, agama, kecacatan, gender, orientasi seksual, keanggotaan kesatuan, afiliasi politik, atau umur.

Kriteria 6.9 Suatu dasar untuk mencegah gangguan seksual dan berbagai bentuk keganasan terhadap perempuan, dan melindungi hak pembiakan mereka dikembangkan dan digunakan.

Kriteria 6.10 Pihak pengusaha dan pengilang berurusan secara adil dan telus dengan pekebun kecil dan peniaga tempatan lainnya.

Kriteria 6.11 Pihak pengusaha dan pengilang menyumbang kepada pembangunan tempatan, di mana saja sesuai, yang berlanjutan. Prinsip 7: Pengembangan penanaman baru yang bertanggung jawab

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

118

Kriteria 7.1 Suatu kajian kesan atas alam sekitar dan sosial menyeluruh dan partisipatif dilakukan sebelum menetapkan suatu wilayah baru penanaman atau operasi, atau perluasan kawasan sudah ada, dan hasilnya disatukan dalam perancangan, pengelolaan dan operasi.

Kriteria 7.� Survei tanah dan maklumat topografi digunakan untuk perancangan rangka penetapan kawasan penanaman baru, dan hasilnya disatukan ke dalam pelan dan operasi.

Kriteria 7.3 Penanaman baru sejak November 2005 tidak menggantikan hutan primer atau kawasan lain yang mengandungi satu atau lebih Nilai Pemeliharaan Tinggi.

Kriteria 7.4 Penanaman meluas di lereng curam dan/atau di tanah tidak subur dan rekah, dielakkan.

Kriteria 7.5 Tidak ada penanaman baru dilakukan atas tanah masyarakat-masyarakat tempatan tanpa persetujuan yang bebas, terdahulu dan berpengetahuan daripada mereka, dilakukan melalui suatu sistem terdokumentasi yang membolehkan orang-orang asal, masyarakat-masyarakat tempatan dan pihak berkepentingan lain untuk memberi pandangan-pandangannya melalui institusi perwakilan mereka sendiri.

Kriteria 7.6 Masyarakat tempatan diberikan pampasan untuk pengambilalihan tanah setelah disetujui dan dibebaskan dari haknya, dengan syarat ianya melalui proses mendapat persetujuan yang bebas, terdahulu dan berpengetahuan daripada mereka dan perjanjiannya dirundingkan terlebih dahulu.

Kriteria 7.7 Penggunaan api dalam penyiapan tanah untuk penanaman semula dicegah kecuali dalam situasi khusus, sebagaimana disebutkan

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

119

dalam garis-garis panduan ASEAN atau amalan teladan serantau yang berkaitan.

Prinsip 8: Komitmen Terhadap Pembaikan Terus-Menerus Pada Aktiviti-Aktiviti Yang Utama

Kriteria 8.1 Pengusaha dan pengilang secara teratur memantau dan mengkaji semula kegiatan.kegiatan mereka dan mengembangkan dan mengimplementasikan pelan tindakan memungkinkan dan menunjukkan pembaikan terus-menerus pada operasi kunci.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

120

Lampiran 2

Metod Kajian

Suatu lawatan pendek ke Sarawak (oleh Marcus Colchester) pada bulan April 2007 telah mencetuskan minat untuk menjalankan kajian ini, apabila dilihat terdapat lebih daripada 100 kes-kes di mahkamah-mahkamah Sarawak bersangkutan dengan pertikaian hak tanah adat. Hampir 50 peratus kes pertikaian membabitkan pembangunan perladangan kelapa sawit dan kayu balak untuk perindustrian pulpa dan kertas. Situasi ini mendesakkan satu penilaian dibuat untuk melihat apakah asas-asas yang telah menyumbang kepada kebangkitan pertikaian-pertikaian ini, menentukan sumbangan rangka undang-undang dan dasar-dasar terhadap kewujudan pertikaian-pertikaian ini dan membandingkan situasi ini dengan standard yang disyaratkan oleh Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Berlanjutan (RSPO).

Bergandingan dengan penulis-penulis buku ini di Sarawak, diterima sepakat untuk menjalankan kajian berpandukan temuramah lapangan di beberapa kawasan pertikaian dan ulasan terbitan-terbitan yang sesuai dengan tajuk ini. Dari bulan Jun-September 2007, temuramah dijalankan di perkampungan-perkampungan yang terjejas akibat perladangan kelapa sawit dan yang telah membawa kes mereka ke mahkamah-mahkamah. Status kes-kes saat ini berbeza bergantung pada tahun apa kes difailkan ke mahkamah dan beberapa peringkat prosiding mahkamah.

Kecuali masyarakat-masyarakat Sungai Bawang di Balingian di mana anak ketua kampung ditemuramah di Sibu, semua temuramah diadakan di kampung terpilih itu. Orang-orang yang dipilih untuk temuramah seboleh-bolehnya pihak pendakwa bagi kes-kes mahkamah. Bagi orang yang ditemuramah yang bukan pihak pendakwa, pilihan berdasarkan kepada kedudukan mereka dalam masyarakatnya. Misalnya, bagi masyarakat

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

121

Sungai Bawang, anak ketua kampung telah dipanggil untuk ditemuramah kerana bapanya adalah salah seorang pendakwa kes. Manakala bagi Kampung Lebor, kedua-dua orang yang ditemuramah adalah anggota kunci dalam Jawatankuasa Keselamatan Kampung, satu badan peringkat kampung yang memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan kampung termasuk hak-hak dan kepentingan orang-orang kampung. Temuramah bermula dengan keterangan ringkas tentang RSPO dan edaran risalah tentang RSPO. Cara merakamkan temuramah adalah dengan alat pandang-dengar atau catatan-catatan bertulis.

Satu soalselidik ringkas digunakan sebagai panduan temuramah supaya proses pengumpulan maklumat lebih teratur. Soalan-soalan berdasarkan kriteria RSPO yang sesuai dengan pertanyaan tentang cara bagaimana tanah-tanah untuk pembangunan perladangan diperuntukkan, diambilalih dan dibangunkan.

Kriteria �.1 Ada kepatuhan kepada semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang diterima pakai di peringkat tempatan, nasional dan termasuk peringkat antarabangsa yang telah ditandatangani.

1.1 Tahukah anda sama ada skim kelapa sawit di kawasan ini mematuhi undang-undang adat? Jika ya, mengapa? Mengapa tidak?

1.2 Adakah anda fikir skim itu mematuhi semua undang-undang nasional dan undang-undang antarabangsa yang telah ditandatangani? Jika tidak, apa pelanggaran-pelanggaran itu? Jika ya, apa undang-undang itu?

Kriteria �.� Hak untuk menggunakan tanah dapat dibuktikan, dan tidak dituntut secara sah oleh masyarakat tempatan dengan hak-hak dapat dibuktikan

2.1 Bagaimana anda mula-mula tahu tentang skim itu?

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

122

2.2 Adakah anda menentang skim kelapa sawit itu sebaik sahaja anda tahu tentangnya? Adakah anda menentang skim itu sekarang?

2.3 Apakah cara-caranya anda menentang atau mengemukakan bantahan-bantahan anda? Apakah tindak balasnya?

Kriteria �.3 Kegunaan tanah untuk kelapa sawit tidak menghapuskan hak-hak dari segi undang-undang, atau hak-hak adat pengguna-pengguna lain, tanpa adanya persetujuan yang bebas, terdahulu dan berpengetahuan daripada mereka.

3.1 Adakah skim ini bertindih dengan kawasan-kawasan di mana anda mempunyai hak-hak adat (NCR)?

3.2 Apakah usaha-usaha oleh pihak syarikat swasta atau kerajaan untuk mengenal pasti kedudukan tanah-tanah NCR anda sebelum menetukan lokasi untuk skim itu? Jika kawasan-kawasan NCR anda diiktirafkan, adakah anda setuju dengan sempadan-sempadan yang diperakukan?

3.3 Bagaimana skim kelapa sawit menjejaskan masyarakat anda dari segi hak atas tanah dan penggunaan tanah itu?

3.4 Adakah anda terima maklumat penuh tentang skim itu sebelum ia diputuskan? Apakah isi maklumat itu? Adakah anda fikir maklumat itu tepat dan lengkap?

3.5 Adakah anda diberi pilihan untuk menolak skim yang dibuka atas tanah anda? Adakah skim itu diwujudkan secara paksaan atau tekanan?

3.6 Adakah anda fikir anda diberi pilihan bebas atau perundingan yang adil tentang syarat-syarat antara masyarakat tempatan dan syarikat itu?

3.7 Adakah anda setuju dengan skim itu? Adakah anda memberi persetujuan/izin untuk menggunakan tanah anda dijadikan skim dan mengapa?

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

123

Kriteria 6.� Terdapat metod terbuka dan telus bagi makluman dan rundingan antara pengusaha dan/atau pengilang kelapa sawit, masyarakat-masyarakat tempatan, pihak tertentu yang terjejas akibatnya atau berkepentingan.

4.1 Sejak skim kelapa sawit itu wujud di kawasan anda, pernahkah pihak syarikat atau agen/pekerjanya berbincang atau berunding dengan anda tentang skim itu?

4.2 Bagaimana anda berjumpa dengan pihak syarikat? Adakah apa-apa masalah untuk anda berjumpa dengan mereka? Jika ya, apakah masalah-masalah itu?

4.3 Adakah pihak syarikat atau agen-agennya memberi maklumat yang anda perlu secara terbuka?

Kriteria 6.3 Terdapat sistem yang disepakati dan didokumentasikan bersama untuk mengurus aduan-aduan dan rungutan-rungutan, yang boleh dilaksanakan dan diterima oleh semua pihak-pihak.

Kriteria 6.4 Sebarang perundingan tentang pampasan bagi kehilangan hak-hak dari segi undang-undang atau adat, dilakukan melalui sistem terdokumentasi yang membolehkan orang-orang asal, masyarakat-masyarakat tempatan dan pihak berkepentingan lain untuk memberi pandangan-pandangannya melalui institusi perwakilan mereka sendiri.

Kriteria 7.6 Masyarakat tempatan diberikan pampasan untuk pengambilalihan tanah sudah disetujui dan dibebaskan dari haknya, dengan syarat ianya melalui proses mendapat persetujuan yang bebas, terdahulu dan berpengetahuan daripada mereka dan perjanjiannya dirundingkan terlebih dahulu.

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

124

5.1 Tahukah anda tentang apa-apa proses yang dimaklumkan kepada anda atau sebaliknya untuk menguruskan aduan-aduan dan runggutan-runggutan?

5.2 Biasanya, bagaimana anda kemukakan aduan dan selesaikan masalah-masalah jika ia timbul? Tahukah anda bagaimana, kepada siapa dan ke mana untuk kemukakan atau salurkan aduan-aduan?

5.3 Apakah aduan-aduan dan runggutan-runggutan yang anda pernah ada? Adakah pihak syarikat dan/atau anda simpan rekod tentang aduan-aduan yang dikemukakan? Apa berlak jika aduan-aduan anda tidak ada tindakannya? Adakah anda diugut ketika membuat aduan atau membantah skim-skim itu?

5.4 Adalah kerajaan memberi bantuan dan bagaimana ia menyelesaikan pertikaian?

5.5 Adakah apa-apa perbincangan dan fahaman bersama tentang bagaimana aduan-aduan harus diuruskan?

5.6 Adakah perbincangan tentang pampasan untuk kegunaan tanah NCR anda?

5.7 Tahukah anda bagaimana tuntutan untuk pampasan ditetapkan?5.8 Jika skim itu menjejaskan hak-hak adat anda, bagaimana perwakilan

anda dalam perundingan dengan pihak syarikat?5.9 Adakah anda fikir kepentingan anda diperwakilkan dengan adil dalam

perundingan-perundingan? Adakah anda dimaklumkan tentang syarat-syarat perjanjian yang telah dirundingkan atau dipersetujui?

5.10 Adakah anda simpan rekod bertulis tentang rundingan dan/atau kontrak yang anda ada atau sudah dipersetujui dengan syarikat itu?

5.11 Jika pampasan diberikan untuk penggunaan tanah anda oleh syarikat, adakah anda fikir nilai itu adil dan patut?

5.12 Adakah anda sudah setuju dengan kelapa sawit itu dan sanggupkah

Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak

125

anda terima pampasan untuk tanaman kelapa sawit atas tanah-tanah anda?

Kriteria 7.5 Tidak ada penanaman baru dilakukan atas tanah masyarakat-masyarakat tempatan tanpa persetujuan yang bebas, terdahulu dan berpengetahuan daripada mereka, dilakukan melalui suatu sistem terdokumentasi yang membolehkan orang-orang asal, masyarakat-masyarakat tempatan dan pihak berkepentingan lain untuk memberi pandangan-pandangannya melalui institusi perwakilan mereka sendiri.

6.1 Adakah anda pernah dibawa berunding sebelum skim kelapa sawit itu bermula?

6.2 Adakah persetujuan/izin untuk penggunaan tanah anda diperoleh secara bebas, terdahulu dan berpengetahuan?

6.3 Dalam mewujudkan skim-skim baru hari ini, adakah pihak syarikat mengamalkan cara yang lain untuk berurusan dengan masyarakat? Adakah pihak masyarakat diberi pilihan untuk menolak skim itu dan untuk berunding secara lebih adil dan dengan syarat-syarat yang lebih diterima?

6.4 Adakah penanaman baru dengan tanaman kelapa sawit atas tanah-tanah NCR anda dengan persetujuan/izin terlebih dahulu anda? Tahukah anda bagaimana menangani skim-skim kelapa sawit dimajukan semula?

Profil Penulis-Penulis:

Marcus Colchester berbangsa Inggeris dan mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang Antropologi Sosial dari Universiti Oxford. Beliau kini adalah Pengarah Forest Peoples Programme. Beliau seorang pakar dalam bidang hal-ehwal orang-orang asal, hak asasi manusia, alam sekitar dan pembangunan di peringkat antarabangsa. Beliau juga menyumbang kepakaran dalam beberapa jawatankuasa Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Berlanjutan (RSPO). Bukunya tentang Sarawak berjudul, Pirates, Squatters and Poachers: the Political Ecology of Dispossession of the Native Peoples of Sarawak pertama kali diterbitkan oleh INSAN dan Survival International pada tahun 1989.

Wee Aik Pang adalah warga Sarawak dan sedang mengikuti program ijazah kedoktoran dalam bidang sosiologi/ekonomi politik. Beliau amat prihatin dan mengambil peduli tentang isu-isu pembangunan yang menjejaskan masyarakat luar bandar dan telah berkhidmat dalam bidang pembangunan kemasyarakatan luar bandar selama 15 tahun. Beliau juga banyak membuat kajian secara bebas mengenai hal-ehwal bandar dan luar bandar.

Wong Meng Chuo dilahirkan dan dibesarkan di Sibu, Sarawak. Beliau kelulusan ijazah Sarjana Sains dalam bidang Pengurusan Persekitaran dari Imperial College, Universiti London. Beliau adalah seorang sukarelawan sosial dan aktivis di Sarawak selama lebih 25 tahun. Giat dalam aktiviti-aktiviti yang mendorong kebajikan dan hak-hak masyarakat Dayak di Sarawak. Beliau merupakan ahli pengasas Christian Service Centre dan Institut Pengajaran Komuniti, dan kini mengelolakan Institute for Development of Alternative Living (IDEAL), sebuah organisasi sokongan masyarakat. Beliau juga bekerja sebagai penyelidik bebas di Sibu, dan memberi syarahan di New Era Kolej di Kajang, Semenanjung Malaysia.

Thomas Jalong adalah warga Sarawak bersuku kaum orang asal Dayak Kenyah dari Ulu Baram. Beliau berkhidmat selama 20 tahun dengan Sahabat Alam Malaysia (Sarawak) sebagai pegawai penghubung masyarakat dan pegawai penyelidik, dan lepas itu menjadi Koordinator Program untuk ibupejabat Sahabat Alam Malaysia Sarawak di Marudi. Beliau giat berkempen tentang hal-ehwal persekitaran dan keadilan sosial dan berkhidmat di kalangan masyarakat-masyarakat seluruh Sarawak, khususnya berkaitan dengan hak-hak asasi, hak tanah, pembalakan, perladangan dan mega projek empangan. Kini beliau berkhidmat sebagai penyelidik bebas di Miri, dan juga mengelolakan sebuah pertubuhan bernama Communities Information and Communication Centre.