17
Tambahan / Pindaan Ruang Perkara Muka Surat 7 Menjalankan Perniagaan e-Dagang 3 8 Menuntut Cukai Input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia 3 9 No. Pendaftaran Cukai Barang & Perkhidmatan 3 H22A Cukai Input yang tidak boleh dituntut daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia 11

Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Tambahan / Pindaan

Ruang Perkara Muka Surat

7 Menjalankan Perniagaan e-Dagang 3

8 Menuntut Cukai Input daripada

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

3

9 No. Pendaftaran Cukai Barang & Perkhidmatan 3

H22A Cukai Input yang tidak boleh dituntut

daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia 11

Page 2: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 1 -

Nota ini bertujuan membantu tuan melengkapkan Borang P bagi Tahun Taksiran 2016. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2016 adalah benar, lengkap dan betul.

Semua rekod, helaian kerja, dokumen, Borang CP30 dan lain-lain tidak perlu disertakan semasa pengemukaan Borang P. Walau bagaimanapun, ianya perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Ahli kongsi utama bertanggungjawab mengisi Borang P serta mengeluarkan Borang CP30 kepada setiap ahli kongsi. Borang CP30 perlu disediakan bagi membolehkan ahli kongsi melaporkan pendapatan daripada perkongsian dalam tempoh yang ditetapkan.

LHDNM perlu diberitahu secara bertulis jika berlaku perubahan pada Borang P. Ahli kongsi utama bertanggungjawab mengeluarkan Borang CP30 (Pindaan) kepada ahli kongsi jika terdapat perubahan dalam pengagihan pendapatan perkongsian.

Sila isi semua ruangan yang berkaitan dengan HURUF BESAR dalam kotak yang disediakan, dan gunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.

Amaun cukai di Bahagian B dan Bahagian J pada Borang P, serta Bahagian B dan Bahagian D pada Borang CP30 perlu diisi dengan nilai sen. Bahagian lain yang melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

Laporkan dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM).

Contoh :

Pendapatan / Kerugian boleh dibahagikan (ruang A2) RM 125,955.67

Tolakan cukai (ruang B1) RM 4,044.30

MAKLUMAT ASAS

1 NAMA PERKONGSIAN

Seperti yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Jika perkongsian telah bertukar nama, sila catatkan nama perkongsian yang lama dalam kurungan.

Contoh :

B1 4 0 4 4 3 0 <>>_>>_>>_>?

. , , Tolakan cukai - Sek. 110 (Lain-lain)

A2 <>>>>_>>_>>?

, , 1 2 5 9 5 5 Pendapatan / Kerugian Boleh Dibahagikan ,

,

<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>? <>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?

R E S T O R A N A I S H A D A N S H A H

( R E S T O R A N A I S H A D A N S U D I R )

Page 3: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 2 -

2 NO. CUKAI PENDAPATAN D

Isikan no. cukai pendapatan perkongsian di petak yang disediakan.

Contoh : No. cukai pendapatan perkongsian : D 0012345602

3 NO. RUJUKAN (NO. PENDAFTARAN)

Nombor pendaftaran perniagaan perkongsian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

4 BILANGAN AHLI KONGSI

Isikan bilangan ahli kongsi.

5 ASAS PEMBAHAGIAN

Angka pembawah yang digunakan untuk membahagi keuntungan / kerugian.

Contoh 1 : Perkongsian AB

Ahli Kongsi

A

B

Asas pembahagian

:

:

:

Pembahagian Keuntungan / Kerugian

753/1000

247/1000

Contoh 2 : Perkongsian ABC

Ahli Kongsi

A

B

C

Asas pembahagian

:

:

:

:

Pembahagian Keuntungan / Kerugian

4/7

2/7

1/7

Contoh 3 : Perkongsian CBA

Ahli Kongsi

A

B

C

Asas pembahagian

:

:

:

:

Pembahagian Keuntungan / Kerugian

50%

30%

20%

6 PENYIMPANAN REKOD

Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Isikan ‘1’ sekiranya mematuhi atau ‘2’ jika tidak.

<>>>>>>>>?

D 0 0 1 2 3 4 5 6 0 2

<>>>?

1 0 0 0

<>>>?

7

1 0 0 <>>>?

Page 4: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 3 -

7 MENJALANKAN PERNIAGAAN e-DAGANG

Isi ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ jika perkongsian ada menjual apa-apa barang atau memberi perkhidmatan secara dalam talian.

Jika ‘Ya’, isi juga ruang F10 di muka surat 5 dalam Borang P.

Perkongsian dianggap menjalankan perniagaan e-dagang sekiranya dalam menghasilkan pendapatan, internet digunakan untuk:

i) menerima tempahan barangan atau perkhidmatan. Contoh : Perkongsian menerima tempahan melalui e-mel, laman sesawang atau media sosial dan bukan melalui pos.

ii) menerima bayaran untuk barangan atau perkhidmatan.

Contoh : Perkongsian menerima bayaran tunai digital dengan kredit kad atau kad caj melalui e-mel atau laman sesawang dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.

iii) membekalkan barangan atau perkhidmatan.

Contoh : - Perkongsian menggunakan e-mel, internet atau protokol

pindahan fail untuk membekalkan muzik digital, artikel atau perisian, dan bukannya kaedah konvensional untuk menyampaikan perisian dalam bentuk cakera.

- Perkongsian menggunakan e-mel berserta laman sesawang untuk memberi nasihat dan menerima bayaran bagi nasihat tersebut.

- Perkongsian menerima bayaran bagi mengiklankan barangan atau perkhidmatan di internet untuk entiti lain.

- Perkongsian adalah pemilik laman sesawang. - Perkongsian menyediakan perkhidmatan akses ke internet

Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika perkongsian tidak menjalankan perniagaan e-Dagang, atau tidak berkenaan.

8 MENUNTUT CUKAI INPUT DARIPADA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Isi ‘1’ untuk ‘Ya’ sekiranya layak menuntut cukai input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika perkongsian tidak menuntut, tidak boleh menuntut, atau tidak berkenaan.

9 NO. PENDAFTARAN CUKAI BARANG & PERKHIDMATAN

Jika ruang 8 = 1, isikan nombor pendaftaran Cukai Barang & Perkhidmatan seperti didaftarkan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Page 5: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 4 -

BAHAGIAN A: PENDAPATAN PERNIAGAAN

Perniagaan

Keuntungan yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.

Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian perkhidmatan seperti doktor atau peguam.

Perkongsian Lain

Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.

Perniagaan / Perkongsian Bertaraf Perintis

Taraf perintis adalah insentif percukaian yang terkandung dalam seksyen 5 hingga seksyen 25 Akta Penggalakan Pelaburan 1986 (APP 1986). Perkongsian yang mendapat kelulusan ini diberi pengecualian cukai untuk keseluruhan atau sebahagian pendapatan perniagaan daripada aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang berhubung dengan pertanian.

Projek Pengeluaran Bahan Makanan Yang Diluluskan

Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 10) 2006 [P.U. (A) 51/2006] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 3) 2011 [P.U. (A) 166/2011] berkaitan.

A1 –

A12

Kod Perniagaan

Dapatkan kod perniagaan dari Lampiran G Buku Panduan Borang P.

Pendapatan / Kerugian boleh dibahagikan

Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi.

Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti contoh di bawah.

Contoh : Kerugian larasan RM37,000.00

Manfaat Ahli Kongsi

Amaun manfaat untuk ahli kongsi yang menikmati faedah / manfaat berkenaan seperti manfaat kenderaan, gaji, perjalanan dan lain-lain.

Kenaan Imbangan

Kenaan imbangan akan dikenakan dalam keadaan di mana nilai pelupusan melebihi perbelanjaan baki tetapi terhad kepada jumlah elaun sebenar yang telah diberi.

(Kenaan imbangan = Nilai pelupusan - Perbelanjaan baki)

Elaun Imbangan

Diberi sekiranya baki perbelanjaan melebihi nilai pelupusan, iaitu sebanyak amaun yang berlebihan tersebut.

(Elaun imbangan = Perbelanjaan baki - Nilai pelupusan)

! ->>_>>_>>?

(Tandakan “X” jika nilai negatif)

, , , 3 7 0 0 0 X

Page 6: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 5 -

Elaun Modal

Sebagai ganti kepada tuntutan susut nilai aset. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset.

Elaun Peningkatan Eksport Perkhidmatan Yang Layak

Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275] untuk menentukan kelayakan.

Sekiranya mempunyai lebih daripada satu punca perniagaan / perkongsian, sila senaraikan mengikut format seperti Perniagaan 1 / Perkongsian 1 bagi setiap perniagaan / perkongsian, dan kemukakan lampiran bersama Borang P.

BAHAGIAN B : PENDAPATAN LAIN

B1 FAEDAH

Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang oleh penghutang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam. Pendapatan daripada faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima.

DISKAUN Pendapatan daripada urusniaga pendiskaunan yang melibatkan bil perbendaharaan, bil pertukaran atau nota janji hutang.

B2 SEWA Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot, dan lain-lain.

Amaun dari Helaian Kerja HK-4, Buku Panduan Borang P.

ROYALTI

Royalti bermaksud :-

(a) apa-apa jumlah yang dibayar sebagai bayaran untuk penggunaan atau hak untuk menggunakan:

(i) hakcipta, hasil kerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

(ii) pengetahuan atau maklumat tentang hal-hal teknikal, perindustrian, perdagangan atau pengetahuan pengalaman atau kemahiran saintifik;

(b) pendapatan yang diperoleh dari pemindahan milik atas mana-mana harta, pengetahuan atau maklumat yang disebut dalam perenggan (a) definisi di atas.

B3 PENDAPATAN LAIN YANG TIDAK DISENARAIKAN

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

Page 7: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 6 -

TOLAKAN CUKAI DI BAWAH SEK. 110 (LAIN-LAIN) / SEK. 132 / SEK. 133

Bagi tuntutan tolakan cukai di bawah Sek 110 (Lain-lain) / Sek. 132 / Sek. 133 berhubung pendapatan di ruang B1 / B2 / B3, sila rujuk keterangan berikut:

(i) Sek. 110 (Lain-lain)

Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 Buku Panduan Borang P. Amaun B dari Helaian Kerja HK-6.

Tolakan cukai Seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah Seksyen 107A ACP 1967

(ii) Sek. 132

Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang telah memeterai perjanjian pengelakan percukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia.

Rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang P untuk senarai negara-negara yang telah memeterai PPPDK dengan Malaysia. Gunakan Helaian Kerja HK-8A Buku Panduan Borang P.

(iii) Sek. 133

Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang tidak memeterai PPPDK dengan Malaysia.

Gunakan Helaian Kerja HK-9A Buku Panduan Borang P.

B4 TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(C)

Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat:

Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencarigali di bawah Jadual 4 ACP 1967.

Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan-tuntutan perbelanjaan telah dibuat.

Rujuk kepada perenggan 43(1)(C) dan perenggan 16 Jadual 4 ACP 1967 untuk membuat pengiraan pendapatan yang perlu diambil kira dalam menentukan pendapatan agregat.

Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

BAHAGIAN C : PERBELANJAAN / HADIAH / TUNTUTAN YANG BOLEH DIBAHAGIKAN

C1 Perbelanjaan mencari gali - Jadual 4 dan perenggan 44(1)(b)

Perbelanjaan yang ditanggung dalam mencari atau mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak, boleh dituntut sebagai potongan.

Page 8: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 7 -

C2 – C5 : DERMA DAN HADIAH

C2 Hadiah wang Kepada Kerajaan / Kerajaan Tempatan atau Institusi yang diluluskan

Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, mana-mana institusi atau organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Subseksyen 44(6) ACP 1967.

C3 Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara.

Subseksyen 44(6A) ACP 1967.

C4 Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan

Sumbangan wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah / institusi pendidikan tinggi.

Subseksyen 44(8) ACP 1967.

C5 Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri.

Subseksyen 44(11) ACP 1967.

BAHAGIAN D : PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA DAN POTONGAN DUA KALI

D1 – D11 Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 15 nota penerangan ini.

BAHAGIAN E : MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN

E1

Seksyen 107A

Jumlah kasar dibayar

Amaun kasar bahagian perkhidmatan kontrak yang dibuat kepada kontraktor bukan mastautin mengikut peruntukan seksyen 107A ACP 1967.

Jumlah cukai yang dipegang dan diremitkan kepada LHDNM:

10% atas jumlah kasar [perenggan 107A(1)(a) ACP 1967]

Tambah

3% atas jumlah kasar [perenggan 107A(1)(b) ACP 1967].

(Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada LHDNM hendaklah dipatuhi).

Page 9: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 8 -

E2 Seksyen 109 Jumlah kasar dibayar

Amaun kasar bayaran faedah atau royalti kepada seseorang bukan pemastautin.

Kadar cukai mengikut Bahagian II, Jadual 1, ACP 1967:

Faedah – 15% daripada amaun kasar

Royalti – 10% daripada amaun kasar

atau seperti ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK). Rujuk Lampiran F dalam Buku Panduan Borang P untuk senarai negara-negara yang telah memeterai PPPDK dengan Malaysia.

E3 Seksyen 109A Jumlah kasar dibayar

Amaun kasar bayaran saraan atau pendapatan lain berhubung perkhidmatan yang dijalankan atau diberikan di Malaysia oleh penghibur awam.

Kadar cukai mengikut Bahagian II, Jadual 1, ACP 1967:

15% daripada amaun kasar

E4 Seksyen 109B Jumlah kasar dibayar

Amaun kasar bayaran pendapatan kelas khas kepada seseorang bukan pemastautin – seksyen 4A ACP 1967.

Kadar cukai mengikut Bahagian V, Jadual 1, ACP 1967:

10% daripada amaun kasar

atau seperti ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK). Rujuk Lampiran F dalam Buku Panduan Borang P untuk senarai negara-negara yang telah memeterai PPPDK dengan Malaysia.Rujuk Lampiran F dalam Buku Panduan Borang P.

E5 Seksyen 109F Jumlah kasar dibayar

Jumlah kasar perolehan atau keuntungan diperoleh dari Malaysia di bawah perenggan 4(f) ACP 1967 yang dibayar kepada bukan pemastautin.

Kadar cukai ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967:

10% atas amaun kasar

BAHAGIAN F : MAKLUMAT PERKONGSIAN

F1 – F10 Isikan maklumat yang berkenaan dalam petak yang disediakan.

Page 10: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 9 -

BAHAGIAN G : MAKLUMAT AHLI KONGSI

G1 Ruang G1 adalah khusus untuk maklumat ahli kongsi utama.

(a) Isikan nama ahli kongsi utama.

(b) Negara di mana ahli kongsi tersebut bermastautin. Gunakan kod negara yang disediakan di muka surat 14 nota penerangan ini atau Lampiran E dalam Buku Panduan Borang P.

Contoh : Jika negara mastautin adalah Malaysia, isikan kod negara ’MY’.

(c) (i) Isikan no. pengenalan / pasport / pendaftaran perkongsian / syarikat dalam ruang yang berkenaan. Potong yang mana tidak berkaitan.

(ii) Isikan nombor cukai pendapatan, masukkan OG, SG, C atau sebagainya (yang mana berkenaan) dalam 2 petak pertama dan diikuti dengan no. cukai pendapatan di ruang yang disediakan.

Contoh : i) OG 03443217010 ii) C 01234567810

(d) Isikan maklumat jika berkenaan:

(i) Tarikh masuk perkongsian bagi ahli kongsi baru dalam tahun semasa.

(ii) Tarikh keluar perkongsian bagi ahli kongsi yang keluar perkongsian dalam tahun semasa.

Sekiranya ahli kongsi tersebut masuk dan keluar perkongsian beberapa kali dalam tahun yang sama, masukkan tarikh pertukaran yang terakhir.

(e) Isikan maklumat jika berkenaan:

(i) Isikan bahagian ahli kongsi mengikut cara pembahagian yang ditentukan oleh perkongsian.

Contoh: Ahli kongsi A menerima pembahagian pendapatan 2/3,

di mana 2 adalah bahagian ahli kongsi dan 3 adalah merupakan asas pembahagian perkongsian.

Isikan bahagian ahli kongsi A dalam ruang seperti di bawah:

(ii) Isikan nombor untuk jenis manfaat yang diterima oleh ahli kongsi dalam ruang yang disediakan.

Contoh: Ahli kongsi A menerima komisen dan manfaat kenderaan daripada perkongsian.

<>>>>>>>>>?

0 1 2 3 4 5 6 7 8 1 0 <>>>>>>>>>?

0 3 4 4 3 2 1 7 0 1 0

<?

C No. Cukai Pendapatan: OG/SG/TA/TC/TP/F/J/C/CS/D/TR/PT/TN

No. Cukai Pendapatan: OG/SG/TA/TC/TP/F/J/C/CS/D/TR/PT/TN

<?

M Y

<?

O G

(ii) ! !

1 3 !

(i) . 2 <>>_>?

Page 11: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 10 -

(f) Pendapatan berkanun / kerugian larasan (perniagaan utama sahaja)

Pendapatan berkanun perniagaan dikira seperti berikut:

Perniagaan (utama)

f (i) : (A) Pendapatan / Kerugian boleh dibahagi (Amaun dari A1 Borang CP30)

xxxxx

Tambah:

(B) Manfaat Ahli Kongsi (Amaun dari A12 Borang CP30) xxx

(C) Pendapatan larasan (Amaun dari A13 Borang CP30). Jika rugi larasan, masukkan “0” dan teruskan pengiraan di ruang D hingga I.

xxxxx

Tambah:

(D) Kenaan imbangan (Amaun dari A14 Borang CP30) xx

(E) Jumlah (C + D) xxxxx

Tolak:

(F) Elaun imbangan / Elaun modal (Amaun dari A15 Borang CP30, terhad kepada amaun di E)

xx

(G) Pendapatan berkanun (E – F) xxxxx

Jika layak menuntut Elaun Peningkatan Eksport Perkhidmatan Yang Layak, teruskan dengan pengiraan di bawah:

Tolak:

(H) Elaun Peningkatan Eksport Perkhidmatan Yang Layak (Amaun dari A16 Borang CP30)

xx

(I) Pendapatan berkanun selepas tolakan Elaun Peningkatan Eksport Perkhidmatan Yang Layak(G – H)

xxxxx

f (ii) : Jika amaun dari A13 Borang CP30 merupakan kerugian larasan, isikan amaun kerugian larasan di f (ii).

G2

G6

Isikan maklumat yang berkenaan bagi ahli kongsi kedua dan seterusnya seperti format di G1 dari ruang G2 hingga ruang G6 (jika ada).

Kemukakan lampiran tambahan jika bilangan ahli kongsi lebih daripada enam (6) orang.

BAHAGIAN H : MAKLUMAT KEWANGAN PERKONGSIAN

H1

Kod perniagaan Isi kod perniagaan (rujuk Lampiran G Buku Panduan Borang P) bagi perniagaan utama sahaja. Jika mempunyai lebih dari satu perniagaan utama, isi kod perniagaan yang mempunyai perolehan terbesar.

H1A Jenis aktiviti perniagaan

Nyatakan jenis aktiviti perniagaan berkenaan dalam petak yang disediakan.

H2 Jualan atau perolehan Pendapatan kasar termasuk pendapatan terakru daripada jualan, fi dan terimaan lain.

Page 12: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 11 -

H3 Stok awal Stok barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

H4 Belian dan kos pengeluaran

Jumlah belian kasar tolak diskaun dan rebat berkaitan dengan perniagaan utama.

Kos pengeluaran daripada Akaun Pengilangan.

H5 Stok akhir Stok barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

H6 Kos jualan Jumlah ( H3 campur H4 tolak H5 ). Isikan ‘0’ jika tiada.

H7 UNTUNG / RUGI KASAR

H2 tolak H6. Jika rugi, tandakan ’X’ dalam kotak yang disediakan.

H8 Perniagaan lain Pendapatan kasar perniagaan dari punca selain dari H1.

H9 –

H11

Dividen, Faedah dan diskaun, Sewa, royalti dan premium

Pendapatan kasar dari punca berkenaan.

H12 Pendapatan lain Jumlah semua pendapatan kasar dari punca bukan perniagaan yang tidak disenaraikan di atas.

H14 Faedah pinjaman Jumlah semua perbelanjaan faedah kecuali faedah sewa beli dan faedah pajakan.

H15 –

H22

PERBELANJAAN Amaun seperti di dalam Akaun Untung Rugi.

H22A Cukai Input yang tidak boleh dituntut daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Ini merujuk kepada amaun cukai input yang telah ditentusahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selepas pengauditan sebagai tidak layak dituntut daripadanya. Amaun cukai input yang telah ditentusahkan sebagai tidak layak dituntut ini boleh dibenarkan sebagai perbelanjaan di bawah ACP 1967.

Masukkan amaun / bahagian amaun cukai input tersebut yang berkaitan dengan perbelanjaan bagi tahun taksiran semasa.

H23 Perbelanjaan lain Amaun seperti di dalam Akaun Untung Rugi.

H25 UNTUNG / RUGI BERSIH

Untung atau Rugi Bersih seperti dalam Akaun Untung Rugi.

H26 Perbelanjaan yang tidak dibenarkan

Amaun F1 dari Helaian Kerja HK-1A atau HK-1F, Buku Panduan Borang P.

H27 –

H30

Aset Tetap

Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.

H32 Pelaburan Kos pelaburan dan simpanan tetap.

H33 –

H44

Aset Semasa Dan Liabiliti

Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira.

Page 13: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 12 -

H45

H49

EKUITI PERKONGSIAN

Baki seperti dalam Kunci Kira-Kira.

BAHAGIAN J : PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

J1 – J2

Pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan.

BAHAGIAN K : PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

K1 Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan aset atau ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

K2 Melaporkan pelupusan tersebut kepada LHDNM

Isikan ruang ini jika D9a = ‘1’ Isikan ‘1’ dalam petak jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ jika tidak. Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pelupus. Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my .

BAHAGIAN L : MAKLUMAT CP30

L1

L2

Ahli kongsi utama adalah bertanggungjawab mengisi Borang P serta mengeluarkan Borang CP30 kepada setiap ahli kongsi.

Jika L1 = 1 (Ya), nyatakan tarikh Borang CP30 asal dikeluarkan.

Sekiranya terdapat perubahan dalam pengagihan pendapatan perkongsian pada Borang P, ahli kongsi utama perlu mengeluarkan Borang CP30 (Pindaan) kepada setiap ahli kongsi.

Nyatakan pindaan tersebut bilangan yang keberapa dan tarikh ianya dikeluarkan.

AKUAN

Borang nyata yang tidak diperakui dan ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses. Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Tindakan di bawah perenggan 120(1)(d) akan diambil jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata kepada LHDNM.

MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

No. Kelulusan Ejen Cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP1967.

Bahagian ini perlu diisi, diperakui dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata ini.

Page 14: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 13 -

CP30 : PEMBAHAGIAN PENDAPATAN PERKONGSIAN

Ahli kongsi utama bertanggungjawab mengisi Borang P serta mengeluarkan Borang CP30 kepada setiap ahli kongsi. Borang CP30 perlu disediakan dalam tempoh yang ditetapkan bagi membolehkan ahli kongsi melaporkan pendapatan daripada perkongsian.

Sila ceraikan Borang CP30 yang dilampirkan bersama Borang P, dan gunakannya sebagai contoh untuk menyediakan Borang CP30 yang berasingan untuk setiap ahli kongsi.

Jika terdapat perubahan dalam pengagihan pendapatan perkongsian pada Borang P, ahli kongsi utama bertanggungjawab mengeluarkan Borang CP30 (Pindaan) kepada ahli kongsi untuk memaklumkan perubahan tersebut.

MAKLUMAT AHLI KONGSI

1

6

Isikan semua maklumat ahli kongsi di petak yang berkenaan seperti mana yang diisi di Bahagian G Borang P.

Bahagian dan Asas Pembahagian

Nyatakan bahagian ahli kongsi yang berkenaan dalam Borang CP30 masing-masing.

Contoh :

a) Ahli kongsi A menerima pembahagian pendapatan 2/3

Isikan bahagian / asas pembahagian ahli kongsi A dalam ruang seperti berikut:

Bahagian Asas Pembahagian

b) Ahli kongsi A menerima pembahagian pendapatan 25 %

Isikan bahagian / asas pembahagian ahli kongsi A dalam ruang seperti di bawah.

Bahagian Asas Pembahagian

Pembahagian Asal dan Pembahagian Pindaan

Sekiranya terdapat ahli kongsi yang masuk atau keluar dalam tahun semasa dan berlaku perubahan dalam pembahagian asal pendapatan, sila tandakan ’X’ di petak ‘Pembahagian Pindaan’.

Pindaan Ke -

Bahagian ini hanya perlu diisi jika terdapat pindaan kepada Borang CP30 asal yang telah dikeluarkan untuk tahun semasa.

BAHAGIAN A : PEMBAHAGIAN PENDAPATAN / KERUGIAN PERNIAGAAN

A1

– A21

Isikan maklumat yang berkenaan di petak yang disediakan.

Pendapatan / Kerugian boleh dibahagikan

Amaun dari ruang A2 Borang P x Bahagian

Asas Pembahagian

Contoh : RM 55,000 x 2 = RM 22,000 5

<>>>?

1 0 0

. 2 <>>_>?

<>>>?

3

. 2 5 <>>_>?

Page 15: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 14 -

Manfaat ahli kongsi

Ruang A2 hingga A11 yang mana berkenaan sahaja perlu diisi untuk ahli kongsi yang menikmati faedah / manfaat berkenaan.

BAHAGIAN B : PEMBAHAGIAN PENDAPATAN LAIN

B1

B4

Isikan maklumat yang berkenaan di petak yang disediakan.

Pengiraan bagi setiap ahli kongsi berhubung pendapatan lain yang boleh dibahagikan.

Contoh : Amaun dari ruang B1 Borang P x Bahagian

Asas Pembahagian

BAHAGIAN C : PEMBAHAGIAN PERBELANJAAN / HADIAH / TUNTUTAN

C1

C5

Pengiraan bagi setiap ahli kongsi berhubung perbelanjaan / hadiah / tuntutan dilakukan yang boleh dibahagikan.

Contoh : Amaun dari ruang C3 Borang P x Bahagian

Asas Pembahagian

BAHAGIAN D: PEMBAHAGIAN PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

D1

D2

Pengiraan bagi setiap ahli kongsi berhubung pendapatan tahun kebelakangan yang belum dilaporkan yang boleh dibahagikan.

Contoh : Amaun dari ruang J1 Borang P x Bahagian

Asas Pembahagian

KOD NEGARA

Sebahagian negara-negara yang dikenalpasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku Panduan Borang P untuk mendapatkan senarai lengkap.

Nama Negara Kod

Negara Nama Negara

Kod Negara

Nama Negara Kod

Negara

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of D.P.R. = Democratic People’s Republic of

Page 16: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 15 -

KOD TUNTUTAN

TUNTUTAN / PERBELANJAAN KHAS

Kod Tuntutan

101 Peralatan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian/penambahbaikan premis perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya

102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)

104 Perbelanjaan kebajikan

105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri

106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan

107 Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan tempatan serta negara-negara asing:

terhad RM200,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan dan warisan dari negara asing

terhad RM500,000 bagi keseluruhan perbelanjaan

110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik

114 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan teknologi maklumat

116 Sumbangan bagi membiayai perubatan atau rawatan penyakit serius

117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja

120 Pelaburan dalam syarikat modal teroka

121 Hadiah komputer peribadi baru dan fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja

122 Kos membangunkan laman jaring

137 Potongan bagi pelaburan dalam syarikat berstatus BioNexus

140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan pengambilan pekerja

141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja

142 Potongan bagi pelaburan dalam projek penyatuan pengurusan kebun kecil dan tanah terbiar yang diluluskan

144 Perbelanjaan pendaftaran cap dagangan dan paten

146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Kumpulan Wang PPS)

149 Potongan bagi perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan 1-InnoCERT

154 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan faedah dan kos sampingan dalam memperoleh pinjaman bagi projek terbengkalai

POTONGAN SELANJUTNYA

Kod Tuntutan

201 Premium insurans bagi pengimportan kargo

202 Penggajian bagi pekerja kurang upaya

204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo

205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu

208 Premium insurans bagi kredit eksport

212 Potongan bagi bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia

216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia

217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja

218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja

219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful

221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak

224 Potongan bagi kos yang berhubungan dengan latihan untuk pekerja bagi pelaksanaan Cukai Barang

dan Perkhidmatan

Page 17: Tambahan / Pindaan Muka - hasil.gov.my · Pendapatan perniagaan atau kerugian perniagaan yang boleh dibahagikan kepada ahli kongsi. Sekiranya rugi, cara mengisi ruang ini adalah seperti

Nota Penerangan Borang P 2016 Sistem Taksir Sendiri

- 16 -

POTONGAN DUA KALI Kod Tuntutan

301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan

302 Bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan, syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak.

306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional

317 Potongan bagi sumbangan tunai kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia