Tamadun Mesopotamiap4ccptan-ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2009/08/tamadun...  Web viewTerdapat pelbagai

  • View
    216

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Tamadun Mesopotamiap4ccptan-ppc.blogs.smjk.edu.my/files/2009/08/tamadun...  Web viewTerdapat...

Tamadun Mesopotamia

Tamadun terawal di dunia.

Perkataan Mesopotamia *berasal daripada perkataan Yunani. *bermaksud tanah di antara dua sungai.

Lokasi

Terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates

Dikelilingi Pergunungan Zagrus(bahagian timur laut), dataran tinggi Arab(barat daya),Teluk Parsi(selatan).

Kerangka Masa

Berkembang daripada petempatan Zaman Neolitik(7000-5000 S.M)

Berkembang menjadi pusat tamadun awal pada sekitar tahun 3500 S.M.

Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga membawa kepada keruntuhan kerajaan yang diasaskan oleh orang Mesopotamia.

Zaman

Kerangka Masa

Kerajaan Sumeria

3500-2340 S.M.

Kerajaan Akkad

2371-2006 S.M.

Kerajaan Ur

2113-2006 S.M.

Kerajaan Babylon

2000-1530 S.M.

Kerajaan Kassites

1530-1100 S.M.

Kerajaan Assyria

1100-626 S.M.

Kerajaan Chaldea

626-539 S.M.

Proses Pembentukan

Pembentukan Tamadun Mesopotamia

Bahagian utara bandar Baghdad Bahagian selatan bandar Baghdad (Assyria) (Babylon)

* meliputi kawasan pertengahan

* meliputi kawasan Sungai Tigris

Sungai Tigris hingga ke utara

dan Sungai Euphrates yang

termasuk Sungai Zab hampir bercantum

Akkad di utara Sumeria di Selatan

Orang Sumeria bukanlah peneroka awal sebab kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini.

Orang Sumeria berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai.

*Sumeria*

Perkataan Sumeria berasal daripada nama kuno yang merujuk kepada wilayah di selatan Iraq(Sumer)

Didiami oleh 3 kumpulan etnik:

-orang Sumeria

-orang Semitik

-orang yang tidak diketahui asal-usul keturunannya dan bilangan mereka kecil

Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia

Taman Tergantung Babylon

Satu daripada tujuh ciptaan manusia yang menakjubkan

Dibina pada zaman pemerintahan Raja Nebuchadnezzar(raja Chaldea)

Terdapat pelbagai jenis pokok bunga yang ditanam pada binaan bertingkat di bukit berteras

Tinggalan ukiran yang terdapat pada dinding Taman Tergantung Babylon

Negara Kota Mesopotamia

Keluasan sesebuah negara kota lebih kurang 1000 batu persegi

Kawasan utama : pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan

Kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang(lambang kekayaan sesebuah kota)

Di dalam kota : istana, rumah ibadat(pusat kota),rumah kediaman, rumah kedai, pasar dan kebanyakan jalan lurus & lebar

Setiap negara kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri

Kewujudan sungai dan kawasan tanah pamah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati, keldai

Sistem pemeirntahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi(pemerintahan oleh tuhan/wakil tuhan yang berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan)

Masyarakat Mesopotamia

Golongan Pemerintah Golongan Rakyat

-raja

-rakyat biasa ( petani, artisan,

-ketua pendeta pedagang )

-ketua tentera -hamba ( tawanan perang )

-orang bangsawan

*organisasi sosial yang wujud dalam tamadun Mesopotamia menjadikan kehidupan masyarakat negara kota lebih teratur.

Raja

Ketua pendeta, ketua tentera, orang bangsawan

Rakyat bebas ( petani, artisan, pedagang )

Hamba(tawanan perang)

Susun lapis masyarakat Mesopotamia

Raja

merupakan pemerintah

dianggap sebagai tuhan/wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai tuhan (kecuali zaman pemerintahan Raja Naramsin di Akkad)

ketua pentadbir, ketua pendeta, ketua tentera

berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di ziggurat dan menentukan bentuk pentadbirannya

berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan

dibantu eloh para pegawai yang kebanyakan terdiri daripada golongan bangsawan dan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.

Zigurat

Pusat ibadat

Pusat perdagangan

Pusat khazanah negara

Tangga utama menuju ke kuil yang terletak di puncak

Kedudukan zigurat di dalam Kota Ur

Sistem Tulisan

Bermula dalam bentuk tulisan bergambar

Berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat

Tulisan pada tanah liat itu berbentuk pepaku yang dikenali sebagai cuneiform

Sumbangan Mesopotamia

Kod Undang-undang Hammurabi

digubal pada zaman pemerintahan Raja Hammurabi

menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia

mengandungi kira-kira 282 undang-undang

berteraskan hak rakyat terhadap keadilan

hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi

berbeza mengikut susun lapis masyarakat

dipahat pada tembok dan tiang supaya rakyat dapat dibaca

mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi

dalam kehidupan masyarakat

Contoh undang-undang :

sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang

bangsawan lain,tulangnya akan dipatahkan juga.

sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat biasa,bangsawan ini akan didenda satu wang perak.

Penciptaan Roda

menghasilkan kereta kuda

membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian dan mengawal banjir

Cara membuat batu-bata daripada tanah liat

mencipta arca dan tiang batu

dapat dilihat dalam seni bina zigurat

Contoh:

Patung Raja Gudea

Sistem tulisan

membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan melahirkan jurutulis

kelahiran jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan

melahirkan tradisi kesusasteraan

Contoh: Epik Gilgamesh (hasil kesusasteraaan tertua di dunia)

I. mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia

II. menceritakan tentang pemerintahan,percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian

III. kisah tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh yang dikatakan memiliki sifat dua per tiga Tuhan, satu per tiga manusia, wajahnya yang tampan, susuk badan yang sasa, memiliki kekuatan dan keberanian,

memerintah dan memberi perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk

Ilmu Astronomi

penerpan terhadap pergerakan bulan,bintang dan matahari

membawa kepada perkembangan ilmu matematik dan ilmu geometri

membolehkan menggunakan jalan laut

mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun

Ilmu Perubatan

mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini mementingkan kesihatan anggota tenteranya

sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan dikatelogkan dan disampelkan penggunaannya

pembentukan sebuah sistem pemerintahan dan sebuah masyarakat yang berestika

berjaya mewujudkan empayar pertama di dunia

-perintis pembentukan empayar

-menjadi ikutan pemerintah lain

Contoh:Firaun Tutmose III