TAMADUN MESOPOTAMIA

Embed Size (px)

Citation preview

PowerPoint Presentation

TAMADUN MESOPOTAMIAAMIRAH AINAHADIB JAZMINENUR FARIZA ZAHIRAHNUR ALAA NASUHAMIMI SYAFIQAHNAJWASAIYIDAH HANISAHADLEENASEJARAH TAMADUN MESOPOTAMIApetempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000 SM-5000 SM. Pada sekitar tahun 3500 SM, wilayah ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. Kedudukannya yang strategik menggalakkan pembentukan banyak kerajaan. Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 SM yang menjadikan orang-orang Sumeria adalah pengasas bagi tamadun ini.Kerajaan ini berakhir dengan Chaldea yang jatuh pada 539 SM. Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia dan membawanya kepada keruntuhan kerajaan Mesopotamia. Tamadun Mesopatamia dapat dibahagikan kepada 7 zaman pemerintahan yang penting iaitu:Sumeria 3500 2340 SMAkkadia 2371 2006SMUr ke-3 2113 2006 SMIsin dan Larsa 2017 1763 SMBabylon 1894 1530 SMKassites (Zaman Gelap) 1530 1100 SMAssyria 1100 626 SMChaldea 626 539 SM

LOKASIMesopotamia merupakan tamadun terawal yang lahir di dunia lahir di wilayah yang kini terletak di Iraq, timur Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran. Mesopotamia (dari bahasa Yunani bererti antara dua sungai) merupakan kawasan muka bumi yang terletak antara sungai Tigris dan Euphrates, sebahagian besarnya termasuk dalam yang kini Iraq moden. and western part of Iran. Jelasnya, tamadun ini terletak di antara sungai Tigris dan Sungai Furat (Euphrates) yang dalam bahasa Arab, tamadun ini turut dikenali sebagai (Bayn Nahrain: antara dua sungai). Wilayah Mesopotamia yang seluas 130 000 batu persegi dikelilingi pergunungan Zargos di bahagian timur laut dan dataran tinggi Arab di barat daya. Ia menganjur dari Teluk Parsi di tenggara hingga ke pergunungan Taurus di Turki hinggalah ke Teluk Parsi. Sumer di selatan Mesopotamia biasanya dikenali sebagai Buaian Tamadun (Cradle of civilization). Bandar di Mesopotamia kemudian dijadikan ibu kota Akkad, Babylonia, Assyria, Mitanni, Assyrian-Baru, Babylonia-Baru, Parthia, Sassanid dan empayar Abbasid. Pada masa yang lain, kawasan ini diperintah oleh kuasa asing, terutamanya Empayar Achaemenid, Macedonia/Seleucid, Rashidun, Umayyad, Ottoman dan British empires.Mesopotamia terletak di antara dua sungai besar, Eufrat dan Tigris. Daerah yang kini menjadi Republik Irak itu di zaman dahulu disebut Mesopotamia, yang dalam bahasa Yunani berarti (daerah) di antara sungai-sungai. Nama Mesopotamia sudah digunakan oleh para penulis Yunani dan Latin kuno, seperti Polybius (abad 2 SM) dan Strabo (60 SM-20 M).

Menurut keyakinan Kristen dan Yahudi seperti dalam Perjanjian Lama, ada usaha menghubungkan keluarga Abraham (yang lalu disebut Bapa Orang Beriman dan diakui oleh tiga agama monoteistik dunia, Islam, Kristen, dan Yahudi ) dengan Mesopotamia. Dalam kitab Kejadian 11,31 dikatakan, pada suatu masa keluarga Abraham berpindah dari Ur- Kasdim ke Haran sebelum akhirnya berpindah ke Kanaan (Daerah Israel dan Palestina sekarang).

Lokasi Ur-Kasdim biasanya dirujuk pada Tell el-Muqayyar, situs bekas reruntuhan Kota Ur kuno dari periode Sumeria. Tapi, banyak ahli masih meragukan usulan ini. Sedangkan Haran terletak di bagian utara Mesopotamia, di tepi Sungai Eufrat.

PERKEMBANGAN AKTIVITIDalam Tamadun Mesopotamia, orang Sumeria menjalankan pertanian di sekitar Sungai Tigris dan Sungai Eupharates. Masyarakat Sumeria telah menanam pelbagai jenis tanaman iaitu bijirin dan sayuran. Antara tanaman bijirin utama ialahgandum, jagung, barli, sekoi, dan kurma manakala jenis sayuran pula seperti daun salad, bunga bawang, bawang putih, kunyit, ubi, sengkuang, lobak, dan lobak putih. Tamadun Mesopotamia ini diperintah oleh golongan raja. Oleh itu, secara tidak langsung sistem ekonominya bercirikan ekonomi berbentuk feudal. Tanah-tanah pertanian yang diusahakan oleh masyarakatnya telah diagih-agihkan mengikut struktur organisasi ekonomi yang berbentuk piramid.Binatang ternakan yang diternak ialah seperti kambing biri-biri, kerbau, lembu dan keldai. Aktiviti penangkapan ikan juga dijalankan dengan menggunakan kail dan jalaTamadun Mesopotamia misalnya telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara di sekitarnya seperti India, Mesir, dan negeri-negeri Mediterranean terutamanya yang berkaitan dengan logam, batu, bedak wangi, dan balak dari utara dan barat. Begitu juga dengan industri pengeluaran tekstil telah menjadi sangat penting terutamanya apabila kegiatan penenunan secara besar-besaran telah diusahakan oleh bengkel-bengkel yang menjadi milik organisasi besar seperti rumah berhala dan istana. Barangan eksport Mesopotamia terdiri daripada kain, barang kemas, dan senjata manakala perdagangan bulu dan kulit binatang pula menjadi pendapatan sampingan kepada masyarakat tamadun ini. Kepentingan dan keperluan perdagangan dibuktikan dengan adanya undang-undang tentang pertanian dalam Kod Undang-Undang Hamurabbi. Oleh itu,Raja berperanan penting menjaga pertanian supaya menghasilkan hasil pertanian yang banyak dan berkualiti.

Fertile CrescentTamadun Mesopotamia terletak di antara aliran Sungai Euphrates & Sungai Tigris. Daerah di sekitar kedua sungai itu tanahnya subur & berbentuk melengkung seperti bulan sabit sehingga sejarawan dari Amerika Syarikat iaitu Breasted menamakannya sebagai Fertile Crescent.Fertile Crescent merupakan tempat kelahiran sumber pertanian, penulisan, penukaran, sains, sejarah dan agama berorganisasi.Sargon of Akkad menguasai Tamadun Mesopotamia dengan membina pelbagai bangunan menarik, kerja kesenian dan penulisan agama(Enheduanna)Bablon pula telah menguasai Fertile Crescent dengan mengetengahkan undang-undang(Kod Undang-undang Hammurabi) penulisan,agama,sains dan matematik.

Ziggurat

Ziggurat Ziggurat dikenali sebagai dibangun di daerah yang tinggi merupakan monumen besar yang dibangun di lembah Mesopotamia dan dataran tinggi Iran bahagian barat.Ziggurat berbentuk piramid yang tersusun atas kisah atau tangga yang menaik. Terdapat 32 ziggurat di dan dekat Mesopotamia yang diketahui. 28 terletak di Irak, dan 4 ada di Iran. Ziggurat yang terkenal termasuk Ziggurat Besar Ur dekat An-Nashiriyah, Irak; Ziggurat Aqar Quf dekat Baghdad, Irak; Chogha Zanbil di Khzestn, Iran; Tappeh Sialk dekat Kashan, Iran, yang paling akhir ditemukan; dan lain-lain.Penduduk Mesopotamia mengatakan ziggurat bukan tempat untuk upacara menyembah tuhan mereka. Mereka percaya ziggurat tempat untuk tuhan-tuhan mereka mendekatkan diri dengan manusia dan setiap daerah mempunai tuhan masing-masing.Hanya paderi sahaja dibenarkan masuk ke dalam ziggurat dan ia merupakan tanggungjawab mereka untuk menjaga tuhan-tuhan dan memenuhi keperluan tuhan. Kesannya, paderi-paderi pada ketika itu sangat berkuasa dan mempunyai banyak pengaruh.

Pelan kedudukan ziggurat di dalam kota Ur

BABYLONIAN

Babylon adalah negara-kota bagi Mesopotamia kuno, dan tinggalannya kini ditemui di Al Hillah, Wilayah Babil, Iraq, lebih kurang 85 kilometer selatan Baghdad.

Pada hari ini, hanya terdapat longgokan dan timbunan tanah serta kesan runtuhan bangunan dan batu-bata di tanah subur Mesopotamia di antara Sungai Tigris dan Sungai Furat di Iraq. Sumber sejarah memberitahu kita Babylon pada asalnya sebuah kota kecil yang mula bertapak pada permulaan milenium ketiga SM (bibit mulanya dinasti-dinasti). Kota ini mula menyinar dan menjadi penting dengan kebangkitan Dinasti pertama Babylon. Ia adalah sebuah kota suci rakyat Babylon dan lebing kurang tahun 2300 SM menjadi pusat bagi Empayar Baru Babylon dari tahun 612 SM. Taman Tergantung Babylon merupakan satu dari Tujuh Keajaiban Dunia.

Perkataan Babylon adalah berasal dari bahasa Akkadia "Babilu" yang bermaksud "pintu masuk Dewa". Dalam al-Quran dan Kitab Bible, nama ini disebut sebagai Babil atau Babel. Dalam Kitab Kejadian 11:9, ia bermakna "kekeliruan" (tentang bahasa) dari kata kerja "balbal" iaitu untuk "mengelirukan".TULISAN CUNEIFORMTulisan pepaku, tulisan baji atau kuneiform merupakan antara sistem tulisan terawal yang diketahui dalam sejarah. Ia dikenali dengan aksara-aksara berupa baji yang ditulis dengan gedabung tumpul di atas batu bersurat daripada tanah liat. Istilah "kuneiform" bermaksud "bentuk baji" daripada bahasa Latin iaitu cuneus "baji" dan forma "bentuk", dan mungkin dilariskan dari cuniforme dalam bahasa Perancis Lama.

Tulisan pepaku mula-mula tercipta di Sumer pada akhir alaf keempat SM (iaitu zaman Uruk IV) sebagai suatu sistem piktograf. Pada alaf ketiga SM, aksara-aksara perlambangannya menjadi dipermudah dan lebih mujarad dengan berkurangannya bilangan aksara dari kira-kira 1,000 pada awal Zaman Gangsa ke sekitar 400 pada lewat Zaman Gangsa (pepaku Het). Tulisan pepaku terdiri daripada gabungan lambang-lambang logofonetik (perlambangan campur sebutan), huruf konsonan dan suku kata.

Tulisan Sumer yang asal ini bukan hanya disesuaikan untuk penulisan bahasa-bahasa Akkadia, Ebla, Elam, Hatti, Het, Hurri, Luwi, dan Urartu, bahkan juga mengilhami abjad-abjad Ugarit dan Parsi Lama. Tulisan pepaku beransur-ansur digantikan oleh abjad Phoenicia sewaktu Empayar Neo-Assyria. Menjelang abad ke-2 M, tulisan pepaku sudah pupus, maka hilanglah segala pengetahuan tentang pembacaan dan penulisannya sehingga ia ditafsir pada abad ke-19.

Dianggarkan dari setengah juta hingga dua juta keping batu bersurat pepaku telah ditemui pada zaman moden. Daripada itu, hanya kira-kira 30,000[3] ke 100,000 keping telah ditafsir atau diterbitkan. Muzium British menyimpan koleksi terbesar iaitu kira-kira 130,000 keping, diekori oleh Muzium Timur Dekat Berlin, Louvre di Paris, Muzium Arkeologi Istanbul, Muzium Kebangsaan Iraq, Koleksi Babylon Yale (kira-kira 40,000) dan Muzium Penn. Kebanyakannya telah "terbiar dalam koleksi-koleksi ini selama seabad tanpa diterjemah, dikaji atau diterbitkan," kerana di dunia ini hanya ada beberapa ratus orang pentafsir pepaku yang berkelayakan

HUBUNGAN AGAMA DAN BUDAYA DENGAN TAMADUN

HUBUNGAN BANGSA DENGAN TAMADUN MESOPOTAMIA KEMUNCULAN BANGSA-BANGSAMesopotamia bermaksud tanah di antara dua aliran sungai. Tanahnya sangat subur kerana sering dilanda banjir. dan kesuburan inilah yang menarik perhatian suku-suku bangsa di kalangan pengembara.Di daerah padang pasir sebelah baratnya, atau penghuni gua-gua di bagian timur. Suku bangsa itulah yang kemudian dikenal sebagai bangsa Sumeria.Bangsa Sumeria memberikan sumbangan yang besar kepada Tamadun Mesopotamia, namun begitu wujud bangsa-banga lain beberapa tahun kemudian seperti bangsa Akkad, Babylonia, Assyria dan Persia. KRONOLOGI RINGKAS DIASASKAN3000 SM2350 SM1900 SMBANGSA UBAIDBANGSA AKKADBANGSA SUMERIABANGSA BABILONIA BANGSA UBAIDMerupakan bangsa pertama yang telah tinggal di Mesopotamia selama bertahun-tahun. Bangsa ini meneruskan hidup sebagai petani dengan menanam biji-bijian, memanfaatkan air sungai sebagai sumber utama pertanian.BANGSA SUMERIABangsa Sumeria menyara hidup dengan meneruskan aktiviti pertanian bangsa sebelumnya. Namun, mereka telah merperbaharui beberapa sistem agar penanaman boleh terus dijalankan pada musim kemarau.Antara kota terawal yang didiami ialah Ur dan Sumer.Bangsa ini memberi sumbangan besar kepada tulisan Cuneiform. Mereka telah mengenal abjad yang berupa huruf paku.

Mereka mengasaskan kalendar untuk mengetahui putaran waktu dan musim agar aktiviti pertanian terus berjalan. Membahagikan masa kepada jam, minit dan saat.Bangsa ini mengasaskan amalan kepercayaan dengan memuja dewa-dewa yang menguasai alam, seperti Dewa Anu (Dewa Langit), Dewa Enlil (Dewa Bumi), dan Dewa Ea (Dewa Air). Peninggalan bangsa Sumeria berupa lukisan - lukisan para penguasa seperti yang terlukis dalam peta, kuil-kuil.Tradisi kesusasteraan Epik Gilgamesh, kisah Falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia.

BANGSA AKKAD Memasuki tahun 2800 SM, Mesopotamia dikuasai oleh bangsa Akkadia, setelah berhasil mengalahkan bangsa Sumeria. Pemimpin bangsa Akkadia adalah raja Sargon. Memilih Agade sebagai ibu kotanya. Bangsa Akkad memuja banyak dewa, dan juga memiliki cerita-cerita dongeng tentang kepahlawanan, seperti cerita tentang Adopa, Etana, dan Gilgamesh.BANGSA BABYLONIAKerajaan Babilonia didirikan oleh bangsa Amorit yang disebut juga Babilonia. Kata Babilonia berasal dari kata babilu yang berarti gerbang menuju Tuhan. Babilon menjadi pemerintahan (ibukota), perdagangan dan keagamaan. Raja Babilonia yang terbesar adalah Hammurabi (1948-1905 SM). Raja Hammurabi terkenal sebagai pembuat Undang-undang.Bangsa ini telah tumbang dan diambil alih bangsa Assyria. Namun begitu, tampilnya suku bangsa Khaldea mengangkat kembali keperkasaan Babilonia pada 1200SM.Wilayah dibahagikan kepada beberapa daerah dan ditadbir oleh gabenor.Membangunkan kembali kota Babilon dan menjadikan kota tersebut sebagai ibu kota sehingga disebut Babilonia Baru. Ada dua perkara yang menarik di kota Babilonia iaitu menara Babel dan taman gantung.

KESIMPULAN 3 ELEMEN UTAMA YANG PALING PENTING DALAM MEMBINA TAMADUNPerkembangan Perdagangan dan Pertembungan BudayaKesan dari perkembangan kegiatan pertanian berlaku lebihan pengeluaran hasil pertanian. Hasil-hasil pertanian mula di perdagangkan ke tempat-tempat lain. Perkembangan aktiviti perdagangan membawa kepada perkembangan petempatan-petempatan tamadun awal.Penguasaaan Kemahiran dan TeknologiPerkembangan kemahiran dalam menenun kain, membuat tembikar, membina rumah, pembuatan alat-alat logam dan penciptaan baru membawa kewujudan petempatan-petempatan dalam tamadun awal.

Keadaan Fizikal Muka BumiKebanyakan kawasan petempatan tamadun awal manusia terdapat di dataran-dataran lanar, tanah pamah dan lembah-lembah sungai.

Faktor lokasi yang merujuk kepada kesesuaian faktor geografi telah dilihatmenggalakkan kemunculan tamadun.Ajaran agama yang mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilaikehidupan yang murni serta membentuk kehidupan bertamadun.Faktor ekonomi yang stabil mengukuhkan lagi kekuatan tamadun Mesopotamia.Kehidupan berorganisasi yang diamalkan menyebabkan sistem pentadbiranmenjadi lebih sistematik.Interaksi yang berlaku antara tamadun mengukuhkan lagi hubungan diplomatikantara dua pihak.Faktor Kekuatan:

Faktor Kejatuhan:

Raja Nabonidus (Chaldean) yang berpegang teguh kepada kehidupan dan kepercayaan kaum Assyrian sehingga meletakkan Tuhan Bulan, Sin lebih utama daripada Tuhan nya, Marduk. Pihak paderi memberontak, dan menggalakkan kedatangan Parsi dalam bandar. Sikap tidak menerima perubahan, dari segi teknologi ataupun perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial menjadi punca kejatuhan sesebuah tamadun.Penjajahan yang belaku di Mesopotamia antara punca kehancuran tamadun tersebut.

REFLEKSISecara keseluruhannya, untuk mendapatkan ilmu kita mestilah rajin membuat kajian.Sesebuah organisasi tidak akan dapat bertahan selagi tiada kerjasama antara ahli organisasi tersebut.Komunikasi antara dua pihak penting dalam mewujudkan persefahaman antara satu sama lain.Kemajuan sesebuah tamadun dapat dicapai jika pemimpin memainkan peranan dan tanggungjawab dengan sempurna.Teknologi juga sangat penting untuk memajukan sesebuah tamadun.