21
PENDAHULUAN Menurut Kamus Dewan Edisi 1989 halaman 1274, Tamadun bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dll) yang tinggi peradaban. 2. Negara dan penduduknya yang telah mencapai kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dll ) yang tinggi. 3. Budaya, cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban. 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral ) yang halus, peradaban. Ringkasnya Tamadun ialah perkembangan kemajuan yang lebih baik termasuk dari segi fizikal dan spiritual. Manakala Tamadun Islam pula ialah perkembangan ke arah yang lebih baik dari segi fizikal dan spiritual yang bersumberkan wahyu iaitu Al Quran dan Al Hadis (al Sunnah) yang ditegakkan oleh orang-orang Islam yang terdiri dari berbagai bangsa dan keturunan. Namun begitu tidak bermakna mereka yang bukan Islam tiada sumbangan terhadap ketamadunan Islam. Mereka turut menyumbang dalam menterjemah buku-buku dari tamadun-tamadun sebelum Islam ke dalam bahasa Arab serta sumbangan lain yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam.Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya di dunia ini, termasuklah lain-lain makhluk ciptaanNya. Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting iaitu memelihara keselamatan agama, memelihara nyawa 1

tamadun islam noty.doc

Embed Size (px)

Citation preview

PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Edisi 1989 halaman 1274, Tamadun bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dll) yang tinggi peradaban.

2. Negara dan penduduknya yang telah mencapai kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dll ) yang tinggi.

3. Budaya, cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban.

4. keadaan pemikiran (budaya dan moral ) yang halus, peradaban.Ringkasnya Tamadun ialah perkembangan kemajuan yang lebih baik termasuk dari segi fizikal dan spiritual. Manakala Tamadun Islam pula ialah perkembangan ke arah yang lebih baik dari segi fizikal dan spiritual yang bersumberkan wahyu iaitu Al Quran dan Al Hadis (al Sunnah) yang ditegakkan oleh orang-orang Islam yang terdiri dari berbagai bangsa dan keturunan. Namun begitu tidak bermakna mereka yang bukan Islam tiada sumbangan terhadap ketamadunan Islam. Mereka turut menyumbang dalam menterjemah buku-buku dari tamadun-tamadun sebelum Islam ke dalam bahasa Arab serta sumbangan lain yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam.Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya di dunia ini, termasuklah lain-lain makhluk ciptaanNya. Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting iaitu memelihara keselamatan agama, memelihara nyawa atau jiwa, memelihara keselamatan akal, memelihara maruah atau keturunan dan memelihara harta benda.1.Memelihara Keselamatan Agama

Islam menjamin suasana selesa bagi memupuk keharmonian hidup beragama dalam sesebuah masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk tidak asing bagi Islam. Firman Allah S.W.T ((((((((((( (((((((( ((((( (((((((((((( (((( (((((( ((((((((( ((((((((((((((( (((((((( (((((((((((( ((((((((((((((( (

Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak semoga kamu dapat kenal mengenali antara satu sama lain: (Al-Hujurat, ayat 13)(((((( ((((((((((( (((((( ((((((((((((( (((((((((( ((((((((((((( (((((((((((((( ((((((((((((((( ( (((( ((( ((((((( ((((((( ((((((((((((((( (((( Dan di antara tanda-tandaNya ialah kejadian penciptaan langit dan bumi dan kepelbagaian bahasa dan warna kulit di kalangan kamu, sesungguhnya ia adalah menjadi bukti bagi mereka yang berilmu ( surah Ar-Rum ayat 22)Islam juga mengakui kewujudan pelbagai agama selain daripada Islam seperti yang ternyata di dalam Al-Quran yang bermaksud:

(((((( (((((( (((((( (((((( ((( ((( (((((((( (((((((( (((((((( ( ((((((((( (((((((( (((((((( (((((( (((((((((( ((((((((((( ((((

Dan jika dikehendaki Tuhanmu, tentu beriman semua manusia yang ada di bumi; lantaran itu patutkah engkau (Muhammad) hendak paksa manusia sampai mereka menjadi mukmin (beriman).( Surah Yunus ayat 99)(((((( (((((( (((( (((((((((((( (((((( ((((((((( (((((((( (((((( ((( (((((((( ((((((((( ((( (((((((( ( (((((((((((((( ((((( ((((((( ((((((((((( ((((

Dan kalau Allah mahu, nescaya Ia jadikan kamu (semua) satu umat, tetapi ia sesatkan siapa yang ia kehendaki dan Ia pimpin siapa yang Ia kehendaki; dan kamu akan ditanya darihal sesuatu yang kamu telah kerjakan: (Surah al-Nahl, ayat 93)(( ((((((((( ((( ((((((((( (Tidak ada paksaan pada agama. (Surah al-Baqarah ayat 256)

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa dalam soal fahaman dan anutan agama seseorang tidak boleh memaksa seseorang untuk mengikuti fahaman agamanya. Islam memberi kebebasan untuk memilih agama yang diyakini. Orang bukan Islam bebas menganut agama yang mereka yakini dan bebas mengamalkannya. Islam mengiktiraf kemampuan manusia berbanding dengan makhluk lain untuk menggunakan akalnya dengan memberikan kebebasan untuk membeza dan memilih mana satu yang benar dan mana satu yang salah. Islam juga memberi seluas-luasnya ruang kepada kekuatan intelek untuk melakukan penelitian dengan hujah-hujah ilmiah untuk mencapai kebenaran. Ini membuktikan Islam memberi peluang kepada masyarakat pelbagai bangsa dan agama bukan sekadar berinteraksi dalam urusan harian, malah dalam perbincangan tentang keilmuan serta soal kepercayaan dan akidah.

Islam menyediakan cara hidup bermasyarakat berbilang kaum dan agama. Prinsip toleransi beragama, kebebasan beragama, sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain yang berlainan anutan agama adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib dilaksanakan. Sekiranya semua pihak yang berlainan agama ini benar-benar memahami agamanya tentu mereka akan mengamalkan ajaran agamanya dengan sebaik-baiknya. Dalam waktu yang sama Islam menggalakkan dan sentiasa memberi ruang dan kesempatan untuk semua pihak yang berbeza agama ini berinteraksi bagi berbincang tentang fahaman masing-masing yang tidak bertentangan dengan prinsip agama masing-masing supaya lahir suasana yang harmoni dan saling hormat-menghormati. Kesimpulannya setiap penganut agama mestilah memahami dengan sebaik-baiknya ajaran agama yang dianutinya dan beramal dengannya. Ini jelas menunjukkan betapa Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk kerana Islam sentiasa menekankan kepentingan mendalami ilmu agama dan mengamalkannya demi menjamin keharmonian masyarakat di samping kesucian agama yang akan tetap terpelihara.

Islam mengakui wujudnya agama lain namun begitu ini tidak bermakna Islam mengakui kebenaran agama-agama tersebut. Di dalam Islam tidak ada kompromi dalam soal akidah namun dalam soal-soal lain Islam menggalakkan umatnya berinteraksi dengan kelompok-kelompok berlainan agama.

Salah satu daripada fitrah semula jadi manusia ialah memikirkan hal-hal ghaib, alam roh dan alam ketuhanan. Sejak kelahiran Adam a.s hingga hari ini, beribu agama kalau tidak berjuta telah menjelma di dunia ini. Sama ada agama yang hak iaitu wahyu daripada Allah S.W.T yang berakhir dengan Islam atau agama yang batil iaitu ciptaan manusia yang menyembah sesuatu yang lain daripada-Nya.Oleh kerana fitrah semula jadi manusia itu yang sentiasa hendak beragama, maka Allah S.W.T telah memberikan kebebasan beragama. Soal penganutan agama-agama adalah menjadi hak asasi manusia. Antara satu sama lain tidak boleh memaksa atau menggunakan kekerasan untuk mempercayai apa yang dianutinya. Satu ungkapan pendek tetapi penuh bererti telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran, terjemahannya: Oleh kerana kesejahteraan masyarakat manusia ditentukan oleh setiap anggota masyarakat itu sendiri, maka untuk tujuan mewujudkan suatu masyarakat yang adil, aman dan sejahtera, setiap individu dikehendaki mematuhi dan beribadat serta menyerah diri kepada Allah S.W.T yang maha Esa dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.Lebih-lebih lagi secara pasti segala suruhan-Nya seratus peratus untuk kebaikan dan kebajikan manusia sejagat. Sebaliknya meninggalkan segala larangan-Nya juga untuk memelihara keselamatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan, harta benda, hak dan kebebasan. Jesteru itu prinsip utama tamadun Islam ialah untuk memelihara keselamatan agama seperti pencegahan berlakunya penyelewengan ajaran Islam contohnya ialah ajaran sesat dan budaya murtad. Isu murtad telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan dalam negara kita sejak akhir-akhir ini. Ini kerana terjadinya gejala murtad para penganut Islam. Mendirikan solat lima waktu adalah para mukmin yang menjaga agamanya2. MEMELIHARA NYAWA

Tamadun Islam juga berprinsipkan untuk menjamin keselamatan setiap nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain. Sebab itulah tamadun Islam melarang pembunuhan sama ada diri sendiri atau diri orang lain. Sebaliknya pemeliharaan diri setiap manusia daripada mara bahaya sentiasa digalakkan oleh tamadun Islam daripada sebarang tindakan yang boleh mencederakan fizikal orang lain. Allah S.W.T menerangkan hal ini dalam ayat, terjemahannya:(((( (((((((((((( ((((((((((( ( (((( (((( ((((( (((((( (((((((( ((((Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri, Sesungguhnya Tuhan itu penyayang padamu. ( surah an-Nisa ayat 29) Larangan membunuh telah diperketatkan lagi dengan memberi peringatan yang memberi kesan yang mendalam kepada diri dan psikologi setiap insan. Al-Quran telah terlebih dahulu memberikan gambaran yang buruk terhadap perbuatan membunuh dengan memaparkan kesan daripada jenayah ituIa bukan sahaja bererti membunuh seorang manusia, tetapi bererti membunuh seluruh makhluk manusia. Dalam erti kata seorang ialah sebahagian daripada makhluk manusia. Makhluk manusia itu ialah satu dalam erti kata perpaduan, kesatuan dan kerjasama antara satu sama lain.

Mereka saling perlu-memerlukan untuk menyempurnakan perjalanan dan kelicinan hidup masyarakat manusia. Sebab itulah membunuh walaupun diri sendiri melambangkan pembunuhan makhluk manusia pada keseluruhannya. Hal ini disebabkan, ia telah mengurangkan satu anggota masyarakat. Larangan ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat((( (((((( ((((((( (((((((( (((((( (((( ((((((( ((( (((((((( ((((((((((( (((((( (((((((( (((((((( (((((( (((((((((( (((((((((((( ((((((( (((((((( (((((((( ( Ertinya :Barang siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka ertinya orang itu talah membunuh manusia seluruhnya.( surah Al- Maidah ayat 32 ) Islam mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan nyawa. Merokok dan menyalahguna dadah adalah dilarang kerana ia merosakkan kesihatan dan membahayakan nyawa. Merokok akan merosakkan paru-paru dan hati perokok serta orang-orang yang terhidu asap rokok. Paru-paru dan hati yang rosak boleh menyebabkan kematian. Penyalahgunaan dadah akan merosakkan seluruh sistem saraf dan boleh menyebabkan kematian. Membunuh tanpa sebab merupakan dosa besar.

Merokok mendatang pelbagai penyakit kepada diri sendiri dan membazirkan wangMembunuh diri juga merupakan dosa besar dan akan ditimpa azab di akhirat nanti. Perselisihan, perbalahan atau pergaduhan sangat dilarang kerana ia akan merosakkan keharmonian dan mungkin menyebabkan pembunuhan dan kehilangan nyawa. Justeru itu Islam amat menekankan cara hidup yang harmoni.

Sebagai contoh keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia ialah hasil peranan Islam sebagai unsur terpenting kerana orang Melayu yang majoritinya beragama Islam, mempunyai kekuatan rohani dan intelek yang membolehkan mereka membina kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dengan sesiapa sahaja termasuk orang asing. Budaya yang berlandaskan Islam telah membentuk ciri-ciri kelembutan, mudah bersahabat, empati dan bertimbangrasa serta bertolak ansur. Ini menjamin keamanan dan mengelakkan perbalahan dan peperangan. Keharmonian dan keamanan menjamin nyawa terpeliharaIslam juga bersifat anjal. Islam mewajibkan umatnya berusaha untuk mempertahankan nyawa. Sekiranya sesuatu perkara atau perbuatan itu boleh menyelamatkan nyawa, walau pada awalnya hukumnya haram ia boleh dilakukan. Contohnya dalam bidang perubatan, ubat berbentuk cecair yang digunakan untuk merawat penyakit jantung adalah diambil dari babi yang kita sedia maklum akan hukum haramnya, namun jika ia dapat menyelamatkan nyawa pesakit ia adalah dibenarkan. Ia pastinya bersesuaian dan mudah diterima di kalangan masyarakat majmuk.

Islam mengharamkan pembunuhan3. Memelihara Keselamatan Akal Oleh kerana mulia dan tingginya darjat akal yang membezakan manusia daripada haiwan, maka tamadun Islam berusaha untuk memelihara keselamatan, kewarasan dan kesejahteraannya. Sebab itulah tamadun Islam telah mengharamkan minuman keras kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kewarasan fikiran. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :

((((((((((( ((((((((( ((((((((((( ((((((( (((((((((( (((((((((((((( (((((((((((( ((((((((((((( (((((( ((((( (((((( (((((((((((( ((((((((((((((( (((((((((( ((((((((((( ((((

Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya minuman arak, berjudi, (berkorban) untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu, agar kamu mendapat keberuntungan. ( Surah al-Maidah ayat 90)

Struktur otak manusia Makhluk yang berakal

Perkara-perkara yang menyentuh tentang cara serta makanan dan minuman yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan akal fikiran juga diajarkan dalam Islam. Di dalam Al Quran ada dinyatakan tentang kebaikan pengambilan madu lebah sebagai ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Menjaga kesihatan menjadi kewajipan umat Islam. Adab makan juga diajarkan di dalam Islam. Contohnya sebelum makan mestilah mencuci tangan supaya kekotoran pada tangan dapat dibersihkan. Islam juga mengesyurkan memegang makanan menggunakan tangan kanan kerana tangan kanan mengandungi kimia yang membantu penghazaman makanan. Makanan yang mudah hazam menjamin kesihatan tubuh badan seterusnya menyihatkan fikiran dan akal. Tubuh badan yang sihat akan menjamin akal yang sihat ke arah membina negara dan menegakkan agama.

Makanan yang dimakan atau minuman yang diminum hendaklah yang halal yang terhasil dari usaha yang halal kerana makanan dan minuman ini akan menjadi darah dan daging serta menjana minda. Makanan atau minuman yang haram akan mengotorkan jiwa dan merosakkan akal.

Hendaklah perut itu dipaksa jangan sampai senang kepada kerakusan, sedikit sahaja makan dan itupun yang halal sahaja, menjauhi perkara-perkara syubhat dan dilarang untuk mengikut syahwat sehingga tidak mengenal batas.(Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi; Intipati Ihya Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-orang Mukmin, halaman 1364 )

Islam juga mengajar adab melakukan pekerjaaan. Islam mengajar umatnya memulakan langkah dengan kaki kanan kerana pergerakan anggota kanan akan mengaktifkan otak kiri. Otak kiri yang aktif akan melahirkan insan yang cerdik serta kuat ingatan dan akalnya. Melakukan perkara yang merosakkan diri juga adalah dilarang. Contohnya minum arak, ia dilarang kerana boleh menyebabkan mabuk dan merosakkan akal. Mabuk dan akal yang rosak ini menjadikan manusia tidak siuman seterusnya menggalakkan mereka melakukan kemudaratan kepada diri, orang lain serta persekitarannya. Untuk lebih menjamin kewarasan akal, Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu demi meningkatkan tahap pemikiran. Umat Islam digalakkan menimba ilmu sebanyak-banyaknya walau di manapun supaya dengan ilmu yang dimiliki akal akan terpelihara seterusnya menghindar diri dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi norma masyarakat serta ditegah oleh agama. Malah mencari ilmu itu merupakan satu ibadat dan jihad di dalam Islam. Tidak syak lagi ia bersesuaian dengan nilai agama lain dan sesuai diamalkan oleh semua orang.

Arak merupakan minuman yang diharamkan di sisi Islam4. Memelihara Maruah Atau Keturunan Fitrah semula jadi manusia selanjutnya ialah suka kepada berketurunan dan mempunyai cahaya mata. Malangnya sejarah telah mencatatkan bahawa sejak zaman jahiliah budaya pembuangan dan pembunuhan anak berleluasa. Untuk memelihara generasi manusia daripada pupus, tamadun Islam memperundangkan sesuatu untuk menyekat kemungkinan budaya itu terus berlaku.

Pada masa kini, dunia dikejutkan dengan pelbagai gejala sosial seperti budaya bohsia dan bohjan yang berakhir dengan pengguguran dan pembuangan anak luar nikah dan sebagainya. Untuk memelihara kesinambungan generasi manusia, tamadun Islam telah mengharamkan segala punca yang membawa kepada zina dan perbuatan pengguguran dan pembuangan anak. Hal ini dijelaskan dalam ayat :

(((( (((((((((((( ((((((((((((( (((((((( ((((((((( ( (((((( (((((((((((( ((((((((((( ( (((( (((((((((( ((((( ((((((( (((((((( ((((

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar. ( surah al-Isra ayat 31 ) Islam mendidik umatnya untuk sentiasa memelihara maruah dan keturunan. Islam mengharamkan zina demi mengelakkan keturunan yang tidak menentu nasabnya. Islam juga mengharamkan zina bagi mengelakkan tersebarnya penyakit berjangkit yang berkaitan hubungan kelamin secara rambang. Contohnya di Malaysia kini pasangan Islam yang akan berkahwin diwajibkan untuk mengikuti kursus perkahwinan dan mulai tahun hadapan iaitu tahun 2009 mereka perlu menjalani ujian HIV (Warta 12, RTM 1, 23 Desember 2008). Ini adalah untuk memastikan bakal-bakal suami isteri mempunyai ilmu yang secukupnya untuk mengendali sebuah keluarga seterusnya melahirkan zuriat yang berakhlak mulia, sihat tubuh badan dan akal serta mampu menegakkan syariat Islam. Islam telah mengiktiraf perkahwinan poligami namun ia tidak diwajibkan dan bukan sesuatu yang digalakkan. Poligami dibenarkan adalah demi memelihara maruah dan keturunan zuriat yang bakal dilahirkan. Ini berbeza dengan fahaman lain selain Islam. Contohnya di Barat, poligami tidak dibenarkan tetapi undang-undang membenarkan lelaki dan perempuan hidup bersekedudukan. Akibatnya lahirlah anak-anak luar nikah yang tidak tentu keturunannya serta merebaknya penyakit berjangkit seperti AIDS atau penyakit kelamin yang lain. Seterusnya terbentuklah masyarakat yang rosak akhlaknya dan tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Justeru itu tidak syak lagi prinsip Tamadun Islam sesuai diamalkan di dalam masyarakat majmuk. Masyarakat bukan Islam boleh juga melaksanakan peraturan seperti masyarakai Islam negara ini yang mewajibkan pasangan yang bakal berkahwin mengikuti kursus perkahwinan dan menjalani ujian HIV. Ini akan memelihara maruah dan keturunan mereka.

Perkahwinan adalah perkara yang dituntut di dalam Islam

Pembuangan bayi adalah akibat dari pergaulan bebas lelaki dan wanita

5. Memelihara Harta Benda Fitrah semula jadi manusia juga ialah suka untuk mencari harta kekayaan. Jesteru itulah tamadun Islam menggalakkan manusia melakukannya. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat:(((((((((( ((((((( (((((((( (((( (((((((( (((((((((( ( (((( ((((( ((((((((( (((( (((((((((( ( ((((((((( (((((( (((((((( (((( (((((((( ( (((( (((((( ((((((((((( ((( (((((((( ( (((( (((( (( (((((( ((((((((((((((( ((((

Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan. ( Surah al-Qasas ayat 77 )Setelah jaminan kebebasan untuk mencari harta benda dengan cara yang halal diperundangkan, harta yang diusahakan itu mestilah halal dari segi cara ia diperoleh, barangan yang terlibat dan cara ia dibelanjakan.Setiap individu berhak mencari rezeki masing-masing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama. Harta atau kekayaan yang diperoleh dari usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Tiada sesiapa berhak mengambil tanpa izin pemiliknya. Mereka yang memelihara hartanya akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.

Di Malaysia yang agama rasminya ialah agama Islam, sistem ekonomi alternatif yang serasi dengan nilai Islam diperkenalkan. Prinsip dan amalan nilai Islam juga diterapkan dalam pentadbiran. Usaha membanteras rasuah juga dijalankan. Program membasmi kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Semua ini adalah usaha ke arah menjamin pemeliharaan harta benda.

Hadis Rasulullah yang bermaksud: Abdullah bin Omar berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid. (Diriwayatkan oleh Bukhari )( ((((((((((( ((((((((( ((((((((((( (((( (((((((( ((((( ((((((((((( (((((((((((((( ((((((((((((( ((((((((( (((((((( ((((((((((((( ((((((((((( ((( ((((((( (((( ( ((((((((((( ((((((((((( ((((((((( (((((((((((( (((( ((((((((((((( ((( ((((((( (((( (((((((((((( ((((((((( ((((((( ((((

Orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya ke jalan Allah, maka hendaklah diberikan khabar balasan dengan azab yang pedih. Pada hari mereka dibakar muka, rusuk dan punggung mereka, seraya dikatakan kepadanya inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk diriku. Maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu. (surah at-Taubah ayat 34)

Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya : (((((((((((( (((((((((((((( (((((((((((((( ((((((((((((( (((((((( ((((( ((((((( ((((((( ((((( (((( ( (((((( ((((((( ((((((( ((((

Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. ( Surah al-Maidah ayat 38 ) Berusahalah mencari harta dengan cara yang halal dan belanjakanlah di jalan yang halalPENUTUP

Berdasarkan apa yang telah diperkatakan di atas, jelaslah kepada kita sebagai penganut agama Islam menjadi kewajipan kepada kita untuk sentiasa memelihara segala ajaran Islam dan sentiasa menjaga kebaikan agama Islam untuk terus menjadi ikutan dan anutan dari seluruh umat manusia yang selama ini menganuti agama lain dan sentiasa mencari-cari ketenteraman dalam beragama. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al- Maidah ayat 3;( (((((((((( (((((((((( (((((( ((((((((( (((((((((((( (((((((((( ((((((((( ((((((((( (((((( ((((((((((( (((((( (

BIBLIOGRAFI

Al-QuranAbdur Rahman I.Doi ( 1995 ), Undang-Undang Syariah, terj. Rohani Abdul Rahim, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad Ibrahim et.al. ( 1991 ), Al-Ahkam, Jld.3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad Ibrahim Abu Sin ( 1997 ), Pengurusan Dalam Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali ( 1980 ), Ihya' Ulum Al-Din, terj. Indonesia: Penerbit Asli.

Ibnu Khaldun ( 2000 ), Mukadimah, terj. DBP, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mahmud Hamdi Zaqzuq ( 1989 ), Orientalisme: Kesan Pemikirannya Terhadap Tamadun Islam, terj. Mudasir Rosder dan Che yusuf Che Mat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.MALAYSIA, Open University. (2005). LANH1403 Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Muhammad Abdul Mun'im Al-Jammal ( 1992 ), Ensiklopedia Ekonomi Islam Jilid 1 & 2, terj. Salahuddin Abdullah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Al-Buraey ( 1992 ), Pembangunan Pentadbiran Menurut perspektif Islam, terj. Abdullah md Noor et.al., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Kamal 'Atiyah ( 1995 ), Perakaunan Zakat: Teori Dan Praktis, terj. Mohd Nor Ngah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Muslehuddin ( 1992 ), Jenayah Dan Doktrin Islam Dalam Tindakan Pencegahan, terj. Asiah Idris, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Nejatullah Siddiqi ( 1990 ), Insurans Dalam Ekonomi Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mustafa Haji Daud ( 1991 ), Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Said Ramadhan ( 1990 ), Undang-Undang Islam: Skop Dan Ekuiti, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Shahnon Ahmad ( 1981 ), Kesusasteraan Dan Etika Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Sheikh Abdullah Basmasmeih (t.t ) Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran ( 30 ) Juz, Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Sobri Salamon ( 1984 ), Bank Islam, Petaling Jaya: Persatuan Ulama Malaysia dan Nurin Enterprise.

Sulaiman Nordin ( 1995 ), Sains Menurut Perspektif Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21. Cabaran dan Persiapan Dalam Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Golden Books Centre

Wan Roslili Abd Majid (2005) Tamadun Gemilang Mesti Selari Kehendak Sejagat. Kuala Lumpur: IKIM

Yusuf Abdullah AlQaradawi. (1996). Wajah Baru Belia: Siri Sarjana Celdes.

Yusof Al-Qardhawi ( 1985 ), Kedudukan Non Muslim Dalam Negara Islam, terj. Mat Saat Abd Rahman, Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM.

Zaleha Muhamat ( 2002 ), Analisis Poligami Menurut Perspektif Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

PAGE 5