19
Pengalaman Tamadun-tamadun Asing Selain daripada sumber-sumber di atas, Tamadun Islam juga mengambil kira segala kebaikan yang terdapat dalam tamadun asing. Pernyataan ini menunjukkan bahawa Tamadun Islam bersifat terbuka, tidak terikat dan statik kepada pandangan serta pemikiran yang datang daripada wahyu dan pemikiran ijtihad para ilmuwan sahaja. Apa yang berlaku dalam sejarah, umat Islam digesa agar mencari ilmu di mana sahaja walaupun di negara bukan Islam. Melalui sifat toleransi seperti inilah menyebabkan berlakunya proses asimilasi budaya secara sihat dan mengizinkan berlakunya perkembangan ilmu pengetahuan dalam negara Islam dan mengeksport budaya hidup Islam ke negara luar. Dalam hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda: “Hikmah itu adalah barangan hilang kepunyaan orang beriman. Oleh itu di mana sahaja ia temui dialah yang paling layak memilikinya”. “Ambillah hikmah itu di mana sahaja engkau temui, jangan engkau pedulikan daripada mana sumbernya”. Barangkali berasaskan hadis inilah Sayidina `Umar RA pernah mengeluarkan kenyataan berbunyi “Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China”. Implikasi positif daripada sifat terbuka Tamadun Islam itu telah menyebabkan Islam mudah difahami dan diterima oleh seluruh bangsa manusia di dunia ini walaupun berlainan budaya dan kedudukan geografi. Sebagai contoh, penerimaan syariat Islam terhadap budaya berpakaian di kalangan masyarakat Melayu adalah kerana tidak bertentangan dengan Islam. Penerimaan ini juga kerana syarat yang ditetapkan oleh Islam bukan fesyennya tetapi prinsip menutup aurat. Bangsa diberi kebebasan memilih fesyen pakaian yang di suka selagi fesyen pakaian tersebut masih berada dalam kawalan syariat. Demikian juga dengan perkembangan ilmu pengetahuan sains dan teknologi serta lain-lainnya yang banyak memberi manfaat kepada umat dan negara Islam tetap diterima setelah melalui penyaringan terlebih dahulu mengikut piawaian perundangan Islam.

tamadun

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kehidupan manusia

Citation preview

Page 1: tamadun

Pengalaman Tamadun-tamadun Asing

Selain daripada sumber-sumber di atas, Tamadun Islam juga mengambil kira segala kebaikan yang terdapat dalam tamadun asing. Pernyataan ini menunjukkan bahawa Tamadun Islam bersifat terbuka, tidak terikat dan statik kepada pandangan serta pemikiran yang datang daripada wahyu dan pemikiran ijtihad para ilmuwan sahaja. Apa yang berlaku dalam sejarah, umat Islam digesa agar mencari ilmu di mana sahaja walaupun di negara bukan Islam. Melalui sifat toleransi seperti inilah menyebabkan berlakunya proses asimilasi budaya secara sihat dan mengizinkan berlakunya perkembangan ilmu pengetahuan dalam negara Islam dan mengeksport budaya hidup Islam ke negara luar. Dalam hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Hikmah itu adalah barangan hilang kepunyaan orang beriman. Oleh itu di mana sahaja ia temui dialah yang paling layak memilikinya”.

“Ambillah hikmah itu di mana sahaja engkau temui, jangan engkau pedulikan daripada mana sumbernya”.

Barangkali berasaskan hadis inilah Sayidina `Umar RA pernah mengeluarkan kenyataan berbunyi “Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China”.

Implikasi positif daripada sifat terbuka Tamadun Islam itu telah menyebabkan Islam mudah difahami dan diterima oleh seluruh bangsa manusia di dunia ini walaupun berlainan budaya dan kedudukan geografi. Sebagai contoh, penerimaan syariat Islam terhadap budaya berpakaian di kalangan masyarakat Melayu adalah kerana tidak bertentangan dengan Islam. Penerimaan ini juga kerana syarat yang ditetapkan oleh Islam bukan fesyennya tetapi prinsip menutup aurat. Bangsa diberi kebebasan memilih fesyen pakaian yang di suka selagi fesyen pakaian tersebut masih berada dalam kawalan syariat. Demikian juga dengan perkembangan ilmu pengetahuan sains dan teknologi serta lain-lainnya yang banyak memberi manfaat kepada umat dan negara Islam tetap diterima setelah melalui penyaringan terlebih dahulu mengikut piawaian perundangan Islam.

3.6.5 Matlamat Pembentukan Masyarakat Islam Hadhari

Tamadun Islam bukan sebuah tamadun yang tegak atas dasar tuntutan hawa nafsu yang bermatlamatkan kemewahan dan kesenangan hidup dunia semata-mata, tetapi lebih jauh daripada itu ialah kebahagiaan dan kesenangan hidup di akhirat. Berdasarkan pernyataan tersebut, matlamat Tamadun Islam boleh dibahagikan kepada dua iaitu kebahagiaan hidup di dunia dan kebahagiaan hidup di akhirat. Ini amat bersesuaian dengan kenyataan al-Qur’an yang merakamkan ucapan doa umat Islam yang telah menyelesaikan ibadah Haji sebagai menyambut perintah Allah SWT agar mereka mengingati Allah sebanyak-banyaknya:

Page 2: tamadun

“... Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka”.

(al-Baqarah: 201)

Bagi mencapai hasrat dan cita-cita tersebut, matlamat tamadun Islam boleh digariskan seperti berikut:

1. Melahirkan manusia yang mentauhidkan Allah SWT dan mengabdikan diri kepada-Nya dalam seluruh kehidupan. Pernyataan ini menepati firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tidak Aku (Allah) ciptakan manusia melainkan supaya mereka tunduk mengabdikan diri kepada-Ku”.

(al-Dhariyat: 56)

2. Melahirkan insan salih di sisi Allah, manusia dan alam. Pernyataan ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih”.

(al-Anbiya’: 105)

3. Melahirkan manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab terhadap perintah dan larangan Allah SWT di samping melaksanakan amanah yang berkaitan dengan manusia dan alam. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil...”.

(al-Nisa’: 58)

4. Melahirkan masyarakat yang hidup di dunia secara harmoni dan mendapat keampunan Ilahi. Pernyataan ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya bagi penduduk Saba’ satu tanda (kemurahan Allah) terdapat di tempat tinggal mereka dua kebun (yang luas dan subur) di kiri kanan tempat tinggal mereka, (lalu dikatakan kepada mereka) makanlah rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya (atas kurniaan) sebuah negeri yang aman dan makmur serta mendapat keampunan Allah)”

(Saba’ 34:15)

Keempat-empat matlamat Tamadun Islam ini hanya akan dapat dicapai sekiranya manusia bersedia tunduk dan patuh kepada perintah dan larangan Allah SWT. Jika manusia masih menurut kehendak

Page 3: tamadun

hawa nafsu selama itulah dunia ini tidak akan mampu didamaikan dan diharmonikan untuk mencapai keredaan dan keampunan Ilahi.

3.6.6. Realiti Penghayatan Islam Di Kalangan Masyarakat Muslim Kini

Perkembangan yang berlaku di seluruh dunia Islam hari ini memperlihatkan penghayatan umat Islam yang menyimpang dari landasan ajaran agama. Kebanyakan penganut Islam kini menjadi seorang Muslim disebabkan oleh keturunan. Hasil daripada senario ini ialah umat Islam percaya agama hanya warisan peninggalan datuk-nenek, bukan atas dasar kesedaran dan pilihan sendiri yang boleh melahirkan rasa tanggungjawab beragama. Sebahagian faktor kemunculan gejala ini ialah kesan penjajahan Barat yang sebati dengan masyarakat Islam. Asimilasi budaya Barat dan Timur terlalu mesra dan sukar untuk dibezakan antara tuntutan akidah Islamiah dan ideologi moden Barat, antara tuntutan syariat Islam dan budaya hidup jahiliah dan juga antara tuntutan akhlak Islamiah dan moral jahiliah. Kehidupan seperti ini sudah tentu menjadi keliru. Barangkali inilah suasana yang disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai zaman fitnah dalam suatu sabdanya yang bermaksud :

“Segeralah kamu mengerjakan amal-amal kebajikan, sesungguhnya fitnah akan datang menimpa kamu seperti kedatangan potongan malam yang gelap, di mana pada waktu itu kamu akan dapati seseorang beriman pada waktu pagi dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur kembali pada waktu pagi, mereka sanggup menjual agama dengan kebendaan dunia”.

Demikian juga sabda baginda SAW :

“Akan datang kepada manusia suatu zaman, di mana al-Qur’an hanya tinggal tulisan, Islam hanya tinggal nama, masjid-masjid dihias indah tetapi jauh daripada hidayah Allah, sementara ulama mereka pula banyak yang jahat menjadi makhluk perosak yang berada di bawah langit”.

Adakah zaman yang dimaksudkan Baginda Rasulullah SAW telah tiba sekarang atau masih belum? Barangkali ada yang sanggup mengatakan masih belum, kerana masih ramai yang suka membaca al-Qur’an malah ada juga yang menghafalnya. Namun bagaimana pula dengan sabda Baginda SAW yang menjelaskan :

“Sesungguhnya Ikatan Islam akan terungkai daripada diri seseorang Muslim satu demi satu. Setiap kali berlakunya rungkaian itu, dia akan berpegang kepada ikatan yang masih ada sehingga tidak ada lagi ikatan yang tinggal. Ikatan yang paling awal terungkai ialah al-hukm (hukum-hakam/halal-haram) dan yang paling akhirnya ialah solat”.

Kalau solat yang paling akhir terungkai dari diri seseorang Muslim, bukankah ini bererti orang yang meninggalkan solat dengan sengaja telah terpisah antara dirinya dengan Islam yang didakwa sebagai

Page 4: tamadun

agamanya? Kalau situasi ini wujud dalam masyarakat Islam hari ini, bukankah ia telah menyamai maksud sabda baginda di atas? Suatu lagi pernyataan yang jelas daripada baginda SAW :

“Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia telah melakukan kekufuran dengan nyata”.

Kalau inilah landasannya yang mesti dipegang, bermakna adalah zaman kita hari ini zaman fitnah yang menyukarkan seseorang yang cetek ilmu agama, jauh dari al-Qur’an dan tidak kuat berpegang kepada perintah agama untuk melihat Islam dalam erti yang sebenarnya. Barangkali antara punca fitnah ini ialah umat Islam yang jahil tentang maksud jahiliah yang disebutkan oleh Allah dalam al-Qur’an. Oleh kerana tidak kenal apakah jahiliah maka seseorang itu tidak merasa bahawa amalan yang dilakukan selama ini telah pun berbaur dengan maksud jahiliah. Antara contoh yang paling nyata ialah budaya berpakaian dan berhias diri. Pernahkah kita bertanya kepada syariat sebelum mengenakan pakaian atau solekan pada tubuh kita? Bagaimana sebenarnya pakaian yang diharuskan dan perhiasan yang dibolehkan dalam Islam? Dalam perkara ini sahaja pun sudah cukup untuk memberi jawab tidak. Kalau jawapannya ialah tidak bagaimana pula dengan urusan lain yang kelihatannya lebih penting dan utama? Sayidina `Umar RA dalam suatu kenyataannya menyebutkan :

“Sesungguhnya ikatan Islam akan terungkai satu demi satu pada diri seseorang Muslim yang hidup dan dibesarkan dalam masyarakat Islam, tetapi tidak mengenal erti jahiliah.”

Dalam pada itu terdapat juga sekelompok umat Islam yang menghayati Islam dalam bentuk serpihan (juz’i), tidak dalam bentuk global. Sebagai contoh, penghayatan orang-orang yang berminat dalam bidang tarekat sufi semata-mata, mereka suka hidup secara bersunyi-sunyi dan terpisah dari masyarakat. Kelompok ini biasanya suka mengasingkan diri, dan membelakangkan tanggungjawab sebagai pendidik dan pembangun masyarakat. Mereka kelihatan terlalu asyik dengan amalan kerohanian sehingga lupa tanggungjawab sebagai khalifah di bumi yang diberi amanah untuk dibangunkan. Lantaran itu terdapat sebahagian yang tidak menyempurnakan tanggungjawab sebagai suami, bapa dalam rumah tangga dan peranan sebagai sebahagian anggota masyarakat, lebih-lebih lagi tanggungjawab dakwah dan jihad. Sayidina `Umar pernah menghalau seorang yang sedang beribadah dalam masjid, sedangkan makan dan minumnya ditanggung oleh anggota keluarganya, sambil berkata :

“Orang yang menguruskan makan minum kamu lebih baik daripada kamu.”.

Selain itu juga ada yang memahami Islam secara siasah (politik) dalam pengertian yang terbatas. Bentuk kefahaman yang begini menyebabkan lahirnya pelbagai ideologi dan pemikiran dalam masyarakat Islam. Semuanya ini memungkinkan timbulnya konflik dan pertelagahan secara berterusan. sejak awal-awal lagi Islam telah menyelesaikan perkara ini dengan cara mengajak umat Islam berjuang atas dasar akidah, bukan `asabiyyah (perkauman sempit), berasaskan politik Islam (siyasah Islamiyyah) dan bukan politik kepuakan (siyasah hizbiyyah). Islam menerima kepelbagaian orientasi jamaah dan organisasi, tetapi mestilah bersatu ke arah matlamat yang sama, tidak harus berlaku pertelagahan kerana matlamat adalah sama. Bagaikan satu bahtera di mana setiap anggota

Page 5: tamadun

bersungguh-sungguh mendayung untuk sampai ke destinasi, bukan saling menyimbah antara satu dengan lain sehingga menyebabkan sebahagiannya tenggelam dan yang masih timbul pun lambat untuk sampai ke destinasi. Senario wujudnya pelbagai kumpulan dan puak dalam masyarakat Islam bukan satu fenomena baru. Sejarah Islam mencatatkan kepelbagaian kumpulan berlaku bukan atas nama perpaduan, tetapi pertelagahan dan peperangan. Peristiwa ini berlaku semenjak zaman pemerintahan Khulafa` al-Rasyidin yang bermula dengan pertelagahan antara Sayidina `Ali dan Sayidina Mu`awiyah. Peristiwa yang sama terus berulang di penghujung pemerintahan Kerajaan `Abbasiyyah yang mengakibatkan munculnya pelbagai kerajaan kecil yang semakin sukar untuk disatukan. Akhirnya semua negara Islam hancur dimusnahkan oleh penjajah Barat dengan jatuhnya Kerajaan Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924M.

Dalam menyelesaikan masalah ini Islam mengingatkan umatnya agar sentiasa berada dalam satu jemaah. Kalaupun ada pertelagahan, biarlah ia berlaku dalam perkara-perkara fiqhi8 yang tidak menimbulkan permusuhan, bukan dalam perkara asas dan dasar membabitkan permasalahan i`tiqadi (keimanan dan akidah). Rasulullah SAW memperingatkan:

“Umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga puak, semuanya masuk neraka, melainkan satu. Para sahabat bertanya: ”Siapakah puak yang satu itu wahai Rasulullah? Sabda baginda SAW: ”Mereka ialah orang-orang yang menjalani kehidupannya seperti aku dan sahabat-sahabatku”.

3.6.7 Pendekatan Islam Hadhari

Memandangkan Islam Hadhari bukan ajaran baru dan bukan juga mazhab baru, bererti ia adalah ajaran yang sama dengan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini bererti umat Islam tidak harus mentafsirkan Islam Hadhari terkeluar daripada landasan wahyu (al-Qur’an dan al-Sunnah). Oleh itu penyelewengan umat Islam dalam menghayati Islam hari ini mesti diperbetulkan. Memahami Islam secara liberalisme barat, mendahulukan akal dan pemikiran logik berbanding dua sumber di atas, adalah punca umat Islam menjadi sesat. Memahami Islam secara fahaman ahli tasawuf dan ahli tarekat juga punca umat Islam tertindas dan terkebelakang dalam arena pembangunan dunia.

Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk mengembalikan umat Islam kepada asas dan prinsip selari dengan tuntutan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ia juga berupa suatu pendekatan ke arah anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam yang telah semakin luntur akibat penjajahan Barat ke atas Dunia Islam, sekali gus memberi penekanan kepada ajaran Islam yang bersifat lengkap dan mampu membawa umat Islam ke arah kemajuan dan kejayaan dunia dan akhirat. Sehubungan itu, pendekatan dalam usaha mempertingkatkan mutu kehidupan juga mesti diusahakan melalui penguasaan ilmu pengetahuan, pembinaan sahsiah insaniah serta pembangunan material. Semua itu perlu digarap secara sepadu dan menyeluruh.

Page 6: tamadun

Selain itu, perpaduan umat Islam harus diusahakan kembali. Perjuangan umat Islam bagi mencapai cita-cita tersebut mesti disatukan. Semangat `asabiyyah yang melampaui batas-batas syariat mestilah dijauhi agar ia sejajar dengan konsep hidup sebagai hamba Allah, segala kerja menjadi ibadah, tanggungjawab khalifah di bumi dapat disempurnakan dan kemakmuran serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat dapat dicapai.

3.6.7 Tujuan Syari`at Islam Diwahyukan (Maqasid al-Syari`ah)

Tujuan utama syariat Islam diwahyukan (maqasid al-Syari`ah) oleh Allah SWT ialah untuk memelihara, memartabat dan memperkasakan kepentingan lima perkara utama (dharuriyat al-Khams) iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan harta.

1. Agama

Agama dalam maqasid al-syari`ah berada pada kedudukan yang paling atas. Ia menjadi tujuan utama syari`at Islam. Untuk itu umat Islam ditegah keras melakukan sesuatu amalan yang bercanggah dengan prinsip keimanannya atau disebut sebagai perbuatan bidaah dan khurafat, atau apa sahaja yang boleh membawa seseorang gugur syahadahnya dan terbatal akidahnya; sama ada melalui iktikad, lidah atau melalui tingkah laku perbuatan. Untuk membendung kegiatan inilah, Sayidina Abu Bakar R.A. bertindak memerangi golongan murtad; sama ada yang meninggalkan Islam secara keseluruhannya, atau sekadar enggan membayar zakat.

2. Nyawa

Nyawa berada pada kedudukan yang kedua selepas agama. Memandangkan nyawa manusia tidak boleh dipandang remeh, Islam sejak awal-awal lagi mengharamkan apa sahaja bentuk pembunuhan melainkan musuh dalam peperangan. Al-Qur’an menukilkan firman Allah SWT berhubung pembalasan di akhirat ke atas orang-orang yang membunuh seorang beriman dengan sengaja ialah azab neraka Jahanam dan mereka kekal di dalamnya. Dalam pada itu pula balasan di dunia ini ialah dikenakan hukuman Qisas9 jika sabit kesalahan atau diat bagi perbuatan membunuh tanpa sengaja sama ada yang dibunuh itu Muslim atau dhimmi. Selain itu juga umat Islam diperintah menjauhi perkara yang mendedahkan diri daripada sebarang bentuk bahaya yang boleh mengancam nyawa, lebih-lebih lagi membunuh diri dan sebagainya.

3. Akal

Akal adalah anugerah yang amat berharga untuk manusia. Tanggungjawab sebagai Muslim (taklif rabbani) diberi kepada manusia kerana akalnya. Oleh itu akal perlu dipelihara dan dipupuk agar sentiasa sempurna dan sihat. Sehubungan itu Islam melarang umatnya meminum atau memakan sesuatu yang boleh membawa kerosakan pada akal. Pengharaman arak dan penggunaan dadah secara salah adalah amat berkait dengan tujuan pemeliharaan akal manusia. Bagi memastikan umat Islam tidak terlibat dengan gejala ini, Islam meletakkan hukuman hudud dengan mengenakan hukuman sebat antara 40 hingga 80 kali sebatan kepada sesiapa sahaja yang sabit kesalahannya.

Page 7: tamadun

4. Harta

Ia adalah keperluan hidup manusia di dunia ini. Tidak ada orang yang tidak sayang harta kepunyaannya, malah ada yang sanggup mati kerana mempertahankan harta. Dalam pada itu pula Islam memberi penghormatan tinggi dengan gelaran syahid (syahid sughra) kepada mereka yang mati kerana mempertahankan harta, sebab harta adalah amanah Allah kepada manusia yang wajib dipelihara. Lantaran itu syariat Islam mengharamkan umatnya mencuri dan mengenakan hukuman hudud10 jika disabitkan kesalahan mencuri.

5. Keturunan (Institusi keluarga) dan maruah

Kehidupan berkeluarga adalah suatu tuntutan naluri bukan sahaja manusia tetapi juga haiwan. Bagaimanapun, oleh kerana manusia sebagai makhluk yang dianugerahi akal dan berpotensi membangunkan alam dan memakmurkannya, Islam meletakkan peraturan khusus pada manusia agar dapat dibezakan antara manusia dan makhluk lain yang tidak berakal. Perkahwinan secara sah mengikut ketentuan syariat adalah ketetapan yang dipaksakan pada manusia agar zuriat yang bakal dilahirkan mempunyai susur galur keturunan yang betul dan sah, maruah mereka juga terpelihara, kedudukan mereka sebagai insan juga tidak tergugat. Pengharaman mendekati perbuatan zina dan segala perkara yang boleh mendorong kepada perbuatan tersebut. Kegiatan-kegiatan maksiat yang boleh menjatuhkan maruah seseorang, menunjukkan betapa seriusnya Islam menghalang umatnya mendekati perbuatan terkutuk itu. Oleh itu amat wajar hukuman di dunia dikenakan ke atas pelaku zina dengan hukuman sebat 100 kali bagi mereka yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi yang telah berkahwin.

3.6.8 Cabaran-cabaran Yang Terpaksa Dihadapi.

Umat Islam di negara ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usaha membawa perubahan dalam sesebuah masyarakat, lebih-lebih lagi di peringkat negara dan ummah. Antara cabaran-cabaran yang dimaksudkan ialah:

1. Peristiwa 11 September 2001.

Peristiwa ini telah membawa ancaman besar ke atas Dunia Islam apabila kuasa Barat di ketuai oleh Amerika Syarikat menuding jari kepada umat Islam. Akibat itu, bumi Afghanistan menjadi sasaran serangan Amerika Syarikat yang dituduh menjadi pengekalan pertubuhan Al-Qaeda Sedunia. Rentetan daripada itu, bumi Iraq pula menjadi sasaran Amerika Syarikat. Tindakan Amerika nampaknya bukan meredakan keamanan dunia tetapi senario menjadi bertambah konflik apabila berlaku beberapa letupan bom di beberapa wilayah, bukan sahaja di bumi Afghanistan dan Iraq tetapi juga negara-negara sekutu Amerika seperti Britain dan Australia. Akibat daripada itu, timbul beberapa ugutan dan ancaman serta perbuatan khianat yang terpaksa diterima oleh umat Islam yang tinggal di negara-negara berkenaan. Lebih dahsyat lagi apabila umat Islam sendiri memandang serong dan phobia terhadap agama mereka sendiri.

Page 8: tamadun

2. Tamadun Barat yang menolak agama

Anggapan Barat terhadap agama sebagai pengancam kepada tamadun dunia juga menjadi sebahagian daripada cabaran besar yang terpaksa di hadapi oleh umat Islam. Penolakan ini berlaku secara berleluasa terhadap apa sahaja yang disifatkan sebagai tradisional dan fundamental. Apa yang dikehendaki Barat ialah liberalisme ala-Barat dalam beragama. Senario ini telah merebak ke seluruh Dunia Islam yang sekali gus mengancam akidah dan keyakinan umat Islam terhadap agama mereka. Senario ini sudah tentu melemahkan umat Islam untuk kembali bangun menegakkan tamadun Islam lebih-lebih lagi untuk membina semula negara dan sistem khilafah yang telah hilang.

3. Globalisasi dan penjajahan bentuk baru.

Satu lagi cabaran yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam ialah serangan globalisasi yang disebut juga sebagai “Dunia tanpa sempadan”. Kecanggihan teknologi maklumat yang dipelopori oleh Barat menyebabkan mereka mampu menguasai segala-segalanya. Bukan sahaja dari segi ekonomi dan politik, tetapi juga termasuk sosio-budaya. Sebagai contoh, budaya berpakaian yang mendedahkan aurat terutama di kalangan kaum wanita. Kalau sebelum ini, wanita Jepun dengan Kimononya, Cina dengan Ceongsam, India dengan Sari dan Melayu dengan Baju Kurung, tetapi kini setelah budaya Barat menguasai dunia, kelihatan semuanya bertukar kepada pakaian ala barat yang mendedahkan aurat. Remaja wanita lebih gemar mengenakan baju T dan seluar jeans yang ketat dan menampakkan susuk badan. Akibatnya kerosakan akhlak di kalangan remaja semakin menjadi-jadi. Jenayah zina dan rogol semakin bertambah sehingga melibatkan sumbang mahram dan seumpamanya.

5. Budaya Hiburan (Hedonisme) dan Filem Lucah.

Gelagat generasi muda yang terlalu minat dengan hiburan dan tersebarnya filem-filem lucah yang dijual di pasaran gelap secara berleluasa juga amat membimbangkan. Kebimbangan ini ditambah lagi dengan penghantaran gambar porno melalui e-mail. Seandainya budaya ini tidak dibendung ia menjadi masalah besar kepada negara dan tamadun Islam. Seorang penyair Arab terkenal Ahmad Syauqi dalam syair menyatakan:

“Sesungguhnya sesebuah bangsa itu akan terus kekal berdaulat selama akhlak bangsanya masih ada. Sekiranya akhlak bangsanya musnah bererti kedaulatan bangsanya juga akan turut musnah”.

3.6.9 Sepuluh Prinsip Islam Hadhari

Usaha membangunkan, negara dan ummah bukan suatu usaha yang mudah. Ia memerlukan kesungguhan dan komitmen yang padu di segenap peringkat dan lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi yang bergelar ulama dan pemimpin. Ulama dan para pemimpin harus dipertanggungjawabkan terhadap baik buruknya sesebuah masyarakat dan jatuh bangunnya sesebuah tamadun. Pernyataan ini amat menepati dengan sabda Rasulullah SAW:

Page 9: tamadun

“Dua golongan manusia, apabila rosak mereka rosaklah seluruh manusia, apabila baik mereka maka baiklah seluruh manusia. Mereka yang dimaksudkan ialah para ulama dan umara’ (para ilmuwan dan para pemimpin)”.

Bagi memastikan kejayaan ini, sepuluh prinsip yang digagaskan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia menjadi penggerak utama dalam mengatur strategi dan perancangan membangun anak bangsa secara bersepadu antara kualiti intelektual, spiritual, emosional dan material. Sepuluh Prinsip yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Iman boleh diibaratkan sebagai akar kepada sebatang pokok. Biji benih tidak akan mengeluarkan tunas tanpa didahului oleh akar yang menjunam ke bumi. Pokok yang tumbuh tanpa akar yang menjunam ke dasar bumi akan tumbang pada bila-bila masa. Manakala takwa pula adalah buah lazat yang terhasil daripada sebatang pokok yang subur dan indah menjadi tujuan utama para penanamnya. Demikian juga dengan iman dan takwa pada diri seseorang mukmin, tanpanya bererti Muslim hanya pada nama sahaja. Rasulullah SAW bersabda:

“Bukanlah keimanan itu sesuatu yang boleh dicita-cita dan dihias-hias, tetapi ia adalah sesuatu yang mantap dalam sanubari dan dibuktikan dengan amalan”.

Sayidina Ali RA ketika menjelaskan takwa pula menyebut takwa ialah:

“Takut kepada Rab al-Jalil, beramal dengan wahyu yang diturunkan dan menyediakan bekal untuk perjalanan yang jauh ke negeri akhirat”.

Oleh itu iman dan takwa mestilah diletakkan sebagai asas kepada binaan tamadun manusia. Sesebuah pembangunan yang tidak diasaskan kepada asas iman dan takwa dikhuatiri akan terjebak kepada penyelewengan terhadap peraturan Allah dan syariat-Nya serta mencerobohi alam tanpa batas dan kawalan. Sebab itu, al-Qur’an sejak awal-awal lagi menegaskan:

“Adakah mereka yang mengasaskan binaannya (masjid Dhirar) berasaskan takwa dan Mardati’Llah itu lebih baik ataukah mereka yang mengasaskannya di tepi jurang yang dalam, lalu jatuh tersungkur bersama yang membinanya ke dalam neraka jahanam (itu yang lebih baik)? …”.

(al-Taubah: 109)

Kepentingan iman dan takwa kepada sesebuah tamadun memang tidak dapat dinafikan lagi; bukan sahaja kepentingan dari segi fizikal dan materialnya dengan mendapat keamanan, keharmonian dan kemakmuran dengan rezeki yang halal dan baik untuk kesihatan fizikal, tetapi juga yang lebih penting ialah dari segi menagih kasih sayang Allah dan kemurahan-Nya. Dalam hal ini banyak firman Allah yang membicarakan kebaikan-kebaikan yang bakal terima oleh insan yang bertakwa kepada Allah SWT Antaranya ialah firman Allah SWT yang bermaksud.:

Page 10: tamadun

“Sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu-pintu keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa dengan sebab usaha perbuatan mereka”.

(Al-A`raf : 96)

Takwa adalah bekal sepanjang perjalanan manusia di dunia. Takwa tidak boleh ditinggalkan sama sekali walaupun sekadar beberapa waktu, kerana dengan adanya takwa semua pekerjaan seseorang akan menjadi ibadah. Tanpa takwa, syaitan akan menyelit dalam jiwa manusia dan memusnahkannya. Tanpa takwa juga sesuatu perbuatan yang dilakukan akan menjadi hambar dan sia-sia malah mungkin juga akan terjebak dengan perlakuan lagha dan mungkar. Sebab itu Rasulullah memperingatkan:

“Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutilah amal buruk yang kamu telah lakukan dengan amalan yang baik supaya ia menghapuskannya serta berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang terpuji”.

Sabdanya lagi:

“Bertakwalah kepada Allah walaupun dengan seulas buah tamar”.

Hadis ini membawa maksud, jikalau hanya dengan menderma seulas tamar, seseorang boleh terlepas dari azab neraka, hendaklah ia melakukannya, kerana seksaan api neraka tidak tertanggung oleh sesiapa pun. Oleh itu, takwa dan iman amat diperlukan dalam proses pembinaan jati diri seseorang dan juga sistem hidup bermasyarakat dan bernegara.

Bagaimana takwa boleh diusahakan

Al-Imam al-Nawawi ketika menghuraikan sifat Ihsan mengatakan: “Seseorang hamba tidak akan dapat mencapai tingkat takwa selagi tidak mencapai tingkat Ihsan”. Sabda Rasulullah SAW menegaskan insan:

“Ihsan itu ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat Allah, sekiranya engkau tidak melihat Allah, yakinlah bahawa Allah sedang memerhati kamu”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sifat muraqabatu’Llah11 mempunyai hubung kait yang amat erat dengan keimanan yang sebati dalam jiwa manusia. Keimanan kepada Allah yang memiliki sifat al-Sami` (Maha Mendengar) dan al-Basir (Maha Melihat) terhadap apa sahaja perlakuan hamba-Nya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat-sifat lemah sebagaimana yang ada pada makhluk seperti tidur, lalai, leka dan sebagainya. Dalam pada itu juga Allah SWT memiliki sifat-sifat al-Muntaqim.12 Keyakinan terhadap sifat-sifat Allah di

Page 11: tamadun

atas membawa seseorang hamba malu dan gerun untuk melakukan sesuatu yang dimurkai-Nya. Di sinilah munculnya ihsan dan takwa.

Peranan iman dan takwa dalam kehidupan masyarakat pelbagai etnik dan agama juga amat jelas apabila baginda Rasulullah SAW menghubungkan perintah berbuat baik kepada jiran dengan keimanan terhadap Allah dan hari akhirat. Sebagaimana sabda baginda SAW:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan jirannya...”.

Perkataan jiran dalam hadis ini, tidak dibatasi oleh agama dan warna kulit, tetapi merangkumi makna yang luas iaitu siapa sahaja yang menjadi jiran kepada seseorang Muslim dan mukmin ia mestilah dimuliakan. Demikian juga dengan amaran Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menyakiti dhimmiku (orang bukan Islam yang mendiami negara Islam dan membayar cukai jizyah) bermakna dia menyakiti ku”.

Dalam pada itu pula Rasulullah SAW memberikan kebebasan penuh kepada bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka semasa baginda memerintah Madinah.

2. Kerajaan Adil Dan Beramanah

Adil bermaksud: meletakkan sesuatu kena pada tempatnya atau dengan kata lain memberikan sesuatu hak kepada yang berhak menerima menurut kadarnya). Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman…”.

(al-Nahl: 90)

Islam amat mengambil berat perbuatan zalim yang dilakukan oleh seseorang walaupun kepada dirinya sendiri, lebih-lebih lagi kepada orang lain. Sebab itu Allah SWT menegaskan melalui firman-Nya yang bermaksud:

“…Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa…”.

(al-Maidah: 8)

“Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah menghukum dengan adil …”.

(al-Nisa’ 58)

Page 12: tamadun

“Sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri aku akan potong tangannya”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari)

3. Rakyat Yang Berjiwa Merdeka

Naluri semula jadi manusia inginkan hidup bebas dan merdeka. Bagaimanapun kadang-kadang keinginan itu tersekat oleh belenggu yang dipaksakan. Senario ini menjadi fenomena biasa ke atas masyarakat yang dijajah. Pada kebiasaannya penjajahan bukan sahaja berlaku dari sudut fizikal atau materialnya tetapi termasuk juga pemikiran dan sosio-budaya. Sebab itu rakyat yang mendiami sesebuah negara yang dijajah akan menghadapi masalah untuk bangun sebagai bangsa yang maju dan berdaulat kerana perasaan, pemikiran dan tindakan masih terbelenggu oleh faham penjajah walaupun negara mereka telah merdeka. Lantaran itu tidak hairanlah jika terdapat masyarakat yang dilihat bagaikan katak yang terlalu lama berada di bawah tempurung menyebabkan pemikiran, sikap dan perilaku masih terasa berada di bawahnya walaupun tempurung sudah lama di buang.

Oleh itu, perasaan kagum dan kecenderungan bergantung kepada Barat, menjadikan Barat sebagai model dan bench marking dalam mencapai kemajuan harus dikikis agar kita berkeupayaan membentuk cita rasa yang lebih kental, bermakna, jati diri dapat diperkukuhkan, harga diri dapat dipertahankan dan hala tuju pembangunan menepati wawasan Negara iaitu pembangunan yang mapan dan seimbang. (Dr. Sisek Baba, JAKIM)

Prinsip ini bermaksud rakyat yang memiliki pemikiran kreatif dan inovatif; mampu melahirkan idea dan buah fikiran baru, dinamik dan positif memberi faedah kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam pada itu dihiasi pula dengan ciri-ciri keimanan, kejujuran, semangat dan bertindak, tidak jumud, tidak suka berpoya-poya, jauhi lagha dan segala sifat negatif yang tidak sepatutnya ada pada seseorang yang memiliki jiwa merdeka. Oleh itu kemerdekaan haruslah berjalan atas landasan tauhid. Dalam hal ini, Allah SWT menjelaskan melalui firman-Nya:

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam; dan Kami telah berikan mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah berikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik serta Kami lebihkan (darjat dan kedudukan serta keindahan ciptaan) mereka atas segala makhluk yang Kami ciptakan”.

(al-Isra’: 70)

Rub`i bin Amir seorang sahabat Rasulullah SAW yang telah dilantik oleh Baginda SAW sebagai ketua rombongan untuk bertemu dengan Rustam, Panglima Tentera Parsi bagi memberi penjelasan tentang tujuan kedatangan umat Islam ke Parsi mengatakan:

“Sesungguhnya kami telah dibangkitkan oleh Allah untuk mengeluarkan sesiapa sahaja di kalangan kamu daripada mengabdikan diri kepada sesama hamba, kepada mengabdikan diri hanya terhadap Alah, daripada hidup bernaung di bawah kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan hidup di dunia kepada keluasan hidup dunia dan akhirat”.

Page 13: tamadun

Oleh itu kemerdekaan dalam Islam memberi fokus kepada kemerdekaan aqidah kerana penghayatan ajaran tauhid menjadi tunjang dalam hubungan dengan Pencipta dan mempertautkan hubungan sesama manusia dan alam. Di situlah munculnya sumber kemerdekaan sebenar sebagai unsur menyempurnakan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.

4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Prinsip ini pula membawa maksud penguasaan ilmu duniawi dan ukhrawi termasuklah ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah bagi tujuan melahirkan individu dan masyarakat yang cemerlang spiritual, intelektual, emosional dan materialnya selari dengan kehendak dan inspirasi dasar pendidikan negara. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“… Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat…”.

(al-Mujadalah: 11)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu”.

Nabi Suleiman AS pernah ditawarkan dengan salah satu daripada tiga perkara: takhta, harta dan ilmu. Baginda AS memilih ilmu. Akhirnya baginda memiliki segalanya. Sejarah kejayaan Baghdad dan Andalusia sebagai dua buah pusat ketamadunan Islam yang hebat dalam lipatan sejarah Tamadun Islam juga kerana ilmu pengetahuan. Barat hari ini muncul sebagai Kuasa Besar Dunia pun kerana mereka memiliki ilmu dunia.

Demikian juga ketika berhadapan dengan cabaran globalisasi dalam dunia moden kini, pendekatan ilmu secara bersepadu antara naqli dan aqli mesti dijadikan agenda utama bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang mampu menghadapi rintangan. Bekalan ini sekali gus boleh menyumbang kepada pembangunan bukan sahaja untuk tanah air sendiri tetapi juga kepada pembinaan tamadun ummah seluruhnya. Oleh yang demikian usaha untuk memerhati, mengkaji, menyelidiki segala khazanah kekayaan bumi ini mestilah diusahakan dan dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh umat Islam. Kenyataan ini amat selari dengan penggunaan istilah oleh al-Qur’an seperti; iafala ta`qilun (mengapa kamu tidak menggunakan akal), iafala yatadabbarun (mengapa kamu tidak memerhati) dan iafala tatafakkarun (mengapa kamu tidak menggunakan fikiran) untuk membuat kajian terhadap segala makhluk yang diciptakan oleh Allah.

Penguasaan ilmu pengetahuan bersumberkan hikmah yang bermaksud al-Qur’an terbukti mengangkat martabat umat. Apabila faktor hikmah mula dilupakan, kemajuan berfikir sudah hilang

Page 14: tamadun

dayanya, krisis ulama’-umara’ mula berlaku, tradisi pengkaryaan mula kuncup, tamadun Islam mula meleset dan kebangkitan kuasa Eropah suatu yang tidak dapat dielak lagi kerana minat mereka yang besar untuk menguasai ilmu pengetahuan. (Sidek Baba, JAKIM)

5. Pembangunan Ekonomi Seimbang Dan Komprehensif

Pembangunan ekonomi yang diasaskan kepada keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT memainkan peranan penting dalam membentuk kehidupan selesa. Ia bukan sahaja bermanfaat untuk dunia tetapi juga akhirat. Seimbang dan komprehensif bermaksud kemampuan menyesuai dan memantapkan segala kegiatan ekonomi secara berakhlak antara kerajaan dan swasta secara bersepadu dan berkesan selari dengan konsep persyarikatan Malaysia bagi mewujudkan kestabilan ekonomi dan pembasmian kemiskinan. Dalam hal ini Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an yang bermaksud:

“Setelah selesai mengerjakan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi Allah (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa-apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah kepada Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”.

(al-Jumu`ah: 10)

Umat Islam diminta merebut peluang dalam usaha meningkatkan ekonomi, bekerjasama secara bersepadu antara kerajaan dan swasta dalam usaha membasmi kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh, pertumbuhan ekonomi mapan dan mewujudkan kestabilan ekonomi. Bagaimanapun dalam usaha menuju ke arah pencapaian kualiti tersebut, umat Islam diingatkan agar tidak lalai daripada mengingati Allah SWT dan mengikuti syariat yang dibawa oleh Rasul-Nya.

6. Kehidupan Berkualiti

Kehidupan berkualiti boleh dicapai sekiranya Dharuriyat al-Khams yang terkandung dalam Maqasid al-Syari`ah dipelihara & diperkasakan iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan harta benda. Kiranya semua ini dapat dipelihara dan diperkasa, secara tidak langsung akan memberi jawapan bahawa jiwa masyarakat terbangun dalam keadaan sepadu; melengkapi aspek spiritual, emosional, intelektual dan material dengan segala macam pra-sarana hidup yang sempurna dan menjamin kehidupan selesa. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.

(al-Qasas: 77)