2
HONG YI XIN PISMP SEM 5 BC SK TALENT IDENFICATION DAN TALENT SCOUTING Menurut Lawrie Woodman, Proses penapisan dan Mengenal Pasti Bakat Sukan (Talent Identification / TID) yang berkemungkinan Berjaya dalam sukan serta membantu menempatkan atlet ke arah jenis sukan yang bersesuaian. Program Mengenal Pasti Bakat Sukan di peringkat awal dapat meningkatkan kebolehan serta pencapaian atlet dari aspek perkembangan kemahiran dan teknik. Ia dapat dimulakan lebih awal dengan cara sistematik serta progresif untuk memastikan pembangunan maksima di kalangan atlet. Program TID ini menjalankan dua Ujian iaitu Ujian Antrophometrik dan Ujian Kecergasan. Terdapat 4 komponen dalam Ujian Antrophometrik iaitu Ketinggian Berdiri, Ketinggian Duduk, Panjang Depa dan Timbang Berat. Bagi Ujian Kecergasan terdapat Ujian Lari Pecut 40 meter, Ujian Jangkauan Melunjur, Ujian Lari Ulang Alik 10 meter dan Lompat Jauh Berdiri. Di samping itu, program Talent Scouting/ Ujian Mengenalpasti Atlet Berpakat merupakan satu proses berterusan untuk mengenal pasti atlet berbakat di pelbagai peringkat dalam sukan yang mereka ceburi, di mana mereka telah mempamerkan ciri-ciri dan kualiti sebagai atlet elit berpotensi . Proses mengenalpasti bakat atlet dibuat melalui Program Mengenalpasti Bakat / Talent Scouting. Atlet-atlet ini disenarai pendek bagi menjalani latihan khusus di Pusat Pelapis negeri Majlis Sukan Negara. Para atlet yang telah dipilih ini perlu melepasi kelayakan-kelayakan yang ditetapkan bagi melayakkan diri untuk mengikuti program latihan seterusnya iaitu ke peringkat Pelapis Serantau mahupun Kebangsaan Majlis Sukan Negara.

Talent Idenfication Dan Talent Scouting

Embed Size (px)

DESCRIPTION

talent idenficationtalent Scouting

Citation preview

HONG YI XIN PISMP SEM 5 BC SK

TALENT IDENFICATION DAN TALENT SCOUTINGMenurut Lawrie Woodman, Proses penapisan dan Mengenal Pasti Bakat Sukan (Talent Identification / TID) yang berkemungkinan Berjaya dalam sukan serta membantu menempatkan atlet ke arah jenis sukan yang bersesuaian. Program Mengenal Pasti Bakat Sukan di peringkat awal dapat meningkatkan kebolehan serta pencapaian atlet dari aspek perkembangan kemahiran dan teknik. Ia dapat dimulakan lebih awal dengan cara sistematik serta progresif untuk memastikan pembangunan maksima di kalangan atlet.Program TID ini menjalankan dua Ujian iaitu Ujian Antrophometrik dan Ujian Kecergasan. Terdapat 4 komponen dalam Ujian Antrophometrik iaitu Ketinggian Berdiri, Ketinggian Duduk, Panjang Depa dan Timbang Berat. Bagi Ujian Kecergasan terdapat Ujian Lari Pecut 40 meter, Ujian Jangkauan Melunjur, Ujian Lari Ulang Alik 10 meter dan Lompat Jauh Berdiri. Di samping itu, program Talent Scouting/ Ujian Mengenalpasti Atlet Berpakat merupakan satu proses berterusan untuk mengenal pasti atlet berbakat di pelbagai peringkat dalam sukan yang mereka ceburi, di mana mereka telah mempamerkan ciri-ciri dan kualiti sebagai atlet elit berpotensi. Proses mengenalpasti bakat atlet dibuat melalui Program Mengenalpasti Bakat / Talent Scouting. Atlet-atlet ini disenarai pendek bagi menjalani latihan khusus di Pusat Pelapis negeri Majlis Sukan Negara. Para atlet yang telah dipilih ini perlu melepasi kelayakan-kelayakan yang ditetapkan bagi melayakkan diri untuk mengikuti program latihan seterusnya iaitu ke peringkat Pelapis Serantau mahupun Kebangsaan Majlis Sukan Negara.Proses pemilihan atlet itu dibuat berdasarkan prestasinya di peringkat nasional seperti kejohanan-kejohanan sukan peringkat kebangsaan, Sukan Malaysia atau Temasya Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).Pada pendapat saya, kedua-dua ujian ini adalah lebih kurang sama dan merupakan ujian yang perlu dilalui bagi sesiapa yang ingin masuk ke Sekolah Sukan Malaysia. Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya pelajar-pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke SSM melalui kaedah tertentu serta oleh pihak tertentu iaitu: Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan. Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM. Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.Dengan ini, perbezaan antara Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) dan Program Talent Scouting ialah pihak yang terlibat dan cara pelaksanaannya.