Author
sk-ayer-jerneh-skaj
View
80
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
V
1. Asas Pendidikan Pemulihan
1.1.1 Definisi dan konsep pendidikan pemulihan. 1.1.1.1 Definisi Pendidikan Pemulihan Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah : Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme ofEducational Innovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan Malaysia, pengajaran pemulihan ialah: a process in which children with learning problems are given practical alternatives and effective approaches (programme) in education. Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling
KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pemelajaran munid-munid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Ini bermakna pengajaran pemulihan adalah satu proses pengajaran dengan pendekatan yang lebih berkesan, praktikal bagi munid-munid yang menghadapi masalah pemelajaran. Pusat Perkembangan Kunikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkahlangkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pemelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
1
Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan. Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan pendidikan pemulihan adalah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesukaran dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Bagi Ishak Haron dan Koh Boh Boon (1983), menegaskan bahawa pendidikan pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluankeperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa atau aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Koh (1979) dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979 mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian muridmurid normal. Sharifah (1979) pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah. Chua (1977), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional) yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Kesimpulan pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat
2
1.1.1.2
Konsep Pendidikan Pemulihan
Program Pendidikan Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR. Ia memerlukan tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak murid-murid yang menghadapi kesulitan terhadap kemahiran-kemahiran 3M. Murid-murid pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau kelas pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.(National Association for Remedial Education NARE Great Britain 1977) Menurut Mat Nor Husin dan Jais Sahok 1990, konsep pendidikan pemulihan khas ialah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid yang gagal di peringkat bilik darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak bermasalah. Bersandarkan kepada pendapat tersebut pendidikan pemulihan khas dapat dirumuskan sebagai satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk muridmurid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira yang merupakan fokus utamadalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah . Bagi Koh Boh Boon 1982, konsep pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid lambat, iaitu mereka yang lembab dan gagal menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar oleh guru dalam kelas biasa berbanding dengan murid-murid lain. Pendidikan pemulihan merupakan lanjutan daripada sebahagian pendidikan imbuhan. Ia dikenali juga sebagai remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu
3
1.1.2 Rasional dan objektif pendidikan pemulihan. Pengajaran pendidikan pemulihan khas adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M seperti yang terdapat dalam buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kepada buku garis panduan tersebut, ia lebih menjurus kepada memenuhi keperluan murid-murid yang gagal mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam erti kata lain semua murid Tahap 1 harus dan mampu menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Ini bermakna murid-murid Tahap 1 mesti mencapai kompetensi yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah menguasai kemahiran asas tersebut, murid-murid yang lemah ini dapat meneruskan pembelajaran mereka di kelas biasa. Mereka akan bersaing dengan rakan mereka bagi mencapai tahap kompetensi yang terbaik. Di dalam kelas biasa ini mereka perlu dibantu oleh guru-guru mata pelajaran dan rakan sebaya mereka bagi mengekalkan tahap pencapaian penguasaan kemahiran asas. Keupayaan mereka menguasai kemahiran asas 3 M akan mengurangkan kritikan masyarakat terhadap guru, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya. Selain daripada itu tujuan program pendidikan pemulihan khas adalah untuk membina keyakinan diri dan positif murid-murid pemulihan terhadap pembelajaran. Murid-murid pemulihan ini perlu diberi motivasi bagi meningkatkan keyakinan diri terhadap kebolehan dan bakat yang mereka miliki. Apabila keyakinan diri berjaya ditingkatkan secara tidak langsung murid-murid pemulihan ini akan dapat mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas seperti yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia juga boleh menggalakkan perkembangan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju. Program pendidikan pemulihan khas juga bertujuan untuk mengurangkan bebanan masalah yang dihadapi oleh murid-murid lemah dengan bantuan guru dan pihak-pihak yang berkaitan seperti guru kelas, guru mata pelajaran, guru pemulhan khas, ibu bapa, dan komuniti setempat. Bebanan masalah yang dihadapi oleh murid 4
pemulihan ini akan dapat diatasi seandainya setiap pihak mempunyai jaringan kerjasama yang jitu antara satu sama lain dan memberi komitmen yang tinggi bagi mencapai hasrat semua pihak. Melalui program pendidikan pemulihan khas murid-murid yang lemah juga berpeluang untuk mendapat hak yang sama seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan sebaya dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam dan di luar bilik darjah. Kegagalan murid untuk turut serta dalam aktiviti sosial di sekolah mereka dengan sendirinya dapat di atasi setelah mereka melalui program pendidikan pemulihan khas di sekolah. Justeru itu murid-murid pemulihan ini akan mendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan tahap kebolehan mental mereka tanpa wujudnya kecurigaan dan kebimbangan oleh pihak-pihak tertentu. Hasrat pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga akan tercapai bagi mengatasi masalah disiplin yang ditimbulkan oleh murid-murid yang tercicir ini.
5
2 .1 Sejarah Pendidikan Pemulihan Luar Negara 2.1.1 PL 94-142 dan IDEA
Program pendidikan pemulihan bermula di Amerika Syarikat setelah termaktubnya PL 94-142 apabila seorang kanak-kanak autistik telah berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah. Kanak-kanak tersebut telah memasuki universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang berkelainan upaya. Kejayaan pelajar ini adalah hasil daripada kelulusan undang-undang pada tahun 70-an. Pada 29 Novermber 1975 Kongres AmerikaSyarikat telah meluluskanPublic Law 94-142 . Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang tidak menghalang perkembangan intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada 50 buah negeri di Amerika Syarikat dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia berkeperluan khas serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak kelainan upaya atau berkeperluan khas dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Sekiranya kelainan upaya kanak-kanak itu menyebabkan dia kemajuan dalam kelas biasa maka dia ditempatkan dalam kelas khas. 2.1.2 Laporan Warnock tidak menunjukkan
Laporan Warnock yang dikeluarkan pada tahun 1974 mencetuskan permulaan pendidikan pemulihan di England. Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi Laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan -cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun berikutnya seperti konsep pendidikan inklusif yang secara langsung memansuhkan konsep pengasingan yang diamalkan sebelumnya.
6
Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai integrasi atau inklusif. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini termasuk di Malaysia. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak kanak 1989 (Childrens Act, 1989) menyarankan dua perubahan untuk memperkukuhkan pelaksanaan pendidikan khas . Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh ahli perubatan sahaja dipinda kepada konsep koloboratif iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Jelas sekali akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran melibatkan diri dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangancadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.
Latihan 3: Berdasarkan kepada Akta PL 94-142 Amerika dan Laporan Warnock England, anda dikehendaki membina satu carta yang menggambarkan bagaimana kedua-dua akta tersebut telah berjaya memberi peneguhan kepada program pemulihan.
7
2.1.3 Jomtien World Conference on Education for All (WCEFA) 1990 Lebih 40 tahun dulu kebayakan negara-negara di dunia bersuara melalui Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, menyuarakan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk mendapat pendidikan. Hasil dari pertemuan dalam berbagai konvensyen di seluruh dunia mengenai hak untuk mendapat pendidikan atau pendidikan untuk semua maka tercatat suatu realiti seperti berikut; Terdapat lebih 100 juta kanak-kanak termasuk 60 juta kanak-kanak perempuan tidak mendapat peluang untuk bersekolah. Kebanyakan negara sama ada negara industri atau negara membangun, terdapat lebih 960 juta orang dewasa termasuk dua pertiga (2/3) daripadanya wanita adalah bermasalah dalam literasi dan buta literasi atau buta huruf. Lebih satu pertiga (1/3) orang dewasa tidak dapat mencapai maklumat melalui bahan-bahan bercetak, kemahiran-kemahiran dan teknologi baharu yang boleh meningkatkan kualiti hidup, membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan budaya dan sosial. Lebih 100 juta kanak-kanak dan orang dewasa gagal menamatkan persekolahan dan berjuta lagi yang hanya memenuhi kedatangan ke sekolah tetapi tidak menguasai pengetahuan dan kemahiran sepatutnya.
Terdapat sepuluh artikel penting dihasilkan dalam persidangan WCEFA pada tahun 1990 iaitu; 1. Memenuhi keperluan pembelajaran asas. 2. Membentuk visi 3. Menggalakkan ekuiti dan akses sejagat. 4. Memberi penumpuan kepada penguasaan pembelajaran. 5. Meluaskan makna dan skop pendidikan asas. 6. Meningkatkan persekitaran pembelajaran. 8
7. Mengukuhkan kerjasama. 8. Membangunkan polisi yang menyokong. 9. Menggerakkan resos 10. Mengukuhkan solidariti antarabangsa
2.1.4 Framework for Action on Special Needs Education (FASNE). Salamanca, Jun 1994. Delegasi Persidangan Antarabangsa mengenai Pendidikan Khas yang disertai oleh 92 kerajaan dan 25 organisasi antarabangsa yang bersidang di Salamanca, Sepanyol dari 7-10 Jun 1994 telah menghasilkan satu rangkakerja untuk tindakan mengenai pendidikan khas bagi panduan kerajaan-kerajaan dan organisasiorganisasi yang terlibat. Para delegasi persidangan ini telah menggariskan kenyataan berikut; Setiap kanak-kanak mempunyai hak ke atas pendidikan dan mesti diberi peluang untuk mencapai dan mengekalkan suatu tahap pembelajaran yang sesuai. Setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri, minat, keupayaan dan keperluan pembelajaran yang unik. Sistem dan program-program pendidikan seharusnya dibentuk dan
dilaksanakan dengan mengambil kira kepelbagaian keperluan dan ciri-ciri ini. Mereka yang memerlukan pendidikan khas mesti berpeluang belajar di sekolah-sekolah biasa yang memenuhi kepeluan mereka melalui pendekatan pedagogi yang berpusatkan murid. Sekolah-sekolah biasa yang berorientasikan pendidikan inklusif amat berkesan dalam menangani diskriminasi sikap, mencipta komuniti yang 9
mesra, membina masyarakat yang inklusif dan mencapai pendidikan untuk semua. Selain itu sekolah ini menyediakan pendidikan yang berkesan termasuk kos untuk majoriti kanak-kanak dalam sistem pendidikan ini. Hasil daripada persidangan ini kebanyakan kerajaan yang terlibat telah mengambil langkah dalam meningkatkan polisi dan kewangan untuk membolehkan semua kanak berpeluang mendapat pendidikan yang sesuai dan berkesan untuk melangsungkan kehidupan sebagai rakyat yang dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.
Latihan 4: Soalan berikut membawa pelajar menguasai isi pelajaran. Ulasan anda akan lebih mantap sekiranya anda dapat melayari laman web berkaitan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
Berdasarkan kepada Jomtien WCEFA 1990 dan FASNE Salamanca 1994, anda dikehendaki membina satu ulasan yang menggambarkan bagaimana kedua-dua persidangan tersebut telah berjaya memberi peneguhan kepada program pemulihan.
2.2
Sejarah Pendidikan Pemulihan Dalam Negara
Bermula pada tahun 1965 apabila 3 orang guru yang mendapat latihan di England kembali berkhidmat di Malaysia. Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telah mendapat latihan diluar negara. Program pendidikan pemulihan di Malaysia bermula sebagai Pilot Projek di sembilan buah sekolah rendah di seluruh Malaysia. Projek ini telah bermula di awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. dari kajian yang dijalankan terhadap sekolah-sekolah tersebut didapati Program Pendidikan
10
Pemulihan sangatlah diperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Dalam tahun 1968 hingga 1974 kerajaan telah membekukan pengambilan guru-guru berkursus di bidang pendidikan pemulihan. Berdasarkan Laporan Murad 1971, didapati 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Kesedaran kerajaan terhadap peratusan keciciran murid-murid di sekolah-sekolah rendah menguasai kemahiran-kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira menyebabkan kerajaan mengambil langkah-langkah awal yang positif Laporan Murad dari tahun 1971 hingga 1973 telah menyedarkan semula kerajaan akan pentingnya Program Pendidikan Pemulihan. Pada tahun 1975 seminar yang pertama telah diadakan di Universiti Malaya.
Disamping itu juga dalam tahun 1975, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalam Pendidikan Imbuhan untuk sekolah rendah bawah di dua belas buah sekolah dengan menggunakan strategi pendidikan pemulihan dijalankan oleh guru kelas biasa. Murid-murid yang terlibat dalam projek ini ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang kompleks diserahkan kepada guru pemulihan khas. Projek Pendidikan Imbuhan ini lebih menekankan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan daripada status ekonomi sosial yang rendah. Mereka diberi bantuan dari segi makanan tambahan, pinjaman buku teks dan program pembangunan masyarakat. Walau bagaimanapun projek ini tidak berjaya kerana kanak-kanak lain yang mendapat faedah dan menyebabkan masih ada lagi kanakkanak yang tercicir. Projek ini dihentikan dan ditumpukan terus kepada Pendidikan Pemulihan Khas. Pada tahun yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan Kursus Dalam Cuti (KDC). Peserta-peserta kursus adalah terdiri dari guru-guru terlatih dari sekolah-sekolah rendah. Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut :11
i. ii. iii.
2 minggu dalam cuti penggal pertama 2 minggu dalam cuti penggal kedu 4 minggu dalam cuti penggal ketiga
Adalah menjadi matlamat utama kerajaan dibawah pengelolaan Jabatan Pendidikan Malaysia untuk menyediakan setiap sekolah rendah dengan guru pemulihan yang terlatih. Ekoran dari itu beberapa Maktab Perguruan di seluruh negara telah menyediakan kursus tersebut.
Tahun 1975 1976 1977 1978 1979
Pusat kursus Universiti Malaya Maktab Perguruan Teknik Maktab Perguruan Teknik Maktab Perguruan Teknik Di peringkat Negeri
Tempoh kursus 2 minggu 3 minggu 3 minggu 2 minggu 10 X Sabtu
Pada tahun 1977 kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Pada tahun 1981 Kementerian telah mengadakan kursus dalam cuti penggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek juga diperkenalkan untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang mempunyai latihan khas jangka pendek. 2.2.1 Projek khas
Dilaksanakan setelah mendapat sumbangan daripada yayasan Van De Leer dari Belanda. Pendidikan Imbuhan telah dilaksanakan. Projek khas ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Malaya. 2.2.2 Latihan guru
Selama ini kursus khas pemulihan hanya dijalankan dalam bentuk kursus dalam perkhidmatan iaitu melibatkan guru-guru terlatih yang sedang berkhidmat. Kursus 12
yang ditawarkan adalah dalam bentuk sepenuh masa dan juga dalam cuti dari dua hari hinggalah satu tahun. Mulai Julai 2007 kursus ini telah ditawarkan sebagai kursus pra
perkhidmatan bagi kursus perguruan lepas ijazah. Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa dan juga dalam mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) melalui kursus dalam cuti. Latihan perguruan dalam bidang pendidikan pemulihan terus berkembang ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang dilaksanakan secara sepenuh masa bermula pengambilan pelajar ijazah pertama ini pada Januari 2009.
2.3
Pelaksanaan program pendidikan pemulihan
Walau pun latihan guru pemulihan telah dilaksanakan secara intensif sejak tahun 80an tetapi pelaksanaan program masih lagi tidak dapat dijalankan dengan berkesan kerana pelbagai masalah yang akan dibincangkan kemudian. Mulai tahun 2007 Kementerian Pelajaran mula memberi perhatian serius bagi menjayakan program pemulihan. 2.3.1 2.3.1.1 Arahan dan surat-surat pekeliling Arahan pelaksanaan program pendidikan pemulihan.
Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5): Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkahlangkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu . :
13
2.3.1.2 Surat-surat pekeliling berkaitan pelaksanaan program pendidikan pemulihan Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985. Guru Khas Pendidikan Pemulihan. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986. Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989. Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah.
Latihan 5 Hubung kaitkan peranan Laporan Murad 1971 dengan perkembangan program pendidikan pemulihan di Malaysia. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Bincangkan implikasi surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap program pendidikan pemulihan di sekolah-sekolah rendah.
14
TOPIK 3 Program Pemulihan Dalam dan Luar Negara
3.1 3.1.1
Program pendidikan pemulihan di Malaysia Program Pendidikan Pemulihan Khas
Program Pendidikan Pemulihan Khas mula diberi perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia setelah Laporan Murad 1972 melaporkan terdapat 25% muridmurid sekolah rendah tercicir dan tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kursus dalam perkhidmatan diperkenalkan di mana guru-guru yang berminat dalam bidang pendidikan pemulihan ini dihantar mengikuti kursus 14 minggu dan Kursus Sijil Perguruan Khas selama satu tahun bermula pada tahun 1990an. Laporan akhbar Berita Harian keluaran 27 November 2007 menyatakan kirakira 100,000 murid Tahun Satu tidak dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira sudah tentu mengejutkan. Jumlah ini mewakili 23 peratus keseluruhan murid Tahun Satu. Laporan ini menggusarkan kita tentang kadar keciciran bakal berlaku pada peringkat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah 15
(PMR) dan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) kelak. Berdasarkan keadaan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) secara sepenuh masa, Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) secara kursus dalam cuti dan diikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bermula pada bulan Januari tahun 2009. Program Pendidikan Pemulihan Khas dilaksanakan di dalam sebuah kelas khas secara sistem withdrawal. Program ini dikelolakan oleh guru yang menerima latihan khas dan mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam pendidikan pemulihan khas. Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas khas ini adalah murid dari kelas biasa yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas biasa. Murid yang akan ditempatkan di kelas khas ini perlu mengikuti prosedur tertentu setelah dicalonkan sebelum berjaya diterima mengikuti pendidikan pemulihan khas. Prosedur-prosedur ini adalah seperti yang telah dijelaskan dibawah tajuk 1.1.2.2 di atas. Sistem withdrawal yang diamalkan menuntut guru-guru pendidikan
pemulihan khas melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan rajin, tekun, bertenaga dengan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai, berasaskan model pengajaran tertentu sehingga murid-murid yang ditempatkan di kelas pemulihan khas ini mampu menguasai kemahiran-kemahiran yang gagal dikuasai di kelas biasa dan ditempatkan semula di kelas biasa. Murid-murid yang terpilih ini akan hadir di kelas pemulihan khas pada waktu tertentu untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran berkaitan pemulihan Bahasa Melayu (membaca dan menulis) dan Matematik (mengira). Pada waktu mata pelajaran lain murid-murid ini akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa. 3.1.2 Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR
Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR adalah di bawah tanggung jawab guru mata pelajaran KBSR. Guru mata pelajaran sepatut menilai pencapaian murid pada setiap sesi pengjaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut guru membuat analisis terhadap pencapaian murid dan seterusnya menentukan adakah terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang diajar. Sekiranya terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang telah 16
diajar, maka guru mata pelajaran tersebut perlu melaksanakan pendidikan pemulihan dalam darjah dengan segera agar murid tersebut tidak ketinggalan dan jika dibiarkan, kemungkinan murid akan mengumpul kemahiran-kemahiran yang gagal dkuasainya. Program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran ini lebih berfokus kepada kegagalan murid menguasai kemahiran yang diajar pada waktu tersebut. Program pemulihan dalam kelas KBSR ini menggunakan sukatan mata pelajaran KBSR. Kegagalan berterusan murid yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas KBSR ini membantu guru mata pelajaran untuk mencalonkan murid tersebut agar dapat dibantu dengan lebih khusus dalam program pendidikan pemulihan khas. 3.1.3 Program Literasi dan Numerasi (LINUS)
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh negara mengikut zon negeri masing-masing. 3.1.4 Program Pendidikan Pemulihan Khas Murid Orang Asli (PKMOA)
Pendidikan peringkat rendah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
17
Pada peringkat ini Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu melentur aur biarlah dari rebungnya.Selaras dengan tujuan di atas, Program Khas Murid Orang Asli telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasai kemahiran asas lisan, membaca dan menulis. Mereka akan menjalani program Tahun Pemulihan selepas Tahun 2. Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyediakan bahan kurikulum Bahasa Melayu Tahun Pemulihan seperti berikut : 1. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Pemulihan 2. Modul Buku Aktiviti 3. Bahan Bantu Mengajar (kad imbasan, papan magnetik dan magnet). Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Pemulihan Bahasa Melayu memuatkan senarai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur (lisan), membaca, dan menulis yang perlu dikuasai oleh murid dalam Tahun Pemulihan. Huraian Sukatan Pelajaran ini berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang sedia ada. 3.1.5 Program Tiga M (PROTIM)
PROTIM Bahasa Melayu sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di samping mengira, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR. Objektif pengajaran pemulihan pula adalah seperti berikut :
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahirankemahiran tertentu
18
mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran
memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Program pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun demikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru pemulihan dan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi. PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup program pemulihan. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan pemulihan. PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 3M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab
sepenuhnya mengajar murid yang bermasalah 3M ini. Setelah kajian dijalankan, satu pekeliling dikeluarkan supaya diwujudkan PROTIM bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Guru Pemulihan. Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah. Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan.Soalan disediakn bersama modul yang disertakan bersama surat pelakasanaan PROTIM. Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke atas hendaklah mengikuti PROTIM. 3.1.6 IPP3M (Instrumen Penentu Penguasaan 3M)
IPP3M diperkenalkan bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas 3M. Hasil analisa maklum balas dari murid yang 19
menggunakan istrumen IPP3M ini dapat menentukan kumpulan murid yang perlu meneruskan program pemulihan. Instrumen ini juga dapat memberi maklumat tentang tindakan yang patut diambil untuk membantu murid yang berkenaan. 3.1.7 Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M)
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjeksubjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.
20
Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.
Latihan 6 Anda dikehendaki membincangkan tentang proses pelaksanaan IPP3M, IPP2M dan KIA2M di sekolah anda. Hantar CD tersebut. Bincangkan dan sediakan bahan perbincangan ada menggunakan power point.
3.2
Program pendidikan pemulihan di luar negara dua buah negara yang terkenal kerana pendidikan
Secara ringkasnya
pemulihannya ialah Amerika dan England. Perkembangan di Amerika berkembang pesat setelah termaktubnya PL 94-142, sementara di England pula selepas Laporan Warnock. Menurut Geof Sewell(1982) pendidikan pemulihan mula di perbincangkan lewat 1800. Perkembangannya dapat di lihat di dua buah negara: Ministry of Education (1946 &1953) ; mentakrifkan satu kategori kanak-kanak subnormal dari segi pendidikan sebagai kanak-kanak yang terencat lebih dari 20% daripada umur mereka dan gred kebolehannya tidaklah serendah dan seteruk mereka yang tidak boleh diberi pendidikan. Department of Education and Science (1964) (ch.2,para.1);mencadangkan istilah educationally subnormal ditukar kepada pronounced educational backwardness dan yang selebihnya sebagai slow learner. Malangnya ordinan ini tidak begitu dipakai kerana kerana kebanyakkan orang berasa malu untuk menerima istilah slow learner kerana kategori ini tidak menerima keistimewaan seperti golongan khas lain. Oleh itu istilah yang mudah diterima ialah pendidikan pemulihan Menurut Geof Sewell(1982), krisis ekonomi lewat 70an dan 80an telah menjejaskan pendidikan pemulihan dengan teruk. Kekosongan jawatan guru tidak diisi dan yang sedia ada dalam perkhidmatan terancam . 21
Snell dan Anderson (2000), The Department of Education dalam penilaiannya terhadap program pemulihan yang telah dijalankannya selama 30 tahun dan telah berbelanja lebih 120 billion mendapati bahawa program pemulihan yang dijalankan gagal menaikkan pencapaian kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Maka pada 1994, penguatkuasaan semula dari program pemulihan bercorak individu kepada pemulihan seluruh sekolah dilakukan. Model-model dibina dan penilaian keseluruhan sekolah tidak terpisah dari program-program khas. Pada awal 1990, wujud di sekolah-sekolah awam private remedial education partnership dengan syarikat swasta seperti Sylvan Learning Systems dan Kaplan Educational Services. Pada 1998, Sylvan Learning System mendapat kontrak 13.8 million di Compton,California dimana mutu pendidikan sangat rendah sehingga kerajaan negeri terpaksa ambil-alih dari daerah. Penilaian awal menunjukkan pelajar di dalam program mendapat aras gred setanding selepas pengajaran selama 20 jam. Program Sylvan at School dijalankan keatas 80 000 pelajar di 850 buah sekolah tidak kira sekolah awam ataupun tidak.
22
Topik 4 SINOPSIS Psikologi Perkembangan Murid Pemulihan
Topik ini akan membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan perkembangan murid pemulihan. Topik ini adalah berkaitan dengan konsep perkembangan, teoriteori perkembangan dan aspek perkembangan pada peringkat pralahir, bayi, awal kanak-kanak, kanak-kanak, awal remaja dan remaja. Perbezaan individu berkaitan aspek kognitif, bahasa, psikomotor dan afektif juga dibincangkan dalam topik ini.
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini anda akan dapat: 1. Menjelaskan konsep dan definisi perkembangan. 2. Menerangkan teori-teori perkembangan berkaitan murid pemulihan. 3. Menghubungkaitkan peringkat-peringkat perkembangan berasaskan teori dengan perkembangan murid pemulihan. 23
4. Mengenalpasti dan menjelaskan aspek-aspek perbezaan individu murid pemulihan
4.1
Pengenalan
Murid-murid sama ada murid biasa atau murid pemulihan adalah insan yang dikurniakan oleh maha pencipta kepada kita. Sebagai guru dan ibu bapa kita bertanggungjawab terhadap kurniaan ini. Mereka merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Bagi memenuhi tanggungjawab kita, maka sepatutnya kita mempelajari dengan lebih mendalam tentang kanak-kanak. Selain memahami dengan lebih dekat tentang kanak-kanak, kita juga dapat mengimbas kembali perkembangan kita semasa bayi, awal kanak-kanak, kanak-kanak, awal remaja dan remaja.
4.2
Perkembangan
Secara umumnya perkembangan setiap individu ada yang sama, hampir sama dan ada yang berbeza dengan individu lain. Sebagai manusia biasa setiap individu melalui pengalaman hidup yang tersendiri. Dr. Mahathir, David Beckham, Muhammad Ali dan anda mula berjalan pada usia lebih kurang 1 tahun, terlibat dalam aktiviti mainan fantasi semasa awal kanak-kanak dan mula berdikari semasa remaja. John W. Santrock (2001) mendefinisikan perkembangan sebagai satu corak perubahan yang bermula dari konsepsi dan berterusan sepanjang hayat individu. Perkembangan melibatkan pertumbuhan dan corak perubahannya agak kompleks kerana ia melibatkan proses-proses biologi, kognitif dan sosioemosi.
4.2.1
Proses biologi
24
Proses Biologi melibatkan perubahan-perubahan berkaitan fizikal individu. Gen yang diwarisi dari ibu bapa, perkembangan otak, ketinggian, berat badan, kemahiran motor dan perubahan umur atau baligh yang harmoni semuanya mencerminkan peranan proses perkembangan biologi. 4.2.2 Proses kognitif
Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan berkaitan pemikiran individu, kecerdasan dan bahasanya. Tugas meneliti mainan berwarna yang digantung pada buaiannya, membina perkataan dengan mencantum dua sukukata, menghafal syair, menyelesaikan masalah matematik dan membentuk imaginasi untuk menjadi seorang angkasawan semuanya mencerminkan proses perkembangan kognitif. 4.2.3 Proses sosioemosi
Proses sosioemosi melibatkan perubahan dalam hubungan individu dengan orang lain, perubahan emosi dan personaliti. Bayi mengukir senyuman bila dibelai ibunya, kanak-kanak dalam majlis lelaki bertindak orang agresif dewasa memukul semuanya rakan sepermainannya, proses perkembangan sifat asertif pada seorang gadis dan kegembiraan seorang remaja bersama mencerminkan perkembangan sosioemosi. Proses biologi, kognitif dan sosioemosi saling berhubungkait. Proses sosioemosi membentuk proses kognitif, proses kognitif merangsang dan mengawal proses sosioemosi, dan proses biologi pula mempengaruhi proses kognitif. 4.2.4 Proses dan Tempoh Perkembangan REMAJA
AWAL REMAJA PROSES BIOLOGI PROSES SOSIO 25 EMOSI
KANAK-KANAK AWAL KANAKKANAK
PROSES KOGNITIF
BAYI PRALAHIR
Rajah 1. Proses dan Tempoh Perkembangan
4.2.4.1
Pralahir
Pralahir adalah tempoh 9 bulan di dalam rahim ibu di mana perkembangan dan pertumbuhan pesat berlaku dari satu sel sehingga membentuk satu organisma lengkap dengan otak dan keupayaan tingkah laku. 4.2.4.2 Bayi
Bayi adalah tempoh perkembangan dari lahir hingga usia 24 bulan. Peringkat bayi merupakan satu tempoh pergentungan kepada orang dewasa yang terlalu tinggi. Banyak aktiviti psikologikal bermula dalam tempoh ini seperti bahasa, pemikiran simbolik, koordinasi motor deria dan pembelajaran sosial. 4.2.4.3 Awal kanak-kanak
Awal kanak-kanak adalah tempoh perkembangan dari peringkat akhir bayi hingga 6 tahun. Tempoh ini juga disebut sebagai tempoh prasekolah. Tempoh ini kanakkanak mula belajar menyatakan pendapat dan mengawal diri sendiri. Mula belajar mematuhi arahan, mengenal huruf dan meluangkan banyak masa bermain dengan rakan sebaya.
26
4.2.4.4
Kanak-kanak
Kanak-kanak adalah tempoh perkembangan dari usia 6 tahun hingga 12 tahun. Tempoh ini juga disebut sebagai tempoh sekolah rendah. Tempoh ini kanak-kanak menguasai asas kemahiran membaca, menulis dan mengira. Mereka diberi lebih pendedahan tentang dunia dan budaya. Pencapaian menjadi keutamaan dalam hidup mereka dan kawalan diri sendiri bertambah.
4.3 4.3.1
Teori Perkembangan Teori perkembangan kognitif Jean Piaget
Jean Piaget (1896-1980), merupakan seorang ahli psikologi Switzerland dan tokoh yang amat penting dalam bidang psikologi pada abad ke-20. Fokus teori beliau adalah perkembangan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget telah mengutarakan beberapa konsep penting yang menjadi rujukan ahli akademik. Antaranya ialah Skema, Asimilasi, Akomodasi dan Adaptasi. Konsep Skema merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan yang dikenali sebagai skema seperti 27
gerakan
menghisap,
memandang,
mencapai,
merasa,
memegang,
serta
menggerakkan tangan dan kaki. Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sesuatu yang baru. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru tentang perkara tersebut. Akomodasi merupakan suatu proses dimana struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (membuat penyesuaian) dengan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang ditunjukkan pen akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap pen itu. Adaptasi merupakan satu keadaan dimana wujud keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalamanpengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada 4 tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah, Tahap Sensorimotor atau Deria Motor (0 hingga 2 tahun), Tahap Praoperasi (2 hingga 7 tahun), Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) dan Tahap Operasi Formal (12 tahun ke atas).
28
Teori perkembangan kognitif Jean Piaget \ 4.3.1.1 Tahap Sensorimotor atau Deria Motor (0 hingga 2 tahun).
Pada tahap ini, bayi membina pemahaman terhadap dunia melalui hubungan pengalaman deria motornya seperti melihat, mendengar dan merasa. Kebolehan deria motornya berkembang dari masa ke semasa. Pada peringkat awal kelahiran, corak perkembangan bayi lebih kepada tindakan refleksif seperti senyum, menangis dan mengeluarkan bunyi-bunyi. Bayi tersebut mempelajari sesuatu dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekeliling kemudian menirunya.
4.3.1.2
Tahap praoperasi ( 2-7 tahun ).
Piaget telah bahagikan tahap praoperasi kepada dua sub tahap iaitu, tahap Prakonseptual ( 2-4 tahun ) dan tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ). Pada tahap ini kanakkanak berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran masih tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yang berlainan. Kanak-kanak mula menggunakan perkataan dan Kanak-kanak pada tahap ini bersifat egosentrik di mana mereka melihat sesuatu dari perspektif diri sendiri sahaja.
4.3.1.3
Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun).
Pada tahap ini kanak-kanak boleh berfikir secara logik dan konkrit. Kanak-kanak pada tahap ini menyelesaikan masalah secara cuba- jaya Pada tahap ini, kanak29
kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik yang menyebabkan mereka dapat menerima pendapat orang lain. 4.3.1.4 Tahap Operasi Formal (12 tahun ke atas).
Piaget menegaskan bahawa perkembangan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Pada tahap ini manusia berfikir secara abstrak, mampu membuat hipotesis dan memahami akibat jangka panjang sesuatu tindakan. 4.3.2 Teori Kematangan Arnold Gessel
Arnold Lucius Gesell (1880-1961) mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama menentukan proses pembelajaran. Ini bermakna apabila apabila kesediaan (kekuatan otot, tulang, mental dan fizikal, emosi, dll) tidak mencapai kematangan yang sesuai, peluang-peluang yang diberikan kepada pelajar untuk belajar sesuatu kemahiran tidak akan mencapai hasil yang positif. Menurut Gessel, kanak-kanak sejak lahir-5 tahun, mengalami masa perkembangan yang lancar iaitu terbahagi kepada 5 peringkat mengikut tahun. Tahun pertama semasa berumur 1 bulan, tangisan bayi adalah berbeza mengikut kehendak berlainan. Semasa berumur 4 bulan, Mata bayi dapat bergerak mengikut objek yang dilihat. Semasa berumur 6 bulan, bayi boleh menggenggam objek yang mudah seperti jari ibunya. 7 bulan, kanak-kanak sudah dapat duduk dan merangkak. Setelah berumur 1 tahun kanak-kanak dapat berdiri dengan berpaut pada objek sebagai sokongan. Semasa berumur 1 hingga 2 tahun kanak-kanak masih memerlukan bantuan semasa bejalan sehingga mencapai usia 2 tahun mereka mampu berjalan sendiri. Pada peringkat ini mereka memahami istilah tertentu seperti jangan . 30
Semasa berumur 5 hingga 6 tahun, adalah masa transisi atau peralihan iaitu keperluan untuk bersekolah, mengenali rakan sebaya dan pengubahsuaian kepada peraturan-peraturan yang wujud. Semasa berumur 7 hingga 10 tahun, merupakan masa penyatuan dimana kanak-kanak akan menyesuaikan diri dengan zaman kanak-kanak dan penyesuaian kepada alam persekolahan. Pada peringkat umur 11 hingga 14 tahun merupakan masa transisi atau peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Zaman ini berlaku konflik berhubung dengan akil baligh dan keremajaan. Semasa berumur 15 hingga 16 tahun, mereka dapat menyesuaikan diri dengan alam remaja dan merupakan permulaan kepada persediaan untuk menghadapi alam dewasa.
4.3.3
Teori Perkembangan Tugasan Robert Havighurst
Robert Havighurst berpendapat bahawa setiap individu mesti menyelesaikan tugasan pada setiap peringkat perkembangan pada setiap tahap perkembangan. Sekiranya tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya hasilnya akan membawa kebahagiaan kepada individu tersebut. Jika tidak, individu itu akan mengalami masalah perkembangan pada peringkat yang berikutnya. Havighurst mendefinisikan tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman, dan pencapaian sebagai ciri-ciri setiap peringkat perkembangan. Tugasan atau tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu. Contohnya, bayi perlu merangkak terlebih dahulu sebelum berjalan (lebih rumit) dimana bayi parlu menyelesaikan masalah merangkak sebelum berjalan iaitu kemahiran yang lebih tinggi. Oleh yang demikian beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat. Ini kerana, perkembangan kanak- kanak sudah semestinya lebih lancar sekiranya ibu bapa lebih memahami keperluan pembelajaran anak mereka terutamanya membantu dalam proses ini. Perkembangan tugasan seseorang adalah mengikut peringkat umur masingmasing. Iaitu bayi hingga awal kanak-kanak, iaitu 0 hingga 6 tahun, contohnya belajar makan makanan pepejal, berjalan, bercakap, membuang najis, mula 31
menguasai konsep, sedia belajar bahasa untuk tujuan sosial, dan pengubahsuaian emosi. Peringkat kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, Havigurst mendapati kanak-kanak mula belajar kemahiran fizikal yang sesuai untuk bermain, berkawan, membina sikap kendiri, mula belajar tentang peranan sosial kelelakian dan kewanitaan, membina konsep yang sesuai untuk kehidupan harian barkaitan nilai dan moral, membina kupayaan kendiri, membina sikap terhadap kumpulan dan institusi sosial. Pada peringkat awal remaja dan remaja berusia 13 hingga 18 tahun Havigurst menyatakan individu mula membina hubungan yang lebih akrab dengan kedua jantina, mencapai peranan sosial kelakian dan kewanitaan, memahami keupayaan diri dan menggunakan anggota badan dengan efektif, memahami dan menguasai sistem etika sosial bagi mengawal tingkah laku dan mula menyediakan diri untuk alam perkahwinan.
4.3.4
Teori Perkembangan Psikososial Erik Erickson
Erikson menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Teori Psikososial Erik Erickson ini berdasarkan kepada lima prinsip iaitu; i. ii. iii. iv. v. manusia mempunyai keperluan yang sama perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas terhadap keperluankeperluan asas. perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu. setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti di atasi sebelum individu berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan tahap berikutnya.
32
Erik Erickson dalam teori perkembangan psikososial ini menegaskan terdapat konflik dalam diri manusia mengikut tahap umur dan ia terbahagi kepada 8 tahap. 4.3.4.1 Asas Kepercayaan lawan Asas Ketidakpercayaan (lahir 18 bulan)
Bayi sejak lahir mula menjalin hubungan kasih sayang dengan ibu atau pengasuhnya dan mula membina kepercayaan jika berlaku sesuatu sebaliknya maka membentuk perasaan tidak percaya. Ini bermaksud sekiranya ibu atau pengasuh tidak menjaga bayi dengan baik seperti penyusuan atau penukaran lampin ketika diperlukan. Mula timbul ketidakpercayaan dalam diri bayi terhadap orang lain seperti takut dan berprasangka. 4.3.4.2 Automoni lawan Malu/Keraguan (18 bulan - 3 tahun)
Kemahiran kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal seperti berjalan, memanjat, berguling dan lain-lain. Rasa percaya kepada diri timbul kanak-kanak berjaya melakukan sesuatu dan menerima sokongan ibu bapa atau orang lain. Sekiranya gagal dan tiada sokongan mereka akan rasa gagal dan rasa ragu-ragu terhadap keupayaan diri. 4.3.4.3 Inisiatif lawan Perasaan Bersalah (3 6 tahun)
Kanak-kanak akan mula berdikari, melaksanakan sesuatu tugasan dengan inisiatif sendiri. Jika gagal maka perasaan bersalah akan timbul. penjelasan dan rasa bersalah terhadap diri sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi peluang semasa mencuba kemahiran. Mereka meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran-kemahiran baru, suka bertanya, meminta
4.3.4.4
Ketekunan lawan Rasa Rendah Diri (6-12 tahun)
Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Kemahiran 33
yang diperoleh berkisar di alam persekolahan. Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka. 4.3.4.5 Identiti lawan Kekeliruan Identiti (12-18 tahun)
Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pelbagai aspek seperti pekerjaan, peranan jantina, sosial dan sabagainya jika tidak perasaan rendah diri akan timbul. Mereka akan meniru identiti orang lain di persekitaran. Sekiranya gagal, akan timbul kecelaruan identiti, rasa tidak selamat, ragu- ragu dan akan mengalami pelbagai masalah di peringkat seterusnya. 4.3.4.6 Keintiman lawan Pengasingan (18-35 tahun)
Pada tahap ini manusia akan membentuk keintiman dalam perhubungan menuju ke alam perkahwinan serta membina kerjaya, sekiranya gagal akan merasa terasing dan tersisih. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain(suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri.
4.3.4.7
Generativiti lawan Pemusatan Kendiri (35-60 tahun)
Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik dapat memuaskan hati, atau sebaliknya akan membawa kepada perasaan mementingkan diri serta hanya memusatkan kepada perkembangan atau aktiviti diri. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain. 4.3.4.8 Kesepaduan lawan Putus Asa (60 tahunakhir hayat)
Tahap ini merupakan kemuncak perkembangan iaitu berkaitan dengan kejayaan hidup berkeluarga dan karier akan menimbulkan kepuasan dalam diri. Perkara sebaliknya jika gaga akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan di hari tua dan berputus asa dengan kehidupanya.
34
4.3.5
Teori Penaakulan Moral Lawrance Kohlberg
Lawrance Kohlberg (1984) membina sesuatu model perkembangan moral berasaskan penaakulan moral. Mengikut teori perkembangan Kohlberg, seseorang individu biasanya mengalami 3 tahap perkembangan moral yang utama iaitu Tahap 1 (Moraliti Pra- konvensional), Tahap 2 (Moraliti Konvensional) dan).
4.3.5.1
Tahap 1 Moraliti Pra-konvensional
Adalah berkaitan dengan penaakulan moraliti zaman awal kanak-kanak. Tahap ini terbahagi kepada peringkat pertama dan kedua. Pada peringkat pertama, penaakulan moraliti kanak-kanak adalah berorientasikan hukuman, ini bermakna mereka mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman. Peringkat kedua adalah berorientasikan ganjaran. Pada peringkat ini kanak-kanak mematuhi Tahap 3 (Moraliti Pasca- Konvensional peraturan untuk mendapatkan ganjaran dan pertolongan atas dasar mengharapkan balasan.
4.3.5.2
Tahap 2 Moraliti Konvensional
Adalah berkaitan dengan penaakulan moraliti semasa zaman kanak-kanak. Pada tahap ini juga terdapat 2 pringkat iaitu peringkat ketiga dan keempat. Pada peringkat ketiga, penaakulan adalah berorientasikan kanak-kanak baik (good boy-nice girl orientation), iaitu berdasarkan apa yang dipersetujui atau pandangan orang terhadap mereka. Pada peringkat keempat, penaakulan adalah berorientasikan aktoriti iaitu mematuhi sebulat-bulatnya peraturan dan undang-undang masyarakat demi mengelakkan hukuman atau denda.
4.3.5.3
Tahap 3 Moraliti Pasca-Konvensional
35
Adalah berkaitan dengan penaakulan moraliti semasa zaman remaja. Pada tahap ini juga terdapat 2 pringkat iaitu peringkat kelima dan keenam. Pada peringkat kelima, penaakulan adalah berorientasikan kontrak sosial, pada peringkat ini remaja sudah memahami sebab mematuhi undang-undang kerana keperluan ketenteraman sosial dan mengakui peraturan perlu ditukar sekiranya sesuai. Peringkat keenam, penaakulan adalah berorientasikan prinsip etika universal iaitu lebih kepada individu dan hati murni. Mematuhi kerana prinsip keadilan dan untuk menjaga imej diri. 4.4 Perbezaan Individu
Perbezaan Individu Latihan adalah 7ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal,
Jelaskan ciri-ciri utama peringkat perkembangan berdasarkan teori berikut: mental, sosial, emosi di kalangan individu . Perbezaan Individu satu hakikat yang 1. Jean Piaget 2. Arnold Gessel 3. Robert Havigurst tidak boleh dinafikan, tetapi sering apabila manusia mengambil tindakan 4. Erik Erikson 5.diabaikan Lawrence Kholberg
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap individu berbeza dari segi lahiriah dan rohaniah, kadar perkembangan, tingkah laku dan kebolehannya.
4.4.1
Konsep dan definisi perbezaan individu
Perbezaan individu merupakan keadaan atau sifat yang tidak sama antara individu, kelainan atau ketidaksamaan antara individu. Ia juga melibatkan ketidaksamaan atau ketidakserupaan di kalangan ahli-ahli sesuatu kumpulan melalui ciri-ciri yang telah dikenalpasti seperti ciri-ciri pola tingkah laku atau cara pemikiran yang membezakan individu daripada yang lain. Perbezaan individu juga melibatkan ketidaksamaan dikalangan individu sama ada dari segi fizikal seperti tinggi, berat, warna rambut, kulit, mata, dan dari segi mental, sosial dan emosi. Ketidaksamaan beberapa aspek lahiriah dan rohaniah yang terdapat pada diri seseorang individu sering diabaikan apabila membuat tindakan menyelesaikan masalah. Menurut Mohd Salleh (1991) ketidaksamaan yang terdapat pada diri seseorang dari segi mental, pencapaian akademik, penguasaan bahasa, saiz fizikal, perwatakan, sosial, emosi atau moral dan kreativiti. Perbezaan tersebut adalah yang dapat dilihat dan ada yang tidak dapat dilihat. 36
Howard Gardner (1983) mengemukakan Teori Pelbagai Kecerdasan. Semua insan punyai aspek kecerdasan yang tertentu. Setiap kecerdasan melibatkan satu set kemahiran yang membolehkan individu itu menyelesaikan masalah. Ada antara kecerdasan ini boleh berkembang ke tahap lebih tinggi berbanding dengan kecerdasan lain. Ini menyokong kewujudan perbezaan individu. Melalui kajiannya, Gardner mendapati tujuh jenis kecerdasan iaitu kecerdasan linguistik, logikalmatematik, ruang(spatial), muzik, kinestatik, intrapersonal dan interpersonal (Gardner&Hatch,1989). Gerald Grow(1977) menyatakan, Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis. M.E Breckenridge dan E.C. Vincent (1955) menjelaskan tentang perbezaan individu dari aspek perkembangan. Setiap kanak-kanak mempunyai pertumbuhannya tersendiri yang unik. Sesetengah kanak-kanak kelihatan lambat buat beberapa tahun di sekolah tetapi kemudiannya menjadi pelajar yang cemerlang. Ng Wai Kong (1983) menyatakan perbezaan individu merupakan perbezaan yang diukur dalam perlakuan-perlakuan, kemahiran-kemahiran dan respon-respon terhadap satu siri ujian ciri-ciri sahsiah. Setiap individu berbeza dari sudut penggunaan jumlah struktur yang mahu digunakan untuk memahami kesamaran medan pengalaman atau persepsi. Individu yang gaya kognitif medan bebas mempunyai kecenderungan untuk mengorganisasikan kembali, menstruktur semula atau menyemak semula maklumat yang diperolehi bagi memenuhi keperluan, konsepsi dan persepsinya. Manakala individu yang gaya kognitif bergantung medan terikat hanya menerima secara bulat-bulat serta mengekod maklumat yang diterima tanpa melakukan proses-proses mengorganisasi kembali. Dictionary of Psychology (1973) mendefinisikan perbezaan individu sebagai variasi atau ketidaksamaan dari norma kumpulan sama ada dari sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkahlaku, sosial, bakat atau aspek lain mungkin terdapat sesama individu dalam satu kumpulan.
37
Kesimpulannya setiap individu adalah unik, berbeza lahiriah atau rohaniah dan mempunyai ciri tersendiri. Kembar seiras dikatakan sama tetapi tidak seratus peratus. Murid-murid dalam satu kelas sama ada dalam kelas biasa atau kelas pemulihan adalah berbeza. Guru perlu sedar tetang perbezaan individu untuk menyelesaikan masalah berkaitan murid-muridnya. Guru perlu sedar dan faham tentang masalah perbezaan individu. Mengetahui bagaimana perbezaan ini mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu peka kepada faktor penyebab perbezaan individu dan memberi perhatian serius kepada perbezaan tersebut. Guru mesti menerima hakikat bahawa setiap individu itu berbeza. 4.4.2 Aspek-aspek perbezaan individu
Perbezaan yang diwarisi ialah individu unik kerana ia ciptaan baru. Dapat dilihat dari luarannya paras rupa, susuk badan (tinggi, berat, saiz) jantina, kemahiran fizikal, kebolehan kerja tangan, warna mata, rambut dan kulit, bentuk hidung, mata, telinga, perwatakan. 4.4.2.1 Aspek fizikal Jantina-Umur-Saiz Berat-Ketinggian Kanak-kanak yang lambat pertumbuhan akan menjadi individu yang pemalu, takut, rendah diri, tidak berkeyakinan untuk berinteraksi, konsep kendiri yang rendah. 4.4.2.2 mengingat, Aspek kognitif menaakul, menganalisis, kebolehan berbahasa, mengira dan Kecerdasan mental individu berbeza menyebabkan keupayaan berfikir logik, belajar, berimiginasi, kebolehan bertindak cepat, berfikiran kehadapan, pengetahuan sedia ada, pengalaman latar belakang dan kreativiti berbeza. 4.4.2.3 Aspek emosi Ekspreasi emosi (muka, posisi, gerak badan, nada suara). Pengalaman membantu individu membina kebolehan mengawal emosi & bertoleransi, menyatakan emosi, ketenteraman dan penyelesaian emosi, kebolehan menanggung kekecewaan, kesabaran dan mengawal emosi (gembira, duka, suka, marah, benci, cinta, kasih sayang, 4.4.2.4 takut dan sebagainya)Sikap dan nilai positif terhadap pelajaran menyebabkan kanak-kanak berusaha gigih. Aspek sosial
38
Guilford (1959) menerangkan perbezaan sosial yang akan menentukan sama ada individu itu pemalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah atau impulsif. Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta temperamen juga mempengaruhi individu. 4.4.2.5 Aspek rohani Kepercayaan kepada agama yang berbeza dan latarbelakang kerohanian berbeza mempengaruhi individu. Nilai murni yang terdapat dalam didikan agama membantu kanak-kanak mengawal diri dan membina sahsiah yang cemerlang. Penerapan nilai yang dianjurkan agama oleh guru dan ibu bapa membantu kanak-kanak menjadi insan yang cemerlang, sabar, berusaha gigih, saling membantu dan sebagainya 4.4.2.6 Aspek bahasa Murid-murid sekolah luar bandar dan pedalaman pencapaian agak rendah akibat masalah bahasa. Penguasaan bahasa, dialek daerah, kenegerian, bahasa pasar, bahasa ibunda dan sebagainya mempengaruhi perbezaan individu. 4.4.3 Faktor penyebab perbezaan individu. 4.4.3.1 Baka mendapati Sifat yang diwarisi daripada ibu bapa, nenek-moyang, keturunan matematik, pentaakulan dan ingatan adalah diwarisi. 4.4.3.2. Persekitaran
kecerdasan dan kebolehan seperti kefahaman, kelancaran berbahasa, kebolehan
Didikan ibu bapa secara autokratik seperti mengharapkan taat tanpa soalan dan menggunakan hukuman dan dendaan akan membentuk individu yang tidak dapat berdikari, kurang keyakinan diri, tingkahlaku tidak puas hati, tidak mudah mempercayai dan memencil diri dari sosial. Didikan ibu bapa secara demokratik dengan membiar anak lakukan apa sesuatu dalam kawalan dan had. Memberi panduan galak anak pikul tanggungjawab, beri kasih sayang membentuk individu yang mampu berdikari, dapat kawal diri, berpencapaian tinggi, ramah, berpuas hati dan berketerampilan dalam bersosial. Semasa mengandung ibu mengidap penyakit (rubella, kencing manis) tidak amalkan pemakanan seimbang, merokok, mengambil pelbagai ubat, menagih dadah akan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan yang ringan atau serius seperti buta, pekak dan kerencatan akal. Pengaruh persekitaran dalam perkembangan individu 39
yang memberi kesan positif atau negatif akan menyebabkan perbezaan individu yang berpanjangan.
Topik 5 Profil Murid PemulihanTopik ini akan membincangkan definisi, ciri-ciri, masalah murid pemulihan, dan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah masalah murid pemulihan. Ia juga akan menghuraikan tentang perbezaan ciri dan keperluan murid pemulihan dengan murid biasa, disleksia dan murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Hasil Pembelajaran 1. Menjelaskan definisi murid-murid pemulihan. 2. Menghuraikan ciri-ciri dan masalah murid pemulihan. 3. Membuat perbandingan murid-murid pemulihan dengan murid-murid normal, pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan disleksia. 4. Menjelaskan perbezaan di antara murid pemulihan dengan murid-murid normal, pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan disleksia.
40
5.1 Definisi Murid-murid Pemulihan
Dalam konteks pendidikan di Malaysia murid-murid ini adalah mereka yang gagal mencapai sasaran penguasaan kemahiran 3 M. Murid-murid ini mengalami kesulitan untuk menguasai kemahiran tersebut dan sering tercicir di dalam kelas Syarifah Alwiyah Alsagof (1993), menyatakan bahawa murid pemulihan sebagai murid yang gagal mencapai purata pencapaian majoriti murid dalam kumpulan umurnya. Mereka memerlukan pengajaran berbentuk penyesuaian dan pembetulan yang khusus. pemulihan kerja-kerja Mat Nor Hashim (1990), mendefinisikan pelajar sebagai pelajar yang ketinggalan dari segi kemajuan akedemiknya sekolah dan tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan.
disebabkan oleh kekurangan tahap kecerdasannya. Kerap gagal dalam menyiapkan
Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) pula, mentakrifkan bahawa murid pemulihan adalah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Dalam Buku Panduan Khas Program Pemulihan KBSR (1982) menjelaskan bahawa murid pemulihan adalah terdiri daripada mereka yang menghadapi masalah dan gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Mereka juga turut melakukan kesalahan dalam kerja yang diberikan oleh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu prestasi mereka ketika peperiksaan dan ujian yang dilaksanakan oleh pihak sekolah agak kurang memuaskan. Ini bermakna mereka banyak menempuh kegagalan daripada kecemerlangan seperti yang dialami oleh rakan sebaya mereka.
41
Brennan (1974), mentakrifkan murid pemulihan adalah sebagai murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka. Namun begitu kegagalan ini bukanlah bererti mereka dapat dikategorikan sebagai kanakkanak cacat.Gulliford, R. (1971), mendifinisikan murid pemulihan sebagai muridmurid dengan pelbagai kesulitan pembelajaran khas seperti terhad kecerdasan, emosi, dan tingkah laku. Mereka memerlukan perhatian guru untuk dipulihkan semula seperti rakan sebaya mereka. Murid-murid ini perlu ditempatkan di dalam kelas pemulihan dan diberikan rawatan pendidikan oleh guru pemulihan yang khusus. Bagi Collins, J.E. (1961), menjelaskan bahawa mereka ini adalah golongan kanak-kanak yang boleh menguasai sesuatu kemahiran di bawah umur biasanya. Ini bermaksud kanak-kanak ini hanya boleh menguasai kemahiran yang rendah berbanding dengan rakan sebaya. Berdasarkan kepada definisi-definisi yang diberikan di atas dapat disimpulkan bahawa murid-murid pemulihan adalah terdiri daripada kalangan mereka yang menghadapi masalah bukan sahaja dari aspek kemahiran tetapi ia turut melibatkan unsur-unsur lain seperti masalah tingkah laku, emosi dan komunikasi.
Latihan 9 Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda di sekolahadakah terdapat persamaan dan perbezaan seperti yang dinyatakan oleh pendapat tokoh-tokohtersebut. Bincangkan.
42
5.2 Ciri-ciri Murid Pemulihan
i. ii. iii. iv. v.
Masalahemosidantingkahlaku. Sosial Kesihatan Kesediaanbelajar Pengamatan
5.2.1 Masalah emosi dan tingkah laku 5.2.1.1 Perasaan risau dan rendah diri. Murid-murid pemulihan mempunyai perasaan kerisauan yang tinggi. lebih aktif. Secara tidak langsung juga ia akan menjadikan diri mereka sebagai seorang yang pasif dan sentiasa mahukan pertolongan orang lain 5.2.1.2 Perasaan sedih. Riak air muka mereka juga dalam situasi seperti orang yangberada dalam kesedihan. 5.2.1.3 Perasaan cepat bosan terhadap pelajaran. Murid pemulihan akan cepat merasa bosan terhadap pembelajaran mereka. dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Haigh G (1977), telah mencirikan kanakkanak pemulihan sebagaitidak bersedia untuk memikirkan konsep-konsep yang abstrak, mempunyai minat yang terhad dan tidak pelbagai. 5.2.2 Masalah sosial keadaan gelisah dan sering bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu rakan yang lain. Akibat daripada tingkah laku seperti ini telah menyebabkan murid-murid lain berasa benci kepadanya. Mereka juga kerap ponteng kelas dan tidak hadir ke sekolah. ke sekolah. Ketidakhadiran mereka ke sekolah juga kerap mengganggu perancangan guru. suka berbohong dan kadang-kadang suka mencuri barang-barang rakan sebaya di dalam kelas. Ia seolah-olah telah menjadi satu tabiat kepada mereka. Tabiat seperti ini telah menimbulkan keresahan dan kebencian rakan sebaya terhadap mereka. 43
5.2.3 Kesihatan Murid pemulihan juga sering mengalami masalah kesihatan. Kesihatan mereka sering terganggu akibat daripada kurangnya zat makanan yang dapat membantu tumbesaran dengan sempurna sama ada dari aspek fizikal mahupun kecerdasan kognitif. Selain daripada itu pergerakan motor kasar dan motor halus mereka juga lemah. Mereka gagal untuk melakukan gerakkan motor kasar dan motor halus dengan sempurna. Apabila mereka gagal menguasai kedua-dua kemahiran ini, ia akan memberi kesan kepada penguasaan kemahiran yang diajar oleh guru. Kemahiran motor halus umpamanya banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti menulis.
5.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Masalah Murid Pemulihan5.3.1 Faktor Fizikal Kesulitan ini telah menyukarkan mereka untuk melaksanakan pergerakan yang memerlukan penggunaan koordinasi otot-otot seni. Kemahiran menulis umpamanya memerlukankeselarasan koordinasi otot-otot seni atau psikomotor. Kegagalan otot mereka berfungsi dengan sempurna akan menyebabkan mereka gagal untuk menguasai kemahiran menulis. Mereka sering sakit terlalu lama dan terpaksa meninggalkan alam persekolahan bagi mengikuti rawatan. Akibat terlalu lama meninggalkan sekolah mereka akan tertinggal 5.3.2 Faktor Mental di bawah paras normal menyebabkanmerekalambatberfikirdanbertindak, lekaslupa, sukarmemahamidanlemahpengamatan. 5.3.3 Faktor Sosial . Persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada berlakunya masalah pembelajaran dalam kalangan murid pemulihan. Murid yang tinggal di kawasan yang tidak kondusif atau sempurna dari aspek prasarananya akan memberi implikasi terhadap perkembangan pembelajarannya.
5.4 Perbezaan Antara Murid Pemulihan, Normal (Biasa) dan Disleksia44
Perbezaan di antara ketiga-tiga kategori murid ini dapat ditunjukkan melalui jadual di bawah. Perbezaan-perbezaan Mengikut Kategori Murid Murid Pemulihan Murid Normal / Biasa Murid Disleksia Penempatan Murid Proses pencalonan oleh Murid biasa yang lemah Dipilih guru besar, guru kelas, perlukan ibu bapa. guru mata pelajarandan dalam kelas sahaja. Disleksia dicalonkan
setelah
gagal setelah kerana
pemulihan Instrumen Senarai semak
Tidak
pencapaian rendah Masalah Murid menguasai Murid KIA2M yang telah Bermasalah dalam 3M - lulus Ujian Pelepasan penguasaan kemahiran bahasa dan matematik Kelas Pembelajaran Kelas biasa Tenaga Pengajar
kemahiran utama mengira
membaca, menulis dan
Kelas pemulihan khas
Kelas khas pembelajaran spesifik
Guru Pemulihan Khas
Guru
mata
pelajaran Guru PendidikanKhas
biasa. Proses Penempatan Melalui ujian saringan Pengesahan pakar perubatan daripada
Topik 6 : Pengurusan Program Pendidikan PemulihanSinopsis Topik ini akan menjurus kepada Pengurusan Program Pendidikan Pemulihan. Di 45
bawah topik ini, ia membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengannya secara lebih mendalam. Antara perkara yang akan dibincangkan di bawah topik ini ialah jenis kelas seperti kelas khas, kelas biasa, kelas khas pemulihan withdrawal, kelas bercantum dan kelas inklusif.
Hasil Pembelajaran Antara hasil pembelajaran bagi topik ini ialah: 1. Mengenal pasti jenis-jenis kelas. 2. Menghuraikan ciri-ciri kelas dan bentuk-bentuk kelas yang terdapat dalam sistem persekolahan di negara ini. 3. Membuat perbandingan antara satu sama lain bagi jenis-jenis kelas tersebut. 4. Menghasilkan reka bentuk kelas yang kondusif dan sesuai untuk kelas pemulihan khas.
Kerangka Tajuk
46
Kandungan Isi
6.1
Definisi Kelas Setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah-sekolah
di Malaysia memerlukan kelas. Ia terdiri daripada sebuah bilik yang berukuran segi empat tepat. Ada kelas yang satu bay, dua bay dan tiga bay. Kelas yang normal biasanya ia mempunyai tiga bay. Kelas tiga bayakan dapat menampung murid di antara 25 hingga 30 orang. Kelas yang sebegini adalah merupakan kelas yang kondusif dan tidak terlalu padat dengan murid. Kelas yang sesak akan menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kelas ini akan dilengkapi dengan prasarana yang bersesuaian seperti papan tulis, meja guru, meja murid, kerusi guru, kerusi murid, almari, papan kenyataan dan sebagainya. Kamus Dewan telah mendefinisikan kelas sebagai sebuah bilik (tempat) belajar atau bilik darjah. Di dalam kelas tersebut terdapat murid-murid yang melaksanakan proses pembelajaran dan aktiviti yang berkaitan dengannya. Guru 6.2 Jenis-jenis Kelas
47
6.2.1 Kelas Khas Kelas khas dapat didifinisikan sebagai sebuah kelas yang khusus untuk muridmurid bermasalah pembelajaran. Ia dibina bagi menampung murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran seperti kanak-kanak sindrom down, terencat akal, autisme, epiepsi dan lain-lain lagi. Penempatan murid-murid ini ke dalam kelas khas ini murid-murid adalah khas berdasarkan melakukan kepada pengesahan selaras pegawai dengan perubatan.pelbagai kemudahan. Kemudahan-kemudahan ini akan dapat membantu berkeperluan aktiviti-aktiviti keupayaan mereka yang terhad. 6.2.2 Kelas Biasa Kelas biasa adalah terdiri daripada kelas yang terdapat di sekolah-sekolah harian biasa. Keluasan kelas ini adalah tiga bay yang biasanya dapat menampung murid di antara 25 hingga 30 orang murid. Kelas yang sebegini biasanya adalah untuk murid-murid normal yang menerima proses pembelajaran biasa. 6.2.3 Kelas Khas Pemulihan Withdrawal. Sebuah bilik khas perlu disediakan bagi menjalankan Program Pemulihan Khas. Murid yang akan mengikuti program pemulihan khasakan dibawa ke kelas pemulihan khas untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pemulihan secara khusus daripada guru pemulihan khas. kondusifberukuran 3 bay. Kebiasaannya Kelas Pemulihan Khas ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu : i. Kelas Pemulihan Khas Satu Bay Kelas Pemulihan Khas satu bayadalah terdiri daripada satu pertiga daripada keluasan kelas biasa. Ia sangat kecil dan sempit hanya boleh menampung di antara dua hingga tiga orang murid pemulihan sahaja.terletak di lorong-lorong laluan & stor penyimpanan barang atau peralatan sukan turut dijadikan kelas pemulihan khas. Kelas yang seperti ini adalah amat tidak sesuai kerana dari segi sistem pengudaraannya yang, perabot xdok, Kelas Pemulihan Khas Dua Bay 48
Kelas Pemulihan Khas dua bayadalah terdiri daripada dua pertiga daripada keluasan kelas biasa. terletak bersebelahan kelas normal atau berhampiran dengan pejabat pengurusan sekolah. mempunyai ruang pengudaraan yang agak baik kerana ia mempunyai keluasan . mempunyai ruang tingkap yang banyak dan dua pintu keluar masuk murid dan guru pemulihan. Kemudahan ini. Keluasan kelas dua pertiga ini akan dapat mewujudkan kiosk-kiosk pembelajaran seperti kiosk bahasa, kiosk logik matematik, kiosk interpersonal, kiosk interapersonal, kiosk muzik, kiosk kinestetik, kiosk ruang (spatial) dan kiosk seni. Namun kewujudan kiosk-kiosk ini juga agak terbatas dengan keluasan kawasan kelas. ii. Kelas Pemulihan Khas Tiga Bay Lokasi bilik atau kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah sekolah 6.2.4 Kelas Bercantum
Kelas bercantum merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid dalam tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang Sekolah Kurang Murid . Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan pula tidak melebihi 14 orang.. ..sekolah yang mempunyai 3 orang guru boleh mencantumkan murid-murid daripada tiga tahun persekolahan bagi membentuk sebuah kelas bercantum. Manakala, sebuah sekolah yang mempunyai 4 atau 5 orang guru pula boleh mencantumkan murid-murid daripada dua tahun persekolahan dalam sebuah kelas. Namun, biasanya, bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas bercantum tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah mengikut nisbah bilangan kelas yang terdapat disesebuah sekolah berkenaan.
6.2.5 Kelas Inklusif
49
Bailey ( 1998 ) merujuk inklusif sebagai memasukkan pelajar istimewa bersama pelajar lain ke sekolah biasa , mengikut kurikulum yang sama pada masa yang sama di dalam bilik darjah yang sama, dengan penerimaan yang penuh oleh semua dan mereka merasakan mereka tidak berbeza daripada pelajar lain. Pendidikan inklusif di negara ini telah bermula sejak tahun 1962 untuk pelajar bermasalah penglihatan. Pelajar ini telah belajar dalam kelas khas biasa bersamasama pelajar normal dengan bantuan guru khas ( guru resos ). Pada sesi persekolahan 1993 / 1994 satu era baru telah berlaku dalam perkembangan pendidikan inklusif. Seramai tiga orang pelajar khas bermasalah pendengaran telah ditempatkan ke tingkatan 6 Rendah dengan dibantu oleh dua orang guru resos di Sekolah Menengah Methodist ( L ) Kuala Lumpur ( Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas , 1995 ) Booth ( 1996 ) inklusif mempunyai dua proses yang berhubungan iaitu proses peningkatan penglibatan pelajar dalam budaya dan kurikulum sekolah aliran utama dan komuniti dan proses pengurangan pengasingan daripada budaya aliran utama dan budaya.Pendidikan inklusif merupakan pendidikan umum yang melibatkan semua pelajar sama ada yang normal, kurang upaya atau yang pintar cerdas di dalam satu sekolah yang sama bagi memaksimumkan kemampuan mereka.
7. Strategi Pelaksanaan Program Pemulihan SINOPSIS 50
Topik ini akan membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan strategi pelaksanaan program pemulihan. Topik ini adalah berkaitan dengan aspek pencalonan murid, proses saringan, proses diagnosis dan analisis ujian serta tindakan susulan.Tajuk ini juga akan menerangkan mengenai proses-proses yang dilalui oleh seorang murid pemulihan yang terpilih untuk mengikuti kelas pemulihan. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini anda akan dapat: 1. mengenal pasti strategi pelaksanaan program pemulihan 2. mengetahui bagaimana pencalonan murid pemulihan dilaksanakan. 3. mengetahui proses pelaksanaan ujian diagnostik ke atas murid-murid pemulihan 4. memahami bagaimana proses pemilihan murid-murid pemulihan dilakukan.
7.1
Pengenalan
Program pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid-murid yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira. Dalam melaksanakan program tersebut ia memerlukan satu proses yang saling berkaitan di antara satu sama lain. Proses yang terlibat ialah pencalonan murid, ujian saringan, ujian diagnosik dan analisis ujian dan tindakan susulan.
7.27.2.1
Proses Pelaksanaan PemulihanCarta Alir Proses Program PemulihanPencalonan dan Pengumpulan Maklumat
Kelas Biasa / Tindakan Susulan
51
Ujian Saringan Sudah Menguasai 3M Belum menguasai Kemahiran 3M Ujian Diagnostik Dan Ujian Pengamatan Analisa Ujian Diagnostik Dan Ujian Pengamatan
Penyediaan Rancangan Pengajaran Sudah Menguasai Kemahiran 3M Pengajaran & Pembelajaran
Penilaian Penilaian
Belum menguasai Kemahiran 3M. Meneruskan Pengajaran Pemulihan
7.2.2
Pencalonan Murid
Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk ditempatkan di dalam program pemulihan. dilakukan oleh : 7.2.2.1 Guru Kelas Pencalonan murid pemulihan boleh
Guru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis, membaca dan mengira, hasil kerja murid dalam kelas, keputusan ujian bulanan, semester dan ujian setiap kemahiran. 52
7.2.2.2
Guru Mata Pelajaran
Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkan murid yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan kepada pencapaian mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasai kemahiran yang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelas pemulihan. 7.2.2.3 Guru Besar
Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah. 7.2.2.4 Ibu bapa / penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti
Ibu bapa atau penjaga mereka.
program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak
7.2.2.5
Ujian Pelepasan KIA 2 M
Murid-murid boleh dicalonkan berdasarkan kepada Ujian pelepasan KIA 2M bagi murid Tahun 1. Bagi murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M maka mereka layak dicalonkan untuk mengikuti saringan program pemulihan. Masa yang paling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan. 7.3 (a) Proses Pengumpulan Maklumat Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan
memahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan
53
membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau tidak. (b) Daripada rekod individu, guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek
penting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid. (c) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata
pelajaran-mata pelajaran asas. (d) Lain-lain sumber maklumat ialah :(i) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan. (ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja, kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain. (iii) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran. (iv) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahan kelemahan murid. (e) Borang Rujukan mengandungi:(i) kemahiran asas membaca dan menulis (ii) kemahiran asas mengira (iii) tingkah laku di bilik darjah
7.3.1 Proses Saringan
54
(a) Fungsi: Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian. Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain itu ujian akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan. Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan beberapa faktor seperti skor yang lemah, jenis masalah yang dihadapi oleh murid dan ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas. (b) Instrumen Ujian Saringan: (i) Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata pelajaran Bahasa Malaysia (ii) (Arithmatics Screening Test)- Mathematics
7.3.2 Proses Diagnosis
55
Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. (a) Fungsi: Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengenal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. (b) Instrumen Ujian Diagnostik Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Di dalam buku panduan tersebut terdapat pelbagai kemahiran yang sedia digunakan untuk menguji tahap kelemahan murid yang terpilih untuk mengikuti kelas pemulihan. Guru hanya perlu memilih dan merancang serta membina ujian diagnostik yang benar-benar tepat serta mencapai kriteria yang dikehendaki.
Latihan 12.
56
Bagaimanakah proses pencalonan, ujian saringan dan ujian diagnostik dapat membantu seorang guru melaksanakan program pemulihan di
7.3.3 Analisa Ujian Diagnostik dan Pengamatan Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi
interpretasi dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. Keputusan analisa ujian diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang dihadapi. Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu
program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahan ujian diagnostik tersebut, guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu guru untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. 7.3.4 Tindakan Susulan Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan dan kerjasama dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu. Guru kelas, guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.
Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.. Mereka akan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah untuk melihat perkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelas
57
biasa dalam proses pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid tersebut, maka guru pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.
Dalam meneguhkan kemahiran yang telah dikuasai murid, guru kelas, guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu bekerjasama di antara satu sama lain. Mereka mesti membuat perancangan yang bersesuaian untuk murid tersebut agar mereka dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas biasa. Guru kelas dan mata pelajaran hendaklah mengenal pasti strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid yang telah dipulihkan.
Kesimpulan Strategi pelaksanaan program pemulihan merupakan satu langkah yang penting ke arah kejayaan sesuatu program pemulihan dapat di sekolah-sekolah. guru pemulihan Strategi untuk pelaksanaan program tersebut membantu
melaksanakan program pemulihan dengan lebih berkesan. Selain daripada itu strategi pelaksanaan perlu mantap bagi melahirkan ciri-ciri pemulihan yang berkesan terhadap murid-murid yang gagal menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira.
Latihan 13. Hubung kaitkan peranan Jadual Penentu Ujian dalam membina instrumen ujian diagnostik untuk murid-murid pemulihan. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
8.1
Intervensi Awal
58
Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal bermaksud memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan,
bimbingan dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak (Kail, 2001). Perkhidmatan ini diberikan seawal mungkin agar kanak-kanak tersebut boleh diberikan bantuan dari aspek bahasa, sosial, emosi dan psikomotor agar perkembangan dalam aspek tersebut dapat diberikan agar tidak ketinggalan terlalu jauh dari aspek perkembangan umur dan fizikal dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia. Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa,
mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran