10
TAJUK 6 PENYUDAH TEPI 6.1 Definisi Penyudah Tepi proses jahitan yang dibuat untuk melindungi, mengemas, mengukuh dan menghias tepi pakaian dan kelengkapan rumahtangga daripada berjerumbai atau berjurai-jurai. Pemilihan penyudah tepi bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, jenis pakaian dan stailnya dan jenis tepi yang dikemaskan. 6.2 Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menjahit penyudahtepi. Penyudah tepi mestilah sesuai untuk tepi yang hendak dikemaskan. Kukuh, tahan lasak, dijahit dengan baik kemas dan rata. Lebarnya dan basinya mestilah sama dan tepi yang melengkung mestilah rata/licin. Warna benang mesti sama dengan warna fabrik. Warna benang untuk penyudah tepi sulaman mestilah sesuai dan cantik dijadikan perhiasan. 6.3 Jenis-jenis Penyudah Tepi 6.3.1 Kelepet penyudah tepi yang dibuat pada bahagian bawah pakaian dan juga di tepi kelengkapan rumahtangga. terdiri daripada dua lipatan. digunakan untuk menyudahkan tepi yang lurus dan yang melengkung. Lebar dan kemasan kelepet berbeza mengikut jenis fabrik dan tujuan diadakan kelepet itu. Kelepet yang halus biasanya dibuat pada bahagian yang melengkung dan kelepet-kelepet yang lebar digunakan pada bahagian yang lurus. Kelepet boleh dikekalkan pada pakaian atau kain kelengkapan rumahtangga dengan jahitan mesin, jahit sembat susup atau jahit silang pangkah. 6.3.1.1 Proses menjahit kelepet lurus Langkah 1 Langkah 2

Tajuk 6 Penyudah Tepi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tajuk 6 Penyudah Tepi

TAJUK 6 PENYUDAH TEPI

6.1 Definisi Penyudah Tepi

proses jahitan yang dibuat untuk melindungi, mengemas, mengukuh dan menghias tepi pakaian dan kelengkapan rumahtangga daripada berjerumbai atau berjurai-jurai.

Pemilihan penyudah tepi bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, jenis pakaian dan stailnya dan jenis tepi yang dikemaskan.

6.2 Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menjahit penyudahtepi.

Penyudah tepi mestilah sesuai untuk tepi yang hendak dikemaskan. Kukuh, tahan lasak, dijahit dengan baik kemas dan rata. Lebarnya dan basinya mestilah sama dan tepi yang melengkung mestilah

rata/licin. Warna benang mesti sama dengan warna fabrik. Warna benang untuk penyudah tepi sulaman mestilah sesuai dan cantik

dijadikan perhiasan.

6.3 Jenis-jenis Penyudah Tepi

6.3.1 Kelepet

penyudah tepi yang dibuat pada bahagian bawah pakaian dan juga di tepi kelengkapan rumahtangga.

terdiri daripada dua lipatan. digunakan untuk menyudahkan tepi yang lurus dan yang melengkung. Lebar dan kemasan kelepet berbeza mengikut jenis fabrik dan tujuan

diadakan kelepet itu. Kelepet yang halus biasanya dibuat pada bahagian yang melengkung dan

kelepet-kelepet yang lebar digunakan pada bahagian yang lurus. Kelepet boleh dikekalkan pada pakaian atau kain kelengkapan rumahtangga

dengan jahitan mesin, jahit sembat susup atau jahit silang pangkah.

6.3.1.1 Proses menjahit kelepet lurus

Langkah 1o Tandakan kedudukan kelepet

dalam

Langkah 2o Lipat lipatan pertama ke sebelah

selebar 6mm

Page 2: Tajuk 6 Penyudah Tepi

Langkah 3o Lipat lipatan kedua di garisan

kelepet selebar 2 ½ cm– 6 cmo semat dan jelujur.

Langkah 4o Jahit sembat susup di sepanjang

kelepet.

Langkah 5Menetapkan kelepet pada pakaianDengan jahit silang pangkah

Langkah 6Memetapkan kelepet pada pakaian dengan jahit sembat

Page 3: Tajuk 6 Penyudah Tepi

6.3.1.2 Proses menjahit kelepet melengkung Kelepet Lisu Kelepet Kedut Lepas

(a) Kelepet Lisu

Langkah 1o Sediakan dan kemaskan kelimo Jelujur pada garisan pemadan

Langkah 2o Lipat fabrik pada g.pemadano Tekan dan semat dengan peniti

Langkah 3o Lisukan fabrik yang lebih dan

halakan ke kelim rusuk.o Semat dan jelujur pada lisu.

Langkah 4Jahit sembat pada lisuLipat lipatan pertama dan tetapkankelepet pakaian dengan jahit sembat susup

Page 4: Tajuk 6 Penyudah Tepi

(b) Kelepet Kedut Lepas

Langkah 1o Sediakan saperti Langkah 1

(Kelepet Lisu )Langkah 2

o Lipat 6 mm untuk lipatan pertamao Jahit mesin mata kia kasar

garisan lipatan pertama untuk membuat kedut halus.

Langkah 3o Cantum garisan kelim.o Lipat pada garisan kelepet dan

tekan.o Tarik jahitan mesin longgar serta

kedutkan dan padankan kelim supaya kelepet terletak rata pada pakaian.

o Tetapkan kelepat dengan jahitan yang sesuai.

Page 5: Tajuk 6 Penyudah Tepi

3.2 Penjuru

Penjuru adalah salah satu daripada penyudah tepi. Ia dibuat untuk mengurangkan tebal fabrik pada basi lipatan kelepet. Penjuru boleh disudahkandengan dua cara iaitu penjuru jahit tindih dan

penjuru temu sudut atau kelongsong. Penjuru jahit tindih selalunya terdapat pada belah kelepet sama lebar blaus,

kemeja dan jaket, langsir, kelengkapan rumahtangga yang mempunyai dua kelepet sama lebar atau tidak.

Penjuru temu sudut atau kelongsong hanya dibuat pada penjuru yeng mempunyai kelepet yang sama lebar.

Penjuru ini selalunya digunakan pada kelengkapan rumahtangga.

6.3.2.1 Proses menjahit penjuru Jahit tindih

(a) Penjuru jahit tindih

Langkah 1o Lipat dan tekan supaya mendapat

kesan garisan kelepeto Tandakan dengan peniti

Langkah 2Buka penjuru yang telah ditekan dan gunting bahagian X 6 mm dari lipatan atas dan 6 mm dari peniti

Buka penjuru yang telah ditekan dan Gunting bahagian ‘X’ 6mm dari lipatan atas dan 6 mm dari peniti

Langkah 3o Lipat semula kelepet dan jahit jelujuro Kemas kelepet dengan jahit sembat susupo Jahit sembat haluso Jahit lilit ubi

Page 6: Tajuk 6 Penyudah Tepi

(b) Penjuru Temusudut atau Kelongsong

Langkah 1o Tekan supaya mendapat kesan

kelepet atau lipatano Tandakan dengan peniti 6mm

dari lipatan

Langkah 2o Lipat semula kelepet, kemudian

jahit jelujur

Langkah 3o Jahit sembat, sembat susup atau sulam menyulamo Jahit lilit ubi

6.3.3 Lapik

1. Lapik merupakan kepingan fabrik tambahan yang digunting lurus atau berbentuk dan dijahit pada tepi pakaian atau artikel.

2. Lapik biasa dijahit pada hujung lengan, garis leher, hujung blaus, skirt atau seluar.

3. Terdapat dua jenis lapik, iaitu lapik lurus dan lapik berbentuk.

Page 7: Tajuk 6 Penyudah Tepi

4. Lapik lurus dijahitkan pada tepi pakaian atau artikel yang lurus. Misalnya bahagian tepi alas meja, kocek, blaus, atau skirt yang lurus.

5. Reben dan pita juga boleh digunakan sebagai lapik.6. Lapik berbentuk merupakan kepingan fabrik yang digunting mengikut bentuk

tepi yang hendak dilapik.7. Lapik berbentuk sering digunakan untuk mengemaskan tepi bahagian lubang

lengan, hujung lengan, atau garis leher.8. Ciri- ciri lapik:

a) Saiz lapik sama pada keseluruhan.b) Cantuman lapik rata dan tidak berkedut.c) Jahitannya kukuh dan kemas pada keseluruhan.d) Ira lapik mesti selari dengan ira artikel atau pakaian.

Proses menjahit lapik lurus :o Temukan sebelah luar lapik dengan sebelah luar pakaian.o Semat dengan peniti, jelujur, dan mesinkan di sepanjang garis

pemadan.o Trimkan basi kelim hingga 6 mm.o Tekan dengan seterika supaya kelim rata dan terbuka.o Lipatkan bahagian tepi lapik ke sebelah dalam fabrik.o Balikkan lapik ke sebelah dalam pakaian.o Tekan dengan setarika dan jalujurkan.o Tetapkan lapik dengan salah satu jahitan berikut:

a) Jahitan mesinb) Jahitan sematc) Jahitan sembat susup.

Proses manjahit lapik berbentuk:Langkah 1:

Sediakan lapik berbentuk dengan mengemaskan tepinya dengan melipatkan ke sebelah dalam.

Jelujur dan mesinkan lipatan.Langkah 2:

Temukan bahagian luar fabrik dengan bahagian luar pakaian. Jelujur dan mesinkan di sepanjang garisan pemadan. Trim dan snipkan basi kelim.

Langkah 3: Terbalikkan lapik ke sebelah dalam. Tekan dan ratakan lapik berbentuk. Jelujur dan tetapkan lapik dengan jahitan sembat susup atau jahitan silang

pangkah.

6.4 Kun Kaedah yang menggunakan jalur serung tepat untuk membalut tepi kain. Digunakan pada tepi pakaian yang lurus dan melengkung. Digunakan untuk menyudahkan tepi pakaian seperti di garis leher, hujung

lengan dan kelepet serta perhiasan, lubang butang berkun dan dijadikan gelungan fabrik.

6.4.1 Proses membuat

Page 8: Tajuk 6 Penyudah Tepi

1. Sediakan jalur serong tepat selebar 2.5-3.5sm. Sambung jalur mengikut keperluan

2. Jika digunakan di tepi pakaiaan, gunting basi pada garisan pemadam. Untuk mengemas basi kelim, gunting besi kelim hingga tinggal 1.25 hingga 2sm

3. Letak sebelah luar kun ke sebelah luar pakaian, tepi-tepinya bersama. Semat , jelujur dan mesin 6mm dari tepi. Cabut jelujur dan tekan

4. Tekan jalur ke atas. Terbalikkan ke sebelah dalam. Lipat tepi kun hingga hampir bertemu tepi pakaian. Tekan. Jangan regangkan jalur.

5. Temukan tepi yang dilipat ke garisan mesin pada sebelah dalam. Jelujur dan sembat. Cabut jelujur dan tekan.

6.5 Renda

Boleh didapati dalam pelbagai bentuk danartikel.

Digunakan sebagai hiasan pada artikel

Cara menjahit renda pada artikel :

Kemaskan tepi artikel dengan kelepet

Temukan S.L renda dengan S.L artikel

Sematkan dan jelujur pdgarisan pemadan

Jahit dengan mesin jahit.

Tanggalkan jalujur.

6.6Ikatan Pinggang

Ikatan pinggang ialah satu penyudah tepi untuk skirt, sarung, slek, culotte, dan seluar pendek. Ikatan pinggang dibuat menggunakan dua lapisan fabrik dan boleh menggunakan lapik dalam untuk membuatnya lebih kemas dan keras. Kancing yang sesuai untuk ikatan pinggang ialah cangkuk dan palang, cangkuk dan rumah, cangkuk dan mata, lubang butang dan butang, dan velkro.