41
TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU DR.MADZNIYAH BT. MD. JAAFAR JABATAN R&I/ ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

  • Upload
    others

  • View
    30

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

TAJUK 3 (4 jam)

ISU-ISU ETIKA GURU

DR.MADZNIYAH BT. MD. JAAFAR

JABATAN R&I/ ILMU PENDIDIKAN

IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

EDU 3108

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN

PROFESIONAL GURU

Page 2: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Isu-isu Etika Guru

Maksud Etika Guru Isu-isu Etika Guru

•Kesantunan guru

•Kepedulian guru

•Penampilan guru

•Berniaga di sekolah

•Kerjaya sambilan

•Pengurusan masa

•Pengurusan kewangan

Page 3: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Pengenalan

Bagi menjaga imej profesion, setiap guru

perlu patuh kepada etika profesionlisme, etika

pengajaran, etika tingkah laku dan etika

perkhidmatan awam.

Namun begitu, terdapat juga beberapa isu

etika guru yang wujud kerana faktor-faktor

tertentu yang menyebabkan seseorang guru itu

melakukan perbuatan yang tidak beretika serta

bercanggah dengan prinsip-prinsip etika yang

diamalkan sebagai seseorang penjawat awam.

Page 4: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Isu Etika

Isu etika guru merujuk kepada suatu

perkara mengenai perilaku guru yang

difikirkan dan dibincangkan secara

terbuka dan isu ini boleh menjadi suatu

masalah.

Page 5: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Isu Kesantunan Guru

Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat

atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.

Kesantunan melibatkan perlakuan verbal

ataupun nonverbal.

Kesantunan memperlihatkan sikap yang

mengandungi nilai sopan santun atau etiket

dalam pergaulan harian. Kesantunan biasanya

bipolar, iaitu memiliki hubungan dua hala.

Page 6: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

samb: Isu Kesantunan Guru

Guru yang merupakan pembina modal insan perlu menghayati bahawa seseorang insan begitu bermakna apabila di dalam dirinya memiliki perlakuan yang baik yang lahir daripada hati yang suci dan bersih.

Setiap guru wajib mempamerkan perlakuan yang santun menerusi kata-katanya dan mahir berkomunikasi dengan meng-gunakan peraturan-peraturan berbahasa serta mengawal tingkah lakunya.

Page 7: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Kesantunan Berbahasa Yang Perlu

Dipatuhi Oleh Setiap Guru

i. Kata-katanya mengandungi maksud ujaran

yang jujur, ikhlas dan benar.

ii. Menggunakan intonasi suara yang sesuai

dengan maksud ujarannya dan menjauh

intonasi yang meninggi yang mengambarkan

kesombongan dan marah yang tidak mampu

dikawal.

iii. Memilih pengunaan kata ganti nama diri dan

sistem panggilan serta sapaan yang tepat yang

menghormati pihak yang mendengar.

Page 8: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

samb: Kesantunan Berbahasa Yang Perlu

Dipatuhi Oleh Setiap Guru

i. Tidak membolot perbualan, tidak mencelah percakapan orang lain dan mementingkan diri dan pandangan sendiri sahaja.

ii. Menggunakan strategi yang sesuai dalam menyatakan maksud bagi mengelakkan pihak mendengar tersinggung.

iii. Mematuhi peraturan berbahasa yang menepati masyarakat di mana guru berada.

Page 9: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Kesantunan non-verbal

Kesantunan non-verbal melibatkan perlakuan seperti berikut :

•Gaya berpakaian

•Cara duduk

•Cara berhubung dengan pihak lain seperti senyum, salam dan beramah tamah.

Page 10: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Garis Panduan

Ciri Kesantunan Guru

i. Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup

berkorban.

ii. Bersyukur dan berterima kasih atas nikmat

dan kebaikan yang diperoleh.

iii. Berani, tegas dan mampu membetulkan

perkara-perkara keji daripada berlaku.

Page 11: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

samb: Garis Panduan Ciri Kesantunan Guru

i. Menghargai dan menghormati pihak lain walaupun kalangan yang lebih muda, cacat, miskin dan kurang cerdas.

ii. Menggunakan kata-kata untuk perkara-perkara yang baik dan bukan untuk menyakiti pihak lain.

iii. Peramah, pemurah dan bersedia membaiki kelemahan diri.

Page 12: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Isu Kepedulian Guru

Definisi

•Perwakilan komposit perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi terhadap sesuatu isu atau tugas. ----- Hall, George & Rutherford (1977)

•Persoalan-persoalan, keraguan dan kemungkinan tentangan pihak guru apabila menghadapi situasi baharu atau tuntutan yang kian mencabar. ----- Van den Berg & Ross (1999)

Page 13: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

:

Samb: Isu Kepedulian Guru

Kuasa-kuasa yang akan menggerakkan suatu

proses perubahan, iaitu perubahan yang

wujud dalam kepedulian beberapa orang

tentang sesuatu yang tidak betul dan ada

orang yang harus berbuat sesuatu

mengenainya. -----

Havelock (1995)

Kepedulian guru merujuk kepada perasaan,

pemikiran dan perhatian yang diberi oleh

guru terhadap isu atau tugasnya.

Page 14: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Apakah kepedulian guru dalam

bilik darjah ?

Page 15: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

•Guru yang peduli akan menumpukan

perhatian mereka terhadap pelajarnya.

•Guru yang peduli akan melakukan tindakan-

tindakan untuk memenuhi keperluan dan

kehendak pelajar yang belum dipenuhi.

•Guru yang peduli mementingkan

perkembangan pelajarnya dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek.

Page 16: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Guru yang peduli dapat mengeratkan

hubungan dengan pelajar, prihatin

selain mendengar pandangan pelajar,

mewujudkan suasana yang kondusif,

memahami pelajarnya secara individu,

berempati dan memenuhi keperluan

akademik dan emosi pelajar.

Page 17: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Kajian Fuller (1974) mengenal pasti tiga

kelompok kepedulian, iaitu :

i. Penyempurnaan diri

ii. Tugas-tugas pengajaran

iii. Impak pengajaran

Page 18: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Penyempurnaan diri

Kepedulian dari segi penyempurnaan diri lebih biasa dirujuk kepada kepedulian kelangsungan hidup (survival) yang sering dihadapi oleh guru permulaan dan antara aspek yang terangkum dalam kepedulian guru adalah :

•Persetujuan penyelia

•Sokongan pentadiran

•Hubungan dengan guru-guru lain

•Kandungan subjek

•Masalah disiplin

Page 19: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Tugas-tugas Pengajaran

Guru mengambil peduli tentang bahan

pengajaran / kaedah yang efektif dan beban

tugas spesifik. Guru bimbang tentang

perasaan pelajar terhadap mereka dan

mengambil berat tentang penilaian

pembelajaran pelajar

Page 20: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Impak Pengajaran

• Tumpuan kepada pelajar secara me-

nyeluruh

• Lebih berkeyakinan terhadap ke-

bolehan mengajar mereka, persekitaran

bilik darjah dan hubungan dengan

sekolah dan pelajar.

Page 21: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

samb: Impak Pengajaran

• Guru lebih berfokus kepada

keperluan pelajar dan penambah-

baikan pendidikan.

• Guru ambil peduli tentang

peningkatan profesional diri dan

isu-isu etika dalam sistem

pendidikan yang boleh memberi

kesan kepada pelajar.

Page 22: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Apakah kepedulian guru

pelatih ?

Page 23: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

•Aspek pengalaman

•Pemerhatian oleh penyelia

•Mengekalkan disiplin yang baik

•Bebanan tugas

Page 24: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

• Masalah kontekstual (di mana

lokasi bahan-bahan, bagaimana

mengambil tahu guru lain, dan

pergerakan dalam persekitaran

baharu)

• Penelitian pilihan kerjaya

• Persepsi pengajaran keseluruhan

Page 25: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Penampilan guru

Definisi

• Tret-tret perwatakan dan personaliti yang

dianggap perlu untuk kejayaan seseorang guru.

Tret-tret termasuklah aspek-aspek tanggung-

jawab, kebergantungan, kreativiti, empati dan

profesionalisme. --- Stewart (2005)

• Ciri-ciri peribadi yang dimiliki oleh guru

termasuklah sikap, kepercayaan, minat, apresiasi

dan nilai-nilai.

Page 26: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

SAMBUNG: Penampilan Guru

Kini, ia dirujuk sebagai standard, iaitu

semua guru permulaan harus tahu,

bertindak sedia kala dan boleh

melaksanakan tugas dengan

bertanggungjawab tanpa mengambil kira

kandungan m/pelajaran atau tahap gred

yang diajar.

Page 27: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Howard (2007) menghuraikan empat ciri

utama penampilan guru iaitu :

i. Penampilan untuk perbezaan

ii. Penampilan untuk berdialog

iii. Disilusi (Disillusionment)

iv. Demokrasi

Page 28: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Penampilan Untuk Perbezaan

Guru perlu mempunyai tahap keterampilan berasaskan budaya, iaitu satu kebolehan untuk mengenal pasti dan mengiktiraf pelbagai realiti yang wujudkan di dalam bilik darjah yang mempunyai pelbagai budaya. Hal itu juga menunjukkan guru berada pada tahap selesa terhadap ciri-ciri seperti bangsa, agama dan jantina.

Page 29: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

SAMB: Penampilan Untuk Perbezaan

Guru yang dapat tampil dalam

situasi budaya yang berbeza

merupakan elemen utama untuk

menjadi guru efektif dan merupakan

pengaruh positif terhadap kehidupan

pelajar.

Page 30: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Penampilan Untuk Berdialog

Penampilan untuk berdialog menunjukkan

guru mempunyai minat dan keinginan

tahu terhadap orang lain dan hal ini

merujuk kepada kerelaan untuk

meneroka persamaan dan perbezaan

yang berada antara individu.

Page 31: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

SAMB: Penampilan Untuk Berdialog

Howard mengenal pasti dua jenis

penampilan untuk berdialog, iaitu :

1. Dialog profesional antara rakan

sejawat

2. Dialog di dalam bilik darjah

Page 32: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Disilusi (Disillusionment)

Guru yang dapat tampil untuk menghadapi

kekecewaan merupakan guru yang menunjukkan

keterbukaan melihat luar daripada budaya sendiri

dan kebolehan untuk meneliti kepercayaan serta

pandangan luar.

Mengikut Howard (2007) guru yang dapat

meneroka dan mengetepikan ilusi (khayalan)

adalah lebih responsif dari segi budaya dalam

persekitaran pelbagai.

Page 33: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Berniaga di Sekolah

Berniaga bukan bertempat di sekolah.

Guru harus melaksanakan tanggung-

jawab sebagai pendidik di dalam bilik

darjah bukannya sebagai peniaga.

Page 34: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Demokrasi

Guru yang mempunyai penampilan

diri yang efektif merupakan mereka yang

dapat mengenal pasti kepentingan

demokrasi yakni semua pelajar mempunyai

peluang yang sama untuk melibatkan diri

dalam apa jua aktiviti. Guru bersikap

terbuka dan memberikan peluang kepada

pelajar untuk melibatkan diri dalam proses

P&P.

Page 35: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Kerja Sambilan

Guru yang ingin bekerja sambilan

perlu memohon kebenaran. Kerja sambilan

termasuk tuisyen, kelas tambahan online,

menyampaikan ceramah di luar waktu

kerja. Guru perlu patuh kepada Kod Etika

Guru dan tidak menerima wang bayaran

kelas tuisyen murid yang diajar di sekolah.

Page 36: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Pengurusan Masa

Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti kuliah, belajar, riadah, tanggungjawab peribadi dan rehat.

Pengurusan masa melibatkan dua dimensi, iaitu :

1. Pengurusan masa guru sendiri

2. Menanamkan aspek kepentingan pengurusan masa dalam kalangan pelajar

Page 37: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan dilihat dari dua sudut, iaitu :

1. Mengurus wang semasa bertugas

2. Mengurus kewangan diri dan keluarga

Guru perlu mempunyai akauntabiliti terhadap wang

yang dikutip dan dalam jagaannya. Jika disimpan dan

diurus dengan cekap, guru akan selamat.

Guru harus sentiasa mengamalkan sifat kemuliaan

kesederhanaan serta kebijaksanaan berhemat dalam

pengurusan kewangan diri dan keluarga.

Page 38: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Aktiviti 1

Page 39: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Aktiviti 2

Page 40: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Aktiviti 3

Page 41: TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU - Webnode

Sekian, Terima Kasih