Author
phamnga
View
251
Download
3
Embed Size (px)
Tajuk 2: Perkembangan Kanak-kanak
Nordin Tahir
IPG Kampus Ipoh
Perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan kualitatif biologi dan psikologi yang berlaku kepada manusia antara kelahiran dan akhir masa remaja (zaman kanak-kanak).
Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya, cara pertuturan dan kematangan.
Paul Eggan & Don Kauchak (1997) menyatakan, "...the concept of development, the orderly, durable changes in a learner resulting from a combination of learning, experience and maturation".
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 2
Konsep Perkembangan
Konsep Perkembangan
Crow & Crow : Perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat.
D.S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahan berlaku dalam warisan hayat.
Charls Darwin (pengasas teori evolusi): Jika sistem saraf sesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukan untuk matang adalah lama.
Atan Long : Perubahan kualitatif tidak dapat diukur secara kualitatif
tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru
berlainan daripada peringkat awal dan berlaku berterusan daripada
percambahan hingga akhir hayat.
Beltes, Reese & Nesselroade (1977) : Dengan bertambah umur, perubahan evolusi yang lain akan berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikal.
Mohd Nazar (1990) : Perubahan dengan masa iaitu perubahan dengan umur dan perubahan daripada jenis evolusi atau ontogenik.
Konsep Perkembangan
Perkembangan Ialah
Proses yang berterusan dair lahir hingga kematangan dan
akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan
secara berterusan.
Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif
tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat
perbandingan sebelumnya.
Berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna
rambut berubah daripada hitam kepada putih (uban).
Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama
mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani.
Emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Dianggap sebagai perubahan tingkah laku mental.
Ciri-ciri Perkembangan
Susunan perkembangan adalah serupa, berperaturan dan dapat
diramal bagi semua ahli dalam sesuatu jenis. Kanak-kanak
berkembang secara berperingkat.
Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan.
Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada
keadaan tertentu.
Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapi
dapat dilihat dari perubahan sifat.
Proses perkembangan berterusan dari permulaan hingga akhir hayat
melebihi peringkat kematangan.
Perkembangan timbul dari tindakan yang saling berkaitan antara
pertumbuhan jasmani dan pembelajaran.
Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
Adakah Budin mengalami perkembangan atau pertumbuhan? Berikan alasan anda.
Perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat (Santrok 2008).
Perubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 8
Perkembangan Fizikal
Merujuk kepada pertumbuhan badan dan organ-organnya, kefungsian sistem-sistem fizikal, kemunculan tanda-tanda penuaan dan kordinasi kemahiran motor kasar dan halus.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 9
Merujuk kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam otak manusia.
Sebagai contoh dalam persepsi, pengamatan, penanggapan, penguasaan bahasa dan lain-lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 10
Perkembangan Kognitif
Merujuk kepada perubahan dan perkembangan dalam perhubungan peribadi dan intrapersonal seperti motif, emosi dan perasaan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 11
Perkembangan Psiko-Sosial
Prinsip Perkembangan
Proses perkembangan berlaku mengikut aturan:
Bayi boleh duduk dengan bantuan , merangkak, kebolehan berdiri dan berjalan.
Perubahan beransur daripada keadaan umum kepada spesifik.
Bayi boleh boleh menggenggam objek sebelum belajar menggunakan tangan.
Pertumbuhan berlaku dengan otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot halus.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 12
Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berterusan.
Kanak-kanak akan menambah kemahiran yang sedia ada untuk pencapaian kemahiran yang baru kelak.
Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan adalah berbeza. *(sesetengah kanak-kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan manakala ada hanya boleh berjalan pada usia 18 bulan).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 13
Perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran.
Kematangan adalah kemunculan potensi sedia ada yang dipengaruhi oleh faktor genetik.
Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.
Proses pembelajaran membantu memperkembangkan potensi yang sedia ada.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 14