Author
zakribashah
View
159
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
tajulk
. TAJUK 1
Jenis Bahan Mentah
SINOPSIS Dalam modul ini mendedahkan tentang perkembangan jenis bahan mentah yang terdiri daripada kayu,logam, plastik (plastik thermo, polimer,aklirik, asetal,PVC), kaca (pasir,hablur, kaca bersilikat, kaca flin), gentian kaca, komposit(kombinasi antaraa dua atau lebih bahan mentah),kertas(bahan daripada kulit kayu dan sayuran) dan getah (susu getah dan getah asli)
Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. Menjelaskan jenis dan sifat bahan. Mengaplikasikan teknik pembuatan prototaip/projek berasaskan kayu dan logam Mengaplikasi pelbagai kaedah pembuatan prototaip berasaskan kayu dan logam.
KERANGKA KONSEP TAJUK JENIS BAHAN MENTAH
JENIS BAHAN MENTAHKAYU GETAH
LOGAM
PLASTIK
KACA
GENTIAN KACA
KOMPOSIT
KERTAS
].09rfe1``1
1.0
JENIS BAHAN MENTAH
Terdapat banyak jenis bahan mentah semulajadi dan bahan buatan yang telah dihasilkan oleh manusia.Pelbagai bahan mentah dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama iaitu kayu,logam, plastik (plastik thermo, polimer,aklirik, asetal,PVC), kaca (pasir,hablur, kaca bersilikat, kaca flin), gentian kaca, komposit(kombinasi antaraa dua atau lebih bahan mentah),kertas(bahan daripada kulit kayu dan sayuran) dan getah (susu getah dan getah asli).
1.1
KAYU
Rajah 1
Kayu merupakan bahan binaan yang paling meluas penggunaannya dalam kawasan beriklim tropika.Kayu adalah sejenis bahan mentah yang terdapat secara semulajadi dan sumber yang boleh diganti.
Pada masa ini pertumbuhan pokok-pokok yang menghasilkan kayu balak telah banyak berkurangan. Ini disebabkan oleh banyaknya permintaan terutamanya dari luar negara, begitu juga dengan aktiviti pembalakan haram dan pembukaan kawasan pertanian dan penempatan baru.
Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kayu balak akan lupus suatu masa nanti. Semua pihak samada kerajaan atau pengusaha balak mesti berusaha untuk menanam semula kawasan hutan yang telah diterokai bagi mengekalkan Malaysia sebagai salah satu negara pengekspot kayu terbesar di dunia di masa hadapan.
Di Malaysia terdapat lebih daripada 1000 spesis kayu tetapi dianggarkan hanya 80 spesis sahaja yang mempunyai nilai komersial untuk digunakan dalam industri pembinaan. Selain itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine, dan lain-lain.
1.1.1 Pengkelasan Kayu
Di Malaysia pengkelasan kayu yang dikeluarkan oleh MTIB's di dalam "Specifying Timber For Building Constructions" dikelaskan kepada empat kumpulan utama iaitu: KUMPULAN Kumpulan kayu keras yang berat (HHW-Heavy Hardwood) JENIS Cengal, Balau, Selayan batu, Kekatong, Merbau, Tembusu dan Resak.
Kumpulan kayu keras yang sederhana Kapur, Kempas, Keruing dan Tualang. berat
(MHW-Medium Hardwood) Kumpulan kayu keras yang ringan Jelutung, Meranti, Nyatuh, Ramin, Sepetir dan Kayu Getah. (LHW-Light Hardwood)
Kumpulan kayu yang lembut (SW-softwood)
Damar Minyak, Geronggang, Jelutong, Petai, Pulai, Sesendok, Terap dan Terentang.
1.1.2 Kegunaan Kayu KUMPULAN KERAS DAN BERAT NAMA CENGAL BALAU KEKATUNG KEGUNAAN Kapal, rangka, ukiran Jambatan, cerocok, gelegar, lantai dan perabot Rasuk, rangka pintu/ tingkap, pemegang alat, lantai, parket dan panel
MERBAU
Kerja hiasan, parket, perabot, venire dan pemegang alat
RESAK
Pembinaan berat, tiang rasuk, corocok, lantai, jambatan, kapal, rangka pintu / tingkap
TEMBUSU
Pembinaan berat, lantai, parket dan perabot Pembinaan berat, tiang gelegar, panel, jambatan, parket, gerobok, cerocok dan pemegang alat Pembinaan umum, tiang, landasan, jambatan dan gerabak lori Kekuda, rasuk dan tiang
KERAS DAN SEDERHANA BERAT
KEMPAS
KERUING KAPUR
TUALANG
Tiang rasuk, lantai, perabot Pintu, tingkap, rasuk, tiang, lantai, perabot Pembinaan, lantai, perabot, papan lapis, pelapisan pintu, tingkap dan panel Hiasan perabot, binding dalam dan panel Gerobok, panel dan perabot Perabot, panel, susur tangga dan parket
KERAS DAN RINGAN
NYATUH MERANTI
RAMIN SEPETIR KAYU GETAH
1.1.3 Kebaikan Dan Kelemahan Kayu KEBAIKAN KAYU Mempunyai nisbah kekuatan berat yang tinggi:1.
KELEMAHAN KAYU Mudah terbakar dan api mudah merebak dengan cepat.
Kekuatan mampatan 5 hingga 25 N/mm2.
Ketumpatan antara 400 hingga 1100 kg /m3. Senang dikerjakan berbanding dengan bahan lain seperti besi. la cepat mengecut dan meleding kerana perubahan cuaca yang drastik dan merosakan mutu kayu. Mempunyai rupabentuk kemasan yang menarik. Kos penyelenggaraan bangunan lebih tinggi kerana mudah reput, lembab dan berkulat serta'ianya mudah diserang serangga perosak Kelasakan yang tinggi jika diawetkan. Kepelbagaian penggunaannya 1.1.4 Bahagian kayu dan fungsinya
Rajah 2 : Keratan rentas kayu 1.1.5 Pengeringan Kayu Pengeringan ialah proses mengeluarkan lembapan atau cecair yang terdapat dalam rongga sel dan Binding kayu. lanya dapat menurunkan peratus lembapan Bari 8% hingga 15%. Jika kelembapan lebih kayu akan mudah rosak atau reput basah.
Carikan maklumat kaedah yang digunakan untuk mengeringkan kayu
1.1.6
Tujuan Pengeringan1.
Mena mbah kan kekuatan , ketahan lasaka n dan senan g dikerjakan.
2.
Mengurangkan kemungkinan kayu pecah, kecut d a n meleding.
3. 4. 5.
Memudahkan kerja mengawet, mengecat dan menggilap. Menjadikan kayu lebih mudah terbakar, jika digunakan sebagai. Mengelakkan kayu daripada serangan serangga dan kulat.
1.1.7 Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pengeringana) b) c) d) d) Jenis kayu. Cara susunan kayu. Saiz kayu. Keadaan cuaca dan lokasi. Cara pengeringan dijalankan.
1.1.8 Cara Pengeringan Kayua) b) c) Cara semulajadi. Pengeringan bertanur/ relau. Pengeringan air.
1.1.9
Kecacatan Kayu Kecacatan kayu adalah dipengaruhi oleh faktor semulajadi,
kecuaian semasa menebang dan semasa proses menggergaji atau membelah, serangan serangga, lumut dan lembapan.
1.1.10 Jenis Kecacatan Semulajadi1.
Dipengaruhi oleh Jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim
yang dialami di sepanjang pertumbuhannya.2. 1. 2. 3. 4. 1.
Jenis kecacatan yang sering berlaku ialahGerigis. Buku. Parut. Berongga( teras rosak). Ira berpintal.
Rajah 3 : Kecacatan jenis buku
1.1.11 Jenis kecacatan semasa menebang dan mengeluarkan kayu balak dari hutan1. Rekah bintang. 2. Rekah kipas. 3. Rekah bulat 4. Rekah cincin/gelang
1.1.12 Jenis Kecacatan Kayu yang teian digergagi dan selepas mengalami proses pengeringan ialah: i. ii. Pecah. Retak.
iii. iv. v. vi.
Terpiuh. Keras meleding. Melengkung/Meleper/relangan. Wen atau sisian wen.
Rajah 4 : Kecacatan kayu
1.2 LOGAM Terbahagi kepada dua iaitu1. 2.
Ferus Bukan ferus
1.2.1
Logam Ferus
Logam ferus adalah logam yang mengandungi besi. Logam ferus digunakan dengan begitu meluas kerana bahan ini mudah didapati, ekonomi dan mempunyai sifat-sifat magnetic yang unik di samping sifat fizikal yang lain. Aloi-aloi ferus boleh dibentuk dengn mudah dalam keadaan sepuhlindap dan kemudiannya boleh diberikan rawatan haba untuk mendapatkan sifat-sifat kekerasan seperti kikir, sifat mulur seperti cangkuk kren atau dibajakan untuk dijadikan alat gerudi. Logam ferus boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu besi keluli (besi waja), besi tempa dan besi tuang.
Penghasilan logam secara semulajadi dan banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan samada dalam bentuk asli atau campuran dengan logam-logam yang lain
1.2.1.1
Besi Keluli Keluli merupakan logam yang sangat berharga yang diketahui oleh manusia. Keluli
adalah jenis logam yang paling banyak dan meluas digunakan. Keluli dihasilkan melalui proses pengoksidaan yang mengurangkan jumlah karbon, silicon, mangan, fosforus dn sulfur di dalam campuran besi jongkong lebur dan keluli sekerap.
i.
Keluli karbon
Keluli karbon merupakan jenis keluli yang paling banyak dihasilkan berbanding dengan jenis-jenis yang lain. Keluli karbon adalah terdiri daripada campuran besi dan karbon. Terdapat juga bahan-bahan lain dalam jumlah yang kecil seperti mangan, fosforus, sulfur dan silicon untuk membantu meningkatkan kekuatan muktamad dan menjadikan lebih keras. Kekuatan keluli karbon bergantung kepada kandungan karbon
yang terdapat di dalamnya iaitu bertambah dengan bertambahnya peratus kandungan karbon. Keluli karbon biasa dikelaskan kepada 3 kumpulan.
i. ii. 1.
Keluli karbon rendah mengandungi kurang daripada 0.3 %C Keluli karbon sederhana mengandungi 0.3 - 0.8 %C.
Keluli karbon tinggi mengandungi lebih dari 0.8%C.
ii.
Keluli aloi
Keluli aloi ialah aloi besi dan karbon yang mengandungi unsure-unsur pengaloian seperti mangan, silicon, sulfur dan fosforus dengan peratus kandungan yang tinggi antara 0.5% hingga 2%. Tujuan utama ialah untuk mempertingkatkan mutu dan sifat-sifat keluli supaya ianya mudah diubahsuai untuk mendapatkan sifatsifat khusus dengan diberi rawatan haba dengan lebih sempurna. Penambahan elemen-elemen pancalogam (aloi) ini seperti kromium, mangenese, molydebnum, nikel, plumbum, kobalt, phosphoros, silikon, sulfur, kuprum, aluminium, tungsten dan vanadium boleh memberikan sifat-sifat kekuatan, kemuluran dan keliatan yang lebih baik berbanding dengan keluli karbon. menjadi lebih mahal. Keluli aloi boleh dikelaskan kepada dua bahagian dengan mengikut penggunaan dan membentuk kumpulan yang yang lebih kecil berdasarkan unsurunsur mengaloian yang utama. 1. 2. Keluli Aloi Rendah (Low Aloi Steels) Keluli Aloi Tinggi (High Aloi Steels) Oleh sebab banyak unsur yang terlibat sesetengahnya adalah mahal maka keluli jenis ini
iii.
Keluli Alat
Keluli alat merupakan keluli aloi yang mempunyai kandungan karbon yang tinggi berbanding dengan jenis keluli yang lain. Keluli alat juga menggabungkan beberapa unsure dengan besi dalam peratusan tertentu. Keluli alat dikelaskan berdasarkan kandungan kimia atau cara pengerasan dan sifat-sifat mekanikal utama unsure pengaloian yang terdapat pada keluli tersebut.
1.2.1.2
Besi Tuang (Cast Iron)
Besi tuang mengandungi karbon antara 2 % hingga 4.5% karbon. Selain daripada itu besi tuang juga lazimnya mengandungi silicon sebanyak 3.5%. Oleh sebab kandungan karbon dan silicon yang tinggi, besi tuang mempunyai cirri tuangan yang sangant baik dan boleh dileburkan dengan lebih mudah berbanding dengan keluli. boleh mengalir dengan baik berbanding keluli lebur. Disamping itu besi tuang kurang bertindak balas dengan bahan acuan kerana suhu penuangan yang lebih rendah. Walaubagaimanapun gred nomal besi tuang tidak begitu kuat dan agak rapuh, namun besi tuang digunakan dengan meluas sebagai bahan kejuruteraan kerana murah, mudah dilebur dan dituang, keboleh mesinan yang sangat baik . Besi tuang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut kegunaanya, bentuk grafit dan jenis matriks struktur yang terkandung di dalamnya. Struktur logam, komposisi dan keratan sesuatu besi tuangan adalah penting di dalam menentukan sifat-sifat kejuruteraan. Terdapat 3 jenis utama bagi besi tuang sebagaimana ditunjukkan dalam Carta 1 di bawah. Besi tuang lebur juga
Besi Tuang Kelabu Putih Boleh Tempa
Carta 1
:Jenis-jenis besi tuang
1.2.1.2a
Besi tuang kelabu
Besi tuang kelabu mengandungi karbon dalam bentuk kepingan grafit. Dinamai besi tuang kelabu kerana berwarna kekelabuan di permukaan rekahnya akibat kewujudan kepingan grafit. Mudah dimesin kerana mempunyai kekuatan mampat yang tinggi melebihi keluli. Besi tuang kelabu tidak begitu mahal harganya. Ia digunakan dengan meluas untuk menghasilkan komponen automotif mesin alat dan pelbagai barangan industri yang lain.
1.2.1.2b
Besi tuang putih
Besi tuang putih apabila pecah kelihatan berwarna keputihan. Ini disebabkan karbon yang terdapat di dalam besi tuang putih adalah bentuk karbida. Besi tuang putih dengan peratus karbida yang tinggi sangat sukar untuk dimesin tetapi boleh dicanai. Besi tuang putih juga dinamai besi tuang dingin. Ini disebabkan besi tuang ini dihasilkan dengan menggunakan logam dingin. Logam dingin adalah bertujuan untuk memberikan permukaan yang keras dan merintangi hasu seperti menghasilkan roda keret api penggelek untuk memecah bijian dan plat ragum pemecah. Besi tuang putih juga merupakan peringkat pertama dalam penghasilan besi tuang boleh tempa.
1.2.1.2c
Besi BolehTempa
Besi tuang boleh tempa dihasilkan daripada besi tuang putih. Besi tuang putih dipanaskan lebih kurang 460F selama lebih kurang 48 jam dan disejukkan secara sangat perlahan untuk membolehkannya mudah dimesin dan dapat merintangi kejutan. Semasa proses pemanasan ini kebanyakan daripada karbon berubah bentuk dan disebarkan menjadi modul-modul karbon yang kecil di dalam matrik besi yang agak tulen. Besi tuang boleh tempa digunakan untuk membuat komponen automotif, paip dan peralatan industri pertanian
Sektor logam bukan ferus di Malaysia meliputi produk-produk seperti timah, aluminium, tembaga, zink dan plumbum.
1.2.1.3 Besi Tempa Besi tempa adalah merupakan jenis besi yang paling tulen berbanding dengan jenisjenis besi yang lain. Kandungan karbonnya adalah kurang daripada 0.12% dan kandungan sangga adalah di atara 0.6% hingga 3%. Besi ini terdiri daripada zarah-zarah besi logam yang halus berpadu dengan satu kuantiti sangga yang halus dan teragih segaya. Pengeluaran besi tempa daripada besi jongkong adalah melibatkan pembuangan karbon, dan ini boleh dilakukan dengan proses melopak.
Tahukah anda? 'Metal' "metallum" yang kedua-duanya membawa maksud yang sama; "mine" atau 'metal' (logam). berasal dari perkataan Greek; "metallon" dan Latin;
1.2.2
Logam Bukan Ferus
Logam bukan ferus merupakan logam yang lain daripada logam besi dan keluli. Logam ini digunakan untuk keperluan kejuruteraan samada sebagai logam tulen ataupun aloi. Logam bukan ferus lebih mudah berubah sifat berbanding logam ferus apabila dilakukan kerja-kerja mekanikal, tidak begitu terpengaruh oleh tindakan haba dan tidak mudah berkarat. Terdapat 38 jenis logam yang lain yang diketahui manusia dan dicatitkan di dalam Jadual Perkalaan Unsur. Di antara logam-logam lain yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan adalah seperti berikut :a) Aluminium d) Plumbum g) Zink j) Aloi m) Manganese b) Perak e) Timah h) Kromium k) Magnesium n) Tembaga c) Kuprum f) Nikel i) Emas l) Kobalt o) loyang
Antara logam bukan ferus yang popular ialah
1.2.2a
Aluminium
Aluminium ialah sejenis logam yang banyak terdapat di dunia dan telah digunakan secara komersial sejak 100 tahun yang lalu. Penggunaan aluminium amat meluas sekali dan menduduki tempat kedua selepas keluli. Aluminium telah menjadi logam bukan ferus yang paling penting dalam pelbagai industry seperti pengangkutan, pembinaan, elektrik, kontena, peralatan mekanikal dan barangan pengguna. Hampir separuh daripada bekalan aluminium dalam pasaran dihasilkan sebagai logam tulen berbentuk kepingan, keratan gulung, tiub, bar dan dawai.
1.2.2b
Kuprum
Kuprum juga merupakan logam penting dalam kerja-kerja kejuruteraan telah pun digunakan sejak 6000 tahun yang lalu. Kuprum telah menjadi bahan utama dalam industry elektrik dan digunakan dalam keadaan yang tulen. Kuprum juga menjadi unsure penting di
dalam aloi kejuruteraan yang penting seperti gangsa dan loyang. Proses yang digunakan untuk mengasingkan kuprum daripada bijihnya adalah bergantung kepada jenis bijih tersebut. Secara umum, proses-proses yang terlibat ialah pembasuhan dan pengisaran bijih berkenaan, diikuti oleh panggangan, penurunan dan pembersihan.
1.2.2c loyang Loyang terhasil apabila kuprum dialoikan dengan zink atau tembaga kuning mengikut sukatan tertentu. Loyang lebih kuat daripada kedua-dua bahan asalnya. Terdapat beberapa jenis atau kategori loyang, bergantung kepada peratus komposisi zink yang digunakan serta struktur hablur kuprum yang terhasil. loyang. Sedikit penambahan unsure-unsur lain seperti plumbum, timah, silicon, aluminium, nikel, fosforus dan arsenic, boleh mengawal sifat-sifat
1.2.2d
Aloi
Dua atau lebih logam lembut boleh dicampur untuk membentuk logam yang lebih kuat yang dinamakan aloi. Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur pada komposisi tetap tertentu yang mana juzuk utamanya adalah logam. Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan lemah. Sifat-sifat logam tulen boleh diperbaiki dengan membentuknya menjadi aloi. Tujuan pembuatan aloi adalah untuk membuatkannya lebih kuat, lebih keras, tahan kakisan, dan mempunyai sifat kilauan dan hiasan yang lebih baik. Logam-logam yang biasa dialoikan ialah kumprum dan zink. Kuprum boleh dialoikan dengan banyak unsur termasuklah zink, timah, plumbum, besi, perak, fosforus, silikon, tellerium dan arsenik. Aloi kumprum bertindak seperti logam tulen. Aloi nya tidak boleh dilakukan rawatan haba dan tidak boleh dikeraskan dengan mengenakan haba dan diikuti dengan lindapkejut. Kekerasan yang diperoleh melalui pengerjaan sejuk dan pelembutan dihasilkan dengan memanaskannya melebihi suhu penghabluran semula.
Tahukah anda sejak berjuta tahun dahulu logam telah memainkan peranan yang penting dalam industri pembuatan? Antara logam pertama yang digunakan ialah kuprum, gangsa dan besi.
1.3 PLASTIK (plastik thermo, polimer,aklirik, asetal,PVC)
Rajah 5Apa itu bahan Plastik ? Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik. Secara semulajadinya plastic diperoleh daripada pemprosesan arang, petroleum ataupun tumbuhan sehingga terhasil sifat plastic apabila dipanaskan. Plastik juga boleh didapati secara sintetik atau semi sintetik dengan mencampurkan bahan atau unsur lain untuk menghasilkan sifat yang unik dan boleh dipelbagaikan. Hasil kajian dan penyelidikan, plastic terutamanya sintetik telah didapati mempunyai potensi yang besar untuk mengambil alih tempat logam dalam industri pembuatan.
Bahan plastik ialah bahan polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-rigid). Semua bahan-bahan plastik akan menjadi lembut apabila dipanaskan. Proses pembentukan bahan-bahan plastik dilakukan pada ketika ia berada dalam keadaan lembut.
Tahukan anda Plastik Termo ialah Plastik yang boleh dileburkan semula dan boleh digunakan berulangkali.manakala Manakala Plastik Termoset ialah plastik yang boleh dileburkan sekali sahaja dan ia terus mengeras mengikut acuan. Akrilik pula ialah sejenis polimer yang bersifat lut cahaya dan tidak boleh dijadikan legap.
1.3.1 Pengkelasan Bahan-Bahan Plastik.
1.3.1.1
Dua jenis bahan plastik ialah
i. plastik haba (termo plastik)- boleh dileburkan berulangkali ii. plastik termoset (termosetting)- mengeras dan tidak boleh dileburkan semula 1.3.1.1a i. Polivinil Klorida (PVC) Sifat lebih murah, - tidak telap air, - boleh dijadikan tegar atau boleh lentur - kekuatan yang rendah - rintangan haba rendah Kegunaan: untuk membuat pelbagai jenis paip, pembuluh, pelindung angin automobil, hos, kasut, kulit tiruan, gasket, filem ii. Akrilik Sifat Mempunyai tahap kekuatan yang sederhana Carta 2 : pengkelasan bahan-bahan plastik
- sifat optik yang baik - merintangi bahan kimia - rintangan elektrik yang baik Kegunaan: biasanya di gunakan pada lensa, papan tanda berlampu, kanta automotif, peralatan makmal
iii. Asetal Sifat - mempunyai kekuatan dan ketegaran yang baik - merintangi rayapan - merintangi lelasan - merintangi lembapan - merintangi haba dan suhu dgn baik Kegunaan komponen mekanikal yang memerlukan prestasi yang tinggi Untuk jangka masa yang lama Contoh: galas, sesondol, gear,sesendal, penggelek, paip, injap, perumah
1.3.2
Polimer
Rajah 6
Tahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia ke-2, terutama untuk membuat peralatan keperluan ketenteraan. Namun penggunaanya tidak begitu meluas dan hanya digunakan untuk ditambah kedalam bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang diperlukan.. Polimer terdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik selain dari plastik.Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang memainkan peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakkan polimer adalah bahan organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:1. Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan
lain-lain bahan organik dan bukan organik. 2. Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan
berhablur. 3. Mempunyai struktur rangkaian yang panjang.
Rajah 7: Wang Kertas Dari Polimer Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam. Walaubagaimana pun, struktur ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik, therma, elektrik dan mekanikal bahan polimer tersebut. Unit asas sesuatu polimer ialah rantaian atom dimana satu struktur asas sesuatu dipanggil monomer. Ikatan antara atom-atom pada asasnya adalah ikatan
kovalen yang kuat. Sementara ikatan diantara rantai-rantai bersifat lebih lemah, iaitu ikatan jenis Van Der Walls.
1.3..3 Kebaikan dan Kelemahan Plastik
KEBAIKAN PLASTIK
KELEMAHAN PLASTIK
Harga murah
Ukuran boleh berubah disebabkan kelembapan
Tahan lama
Suhu operasi yang rendah
Sebahagiannya boleh dikitar semula
Mudah rapuh pada suhu yang rendah
Mudah untuk dibentuk Penebat elektrik yang baik
Lembut dan kurang anjal berbanding logam Sebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu ungu
Sebahagian kalis air
Sebahagian plastik amat mudah terbakar Rayapan pada semua keadaan suhu
Tahukah anda bahawa polimer telah dapat menggantikan komponen yang dahulunya diperbuat daripada logam dalam penggunaan seperti pada automobil, pesawat terbang, kelengkapan rumah dan rumah dan kelengkapan pejabat. Fikirkan contoh-contoh yang ada disekeliling anda.
1.4
KACA
Rajah 8Kaca diperbuat daripada silikon dioksida (SiO2) merupakan sebatian kimia serupa dengan kuarza dalam bentuk polihabluran, pasir. Silika tulen mempunyai tahap lebur 20000C. Dua bahan lain yang sering dicampurkan dengan pasir dalam proses pembuatan kaca ialah Sodium Karbonat (Na2Co3) atau posty setara dengan sebatian Sodium Karbonat yang akan menurunkan tahap lebur kaca tersebut sekitar 10000 C. Namun begitu kapur (Kalsium oksida) perlu ditambah untuk menjadikan kaca tidak larut.
1.4.1
Proses penghasilan kaca Silika merupakan bahan utama kaca diperolehi daripada pasir yang dibersihkan bagi
tujuan pengasingan bendasing yang tidak diperlukan. Sumber utama soda ialah Natrium karbonat, natrium nitrat dan natrium sulfat. Batu kapur atau kapur mati digunakan sebagai agen kapur. Boraks atau asid borik digunakan dalam proses penghasilan kaca borosilikat.
Bahan binaan berdawai atau berlapis pula digunakandalam proses pembuatan kaca keselamatan. Ia berfungsi untuk memegang serpihan kaca jika kaca tersebut pecah. Kaca lapis pula dihasilkan dengan car a meletakkan kepingan plastik antara lapisan kaca yang bersalut simen, ianya seterusnya digelek untuk membuang gelembung udara. Kaca lapis ini banyak digunakan sebagai cermin kenderaan. adalah Proses penghasilan gentian kaca pula dengan menggerakkan kaca lebur melalui lubang-lubang kecil dan menariknya
keluar mengikut saiz yang dikehendaki. Gentian kaca banyak digunakan sebagai bahan penebat dalam proses pembinaan dan kaca gentian.
1.5
Komposit Komposit dihasilkan apabila dua atau lebih bahan mentah yang berbeza di
sambungkan
atau
diikat
samada
secara
mekanikal
atau
metalurgi
untuk
mendapatkan gabungan sifat yang tidak terdapat pada bahan asal. polimer, seramik-seramik atau polimer-polimer.
Komposit
mungkin berbentuk gabungan logam-logam, logam-seramik, logam-polimer, seramikKomposit dikelaskan kepada beberapa kumpulan berasaskan geometri atau bentuk bahan. 1. 2. 3. Komposit lamina ( lapisan ) Komposit zarahan Komposit bertetulang gentian
1.5.1
Komposit lamina rencam lamina termasuklah salutan-salutan yang sangat nipis,
Bahan
permukaan pelindung yang lebih tebal, pelapisan, dwilogam,lamina atau lapis, apitan dan berbagai-bagai lagi. Papan lapis ialah contoh komposit lamina. Komposit lamina boleh dihasilkan dengan cara: 1. 2. 3. 4. 5. Menggelek Ikatan letupan Penyemperitan bersama Menekan Pateri keras
Kaca ialah bahan lutsinar yang dihasilkan dari pemanasan pasir silika atau bahan silikon dioksida yang wujud secara semulajadi dalam pasir menerusi proses pemanasan melebihi 2000 C.
Rajah 9 :Penggunaan komposit : helmet
1.5.1a
Menggelek
Kebanyakkan daripada komposit lamina seperti pelapisan dan dwilogam dihasilkan melalui ikatan gelekan panas atau sejuk. Sekiranya peratus ubah bentuk secukup besar, tekanan akibat penggelek akan memecahkan oksida oksida di permukaan. Dengan itu permukaan akan tekimpal melalui sentuhan atom ke atom.
1.5.1b
Ikatan letupan Tekanan yang secukupnya dapat
Proses dilakukan melalui cas letupan.
menyambungkan logam-logam. Proses ini sangat sesuai untuk menggabungkan dua
kepaingan yang sangat besar yang tidak dapat dikendalikan dengan mesin penggelek.
1.5.1c
Penyemperitan bersama
Bahan komposit lamina yang agak mudah seperti kabel sepaksi dihasilkan dengan menyemperitkan dua logam secara serentak melalui sebuah acuan. Penyemperitan sebegitu cara membolehkan bahan yang lembut mengelilingi bahan yang keras polimer plastik haba juga dapat disemperitkan bersama bagi mengelilingi dawai pengalir.
1.5.1d
Menekan Bagi komponen yang
Proses menekan dilakukan dalam keadaan panas.
kecil, tekanan yang tinggi pada suhu yang tinggi akan menyebabkan berlakunya kimpalan. Proses menekan panas ini selalunya dilakukan untuk mengawet perekat di dalam lamina.
1.5.1e
Pateri keras
Pateri keras digunakan untuk menyambungkan dua plat logam. Kepingan logam dipisahkan dengan kelegaan yang kecil, lebih kurang 0.08 mm, dipanaskan hingga melebihi suhu lebur aloi pateri keras. Aloi pateri keras yang sudah lebur akan tertarik ke dalam sambungan yang nipis tersebut melalui tindakan rerambut.
1.5.2
Komposit zarahan Bahan komposit zarahan mengandungi zarah-zarah diskret bahan yang lazimnya
lebih keras dan rapuh, yang dikelilingi oleh matriks sejenis bahan lagi yang lebih lembut dan mulur. Zarah-zarah bahan komposit zarahan boleh jadi lebih kasar misalnya konkrit atau sangat halus seperti barangan yang diperbuat melalui proses metalurgi serbuk.
1.5.3
Komposit tetulang gentian Bahan komposit bertetulang memperbaiki sifat mekanikal bahan. Bahan gentian
yang kuat, tegar dan rapuh dimasukkan ke dalam matriks yang lebih lembut dan mulur. Bahan matriks memindahkan daya kepada gentian yang menghasilkan kemuluran dan keliatan, manakala gentian menanggung kebanyakan daripada daya yang dikenakan. Kekuatan ditingkatkan pada suhu bilik dan suhu yang lebih tinggi. Terdapat begitu banyak sekali bahan-bahan bertetulang yang digunakan. Jerami telah digunakan sejak berkurun lalu untuk menguatkan bata tanah liat. Bata bertetulang keluli menguatkan struktur konkrit. Gentian kaca di dalam matriks polimer menghasilkan gentian kaca untuk digunakan dalam bidang pengangkutan dan angkasa lepas.
1.6 1.
Aplikasi Komposit: Porsche membina cakera brek dari bahan komposit silikat gentian karbon prestasi tinggi
1. 2. 3.
Pengurangan berat 50%, kecekapan pemberhentian dan prestasi dipertingkat Tahan lama-rintangan haus tinggi Louisville Slugger menghasilkan kayu pemukul bola permainan besbol dengan salutan komposit seramik keras
4.
Mengandungi bahan matrik bersalut, gabungan logam dan seramik, yang lazim diguna dalam enjin jet
5.
Bahagian logam dalam salutan ultra keras ini meningkat prestasi permainan. Bahagian seramik keras mengurangkan haus dan koyak ketika permainan
6. 1.7 GETAH
Rajah 10
Getah asli ialah bahan semula jadi yang dihasilkan daripada susu getah ( kulit pokok getah ). Susu getah mengandungi molekul-molekul getah ( C5H8 ), cecair dan resin. Getah diasingkan secara pembekuan menggunakan asid formik atau asid asetik. Susu getah ditapis dan dicampurkan dengan air sehingga mencapai kepekatan sebelum dicampur asid. Getah beku seterus digelek (mesin gelek) menjadi kepingan nipis. Kepingan getah ini dibasuh, dikeringkan dan dijemurkan ( getah mentah ). Getah mentah adalah melekit dan lemah dan mempunyai sifat lain yang tidak dikehendaki. Getah mentah diproses bagi memperbaiki sifat-sifatnya. Proses membaiki ini dinamakan pemvulkanan ( vulcanization ) dan biasanya melibatkan pencampuran 7 % - 42 % sulfur kepada getah itu. Getah mentah dihiris-hiriskan, kemudian dicampurkan dengan sulfur dan bahan pelikat pada suhu vulkan 140 dar C. Seterusnya dibentuk dgn cara menggulung atau menekannya pd tekanan 2.5 12.5 N / mm2
Rajah 11: Sarung Tangan Getah
1.8
KERTAS Kertas adalah bahan nipis ,rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian. Biasanya
gentian yang digunakan merupakan gentian semulajadi dan berasaskan selulosa.Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu daripada pokok kayu pulpa (kebanyakkannya adalah kayu lembut) seperti spruce, tetapi bahan gentian sayuran lain termasuk kapas , linen dan hem boleh digunakan. Timbunan 500 keping kertas dipanggil rim (ream). Tetapi helaian kertas mampu bertindak sebagai gergaji halus dan nipis hingga menyebabkan luka.
1.8.1
Penghasilan
Rajah 12 : kilang kertas
Kilang kertas International Paper Company terletak di Georgetown, Carolina Selatan. Penghasilan kertas samada dihasilkan dengan tangan atau dengan teknologi mesin,semua proses penghasilannya akan membabitkan tiga langkah mudah:
i.
Penyediaan Gentian
Bahan yang digunakan bagi menghasilkan kertas dihancurkan menjadi pulpa, campuran gentian pekat akan terampai dalam cecair. Oleh kerana kebanyakan gentian ini dihasilkan dari sumber semulajadi, proses ini membabitkan langkah pembasuhan dan pengasingan. Apabila gentian ini telah dihasilkan, ia akan dilunturkan atau diwarnakan bagi menukarkan gambaran barangan akhir.
ii.
Dibentuk Menjadi Kepingan
Campuran pulpa kemudiannya dicairkan dengan air bagi menjadikannya ampaian cair. Ampaian cair ini ditapis melalui tapisan bergerak nipis untuk membentuk satu jaringan bergentian. Tera air boleh ditekan kepada kertas pada tahap ini. Jaringan bergerak ini ditekan dan dikeringkan supaya menjadi satu gulongan kertas yang panjang. Dalam proses menggunakan acuan, sejumlah pulpa diletakkan dalam suatu bentuk, dengan asas berjaring (atau sebarang peranti penapis lain), dengan itu gentian tertinggal selapis atas jaring dan air berlebihan akan dikeringkan. Pada masa ini, tekanan boleh digunakan untuk menghilangkan air melalui tindakan tekanan. Kertas ini kemudian boleh dikeluarkan daripada acuannya semasa basah atau kering, untuk diproses dengan lebih lanjut lagi. Kebanyakan kertas dihasilkan dengan menggunakan proses yang berterusan (Fourdrinier) untuk membentuk gulungan atau jaringan. Apabila dikeringkan, jaringan berterusan ini boleh dipotong menjadi kepingan bersegi dengan memotongnya pada beberapa saiz yang diingini. Saiz kertas piawaian telah ditetapkan oleh badan penyelaras seperti Organisasi Piawaian Sejagat (International Organization for Standardization) (ISO).
iii.
pengeringan
Kertas ini mungkin akan dikeringkan beberapa kali semasa proses pengilangan (kertas kering ini lebih kukuh berbanding kertas basah, dengan itu ia lebih baik untuk mengekalkan kertas kering untuk menghalang nya dari putus dan menghentikan baris
pengeluaran). Kadangkala ada kertas yang masih putus di mana ia akan ditukar menjadi pulpa dan akan diproses semula.
1.8.2
Kegunaan
Kertas-kertas ini digunakan bagi kerja-kerja penulisan atau proses mencetak .Kepingan kertas ini juga akan menjadi dokumen-dokumen; boleh dijadikan bagi penyimpanan rekod (atau dalam kes mencetak dari komputer atau menyalin dari kertas lain: rekod tambahan). Kertas juga di gunakan untuk mewakili nilai nilai sebagai wang kertas, nota bank,cek, Baucer dan tiket.Dalam kes matawang kertas, wang kertas akan melalui suatu proses-proses tertentu. bagi mengelakkan salah guna atau bagi tujuan kesukaran membuat salinan supaya dapat dibezakan dengan yang tulin. Dokumen rasmi dan penyata-penyata persendirian yang dihasilkan dengan menggunakan komputer akan diletakkan ke dalam sampul surat yang berlainan oleh "mesin bursting. Kertas bercetak juga boleh dijilidkan untuk menghasilkan buku, risalah, majalah, akhbar dan lain-lain yang berkaitan. Fail atau dokumen-dokumen dalam folder komputer boleh ditukarkan kepada dokumen kertas dengan mencetak, menggunakan mesin pencetak. atau boleh di imbas dengan menggunakan mesin pengimbas, dan diikuti oleh pengecaman huruf optik (optical character recognition) atau OCR. Bagi tujuan pembungkusan ,kertas digunakan untuk membuat sampul surat,tisu pembalut, dan kertas dinding.Kertas juga di buat untuk membuat kertas tandas,tuala tangan, tuala kertas dan lain-lain. Untuk proses pembinaan ia sesuai untuk membuat papier-mache,origami dan lain-lain.
Pemotong kertas Rajah 13
origami
--Stop here-=TAJUK 3 Pengenalpastian Masalah dan Pencetusan Idea
Pencetusan idea1. Idea tidak wujud dengan sendirinya memerlukan daya usaha sendiri Cara semulajadi
-
Cara terancang
Pencetusan Idea Cara Semulajadi1. 1. 1. Lamunan atau berkhayal Bakat semulajadi (gifted) Pengalaman
Secara kebetulan
Pencetusan Idea Cara Terancang1. 1. Pemerhatian dan pengamatan Penumpuan kpd teknik pemikiran Logikal Analitikal Kritikal Intuitif Sumbangsaran Lateral
Teknik Pemikiran1. Pemikiran Logikal menekankan kpd apa yang salah dan apa yang betul i. ii. 1. Pemikiran Analitikal menganalisis masalah dgn cara memecah masalah yang besar kpd bahagian yang lebih kecil untuk mudah ditangani. 1. Pemikiran Kritikal Digunakan utk mengenalpasti kesilapan, kelemahan, kekurangan dan kesalahan pd sesuatu idea atau cadangan. Betul dari segi logik Betul dari kenyataan sebenar (reality)
Terfokus kpd hasrat utk membuktikan bahawa idea orang lain itu salah.
Kesan Negatif : Boleh membunuh pertumbuhan idea-idea baru
1.
Pemikiran Intuitif Berfikir berdasarkan kpd suara atau gerak hati dan naluri kita sendiri.
1.
Sumbang Saran (Brainstorming) Teknik menjana idea secara berkumpulan bagi: i. Mengenal pasti, merumus dan mempersetujui penyataan
masalah ii. iii. 1. Pemikiran Lateral Bersifat generatif bertujuan menerbitkan suatu perubahan baru dan berlainan bagi sesuatu masalah tanpa batasan idea yg dikeluarkan. Tidak berfokus kpd penilaian sama ada salah atau betul tapi utk melahirkan idea serta pandangan baru asalkan idea tersebut bersifat positif. Mencari / memperbanyakkan idea Menilai pelbagai alternatif utk penyelesaian yang sesuai.
1.2
Mengaplikasikan kaedah Pembuatan Prototaip/Projek Berasaskan Kayu Dan Logam
Menghasilkan Projek 1. 2. Projek siap mengikut lukisan kerja sepenuhnya Projek mengikut spesifikasi ukuran
2.1. Menggunakan sekurang-kurangnya 1 (satu) jenis tanggam
2.2. Sekurang-kurangnya terdapat satu bahagian kerja logam
2.2. Nilai-nilai estatik dan egronomik 1. 2. 3. 4. Rupa bentuk menarik Tekstur Kefungsian keselesaan
2.3. Nilai-nilai Komersial
2.4. Kekemasan akhir 1. pemilihan warna 2. tekstur 3. harmoni dan kontras
vv ddddd
1.
Kerangka tajuk-tajuk modul ini Konsep dan pengertian empat bidang kegiatan
Mengenal alat dan bahan
Tema atau kandungan
Teknik-teknik dalam penghasilan karya Pengenalan kepada 4 bidang kegiatan PSV
Proses penghasilan karya
Aktiviti-aktiviti dalam empat bidang kegiatan
1.
Kandungan Isi
1.1
Jenis-Jenis Bahan Mentah
Apakah yang anda tahu tentang jenis-jenis bahan mentah?
Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran empat bidang kegiatan PSV KBSR iaitu: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.
Contoh Imej Empat Bidang Dalam PSV KBSR
Asas Menggambar
Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Sub tajuk ini juga disediakan untuk anda memperolehi menggambar. pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan. Imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.
Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar adalah seperti Rajah di bawah.
CAPAN
LUKISAN
KOLAJ
CETAKAN
CATAN TEKNIK MENGGAMBAR MONTAJ
GURISAN
RESIS
MOZEK
STENSILAN
GOSOKAN
PERCIKAN
Teknik Catan Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan.
Teknik Kolaj Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.
Teknik Cetakan Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Terdapat berbagaibagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard dan polyfoam. Polyfoam adalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan.
Teknik Resis Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh
disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah.. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.
Teknik Gosokan Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya ke atas objek dengan jalinan yang berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda boleh memilih pelbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik.
Teknik Stensilan Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
Teknik Percikan Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikkan.
Teknik Gurisan Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi pelbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
Teknik Mozek Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahanbahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.
Asas Membuat Corak dan Rekaan
Salah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah kerana kebolehannya menghasilkan corak yang menarik sekali. Cuba anda perhati dengan teliti kain baju anda. Adakah anda boleh mengecam struktur susunan ulangan pada cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan corak. Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti: alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan; bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting; geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat; abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
Corak terbahagi kepada 2 jenis iaitu corak terancang dan corak tidak terancang.
Corak terancang
Corak yang dibuat secara terancang mengikut susunan atau grid, seperti susunan batubata, turun separa, orgee, cerminan, sisik ikan, selang seli atau perulangan rupa yang tekal.
Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah seperti dalam rajah di bawah.
Tarikan
Lipatanlup
Jenis susunan corak
Corak tidak terancang
Corak yang dihasilkan secara spontan dengan menggunakan teknik-teknik berikut.
TIUPAN
TITISAN
TARIKAN CORAK TIDAK TERANCANG LIPATAN IKAT & CELUP
PUALAMAN
RENJISAN
Teknik menghasilkan corak tidak terancang
Asas Membentuk dan Membuat Binaan
Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain dengan kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas. Ini merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajari sebelum memasuki alam persekolahan.
Dalam bidang ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan yang murid anda akan pelajari. Topik ini akan menjelaskan tentang aktivitiaktiviti membentuk yang ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Di sini anda akan lihat bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan juga tentang persembahan hasil kerja.
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut:
(a) Arca timbul (b) Arca asemblaj (c) Arca mobail (d) Arca stabail (e) Origami
(f) Model (g) Diorama (h) Boneka (i) Topeng
Mengenal Kraf Tradisional
Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:
(a) Alat Domestik (b) Alat Permainan (c) Alat Pertahanan Diri (d) Batik
(e) Seni Tekat (f) Tembikar (g) Seni Anyaman (h) Seni Ukiran Kayu
Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu.
Alat Permainan seperti Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan Johor. Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat dan Wau Bayan.
Keris Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan. Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak, Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, Lembing dan Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya melayu. Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali, Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada masa kini masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja.
Batik Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik yang kini diminati ramai. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telah diterapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung. Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batik semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan mengikut peredaran zaman.
Seni Tekat Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat, disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Seni
tekat diperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Mereka banyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.
Tembikar Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan.
Anyaman Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain. Kelarai Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat.
Kelarai ini di antaranya ialah:
(a) Kelarai berakar (b) Kelarai beras patah (c) Kelarai bunga cengkeh
(f) Kelarai anak ikan (g) Kelarai kepala lalat (h) Kelarai mata punai
(d) Kelarai tampuk manggis (i) Kelarai sisik kelah (e) Kelarai bunga mempelas (j) Kelarai tapak harimau
Ukiran Kayu Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. Bangunanbangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hari ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini.
Latihan
1.
Senaraikan 2 bidang kegiatan yang sesuai dijadikan projek berkumpulan di sekolah dan nyatakan kelebihan yang boleh diperolehi dari bidang kegiatan tersebut kepada murid anda.
1.2
Mengenal alat dan bahan
Apakah yang anda faham tentang alat dan bahan?
Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni menggambar juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan.
Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan pelbagai jenis kertas yang mempunyai pelbagai tekstur, pelbagai jenis warna dan pelbagai saiz. Lainlain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah, sugar paper, toilet paper, kertas kadbod dan banyak lagi. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Selain daripada itu gunting pelbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti menggambar juga perlu. Alatan dan media yang berbagai-bagai yang digunakan ke atas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.
Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, pelbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan sebagai aktiviti menggambar: 1. 2. Pelbagai jenis pensil Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil
3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.
Kapur berwarna Oil pastel Artline atau marker Pelbagai jenis pen Gouche, akrilik, cat minyak Stensil Kolaj Capan, cetakan Lilin Pelbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan Sayur-sayuran, dan buah-buahan Penyedut minuman Gunting, pisau lipat, gam Pelbagai jenis berus lukisan, palet/pembancuh warna
Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis iaitu media kering dan media basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan comte. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik.
Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping memerhati dan meneliti sferasfera objek yang akan dibuat. Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti.
Latihan
1.
Senaraikan alat dan bahan yang sesuai untuk merancang penghasilan sebuah arca asemblaj.
2.
Senaraikan media kering yang sesuai untuk menghasilkan catan dengan menggunakan kertas lukisan.
1.3
Tema dan kandungan
Apakah yang anda faham tentang tema dan kandungan?
Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
Tema
Walau apapun yang anda hasilkan dalam pengkaryaan, perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting.
Alam semulajadi dan objek persekitaran
Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan ilham untuk menghasilkan produk seni. Daripada objek persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya. Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek dimana peringkat seterusnya akan melihat dinamik bentuk form, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.
Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis
Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Freud lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.
Aliran dan tema sejagat
Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang pelbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya menggunakan alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mewujudkan satu kekaguman. Wujudnya 'Nonobjective Art', 'Minimal Art' misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan.
Keperluan dan pengalaman kehidupan harian
Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, keretapi malah jambatan dan objekobjek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang daripada soal desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya. Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran.
Peristiwa sebenar atau realisme dan romantisme
Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia dan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yang berlaku, kesan kemiskinan atau sebagainya.
Latihan
1.
Mengumpul contoh-contoh karya 4 bidang kegiatan mengikut Tahap 1 dan tahap 2 serta senaraikan tajuk/tema/jenis aktivti, teknik serta alat dan bahan yang digunakan dalam setiap bidang.
1.4
Teknik teknik dalam penghasilan karya
Nyatakan teknik-teknik penghasilan karya yang pernah anda praktikkan.
Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.
Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Pelbagai media dan bahan pula boleh digunakan untuk menghasilkan karya seni cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard, papan lapis dan polyfoam. Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan, papan lapis dan sebagainya. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan.
Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan di bawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Anda boleh
menghasilkan pelbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan pelbagai bahan itu akan memberi pelbagai kesan jalinan pada hasil capan.
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin atau warna air bersama cow gum. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak berlilin, warna air akan diserap. Lilin menolak warna air itu. Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
Latihan
1.
Cuba anda senaraikan alat dan bahan untuk menghasilkan corak yang tersenarai di dalam rajah yang diberi:
Corak tidak terancang Pualaman
Alat dan Bahan
Tiupan
Ikatan dan celupan Renjisan dan percikan
1.5
Proses Penghasilan Karya
Nyatakan satu proses penghasilan karya bagi bidang menggambar?
Proses penghasilan karya yang dilakukan oleh seseorang pengkarya adalah sesuatu yang amat kompleks untuk dihuraikan dengan perkataan. Ia merupakan suatu proses yang memerlukan masa tanpa had. Beberapa pertimbangan yang wajar dilakukan dalam proses penghasilan karya ialah seperti berikut;
Pemerhatian secara aktif Pemerhatian yang aktif amat perlu apabila seseorang itu ingin memulakan sesuatu hasil kerja seni. Melalui pemerhatian seseorang individu itu dapat mengamati ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu objek yang ingin ditiru atau objek yang dijadikan rujukan dalam karyanya. pemerhatian yang mendalam dan teliti akan memberi dimensi baru terhadap sesuatu benda jika individu itu melihat sesuatu objek dari sisi yang lebih kreatif serta dapat menjelmakan semula aspek estetika yang ingin dirakamkan secara visual. Melihat intipati sesuatu objek secara mendalam juga dapat memberi maklumat serta makna baru kepada seseorang, jika objek itu dapat dijelmakan semula sebagai hasil kreatif yang memperlihatkan nilai estetikanya dari segi bentuk dan makna yang ingin disampaikan. Pemerhatian secara aktif melibatkan pengetahuan sedia ada, objek yang konkrit, minat, kecenderungan dan latar belakang murid.
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan juga menjadi aspek yang sangat penting dalam proses penghasilan karya. Ini adalah kerana melalui interaksi secara langsung dengan deria seseorang itu dapat mendekatkan diri beliau dengan sesuatu objek atau hal benda itu dengan lebih intim melalui deria rasa, lihat, sentuh, bau, dan dengar. Melalui interaksi yang kritis seseorang individu akan cuba untuk memahami dan mengenali sesuatu benda dengan lebih mendalam dan teliti. Manakala interaksi secara kreatif pula melibatkan sudut pandangan atau sisi kepada sifat sesuatu benda itu menjadi lebih mencabar dan menyerlahkan sisi atau sudut pandangan yang berbeza dan menarik. Sudut pandangan yang dilihat secara kreatif juga akan turut memberikan makna yang berbeza serta penekanan yang lebih bermakna kepada seseorang. Interaksi yang kritis melibatkan aspek penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan.
Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi secara mudah dalam proses penghasilan karya merujuk kepada penilaian seseorang dalam membuat tanggapan atau meletakkan justifikasi sendiri dalam aspek yang ingin diamati dan dinilai secara individu atau berkumpulan. Apresiasi yang menekankan unsur-unsur asas dalam seni menjadi pertimbangan yang penting sebagai asas apresiasi yang ingin dibuat terhadap sesuatu karya seni atau objek. Penilaian tentang aspek yang ingin dipertimbangankan itu menjadi asas kepada proses penghasilan agar perancangan yang dirangka melalui pengembangan idea dapat direalisasikan dengan baik dan sempurna. Semasa menyediakan aktiviti apresiasi secara mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut; 1. 2. 3. 4. 5. Terminologi berkaitan unsur-unsur seni Terminologi berkaitan kandungan dan hal benda Penghargaan terhadap hasil kerja pengkarya Refleksi diri terhadap karya Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai berkaitan dengan kandungan.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan adalah bagaimana kita membuat penyataan tentang kecintaan dan sayangi alam ciptaan Tuhan di sekeliling kita. Penghargaan kita kepada semua aspek kehidupan turut mencakupi tentang nilai-nilai murni yang ingin disarankan melalui penyataan estetik yang dibuat melalui karya yang dihasilkan. Pernyataan estetik ini seringkali memberi pengalaman indah kepada pemerhati, justeru menerapkan perasaan estetik terhadap sesuatu objek. Melalui pengalaman estetik ini akan membuatkan seseorang individu itu menghargai apa yang ingin disampaikan oleh sesuatu karya seni. Penghargaan terhadap keindahan tentunya akan menyerlahkan sisi baik seseorang individu dalam mengharungi aspek kehidupan yang lain, kerana jiwa seni itu seringkali dikaitkan dengan kehalusan, sensitiviti dan kesedaran untuk membetulkan apa yang salah. Penghargaan yang tinggi harus diberi kepada usaha pengkarya yang sangat murni dalam menghargai keindahan dan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan kerana
keindahan yang lebih bermakna adalah terhadap kekuasaan yang maha Esa yang membuatkan manusia sentiasa rasa takjub kepada keindahan alam yang tiada bandingan.
Latihan
1.
Buat apresiasi mudah dengan membincangkan unsur-unsur seni yang diaplikasikan dalam sebuah hasil karya seni yang dipilih.
1.6
Aktiviti-aktiviti Dalam Empat Bidang Kegiatan
Huraikan satu aktiviti dalam bidang membuat corak dan rekaan
Aktiviti bidang mengambar
Pengetahuan asas bagi aktiviti menggambar mempunyai dua unsur yang menjadi tunjang utama di dalam proses memahami konsep penghasilan seni visual. Dua unsur utama itu ialah elemen unsur seni dan elemen seni reka atau prinsip seni.
Lukisan merupakan salah satu aktiviti dalam bidang menggambar iaitu satu perbuatan meletakkan pewarna yang terlarut dalam sejenis bahan pelarut dan dicampurkan dengan agen pengikat kepada permukaan seperti kertas, kanvas dan sebagainya. Aktiviti membuat
lukisan merupakan pengetahuan awal yang dibuat untuk meluahkan perasaan yang berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau warna paling minimum. Ia merupakan karya seni atau kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata yang mengabungkan garisan dan ton warna. Lukisan yang dilukis adalah menggambarkan aktiviti dan perasaan pelukis.
Perspektif adalah satu elemen penting bagi menampilkan perbezaan dari segi saiz, warna dan jalinan bagi sesuatu objek apabila ia berada jauh dari pandangan. Perspektif ialah skala atau ukuran objek dari pelbagai sudut pandangan yang mempunyai beberapa aspek penting seperti; garisan horizontal, titik lenyap, tetingkap fokus dan nisbah keemasan.
Aktiviti melukis memberi ruang bagi kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa yang boleh membantu mereka dalam pembelajaran.
Catan ialah aktiviti menggambar dengan menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata dalam bentuk dua dimensi dengan menggunakan media basah. Aktiviti ini membolehkan seseorang menyedari serta merakam kesan cahaya pada bentuk, rupa, ruang, komposisi serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.
Terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian dalam aktiviti catan. Antaranya ialah:
-
irama komposisi warna sapuan berus subjek
Resis pula ialah aktitviti menggambar dengan menggunakan kaedah penolakan bahan seperti minyak dan air. Penolakan bahan berminyak dan air menghasilkan ciri-ciri unik yang menarik di atas kertas. Contohnya kertas yang dilakarkan dengan pastel minyak dan di sapukan dengan cat air akan menghasilkan teknik menggambar seperti batik iaitu bahagian yang dilakarkan dengan pastel minyak akan menolak warna yang berasaskan air tersebut. Kaedah resis juga boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti seseorang seperti menggunakan lilin atau krayon.
Percikan pula adalah teknik menggambar dengan memercikkan warna menggunakan berus gigi atau berus-berus lain yang sesuai. Aktiviti percikan ini akan menghasilkan corak yang menarik secara spontan.
Cetakan dalam bidang menggambar ialah proses terapan blok atau plat ke atas permukaan kertas, kain atau bahan-bahan lain. Cetakan merupakan hasilan imej yang terdapat pada permukaan blok yang dipindahkan melalui terapan imej yang diukir itu. Blok atau plat yang mempunyai rekabentuk yang menarik seperti objek berbentuk geometri dan organik atau huruf akan menjadikan aktiviti cetakan sangat menarik dan mudah untuk dilaksanakan. Cetakan terbahagi kepada beberapa jenis seperti;
1. 2. 3. 4. 5.
Cetakan timbulan Cetakan stensil/sarigrafi Cetakan monoprint Cetakan benam Cetakan planografi/litografi
Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan cetakan seperti kayu, strawbod, lino, stensil, profilem, ubi kentang, daun dan sebagainya.
Stensilan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan kertas keras atau tebal, kepingan plastik yang mempunyai corak dan bentuk. Aktiviti ini membolehkan seseorang merakam kesan rupa, bentuk, ruang, komposisi, serta susunan secara terancang atau tidak. Corak yang menarik juga bolh dihasilkan melalui aktiviti stensilan ini.
Gurisan ialah aktiviti menggambar dengan menggunakan kanji yang dicampur dengan warna air atau poster. Kanji akan bertindak seperti bahan pelekat yang berkilat menjadikan warna lebih menyerlah. Campuran disapu pada permukaan kertas dengan menggunakan tangan bagi meratakan warna tersebut, kemudian ia akan diguris-guris dengan menggunakan objek tajam seperti garfu, sikat dan sebagainya untuk mendapatkan corak secara tidak terancang. Aktiviti ini mudah dijalankan, tetapi perlu dibuat secara berhati-hati agar tidak comot.
Capan merupakan aktiviti menggambar paling mudah bagi kanak-kanak dalam kegiatan seni. pelbagai alat capan boleh digunakan seperti jari, tapak tangan, tapak kaki dan sebagainya untuk menghasilkan corak yang kreatif. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan dapat memberi pengalaman yang baru kepada murid sekolah di mana mereka dapat merasai warna yang digunakan secara langsung.
Konsep bidang menggambar dalam aktiviti kolaj, montaj dan mozek merupakan aktiviti menampal media lain seperti kertas warna, foto dan bahan-bahan lain di atas kertas lukisan untuk menghasilkan satu gambaran yang kreatif manakala aktiviti gosokan pula adalah menyalin semula atau pemindahan corak, jalinan, tekstur, rupa serta reka bentuk permukaan asal kepada kertas lukisan untuk mendapatkan kesan-kesan yang menarik.
Kolaj ialah aktiviti menggambar dengan menyusun pelbagai jenis bahan seperti bijiran, kertas warna, daun dan sebagainya di atas prmukaan yang rata seperti kertas, kanvas atau kadbod dengan menggunakan bahan perekat yang sesuai. Bahan yang dijadikan kolaj itu boleh dijadikan pelbagai jenis imej atau corak yang menarik.
Montaj ialah satu proses atau aktiviti menghasilkan karya menggunakan kertas warna, gambar, huruf, dan lain-lain yang ditampal pada sesuatu permukaan yang rata dalam bentuk dua dimensi dengan menggunakan gam bagi mewujudkan gambaran secara grafik. Aktiviti ini merupakan asas kepada reka bentuk grafik. Teknik ini membolehkan seseorang membentuk serta merakamkan gambaran dalam pelbagai bentuk, rupa, ruang, komposisi serta susunan yang terdapat pada alam sekitar atau objek.
Mozek ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan kertas berwarna yang dipotong kecil seperti jubin di mana ia ditampal ke atas sesuatu permukaan rata dalam bentuk dua dimensi dengan menggunakan gam bagi mewujudkan gambaran secara grafik.
Gosokan ialah proses menghasilkan karya seni dengan menggunakan teknik gosokan media kering di atas kertas lukisan yang diterap di atas permukaan yang mempunyai jalinan timbul yang kasar dan ketara. Permukaan atau jalinan bahan-bahan seperti kulit pokok, duit syiling, cermin tingkap yang kasar akan terbentuk pada kertas lukisan apabila warna yang digosok berlapikkan kertas tersebut dilakukan. Bahan tekstur yang diperolehi dari jalinan permukaan yang disalin secara gosokan itu boleh dijadikan bahan seni yang menarik apabila menghasilkan karya menggambar secara kolaj.
Aktiviti membuat corak dan rekaan pula melibatkan banyak aktiviti yang menarik. Membuat corak dan rekaan secara tidak terancang melibatkan aktiviti seperti pualaman.
Pualaman atau putaran warna secara spontan, iaitu dengan menekap kertas lukisan pada permukaan warna yang terapung di permukaan minyak. Campuran warna yang dititis pada permukaan minyak akan terapung dan diputarkan secara rawak dengan menggunakan lidi untuk menghasilkan corak tidak terancang.
Tiupan ialah hasil karya seni yang ringkas iaitu dengan meniup warna air yang dititis di atas permukaan kertas. Warna air yang ditiup itu akan terpecah dan tersebar secara rawak di atas permukaan kertas dan menghasilkan reka corak tidak terancang yang menarik jika
pilihan warna yang sesuai dibuat. Teknik tiupan ini boleh dilakukan dengan menggunakan mulut dan straw sahaja.
Titisan ialah aktiviti ringkas untuk menghasilkan corak tidak terancang. Warna air akan dititiskan pada permukaan kertas yang basah untuk menghasilkan gubahan corak tidak terancang yang menarik dan unik.
Ikatan dan celupan adalah kaedah membuat corak tidak terancang yang menggunakan kain kapas yang nipis atau kertas tisu yang diikat dengan cara tertentu untuk mendapatkan corak yang diingini. Kertas atau kain yang diikat itu akan direndam didalam pewarna seperti warna batik yang akan meninggalkan kesan warna yang menarik setelah ikatan tersebut dibuka.
Renjisan dan percikan juga dapat mewujudkan corak tidak terancang yang menarik melalui kaedah merenjis atau memercikkan warna secara spontan di atas permukaan kertas yang kering. Daun-daun dengan rupa yang menarik boleh diletakkan di atas permukaan kertas bagi membentuk imej daun yang berlatar belakangkan warna-warna renjisan yang menarik.
Aktiviti membentuk dan membuat binaan ialah salah satu bidang seni visual yang boleh dilakukan seperti membuat arca tiga dimensi dengan menggunakan bahan seperti plaster of paris, plastersin, lilin, kayu, dawai, tanah liat, doh, span, sabun dan sebagainya.
Arca asemblaj adalah gabungan bahan-bahan terbuang yang diolah menjadi karya seni yang menarik. Pembentukan dan pembinaan arca asemblaj terbentuk daripada hasil cantuman bahan-bahan tiga dimensi yang semulajadi atau buatan manusia yang disatukan menjadi objek seni yang tersendiri. Pelbagai bahan terbuang boleh diolah semula menjadi karya-karya hebat jika dirancang secara kreatif dan inovatif.
Mobail ialah arca yang boleh bergerak secara kinetik. Mobail direka untuk menghasilkan pergerakan yang berirama dan berubah-ubah. Mobail mementingkan keseimbangan, bentuk, warna, reka bentuk dan ruang.
Kraf tradisional alat domestik merupakan barangan berfungsi tetapi boleh dijadikan barang perhiasan yang menarik seperti barangan tembikar, tekat, ukiran, keris, wau dan sebagainya. Terdapat juga alat perhiasan diri seperti rancai, cincin, pending, keronsang yang boleh direka semula menggunakan bahan-bahan seperti kadbod, manik dan sebagai aktiviti karya seni yang menarik. Antara aktiviti kraf yang sering dijalankan disekolah adalah anyaman dengan menggunakan kertas warna atau riben. Barangan tembikar juga boleh dihasilkan dengan menggunakan papier mache atau tanah liat. Manakala wau atau kuda kepang boleh dihasilkan dengan menggunakan kertas kadbod yang dipotong dan dilukis corak yang sesuai di atasnya bagi menyerupai kraf sebenar.
Latihan
1.
Senaraikan lima aktiviti seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan yang paling sesuai mengikut murid tahap 1.
2.
Nyatakan lima teknik penghasilan berasaskan bahan terbuang yang sesuai dijalankan di dalam bilik darjah.