12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM5 Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama : _____________________________

Tahap SM5 Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Dewasa ini (1) kegiatan

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tahap SM5 Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Dewasa ini (1) kegiatan

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM5

Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM5 Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Dewasa ini (1) kegiatan

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021

Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)

B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa

1. Morfologi (6%-8%)

2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu

Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%)

B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) 4 soalan ; 13%)

8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan ransangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Tahap SM5 Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Dewasa ini (1) kegiatan

A. Morfologi

Kata ganda dan kata nama

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua ganda dan dua kata

nama terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada

setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud

dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan

atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Ramai yang tidak pernah menyusuri keindahan sawah padi. Namun, mereka

akan terpegun apabila mereka berdiri di tengah sawah padi yang luasterbentang.

Tiada seslapa punyang tidak akan terpukau oleh kecantikan pemandangan sawah padi

yang sedang menguning. Ketika itu, sawah padi seolah-olah lautan yang kekuning-

kuningan di bawah sinaran matahari

Kata ganda :

Kata nama terbitan :

i. _________________________________________________________________

ii. _________________________________________________________________

iii. _________________________________________________________________

iv. _________________________________________________________________

[8 markah]

B. Sintaksis

Baca petikan di bawah denaan telitinya. Tulis pola ayat sama ada Frasa Nama +

Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa

Nama + Frasa Sendi Nama.

Dewasa ini (1) kegiatan merokok dan ‘vape” semakin meningkat dalam kalangan

remaja di negara ini. (2) “Vape” ialah alat yang digunakan untuk menyedut asap

dalam pelbagai perasa untuk menggantikan rokok tembakau. (3) Kegilaan remaja

terhadapa aktiviti ini amat ketara termasuklah dalam kalangan remaja perempuan.

Oleh itu, langkah yang sewajarnya perlulah diambil untuk membendung gejala ini. (4)

Program Bahasa Melayu Edubest - Sistem & Aplikasi Bahasa SM501B-1 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Tahap SM5 Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Dewasa ini (1) kegiatan

Dalam hal ini, pihak berkuasa hendaklah menguatkuasakan undang-undang yang

berkaitan dengan larangan merokok termasuklah rokok elektronik untuk gologan

yang berumur 18 tahun ke bawah. (5) Kebanyakan remaja yang terlibat ini daripada

golongan yang ketinggalan dalam pelajaran. Oleh itu, (6) kempen kesedaran haruslah

dilaksanakan di peringkat sekolah menegah secara konsisten untuk memberikan

ksesedaran kepada para pelajar tentang imlikasi negatif tabiat tersebut.

i. _______________________________________________________________

ii. _________________________________________________________________

iii. _________________________________________________________________

iv. _________________________________________________________________

v. _________________________________________________________________

vi. _________________________________________________________________

[6 markah]

C. Penyuntingan Bahasa

Petikan di bawah mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan

kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikannya lebih daripada tiga

belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan

tersebut.

Mereka yang lahir sebelum tahun 1990an, pastinya mempunyai pengalaman

bermain permainan tradisional seperti batu Seremban, galah panjang, tarik upih,

congkak, baling selipar, teng teng, gasing dan sepak raga.

Namun, dek peredaran masa, proses pembandaran dan perkembangan teknoloji

menyebabkan permainan berkenaan terkena tempias yang mengakibatkannya kian

pupus ditelan zaman. Perkara itu Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia (UPM) akui, Prof Dr Abdul Muati Ahmad bila banyak

generasi rnuda hari ini langsung kurang mengetahui permainan terbabit.

Program Bahasa Melayu Edubest - Sistem & Aplikasi Bahasa SM501B-1 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Tahap SM5 Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Dewasa ini (1) kegiatan

Sudah tentu scenario itu sesuatu yang merugikan kerana permainan berkenaan

sebahagian daripada kazanah warisan masyarakat Melayu yang dilupai sedangkan

permainan ini mempunyai nilai sendiri dan perlu di pelihara.

No. Kesalahan Pembetulan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

[11 markah]

D. Alih Bahasa

Nota :

Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu

selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu

menqqunakan bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i. Ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit

ii. Banyak menggunakan ayat pasif dan susunan songsang

Program Bahasa Melayu Edubest - Sistem & Aplikasi Bahasa SM501B-1 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Tahap SM5 Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Dewasa ini (1) kegiatan

iii. Kosa kata klasik yang digunakan adalah seperti ratna mutu manikam, edan

kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

iv. Kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah), hatta, adapun banyak

digunakan.

v. Partikel pun dan -lah juga banyak digunakan.

vi. Aksara jawi banyak digunakan, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa

Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

vii. Pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dimasukkan dalarn pelbagai bidang

Bahasa seperti bidang ilrnu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,

pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsalah, tasawuf dan kata-kata

umum.

viii. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu

seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atau pada ayat

sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil

daripada terjemahan harfiah daripada teks bahasa Arab,

Kaedah untuk Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard

a. Baca dan faharni petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud

secara keseluruhan.

b. Kenai pasti watak dan peranannya.

c. Perkataan seperti; hatta, arakian, syahadan, dan kalakian digugurkan kerana

tidak digunakan dalam bahasa Melayu Moden.

d. Namun demikian, kosa kata daripada bahasa istana seperti beradu, santap,

mangkat, bersiram, geringdan sebagainya hendaklah dikekalkan.

e. Kata ganti nama diri seperti baginda, banda, anakanda, permaisuri, kekanda

dan lain-lain juga dikekalkan.

f. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat seperti menukarkan

ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

g. Semua dialog yang terdapat dalam teks klasik hendaklah ditukarkan dalam teks

bahasa standard.

h. Jangan mentafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut kerana akan

menyebabkan berlaku tokok tambah isi atau fakta. Hal ini menyebabkan isi

terpesong.

i. Keseluruhan leks hendaklah dialihbahasakan. Jangan tinggalkan atau gugurkan

mana-mana ayat atau bahagian teks.

j. Anda boleh mengganti sesetengah kata/diksi sekiranya perlu diubah asalkan

tidak mengubah maksud asal kata tersebut.

k. Setiap ayat yang dibuat perlu mernperlihatkan kohesi dan koheren sehingga

menghasilkan alih bahasa yang tepat.

Program Bahasa Melayu Edubest - Sistem & Aplikasi Bahasa SM501B-1 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Tahap SM5 Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Dewasa ini (1) kegiatan

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis

petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan

maksud asalnya.

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun

menangis, seraya berkata, "Hal anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh

seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka."

Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari

pun terlalu marah,

katanya, "Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis

kubinasakan?"

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

(6 markah)

E. Peribahasa

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang

sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Anggota masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan itu hidup dalam keadaan

aman dan bermuafakat serta sering membantu antara satu sama lain tanpa mengira

bangsa, keturunan, dan agama.

Program Bahasa Melayu Edubest - Sistem & Aplikasi Bahasa SM501B-1 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Tahap SM5 Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Dewasa ini (1) kegiatan

(ii) Kegiatan seorang tokoh korporat ternama dalam aktiviti yang kurang sihat itu

akhirnya terbongkar juga selepas pihak polis melakukan siasatan terperinci tentang

semua aktiviti perniagaan beliau.

(iii) Sikap pemuda itu mula berubah selepas dia menjadi kaya dan dia tidak

menghiraukan ibu bapanya lagi.

[6 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - Sistem & Aplikasi Bahasa SM501B-1 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Tahap SM5 Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Dewasa ini (1) kegiatan
Page 10: Tahap SM5 Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Dewasa ini (1) kegiatan
Page 11: Tahap SM5 Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Dewasa ini (1) kegiatan
Page 12: Tahap SM5 Modul 501B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Dewasa ini (1) kegiatan

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my